Anda di halaman 1dari 1

Pantun Moden

(Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang)


Pisang emas dibawa belayar, Siakap senohong,
Masak sebiji di atas peti; Gelama ikan duri;
Hutang emas tidak terbayar, Bercakap bohong,
Hutang ceti dibawa lari. Bolehkah jadi menteri?

Harap-harap kelapa puan, Timang tinggi-tinggi,


Tidak puan kelapa baik; Dapur tak berasap;
Harap-harap kepada kawan, Bila besar nanti,
Kawan sendiri cabut lari. Duduk dalam lokap.

Tudung periuk pandai menari, Sorang papan tarik papan,


Menari lagu putera mahkota; Buah keranji dalam perahu;
Kain yang elok bawa ke mari, Suruh makan tuan makan,
Untuk mengesat Proton Saga. Suruh mengundi haram tak mahu.

Nasi lemak buah bidara, Malam mengemping antan berbunyi,


Daun ketupat saya lurutkan; Kukur kelapa bertih di kuali;
Tinggallah emak tinggallah saudara, Orang miskin bertanam padi,
Kerana pangkat anakanda turutkan. Orang kaya datang mencuri.

Inderagiri puisinya lumat, Makan emping bergurau senda,


Kerang bercampur dengan lokan; Makan bersantan gula kelapa;
Bagaimana nabi kasihkan umat, Orang miskin teruk bekerja,
Begitulah saya kasihkan gelaran. Orang kaya duduklah saja.

Apa guna kepuk di ladang, Tepuk amai-amai,


Kalau tidak berisi padi; Belalang kupu-kupu;
Apa guna hidup membujang, Datuk-datuk makin ramai,
Tidur malam syok sendiri. Malam-malam timang cucu.

Kiri jalan kanan pun jalan, Kalau tuan pergi ke hulu,


Di tengah-tengah pohon mengkudu; Kirimkan saya buah saga;
Kirim jangan pesan pun jangan, Kalau tuan mati dahulu,
Sama-sama kepala batu. Tunggulah saya di pintu neraka.

Kajang tuan kajang berlipat, Sayang tempua bersarang di batu,


Kajang saya mengkuang lama; Sayang cempaka dibuang layu;
Daging tuan dagang bertempat, Orang muda melepaskan rindu,
Daging saya papa kedana. Orang tua menanggung malu.

Anda mungkin juga menyukai