Anda di halaman 1dari 1

KEMALANGAN JALAN RAYA

Pada hari Sabtu yang lalu, saya berjalan kaki pulang ke rumah dari sekolah
yang terletak berhampiran selepas aktiviti kokurikulum. Dalam perjalanan pulang ke
rumah, saya terserempak dengan suatu kemalangan jalan raya yang dahsyat.

“Pong...”, suatu suara yang agak besar telah saya dengari dengan bersamar-
samar. Saya melihat sekeliling saya dan saya ternampak sebuah lori telah terlanggar
dengan sebuah kereta yang berwarna merah. Kereta itu telah kemek dan kaca kereta
turut pecah.

Tanpa membazirkan masa, saya turut menelefon pihak polis dan hospital
untuk mendapat bantuan. Saya juga cuba mencari bantuan daripada penduduk-
penduduk yang tinggal di sekeliling. Mereka datang menghulurkan bantuan kepada
mangsa-mangsa kemalangan jalan raya ini.

Tidak lama kemudian, pihak polis dan ambulans telah tiba. Pihak polis
membantu mengawal kesesakan lalu lintas manakala kakitangan ambulans turut
memberi pertolongan cemas kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Seorang mangsa
meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan jenazahnya
dihantar ke hospital yang berdekatan untuk bedah siasat. Manga yang memandu lori
itu tidak cedera tetapi dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan yang lebih
lanjut.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya ini mungkin berpunca
daripada pemandu-pemandu yang tidak menumpukan perhatian ketika memandu.
Pemandu kereta tersebut juga mungkin memecut dan memotong kenderaan lain dalam
keadaan yang tidak selamat sehingga kemalangan jalan raya ini berlaku.
Walaubagaimanapun, punca sebenar kemalangan jalan raya ini masih perlu disiasat
oleh pihak polis selanjutnya.

Selepas itu, saya turut meneruskan perjalanan saya pulang ke rumah. Saya
berasa gembira kerana dapat membuat sesuatu yang baik dan bermakna. Namun, saya
berasa agak kecewa dan sedih kerana kemalangan jalan raya ini telah meragut nyawa
pemandu kereta itu.

Karangan ditulis dan disediakan,


Ng Boon Pin 3BN/2010

p.s. puan, tolong emelkan kerja rumah cuti bulan jun dan sebagainya kepada saya. Terima
kasih banyak-banyak. Alamat emel saya ialah boonpinng@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai