Anda di halaman 1dari 5

Contoh Karangan 1. Aku Sebuah Motosikal Aku ialah sebuah motosikal.

Aku dilahirkan di Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor. Aku diberi nama Yamaha Ego. Setelah siap, aku dihantar ke sebuah pusat jualan di Sarawak. Setelah seminggu aku dipamerkan disitu, aku telah dilamar seorang pakcik. Setelah berbincang dengan tuan kedai, dia bersetuju membeliku dengan harga RM4700. Kini bermulalah kehidupanku bersama tuanku yang baHAru. Hampir setiap hari aku ditungganginya samada ke pasar mahupun ke masjid. Aku bertuah kerana ditunggangi dengan cukup cermat dan aku dijaganya dengan cukup baik. Aku cukup berbangga kerana dapat berbakti kepada tuanku. __________________________________________________________________ 2. Riwayat Hidup Penagih Dadah Kamal adalah anak bongsu dalam keluarganya. Dia selalu dimanjai oleh ibubapanya. Semua kehendaknya dipenuhi mereka berdua. Di sekolah, dia selalu dipanggil guru disiplin kerana ponteng sekolah. Dia juga pernah ditangkap menghisap rokok di dalam tandas sekolah. Namun begitu, kedua ibubapanya tidak pernah memarahi walaupun berkali-kali mengulanginya. Sikap kedua ibubapanya membuatkan Kamal leka dan terus hanyut. Dia kini mula berjinak-jinak dengan dadah. Keadaannya semakin parah. Dia mula ketagihan. Semakin hari badannya semakin susut. Dia sering sakit-sakit, demam dan selsema yang teruk. Keupayaan badannya bagaikan sudah hilang. Suatu hari, bapanya membawanya ke hospital untuk rawatan. Doktor mengesahkan Kamal menghidap penyakit maut, AIDS. Bapanya terkejut dengan keputusan ujian kesihatan yang telah dijalankan. Namun itulah hakikat yang perlu diterimanya sekeluarga. Kini tinggal Kamal menunggu saat kematian dalam keadaan yang sungguh menyeksakan. ______________________________________________________________ 3. Masalah pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kita semakin dihantui dengan masalah pencemaran alam sekitar. Ianya hangat diperkatakan ramai. Pencemaran ini terbahagi kepada tiga iaitu pencemaran udara, air dan juga bunyi. Pencemaran udara berpunca daripada pengeluaran asap dari kilang-kilang, kenderaan yang berlebihan memenuhi ruang udara kita yang lazimnya tertumpu di kawasan perindustrian dan bandar-bandar besar. Pencemaran air terjadi akibat pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai, sampah-sarap. Hal ini akan menyebabkan air tercemar seterusnya menyebabkan pelbagai hidupan air mati dan boleh mengundang pelbagai penyakit bawaan air. Manakala pencemaran bunyi pula disebabkan deruman jentera-jentera, mesin-mesin kilang serta kapal terbang dan juga keretapi. Ini tertumpu kawasan sekitar lapangan terbang, landasan keretapi serta kawasan perusahaan.

Hal ini dapat diatasi dengan meningkatkan kesedaran dalam memelihara alam sekitar, kerjasama semua pihak adalah amat perlu. __________________________________________________________________ 4. Faedah-faedah Membaca dalam kalangan kanak-kanak. Membaca merupakan satu tabiat yang cukup baik. Bagi kanak-kanak, membaca boleh menambahkan pengetahuan. Ia sering dijadikan suatu hobi yang cukup berfaedah. Melalui tabiat ini, kanak-kanak boleh meningkatkan pengetahuan samada dalam bidang akademik mahupun pengetahuan am mereka. Selain itu, ianya dapat memperbaiki tatabahasa mereka. Dengan adanya minat ini, kanak-kanak kurang terdedah untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah pada waktu lapang mereka dimana mereka akan membaca buku. Ibubapa yang menyedari perihal ini akan sentiasa memantau serta mendapatkan bahan bacaan yang sesuai dari semasa ke semasa untuk kemajuan anak-anak mereka. Hal ini akan memudahkan mereka menjalani proses pembelajaran. Oleh itu, ibubapa harus memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak demi faedah mereka bersama. __________________________________________________________________ 5. Melengkapkan cerita Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Aku, Kumar dan Johan sedang rancak berbual di bawah pokok di hadapan Warung Kopi Pak Hasan. Sedang kami bersembang, tiba-tiba terdengar satu dentuman kuat dari arah jalan besar tidak jauh dari tempat kami berada. Tanpa melengahkan masa, kami bertiga meluru ke arah tempat itu. Kami dapati sebuah kereta telah berlanggar dengan sebuah lori tanah. Pemandu kereta tersepit dan cedera parah. Orang ramai yang berada di situ cuba membantu mangsa sementara menunggu bomba sampai. Sejurus kemudian, beberapa anggota bomba tiba dan meneruskan kerjakerja menyelamatkan mangsa. Tidak lama kemudian ambulan sampai sejurus mangsa berjaya dikeluarkan. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan.

6. Lengkapkan cerita.

Jamil selalu ke rumah Awie untuk belajar dan membuat kerja sekolah yang diberikan cikgu bersama.Dia selalunya akan berbasikal ke sana. Lazimnya dia akan turun selepas Maghrib dan akan pulang pada jam 10. Dia sudah biasa dengan keadaan jalan dan gelap malam begitu. Suatu malam, seperti biasa dia ke rumah Awie, namun dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dia terserempak dengan seorang tua berpakaian serba putih sedang berjalan ke arah yang sama. Dia memberanikan diri membrek basikalnya betul-betul di hadapan orang tua itu. Setelah menoleh, alangkah terkejutnya apabila dia melihat wajah orang tua itu sangat buruk. Dengan pantas, dia mengayuh basikalnya menuju ke rumah. Setibanya di rumah, dia menceritakan peristiwa cemas itu kepada ibunya. Sejak dari peristiwa itu, Jamil tidak lagi berani untuk keluar rumah pada waktu malam. __________________________________________________________________ 7. Sesat di hutan. Pada tengahari Sabtu lepas, kami ke hutan untuk mencari rotan. Setelah hampir dua jam meredah hutan belantara itu, kami sampai ke kawasan yang dituju. Dalam keasyikan kami mengumpul rotan untuk dibawa balik, kami tak sedar yang kami telah tersesat. Tambah mencemaskan hari sudah lewat petang. Usaha mencari jalan pulang menjadi semakin sukar kerana cuaca sudah mulai gelap. Kami hanya mampu berdoa, agar tidak didatangi binatang-binatang buas dan bahaya lain. Dalam kami menunggu, tiba-tiba terdengar suara orang memanggilmanggil nama kami. Kami menyahut setelah suara tersebut semakin hampir. Kelihatan ketua kampung dan orang-orang kampong yang masuk mencari kami setelah tidak pulang-pulang walaupun hari sudah lewat petang. Mereka membawa kami balik ke rumah masing-masing. Begitulah pengalaman kami sesat di hutan. __________________________________________________________________ 8. Harapkan pagar, pagar makan padi. Bapa Shima seorang pegawai kerajaan yang baharu ditukarkan ke Johor. Ibu dan adik-adiknya akan turut berpindah ke sana. Namun dia lebih selesa di sini dengan kawan-kawan dan mengambil keputusan untuk terus tinggal dan belajar di sini. Ibubapanya menghormati keputusan yang dibuat oleh anak sulung mereka itu. Maka, tinggallah Shima dengan nenek dan atuknya bersama paksu, adik kepada abah. Abah menyerahkan tanggungjawab penuh kepada atuk, nenek serta paksu untuk menjaga Shima. Suatu petang, sewaktu ketiadaan nenek dan atuk, Shima bersendirian di dalam bilik, terbaring sambil membaca majalah. Tanpa dia sedari paksu masuk dan terus menerkam ke arahnya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan namun

paksu dengan rakus merogolnya. Shima menangis teresak-esak mengenangkan nasib dan masa depannya. Sejak peristiwa itu, dia berubah menjadi seorang yang pendiam dan murung. __________________________________________________________________ 9. Surat Kiriman Rasmi. Bonnex ak Love Bilik 12, Rumah Beti Ulu Awik 95400 Saratok. __________________________________________________________________ Guru Kelas Tahun 6, SK Ulu Awik, 95400 Saratok Tuan, Perkara : Tidak Dapat Hadir ke Sekolah Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti nama dan alamat di atas tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam panas. 2. Untuk makluman cikgu, saya telah ke Klinik Kesihatan Saratok dan telah diberikan cuti rehat selama 2 hari sehingga esok (4.2.2009) oleh pembantu perubatan yang bertugas. Ini memandangkan suhu badan saya yang tinggi. 3. Saya akan kembali ke sekolah pada hari Rabu (5 Februari 2009). Saya amat berharap cikgu faham akan keadaan saya. Kerjasama cikgu amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar,

3 Februari 2009

Bonnex
( Bonnex ak Love)

10. Surat Kiriman Tak Rasmi 1129, Ohio Street

Ohio University Japan. 3 Januari 2009 Menemui saudari Saadah yang kini berada di tanah air, semoga sihat walafiat hendak-Nya. Saudari, Apa khabar saudari sekeluarga? Diharapkan saudari sekeluarga sihat sejahtera. Sudah lama kita tidak berutus surat. Bagaimana keadaan tempat belajar awak dan rakan-rakan kita di sana? Untuk pengetahuan saudari, tempat belajar baru saya ini sangat luas, lengkap dengan pelbagai kemudahan. Penuntut-penuntutnya ramai dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Saya telah ditempatkan di asrama, tidak jauh dari tempat belajar. Sewaktu baru tiba ke sini, saya amat terasa perbezaan budaya dan iklim. Ianya sangat sejuk berbanding di negara kita. Tetapi alhamdulillah, setelah hampir lima bulan di sini saya dapat membiasakan diri. Masyarakat di sini juga sangat mementingkan masa. Setakat ini sahaja buat kali ini, Semoga hubungan kita berkekalan. Sampaikan salam rindu saya kepada rakan-rakan di sana. Sekian, terima kasih. Sahabatmu,

Saadah
__________________________________________________________________ 11. Laporan Aktiviti Pasaria Sekolah. Sekolah Kebangsaan Ulu Awik telah mengadakan Pesta Ko-Kurikulum pada 25 Januari 2008.

Anda mungkin juga menyukai