Anda di halaman 1dari 8

1

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan


hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian.. Assalamualaikum
Warahmatullah Hiwabarakatuh. Selamat
sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Bagai melati wajah berseri,
Datang bertamu membawa cabaran,
Nur Ajlaa persembahkan diri,
Membawa semangat juga harapan.

Kawan-kawan, dengar ya cerita saya.
Pada hari ini, saya akan menyampaikan cerita
yang bertajuk Bawang Putih Bawang Merah.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang
terpencil tinggal Bawang Putih bersama-sama ibu
tirinya, Mak Kundur dan adik tirinya, Bawang
2

Merah. Ayah dan ibu kandung Bawang Putih
telah lama meninggal dunia.
Bawang Putih amat dibenci oleh Mak Kundur dan
adik tirinya, Bawang Merah. Dia sering dimarahi
dan dipukul oleh mereka.
Putih... putih .. pergi siapkan makanan. Aku dan
merah sudah lapar....
Kawan-kawan ... kasihan bawang putih yer ...

Pada suatu malam, Bawang Putih bermimpi
bertemu ibunya. Ibunya menyuruhnya masuk ke
hutan dan mencari pohon beringin rendang.
Wahai anakku, Bawang Putih, pergilah hiburkan
hatimu dan bersabarlah, suatu hari nanti kau
akan mendapat kebahagiaan.
Keesokan harinya, Bawang Putih segera mencari
pohon beringin rendang itu

3

Setelah puas mencari,dia pun sampai ke situ.Dia
terpandang sebuah buaian yang tergantung di
pohon beringin.Tempat tersebut seakan-akan
sebuah taman tempat puteri kayangan. Ketika
dia duduk di atas buaian itu, tiba-tiba buaian itu
berayun dengan sendiri. Semakin lama semakin
laju.

Laju.. laju Buaiku laju
Pohon beringin tegaknya tinggi
Kalau rendah menyapu bumi
Penghibur aku menolong aku
Bertiuplah oh angin bayu
Laju laju .. buaiku laju
Akulah anak yatim piatu
Laju.. laju Buaiku laju

Merdu tak suara saya tadi ??? ...
4

Wahhh Bawang Putih sedang menghiburkan
dirinya. Terbayang-bayang akan wajah ayah dan
ibu kandungnya. Malang betul nasib Bawang
Putih.

Tiba-tiba Bawang Putih teringatkan Mak
Kundur.Ibu tirinya pasti akan memarihanya bila
pulang dan mendapati dirinya tiada di rumah.
Namun Bawang Putih tidak tahu bagaimana
hendak memberhentikan buaian itu.
Bawang putih lalu berkata kepada buaian itu,
Wahai buaian,tolonglah berhenti,aku ingin
pulang ke rumah.
Tiba-tiba buaian itu pun berhenti dengan
sendirinya. Pokok-pokok bunga juga turut
berhenti bergoyang..

Rupa-rupanya, tindak tanduknya itu telah
menawan hati seorang putera raja. Baginda
5

tertarik melihat bagaimana buaian itu boleh
berayun sendirinya. Lalu, pengiring raja segera
mengekori Bawang Putih atas perintah putera
raja.
Keesokan harinya, putera raja segera ke rumah
Bawang Putih. Ketika itu Mak Kundur dan Bawang
Merah berada di halaman rumah, lalu bertanya
sang puteri,
Di manakah anak makcik yang seorang lagi?
Mak kundur telah membuat andaian bahawa
pemuda di hadapannya adalah anak bangsawan
yang mahu meminang anaknya. Bawang Merah
inilah satu-satunya anak makcik, jawab Mak
Kundur.

Baginda menceritakan tentang gadis yang
dilihatnya bermain buaian di hutan.
Bawang Merah inilah yang bermain buaian itu,

bohong Mak Kundur.

6

Setelah beredar,Mak Kundur memaksa Bawang
Putih menunjukkan tempat buaian itu. Mak
Kundur membawa Bawang Merah bermain buaian
itu. Malangnya, buaian itu tidak berayun dengan
sendiri.

Putera raja mengintainya dari sebalik
pokok.Baginda menyuruh pengiringnya ke rumah
Mak Kundur dan membawa Bawang Putih ke situ.
Pengiringnya pun pergi tetapi mendapati Bawang
Putih dikurung dan diikat.
Bawang Putih segera dibawa kepada baginda.
Mak Kundur terkejut melihat kehadiran Bawang
Putih bersama-sama.


Apabila Bawang Putih berbuai dan
menyanyi,buaian itupun berayun laju.

Laju.. laju Buaiku laju

Merdu sekali suara si Bawang Putih.


7

Tiba-tiba, putera raja murka,
Makcik telah berbohong kepada beta! kata
putera raja.
Ketika itu barulah Mak Kundur tahu bahawa
lelaki itu adalah putera raja.
Kamu ibu yang zalim.
Kamu telah menyeksa Bawang Putih! kata
baginda lagi.
Mak Kundur menangis dan meminta ampun
kepada baginda.Bawang Merah pula meraung
kerana cemburukan Bawang Putih.

Kawan-kawan nak tahu apa kesudahannya ... ???

Bawang Putih yang baik hati meminta putera
raja mengampunkan Mak Kundur dan Bawang
Merah.
Baik sungguh hati bawang putih yer kawan-kawan

Baginda kagum dengan sifat kemuliaan Bawang
Putih.Putera raja akhirnya mengahwini Bawang
Putih. Bawang Putih hidup gembira bersama-
sama putera raja.

Kawan-kawan ...
8


Pengajaran daripada cerita ini ialah kita
haruslah berhati mulia sebagaimana Bawang
Putih yang memaafkan Mak Kundur.

Kita juga janganlah berhasad dengki kepada
orang lain.

Pada masa yang sama, kita haruslah bersabar
dan cekal menempuh liku-liku kehidupan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai