Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1( eMAS) / SK GUNONG NGELI

MAWAR MERAH DAN MAWAR PUTIH


(ROZELL WEEZARRA AK MOSES)

Selamat pagi dan salam Sekolahku Sejahtera. Yang saya hormati, Pengerusi Majlis

serta barisan hakim yang dekat di hati. Nama saya Theophylia Rynna. Hari ini saya

akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk MAWAR MERAH DAN MAWAR

PUTIH. Yang terlena sedar-sedarkan, yang tersedar dengar-dengarkan ya.

Dahulu kala, ada sebuah keluarga yang hidup bahagia. Mereka mempunyai seorang

anak yang diberi nama Mawar Merah. Namun, pada suatu hari, ibu Merah jatuh

sakit dan akhirnya meninggal.

Di desa itu pula, tinggal seorang janda yang memiliki seorang anak

perempuan bernama Mawar Putih. Semenjak ibu Merah meninggal, ibu Putih sering

menjenguknya di rumah.

Ayah Merah seorang pedagang yang sering merantau jauh. Dek kerana

kasihankan Merah, akhirnya ayah Merah berkahwin dengan ibu Putih.

Hari silih berganti, ternyata ibu dan kakak tiri Merah hanya inginkan harta

ayahnya. Mereka bersikap baik kepada Merah ketika ayahnya ada di rumah. Ketika

ayahnya pergi berdagang, mereka akan menyiksa Merah untuk membuat segala

pekerjaan rumah.

“Merah, nasi ku mana? Aku sudah lapar!.... “Merah...nanti jangan lupa ambilkan air di

perigi. Aku hendak mandi.” Merah tidak pernah membantah kerana menghormati ibu

dan kakak tirinya.


PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1( eMAS) / SK GUNONG NGELI

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Nasib malang Merah tidak hanya terhenti

disitu. Selang beberapa purnama, ayahnya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal

dunia. Semenjak ayahnya meninggal, Ibu dan kakak tirinya semakin membenci

Merah.

Setelah penat bekerja seharian, Merah terlelap di dalam biliknya. Merah

bermimpi bertemu ibunya.Ibunya menyuruhnya masuk ke hutan dan mencari pohon

beringin rendang.

”Kasihan anak ibu. Bersabarlah sayang, suatu hari nanti kau akan mendapat

kebahagiaan.” Kata ibunya.

Keesokan harinya, Merah segera menyiapkan kerja-kerja rumah.Setelah ibu

tirinya pergi ke pekan dan kakak tirinya masih tidur, Merah pun masuk ke hutan. Dia

mencari pohon beringin yang dimaksudkan oleh ibunya.

Dia terpandang sebuah buaian yang tergantung di pohon beringin itu. Ketika dia

duduk di atas buaian itu, tiba-tiba buaian itu berayun dengan sendiri. Semakin lama

semakin laju. Hatinya terasa sungguh terhibur.

Sedang leka di atas buaian, Merah teringatkan ibu tirinya. Dia pun berkata

kepada buaian itu,”Wahai buaian, tolonglah berhenti,aku ingin pulang ke rumah.”

Ibarat mendapat arahan daripada tuannya, buaian itu terus berhenti dengan

sendirinya. Pulanglah Merah dengan hati yang riang.


PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1( eMAS) / SK GUNONG NGELI

Sejak itu, Merah kerap ke hutan untuk bermain buaian.

Lagu :

Laju...laju...buaiku laju...

Pohon beringin, daunnya rendang,

Akar berjalur, cecah ke bumi,

Hatiku ingin, hidup gemilang,

Nasib malang, suratan diri,

Hidup aku, tidak beribu,

Akulah anak, yatim piatu....

Tanpa disedarinya, dia diperhatikan oleh seorang putera raja yang sedang

berburu di situ. Baginda tertarik mendengar alunan suaranya yang sungguh merdu

bak buluh perindu itu. Ketika Merah berangkat pulang, baginda menyuruh

pengikutnya mengekori Merah. Keesokannya, baginda pergi ke rumah Merah.

Mak Putih sedang duduk bersama anaknya di pangkin rumah.

”Di manakah anak makcik yang cantik itu?”tanya baginda kepada ibu Putih.

Mak Putih terkejut melihat kedatangan pemuda yang segak itu.”Makcik mana

ada anak yang lain. Putih inilah satu-satunya anak makcik,” kata Ibu Putih.

Baginda menceritakan tentang gadis yang bermain buaian di hutan itu kepada ibu

Anggerik. Lantas dia pun berkata, ” Putih inilah yang bermain buaian itu,”bohong

ibunya.
PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1( eMAS) / SK GUNONG NGELI

Setelah mereka beredar, ibu Putih memaksa Merah menunjukkan tempat

buaian tersebut. Ibunya membawa Putih bermain buaian itu. Namun buaian itu tidak

berayun dengan sendiri. Putera raja mengintainya dari sebalik pokok. Setelah

beberapa ketika, baginda memunculkan dirinya.

Putera raja menyuruh Merah duduk di buaian tersebut. Sebaik sahaja Merah duduk

dan bernyanyi, buaian itupun berayun laju.

”Makcik telah berbohong kepada beta!” kata putera raja.Ketika itu barulah Ibu Putih

tahu bahawa lelaki itu adalah putera raja.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Ibu Putih

menangis dan meminta ampun kepada baginda. Putih pula meraung-raung kerana

dengkikan Si Merah. Merah yang baik hati meminta putera raja mengampunkan Ibu

dan kakak tirinya. Baginda kagum dengan sifat kemuliaan Merah. Putera raja

akhirnya berkenan untuk menjadikan Merah suri hatinya.

Kawan-kawan, nak tahu pengajaran yang terdapat dalam cerita ini?

Kita mestilah menghormati orang yang telah berjasa kepada kita. Amanah yang

diberikan kepada kita hendaklah dijaga dengan sebaiknya. Ingat tu kawan-kawan,

janganlah kita menyeksa anak walaupun dia bukan darah daging kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai