Anda di halaman 1dari 6

KBAB BAB 2 : SEL UNIT ASAS KEHIDUPAN

Subtopik 2.1 MEMAHAMI SEL


1. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sel haiwan mempunyai dinding sel.
2. Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang berisi klorofil bagi membantu penghasilan
glukosa. Keadaan ini dapat dilihat pada bahagian daun yang bewarna hijau.
a) Jika satu pokok A tidak mempunyai daun akibat gugur, adakah tumbuhan itu masih
mampu hidup?Jelaskan jawapan anda.
b) Ada sesetengah pokok yang mempunyai daun bewarna merah atau kuning ( bukan
hijau). Adakah pokok tersebut tidak membuat makanan sendiri kerana ketiadaan
klorofil?
3. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang menyimpan air. Bincangkan bagaimana vakuol
membantu tumbuhan beradaptasi dalam menjamin kemandiriannya dalam semua
keadaan.
4. Terangkan perbezaan diantara sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan Peta Buih
Berganda ( Guru perlu menunjukkan beberapa contoh Peta Buih Berganda)

Subtopik 2.2 Organisma Unisel dan Multisel
1. Berdasarkan gambar di bawah, kelaskan mikroorganisma kepada kumpulan unisel atau
multisel.


2. Huraikan mengapa kucing merupakan organisma multisel.

Subtopik 2.3 : Organisasi sel
1. Mengapakah organisasi sel dalam badan manusia memainkan peranan yang sangat penting?
Bincangkan kepentingan organisasi sel tersebut.

2. Apabila seseorang itu demam, biasanya doktor akan memberi ubat antibiotik dan paracetamol.
Mengapakah seseorang itu demam? Bincangkan peranan sel darah putih dalam situasi tersebut.

3. Apakah kesan sekiranya salah satu organ dalam badan manusia gagal berfungsi, contohnya
ginjal?


4.


Apakah kemungkinan organ ysng bertanda X?

Subtopik 2.4 Manusia ialah Organisma yang Kompleks
Bincangkan penyataan Manusia Organisma Kompleks. Terangkan bukti-bkti yang menyokong
penyataan tersebut.








SEL OTOT TISU OTOT SISTEM
OTOT
X MANUSIA
BAB 5 UDARA DI SEKELILING KITA

SUBTOPIK 5.1 KOMPOSISI UDARA
1. Mengapakah udara merupakan campuran? Huraikan beserta dengan bukti yang menyokong
penyataan tersebut.

2. Gas nitrogen merupakan gas yang paling banyak dalam udara kita.
a) Apakah sumber-sumber gas nitrogen?
b) Apakah kepentingan gas nitrogen di dalam ekosistem kita sedangkan ia langsung tidak
terlibat di dalam pernafasan dan respirasi kita?

3. Terangkan satu ujikaji bagaimana anda ingin membuktikan bahawa gas oksigen adalah 21%
darpada kandungan udara kita? Anda diberikan sebatang lilin, balang gas, alas balang gas
dan besen. Huraikan pemerhatian anda.

4. Apakah kaitan wap air dalam udara dengan awan dan hujan?

5. Apabila ketulan ais diletakkan di dalam tabung didid, didapati beberapa titisan tidak
bewarna terbentuk di luar tabung didih. Rujuk rajah diberikan)
a) Apakah larutan tersebut?
b) Terangkan mengapa titisan terbentuk di luar tabung didih?




SUBTOPIK 5.2 SIFAT-SIFAT OKSIGEN DAN KARBON DIOKSIDA
1. Lihat rajah di bawah. Mengapa kayu uji bernyala terpadam selepas beberapa ketika
apabila dimasukkan ke dalam gas karbon dioksida?



2. Mengapa kertas litmus perlu dilembapkan terlebih dahulu sebelum diuji ke atas gas?
3. Gas karbon dioksida tidak membantu pembakaran. Mengapakah alat pemadam api tidak
menggunakan gas karbon dioksida sebagao bahan utamanya?


SUBTOPIK 5.3 OKSIGEN DIPERLUKAN SEMASA RESPIRASI

1. Terangkan mengapa kita bernafas dengan lebih cepat semasa dan selepas berlari?
2. Mengapak peratusan oksigen di dalam udara hembusan lebih rendah daripada udara
sedutan?
3. Semasa seseorang sedang selsema, hidungnya tersumbat. Secara normalnya, manusia
bernafas melalui hidung. Sekiranya seseornag sedang selsema, bagaimanakah dia
dapat bernafas? Adakah oksigen yang diperolehi tidak mencukupi berbanding
normal?






SUBTOPIK 5.4 OKSIGEN DIPERLUKAN UNTUK PEMBAKARAN

1. Rajah di atas menunjukkan kesan bekas ke atas jangka masa nyalaan lilin.
a) Nyatakan pembolehubah :
i) Dimanipulasikan : ______________________
ii) Bergerak balas : ______________________
iii) Dimalarkan : _______________________

b) Nyatakan lilin manakah yang menyala lebih lama?
________________________________________________________________

c) Mengapakah lilin tersebut menyala lebih lama?
_________________________________________________________________

d) Kedua-dua lilin itu akhirnya padam. Terangkan sebabnya.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________


2. Mengapakah pembakaran bahan api karbon tidak menghasilkan air seperti pembakaran bahan
api hidrokarbon?





SUBTOPIK 5.5 PENCEMARAN UDARA
1. Mengapa di bandar yang mempunyai banyak kenderaan lebih panas udaranya berbanding di
kawasan kampung?
2. Penggunaan kaca sebagai cermin pada bangunan-bangunan tinggi tidak digalakkan. Ini kerana ia
boleh meningkatkan suhu Bumi iaitu pemanasan global. Terangkan fenomena ini.
4 Sekiranya lapisan ozon berlubang akibat gas pencemar, apakah kesan kepada manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan?

Anda mungkin juga menyukai