Anda di halaman 1dari 2

Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika murid-murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah masing-masing. Pada pendapat saya, pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menyayangi sekolah. Seseorang murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak merosakkan harta benda yang disediakan. Harta benda sekolah seperti meja, kerusi, tandas, telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik. Hal ini kerana harta benda sekolah merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama dengan murid-murid lain selain memerlukan bajet yang tinggi untuk menyediakannya. Jika murid-murid melakukan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Hal ini sudah tentu akan merugikan kerajaan kerana peruntukan yang disalurkan untuk sektor lain terpaksa diambil untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Sebagai buktinya, YB Dr. Mohd Puad Zarkashi merangkap Timbalan Menteri Pelajaran telah memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM12.5 juta pada tahun lalu untuk membaiki kerosakan harta benda sekolah. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana peruntukan tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan lain kepada murid agar mereka dapat belajar dengan sempurna. Jadi jelas menunjukkan bahawa menjaga harta benda sekolah dengan baik merupakan cara yang boleh ditunjukkan oleh murid sebagai tanda menyayangi sekolah. Selain itu, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa sayang akan sekolah dengan cara mematuhi peraturan sekolah. Peraturan yang digubal oleh pihak sekolah adalah untuk mendidik murid supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sempurna. Segelintir murid menganggap peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk menyekat kebebasan mereka sebagai orang muda. Mereka menganggap jiwa remaja tidak harus disekat dan mereka bebas untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi tuntutan remaja. Tanggapan sedemikian adalah salah kerana peraturan yang digubal mampu membina jati diri murid yang kukuh. Peraturan yang dirangka oleh pihak sekolah sebenarnya adalah untuk memudahkan pengurusan murid serta mengelakkan murid terlibat dengan salah saku disiplin kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, jika pelajar bergaduh di asrama dan kes tersebut tersebar di akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan tindakan disiplin seperti gantung persekolahan atau buang sekolah. Kes tersebut secara tidak langsung telah menggelapkan masa depan murid dan pada masa yang sama telah mencemarkan nama baik sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu mematuhi peraturan supaya nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus menunjukkan rasa sayang pada sekolah. Di samping itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa juga merupakan cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah. Selain bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah, murid-murid juga perlu menaikkan nama sekolah dengan kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh pelajar dapat menaikkan imej sekolah pada kaca mata komuniti. Sekolah lain akan datang melawat untuk melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Lebih manis lagi, sekolah akan diberikan anugerah oleh pihak kementerian atas kejayaan yang diraih. Sebagai contoh, kejayaan Mohd Ammar Mokhtar mewakili negara ke Cape Town, Afrika Selatan dalam pertandingan berkaitan dengan neurologi telah menaikkan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di pentas antarabangsa. Kejayaan Mohd Ammar itu menyebabkan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih sekolah angkat Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai jaringan dengan institusi pengajian tinggi. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar boleh menunjukkan cara menyayangi sekolah mereka dengan cara menaikkan nama sekolah. Kesimpulannya, murid-murid bertanggungjawab terhadap sekolah mereka. Mereka perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat mereka menimba ilmu dan membina masa depan. Sekolah juga menjadi tempat murid-murid mengaut pengalaman untuk menjadi insan yang seimbang. Jadi, tugas menjaga nama baik sekolah perlu menjadi keutamaan murid-murid. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit kerana kejayaan seseorang adalah bermula daripada seorang guru sekola

Setiap pelajar seharusnya berasa bangga dengan sekolah masing-masing. Kita patut berbangga dengan sekolah kita kerana di sini kita mendapat ilmu, mendapat rakan baik dan mendapat guru yang menunjukkan kita jalan yang betul dan jalan yang salah. Oleh itu kita wajar menyayangi sekolah kita sebagai tanda terima kasih kita kepada sekolah yang menjadi rumah kedua kita. Lantas, bagaimana caranya kita menyayangi sekolah kita? Salah satu cara menyayangi sekolah ialah berkelakuan baik dan tidak merosakkan harta benda sekolah. Semua harta benda yang ada di kawasan sekolah seperti kerusi, meja, almari, papan hitam, bilik air, pokok bunga, papan kenyataan dan lain-lain harus kita jaga dengan elok. Kita sepatutnya menjaga perabot dalam bilik darjah kita dengan baik supaya boleh diguna bukan saja diri kita tetapi juga pelajarpelajar lain selepas kita. Sekiranya kita merosakkan harta benda sekolah, kita akan menyusahkan pihak sekolah untuk membaiki dan mencari perabot baru.Banyak masa dan tenaga serta wang terpaksa dikeluarkan oleh sekolah untuk membaiki perabot yang rosak. Jadi sebagai tanda sayang dan terima kasih kepada sekolah , kita sepatutnya menjaga harta benda sekolah dengan baik. Selain itu kita perlu mematuhi peraturan sekolah sebagai tanda kita sayang akan sekolah kita. Jika anak kasihkan ibunya, dia perlu patuh kepada ibunya. Begitulah juga dengan pelajar harus mengikut segala arahan guru dan mematuhi peraturan sekolah seperi mmemakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, tidak ponteng sekolah, tidak menghisap rokok, berambut pendek, tidak melawan guru dan sentiasa menghormati rakan-rakan lain di sekolah. Apabila kita mematuhi peraturan sekolah, semua orang dapat belajar dengan selesa. Guru tidak lagi memarahi kita. Guru juga tidak perlu menghabiskan masa untuk menangkap pelajar yang merokok dan datang lewat ke sekolah. Semua orang akan saling hormat menghormati dan guru akan lebih sayangkan murid yang tidak membuat masalah ini. Cara seterusnya untuk mmbuktikan bahawa kita sayang sekolah kita ialah dengan cara berusaha kuat untuk menaikkan nama sekolah. Sesebuah sekolah akan harum namanya jika pelajar-pelajarnya berjaya dalam bidang kurikulum , kokurikulum dan sahsiah diri. Apabila kita mewakili sekolah dalam apa-apa pertandingan, kita hendaklah berlatih bersungguh-sungguh dan bersedia sebaiknya supaya apabila tiba hari pertandingan, kita dapat membuat persembahan terbaik. Sekolah lain dan masyarakat setempat akan mengkagumi sekolah kita sekiranya pelajar-pelajarnya sentiasa menjadi juara dalam semua pertandingan yang disertai. Inilah sumbangan kita kepada sekolah yang kita sayangi.

Anda mungkin juga menyukai