Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAHKU SYURGAKU

Sekolahku,
Indah sungguh sekolahku,
Dengan padang yang menghijau,
Bangunan yang tersergam indah,
Guru yang berdedikasi dan pelajar yang
berdisiplin.
Sekolahku,
Tempatku menimba ilmu,
Tempatku mencurah bakat,
Tempatku belajar apa itu kehidupan,
dan tempatku mendisiplinkan diri.
Gurunya,
Sentiasa berdedikasi,
Mengajar dengan tekun,
Supaya kami semua berjaya.
Pelajarnya pula,
Sentiasa berdisiplin,
Hormat akan guru,
Sentiasa berusaha untuk masa depan mereka.
Aku sayang sekolahku,
Sekolahku telah maju,
Segala-galanya ada untuk kemudahan pelajarnya,
Aku bangga dengan sekolahku.