Anda di halaman 1dari 9

PAK PANDIR DAN PISANG BAKAR

Pada suatu hari,di Kampung Beringin pendam Pak Pandir dan


isterinya Mak Andeh sibuk mengerjakan ladang padi mereka.Mereka
bertungkus lumus merumput supaya anak padi yang baru bercambah tidak
ditenggelami rerumput ataupun tumbuhan liar yang lain.Mereka begitu
khusyuk bekerja sehinggalah ke tengahari.

     Setelah sudah tidak tahan melawan keterikkan mentari dan rasa lapar
mereka akhirnya berhenti.Pak Pandir membawa perkakas-perkakas yang
digunakan untuk merumput sebentar tadi ke pondok manakala Mak Andeh
pula bergegas ke kebun mereka yang berdekatan dengan ladang untuk
memetik sesikat pisang buat makan tengahari kerana beras mereka cuma
tinggal sedikit sahaja lagi.Sempat dia berpesan supaya Pak Pandir
menyalakan api.

 
      "Harap-haraplah Andeh tak ambil ubi lagi.Perut aku dah muak makan
ubi hari-hari.",bisik Pak Pandir sendiri sambil tangannya sibuk menyusun
ranting-ranting untuk menyalakan api seperti mana yang disuruh oleh Mak
Andeh sebentar tadi.Setelah itu,dia duduk merehatkan diri.Angin yang
bertiup sepoi-sepoi bahasa itu terasa begitu mengasyikkan.Mengusir pergi
rasa panas membakar bekerja dibawah teriknya matahari sebentar tadi.

   Dikejauhan disana,kelihatan Mak Andeh yang tergesa-gesa membawa


sesikat pisang yang sedang masak ranum ditangan.Pak Pandir tersenyum
riang.Dia sudah lama 'mengidamkan' pisang bakar namun Mak Andeh
sering membakar ubi untuk makan tengahari mereka.

     "Lebar senyuman kau Pandir?.Suka sangatlah tu.",kata Mak Andeh


separuh menyindir apabila sampai ke pondok.Pak Pandir mengangguk
kepalanya laju.Memang dia tengah kecur liur sekarang memandangkan dia
menunggu begitu lama untuk merasa pisang yang ditanam mereka pada
tahun lepas itu.

    Mak Andeh mengasingkan pisang tersebut sebiji-sebiji sebelum dibakar


didalam api.Pak Pandir pula sudah tercongok dihadapan para untuk
menunggu pisang tersebut siap dimasak.Mak Andeh hanya mampu
menggelengkan kepalanya.Sementara menunggu pisang yang dibakar tadi
masak ,Mak Andeh bercadang sungai untuk mandi memandangkan
badannya terasa sangat panas dan melekit.

       "Pandir?,aku mahu ke sungai untuk mandi.Kalau pisang sudah


masak,kau makan dahulu.Tinggalkan aku sedikit.Tapi ingat,buang kulit
pisang itu terlebih dahulu.Sejukkan baru makan.",sempat dia berpesab
sebelum bangun keluar dari pondok untuk menuju ke sungai.Pak Pandir
menganggukkan kepalanya tanpa melarikan pandangan walau sekejap
dari memandang pisang-pisang tadi.

    Setelah menunggu beberapa detik,Pak Pandir mengeluarkan pisang dari


api menggunakan penyepit kayu.Pisang-pisang tersebut sudah masak dan
baunya sungguh menggiurkan.Tanpa berfikir panjang pak Pandir terus
menyumbat sebiji pisang yang bersaiz kecil dan masih berkulit lalu terus
menelannya.Sebaik sahaja pisang tadi turun melalui tengkoroknya rasa
panas yang tidak tertanggung terasa begitu menyeksa.

     Pak Pandir menjerit kuat sambil berguling-guling kesakitan namun


pisang tadi tidak dapat dimuntahkan kembali.Akhirnya Pak Pandir mati
disebabkan kebodohan dan kegelojohannya memakan pisang bakar tadi.
Angan-angan Mat Jenin

      Pada Zaman dahulu ,disebuah kampung terdapat seorang pemuda


bernama Mat Jenin.Dia sangat dikenali diseluruh kampung kerana suka
berangan-angan.Mat Jenin merupakan seorang pemuda yang pemalas
tetapi selalu berangan untuk menjadi kaya raya.Dia menghabiskan hari-
harinya hanya dengan berangan-angan.

    Pada suatu hari,Ketua kampung yang bernama Pak Mat ingin memetik
kelapa namun pokok kelapanya terlalu tinggi.0leh itu,dia  ingin meminta
pertolongan Mat Jenin.

    "Panjang umur kau Mat.Aku baru mahu ke rumah kau.",kata Pak Mat
dengan gembiranya apabila melihat Mat Jenin berjalan sambil bercakap-
cakap sendiri dihadapan rumahnya.Mat Jenin menghentikan langkahnya.

   Pak Mat mengatur langkah menghampiri Mat Jenin.


   "Ada apa Tok??.,"soal Mat Jenin apabilaPak mat sudah berdiri
dihadapannya.Ketua Kampung itu mengukirkan senyuman.Bahu Mat Jenin
ditepuk-tepuk perlahan.

   "Kau tolong aku petik kelapa kat belakang rumah tu.Nanti aku berikan
daging kambing sebagai balasannya.",Kata Pak Mat sambil menunjukkan
pokok kelapa yang tinggi melangit dibelakang rumahnya.Mat Jenin
tersenyum.Dia sudah lama tidak merasa daging kambing.

    Mat Jenin membetulkan kopiahnya.Senyumannya makin lebar


membayangkan daging kambing yang dijanjikan oleh Pak Mat itu sebentar
tadi.
   "Baik Pak Mat.Saya akan petik sekarang juga.",kata Mat Jenin lalu
meminta diri untuk memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.
   "Jangan berangan kat atas pokok kelapa tu pula.Bahaya.",pesan Pak
Mat sebelum bayangan Mat Jenin menghilang ke belakang rumah.

 
      Sebaik sahaja sampai dibelakang rumah,Mat Jenin terus memanjat
kelapa itu dengan penuh semangat.Demi daging kambing yang
dijanjikan.Sampai sahaja diatas,dia terus memetik buah kelapa satu
persatu.Dalam kekhusyukkan memetik kelapa,dia terlihat anak gadis Pak
Mat yang menjadi idaman para jejaka dikampung itu menjemur baju Tanpa
sedar dia mula berangan-angan.

       Mula-mula,Mat Jenin memetik dan menjual kelapa.Setelah itu dia


membeli kambing.Akhir sekali dia membeli lembu dan menjadi saudagar
yang menjual daging.Dia mulai dikenali oleh saudagar-saudagar yang lain
dan dihormati semua orang.Berderet-deret anak gadis yang menawarkan
diri untuk menjadi isterinya.

      Duit dan emas permata memenuhi rumahnya dan dia tidak lagi berjalan
kaki kemana-mana sebaliknya menunggang kuda dan unta.Mat Jenin
tersenyum lebar dengan kekayaannya.Kemudian dia melamar anak gadis
Pak Mat untuk dijadikan isteri dan hidup kaya dan bahagia selamanya.

     "Aku kaya!!!!!.",jeritnya diatas pokok kelapa itu keriangan.Kedua-dua


tangannya diangkat tinggi 'meraikan' kekayaan yang hanyalah angan-
angan itu sebentar tadi.

   Mat Jenin begitu gembira hingga terlupa yang dia sebenarnya masih
memetik kelapa dan begitu tinggi kedudukannya diatas pokok.0leh kerana
dia sudah melepaskan pautannya pada pokok kelapa itu,tubuhnya hilang
imbangan lalu terus jatuh melayang kebawah.Akhirnya Mat Jenin mati
kerana angan-angannya.
Tajuk :Bawang Putih Bawang Merah

Sejak ketiadaan ayah dan ibu kandungnya,Bawang Putih tinggal bersama ibu
tirinya, Mak Kundur dan adik tirinya Bawang Merah.Mereka sangat benci akan
Bawang Putih.Dia sering dimarahi dan dipukul.

Pada suatu malam,Bawang Putih bermimpi bertemu ibunya.Ibunya menyuruhnya


masuk ke hutan dan mencari pohon beringin rendang.”Pergilah hiburkan hatimu
dan bersabarlah,suatu hari nanti kau akan mendapat kebahagiaan.”

Keesokan harinya,Bawang Putih segera menyiapkan kerja-kerja rumah.Setelah ibu


tirinya pergi bekerja dan adik tirinya masih tidur,Bawang Putih pun masuk ke
hutan.Dia mencari pohon beringin rendang itu.

Setelah puas mencari,dia pun sampai ke situ.Dia terpandan sebuah buaian yang
tergantun di pohon beringin.Tempat tersebut seakan-akan sebuah taman tempat
puteri kayangan turun ke bumi untuk bermain-main.

Ketika dia duduk di atas buaian itu,tiba-tiba buaian itu berayun dengan
sendiri.Semakin lama semakin laju.Dia dapat melihat bunga-bunga yang
mengelilingi pohon beringin itu turut bergoyang-goyang.Hatinya terasa sungguh
terhibur.

Tiba-tiba Bawang Putih teringatkan Mak Kundur.Ibu tirinya pasti akan


memarihanya bila pulang dan mendapati dirinya tiada di rumah.Namun Bawang
Putih tidak tahu bagaimana hendak memberhntikan buaian itu.Bawang putih lalu
berkata kepada buaian itu,”Wahai buaian,tolonglah berhenti,akuingin pulang ke
rumah.”Tiba-tiba buaian itu pun berhenti dengan sendirina.Pokok-pokok bunga
juga turut berhenti bergoyang.
Pada suatu hari Bawang Putih bermain buaian seperti biasa.Tanpa disedarinya
seorng putera raja sedang memerhatinya.Baginda tertarik melihat bagaimana
buaian itu boleh berayun sendiri bila Bawang Putih menaikinya.

Ketika Bawang Putih hendak pulang baginda menyuruh penirinya


mengekorinya.Setelah tahu di mana Bawang Puth tinggal,baginda pergi ke rumah
tersebut,Ketika itu Mak Kundur dan Bawang Merah berada di halaman rumah.”Di
manakah anak makcik yang seorang lagi?”Tanya baginda.Mak Kundur menyangka
baginda adalah orang kaya.”Makcik mana ada anak yang lain.Bawang Merah
inilah satu-satunya anak makcik,” kata Mak Kundur.

Baginda menceritakan tentang gadis yang dilihatnya bermain buain di


hutan.”Bawang Merah inilah yang bermain buaian itu,”bohong Mak
Kundur.Setelah beredar,Mak Kundur memaksa Bawang Putih menunjukkan
tempat buaian itu.

Mak Kundur membawa Bawang Merah bermaian buaian itu.Namun buaian itu
tidak berayun dengan sendiri.Putera raja mengintainya dari sebalik pokok.Baginda
menyuruh pengiringnya ke rumah Mak Kundur dan membawa Bawang Putih ke
situ.Pengiringnya pun pergi tetapi mendapati Bawang Putih dikurung dan
diikat.Maka dia segera membuka ikatan itu dan membawa gadis itu bertemu
dengan baginda.Mak Kundur terkejut melihat kehadiran bainda dan Bawang
Putih.

Bila Bawang Putih berbuai dan menyanyi,buaian itupun berayun laju.”Makcik


telah berbohong kepada beta!” kata putera raja.Ketika itu barulah Mak Kundur
tahu bahawa lelaki itu adalah putera raja.”Kamu ibu yang zalim.Kamu telah
menyeksa Bawan Putih!” kata baginda lagi.Mak Kundur menangis dan meminta
ampun kepada baginda.Bawaqng Merah pula meraung dan menanis kerana
dewngkikan Bawang Putih.Bawang Putih yan baik hati meminta utera raja
mengampunkan Mak Kundur dan Bawang Merah.Baginda kagum dengan sifat
kemuliaan Bawang Putih.Putera raja akhirnya mengahwini Bawang Putih.

NAKHODA SI TENGGANG.

Kata-kata derhaka dan hinaan Si Tenggang terhadap ibunya sebelum disumpah


menjadi batu!!

Mak Umpit : Oh , Tanggang anakku ! Tidakkah kau kenal lagi ibumu ini ?

(Si Tenggang berasa terkejut dengan kedatangan ibunya itu di bahtera kapal
layarnya.Si Tenggang berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan
yang tua berpakaian lusuh itu adalah ibu kandungnya....,lalu Si Tenggang pun
menghalau ibunya turun dari kapal..)

Si Tenggang : Hei....perempuan tua! Jangan kau pandai-pandai mengaku dirimu


itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini....Aku anak orang kaya tau!! Lebih baik kau
berambus dari bahteraku ini....!!
Mak Umpit : Tanggang....ibu ada bawak makanan sukaan kau nak....lotong
panggang dan pisang bakar nakk....nahh ambil ini nakk....

(Si Tenggang terus melempar lotong panggang (sejenis kera) dan pisang bakar
pemberian ibunya itu ke dalam laut....)

Ibu Si Tenggang : Tangganggg....!! Aku ibu kau nak....sampai hati kau buat begini
pada ibu , nak....

Nakhoda Si Tenggang : Ahh....sudah berapa kali lagi mau aku katakan !! Kau bukan
ibu ku !!

(Sambil mencapai pendayung Si Tanggang terus memukul ibunya dan akibatnya


dahi ibunya luka berdarah....!!)

'Pengawal , halau perempuan tua ini , hamba benci melihatnya !!


(Kerana terlalu sedih , Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan
dihalau oleh anak kandungnya sendiri.Lalu dia pun mendayung semula
sampannya ke pantai.Setibanya Mak Umpit di pantai , dia terus menadah tangan
ke langit dan berseru kepada Tuhan ;

Ibu Si Tenggang : Oh, Tuhanku ! kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang
ku susui dari tetek ku ini (sambil menggoncang-goncangkan buah dadanya), dan
aku pelihara sejak kecil sebesar tapak tanganku ini , Tunjukkanlah balasan-MU ke
atas anak yang durhaka !!
(Tidak semena-mena laut yang tadi tenangnya telah bertukar menjadi gelora ,
hujan ribut dan kilat berserta guruh memecah langit telah datang dengan tiba-
tibanya.Terdengarlah suara anak-anak kapal riuh-rendah di dalam bahtera.Dalam
riuh-rendah itu , terdengarlah suara Si Tanggang melaung....

'Ibu....ibu....ibu....ampunkan dosa Tanggang bu....Tanggang ini anak ibu....ibu


ampunkan Tanggang bu....Ampunkan Tanggang bu....ampunkan Tanggang bu....

Bahtera Si Tanggang semakin karam....pekikan dan lolongan orang-orang di


dalamnya semakin hilang....akhirnya....Tanggang , isterinya dan anak-anak
kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si
Tanggang terhadap ibunya....

Anda mungkin juga menyukai