Anda di halaman 1dari 2

Bentuk karangan pendek 

1. menunggang basikal 
2. dilanggar kereta 
3. menelefon ambulans
4. pasukan penyelamat - menyelamatkan mangsa kemalangan
5. menerima rawatan
6. melawat mangsa kemalangan
7. mengucapkan terima kasih

Khamis Karangan Pendek 28 Oktober 2021


Pada suatu hari, Ali dan kawan-kawannya menunggang
basikal ke taman. Mereka menunggang basikal sambil
berbual-bual. Tiba-tiba, mereka terdengar suara
dentuman yang kuat. Rupa-rupanya, seorang penunggang
motosikal telah dilanggar kereta.
Ali dan kawan-kawannya berlari ke arah tempat
kejadian. Tanpa berlengah, Ali segera menelefon
ambulans. Tidak lama kemudian, pasukan penyelamat pun
tiba. Mereka telah membawa mangsa kemalangan ke
hospital. Dia perlu menerima rawatan di hospital.
Dua hari kemudian, Ali dan kawan-kawannya melawat
mangsa kemalangan di hospital. Dia mengucapkan terima
kasih kepada Ali dan kawan-kawannya.

Anda mungkin juga menyukai