Anda di halaman 1dari 8

Pada hari Sabtu yang lalu, aku telah menerima panggilan telefon daripada

sebuah syarikat akhbar tempatan. Berita gembira yang aku terima adalah aku telah
memenangi tempat pertama dalam suatu peraduan teka silang kata. Aku
memperoleh hadiah berupa wang tunai RM800.
Dua hari kemudian, wang hadiah tersebut telah dipindahkan ke dalam akuan
semasa aku oleh pihak penganjur. Aku berasa sungguh gembira. Aku telah
menyimpan sebahagian daripada wang itu untuk kegunaan pada masa depan.
Sebahagian lagi aku belanja untuk keperluan peribadi.
Aku memberitahu ibu tentang niatku untuk membelanjai ahli keluarga dengan
wang hadiah itu. Ibu menyokong cadangan aku. Pada malam berikutnya, kami
sekeluarga makan di restoran makanan segera. Adik-adikku berasa sungguh
gembira. Ayah dan ibu mengucapkan terima kasih kepada aku.
Selain itu, aku membelanjakan wang bakinya untuk membeli keperluan
sekolah seperti buku-buku panduan dan alat tulis. Aku membeli sepasang pakaian
seragam sekolah yang baru juga.
Aku berasa gembira kerana dapat membelanjakan wang hadiah yang
dimenangi itu untuk perkara-perkara yang berfaedah. Aku berazam untuk menyertai
peraduan-peraduan yang lain pula pada masa hadapan.







Andaikan keluarga anda mengadakan suatu majlis kenduri kesyukuran bersempena
dengan kejayaan abang anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan PMR.
Tulis sebuah karangan untuk menggambarkan suasana tersebut. Panjangnya
karangan anda tidak kurang daripada 80 patah kata.

Keluarga kami mengadakan kenduri kesyukuran bersempena dengan
kejayaan Abang Syamsul dalam peperiksaan PMR. Abang mendapat 8A. Ayah
menjemput jiran-jiran dan anak-anak yatim untuk menghadiri majlis kenduri itu.
Sejak pagi lagi, ada jiran-jiran datang awal untuk menolong ibu membuat
persiapan bagi majlis itu. Ada yang mendirikan khemah dan menyusun meja. Kaum
wanita pula membantu menyediakan bahan-bahan masakan sambil beramah mesra.
Tergambar kemeriahan dan semangat kerjasama yang jitu dalam kalangan jiran
tetangga. Kerajinan dan kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas bagai
lebah menghimpun madu
Saya dan Abang Syamsul membersihkan kawasan sekitar rumah. Kemudian
kami mengelap pinggan mangkuk serta cawan yang akan digunakan
Menjelang petang, tetamu mulai datang. Mereka mengucapkan tahniah dan
memuji Abang Syamsul. Sekumpulan anak yatim tiba dengan menaiki van. Selepas
menunaikan sembahyang maghrib, majlis dimulakan
Kemudian, ayah dan ibu menjemput para tetamu menikmati jamuan yang
telah disediakan. Kami turut membantu melayan para tetamu serta beramah mesra
dengan anak-anak yatim yang datang.
Kami amat bersyukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar. Ayah
dan ibu mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka hadri di majlis tersebut
serta menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim.


Baru-baru ini kampung anda telah dilanda banjir. Penduduk kampung diarahkan
berpindah ke tempat penginapan sementara. Anda turut membantu memindahkan
mangsa-mangsa banjir. Ceritakan pengalaman kami menghadapi peristiwa itu.

Hujan turun dengan lebat tanpa berhenti selama beberapa hari. Air sungai
mulai melimpah. Dalam beberapa jam air telah naik hinggan ke paras lutut.
Kami sekeluarga segera menyelamatkan dokumen-dokumen penting dan
barang-barang berharga. Aku turut membantu ibu memasukkan barang-barang
berharga. Barang-barang tersebut disimpan di tempat yang lebih tinggi dan selamat.
Tidak lama kemudian, penduduk kampung telah diarahkan supaya berpindah
ke tempat penginapan sementara kerana air telah naik ke paras yang berbahaya.
Penduduk kampung ditempatkan di balai raya. Kami sekeluarga turut berpindah ke
sana.
Penduduk kampung dipindahkan dengan menaiki bot penyelamat. Aku turut
membantu mengangkat barang-barang ke dalam bot. Sebanyak 30 buah keluarga
ditempatkan di balai raya itu.
Di balai raya itu, aku turut membantu mengagih-agihkan makanan, pakaian
dan selimut kepada mangsa-mangsa banjir. Kami bergotong-royong menyediakan
makanan dan menikmatinya bersama-sama.
Selepas tiga hari, banjir mulai surut. Penduduk kampung dibenarkan pulang
ke rumah masing-masing. Kami terpaksa membersihkan rumah yang dipenuhi selut
dan lumpur sebagai akibat banjir itu.





Andaikan sekolah anda mengadakan Hari Kesihatan. Tulis sebuah karangan tentang
sambutan Hari Kesihatan tersebut.

Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Hari Kesihatan.
Sebagai aktiviti pembukaan, murid-murid mengikuti acara senamrobik di tapak
perhimpunan. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar.

Acara diteruskan dengan ceramah kesihatan yang bertajuk Tubuh Sihat Otak
Cerdas. Ceramah ini disampaikan oleh Dr. Johari Hashim, dari Hospital Sultanah
Amirah. Beliau menerangkan tentang kepentingan amalan pemakanan yang
seimbang seperti menggunakan piramid makanan sebagai panduan untuk memilih
makanan.

Di samping itu, pameran kesihatan juga diadakan. Tujuan pameran ini
diadakan adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan dengan menjaga kesihata.
Antaranya, pameran tentang makanan berkhasiat, gaya hidup sihat dan alatan
perubatan.

Selain itu, pihak hospital turut mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik.
Banyak murid yang menyertai aktiviti tersebut. Antara aktiviti yang dijalakan ialah
pertandingan melukis poster, kuiz kesihatan dan teka jumlah kacan. Hadiah telah
disampaikan oleh Guru Besar kepada para pemenang.

Banyak pengetahuan dapat diperoleh melalui pameran tersebut. Malah, saya
berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan kuiz kesihatan.


Anda dan dua orang rakan anda dalam perjalanan pulang dari sekolah. Anda
ternampak seorang wanita hamil terjatuh sebagai akibat begnya diragut oleh
penunggang motosikal. Ceritakan tindakan-tindakan yang anda dan rakan anda
ambil ketika itu.

Ketika aku, Raju dan Boon Seng berjalan pulang dari sekolah, kami
ternampak seorang wanita yang sarat mengandung hendak melintas jalan. Tiba-tiba
datang sebuah motosikal lalu meragut beg tangan wanita itu.
Wanita itu terjatuh setelah mencuba merentap beg tangannya semula. Kami
segera berlari mendapatkan wanita tersebut. Wanita itu mengalami kecederaan
sebagai akibat terjatuh.
Boon Seng segera menahan sebuah kereta. Aku meminta pertolongan
pemandu kereta itu untuk membawa wanita tersebut ke klinik. Sebaik tiba di klinik,
aku menghubungi suami wanita tersebut. Sementara itu, kami menunggu di klinik
sehingga suaminya tiba.
Kemudian, kami ke balai polis untuk membuat laporan. Kami menerangkan
butir-butir kejadian kepada pegawai polis yang bertugas. Mujur Raju sempat
menyalin nombor pendaftaran motosikal terbabit.
Wanita itu dan suaminya mengucapkan terima kasih atas bantuan yang kami
berikan. Pasangan tersebut ingin memberikan wang kepada kami sebagai tanda
penghargaan. Namun, kami menolaknya kerana kami menolong dengan niat yang
ikhlas.
Setelah semuanya selesai, kami bertiga pun pulang ke rumah. Kami
menceritakan peristiwa tersebut kepada ibu dan ayah. Mereka berasa bangga
kerana kami menolong orang yang berada dalam kesusahan.



Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun. Gambarkan suasana sambutan Hari
Guru di sekolah anda.
Tanggal 16 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Guru. Majlis
sambutan Hari Guru ini bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan para
guru yang mendidik dan membimbing murid-murid menjadi manusia yang berguna.
Sekolah saya turut mengadakan sambutan Hari Guru pada tarikh yang
berkenaan. Pada hari itu, semua murid telah diminta berkumpul di dewan. Ahli-ahli
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut hadir.
Bersempena dengan sambutan tersebut, Guru Besar menyampaikan
perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Wakil PIBG serta wakil murid turut
berpeluang menyampaikan ucapan tahniah, syabas dan terima kasih kepada para
guru.
Beberapa pertunjukan pentas dipersembahkan dalam majlis berkenaan.
Misalnya nyanyian, lakonan, bacaan puisi dan sketsa. Para guru dan murid kelihatan
terhibur oleh persembahan-persembahan itu.
Setelah pertunjukan pentas selesai, diadakan pula acara sukaneka. Pasukan
murid menentang pasukan guru. Kami terhibur sekali melihat telatah para guru yang
mengambil bahagian. Kami tidak kering gusi melihat ragam mereka yang pelbagai
dan melucukan.
Acara tamat menjelang tengah hari. Para murid memberikan cenderahati
kepada para guru. Tanggal 16 Mei merupakan hari yang istimewa buat para guru
kerana jasa-jasa mereka tetap dikenang.






Aku sedang bermain-main dengan rakan-rakanku di halaman rumah. Tiba-tiba aku
ternampak akan kepulan asap tebal di udara. Aku pun ...
Lengkapkan cerita di bawah ini.

Aku sedang bermain-main dengan rakan-rakanku di halaman rumah. Tiba-
tiba aku ternampak akan kepulan asap tebal di udara. Aku pun memberitahu rakan-
rakanku. Ada antara rakan-rakanku menjerit, Api! Api! Ada rumah orang terbakar!
Aku memberitahu ayahku. Ayah menjenguk ke luar sebelum menelefon pihak
bomba. Sementara itu, rakan-rakanku sudah berlari ke arah asap tebal itu.
Kami tiba di tempat kejadian. Rumah Pak Cik Salim terbakar. Sudah ada
beberapa orang jiran yang membantunya memadamkan kebakaran. Ada yang
menolong menyelamatkan barang-barang.
Lima minit kemudian, anggota bomba datang. Mereka berjaya mengawal api
dan memadamkan kebakaran itu. Rumah Pak Cik Salim musnah. Banyak barangnya
yang turut terbakar.
Pak Cik Salim sekeluarga berasa sedih. Walaupun begitu, Pak Cik Salim
bersyukur kerana keluarganya selamat. Dia mengucapkan terima kasih kepada
semua orang yang membantunya.
Barang-barang Pak Cik Salim yang berjaya diselamatkan dibawa ke rumah
saudaranya yang berdekatan. Malam itu Pak Cik Salim sekeluarga menumpang di
sana.






Pada hujung minggu, anda mengikuti ibu anda ke pasar malam. Gambarkan
suasana dan pengalaman anda di pasar malam itu.

Hari ini hari minggu. Aku berpeluang mengikut ibu ke pasar malam. Pasar
malam tersebut tidak jauh dari kampungku dan diadakan pada setiap hari Ahad.

Di pasar malam, suasananya sangat sibuk. Orang ramai berpusu-pusu
mencari barang keperluan masing-masing Terdapat pelbagai jenis barang yang
dijual, misalnya makanan, pakaian, barang dapur, dan sebagainya.

Pelbagai ragam dan gelagat pengunjung pasar malam dapat kulihat. Pasar
malam dikunjungi oleh hampir semua lapisan masyarakat bermula dari golongan tua
dewasa, remaja, hinggalah kanak-kanak. Contoh gelagat pengunjung ialah menawar
harga barang dengan penjual.

Aku melihat banyak orang berkerumun di suatu sudut. Rupa-rupanya mereka
melihat penjual ubat tradisional yang sedang beraksi untuk menarik perhatian ramai.
Penjual ubat itu berusaha melariskan ubatnya sambil membuat pertunjukan sila
mata. Orang ramai kagum.

Aku melihat para peniaga di pasar malam kurang mementingkan hal
kebersihan. Keadaan ini akan memburukkan imej negara kita. Sampah sarap
dibuang di merata-rata tempat.. Tindakan tegas perlu diambil supaya para peniaga
ini lebih mengutamakan kebersihan.

Penat juga aku berjalan di pasar malam itu tetapi aku berasa gembira.
Pelbagai ragam manusia dapat kulihat. Pelbagai barang dapat kubeli dengan harga
yang murah.

Anda mungkin juga menyukai