Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan BIG

Guru adalah Pembina Generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti


tinggi merupakan suatu keperluan dalam melahirkan rakyat yang berilmu,
berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi
menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu
memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan
kemahiran peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wahana kearah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini
melibatkan semua pelajar IPGM. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat
mengenal

diri

(real-self)

dan

mampu

mengaplikasikan

pengetahuan

dan

pengalaman yang diperolehi kearah pembangunan diri sebagai insan guru yang
berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa professinal yang tinggi serta bersedia dan mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insa Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran
di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha
memperkasakan ilmu, kemahiran, data intelek, nilai dan akhlak keguruan di
kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus,
usaha pambinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti
tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

Anda mungkin juga menyukai