Anda di halaman 1dari 16

4.3.

1 GURINDAM
4.3.1.1 Pengenalan
4.3.1.2 Fungsi Gurindam
4.3.1.3 Mengalunkan Gurindam
4.3.1.4 Kesesuaian Bahan Rangsangan Pengajaran Pemulihan Berdasarkan Gurindam
Menggunakan Pelbagai Media Termasuk TMK

4.3.1.1 PENGENALAN

 Gurindam berasal daripada bahasa Tamil iaitu ‘kirandum’.


Perkataan gurindam itu sendiri asalnya daripada perkataan Sanskrit dan dikatakan memasuki
bahasa Melayu melalui bahasa Tamil.
Gurindam terkenal dalam masyarakat Melayu terutamanya di Sumatera.
Gurindam juga dikenali sebagai Muslihat Acheh, Gurindam Barus, Lagak Minang dan sebagainya.

 Takrifan gurindam termasuk ungkapan bahasa yang indah, nyanyian dan ianya berlainan
daripada ucapan biasa pada awalnya.
 definisi bagi gurindam ini telah diperkemas lagi oleh Raja Ali Haji kepada satu bentuk puisi
Melayu yang terdiri daripada dua baris yang berpanjangan, memberikan idea yang sempurna
dalam pasangannya ( baris pertama dan baris kedua ) serta berirama.

Pendeta Dr. Za’ba


 mengatakan gurindam ialah suatu jenis syair yang melarat yang sukukatanya tidak tetap,
terkandung fikiran yang bernas dengan suku sebagai nyanyian dan pengolahan bahasa yang
riang.
 Hal ini dapat menerbitkan rasa seronok, menyenangkan hati dan memberikan hiburan kepada
pendengarnya.
 Penyebatian gurindam dalam masyarakat Melayu adalah sangat kuat dan sama juga dengan
genre lain seperti pantun, seloka dan syair.

Md Ali Bachik (2003)


 gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana
isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan.
 Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya dan melalui
penyebab itulah perkara tersebut terjadi.
Pengkaji kesusasteraan tradisional kata, gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit
 Bentuk puisi Melayu tradisional bukan naratif
 Tidak menentu bentuknya (terikat / tidak terikat)
 Tiada konsep pembayang-maksud seperti pantun, sebaliknya gurindam mementingkan pola
syarat-jawab atau sebab-akibat.
 Baris pertama menyebut sebab/syarat. Baris kedua pula menyebut akibat/jawab dan saling
berkait dengan baris pertama.
 Isi-isinya ialah nasihat dan pedoman yang jelas manakala
 tema yang ditonjolkan pula hampir semuanya. Seperti, pemikiran dan falsafah keagamaan dan
Islami, nsihat, pedoman, kasih sayang

 Bentuk terikat :
o Selalunya 2 baris 1 rangkap
o 3-6 perkataan dalm 1 baris
o Rima a-a
o Biasanya, beberapa rangkap diperlukan utk melengkapkan 1 keseluruhan idea /cerita
/nasihat
o Dari segi sukukata, tiap-tiap baris ataupun kerat terdiri daripada sepuluh hingga empat
belas sukukata.
 Bentuk tidak terikat
o Tidak berpasangan / berangkap
o Jika berangkap,
 Jumlah baris 1 rangkap adalah tidak tetap
 X tetap jumlah perkataan dalam 1 baris
 X tetap berima atau tiada skema irama
 Gurindam jenis ini sukar dikenal pasti. Hanya bahasa dan isinya -selalunya padat
dan bernas- yang memberikannya jenama gurindam
 Cth : pusi bebas
 Gurindam sama ada dalam bentuk terikat atau tidak terikat, isinya berunsur nasihat dan falsafah
 Jenis-jenis gurindam :-
Gurindam serangkap dua baris
Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas

4.3.1.2 FUNGSI GURINDAM

Fungsi :
 Cth2 gurindam amat terbatas hingga sukar utk katakan isi & fungsi
 Scra umun , gurindam ialah pengajaran; menunjukkan jalan hidup yang sempurna
 Gurindam berperanan sebagai alat untuk menyampaikan pendidikan.
Unsur-unsur pendidikan yang ditekankan ialah iman dan moral yang baik
4.3.1.3 MENGALUNKAN GURINDAM
Bagaimana mempersembahkan (apresiasi) Gurindam :

Gurindam didendangkan dengan pelbagai variasi melodi lagu.


Umumnya rentak gurindam adalah perlahan (kerana mesej cinta/ nasihat)
Suara beralun dan bertingkah (tinggi-rendah-mendatar)

Antara lagu gurindam :


versi Bangsawan 30-an
versi Kedah - Perlis
versi Lagu Narasi (Johor-Riau)
versi Irama Melaka
versi Tanjung Pinang (Indonesia)

4.3.1.4 KESESUAIAN BAHAN RANGSANGAN PENGAJARAN PEMULIHAN


BERDASARKAN GURINDAM MENGGUNAKAN PELBAGAI MEDIA TERMASUK
TMK

Gurindam Dua Belas


 merupakan karya hasil karangan Raja Ali Haji, sasterawan negara dari Pulau Penyegat, Riau,
Indonesia.
 Gurindam yg menyentuh perihal ketuhanan, keagamaan, budi pekerti, kewajipan antara anak dan
ibu bapa dan sebaliknya serta hidup bermasyarakat.
 Gurindam dua belas mengandungi buah pikiran, perasaannya, pandangan dan pengalaman
hidupnya.
 kelebihan Gurindam Dua Belas adalah terletak kepada daya pemikiran dan falsafahnya yang
tinggi.
 memiliki nilai-nilai yang sangat tinggi.Baik dari nilai pendidikan, nilai agama, nilai sosial, nilai moral
serta nilai seni.

 mengandungi dua belas fasal


 yang membincangkan pelbagai persoalan kehidupan manusia, sama ada kehidupan di dunia,
mahupun di akhirat
 Setiap fasal dilihat berupaya menyentuh jiwa kesedaran masyarakat,
 contoh insan yang memiliki kualiti serta jati diri yang indah dan sempurna.
Tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas
 menyedarkan masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti mulia, mentaati
dan menghormati ibu bapa serta banyak lagi.
Gurindam 1 Gurindam 2

Barang siapa tiada memegang agama, Barang siapa mengenal yang tersebut,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. tahulah ia makna takut.
Barang siapa mengenal yang empat, Barang siapa meninggalkan sembahyang,
maka ia itulah orang yang ma'rifat. seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa mengenal Allah, Barang siapa meninggalkan puasa,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa mengenal diri, Barang siapa meninggalkan zakat,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri. tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa mengenal dunia, Barang siapa meninggalkan haji,
tahulah ia barang yang teperdaya. tiadalah ia menyempurnakan janji.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.  Keindahan nilai agama
 Semakin manusia mengenal Tuhan, maka
 Nilai keagamaan semakin takut mereka pada-Nya.
 Perintah-Nya wajib kita laksanakan
Sembahyang sebagai pegangan hidup.
 Orang yang meninggalkan ibadah puasa
Gurindam 4
akan kehilangan dunia dan akhirat, bererti
Tuhan tidak akan menjaga orang itu.
Hal kerajaan di dalam tubuh,
 Harta dari orang yang tidak membayar
jikalau zalim segala anggotapun rubuh.
zakat tidak berkat.
Apabila dengki sudah bertanah,
 Orang yang tidak naik haji (apatah lagi bila
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
dia berkemampuan)
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Gurindam 3
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Apabila terpelihara mata,
Jika sedikitpun berbuat bohong,
sedikitlah cita-cita.
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Apabila terpelihara kuping,
Tanda orang yang amat celaka,
khabar yang jahat tiadalah damping.
aib dirinya tiada ia sangka.
Apabila terpelihara lidah,
Bakhil jangan diberi singgah,
niscaya dapat daripadanya paedah.
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar, Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan
janganlah kelakuannya membuat kasar. tangan,
Barang siapa perkataan kotor, daripada segala berat dan ringan.
mulutnya itu umpama ketur2. Apabila perut terlalu penuh,
Di mana tahu salah diri, keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
jika tidak orang lain yang berperi. Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat.
 budi pekerti Hendaklah peliharakan kaki,
 Hati adalah inti dari jiwa manusia. Hati yang daripada berjaian yang membawa rugi.
dengki hanya akan merugikan diri sendiri.
 Berbicara harus dipikir supaya tidak celaka  Pentingnya menjaga anggota tubuh dari
kerananya. Amarah adalah perbuatan sia- perbuatan-perbuatan yg tidak baik.
sia. 1. Mata harus dijaga supaya tidak timbul
 Orang yang pernah berbohong, sedikit apa keinginan yang menyimpang.
pun dustanya, akan terus tampak di mata 2. Telinga harus dijauhkan dari segala bentuk
orang lain sebagai pembohong. hasutan dan mendengar perkara yang tidak
 Orang yang paling celaka adalah orang baik.
yang tidak menyadari kesalahannya sendiri 3. Orang yang menjaga percakapannya akan
sampai harus dikatakan oleh orang lain. mendapatkan manfaat.

 Sifat pemurah akan menambahkan 4. Tangan juga harus dijaga dari mengambil
hartanya sendiri, bererti dengan menjadi milik orang lain.

dermawan harta kita akan bertambah 5. Nafsu harus dijaga supaya tidak melakukan
(ditambah oleh Allah). perbuatan yang tidak patut.

 Kelakuan dan kata-kata hendaklah selalu 6. Hidup harus dijalani dengan penuh

halus dan bersih. semangat.


7. Jangan merugikan diri dengan melakukan
hal-hal yang membazir dan melakukan
maksiat.
Gurindam 5 Gurindam 6

Jika hendak mengenai orang berbangsa, Cahari olehmu akan sahabat,


lihat kepada budi dan bahasa. yang boleh dijadikan obat.
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, Cahari olehmu akan guru,
sangat memeliharakan yang sia-sia. yang boleh tahukan tiap seteru.
Jika hendak mengenal orang mulia, Cahari olehmu akan isteri,
lihatlah kepada kelakuan dia. yang boleh dimenyerahkan diri.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu, Cahari olehmu akan kawan,
bertanya dan belajar tiadalah jemu. pilih segala orang yang setiawan.
Jika hendak mengenal orang yang berakal, Cahari olehmu akan abdi,
di dalam dunia mengambil bekal. yang ada baik sedikit budi.
Jika hendak mengenal orang yang baik
perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang
ramai.

 orang yang bersifat baik tampak dari


perbuatannya.
 Orang yang mulia dan berbangsa dapat kita
lihat dari perilaku dan tutur katanya.  fasal keenam, membincangkan mengenai
 Orang yang bahagia adalah orang yang orang di sekeliling kita.
berhemat dan tidak melakukan perbuatan  Carilah sahabat yang setia dan dapat
yang sia-sia. membantu kita.
 Orang yang pandai tidak pernah jemu untuk  Carilah guru yang serba tahu dan tidak
belajar dan memetik pelajaran dari menyembunyikan hal-hal buruk.
hidupnya di dunia.  Isteri yang patut diambil adalah isteri yang
 Orang yang baik adalah orang yang pandai berbakti.
bergaul dalam masyarakat.  Abdi (pengikut, pembantu, budak) yang baik
untuk diambil adalah abdi yang berbudi.
Gurindam 7 Gurindam 8

Apabila banyak berkata-kata, Barang siapa khianat akan dirinya,


di situlah jalan masuk dusta. apalagi kepada lainnya.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka, Kepada dirinya ia aniaya,
itulah tanda hampirkan duka. orang itu jangan engkau percaya.
Apabila kita kurang siasat, Lidah yang suka membenarkan dirinya,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat. daripada yang lain dapat kesalahannya.
Apabila anak tidak dilatih, Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Tika besar bapanya letih. biar dan pada orang datangnya khabar.
Apabila banyak mencela orang, Orang yang suka menampakkan jasa,
itulah tanda dirinya kurang. setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Apabila orang yang banyak tidur, Kejahatan diri sembunyikan,
sia-sia sahajalah umur. kebaikan diri diamkan.
Apabila mendengar akan khabar, Keaiban orang jangan dibuka,
menerimanya itu hendaklah sabar. keaiban diri hendaklah sangka.
Apabila mendengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

 budi pekerti.
 Orang yang banyak bicara kemungkinan
pendusta.
 Terlalu mengharapkan sesuatu akan  orang yang ingkar dan menganiayai dirinya
menimbulkan kekecewaan yang mendalam sendiri tidak boleh dipercayai.
saat sesuatuitu tidak seperti yang  Orang yang ego selalu menunjukkan
diharapkan. kebaikan dirinya dan menyalahkan orang
 Setiap pekerjaan harus ada persiapannya. lain.
 Anak harus dididik supaya tidak  Pujian tidak usah dibuat sendiri tapi
menyusahkan orang tua di kemudian hari. tunggulah datangnya dari orang lain.
 Orang yang gemar mencela orang lain  Sifat-sifat buruk dalam diri kita jangan
bagaikan tong kosong yang nyaring ditayang kepada umum, begitu pula
bunyinya. kebaikan-kebaikan yang telah kitabuat.
 Perkataan yang lemah-lembut akan lebih  Kesalahan orang lain jangan diungkit dan
didengar orang daripada perkataan yang kesalahan sendiri harus disedari.
kasar.
 Orang yang benar jangan disalahkan
(difitnah atau dikambinghitamkan).

Gurindam 9 Gurindam 10

Tahu pekerjaan tak baik, Dengan bapa jangan durhaka,


tetapi dikerjakan, supaya Allah tidak murka.
bukannya manusia yaitulah syaitan. Dengan ibu hendaklah hormat,
Kejahatan seorang perempuan tua, supaya badan dapat selamat.
itulah iblis punya penggawa. Dengan anak janganlah lalai,
Kepada segala hamba-hamba raja, supaya boleh naik ke tengah balai.
di situlah syaitan tempatnya manja. Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
Kebanyakan orang yang muda-muda, supaya kemaluan jangan menerpa.
di situlah syaitan tempat berkuda. Dengan kawan hendaklah adil supaya
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan, tangannya jadi kafill.
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.

 manusia yang mengerjakan pekerjaan


yang tidak baik diibaratkan sebagai  Kewajiban terhadap orang tua, anak, isteri,
syaitan. dan teman dibahas dalam fasal kesepuluh.
 Para pemuda sering melakukan perbuatan  Anak harus hormat dan berbakti pada ibu
maksiat. bapanya.
 Lelaki dan perempuan jangan bertemu  Orang tua harus benar-benar mendidik
dalam suasana yang mendorong anaknya supaya berjaya dan dapat
perbuatan negatif seperti zina. menaikkan darjat mereka.
 Orang tua yang berhemat (hidup tanpa  Kita juga harus bersikap adil terhadap
berbuat sia-sia) dan orang muda yang teman.
gemar belajar dijauhi oleh syaitan.
Gurindam 12

Gurindam 11 Raja muafakat dengan menteri,


seperti kebun berpagarkan duri.

Hendaklah berjasa, Betul hati kepada raja,

kepada yang sebangsa. tanda jadi sebarang kerja.

Hendaklah jadi kepala, Hukum adil atas rakyat,

buang perangai yang cela. tanda raja beroleh inayat.

Hendaklah memegang amanat, Kasihan orang yang berilmu,

buanglah khianat. tanda rahmat atas dirimu.

Hendak marah, Hormat akan orang yang pandai,

dahulukan hajat. tanda mengenal kasa dan cindai.

Hendak dimulai, Ingatkan dirinya mati,

jangan melalui. itulah asal berbuat bakti.

Hendak ramai, Akhirat itu terlalu nyata,

murahkan perangai. kepada hati yang tidak buta


 Kita hendaknya menolong antara satu  Fasal yang ke12 bahas ttg kewajiban raja,
sama lain, terutama yang sebangsa, orang yang berilmu, dan hikmah kematian.
dibahasakan dalam fasal ke sebelas.  Hubungan raja dengan menteri mestilah
 Kita harus membuang sifat-sifat buruk dan saling menjaga antara satu sama lain.
memegang amanah.  Raja yang baik atau raja yang mendapat
 Amarah sebaiknya ditahan untuk petunjuk dari Allah adalah raja yang adil
mendahulukan keperluan (hajat). terhadap rakyatnya.
 Bila ingin disukai orang ramai, kita harus  Orang yang berilmu disukai Allah dan
membentuk sikap yang disukai oleh orang dihormati orang lain.
ramai.  Bila manusia mengingat kematiannya
 Semua ini terangkum dalam pasal nanti,dia akan akan lebih berbakti pada
kesebelas. Allah.
 Orang yang tidak buta hatinya akan
mengetahui kewujudan akhirat.
1. Nilai keagamaan ( Gurindam 2)
2. Nilai seni
o Gurindam Dua Belas sering dibawakan dengan iringan lagu-lagu melayu.
o Setiap fasal dilagukan dengan irama yang berbeza-beza.
o Masyarakat yang sering menggunakan irama yang sama menyebabkan muncul pemikiran
masyarakat yang mengatakan bahawa irama Gurindam Dua Belas harus menggunakan irama
tersebut iaitu lagu-lagu melayu.
o Seolah-seolah irama tersebut merupakan irama yang wajib untuk dinyanyikan.
o Sebenarnya,perkara ini tidak benar kerana setiap irama yang digunakan utk membawakan
Gurindam Dua Belas adalah bebas, asalkan memiliki aturan-aturan yang baik, intonasi yang
tepat.

3. keindahan nilai diri dan keperibadian


o menggunakan diksi seperti mata, cita-cita, kuping, jahat, lidah, faedah, tangan, perut, fi’il,
ingat, semangat, kaki, berjalan, dan sebagainya
o cth : Penggunaan kata terpelihara lidah ( Gurindam3), merupakan penanda nilai diri dan
keperibadian
o bahawa apabila seseorang dapat memelihara percakapanya, dia akan mendapatkan
faedahnya.
o keindahan diksi atau pilihan kata digunakan oleh penulis gurindam untuk menyampaikan
nilai kehidupan kepada pembaca.

GAYA BAHASA
Aliterasi  sejenis gaya bahasa perulangan bunyi Bersungguh-sungguh engkau
konsonan yang sama pada awal kata dan yang memeliharakan tangan,
berurutan waima dalam puisi tradisional, puisi Daripada segala berat dan
moden, prosa tradisional, prosa moden sama ringan.
ada kreatif atau bukan kreatif. Fasal 3, rangkap 4)
 pengulangan bunyi konsonan dalam baris-baris
karya (puisi atau prosa). Kedudukan konsonan terdapat pengulangan huruf
itu mungkin di awal kata atau suku kata konsonan ‘g’.
ditekankan dalam baris-baris berkenaan Penggulangan huruf ‘g’ ini
berada ditengah dan berurutan
dengannya.

Asonansi  perulangan bunyi Barang siapa tiada memegang agama,


vokal yang sama Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
pada setiap baris
atau pada setiap ayat ( Fasal 1, rangkap 1)
yang biasanya
secara berurutan huruf ‘a’ pada baris pertama yang menunjukkan
supaya memperoleh pengulangan huruf vokal yang berurutan dengannya.
kesan tertentu

Sinkof  penyirnaan, iaitu Cahari olehmu akan sahabat,


pengguguran huruf Yang boleh dijadikan obat.
sisip atau suku kata (Fasal 6, rangkap 1)
sisip perkataan atau Tahu pekerjaan tak baik, tetapi dikerjakan,
dengan Bukannya manusia ia itulah syaitan.
menghilangkan huruf (Fasal 9, rangkap 1)
tengah atau suku kata
tengah bagi perkataan perkataan ‘mu’ membawa maksud ‘kamu’ dan
perkataan “tak’ pula membawa maksud “tidak”.

Anafora Pengulangan perkataan Barang siapa mengenal yang tersebut,


yang sama atau Tahulah ia makna takut.
sekumpulan perkataan Barang siapa meninggalkan sembahyang,
pada permulaan klausa Seperti rumah tiada bertiang.
yang berturutan.
Pengulangan ini akan (Fasal 2 : rangkap 1-6)
menghasilkan kesan
emosi yang kuat. pengulangan perkataan yang sama ini dapat dilihat
pada pengulangan perkataan ‘barang siapa’.
Pengulangan perkataan ‘barang siapa’ ini berlaku
pada permulaan setiap baris.

Kata  bentuk kata yang dihasilkan Apabila terpelihara mata,


ganda dengan menggandakan atau Sedikitlah cita-cita.
mengulangi kata dasar, (Fasal 3, Rangkap 1)
 sama ada kata ganda Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
tersebut diulangi secara Sangat memeliharakan yang sia-sia.
keseluruhan atau pada (Fasal 5, Rangkap 2)
bahagian-bahagian tertentu
dan dengan imbuhan atau kata ganda yang digunakan ini diulangi secara
tanpa imbuhan keseluruhan. Kata ‘cita’ digandakan menjadi ‘cita-
cita’, manakala kat ‘sia’ digandakan menjadi ‘sia-
sia’.

Simile  simile sama ertinya dengan perumpamaan. Barang siapa


 berasal drpd bahasa Latin yang bermaksud ‘seperti’. meninggalkan
 Simile ialah perbandingan terus, iaitu membandingkan sembahyang,
dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan Seperti rumah tiada
sengaja kita menganggapnya sama. bertiang.
 Perumpamaan ini secara jelas mengungkapkan
sesuatu perbandingan atau persamaan dengan (Fasal 2, rangkap 2)
menggunakan kata
“seperti”, “laksana”, “bagai”, “umpama”, “bak”, “sebagai”, Jika sedikit pun berbuat
“penaka”, ‘serupa”, “ibarat”, “macam” dan sebagainya. bohong,
Boleh diumpamakan
mulutnya itu pekung.

(Fasal 4, rangkap 5)

Antitesis  antitesis adalah tindakan Bersungguh-sungguh engkau


menggabungkan idea-idea yang memeliharakan tangan,
bertentangan Daripada segala berat dan ringan.
 antitesis merujuk kepada bentuk (Fasal 3, rangkap 4)
peletakan dua ayat atau kata yang Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
bertentangan dalam kedudukan Di situlah banyak orang yang tergelincir.
berdampingan (Fasal 4, rangkap 3)

Rima  rima akhir ialah bunyi yang sama pada akhir atau Fasal 8
kata akhir dalam sesuatu rangkap,
 iaitu yang terdapat dalam puisi seperti syair, Barang siapa khianat akan
gurindam, pantun atau rima ialah susunan bunyi dirinya,
atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku Apalagi kepada lainnya.
kata terakhir dalam sesuatu baris atau keselarasan Kepada dirinya ia aniaya,
huruf pada akhir kata atau suku kata terakhir dalam Orang itu jangan engkau
sesuatu baris atau serangkap puisi, misalnya aaaa, percaya.
abab, abcabc, aabb, abba dan selainnya. Lidah yang suka
membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat
kesalahannya

Pengajaran dan nasihat


 tentang ibadah, kewajiban raja, kewajiban anak, kewajiban orang tua, budi pekerti, dan hidup
bermasyarakat yang dapat dijadikan pedoman hidup
 nilai-nilai agama, nilai moral, nilai keindahan, dan nilai kebenaran atau keyakinan

#Yang popular di internet ialah fasal ketiga. Keenam sikit2 jk. Fasal yg lain2,xjumpa pun org pg
hurai..xtau knapa… So, klu mo tau lebih lanjut ttg Fasal 3, boleh google.. all in there
(mksd,nilai,pengajaran,gaya bhsa utk dia jk. Yg di atas ni addalah scra keseluruhannya..) . byk sgt..

KESESUAIAN BAHAN RANGSANGAN PENGAJARAN PEMULIHAN BERDASARKAN


GURINDAM MENGGUNAKAN PELBAGAI MEDIA TERMASUK TMK

Bagaimana menghasilkan Gurindam

 Ditulis 2 baris serangkap

Orang yang rajin membaca buku (Baris 1)

Banyak ilmu yang ia tahu (Baris 2)

 Bilangan rangkap tidak ditentukan jumlahnya.


 Baris 1 – frasa ayat yang tidak sempurna (memerlukan sambungan pada baris kedua)

Membaca buku siang dan malam….(bersambung pada baris ke-2)…

 Baris 2 adalah sambungan frasa pada baris 1 (menjadi ayat yang lengkap)

…………Menambah ilmu menyinari kelam (sambungan baris 1)

 Baris 1 adalah subjek idea (juga menjadi sebab)

Membaca buku siang dan malam

‘Membaca buku’ adalah subjek/ sebab

 Baris 2 adalah huraian idea (menjadi akibat)

Menambah ilmu menyinari kelam

‘Menambah ilmu’ dan ‘menyinari kelam’ adalah huraian idea/ akibat

 Setiap baris mengunakan 3 hingga 6 patah perkataan.

Gurindam di atas tercipta dengan menggunakan 4 hingga 5 patah perkataan sebaris.

Orang yang rajin membaca buku (5 pp)

Banyak ilmu yang ia tahu (5 pp)

 Sebagai latihan awal eloklah dicipta gurindam yang dimulai dengan kata ‘jika, apabila, kalau,
andai’. Ciptalah gurindam bertemakan nasihat.

Contoh :

Gurindam Rajin Belajar


Jika kita rajin belajar,
Jadi berguna bila dah besar.
Apabila suka pergi sekolah,
Ibu gembira bapa tak marah.
Kalau selalu membaca buku,
Bertambah ilmu banyak yang tahu.
Andai tekun mendengar ajaran,
Jadi ingat semua pelajaran.

 Pilih dan susun perkataan yang dirasakan tepat untuk menggambarkan idea.

Pelajar boleh menggunakan teknik medan kata untuk mencari kata-kata yang tepat dan
berkaitan dengan idea. Contoh.

Belajar
sekolah rajin ibu-bapa tekun
ilmu berguna guru membaca
buku besar gembira suka
pelajaran tahu ingat berguna

Semua perkataan/ diksi yang dipilih menjadi medan kata untuk perkataan belajar adalah
berkait rapat dan berada dalam lingkungan maksud serta sifat perkataan berkenaan.

 Pilih kata-kata yang indah dan puitis. Seterusnya bentuklah frasa atau ayat yang juga indah
dan puitis. Selalulah merujuk kamus untuk mencari perkataan yang dirasakan sesuai.

 Susun perkataan dengan skima rima hujung a;a. Walaupun gurindam tidak mementingkan
skima rima tengah, namun jika dapat diusahakan, pengucapannya akan menjadi lebih puitis.

Apabila suka pergi sekolah,

Ibu gembira bapa tak marah.

‘Suka’ dijodohkan dengan ‘gembira’ untuk rima tengah, sementara sekolah dijodohkan dengan
marah untuk rima hujung. Sungguhpun skima rimanya gurindam di atas tidak bercorak serima,
ia masih boleh dianggap binaan gurindam yang baik.

Namun adalah lebih elok andainya dapat difikirkan skima rima yang serima baik di tengah
mahupun di hujung.

Apabila suka pergi sekolah,

Hilanglah duka betulkan salah

‘Suka’ dan ‘duka’ membentuk rima tengah sementara ‘sekolah’ dan ‘salah’ membentuk rima
hujung; menjadikan skima rimanya bercorak serima. Dengan ini pengucapannya menjadi
lebih harmonis.

Akhirnya bacalah berulang kali gurindam yang diciptakan tersebur sambil membuat suntingan
(edit) agar tercipta gurindam yang bermakna, indah dan puitis dari aspek pemikiran dan
bahasanya.

1. Bahan : Kad bacaan & Gambar Situasi / Ilustrasi & Audio


2. Memperkembangkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.
3. Perkara ini diransang sewaktu mereka mengikuti perkembangan hasil sastera yang dibaca.
4. Guru bombing murid untuk baca dan lafaz dengan intonasi yg betul
a. Hasil sastera iaitu gurindam 12 raja ali haji
b. melatih murid untuk mengekspresikan diri mereka
c. mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka
d. Cth Aktiviti : Serlah Bakat Idola Kecil dalam bilik darjah
1. Membaca/ melafaz 2 rangkap gurindam
2. Pilih rangkap yang mudah perkataanya

Anda mungkin juga menyukai