Anda di halaman 1dari 16

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka


menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di
dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga
berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia,
kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan
harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan
melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai
ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah
dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering
bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya
untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan
dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang
tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan
menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah
dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang
terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada
makanan.
Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya
dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia
terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal
kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan
sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan
belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila
hujan berhenti, lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarang
nya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat
belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang
apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari
semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya
belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar
nasihat daripada rakannya.

Pemotong kayu yang jujur


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang
pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah
mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya
untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup
saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua
tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu
api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat
menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit
mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok
dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya sehinggalah
kepenatan tidak jua dia berhenti.
Tiba-tiba, genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak
kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam.
Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca
rezeki, hendak terjun mencari takut disambar arus, meratap lah ia
mengenangkan nasib.
Maka, bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si
tua tersebut lalu turunlah ia bertanya "wahai orang tua kenapa
bersedih hati"
Dengan perasaan takut dan terkejut diperhati benar-benar,
maka tahulah Pak Tua Si pari-pari telah turun kebumi menyapanya
lalu diceritakan apa yang berlaku.
"Baiklah.Aku akan membantu mencari kapak engkau yang
tenggelam itu " lalu dengan serta merta terjunlah Si Pari-pari ke
dalam sungai.selang beberapa minit timbul lah kembali Si Pari pari
sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada Pak tua.... Dengan
sedih jawab Pak tua "Ini bukan kepunyaan hamba, tidak mampu
hamba memiliki kapak emas ini".
Setelah mendengar jawapan Pak tua terjunlah sekali lagi Si Paripari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak
jua mengaku Pak tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi Si

pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga Pak
tua itu menerimanya sehinggalah Si pari-pari membawakannya kapak
besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu ,giranglah hatinya
kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak
tersebut kepada Pak tua. Sebagai balasan akan kejujurannya Si Pari
pari telah menghadiahkan kapak emas, perak dan gangsa kepada Pak
Tua.
Pulanglah Pak tua dengan hati yang gembira. Sesampainya di
rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri
turut bergembira dengan kejujuran suaminya.Keesokan harinya isteri
Pak tua itupun kembali sihat .

PUTERI GUNUNG LEDANG


Di atas puncak Gunung Ledang, tinggal seorang tuan puteri yang sangat
jelita, dikenali sebagai Puteri Gunung Ledang. Namun, Puteri Gunung
Ledang bukanlah tinggal keseorangan di atas gunung itu. Dia ditemani oleh
para dayang yang menjadi teman dan pembantu setianya. Malah,
kononnya turut terdapat seorang nenek kebayan tinggal bersama-sama
dengan mereka.
Segelintir penduduk di beberapa buah kampung berhampiran kaki
Gunung Ledang sering mendaki gunung itu. Mereka mencari pelbagai jenis
hasil hutan di atas gunung itu. Sekali-sekala, mereka terserempak dengan
puteri Gunung Ledang. Hal ini demikian kerana Puteri Gunung Ledang
sering memberikan pertolongan apabila mereka tersesat jalan atau ditimpa
sesuatu kesusahan.Oleh yang demikian, nama Puteri Gunung Ledang
menjadi sebutan dan termasyhur ke mana-mana.
Kemasyhuran Puteri Gunung Ledang yang terkenal kerana sangat
jelita itu sampai kepada pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang sedang
memerintah di negeri Melaka. Timbullah hasrat dalam hati baginda untuk
menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai permaisurinya.
Sultan Mahmud Syah lalu memaklumkan hasratnya itu kepada sekalia
pembesarnya. Terkejutlah para pembesar baginda apabila mendengar katakata itu. Namun, masing-masing hanya berdiam diri kerana tidak berani
menegur kehendak Sultan Mahmud. Malahan, Datuk Bendahara juga tidak
berani bersuara apa-apa."Bukanlah mudah untuk mencari Puteri Gunung
Ledang itu kerana bukan semua orang bertuah dapat bertemu dengannya,"
fikir Datuk Bendahara dalam hatinya.
Beliau tahu, Sultan Mahmud sangat bengis dan pantang dihalang
segala kehendak hatinya. Jika ada sesiapa yang ingkar, mautlah padahnya.
Mahu tidak mahu, terpaksalah beliau memilih dan menentukan beberapa
orang daripada kalangan pembesar istana untuk pergi mencari dan
meminang Puteri Gunung Ledang.
Datuk Bendahara memilih Tun Mamat sebagai ketua. Tidak ketinggalan,
beliau turut memilih Datuk Sang Setia supaya ikut serta dalam rombongan
itu. Beliau berharap Datuk Sang Setia, sebagai seorang tua yang
berpengalaman luas, akan dapat turut membantu Tun Mamat.

"Beta mahu Datuk Laksamana Tun Tuah turut pergi bersama-sama!" titah
Sultan Mahmud.
Terkejutlah Datuk Bendahara mendengar titah itu. Beliau sengaja telah
mengecuali Laksamana Hang Tuah kerana tidak ingin membebankannya
dengan sebarang kerja berat lagi. Lebih-lebih lagi kerana Laksamana Hang
Tuah ketika itu sudah sangat berusia dan selalu pula berkeadaan uzur.
Namun kerana tidak ingin menderhaka kepada Sultan, beliau tetap
patuh pada titah itu.
"Ampun, tuanku! Titah tuanku tetap patik junjung," sembah beliau.
Sukacitalah hati Sultan Mahmud bukan kepalang apabila mendengar
sembah Laksamana Hang Tuah. Baginda sangat mengharapkan citacitanya akan tercapai.
Tiba hari ditetapkan, berangkatlah rombongan utusan Sultan Mahmud
menuju ke Gunung Ledang. Jauhnya bukan kepalang. Perjalanannya pula
bukan mudah untuk ditempuhi. Meredah rimba belantara, menyeberang
sungai, mendaki bukit, dan menuruni lurah.
Namun, segala pahit getir itu terpaksa mereka tempuhi.
Akhirnya, mereka tiba di sebuah kampung berhampiran Gunung Ledang itu.
Terceganglah orang kampung apabila mengetahui bahawa rombongan itu
adalah utusan daripada Sultan Melaka yang datang untuk meminang Puteri
Gunung Ledang. Namun, tiada seorang pun daripada kalangan orang
kampung itu yang berkesanggupan untuk menolong mereka.
"Bukan kami tidak ingin membantu," ujar penduduk kampung. "Kami
sendiri tidak mengetahui di manakah sebenarnya tempat tinggal Puteri
Gunung Ledang di atas gunung itu."
"Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah
tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun," sampuk yang lain
pula.
Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang
Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga
halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh
Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung
Ledang di atas gunung itu.

"Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi
untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia
menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah.
Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau
bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha
menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di
sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui
mereka.
"Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah
tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun," sampuk yang lain
pula. Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu menerus kan usaha
untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka
pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah
Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung
Ledang.
Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang
Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga
halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh
Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung
Ledang di atas gunung itu.
"Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi
untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia
menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah.
Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau
bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha
menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di
sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui
mereka. Timbul juga rasa kecut dalam hati Tun Mamat.
Tun Mamat terkejut kerana berpuluh-puluh orang gadis yang cantik tibatiba saja datang mengelilinginya.
"Tuan hamba ini datang dari mana?" salah seorang gadis itu menegur
Tun Mamat. Tun Mamat segera menjawab, "Hamba ini orang Melaka.
Datang ke sini untuk bertemu dengan Puteri Gunung Ledang."

Seorang nenek kebayan keluar dari tempat kediaman yang ganjil itu.
Dia lalu bertanyakan hajat Tun Mamat. Tun Mamat segera menceritakan
tujuan kedatangannya itu.
"Patik akan tanyakan kepada Tuan Puteri Gunung Ledang, sama ada dia
bersetuju atau tidak menjadi permaisuri Sultan Melaka?" ujar nenek
kebayan. Dia segera berjalan masuk ke dalam tempat kediaman itu
semula.
Tidak lama selepas itu, nenek kebayan itu muncul semula. Dia segera
memberitahu Tun Mamat bahawa Puteri Gunung Ledang bersetuju menjadi
permaisuri Sultan Melaka, sekiranya Sultan Melaka dapat memenuhi
semua syarat peminangan yang dikehendaki.
"Apakah syarat-syarat peminangan itu?" Tun Mamat ingin tahu.Nenek
kebayan menjelaskan, "Syarat-syaratnya ialah Sultan Melaka hendaklah
membina sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak dari Melaka
ke Gunung Ledang ini, tujuh tempayan berisi emas dan tujuh tempayan
berisi perak, tujuh tempayan air pinang muda dan tujuh tempayan air mata,
tujuh dulang hati nyamuk dan tujuh dulang hati kuman, serta semangkuk
darah Sultan Melaka dan semangkuk darah putera Sultan Melaka."
Berdasarkan syarat peminangan yang ditetapkan itu, Tun Mamat dapat
menduga bahawa Puteri Gunung Ledang tiada berkenan untuk menjadi
permaisuri kepada Sultan Melaka. Namun untuk terus menolak
peminangan itu, mungkin rasa tidak tergamak. Itulah sebabnya Puteri
Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat-syarat sedemikian agar Sultan
Mahmud tidak berkecil hati.
Tanpa berlengah lagi, Tun Mamat segera turun ke kaki Gunung Ledang.
Laksamana Hang Tuah dan Datuk Sang Setia masih menunggu di situ.
Kawan-kawannya yang hilang dulu juga sudah berada di situ. Tun Mamat
segera menceritakan kisah yang dialaminya itu kepada Laksamana Hang
Tuah. "Orang Kaya dapat bertemu sendiri dengan Puteri Gunung Ledang
itu?" Laksamana Hang Tuah bertanyakan Tun Mamat. "Tidak!" jawab Tun
Mamat. "Hamba hanya berpeluang bertemu dengan nenek kebayan
sahaja."

Sang Kancil Dengan Buaya


Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang
paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam
hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka
menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang
- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang
sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk
mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman
telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar
kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas,
menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama
berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah
meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai
yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus
minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah
menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila
terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang
sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata di dalam
hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang
lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri
tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang
terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak
lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang
masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat
menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut"
fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk
menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tibatiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur

di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas


ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengahlengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur
lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada
hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus
membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi
"Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah
yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku
membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang
Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang
dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah
yang engkau hendak sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya
menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana
Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua".
Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua
binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah
untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu
tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua
kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah
berangan-angan untuk menikmati buah-buahan.
Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai
berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya
sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya
menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi
hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah
kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga
ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi
Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya
tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil
mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas
buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan
menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil
mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya

menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus


melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan
berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah
menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh
Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah
dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah
dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa
akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari
ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan
terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan
diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang
sedang masak ranum itu.

Seruling Sakti
Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik
terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan
tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin
terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka
membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi
tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak
menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap
rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia.
Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan
ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana
tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal
bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekanpekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak
dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk
menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut
membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang.
Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas
tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana
mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah
berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk
membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak
mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia
mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari
seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya.
Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula
keluar dan berkumpul mengelilinginya.
Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti
dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila
sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh

semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan


semuanya mati lemas.

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk
bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya,
penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana
mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan
dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling
sahaja.
Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali
lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak
menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah
semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan
seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanakkanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn.
Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anakanak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah
meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar
pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling
dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi
semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan
anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka
membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila
mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi
mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya
masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan
penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana
mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas
perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal
kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan
kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah
pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga
hari ini.

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam


Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya
sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai
yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut
sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan
subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik
tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam
tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia
sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain
daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni
tasih tersebut.
Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut
kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut
sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau
sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang
berhampiran dengannya.
Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak
lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak
memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian.
Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah
keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk
menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat
memperolehi makanan dengan mudah".
Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk
termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang
kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan
sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asyik
termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab "
Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih
ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini

sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab


katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan
mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau
yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat
sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun
sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik
ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak
mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan
hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke
dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.
Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu
cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana
bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan
berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau
"Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung
bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu
semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan
seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak
jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku
percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau
yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk
ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi
seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu
lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju
dengan cadangan burung bangau.
Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan
daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak
dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikanikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan
dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama
beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia
terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya
sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam
mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau
dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan

batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat


tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan
tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah
aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk
menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah
tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher
bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu
dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak
dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya
engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit
leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar
untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan
menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak
mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi
sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.
Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi
makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil
membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya
masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat
ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka
kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua
binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka
terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak
dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih
kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Anda mungkin juga menyukai