Anda di halaman 1dari 3

AZAM TAHUN BARU

Tajuk : AZAM TAHUN BARU

1. Murid-murid yang dikasihi, tahun 2017 telah meninggalkan kita. Kini kita
mula melangkah masuk ke tahun baru iaitu tahun 2018 bererti kita
memulakan sesi persekolahan baru ini berbekalkan semangat, azam dan
tekad yang baru iaitu berazam untuk menjadi :

1.1. Insan cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sahsiah dan


penampilan diri.

1.2. Anak soleh yang dapat memenuhi impian dan harapan keluarga.

1.3. Anak Malaysia yang mempunyai semangat patriotik dan punya jati diri.

1.4. Hamba Allah yang patuh dan tunduk kepada perintah Allah dan
menjauhi segala laranganNya.

2. Sebagai seorang murid yang peka , perihatin dengan keadaan semasa


yang menyedari bahawa azam tahun baru mesti diiringi dengan tindakan-
tindakan berikut :

2.1. Mempunyai sikap dan budaya kerja cemerlang, rajin belajar,


gigih mengulangkaji pelajaran, minat suka membaca “ book in hand “ ,
kerap ke perpustakaan dan mempunyai kumpulan perbincangan.

2.2. Menjaga dan mengurus waktu dengan baik, tidak suka membazir
masa dengan melepak, banyak menonton tv dan pelbagai bentuk
pembaziran masa.

2.3. Melaksanakan pembersihan jiwa dengan komited / istiqamah, ibadat


solat, membaca al-Quran, zikrullah dan lain-lain.

2.4. Menjaga adab-adab dan akhlak sebagai seorang murid,


menghormati guru, mentaati dan menyayangi ibubapa, menghormati
orang tua dll.

2.5. Melaksanakan pergaulan / perhubungan baik dengan rakan-rakan.


2.6. Dengan satu semangat baru yang perlu wujud di sanubari setiap
murid menjelang tahun baru.

3. Setiap murid mestilah berazam menjadi murid yang cemerlang dari segi
jasmani,emosi, rohani dan intelek.

4. Setiap murid juga bertanggungjawab mematuhi disiplin dan berusaha


untuk mewujudkan hubungan mesra dengan guru dan rakan-rakan.
Dengan penuh kemesraan , keakraban dan kasih sayang.

5. Di antara disiplin murid :-

a. Memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas.

b. Menepati masa.

c. Menghormati guru

d. Beratur semasa membeli makanan di kantin.


e. Menjaga keceriaan dan suasana aman di bilik darjah.

f. Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang suci, bersih,


halal dan berkhasiat.

g. Melakukan riadah untuk kecergasan fizikal.

6. Insya Allah murid-murid, kecemerlangan akan menjadi milik kita. Impian


kita akan menjadi kenyataan dan realiti seandainya kita bertindak sebagai
seorang murid yang cemerlang, tekadkan azam, yakinkan diri anda,
teruskan usaha, usaha dan usaha, Insya Allah anda akan berjaya. Allah
mengingatkan kita yang bermaksud : “ Apabila kamu telah berazam maka
berserahlah kepada Allah.”
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Tahun 2014 baru bermula, suasana persekolahan juga bermula. Kita semua bersyukur kerana
memulakan persekolahan dengan sekolah baru, peralatan yang baru dan persekitaran baru yang
ceria. Semoga ia kekal ceria selama-lamanya.

Anak pelajar yang dikasihi,


Keazaman perlu bagi mencapai kecemerlangan. Setiap awal tahun, setiap pelajar akan berazam
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Adakah kita mengkaji sejauh mana azam intu boleh
dicapai?. Persoalan ini kerap kali menjadi penyebab kita gagal mencapai azam yang telah dibuat.

Azam tanpa perancangan = angan-angan


Azam tanpa usaha = mimpi

Anda mungkin juga menyukai