Anda di halaman 1dari 6

Nama:

Kelas:

Arahan: Baca teks di bawah.

Roslan seorang budak yang nakal dan tidak mahu


mematuhi peraturan jalan raya. Pada suatu hari, Roslan
berjalan berbasikal balik ke rumah. Dia berbasikal di tengah
jalan raya.

Pada ketika itu, sebuah kereta yang dipandu laju melalui


jalan itu. Pemandu itu tidak tahu Roslan ada di jalan raya
tersebut. Pemandu tersebut telah terlanggar Roslan. Pemandu
kereta tersebut telah menghantar Roslan ke hospital.

Bapa dan keluarga Roslan pergi ke hospital setelah


diberitahu akan kemalangan yang menimpa Roslan. Kedua
ibu bapa dan keluarga Roslan amat bimbangkan Roslan.
Roslan sangat menyesal kerana tidak mematuhi peraturan
jalan raya.
Arahan: Baca petikan di bawah.

Ini bapa saya. Badannya kurus dan tinggi, rambutnya


hitam dan pendek. Kulitnya agak gelap. Namanya Farid Bin
Mahmud.
Bapa saya ialah seorang penjual sayur-sayuran dan
buah-buahan. Dia selalu membantu orang. Dia sangat ringan
tulang. Ibu dan bapa saya bekerja di sebuah pasar yang
besar. Mereka menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan
buah-buahan.
Hobi bapa saya ialah berkebun dan membaca surat
khabar. Bapa saya selalu membaca surat khabar pada waktu
pagi.
Bapa saya suka minum kopi panas kerana baunya yang
segar dan sedap. Bapa saya juga suka makan ikan dan sayur-
sayuran.
Ibu saya pula suka menghidangkan masakan ikan dan
sayur-sayuran yang lazat untuk bapa saya. Bapa saya suka
warna kuning, biru dan coklat. Bapa saya paling suka warna
ungu kerana warna ungu sangat cantik
Arahan: Baca teks di bawah.

Setiap orang mempunyai haiwan kesayangan. Begitu


juga dengan saya. Haiwan kesayangan saya ialah kucing.
Nama kucing saya ialah Comel. Comel seekor kucing Parsi.
Comel sangat pintar.

Warna bulu Comel ialah putih manakala matanya biru


berkilat. Comel suka minum susu dan makan ikan. Comel
juga pandai menangkap tikus.

Tiap-tiap petang saya membawa Comel bermain di


halaman rumah. Comel suka bersiar-siar dengan saya.
Kadang-kadang Comel mengejar binatang peliharaan
nenek.

Saya memandikan Comel dua kali seminggu. Saya


menggunakan syampu untuk membersihkan bulu Comel.
Kemudian saya menyikat bulu Comel dengan sikat.

Comel cantik dan berseri-seri. Comel juga pandai buat


telatah lucu. Comel sangat manja dengan saya dan
keluarga. Saya sayang sangat pada Comel.
Arahan: Baca petikan dan jawab soalan di bawah.

Roslan seorang budak yang nakal dan tidak mahu mematuhi peraturan jalan
raya. Pada suatu hari, Roslan berjalan berbasikal balik ke rumah. Dia berbasikal di
tengah jalan raya.

Pada ketika itu, sebuah kereta yang dipandu laju melalui jalan itu. Pemandu
itu tidak tahu Roslan ada di jalan raya tersebut. Pemandu tersebut telah terlanggar
Roslan. Pemandu kereta tersebut telah menghantar Roslan ke hospital.
Bapa dan keluarga Roslan pergi ke hospital setelah diberitahu akan
kemalangan yang menimpa Roslan. Kedua ibu bapa dan keluarga Roslan amat
bimbangkan Roslan. Roslan sangat menyesal kerana tidak mematuhi peraturan
jalan raya.

1. Apakah jenis kenderaan yang dinaiki oleh Roslan?

______________________________________________________________.

2. Di manakah Roslan berbasikal?

______________________________________________________________.

3. Siapakah yang menghantar Roslan ke hospital?

______________________________________________________________.

4. Siapakah yang pergi ke hospital setelah diberitahu Roslan kemalangan?

______________________________________________________________.

5. Apakah perasaan Roslan setelah terlibat dalam kemalangan?

______________________________________________________________.
Arahan: Baca petikan dan jawab soalan di bawah.

Ini bapa saya. Badannya kurus dan tinggi, rambutnya hitam dan pendek.
Kulitnya agak gelap. Namanya Farid Bin Mahmud.
Bapa saya ialah seorang penjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia selalu
membantu orang. Dia sangat ringan tulang. Ibu dan bapa saya bekerja di sebuah
pasar yang besar. Mereka menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Hobi bapa saya ialah berkebun dan membaca surat khabar. Bapa saya selalu
membaca surat khabar pada waktu pagi.
Bapa saya suka minum kopi panas kerana baunya yang segar dan sedap.
Bapa saya juga suka makan ikan dan sayur-sayuran.
Ibu saya pula suka menghidangkan masakan ikan dan sayur-sayuran yang
lazat untuk bapa saya. Bapa saya suka warna kuning, biru dan coklat. Bapa saya
paling suka warna ungu kerana warna ungu sangat cantik.

1. Siapakah nama bapa dia?

______________________________________________________________.

2. Apakah pekerjaan bapa dia?

______________________________________________________________.

3. Di manakah bapa dia bekerja?

______________________________________________________________.

4. Apakah yang dijual oleh ibu dan bapa?

______________________________________________________________.

5. Apakah yang dihidangkan oleh ibu kepada bapa?

______________________________________________________________.
Arahan: Baca petikan dan jawab soalan di bawah.

Setiap orang mempunyai haiwan kesayangan. Begitu juga dengan saya.


Haiwan kesayangan saya ialah kucing. Nama kucing saya ialah Comel. Comel
seekor kucing Parsi. Comel sangat pintar.

Warna bulu Comel ialah putih manakala matanya biru berkilat. Comel suka
minum susu dan makan ikan. Comel juga pandai menangkap tikus.

Tiap-tiap petang saya membawa Comel bermain di halaman rumah. Comel


suka bersiar-siar dengan saya. Kadang-kadang Comel mengejar binatang
peliharaan nenek.

Saya memandikan Comel dua kali seminggu. Saya menggunakan syampu


untuk membersihkan bulu Comel. Kemudian saya menyikat bulu Comel dengan
sikat. Comel cantik dan berseri-seri. Comel juga pandai buat telatah lucu. Comel
sangat manja dengan saya dan keluarga. Saya sayang sangat pada Comel.

1. Apakah nama kucing dia?

______________________________________________________________.

2. Apakah warna bulu kucing tersebut?

______________________________________________________________.

3. Apakah minuman dan makanan yang disukai kucing tersebut?

______________________________________________________________.

4. Di manakah kucing tersebut bermain?

______________________________________________________________.

5. Berapa kali seminggu kucing tersebut dimandikan?

______________________________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai