Anda di halaman 1dari 4

Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Yang berusaha _____________________, Guru Besar _______________________. Yang dihormati, PK Kurikulum, Puan ___________________, PK Hal Ehwal Murid,________________________, PK Kokurikulum ___________, barisan guru-guru yang diraikan seterusnya para pelajar yang saya hormati sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan yang telah berusaha keras, mengerah kudrat,memerah keingat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Perlu kita ingat bahawa gurulah titik awal pengaliran ilmu di dalam diri kita. Peranan guru bukan sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak kita semua .Seorang guru bolehlah dianggap adalah seorang jurutera sosial kerana bidang pendidikan adalah peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan,berkemahiran dan berperibadi mulia.Justeru, sesuailah pemilihan tema pada tahun ini iaitu, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara Rakan-rakan sekalian,

Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan mereka dan amalkanlah tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi . Terima kasih cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati selagi hayat dikandung badan. Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran ,segala salah laku dan sesuatu yang mengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insan yang masih memerlukan

bimbingan daripada guru-guru semua. Hadirin sekalian,

Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik. Hari Guru bukan sahaja meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga menjadi dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan kualiti mengajar. Hal yang demikian dapat meningkatkan bilangan ilmuwan di negara kita. Seterusnya, mari kita panjatkan doa agar SKSM terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai visi kita dalam melahirkan modal insan yang berdikari, berwaja diri dan berjasa kepada negara. Bersama kita berpadu tenaga, warga pendidik, para ibu bapa dan murid-murid meneruskan usaha murni ini. Semoga segala pengorbanan guru ini akan menjadi amal soleh yang akan memberikan pahala yang berterusan dan berkekalan.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membacakan beberapa bait kata daripada sajak nukilan Usman Awang. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

TEKS UCAPAN HARI GURU Bismillah hirrahman nirrahim , Yang berbahagia, YDP PIBG SMK Tun Mutahir, En. Velaithan Achutta Nair Yang dihormati Tn. Pengetua SMK Tun Mutahir, Tn. Haji Zolkaply B. Yunus, GPK 1, Pn. Hjh Kamariah Bt. Othman, GPK Hal Ehwal Murid, En. Ghaffar B. Yahya, GPK Kokurikulum, En. Radhi B. Masah, GPK Pendidikan Khas, Ustza Sajat Bin Ahmad Penyelia Petang, Pn.Manja Bt. Md. Doli ketua- ketua bidang, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia, Salam mercu di Hari Guru. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Bicara saya dimulakan dengan deklamasi petikan sajak yang saya dapati dari laman maya. Sajak tersebut kalau saya renung- renungkan sememangnya mengenai guru dan jasanya. Dalam konteks yang lebih mendalam, saya mendapati bahawa penyajak ingin mengutarakan bahawa guru merupakan tulang belakang utama sesebuah negara.

"Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara. Pepatah Melayu ada berkata, Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan internet, angkasawan dan sebagainya.

Tema hari guru pada tahun ini , Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara jika dilihat secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah maka guru sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan

yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) yang begitu izhar eksplisitnya di SMK Tun Mutahir. Warga guru di sekolah ini amat bertuah kerana mempunyai Tn. Pengetua yang begitu terkenal dengan ICT nya bagi memastikan agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai. Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara ke arah Wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan. Guru- guru bertanggngjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kendatipun begitu, guru yang diibaratkan lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain mendepani pelbagai onak dan cabaran terutamanya dalam melayani kerenah anak-nak muridnya. Meniti hari ke hari, cabaran guru makin sukar. Antaranya, ada saja dalam kalangan pelajar yang menimbulkan masalah disiplin. Ada pula yang sering tidak membuat kerja sekolah. Bagai jatuh ditimpa tangga, kalau ada pelajar yang terlibat dalam kes buli atau prestasi mereka merudum pasti wujudnya segelintir ibu bapa yang akan menunding jari ke arah guru seolah-olah guru sahaja yang bertanggungjawab atas disiplin dan perkembangan anak-anak mereka.

Namun, di sebalik semua kekusutan tersebut, para guru juga sering dihargai. Sebagai bukti, Hari Guru yang kita sambut pada hari yang mulia ini. Hari Guru ini disambut sebagai suatu simbolik penghargaan masyarakat 1 Malaysia kepada guru-guru. Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua pelajar ingin memohon maaf atas segala kekhilafan kami. Dan seterusnya SELAMAT HARI GURU kepada semua guru SMK Tun Mutahir. Segala pengorbanan cikgu akan kami semat dan hargai selagi hayat dikandung badan.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualikum wrbthkth

Anda mungkin juga menyukai