Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan

guru yang dihasratkan selaras dengan Falasafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar IPG. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan

pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta senantiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasa ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG). Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran, serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat

pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Keseluruhannya, program ini akan dapat meberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul. Selain itu, program ini akan memantapkan lagi keperibadian setiap pelajar kepada pembentukan personaliti sebagai seorang guru. Para pelajar juga akan bersedia menghadapi realiti persekitaran dan memberi tindakan yang positif kepada keadaan dan keperluan yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai