Anda di halaman 1dari 3

SELOKA PANDAI PAK PANDIR Anak dipijak dagang dijunjung Kucing dibunuh, tikus dibela Harta habis badan

tergadai! Mendengar gelegak dagang, Tak sedar bertelanjang; Mendengar guruh di langit Air tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkok onak Gunting makan di hujung Pak pandir juga yang menanggung.. Apa didengar gelagak dagang? Gelagak rambutan jantan Orang berbunga dia berbunga Orang berbuah dia haram. Kilat memancar hujan tak lalu.. Awak juga kecundangan....

Kisah Pak Pandir Membeli Lembu


Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri di sebuah kampung. Nama isteri nya, Mak Andeh dan nama suami nya Pak Pandir.... Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suami nya untuk membeli lembu. Suami nya bertanya pada isteri nya, " Bagaimana rupa lembu tu ye Andeh?" Isteri nya pu menjawap, "Rupa lembu itu senang aje. Ia bertanduk dan makan rumput." Pak Pandir pun berjalan di keliling kampung mencari lembu. Sedang dia ber jalan, dia terlihat seorang hamba Allah sedang menyambit rumput dengan menggunakan sabit. "Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh," fikir nya sendirian. Diapun menghampiri orang itu. "Saya hendak beli lembu di tangan saudara itu." Sambil Pak Pandir menunjuk sabit di tangan orang itu. "Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu. "Tidak, itulah lembu. Jualkan lah pada saya. Saya mahu membeli nya," kata Pak Pandir bersungguh-sungguh. Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itupun beri. "Nah ini bayarannya," sambil Pak Pandir memberi semua DUIT yang di beri oleh Mak Andeh tadi. "Tapi DUIT apa banyak sangat ni?" orang itu bertanya kebinggungan. Pak Pandir tidak menghirau apa-apa lagi. Dia terus mengikat sabit tersebut dengan tali dan di tarik pulang, seperti menarik lembu. Setiba nya di halaman rumah, Pak Pandir pun memanggil isteri nya, "Mak Andeh, Ini lembu yang awak suruh beli." Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma mendengar suara Pak Pandir merasa sukacita. "Cepat dia dapat beli lembu. Sudah boleh diharap Pak Pandir aku ni," fikir Mak Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap hendak melihat lembu yang di bawa pulang. "Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya Mak Andeh. "Ini! Aku beli beli dengan semua duit yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir menunjukkan kepada sabit yang diikat dengan tali itu. Mak Andeh menepuk-nepuk kepala .... "Habis duit simpanan Aku....," mengeluh Mak Andeh. Demikian lah, salah satu episod kisah Pak Pandir yang kurang akal itu ......

Pak Pandar Menjemput Pak Lebai Pada suatu hari, Mak Andeh berkata pada Pak Pandir.

"Pak Pandir, kita endak buat kenduri doa selamat. Awak pergilah jemput Pak Lebai untuk baca doa." Bagaimana rupa Pak Lebai iti, aku tak kenal?"

" Senang aje. Pak Lebai itu berjanggut dan memakai ketayap." Pak Pandir pun pergilah.

Sampai di tengah jalan, dia melihat seekor kambing.

"Inilah agaknya Pak Lebai yang di katakan oleh Mak Andeh," fikir Pak Pandir.

"Pak Lebai, marilah ke rumah saya. Saya ada buat kenduri." Kambing itu mengembek. "m....m.....mmbbeeeekkkkkk..." "Eh, nasi aku tidak lembek," jawap Pak Pandir. Lalu kambing itupun dibawa pulang. "Mak Andeh! Inilah Lebai yang engkau suruh aku carikan."

"Apa? Ini bukan Pak Lebai. Ini kambing! Tak boleh di haraplah awak ni!"

Begitu lah telatah Pak Pandir yang menyangka kambing itu Pak Lebai.

Anda mungkin juga menyukai