Anda di halaman 1dari 2

Kekuatan projek / aktiviti

Projek ini diadakan untuk menceriakan kawasan Pra Sekolah di SK.Tombovo


Penampang. Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan
mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga
sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi
meningkatkan mutu pendidikan. Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan
selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat
perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang
dari segi emosi, rohani , jasmani dan intelek.

Secara keseluruhannya, setelah menjalankan projek ini perubahan dapat


dinikmati oleh semua mata yang memandang terutamanya lukisan mural pada
dinding bangunan pra sekolah. Selain mural pada bangunan sekolah, kami juga
telah melaksanakan gotong royong untuk membersihkan seluruh kawasan
persekitaran sekolah seperti memungut sampah, menyapu lantai, mengelap cermin
dan sebagainya. Walaupun usia murid bagi pra sekolah adalah masih muda tetapi
melalui aktiviti seperti ini pastinya akan memberi pendedahan kepada mereka
tentang semangat gotong royong dan bekerjasama dalam semua aspek kehidupan.
Pendedahan awal tentang aktiviti seumpama ini akan memberikan pengalaman dan
pengetahuan yang berguna serta berfaedah kepada murid pra sekolah yang baharu
sahaja mula mengenali dunia dalam kehidupan sebenar.

Pelaksanaan projek ini secara tidak langsung mengeratkan lagi ikatan silaturrahim
anatar warga pendidik Pra sekolah, guru pelatih dan murid-murid Pra sekolah.
Walaupun kami sebagai guru pelatih tidak dapat mengajar atau menggantikan kelas
di Pra sekolah tetapi melalui aktiviti ini kemesraan antara semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan projek ini jelas kelihatan. Ini selari dengan saranan Perdana
Menteri untuk mewujudkan negara iaitu 1 Malaysia. Kemahiran komunikasi antara
pelbagai golongan umur juga dapat ditingkatkan melalui program seumpama ini.

Melalui pelaksanaan aktiviti ini, saya juga dapat meningkatkan kemahiran dalam
perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek atau program yang melibatkan murid-
murid. selain itu, pengetahuan mengenai cara membuat kertas kerja bagi sesuatu
projek juga dapat diperluaskan lagi. kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi ini
dapat dijadikan bekalan pada masa hadapan apabila menjadi guru di sekolah
sebenar. Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang guru kita tidak boleh melihat
sesuatu tugasan sebagai bebanan tetapi anggaplah ia sebagai cabaran dan liku-liku
perjalanan yang akan membantu kita untuk menjadi guru yang lebih cemerlang
pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai