Anda di halaman 1dari 1

Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri  di sebuah kampung.

  Nama isterinya,
Mak Andeh dan nama suaminya Pak Pandir.
Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suaminya untuk membeli lembu.  Suaminya
bertanya pada isterinya, " Bagaimana rupa lembu tu ye Andeh?" Isterinya pun menjawab,
"Rupa lembu itu senang aje. Ia bertanduk dan makan rumput."
Pak Pandir pun berjalan disekeliling kampung mencari lembu. Sedang dia ber jalan, dia
terlihat seorang hamba Allah sedang menyambit rumput dengan menggunakan sabit .

"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh," fikir nya sendirian. Diapun menghampiri
orang itu. "Saya hendak beli lembu di tangan saudara itu." Sambil Pak Pandir  menunjuk sabit
di tangan orang itu.
"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu. "Tidak, itulah lembu. Jualkan lah pada saya.
Saya mahu membeli nya," kata Pak Pandir bersungguh-sungguh.

Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itupun beri. "Nah ini
bayarannya,"  sambil Pak Pandir memberi semua DUIT yang di beri oleh Mak Andeh tadi.

"Tapi DUIT  apa banyak sangat ni?" orang itu bertanya kebinggungan. Pak Pandir tidak
menghirau apa-apa lagi. Dia terus mengikat sabit tersebut dengan tali dan di tarik pulang,
seperti menarik lembu.

Setiba nya di halaman rumah, Pak Pandir pun memanggil isteri nya, "Mak Andeh, Ini lembu
yang awak suruh beli." Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma mendengar suara Pak Pandir
merasa sukacita. "Cepat dia dapat beli lembu.  Sudah boleh diharap Pak Pandir aku ni," fikir
Mak Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap hendak melihat lembu yang di bawa pulang.

"Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya Mak Andeh. "Ini! Aku beli beli dengan
semua duit yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir menunjukkan kepada sabit yang diikat
dengan tali itu.

Mak Andeh menepuk-nepuk kepala .... "Habis duit simpanan Aku....,"  mengeluh Mak Andeh.

Anda mungkin juga menyukai