Anda di halaman 1dari 3

SELOKA PAK PANDIR(trek 11)

Pandai-pandai wahai Pak Pandir Kilat memancar hujan tak lalu


Anak dipijak dagang dijunjung Awak juga yang berkecundangan
Kucing dibunuh tikus dibela Silap-silap menabur budi
Harta habis badan tergadai Awak rugi orang yang untung

Bila mendengar gelagat dagang
Hingga tak sedar bertelanjang
Pantang mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting lipatan makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung

Apa didengar gelagat dagang
Gelagat si rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah tapi dia haram
Seloka Pak Kadok(trek 10)

Aduhai malang Pak Kadok
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran

Hai mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Aduhai malang Pak Kadok

26 Julai 2011
9.00 malam
Norliza Japilos

Anda mungkin juga menyukai