Anda di halaman 1dari 3

Datang ke toko membeli ikan,

Ikan lahan di atas rantang.


Sebelum cerita ini disampaikan,
Ku ucapkan selamat datang.
Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih pengerusi
majlis. Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Amalan Cintai Alam Sekitar”. 
Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah Mina telah
mengadakan Program Kitar Semula. Mina dan kawannya,
Lily telah menyertai program tersebut.
Tujuan program ini adalah untuk memberikan kesedaran
tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada murid-
murid. Selain itu, program ini juga mendidik murid mengenal
pasti jenis barangan yang boleh dikitar semula.
Pada pukul 7.30 pagi, mereka pun tiba di sekolah.
Suasana di sekolah riuh-rendah. Banyak ibu bapa dan murid
telah menyertai program ini. Banyak kaunter disediakan
untuk menerima barangan yang boleh dikitar semula seperti
kaunter kertas, aluminum, plastik dan lain-lain.
Mereka telah membawa barangan terpakai seperti
kertas dan tin aluminium. Mereka menghantar barangan
terpakai ke kaunter yang disediakan. Selepas barangan
mereka ditimbang dan dicatat, mereka menghantarkan
barangan ke tempat yang disediakan.
Kemudian, Mina dan Lily juga berkunjung ke pameran
yang disediakan. Banyak maklumat yang dipapar. Antaranya
maklumat tentang jenis barangan yang boleh dikitar semula,
cara-cara menguruskan sampah sarap dan lain-lain.
Pada pukul 11 pagi, mereka pun balik.
Moral cerita ini ialah kita haruslah memupuk amalan
mencintai alam sekitar sejak kecil.
Sebelum saya mengundur diri. Izinlah saya mengakhiri
cerita saya dengan serangkap pantun.
Pergi memancing ke sungai sula,
Nila dipancing pada hari senja.
Salam undur daripada saya,
Untuk teman-teman semua.

Anda mungkin juga menyukai