Anda di halaman 1dari 230

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

NOTA TATABAHASA PMR


PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan ialah kata yang menyertai kata bilangan sebelum kata nama utama dalam sesuatu
frasa nama. Contohnya: bidang dalam frasa dua bidang sawah, naskhah dalam frasa beberapa naskhah
majalah, dan pasang dalam frasa sepasang kasut kulit.
Perkaitan antara kata bilangan dengan penjodoh bilangan amat rapat. Oleh itu, semasa menggunakan
kata bilangan dalam ayat, pertimbangan hendaklah diberikan kepada pemilihan penjodoh bilangan yang
tepat. Kadang-kadang sesuatu penjodoh itu tidak perlu digunakan bersama-sama kata bilangan tertentu.
Mencukupi dengan menggunakan kata bilangan sahaja.
Contoh:
Tidak gramatis
Gramatis
Setiap orang peserta
Setiap peserta
Semua buah negara
Semua negara
Sekalian orang pelajar
Sekalian pelajar
Sebahagian orang penduduk
Sebahagian penduduk
Para orang pandu puteri
Para pandu puteri
Dalam bahasa Mmelayu ada banyak penjodoh bilangan. Antaranya termasuklah penjodoh bilangan
seperti yang berikut:
Penjodoh
Digunakan untuk
1.angkatan
Tentera, kapal perang
2. baris
Tulisan, kedai, pohon, askar, rumah, dan sebagainya
3. batang
Sungai, pohon, pen, kayu, dan benda-benda lain yang lurus dan panjang.
4.batas
Ubi, terung, dan tanaman yang ditanam berbatas-batas
5.bentuk
Cincin, mata kail, subang
6.berkas
Kayu, pensel, rotan, buluh, dan benda-benda lain yang bersama
7.bidang
Tanah, tikar, kain, layar
8.biji
Buah-buahan, guli, telur, mangkuk, cawan, dan benda-benda yang kecil saiznya
9.bilah
Pedang, keris, jarum, parang, pisau, kapak, golok, dan sebagainya.
10.buah
Bukit, buku, kereta, rumah, meja, kerusi, bandar, negeri, dan sebagainya
11.buku
Roti, sabun, kuih, dan sebagainya.
12.butir
Bawang, telur, batu permata, peluru, manik, intan
13.carik
Kain, kertas, perca dan sebagainya
14.cebis
Kain, kertas, dan benda-benda yang dikoyakkan
15.cekak
Tangkai padi, benih padi, dan benda-benda lain yang dipegang secara mencekak
16.cubit
Garam, gula, kuih, ikan, dan benda-benda lain yang diambil sedikit sehaja
17.das
Bunyi letupan dan tembakan seperti pistol, senapang, meriam, dan sebagainya
18.ekor
Semua jenis binatang
19.gelung
Rotan, dawai, tali, atau akar yang digelungkan
20.gemal
Padi
21.genggam
Pasir, beras, garam, padi dan sebagainya
22.Gugus
Buah-buahan yang anggur dan kelapa sawit, bintang, pulau-pulau
23.gulung
Filem, kertas, tikar, hamparan, dan benda-benda lain yang digulung
24.gumpal
Kapas, tembakau, dan benda-benda yang bergumpul
25.helai
Bulu,kain, rambut, kertas, tuala dan sebagainya
26.hidang
Makanan yang siap disaji, kuih-miuh
27.hiris
Hirisan bawang, cili, dan sebagainya

NOTA TATA PMR


28.ikat
29.jambak
30.jambangan
31.jemput
32.junjung
33. kajang
34.kaki
35.kandang
36.kapur
37.kawan
38.kelompok
39.kepal
40.keping
41.kerat
42.ketul
43.ketumbukan
44.kotak
45.kumpulan
46.kuntum
47.laras
48.lingkar
49.longgok
50.orang
51.papan
52.pangsa
53.pasang
54.patah
55.persalin
56.pintu
57.potong
58.pucuk
59.puntung
60.rangkai
61.rangkap
62.rawan
63.ricih
64.ruas
65.rumpun
66.sikat/ sisir
67.tandan
68. tangkai
69.timbun
70.titik
71. ulas
72.untai
73. urat
74. utas

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Kayu, sayur-sayuran, papan, dan benda-benda yang diikat


Buah-buahan, benuga, dan sebagainya
Bunga yang telah digubah
Garam, rempah, kunyit, dan benda-benda yang dapat diambil secara digenggam
Sirih, kacang panjang, dan tanaman lain yang menjalar di atas junjungan
Tikar, kain, kertas, atap, benda yang dianyam yang berkajang-kajang
Payung
Haiwan-haiwan dalam kandang seperti lembu, kambing sirih yang telah siap
dikabur
Sirih yang telah siap dikapur
Kambing, burung, gajah, dan haiwan-haiwan yang berkawan
Binatang, serangga, manusia, dan lain-lain
Nasi, pulut, dan benda-benda lain yang dikepal
Papan, gambar, roti, kertas, dan benda-benda lain yang nipis
Bahagian daripada sesuatu yang dikerat
Ais, kuih, daging yang dipotong, battu, dan sebagainya
Tentera, pemberontak
Benda-benda yang diisi dalam kotak seperti buku, sabun, dan lain-lain
Haiwan, manusia, dan sebagainya
Bunga
Senjata api seperti meriam, senapang
Dawai, rotan, tali, dan benda-benda lain yang bergulung
Buah-buahan, pakaian, buku, sampah, dan sebagainya
Manusia
Petai
Bahagian buah durian
Benda yang berpasang-pasang seperti kasut, anting-anting, dan sebagainya
Kata
Pakaian yang lengkap
Rumah, kedai yang berderet-deret
Daging, kuh, dan benda yang terpotong
Surat, pistol, senapang, meriam
Rokok, kayu api
Barang-barang perhiasan wanita, lagu, madah
Syair, pantun
Jala, jaring, pukat
Kuih, pinang yang diricih, roti
Buluh, tebu
Buluh, padi, lalang, dan pohon-pohon lain yang tumbuh berkumpul
Pisang
Pinang, pisang, kelapa, gugus buah
Bunga atau buah bersama tangkainya
Pasir, sampah, batu yang ditimbun
Air, cat, darah, benda yang menitis
Isi buah seperti nangka, durian, dan limau
Ayat, sajak, madah
Rambut, benang, dawai
Rantai, tali, dawai

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

LATIHAN PENGUKUHAN
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan
dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Berbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan di sekolah berasrama penuh
A
B
C
tersebut. Tiada kesalahan
D
2.Stadium itu telah dipenuhi oleh ribuan penonton-penonton ketika kejohanan sepak
A
B
C
takraw diadakan baru-baru ini. Tiada kesalahan.
D
3.Setengah-setengah ibu bapa tidak menghiraukan pendidikan anak-anak mereka.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
4.Kedua orang anaknya berjaya menjadi doktor. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
5. Setiap kambing biri-biri itu berumur lebih daripda dua tahun. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
6.Setiap orang pemuda di kampung itu dijemput untuk menyertai bengkel kraf tangan
A
B
anjuran Pusat Karyaneka Negeri. Tiada kesalahan.
C
D
7. Perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa selama tiga
A
B
C
suku jam. Tiada kesalahan
D
8. Para-para tetamu dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing. Tiada
A
B
C
D
kesalahan.
9. Setiap ekor anak ayam peliharanya disuntik untuk menjauhi penyakit hawar. Tiada
A
B
C
D
kesalahan.
10.Setengah orang tidak suka akan makanan dalam tin. Tiada kesalahan
A
B
C
D

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Nombor
Soalan
1.

Jawapan

Huraian

2.

3.
4.

D
A

5.
6.

D
A

7.
8.

C
A

9.

10.

Kata berbagai seharusnya ditulis berbagai-bagai atau pelbagai. B dan Cc tiada


kesalahan
Penonton-penonton seharusnya ditulis penonton sahaja. Hal ini demikian
kerana kata nama yang diletakkan sesudah kata bilangan yang membawa
maksud jamak tidak perlu digandakan. A dan C tiada kesalahan.
Tiada kesalahan
Kata kedua seharusnya ditulis kedua-dua. Kedua ialah kata bilangan tingkat
seperti tempat pertama, kedua, dan ketiga. B dan C tiada kesalahan.
Tiada kesalahan sama ada dari segi penggunaan kata atau struktur ayat.
Setiap orang pemuda seharusnya ditulis setiap pemuda sahaja, iaitu tanpa
penjodoh bilangan orang. B dan C tiada kesalahan.
Tiga suku jam seharusnya ditulis tiga jam suku. A dan B tiada kesalahan.
Para-para tetamu seharusnya ditulis para tetamu sahaja. Kata para tidak perlu
digandakan kerana para sudah membawa maksud jamak. B dan C tiada
kesalahan.
Setiap ekor anak ayam seharusnya ditulis setiap anak ayam sahaja, iaitu tanpa
penjodoh bilangan ekor. B dan C tiada kesalahan.
Setengah seharusnya ditulis sesetengah atau setengah-setengah. Setengah
dalam kanteks ini bermaksud separuh. (separuh orang). B dan C tiada
kesalahan.

Perhatian
1.Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai, kedua-dua, bertahun-tahun, dan
sebagainya tidak boleh disingkatkan. Misalnya:
Setengah-setengah
bukan
setengah
Tiap-tiap
bukan
tiap
Berbagai-bagai
bukan
berbagai
Kedua-dua
bukan
kedua
Bertahun-tahun
bukan
bertahun
Kata bilangan seperti setengah-setengah dan kedua-dua akan berubah maksubnyajika salah satu
pasangan nya digugurkan.
Misalnya:
Setengah membawa maksud separuh daripada sesuatu unit, iaitu tergolong dalam kata bilangan
pecahan. Kedua pula membawa maksud kedudukan nombor dua, iaitu tergolong dalam kata bilangan
tingkat.
Walau bagaimanapun, kata bilangan seperti setengah-setengah dan berbagai-bagai boleh disingkatkan
seperti yang berikut:
Setengah-setengah = sesetangah
Berbagai-bagai = pelbagai
2. Kata bilangan para tidak boleh digandakan untuk menjadi para-para. Hal ini demikian kerana
maksub asal para akan berubah. Para bermaksub semua, manakala para-para pula bermaksud rak.
3.Kata bilangan yang membawa maksub jamak tidak boleh diikuti kata nama am yang diulang atau
digandakan.
Misalnya:

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

Semua guru
Lima orang pengakap
Ribuan penoonton
Para tetamu
Seluruh daerah

bukan
bukan
bukan
bukan
bukan

NO TEL: 016 8822114

semua guru-guru
lima orang pengakap-pengakap
ribuan penonton-penonton
para tetamu-tetamu
seluruh daerah-daerah

4.Kata bilangan tentu tidak bolah dirapatkan terus dengan kata bilangan pecahan untuk menunjukkan
nilai sesuatu.Contoh:
Tidak gramatis
a) Dia berada di situ selama satu suku jam.
b) Buku itu berharga tujuh setengah ringgit

Gramatis
a) Dia berada di situ satu jam suku.
b) Buku itu berharga tujuh ringgit
setengah.

5.Ada beberapa kata bilangan yang tidak perlu digunakan penjodoh bilangan sesudahnya.
Misalnya:
Setengah-setengah negara
bukan
setengah-setengah buah negara
Sekalian pelajar
bukan
sekalian orang pelajar
Sebilangan peserta
bukan
sebilangan orang peserta
Semua askar
bukan
semua orang askar
Sebahagian daripada penduduk bukan
sebahagian daripada orang penduduk
Segala binatang
bukan
segala ekor binatang
Setiap lembu
bukan
setiap ekor lembu
Para perajurit
bukan
para oarang parajurit
6.Bukan semua benda memerlukan penjodoh bilangan. Hanya benda-benda maujud atau konkrit yang
memerlukan penjodoh bilangan. Benda-benda atau perkara-perkara yang abstrak seperti dapatan,
fikiran, pendapat, masalah, masyarakat, penyelesaian, sumbangan, dan sebagainya tidak memerlukan
penjodoh bilangan. Memadailah kata-kata tersebut digunakan dengan kata bilangan sahaja. Contoh:
Satu dapatan
bukan
Satu fikiran
bukan
Satu pendapat
bukan
Satu masalah
bukan
Satu penyelesaian
bukan
Satu sumbangan
bukan

sebuah dapatan
sebuah fikiran
sebuah pendapat
sebuah masalah
sebuah penyelesaian
sebuah sumbangan

Penjodoh bilangan menggambarkan bentuk dan ukuran sesuatu benda maujud. Oleh sebab kata nama
atau benda astrak seperti di atas tidak dapat ditentukan bentuk dan ukurannya, maka penjodoh bilangan
tidak perlu digunakan.

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Kata Nama Terbitan


Kata nama terbitan yang sering mengelirukan pelajar ialah apitan peRan dan peNan. Kedua-dua
imbuhan apitan ini membentuk kata nama yang terbit daripada kata kerja yang mempunyai pertalian
dengan imbuhan beRdan meN Hal ini bermakna bahawa imbuhan apitan peRan dan peNan
perlu dihubungkan dengan imbuhan beRdan imbuhan meN untuk memahami proses
pembentukannya.
Lihatlah contoh ayat berikut yang menerima imbuhan apitan peRan dan peNan pada kata dasar
yang sama.
1.Mereka akan mengadakan pertemuan itu pada minggu hadapan.
2.Penemuan ubat yang dapat mengubati penyakit itu oleh para saintis memberikan harapan kepada para
penghidapnya.
Ulasan
Kedua-dua perkataan pertemuan dan penemuan terbit daripada kata dasar yang sama, iaitu daripada
kelas kata kerja temu. Namun terdapat perbezaan maknanya. Dalam ayat (1) perkataan pertemuan
terbit daripada kata kerja bertemu yang bermaksud mereka akan bertemu. Sebaliknya, dalam ayat
(2) perkataan penemuan terbit daripada kata kerja menemukan yang bermaksud para saintis
menemukan ubat.
Kekeliruan kerap berlaku apabila penggunaannya disalahtafsirkan pada maksud ayat yang berbeza
maksudnya. Perkara yang perlu diingati apabila berbepan dengan imbuhan apitan ini ialah kaitannya
dengan dua imbuhan kata kerja yang dinyatakan terdahulu tadi. Walaupun kedua-dua apitan ini
menunjukkan maksud yang lain, namun dalam perbincangan ini kita akan hanya melihat dari sudut
perkaitannya dengan imbuhan kata kerja beR- dan meN sahaja.
A. Maksud Imbuhan peR-an
Imbuhan apitan peR-an menunjukkan beberapa maksud yang berbeza. Cuba teliti maksud-maksud
dalam contoh yang berikut:
a) Maksud hal berbuat sesuatu dengan kata kerja tak transitif yang berimbuhan beR
Contoh :
PeR-an
Maksud
Pergaduhan
Hal bergaduh
Peredaran
Hal beredar
Persembunyian
Hal bersembunyi
Perkembangan
Hal berkembang
Permusuhan
Hal bermusuh
Ayat contoh :
Pergaduhan itu berlaku kerana terdapat selisih faham antara kedua-dua kumpulan.
Peredaran bumi mengelilingi masa selama setahun.
Ulasan
Kedua-dua ayat menunjukkan hal sesuatu perbuatan yang berlaku, iaitu bergaduh dan beredar.
b) Maksud tempat berbuat sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan imbuhan beR-
Contoh :
PeR-an
Maksud

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Perguruan
Tempat berguru
Perhentian
Tempat berhenti
Persemadian
Tempat bersemadi
Peraduan
Tempat beradu
Ayat contoh:
Perhentian bas itu telah roboh dalam kejadian ribut semalam.
Jenazahnya akan dibawa ke persemadian pada hari ini juga.
Ulasan
Kedua-dua ayat menunjukkan tempat sesuatu itu berlaku, iaitu tempat berhenti dan tempat bersemadi.
c) Menunjukkan maksud hasil sesuatu perbuatan yang dilakukan daripada kata kerja berimbuhan beR
Contoh:
PeR-an
Maksud
Pertuturan
Hasil bertutur
Perkembangan
Hasil berkembang
Persatuan
Hasil bersatu
pertambahan
Hasil bertambah
Ayat Contoh :
Malaysia telah mengalami perkembangan ekonomi yang kian kukuh pada masa ini.
Pertambahan penduduk dunia telah mengakibatkan pelbagai masalah.
Ulasan
Kedua-dua ayat menunjukkan hasil perbuatan, iaitu hasil perbuatan ekonomi yang berkembang dan
hasil penduduk yang bertambah.
B. Maksud Imbuhan peN-an
Imbuhan apitan peN-..an juga menunjukkan beberapa perbezaan dari segi maksud ayat yang terbina
daripada apitan ini. Namaun, perkara yang penting ialah pertaliannya dengan imbuhan kata kerja meN. Cuba teliti maksub-maksudnya dan buat pertandingan dengan imbuhan peR-an dalam contoh
yang berikut:
a) Menunjukkan maksub hal atau perbuatan yang berkaitan dengan kata kerja transitif berawalan meN
Contoh:
PeN-an
Maksud
Pendakian
Hal mendaki
Pengitipan
Hal mengintip
Penambahan
Hal menambahkan
Penyatuan
Hal menyatukan
Pengembangan
Hal mengembang
Ayat contoh:
Kerja-kerja penintipan kemasukan pendatamng tanpa izin telah dilakukan dengan berkesan
sekali.
Penyatuan beberapa negeri ini telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Ulasan
Kedua-dua ayat menunjukkan maksud hal perbuatan transitif berawalan meN-, iaitu hal perbuatan
mengintip kemasukan pendatang tanpa izin dan hal menyatukan beberapa negeri.

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

b) Menunjukkan maksud hasil perbuatan daripada kata kerja transitif yang berawalan meN-
Contoh:
PeN-an
Maksud
Penemuan
Hasil menemukan
Pencapaian
Hasil mencapai
Pengubatan
Hasil mengubati
Penggantungan
Hasil menggantung
pengalaman
Hasil mengalami
Ayat contoh:
Penggantungan pasukan itu daripada pertandingan dicapai setelah kajian teliti dilakukan.
Pengalamannya semasa menyertai pengembaraan itu amat berguna.
Ulasan
Kedua-dua ayat terbit daripada kata kerja transitif yang menunjukkan maksud hasil perbuatan
menggantung daripada kajian yang dijalankan, manakala pengalaman menunjukkan hasil mengalami
pengembaraan.
c) Menunjukkan maksud tempat perbuatan yang berkaitan dengan imbuhan transitif berawalan meN-
Contoh:
PeN-an
Maksud
Pelabuhan
Tempat melabuhkan
Penginapan
Tempat menginap
Pengairan
Tempat mengairi
penyaliran
Tempat menyalirkan
Pemandangan
Tempat memandang
Ayat contoh :
Rumah penginapan itu telah musnah dalam kebakaran dalam malam tadi.
Di negara kita terdapat banyak pemandangan yang menarik hati.
Ulasan
Kedua-dua ayat menunjukkan maksud tempat sesuatu perbuatan dilakukan, iaitu tempat menginap dan
tempat memandang.
Jika diteliti dan dibuat perbandingan dengan teliti, terdapat persamaan dari segi maksud ayat antara
imbuhan apitan peR-an apitan dengan peN-an. Yang membezakannya hanyalah imbuhan apitan
peR-an berkait rapat dengan kata kerja yang berimbuhan beR, manakala imbuhan apitan peN-an
mempunyai pertalian dengan kata kerja transitif yang berawalan meN-.
Setelah meneliti proses pembentukan imbuhan apitan peR-an dan peN-..an, sekarang cuba teliti
beberapa perkataan kata dasar yang sama dan boleh menerima kedua-dua imbuhan apitan tersebut.
Cuba bezakan maknanya berdasarkan keterangan yang telah diberikan.
C. Perbezaan Makna Imbuhan per-an dan peN-an
Yang berikut merupakan yang boleh menerima kedua-dua apitan peR-an dan peN-an tetapi
menunjukkan perbezaan makna kerana pertaliannya dengan imbuhan beR- dan meN-.
Per--an
PeN--an
Persamaan
Penyamaan
Perkembangan
Pengembangan
Peredaran
Pengedaran
Pergantungan
Penggantungan
Perubatan
Pengubatan

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Perubahan
pengubahan
Pertemuan
Penemuan
Persatuan
Penyatuan
Pertubuhan
Penubuhan
Perlanggaran
Pelanggaran
Perceraian
Penceraian
Perhitungan
penghitungan
Peraduan
Pengaduan
Persembunyian
Penyembunyian
Perkuburan
Penguburan
pertambahan
Penambahan
Teliti ayat-ayat yang berikut dan bandingkan maknanya berdasarkan maksud per--an dan peN--an.
1. Pengedaran dadah di peringkat antarabangsa pada masa ini kian berleluasa.
2. Peredaran bumi mengelilingi matahari mengambil masa selama setahun.
3. Pengubatan para dukun mengaitkannya dengan dunia mistik.
4. Dunia perubatan kini telah menunjukkan kemajuan yang pesat.
5. Pertemuan mereka berdua disaksikan oleh beberapa orang teman.
6. Penemuan mayat itu telah menggembarkan para penduduk kampung.
7. Tanah perkuburan itu amat sunyi dan menyeramkan pada waktu malam.
8. Penguburan mayat mangsa kebakaran itu dalam satu liang lahad amat memilukan.
9. Pemimpin pengganas itu enggan keluar dari tempat persembunyiannya kerana khuatir dibicarakan.
10. Penyembunyian bukti jenayah itu oleh pihak berkenaan menyebabkan pihak yang bersalah tidak
dapat dihukum.
Tugas Ppraktikal
Bentuk 1 ( Bentuk soalan mengesan bahagian bergaris dalam ayat yang mengandungi kesalahan.)
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Pemberhentian pekerja di sektor perkilangan kian ketara semenjak kemelesetan
A
B
C
ekonomi terjadi di seluruh dunia. Tiada kesalahan.
D
2.Penggantungan ekonomi negara kepada satu sumber pengeluaran sahaja dapat
A
B
membahayakan kedudukan ekonomi suatu masa nanti. Tiada kesalahan.
C
D
3.Sekolah itu mengalami penambahan bilangan pelajar setelah perpindahan beramaiA
B
ramai sekumpulan pelajar dari kawasan luar bandar. Tiada kesalahan.
C
D
Jawapan dan Huraian untuk Contoh Soalan Berformat PMR (Bentuk 1)
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
D
Perkataan pemberhentian merujuk maksud memberhentikan. Maka

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

perkataan tersebut betul dan tepat dengan maksud ayat.


Perkataan penggantungan menerangkan maksud perbuatan menggantung
sesuatu. Misalnya menggantung seseorang pemain daripada bermain dalam
suatu perlawanan, maka frasa ini akan diterangkan oleh perkataan
penggantungan pemain. Dalam konteks ayat, soalan maksud ayat merujuk
kepada perbuatan bergantung pada satu sumber ekonomi, maka
seharusnya diterangkan dengan perkataan pergantungan ekonomi.
Maksud ayat merujuk kepada bilangan pelajar bertambah, maka
seharusnya diterangkan oleh perkataan pertambahan bilangan pelajar.
Penambahan merujuk kepada maksud menambahkan sesuatu iaitu frasa
kerja transitif merujuk kepada sengaja menambahkan.

Bentuk 2 (Bentuk soalan membetulkan bahagian bergaris jika mengandungi kesalahan dengan memilih
pilihan jawapan yang betul sebagai ganti.)
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
1.Mereka akan mengadakan majlis penemuan itu untuk membincangkan beberapa perkara yang
berkaitan dengan masalah disiplin pelajar.
A akan mengadakan majlis bertemukan itu
B akan mengadakan majlis pertemuan itu
C akan mengadakan pertemuan majlis itu
D akan mengadakan majlis penemuan itu
2.Proses pengubatan yang menggunakan kaedah homeopati biasanya memakan masa yang agak lama.
A perubatan menggunakan kaedah homeopati
B pengubat menggunakan kaedah homeopati
C berubat menggunakan kaedah homeopati
D pengubatan yang menggunakan kaedah homeopati
3.Tempat penyembunyian kumpulan perompakan itu sudah dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
A persembunyian kumpulan perompak itu
B penyembunyian kumpulan perompak itu
C persembunyian perkumpulan perompak itu
D penyembunyian kumpulan perompakan itu
Jawapan dan Huraian untuk Contoh Soalan Berformat PMR (Bentuk 2)
Nombor
Jawapan
Huraian
Soalan
1
B
Frasa bergaris merujuk kepada maksud mereka bertemu dalam majlis. Kata
kerja bertemu harus diterangkan oleh perkataan pertemuan bukan
penemuan kerana perkataan penemuan merujuk kepada maksud
menemukan ataupun menemui.
2
D
Perkataan pengubatan merujuk kepada maksud mengubati. Maka frasa
bergaris merujuk kepada maksud proses mengubati yang menggunakan
kaedah homeopati.
3
A
Perkataan penyembunyian merujuk kepada maksud menyembunyikan

10

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

sesuatu. Frasa bergaris dalam ayat merujuk kepada maksud tempat


kumpulan perompak yang bersembunyi yang seharusnya diterangkan
dengan perkataan persembunyian.
Bentuk 3 ( Bentuk soalan memilih ayat yang betul)
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang sesuai.
1.I Peristiwa pelanggaran Jepun ke Tanah Melayu menyimpan pelbagai peristiwa pahit kepada
penduduknya.
II Tanah penguburan yang semakin kecil menybabkan suatu kaedah beru perkuburan terpaksa
difikirkan.
III Pemindahan mangsa banjir itu telag dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan kerana persedian
awal telah dibuat.
IV Pendapatannya telah pertambahan kerana dia rajin bekerja lebih masa berbanding dengan rakanrakannya.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
2.I Pengubahan anak-anak benih padi ke sawah perlu mengikut masa yang telah ditetapkan.
II Kebanyakan pelajar yang akan ke luar negeri perlu memasuki kolej penyediaan terlebih dahulu.
III Dia telah bekerja sebagai pertunjukan jalan mendaki Gunung Kinabalu sejak sepuluh tahun lepas.
IV Perkembangan dunia sastera tanah air dibuktikan dengan kelahiran seniman-seniman baru dalam
bidang tersebut.
A I dan IV
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV
3.I Dia telah mengalami penceraian sebanyak beberapa kali kerana sikapnya yang gemar berjudi.
II Dinegara kita pernah mengalami penumpahan darah akibat sikap mementingkan diri sesetengah
anggota masyarakat.
III Kami akan membuat perhitungan dengan orang yang menabur fitnah itu.
IV Pengistiharan kemerdekaan negara ini telah menamatkan penjajahan barat selama lebih empat
tahun.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Contoh Soalan Berformat PMR (Bentuk 3)
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
A
Dalam ayat (I) pelanggaran terbit daripada kata kerja melanggar
ayat yang betul. Ayat (II) penguburan terbit daripada kata kerja
menguburkan maka salah kerana maksud ayat merujuk kepada
tempat berkubur maka seharusnya digantikan dengan perkataan
perkuburan. Ayat (III) pemindahan terbit daripada kata kerja
memindahkan mangsa banjir ayat yang betul. Ayat (IV)
pertambahan tidak boleh digunakan sebaliknya digunakan perkataan
bertambah kerana pertambahan tidak menjadi subjek ayat
sebaliknya hanya sebagai penerang sahaja. Subjek ayat ialah
pendapatannya.
2
A
Dalam ayat (I) pengubahan terbit daripada kata kerja mengubah
anak padi ke sawah ayat yang betul. Ayat (II) penyediaan merujuk
kepada maksud kata kerja menyediakan sedangkan maksud ayat
merujuk kepada pelajar bersedia yang seharusnya digantikan dengan

11

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

perkataan kolej persediaan. Ayat (III) pertunjukan merujuk kepada


maksud sesuatu yang ditunjukkan ataupun dipertontonkan, sedangkan
maksud ayat merujuk kepada orang yang menunjukkan jalan maka
seharusnya digantikan dengan perkataan penunjuk merujuk maksud
menunjukkan. Ayat (IV) perkembangan merujuk kepada maksud
kata kerja sastera yang berkembang maka sewajarnya perkataan
perkembangan digunakan ayat yang betul.
Dalam ayat (I) penceraian merujuk kepada maksud menceraikan
sedangkan maksud ayat merujuk kepada maksud kata kerja bercerai
maka seharusnya digunakan perkataan perceraian. Ayat (II)
penumpahan merujuk kepada maksud kata kerja menumpahkan
darah sedangkan maksud ayat tidak merujuk kepada maksud
demikian sebalik merujuk kepada maksud pertumpahan darah. Ayat
(III) perhitungan merujuk kepada maksud kata kerja berhitung yang
memang wajar digunakan perhitungan bagi menerangkan maksud
kata kerja berkenaan ayat yang betul. Ayat (IV) pengistiharan
merujuk kepada maksud kata kerja mengistiharkan kemerdekaan,
maka sewajarnya digunakan perkataan tersebut, kerana pengistiharan
merujuk kepada maksud beristihar dan tidak tepat dengan maksud
ayat ayat yang betul.

KATA GANDA
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama ada
pengulangan penuh seperti rumah-rumah atau sebahagiannya seperti lauk-puak. Kata ganda terdiri
daripada kata nama ganda, kata adjektif ganda, dan kata kerja ganda seperti yang di bawah ini :
KATA NAMA GANDA
1.Penggandaan penuh
Rumah-rumah
1.Rumah-rumah yang dibina di kawasan itu
masih belum dapat disiapkan lagi.
Budak-budak
2.Orang gila itu suka mengusik budak-budak
yang sedang bermain di padang.
2.Penggandaan separa
Sesiku
1.Guru Matematik menggunakan sesiku untuk
membina sudut tegak.
lelangit
2.Lelangit terletak pada bahagian atas di dalam
rongga mulut.
3.Penggandaan berentak
Kayu-kayan
1.Kayu-kayan yang terdapat di dalam hutan itu
menjadi sumber pendapatan orang asli.
2.Sayur-mayur yang dijual di pasar itu sudah
Sayur-mayur
layu.
**Perhatian
Pengguna bahasa sering mengalami kekeliruan tentang penggandaan bagi kata nama majmuk seperti
yang di bawah ini:
1.Kertas kerja- kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar itu dapat memberikan pengetahuaan dan
matlumat yang terkini kepada peserta seminar. ( tidak gramatis)
Kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar itu dapat memberikan pengetahuaan dan
matlumat yang terkini kepada peserta seminar. (gramatis)
KATA KERJA GANDA

12

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

1.Penggandaan penuh

Pusing-pusing
Gelak-gelak

2.Penggandaan separa

Tegur-menegur

3.Penggandaan berentak

Potongmemotong
Bolak-balik
Terhuyunghayang

NO TEL: 016 8822114

1. Saya selalu pusing-pusing di bandar itu untuk


mengambil angin.
2.Ketika guru mengajar, sekumpulan pelajar
gelak-gelak sambil berbual.
1.Kita hendaklah tegur-menegur supaya cepat
mesra.
2.Kereta yang berlumba haram itu potongmemotong di kawasan selekoh.
1. Orang itu sekar dipercayai kerana selalu
bercakap bolak-balik.
2.Orang yang mabuk itu berjalan terhuyunghayang.

**Perhatian
Pengguna bahasa sering menggunaakankata ganda yang bermaksud saling dengan membawa maksud
yang lewah seperti yang di bawah ini:
1.Dalam perlumbaan matosikal itu, para pelumba saling potong-memotong antara satu sama lain. (tidak
gramatis)
2. Dalam perlumbaan matosikal itu, para pelumba potong-memotong antara satu sama lain. (gramatis)
3. Dalam perlumbaan matosikal itu, para pelumba saling memotong antara satu sama lain. (gramatis)
KATA ADJEKTIF GANDA
Penggandaan penuh

Besar-besar
Tinggi-tinggi

Penggandaan separa

Kecil-kecilan
Awur-awuran

Penggandaan berentak

Kacau-bilau

Kusut-masai

1. Saiz badan pemain ragbi itu


besar-besar.
2. Markah yang diperoleh oleh
pelajar itu tinggi-tinggi.
1. Dia berniaga kecil-kecilan
untuk
menambahkan
pendapatan.
2. Orang yang mengamuk itu
menghayunkan parang dengan
awur-awuran.
1. Keadaan menjadi kacaubilau apabila pusat beli-belah
itu tiba-tiba terputus bekalan
elektrik.
2. Rambutnya menjadi kusutmasai kerana belum sempat
bersikat apabila saya datang.

PERHATIAN
Pengguna bahasa sering menggunakan kata adjektif ganda yang bersifat lewah seperti yang di bawah
ini:
1 Kereta-kereta yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka.(Tidak gramatis)
2 Kereta-kereta dijual di kedai itu mahal-mahal belaka.(Gramatis)
3 Kereta-kereta yang dijual di edai itu mahal belaka.(Gramatis)
Tugasan Praktikal 7

Kata Ganda

13

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditandai dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat yang berkenaan.
1 Penolong Kanan-Penolong Kanan Akademik akan mengadakan perjumpaan pada
A
B
hujung minggu ini bagi membincangkan penyelarasan penubuhan persatuan.
C
Tiada kesalahan.
D
2 Peserta-peserta yang menyertai pertandingan Trytlon antarabangsa di Putrajaya itu
A
B
besar-besar belaka. Tiada kesalahan.
C
D
3 Kanak-kanak di tadika itu pandai-pandai belaka walaupun umurnya masih rendah.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
4 Penduduk Taman Kinara itu saling tolong-menolong antara satu sama lain untuk
A
B
mengadakan majlis rumah terbuka. Tiada kesalahan.
C
D
5 Orang yang bertali leher itu sering bolak-balik dari Seremban ke Kuala Lumpur
A
B
dengan menaiki komuter. Tiada kesalahan.
C
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 7
Nombor
Jawapan
Huraian
Soalan
1
A
B dan C tiada kesalahan .
A salah kerana penolong kanan hendaklah digandakan menjadi penolongpenolong kanan.
2
A
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana peserta tida perlu digandakan kerana dalan ayat tersebut
terdapat kata adjektif ganda besar-besar yang bermaksud jamak.
3
D
A, B dan C tiada kesalahan.
4
B
A dan C tiada kesalahan.
B salah kerana saling potong-memotong membawa maksud yang lewah
atau penggunaan perkataan yang membazir. Jawapan yang betul ialah
potong-memotong atau saling memotong.
5
D
A, B dan C tiada kesalahan.
Perhatian
Kata seperti kanak-kanak, bolak-balik tidak boleh dijadikan kata tunggal kerana kata tersebut tidak
boleh berdiri sendiri. Begitu juga dengan kata anai-anai, rama-rama, kupu-kupu, dan sebagainya.
KATA MAJMUK

14

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk
yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah, dan bertindak sebagai satu unit seperti kapal
terbang, gambar rajah, terima kasih, dan sebagainya.
Walaupun kata majmuk pada dasarnya dieja secara terpisah, namun terdapat 15 kata majmuk yang dieja
secara rapat seperti yang di bawah ini:
Antarabangsa setiausaha
beritahu
sukarela
bumiputera
Suruhanjaya
jawatankuasa tandatangan
kakitangan
tanggungjawab
Kerjasama
warganegara
olahraga
pesuruhjaya
matahari
Bentuk Kata Majmuk
(a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Gambar rajah biru laut
Bandar raya
tengah hari
Perdana Menteri
Naib Canselor
(b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.
Garis pusat
hak milik
Mata pelajarankertas kerja
Pita suara
kanta tangan
(c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.
Kaki ayam
anak emas
Buah hati
berat tangan
Penggunaan Kata Majmuk
Tidak Baku
Alat tulis-alat-tulis
Balai raya-balai raya
Menteri Besar-Menteri Besar
Jawatan-jawatankuasa
Setia-setiausaha
Tanda-tandatangan

Baku
Alat-alat tulis
Balai-balai raya
Menteri-menteri besar
Jawatankuasa-jawatankuasa
Setiausaha-setiausaha
Tandatangan-tandatangan

Tugasan Praktikal 8 Kata Majmuk


Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditandai dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat yang berkenaan.
1 Juru-juruterbang pasukan TUDM itu akan menjalani latihan di Laut China Selatan
A
B
pada bulan Mei nanti. Tiada kesalahan.
C
D
2 Ahli sukan kita sering gagal dalam pertandingan sukan yang bertaraf antarabangsa.
A
B
Tiada kesalahan.
D
3 Pada waktu tengah-hari, kami biasanya akan membaca buku di perpustakaan dan
A
B
membuat ulang kaji mata pelajaran. Tiada kesalahan.
C
D

15

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

4 Dia ialah anak emas kepada guru yang mengajarkan mata pelajaran Matematik itu.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
5 Dalam seminar itu, kertas kerja-kertas kerja yang dibentangkan nanti akan
A
B
diberikan dalam bentuk cakera padat. Tiada kesalahan.
C
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 8
Nombor Jawapan Huraian
Soalan
1
A
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana perkataan juru-juruterbang bukan kata majmuk tetapi kata
ganda, Ejaan yang betul ialah juruterbang-juruterbang.
2
D
A, B, dan C tiada kesalahan.
3
A
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana ejaan kata majmuk tengah hari tidak memerlukan tanda
sempang.
4
D
A,B, dan C tiada kesalahan.
5
A
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana ejaan kata majmuk kerja yang digandakan, iaitu kertas
kerja-kertas kerja tidak tepat. Yang betulnya ialah kertas-kertas kerja.
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif dapat digolongkan kepada sembilan jenis seperti yang berikut:
(i)
kata adjektif sifatan atau keadaan
(ii)
kata adjektif warna
(iii)
kata adjektif ukuran
(iv)
kata adjektif bentuk
(v)
kata adjektif waktu
(vi)
kata adjektif jarak
(vii) kata adjektif cara
(viii) kata adjektif perasaan
(ix)
kata adjektif pancaindera
Penerangan lanjut tentang jenis-jenis kata adjektif adalah seperti dalam jadual di bawah ini:
Jenis Kata Adjektif
Makna
Ayat Contoh
Kata adjektif sifatan atau Perkataan yang memberikan 1 Anaknya sungguh baik.
keadaan
pengertian
sifatan
atau 2 Orang jahat selalu diburu oleh
Contoh:
keadaan
sebagai
unsur polis.
Baik, jahat, cerdik, pandai, keterangan.
3 Pelajar yang pandai akan
lemah, berani, tenang, gopoh,
mendapat keputusan peperiksaan
dan sebagainya.
yang cemerlang.
4 Pasukan bola itu agak lemah
dibandingkan dengan pasukan
lawan.
Kata adjektif warna.
Perkataan
yang 1 Dia gemar akan warna biru.
Contoh:
memberikanpengertian
2 Kereta hijau itu kepunyaan

16

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Biru, hijau, putih,kuning, warna


sebagai
ungu, dan sebagainya.
keterangan.

Kata adjektif ukuran


Contoh:
Besar, luas, panjang, pendek,
kecil, tinggi, rendah, tebal,
nipis, dan sebagainya

Kata adjektif bentuk


Contoh:
Bulat, bundar, bengkok, leper,
lurus, dan sebagainya

Kata adjektif waktu


Contoh:
Baharu, lama, segera, lampau,
awal, dam sebagainya.

Kata adjektif jarak


Contoh:
Jauh, dekat, hampir, rapat, dan
sebagainya

Kata adjektif cara


Contoh:
Cepat, deras, laju, lambat,
gopoh, selalu, dan sebagainya

unsur Encik Samad.


3 Semua pengawas di sekolah itu
memakai baju dan seluar putih.
4 Kakaknya memakai selendang
kuning.
5 Jarang-jarang orang memakai
songkok ungu.
Perkataan yang memberikan 1 Pokok besar itu ialah pokok
pengertian ukuran
meranti.
2 Tasik itu sungguh luas.
3 Galah panjang itu digunakan
untuk mengait kelapa.
4 Dia rendah sedikit daripada
adiknya.
5 Buku cerita itu nipis sahaja.
Perkataan yang memberikan 1 Bola tenis berbentuk bulat.
pengertian
rupa
bentuk 2 Meja makannya berbenty\uk
sebagai unsur keterangan.
bundar.
3 Jarum bengkok itu telah patah.
4 Bantal leper itu kepunyaan adik
saya.
5 Jalan lurus itu baru sahaja
dibaiki.
Perkataan yang memberikan 1 Puan Salmah membeli baju
pengertian konsep masa baharu untuk anaknya.
sebagai unsur keterangan.
2 Dia sungguh sayang akan kereta
lamanya.
3 Mak Cik Munah menghidangkan
masakan mi segera kepada kami
pada malam itu.
4 Pada masa lampau, manusia
hidup berpindah-randah.
5 Cikgu Hamzah datang terlalu
awal pada pagi itu.
Perkataaan yang memberikan 1 Air terjun Bukit Hijau sungguh
pengertian konsep ruang jauh dari sini.
antara dua benda atau 2 Rumahnya dekat dengan surau.
keadaan sebagai penerang 3 Masjid Negara hampir dengan
kata nama.
stesen kereta api.
4 Kedudukan rumah-rumah di
kawasan setinggan amat rapat di
antara satu dengan yang lain.
Perkataan yang memberikan 1 Tindakan pasukan bomba untuk
pengertian keadaan kelakuan memadam kebakaran itu sungguh
atau ragam, sebagai penerang cepat.
kata nama.
2 Pada musim hujan, air sungai itu
mengalir amat deras.
3 Dia memandu keretanya dengan
gopoh sekali.

17

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

Kata adjektif perasaan


Perkataan yang memberikan
Contoh:
pengertian konsep perasaan,
Benci, rindu, malu, kasih, sebagai penerang kata nama.
sayang, dan sebagainya.

Kata adjektif pancaindera


Contoh:
Lazat, cantik, bising, busuk,
licin, dan sebagainya.

Perkataan yang memberikan


pengertian konsep rasa,
pandang, dengar, bau, dan
sentuh.

NO TEL: 016 8822114


4 Kedatangan pemuda itu ke sini
selalu benar.
1 Pemuda itu benci akan kelakuan
adiknya.
2 Kanak-kanak itu rindu akan
ibunya.
3 Salmah malu untuk menjual
kuih.
4 Nenek sangat kasih akan
cucunya.
5 Dia ragu tentang laporan itu.
1 Rasa buah durian sungguh lazat.
2 Permaisuru itu sungguh cantik.
3 Bunyi bising itu datang dari
pasar.
4 Bau busuk itu datang dari
longkang.
5 Pipinya licin bagai pauh
dilayang.

KATA ADJEKTIF DAN KATA PENGUAT


Kata adjektif boleh disertai kata penguat seperti amat, samgat, sungguh, dan sebagainya. Oleh itu, ciri
utama untuk membezakan kata adjektif daripada kata-kata lain adalan dengan meletakkan kata penguat
sama ada di hadapan atau di belakangnya. Jika sesuatu kata itu dapat disertai kata penguat, maka kata
tersebut digolongkan sebagai kata adjektif.
Misalnya:
Sangat baik atau baik sangat
Sungguh indah atau indah sungguh
Amat kurus atau kurus amat
Kata-kata yang berikut bukan kata adjektif kerana tidak dapat disertai kata penguat:
Lari
tidak boleh
sangat lari
Samping
tidak boleh
amat samping
Daripada
tidak boleh
sungguh daripada
Makan
tidak boleh
makan sangat
Buah
tidak boleh
buah sangat
Berdasarkan penerangan dan contoh-contoh di atas dapatlah dirumuskan bahawa sesuatu kata yang
boleh disertai kata penguat ialah kata adjektif. Oleh sebab itu, kata penguat dianggap sebagai penanda
adjektif.
Kata penguat sebagai penanda adjektif terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
Jenis Kata Penguat
Contoh Kedudukan Kata Penguat
Penguat depan
Kata adjektif
Penguat belakang
(a) Penguat depan
Contoh:
Agak
Begitu
Agak
Luas
Lebih
Begitu
Jelas
Paling
Lebih
Baik
-

18

NOTA TATA PMR


Kurang
terlalu

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Paling
Kurang
terlalu

Sesuai
Senang
marah

Berani
Mahal
Mudah
indah

Benar
Betul
Sekali
Nian

(c) Penguat bebas


Contoh:
Amat

Amat

Sungguh

Sungguh

sangat

sangat
-

Bersih
Atau
Bersih
Manis
Atau
Manis
Pedas
Atau
pedas

(b) Penguat belakang


Contoh:
Benar
Betul
Sekali
nian

amat
sungguh
sangat

Tugasan Praktikal 9 Kata Adjektif dan Kata Penguat


Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata yang paling sesuai.
1 Buah pilasan ini manis ________.
A masam
B terlangsang C betul
D nya
2 Kereta itu _________ sangat.
A terlaju
B selaju
C laju D laju-laju
3 Lagu yang didendangkan oleh Misha Omar itu merdu _________.
A sekali
B lebih
C begitu
D selalu
4 Pemuda di kampung itu berani _________ mengejarkan harimau yang terlepas itu seorang diri.
I agak
II benar
III nianIV sungguh
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
5 Pemandangan pada waktu senja di pantai itu indah __________.
I berseri
II nian III sungguh
IV paling
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 9
Nombor
Jawapan
Huraian
Soalan
1
C
A salah kerana masam bukan kata penguat.
B salah kerana terlangsung bukan kata penguat.
D salah kerana nya bukan kata penguat.
2
C
A salah kerana laju menggunakan awalan ter- yang membawa maksud
paling (paling laju).
B salah kerana laju menggunakan awalan se- yang membawa maksud sama
(sama laju).
D salah kerana laju digandakan yang membawa maksud banyak kereta laju.
3
A
B salah kerana lebih bukan kata penguat dan seharusnya diletakkan

19

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

sebelum kata merdu.


C salah kerana kata begitu seharusnya diletakkan sebelum kata merdu.
D salah kerana selalu bukan kata penguat.
A salah kerana agak dalam I tidak sesuai diletakkan selepas kata adjektif
berani.
B salah kerana agak dan nian dalam I dan III tidak sesuai digandingkan
dengan kata adjektif berani.
C salah kerana kata penguat nian dalam III tidak sesuai dipadankan dengan
berani.
A salah kerana berseri dalam I bukan kata penguat.
B salah kerana alasannya seperti yang di atas.
D salah kerana paling dalam IV seharusnya diletakkan sebelum kata indah.

PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF


Kata adjektif boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk yang berikut:
(a) Kata adjektif tunggal
(b) Kata adjektif majmuk
(c) Kata adjektif ganda
(d) Kata adjektif terbitan
(a) Kata Adjektif Tunggal
Kata adjektif tunggal terdiri daripada kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan atau
tanpa mengalami proses-proses alin seperti pemajmukan dan penggandaan.
Kata adjektif tunggal dapat berfungsi sebagai unsur penerang dalam frasa nama dan sebagai unsur
keterangan dalam frasa kerja:
Frasa Nama
Penggunaannya dalam Ayat
Kata Nama
Kata Adjektif
(sebagai inti frasa)
(sebagai penerang)
(a) samping
Biru
Samping biru itu kepunyaan Encik Razak.
Mereka minum susu segar.
(b) susu
Segar
Menara tinggi itu ialah menara Masjid Negeri
(c) menara
Tinggi
Selangor.
Setiap kata adjektif dalam ayat-ayat di atas berfunsi sebagai penerang kepada kata nama.
Misalnya, kata biru dalam ayat (a) berfungsi sebagai penerang kepada kata nama samping. Binaan frasa
nama tersebut ialah kata nama samping diikuti oleh kata adjektif biru.
(ii) Kata adjektif sebagai unsur keterangan dalam frasa kerja:
Contoh:
Frasa Kerja
Penggunaannya dalam Ayat
Kata Kerja
Kata Adjektif
(sebagai inti frasa)
(sebagai unsur keterangan)
(a) datang
Lambat
Rosman datang lambat hari ini.
(b) berlari
Pantas
Nazmizan berlari pantas menuju ke
garisan penamat.
(c) mengalir
tenang
Sungai itu mengalir tenang.

20

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Setiap kata adjektif dalam ayat-ayat di atas, berfungsi sebagai unsur keterangan.
Misalnya, binaan frasa kerja dalam ayat (a) di atas, terdiri daripada kata kerja datang sebagai kat inti
diikuti oleh kata adjektif lambat yang berfungsi sebagai unsur keterangan.
(b) Kata Adjektif Majmuk
Kebanyakan kata adjektif hadir sesudah kata nama, misalnya budak pandai, kereta besar, pe\mandangan
indah, bangunan tinggi, dan sebagainya. Sungguhpun begitu, terdapat juga kata adjektif yang hadir
sebelum kata nama, iaitu kata adjektif majmuk.
Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kat dasar atau lebih
yang membawa maksud tertentu.
Binaan adjektif tersebut tesendiri daripada kata adjektif + nama. Dengan binaan ini, kata adjektif
menjadi inti frasa; manakala kata nama pula menjadi sebagai penerangnya.
Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan
dan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan.
Contoh frasa dan maksud bagi setiap jenis frasa adjektif tersebut adalah seperti yang terdapat dalam
jadual di bawah ini:
Jenis
Contoh Frasa Adjektif
Maksud
Kata Adjektif
Kata Nama
(i) Frasa adjektif yang Biru
Laut
Biru seperti laut
membawa
maksud Hijau
Daun
Hijau seperti daun
keserupaan
Kuning
Langsat
Kuning seperti langsat
Merah
Hati
Merah seperti hati
Merah
Delima
Merah seperti delima
kelabu
asap
Kelabu seperti asap
(ii) Frasa adjektif yang Besar
Kelapa
Degil atau sombong
membawa
maksud Bulat
Hati
Bertekad untuk membuat sesuatu
kiasan
dengan bersungguh-sungguh
Panjang
Tangan
Suka mencuri
Ringan
Tulang
Rajin bekerja
putih
mata
kecewa
(c) Kata Adjektif Ganda
Secara amnya kata adjektif terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu penggandaan penuh, penggandaan
separa, dan penggandaan berentak.
Bentuk Kata Adjektif Makna
Ayat Contoh
Ganda
(i)
Penggandaan
Memberikan
pengertian
penuh
keadaan
sifat
yang
(Dibentuk
dengan menyeluruh
menggandakan
kata
adjektif tunggal)

21

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

Contoh:
Besar-besar
Kecil-kecil
Tinggi-tinggi
Bijak-bijak
Hijau-hijau

NO TEL: 016 8822114

1 Majlis makan malam pada malam itu


dihadiri oleh orang besar-besar.
2 Telur ayam itu kecil-kecil.
3 Pokok kelapa di pantai itu tinggitinggi.
4 Anak Encik Tardi bijak-bijak belaka.
5 Sayaur di Cameron Highlands hijauhijau belaka.

(ii) Penggandaan separa


Memberikan
pengertian
(Dibentuk
dengan penekanan pada kata dasar
pengulangan kata adjektif
tunggal yang diimbuhi
akhiran an pada kata
yang diulang).
Contoh:
Besar-besaran
Kecil-kecilan

1 Persembahan itu diadakan secara


besar-besaran.
2 Perayaan Hari Guru pada tahun ini
diadakan secara kecil-kecilan.
3 Dia menari gila-gilaan di atas pentas.

Gila-gilaan
(iii) Penggandaan berentak
(Dibentuk
dengan
menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar)
Contoh:
Gelap-gelita

Kering-kontang
Lemah-longlai
Kucar-kacir
Kurus-kering

Memberikan
penekanan
kepada makna kata dasar
yang terdapat dalam kata
ganda tersebut

1 Dalam keadaan yang gelap-gelita itu


dia berjalan berlahan-lahan menuju ke
pondok usang itu.
2 Pada musim kemarau yang lalu
kesemua sawah padi mereka keringkontang.
3 Kumpulan pengakap yang sesat dalam
hutan tebal itu berjalan dengan lemahlonglai.
4 Mesyuarat itu menjadi kucar-kacir
apabila beberapa orang ahli tidak
mematuhi arahan pengerusi.
5 Seja kematian isterinya, badannya
menjadi kurus-kering.

(d) Kata Adjektif Terbitan


Kata adjektif terbitan ialah kata dasar yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, atau sisipan.

22

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Contoh-contoh kata adjektif yang terbentuk daripada awalan, apitan, dan sisipan adalah seperti yang
terdapat dalam jadual yang berikut:
Imbuhan
Makna
Contoh
Kata Ayat Contoh
Kata Adjektif
Adjektif Terbitan
Awalan terMemberikan
Terbaik
1 Rosnani merupakan pelajar
pengertian
terbaik di kelasnya.
paling
Tercantik
2 Lukisan yang tercantik itu ialah
lukisan Dahlina.
Termasyhur
3 Kini Taman Wetland di Putrajaya
termasyhur di Asia Tenggara.
Awalan se-

Memberikan
pengertian sama

sebesar
(besar
seperti)
setinggi
(tinggi
seperti)
sepandai
(pandai
seperti)
Apitan ke-- Memberikan
keakraban
an
pengertian
kebaratan
sesuatu keadaan kecinaan
atau sifat kata
nama
yang kemelayuan
diterangkan
Sisipan em
Memberikan
guruh = gemuruh
pengertian
sesuatu
sifat
sama
dengan gilang = gemilang
kata dasar yang
menyertainya.
serbak = semerbak
ketot = kemetot

1 Rumahnya sebesar istana.


2 Kini Zamri sudah setinggi
abangnya.
3 Dia tidak sepandai abangnya.
1 Cara sebutannya keakraban.
2 Pakaiannya kebaratan.
3 Budaya keluarga itu kecinaan.
4 Semangat kemelayuannya amat
tebal.
1 Perasaannya menjadi gemuruh
apabila berhadapan dengan hakim.
2 Perayaan yang gemilang itu
dibanjiri oleh pelbagai lapisan
masyarakat.
3 Bau minyak wangi itu sungguh
semerbak.
4 Pokok tomato yang tidak subur
itu sudah tentu akan menghasilkan
buah yang kemetot.

Tugasan Praktikal 10 Pembentukan Kata Adjektif


Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditandai dengan A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan
dalam ayat yang berkenaan.
1 Pokok kelapa yang begitu subur di pantai itu tinggi-tinggi belaka. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
2 Dia tidak sepandai seperti abang sulungnya. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
3 Budak itu kepala besar sejak ibu bapanya terlalu memanja-manjakannya sangat.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
4 Kain songket yang dipamerkan itu cantik belaka. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
5 Baju Melayu dan sampingnya itu berwarna daun hijau. Tiada kesalahan.

23

NOTA TATA PMR


A

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI


B

NO TEL: 016 8822114


D

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 10


Nombor Jawapan Huraian
Soalan
1
D
Tiada kesalahan.
2
B
Kata seperti dalam ayat tersebut tidak diperlukan kerana kata sepandai
memberikan maksud pandai seperti.
3
A
Besar kepala tidak seharusnya diubah menjadi kepala besar kerana frasa
adjektif ini memberikan maksud kiasan.
4
C
Cantik seharusnya digandakan kerana frasa nama songket tidak
digandakan. Mengikut peraturan salah satu perlu digandakan untuk
menunjukkan makna jamak.
5
C
Frasa daun hijau seharusnya hijau daun kerana ungkapan yang membawa
maksud kiasan tidak boleh diubahsuaikan.
Tugasan Praktikal 11 Pelbagai Kata Adjektif
Pilih ayat atau ayat-ayatt yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang
paling sesuai.
1 I Bayi itu nyenyak tidur.
II Dia cepat berjalan melalui lorong itu.
III Rosminah datang kerap sangat.
IV Sungai itu mengalir tenang.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV

D III dan IV

2 I Budak itu terang hati kerana mudah memahami pelajaran yang sukar.
II Malam itu terang cahaya bulan sungguh kuat sehinggakan mereka tidak perlu
memasang lampu.
III Lampu di dalam dewan itu terang sangat.
IV Terang bulan menyinari alam maya.
A I dan III
B II dan IV
C I,II, dan III D II, III dan IV
3.I Sarah memakai baju merah jambu.
II Kainnya biru laut.
III Beg tangannya tua biru.
IV Pakaiannya baru-baru belaka.
A I,II dan III B I, II dan IV
C I,III, dan IV D II, III dan IV
4.I Pemuda yang berambut panjang itu panjang tangan.
II Orang yang tulang ringan hidupnya akan senang pada masa yang akan datang.
III Pelajar itu besar kepala kerana tidak mahu mendengar nasihat guru.
IV Budak kecil itu mulut banayk kerana sering sahaja dai bercakap.
A I dan II
B I dan III
C II, dan III
D I, III dan IV
5.I
II
III
IV

Pokok itulah yang paling tinggi sekali.


Pemandangan di situ indah nian.
Rumah di atas bukit agak besar.
Antara pelajar Tingkatan Tiga Nuri, dialah yang tertinggi.

24

NOTA TATA PMR


A I dan II

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

B II dan III

NO TEL: 016 8822114

C I,II, dan III D II, III dan IV

6.I Misbun Sidek begitu bijak melatih pasukan badminton negara.


II Pada malam ini cahaya bulan terang lebih.
III Harga durian itu betul mahal.
IV Kambing itu kurus amat.
A I dan II
B I dan IV
C II, dan III
D II, dan IV
7.I Rupa parasnya cantik sekali.
II Gajah di dalam zoo itu besar sungguh.
III Badanya sungguh berat.
IV Pemikiran yang dikemukakannya itu benar cetek.
A I dan III
B II dan IV
C I,II, dan III D II, II dan IV
8.I Suaranya kuat terlalu.
II Muzik itu merdu sangat.
III Lirik kagu itu mudah sekali.
IV Penonton kurang senang dengan persembahan itu.
A I dan II
B II dan III
C I,II, dan IV D II, III dan IV
9.I Dia begitu yakin dengan pasukannya.
II Istana itu besar amat.
III Ahli gusti itu sungguh kuat betul.
IV Pertandingan badminton antara pasukan Malysia dengan pasukan China amat sekali hebat.
A I dan II
B I dan III
C II, dan III D III dan IV
10.I Antara pemain badminton pasukan itu, Abdul Rahmanlah yang termuda sekali.
II Misbun ialah anak DatoHaji Sidek yang tertua.
III Mereka rajin sekali berlatih.
IV Pemain beregu yang paling handal dalam arena badminton di Malysia satu ketika dulu ialah Jailani
dan Razif.
A I dan II
B II dan III
C I,III, dan IV D II, III dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 11
Nombor Jawapan Huraian
Soalan
1
D
III dan IV betul kerana kata adjektif hadir sesudah frasa kerja, iaitu
menjadi keterangan.
A salah kerana kedudukan kata adjektif nyenyak dalam pilihan I
hendaklah hadir selepas frasa kerja tidur. Begitu juga keadaannya
dengan pilihan II, iaitu kata adjektif cepat hendaklah hadir sesudah kata
kerja berjalan.
B salah kerana pilihan I mempunyai alasan yang sama seperti yang di
atas.
C salah kerana pilihan II mempeunyai alasan yang sama seperti pilihan
II dalam A.
2
C
A salah kerana kata adjektif terang dalam pilihan II seharusnya hadir
selepas frasa nama cahaya bulan.

25

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B salah kerana dalam pilihan IV kata adjektif terang seharusnya hadir


sesudah frasa nama bulan.
D salah kerana dalam pilihan II kata adjektif terang seharusnya hadir
sesudah frasa nama cahaya bulan. Begitu juga halnya dengan IV, iaitu
kata adjektif terang seharusnya hadir sesudah frasa nama bulan.
A salah kerana tua biru dalam III seharusnya biru tua.
C salah kerana tua biru dalam III seharusnya biru tua.
D salah kerana alasannya sama seperti yang di atas.
A salah kerana yang betulnya ialah jawapan I, dan III, bukan I dan II.
C salah kerana yang betulnya ialah jawapan I dan III, bukan II dan III.
D salah kerana jawapan dalam IV mulut banyak seharusnya banyak
mulut memberikan (makna kiasan).
A salah kerana kata penguat paling dan sekali dalam pilihan I tidak
perlu hadir serentak.
B salah kerana yang betulnya ialah jawapan II,III, dan IV, bukan II
dan III sahaja.
C salah kerana kata penguat paling dan sekali dalam pilihan I tidak
perlu hadir serentak.
A salah kerana kata penguat lebih dalam pilihan II seharusnya
diletakkan sebelum kata adjektif terang.
C salah kerana kata penguat lebih dalam pilihan II seharusnya
diletakkan sebelum kata adjektif terang. Kata penguat betul dalam
pilihan III pula seharusnya diletakkan sesudah kata adjektif mahal.
D salah kerana kata penguat lebih dalam pilihan II seharusnya
diletakkan sebelum kata adjektif terang.
A salah kerana yang betulnya ialah pilihan I, II, dan III, bukan pilihan I
dan II sahaja.
B salah kerana yang betulnya ialah pilihan I,II, dan III, bukan II dan
III sahaja.
D salah kerana kata penguat benar dalam pilihan IV seharusnya
diletakkan sesudah kata adjektif cetek.
A salah kerana kata penguat terlalu dalam pilihan I seharusnya
diletakkan sebelum kaya adjektif kuat.
B salah kerana yang betulnya ialah pilihan II, III, dan IV, bukannya II
dan III sahaja.
D salah kerana kata penguat terlalu dalam pilihan I seharusnya
diletakkan sebelum kata adjektif kuat.
B salah kerana sungguhbetul dalam pilihan jawapan III tidak boleh
hadir serentak.
C salah kerana alsannya sama seperti yang di atas.
D salah kerana kata penguat sungguh betul dalam pilihan jawapan
III tidak boleh hadir serentak.
A salah kerana kata penguat sekali dalam pilihan I tidak diperlukan jika
awalan ter- digunakan pada kata adjektif muda.
B salah kerana alasannya sama seperti yang di atas.
C sama seperti yang di atas.

**PERHATIAN
1.Kata penguat tidak boleh hadir di depan dan di belakang kata adjektif sekali gus.

26

NOTA TATA PMR


Tidak baku
a) paling besar sekali
b) amat berani sungguh
c)amat gelap benar

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Baku
Paling besar atau besar sekali
Amat berani atau berani sungguh, atau sungguh berani
Amat gelap atau gelap amat, atau gelap benar

2.Kata penguat yang berawalan ter- membawa maksud paling. Oleh itu, kata penguat berawalan tertidak boleh disertai kata penguat lain seperti sekali, sangat, sungguh, paling, dan sebagainya.
Contoh:
Tidak Gramatis
Gramatis
a) Dia mendapat markah yang paling Dia mendapat markah yang tertinggi dalam ujian Bahasa
tinggi dalam ujian Bahasa Melayu
Melayu
atau
Dia mendapat markah yang paling tinggi dalam ujian
Bahasa Melayu.
b) Dia merupakan pelajar yang sangat Dia merupakan pelajar yang terbaik dalam kelasnya.
terbaik di dalam kelasnya.
3. Frasa adjektif yang diperluas dengan kata nama (KA + KN) boleh digolongkan sebagai ungkapan
tetap yang mempunyai makna tertentu. Ungkapan tetap tidak boleh diubah susunan atau binaannya.
Contoh :
Baku
Tidak Baku (kerana berbeza dengan makna asal)
Merah hati
Hati merah
Kelabu asap
Asap kelabu
Ringan tulang
Tulang ringan
Banyak mulut
Mulut banyak
4.Ungkapan tetap juga tidak boleh menerima penyisipan kata lain antaranya.
Contoh :
Baku
Tidak Baku (kerana berbeza dengan makna asal)
Merah hati
Merah dan hati
Kelabu asap
Ringan seperti tulang
Terang hati
Terang dan hati
Banyak mulut
Banyak dengan mulut
KATA KERJA
Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja terbahagi kepada
kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
Kata Karja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyamput sesudahnya.
Contoh:
1. Adik duduk.
2. Bayi itu menangis.
3. Kakak tersenyum.
4. Mereka berbual.
Kata yang berhuruf condong itu ialah Kata Karja Tak Transitif yang tidak memerlukan objek. Ini
bereti bahawa Kata Kerja Tak Transitif dapat berdiri sendiri sebagai frasa kerja dengan maknanya yang
lengkap.

27

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:


Bentuk-bentuk Kata Kerja Contoh
Tak Transitif
1.kata asal : kata yang tidak Ada, balik, bangun, diam, duduk, gugur, habis, ingat, jaga, kalah,
disertai imbuhan
lalu, naik, patah, pergi, roboh, sampai, tidur, undur, wujud, dan
sebagainya.
2.Berawalan beRBerasal, berbaris, bercukur, berdarah, bererti, berfaedah, bergaduh,
berhujah, berilmu, berjaja, berkata, berludah, bermadah, bernanah,
beroleh, berpola, dan sebagainya.
3. Berapitan beR--an
Bercucuran, berjatuhan, bergantungan, dan berhampuran,
berkeliaran, berlumuran, bertaburan, dan sebagainya.
4.Berapitan beR--kan
Beralaskan, beratapkan, berbuahkan, berbekalkan, berdasarkan,
berl;andaskan,
bermandikan,
bermodalkan,
berpakaikan,
bersendikan, bersenjatakan, bertatahkan, dan sebagainya.
5.Bberawalan meMenyala, melawat, menari, menangis, melompat, meludah, dan
sebagainya.
6.Berawalan teRTercengang, terduduk, terjatuh, terlelap, terlena, termenung,
ternganga, tersengih, tersenyum, tertawa, tertidur, dan sebagainya.
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua golongan seperti yang berikut:
a) Kata Kerja Tak Transitif tanpa pelengkap
b) Kata Kerja Tak Transitif berpelengkap
a) Kata Kerja Tak Transitif tanpa pelengkap
kata Kerja Tak Transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau
penyambut seperti dalam contoh-contoh yang berikut:
1.Adik tidur.
2.Sungai mengalir.
3.Mereka berbincang.
Setiap ayat di atas mempunyai predikat yang kata kerjanya dapat berdiri sendiri tanpa bergantung pada
unsur-unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud ayat. Kata kerja tak transitif seperti di atas
boleh diikuti oleh keterangan yang berfungsi memberikan maklumat tambahan. Misalnya, ayat-ayat di
atas boleh ditambahkan unsur keterangan seperti yang terdapat dalam tanda kurungan pada ayat-ayat di
bawah ini.
1. Adik tidur (dengan nyanyaknya).
2. Sungai mengalir (tenang).
3. Mereka berbincang (di bilik persidangan).
b) Kata Kerja Tak Transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyerpunakan maksud ayat. Yang bermaksud dengan pelengkap ialah sama ada kata nama, kata
adjektif, atau frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk melengkapkan ayat yang
tidak dapat berdiri sendiri.
Perbezaan antara Pelangkap dengan keterangan
Pelengkap berbeza dengan keterangan. Keterangan berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan
kepada ayat. Misalnya, keterangan dengan nyanyaknya dalam ayat Adik tidur dengan nyanyaknya
merupakan maklumat tambahan kepada ayat Adik tidur. Ayat ini masih sempurna dan boleh berdiri
sendiri wapaupun unsur keterangan digugurkan. Keadaan ini berbeza dengan pelangkap.
Lihat unsur-unsur di bawah ini.
Unsur-unsur yang Menjadi Pelengkap
Penggunaannya dalam Ayat

28

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

1(a) Pelengkap daripada kata nama untuk:


Kata kerja tak transitif berapitan ber--kan:
Contoh
Kata kerja
Kata nama
tak transitif
sebagai pelengkap
berdasarkan
hukum islam
bertanyakan
khabar
berbantalkan
beralaskan
berbekalkan

lengan
tikar
ubi rebus

(b) Pelengkap daripada kata nama untuk kata kerja


tak transitif ada dan menjadi
Contoh :
Kata kerja
Kata nama
Tak transitif
sebagai pelengkap
ada
khasiat
ada
harta
menjadi
ketua belia
menjadi
guru sementara
2.Pelengkap daripada kata adjektif:
Contoh :
Kata kerja
Kata Adjektif
Tak Transitif
sebagai pelengkap
beransur
baik
menjadi
lemah
bertambah
kukuh
bertindak
kasar
3.Pelengkap daripada frasa sendi nama:
Contoh:
Kata Kerja
Frasa Sendi Nama
Tak Transitif
sebagai pelengkap
tinggal
di Kampung Pandan
menetap
berada

di Kampung Baru
di Merbuk

membelok
singgah

ke kanan
di Pelabuhan Kelang

NO TEL: 016 8822114

1.Fatwanya berdasarkan hukum Islam.


2.Sejak hari itu, mereka tidak bertanyakan
khabar lagi.
3.Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4.Dia duduk beralaskan tikar.
5.Pak Husin ke sawah berbekalkan ubi rebus.

1.Buah-buahan tempatan ada khasiat.


2.Keluarga itu ada harta.
3.Dia menjadi ketua belia.
4.Sebaik-baik sahaja dia lulus SPM, dia menjadi
guru sementara.

1.Kesihatannya beransur baik.


2.Anggota badan saya menjadi lemah.
3.Azamnya bertambah kukuh.
4.Perompak bertindak kasar terhadap mangsanya.

1.Keluarga Encik Salim tinggal di Kampung


Pandan.
2.Mereka menetap di Kampung Baru.
3.Pengkaji-pengkaji sejarah berada di Merbuk.
4.Lori balak itu membelok ke kanan.
5. Kapal perang itu singgah di Pelabuhan Kelang.

Kata yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di atas ialah kata kerja tak transitif. Unsur yang
menikutinya, iaitu kata yang bercetak condong ialah pelengkap. Jika pelengkap digugurkan, ayat-ayat
yang terhasil itu tidak sempurna. Misalnya, jika pelengkap dalam ayat-ayat tadi digugurkan, maka ayat
yang terhasil itu tidak sempurna dan akan mengalami perubahan makna. Perhatikan yat-ayat di bawah
ini:
1. Fatwanya berdasarkan ________________
2. Sejak hari itu, mereka tidak bertanyakan ____________________

29

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

3. Buah-buahan tempatan ada _______________________


4. Sebaik-baik sahaja dia lulus SPM, dia menjadi __________________
5. Kesihatanya beransur __________________
6. Keluarga Encik Salim tinggal _______________________
7. Pengkaji-pengkaji sejarah berada ____________________
Bahagian yang dikosongkan dalam ayat-ayat di atas menunjukkan pelengkap yang telah digugurkan.
Dengan ini jelaslah bahawa ayat-ayat tersebut tidak lengkap dan tidak dapat berdiri dengan sendiri.
Selain kata kerja berpelengkap seperti yang dinyatakan di atas, ada juga kata kerja berpelngkap yang
mendukung makna kiasan atau dikenal juga sebagai simpulan bahasa. Antaranya termasuklah:
ada hati
hilang semangat
naik angin
ada jalan
mati angin
naik
darah
beralih angin
jatuh hati
tidur-tidur ayam
mati katak
naik tangan
hilang akal
berdiam diri
Kata kerja dalam senarai di atas merupakan Kata Kerja Tak Trasitis, manakala kata nama yang
mengikuti kata kerja tersenut ialah pelengkap.
Kata kerja berpelengkap ini adalah satu bentuk terikat. Oleh itu, kata nama yang menjadi pelengkapnya
tidak boleh digugurkan. Jika pelengkap digugurkan, maka maknanya akan berubah daripada makna
asalnya.
Perhatikan ayat-ayat di dalam jadual yang berikut;
Ayat asal (berpelengkap)
Ayat yang digugurkan pelengkapnya
1.Orang itu hilang akal apabila melihat anaknya Orang itu hilang apabila melihat anaknya bergaul
bergaul dengan penagih-penagih dadah.
dengan penagih-penagih dadah.
2.Keluarga Datuk Hasnan bercuti ke Australia Keluarga Datuk Hasnan bercuti ke Australia untuk
untuk beralih angin.
beralih.
Tugasan Praktikal 12 Kata Kerja Tak Transitif
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1. Adik saya pergi sekolah dengan kawannya. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
2. Dia kata bahawa bapanya akan menziarahi rakannya yang sedang terlantar di
A
B
C
hospital. Tiada kesalahan.
D
3. Halim tanya kepada dia kemarin. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
4.

Jangan duduk sini! kata pengawal kepada orang itu. Tiada kesalahan.
A
B
C
D

5. Bayi itu tersenyum kepada saya. Tiada kesalahan.


A
B
C
D
6. Jangan lompat di atas tilam itu! kata Puan Sarina kepada anaknya.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D

30

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

7. Pihak polis berjaya menangkap pencuri itu berdasarkan kepada maklumat yang
A
B
C
diberikan oleh orang awam. Tiada kesalahan.
D
8. Dia ke bandar berbekalkan dengan ilmu yang ada padanya. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
9. Musafir itu tidur beralaskan pada sehelai surat khabar. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
10. Haji Subhi meninggalkan dunia pada pagi Jumaat. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
Jawapan dan Huraian Untuk Tugasan Praktikal 12
Nombor Jawapan Huraian
Soal
an
1
B
Kesalahan menggunakan frasa pergi sekolah. Frasa kerja tak transitif pergi
seharusnyadiikuti oleh frasa sendi nama ke sekolah. Oleh itu, kata sendi ke
tidak boleh digugurkan.
2
A
Kesalahan menggunakan kata. Kata kerja tak transitif berawalan ber- tidak
boleh ditiadakan awalannya. Oleh itu, kata dalam konteks ini seharusnya
ditulis berkata.
3
A
Kesalahan menggunakan kata. Alasannya sama seperti di atas. Kata tanya
seharusnya ditulis bertanya.
4
A
Kesalahan menggunakan frasa duduk sini. Kata kerja tak transitif duduk
seharusnya diikuti oleh frasa sendi nama di sini.
5
D
Tiada kesalahan kerana penggunaan kata, frasa, dan ayat yang tepat.
6
A
Kesalahan menggunakan kata kerja lompat. Kata kerja tak transitif
berawalan me- tidak boleh ditiadakan awalannya. Oleh itu, kata lompat
seharusnya ditulis melompat.
7
C
Kesalahan menggunakan frasa kerja tak transitif berdasarkan kepada. Kata
kerja tak transitif yang berapitan ber--kan merupakan kata kerja tak
transitif berpelengkap yang tidak perlu diikuti oleh sebarang kata sendi
seperti kepada, dengan, tentang, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana
akhiran kan pada kata kerja tak transitif berdasarkan itu merupakan
singkatan kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi yang lain seperti
kepada, pada, dengan, atau tentang. Oleh itu, berdasarkan kepada maklumat
sebarusnya ditulis berdasarkan maklumat sahaja.
8
B
Kesalahan menggunakan frasa kerja tak transitif berbekalkan dengan.
Alasannya sama seperti di atas. Oleh itu, berbekalkan dengan ilmu
seharusnya ditulis berbekalkan ilmu sahaja.
9
B
Kesalahan mengunakan kata sendi pada. Alasannya sama seperti di atas.
Oleh itu, beralaskan pada sehelai surat khabar seharusnya ditulis beralaskan
sehelai surat khabar sahaja.
10
B
Kesalahan menggunakan kata kerja meninggalkan. Meninggalkan dunia
seharusnya ditulis meninggal dunia sahaja. Hal ini demikian kerana

31

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

meninggal dunia merupakan ungkapan terikat atau dikenal juga sebagai


simpulan bahasa. Bentuk terikat seperti ini tidak boleh disisipkan dengan
sebarang imbuhan atau kata lain.
Tugasan Praktikal 13 Kata Kerja Tak Transitif
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Sultan berucap kepada rakyat sekembalinya dari negari China. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
2. Tangislah dengan sepuas-puas hatimu, kata emak kepada adik. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
3. Kamu hendaklah rujuk kepada kamus, kata Cikgu Zainad kepada pelajarA
B
C
pelajarnya. Tiada kesalahan.
D
4.Seru datuk penghulu kepada anak-anak buahnya, Padi sedang kuning di sawah.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
5.Pengembara yang letih itu tidur bertilamkan rumput. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 13
Nombor Jawapan
Huraian
Soalan
1
A
Kesalahan menggunakan kata kerja berucap. Oleh sebab yang berucap itu
ialah sultan, maka kata kerja tak transitif berucao handaklah diganti
dengan bertitah. Kata kerja berucap sesuai digunakan oleh rakyat umum
sahaja.
2
A
Kesalahan menggunakan kata kerja tangis. Kata kerja yang berawalan meuntuk ayat perintah aktif tidak boleh ditiadakan awalannya seperti kata
kerja untuk ayat perintah pasif. Oleh itu, ayat Tangislah dengan sepuaspuas hatimu seharusnya ditulis menangislah dengan sepuas-puas
hatimu.
3
B
Kesalahan menggunakan kata kerja rujuk. Alasannya sama seperti di atas.
Oleh itu, rujuk kepada kamus seharusnya ditulis merujuk kepada kamu.
4
C
Kesalahan menggunakan kata kuning. Kata kuning seharusnya diganti
dengan kata kerja tak transitif menguning.
5
D
Tiada kesalahan dari sehi kata, frasa, dan struktur ayat.
**PERHATIAN

32

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

1.Kata kerja tak transitif boleh diperluas hanya dengan fraa sendi, bukan dengan frasa nama. Hal ini
demikian kerana kata kerja tak transitif tidak memerlukan odjek. Oleh itu, pergi ke sekolah tidak boleh
pergi sekolah dan berbincang tentang perkara itu tidak boleh berbincang perkara itu.
2.Kata kerja tak transitif yang berapitan beR--kan tidak perludiikuti oleh sebarang kata sendi seperti
kepada, pada, dengan, tentang, dan sebagainya. Hal ini demikian, kerana akhiran kan pada kata kerja
tak transitif beR--kan itu merupakan singkatan kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi yang
lain seperti kepada, pada, dengan, atau tentang.
Contoh :
Tidak Gramatis
Gramatis
a) Mereka membuat keputusan berdasarkan Mereka membuat keputusan berdasarkan hujah
kepada hujah tersebut.
tersebut.
b) Meja itu beralaskan dengan kain batik.
Meja itu beralaskan kain batik.
c) Hang Tuah bersenjatakan dengan keris Hang Tuah bersenjatakan keris Taming Sari.
Taming Sari.
KATA KERJA TRANSITIF
Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang menerima dan memerlukan objek sesudahnya. Objek yang
menyertai kata kerja transitif pula mestilah frasa nama.
Contoh:
1. Rosnah melipat kain.
2. Ibu menghiris daging.
3. Kami menjalankan tugas.
4. Pemberita melaporkan berita luar negara.
5. Mereka menjalani kursus.
6. Peluh membasahi mukanya.
7. Kerajaan memperbesar projek pertanian.
8. Polis memperhatikan gerak-geri pemuda itu.
9. Kakak mempelajari cara-cara memasak kari.
Kata yang bercetak tebal merupakan Kata Kerja Transitif, manakala kata yang bercetak condong
merupakan objek yang terdiri daripada Frasa Nama.
Apakah yang akan berlaku jika objek ditiadakan? Ayat-ayat di atas tidak dapat berdiri sendiri kerana
ayat-ayat itu tidak sempurna dan tidak gramatis. Perhatikan ayat-ayat tanpa objek di bawah ini:
1. Rosnah melipat
2. Ibu menghiris
3. Kami menjalankan
4. Pemberita melaporkan
5. Mereka menjalani
6. Peluh membasahi
7. Kerajaan memperbesar
8. Polis memperhatikan
9. Kakak mempelajari
Bentuk-bentuk Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:
1.kata kerja yang berawalan meN2.kata kerja yang berapitan meN--kan
3. kata kerja yang berapitan meN--i
4. kata kerja yang berawalan mempeR5. kata kerja yang berapitan mempeR --kan

33

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

6. kata kerja yang berapitan mempeR --i


Contoh bagi setiap bentuk kata kerja transitif yang telah dibincangkan tadi adalah seperti yang terdapat
dalam jadual yang berikut:
Bentuk Kata Kerja Transitif
Ayat Contoh
1.kata kerja yang berawalan
meNContoh:
Membasuh
1.Kakak membasuh kain.
Mendapat
2.Bapa saya mendapat bonus pada bulan ini.
Menggoreng
3.Rahmah menggoreng udang.
Menonton
4.Para pelajar menonton filem.
mengawal
5.Polis sedang mengawal lalu-lintas.
2.kata kerja yang berapitan
meN--kan
Contoh:
Mengabaikan
1.Anda janganlah mengabaikan pelajaran anda.
Menghadiahkan
2.Amran menghadiahkan sebatang pen kepada gurunya.
Menceritakan
3.Dia menceritakan pengalamannya kepada rakan-rakan sekelas.
4.Anda hendaklah menanyakan perkara ini kepada ayah anda.
Menanyakan
5.Cikgu Osni mengorbankan masanya untuk mengadakan kelas
mengorbankan
tambahan.
3. kata kerja yang berapitan
meN--i
Contoh:
Memenuhi
1.Razman memenuhi masa lapangnya dengan membaca buku.
2.Pelajar itu mengakui kesilapannya.
Mengakui
3.Puan Hamidah menemani anaknya ke tadika.
Menemani
4.Ibu merestui pemergiannya.
Merestui
5.Dia mempercayai aduan itu.
mempercayai
4. kata kerja yang berawalan
mempeRContoh:
Memperalat
1.Mereka memperalat Siva untuk mendapatkan wang tebusan yang
dijanjikan.
Memperketat
2.Pihak polis telah memperketat kawalan di bangunan itu.
3.Pihak kerajaan akan memperlebar lebuh raya itu.
Memperlebar
4.Jepun ingin memperluas kuasa dagangannya ke seluruh dunia.
Memperluas
5.Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
memperoleh kejayaan.
memperoleh
5. kata kerja yang berapitan
mempeR --kan
Contoh:
Memperhatikan
1.Polis sedang memperhatikan tingkah laku pemuda yang disyaki
itu.
Mempersalahkan
2.Kita janganlah mempersalahkan mana-mana pihak tentang soal
ini.
Mempersatukan
3.Ketua kampung ingin mempersatukan sawah-sawah kecil di

34

NOTA TATA PMR

Memperdebatkan

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

kampung berkenaan.
4.Ahli-ahli parlimen masih memperdebatkan akta pendidikan.
5.Kumpulan koir sekolah itu sedang memperdengarkan lagu tema
Hari Guru kepada penonton.

memperdengarkan
6. kata kerja yang berapitan
mempeR --i
Contoh:
Memperingati
1.Majlis itu diadakan untuk memperingati rakan-rakan mereka
yang telah gugur di medan peperangan.
Mempersenjatai
2.Sebuah negara yang berpengruh dipercayai telah mempersenjatai
kumpulan pemberontak di negara tersebut.
3.Encik Raju akan memperisteri Cik Prema.
memperisteri
Tugasan Praktikal 14
Kata Kerja Transitif
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata kerja transitif yang paling sesuai.
1.Ramlah suka ___________________ novel yang bertemakan kepincangan masyarakat.
A baca
B membacakan
C membaca
D bacakan
2.Zuraida sedang __________ pembelian tanah itu daripada pemiliknya.
A urus
B mengurus
C uruskan
D menguruskan
3.Sultan ________ pemimpin itu bintang kebesaran.
A anugerahkan
B menganugerahkan
C menganugerahi
D menganugerah
4.Cikgu Rusli _____________ Azman agar rajin pelajar.
A nasihatkan
B menasihatkan
C nasihati
D menasihati
5.Puan Zaiton ______________ mata pelajaran Matematik kepada kami.
A mengajarkan
B ajar
C mengajar
D ajarkan
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 14
Nombor Jawapan Huraian
Soalan
1
C
A salah kerana kata baca seharusnya ditulis membaca. Hal ini demikian
kerana kata membaca merupakan kata kerja transitif. Dalam ayat aktif,
awalan meNn- tidak boleh digugurkan.

35

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B salah kerana kata membacakan seharusnya ditulis membaca, iaitu tanpa


akhiran kan. Membacakan dalam konteks ayat ini bermaksud membaca
sesuatu untuk orang lain.
D salah kerana bacakan seharusnya ditulis membaca. Hali ini demikian
kerana kata membaca merupakan kata kerja transitif. Dalam ayat aktif
awalan meN- tidak boleh digugurkan.
A salah kerana kata urus seharusnya ditulis mengurus. Hal ini demikian
kerana kata mengurus merupakan kata kerja transitif. Dalam ayat aktif,
awalan meN-tidak boleh digugurkan.
C salah kerana kata uruskan seharusnya ditulis mengurus. Hal ini
demikian kerana kata mengurus merupakan kata kerja transitif. Dalam
ayat aktif, awalan meN- tidak boleh digugurkan.
D salah kerana kata menguruskan bermaksud menjadikan sesuatu itu
kursus.
A salah kerana anugerahkan seharusnya ditulis menganugerahi. Hal ini
demikian kerana akhiran I menyatakan makna bahawa objek yang
dikenai atau menerima kesan perbuatan dengan kaat kerja berapitan meNI tidak bergerak.
B salah kerana kata menganugerahkan menyatakan makna bahawa objek
yang dikenai atau menerima kesan perbuatan kata kerja tersebut bergerak
dari tempat asalnya ke tempat lain. Dalam konteks ayat ini objek
(pemimpin itu) akan dianugerahkan kepada orang lain.
D salah kerana menganugerah seharusnya ditulis menganugerahi.
A salah kerana nasihatkan seharusnya ditulis menasihati.
B salah kerana menasihatkan seharusnya ditulis menasihati.
C salah kerana nasihati seharusnya ditulis menasihati. Awalan meNn-
dalam kata kerja transitif dan ayat aktif tidak boleh digugurkan.
B salah kerana ajar seharusnya ditulis mengajarkan. Apitan meN--kan
tidak boleh digugurkan dalam ayat aktif.
C salah kerana kata mengajar bermaksud untuk menjadikan seseorang itu
belajar. Kata mengajar digunakan untuk manusia atau haiwan sahaja.
D salah kerana kata ajarkan merupakan kata kerja pasif. Ayat aktif
mestilah menggunakan kata kerja aktif.

Tugasan Praktikal 15
Kata Kerja Transitif
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Salmi menceritakan tentang kejadian itu kepada Salmah. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
2.Ayah menghadiahkan ibu sebentuk cincin berlian kelmarin. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
3.Mereka yang terperangkap di dalam gua itu melaporkan berita tentang kemalangan
A
B
C
tersebut kepada polis. Tiada kesalahan.

36

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D
4.Mereka memperolehi keuntungan yang banyak daripada hasil jualan buah-buahan
A
B
C
pada tahun ini. Tiada kesalahan.
D
5.Sejak lima tahun yang lalu dia menceburi diri dalam bidang perniagaan itu.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 15
Nombor
Jawapan
Huraian
Soalan
1
B
Kesalahan menggunakan kata sendi tentang. Kata karja transiitif
menceritakan perlu diikuti objek secara langsung. Kata sendi tentang
tidak boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan objeknya.
2
A
Kesalahan menggunakan kata kerja menghadiahkan. Hal ini demikian
kerana ayat tersebut menyatakan makna bahawa ibu dihadiahkan
kepada orang lain. Keadaan ini terpesong daripada makna asal.
3
D
Tiada kesalahan
4
A
Kesalahan menggunakan kata kerja memperolehi. Kata memperolehi
tidak ada dalam kamus keluaran Dewan Bahasa Pustaka. Yang
terdapat dalam kamus ialah memperoleh. Kata memperoleh
bermaksud mendapat bukan mendapati.
5
B
Kesalahan menggunakan kata kerja menceburi. Seharusnya menceburi
digantikan dengan kata menceburkan.
**PERHATIAN
1.Semua kata kerja transitif dalam ayat aktif mesti menggunakan awalan meN-. Sungguhpun begitu,
terdapat kekecualian pada kata kerja makan dan minum.
2.Bentuk frasa kerja yang terbentuk daripada kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek
merupakan bentuk terikat. Oleh itu, kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan
odjek. Misalnya:
i) (a) menceritakan perkara itu (Gramatis)
(b) menceritakan tentang perkara itu (Tidak Gramatis)
ii) (a) banyak mendapat wang (Gramatis)
(b) mendapat banyak wang (Tidak Gramatis)
3.Apitan meN-kan dan apitan meN--I membawa maksud yang berbeza. Oleh itu, kedua-dua bentuk
ini tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Lihatlah ayat-ayat di bawah ini.
1.(a) Anggota bomba menaikkan tangga ke tingkat dua bangunan itu untuk memadamkan api.
(b) Anggota bomba memaiki tangga itu untuk memadamkan api di bahagian bumbung bangunan
tersebut.
2.(a) Fahmi mendekatkan kerusi ke pohon mangga itu.
(b) Fahmi mendekati pokok mangga itu untuk melihat buah mangga yang tergantung pada dahan.
3. (a) Banjir besar menenggelami rumah-rumah di kawasan berkenaan.

37

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

(b) Kapal selam Rusia menenggelamkan kapal musuh.


4.(a) Pohon-pohon buluh memegari kawasan rumah Pak Samad.
(b) Pak Samad memagarkan batang-batang buluh di kawasan rumahnya.
Berdasarkan ayat-ayat contoh tadi, dapatlah dirumuskan bahawa:
Akhiran kan menyatakan makna bahawa objek yang menerima kesan perbuatan dengan kata
kerja berapitan meN--kan bergerak dari tempatnya ke arah lain. Contoh: menaikkan tangga
(tangga digerakkan ke atas)
Akhiran I pula menyatakan makna bahawa objek yang memerima kesan dengan kata kerja
berapitan meNn--I tidak bergerak. Contoh: menaiki tangga (tangga tidak bergerak)
Tugasan Praktikal 16 Kata Kerja Transitif dengan Apitan meN--kan dan meN--i
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1.Pengetua menasihatkan pelajar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.
A Pengetua nasihati pelajar
B Pengetua menasihati pelajar
C Pengetua menasihat pelajar
D Pengetua menasihatkan pelajar.
2.Beliau menceburkan diri dalam penjualan kereta terpakai sejak lima tahun lalu.
A ceburi diri
B mencebur diri
C menceburi diri
D menceburkan diri
3.Sampah sarap itu mengotorkan halaman rumahnya yang kuas itu.
A kotori halaman rumahnya
B mengotor halaman rumahnya
C mengotori halaman rumahnya
D mengotorkan halaman rumahnya.
4.Pakar bedah tersebut sedang menjalani pembedahan terhadap pesakit buah pinggang itu.
A sedang jalankan pembedahan
B sedang menjalankan pembedahan
C sedang jalani pembedahan
D sedang menjalani pembedahan
5.Puan Salwa menghadiahi anaknya sebentuk cincin berlian.
A hadiahkan anaknya
B menghadiah anaknya
C menghadiahkan anaknya
D menghadiahi anaknya.
6.Semua pelajar dikehendaki menggariskan perkataan sukar yang terdapat dalam teks tersebut.
A garisi perkataan sukar
B gariskan perkataan sukar
C menggarisi perkataan sukar
D menggariskan perkataan sukar
7.Air matanya yang bergenangan itu membasahkan pipinya.
A basahi pipinya
B membasahi pipinya

38

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C basahkan pipinya
D membasahkan pipinya
8.Cik Zalina memerahi bibirnya dengan gincu.
A merahi bibirnya
B merahkan bibirnya
C memerahkan bibirnya
D memerahi bibirnya
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 16
Nombor Jawapan Huraian
Soalan
1
B
Pilihan ini betul kerana menasihati bermaksud memberi seseorang nasihat.
Pilihan A salah kerana kata nasihati tidak menggunakan awalan meN-.
Dalam ayat aktif kata kerja transitif mesti menggunakan awalan meN-.
Pilihan c salah kerana kata menasihati seharusnya menggunakan akhiran i.
Pilihan D salah kerana kata menasihatkan bermaksuad memberikan sesuatu
penyataan atau tunjuk ajar sebagai nasihat.
2
D
Pilihan ini tepat kerana menceburkan diri bermaksud menyebabkan dirinya
tercebur. Pilihan A salah kerana ceburieharusnya menggunakan kata
menceburkan.
Pilihan B salah kerana kata mencebur seharusnya menggunakan akhirankan (menceburkan)
Pilihan C salah kerana kata menceburi seharusnya menggunakan kata
menceburkan.
3
C
Pilihan ini tepat kerana sampah-sarap yang menyebabkan halaman rumah
itu kotor dan bukan pelaku klain yang menyebabkan halaman itu kotor.
Pilihan A salah kerana kotori seharusnya menggunakan awalan meN- untuk
menjadi mengotori dalam ayat aktif. Pilihan B salah kerana mengotorkan
seharusnya menggunakan I untuk menjadi mengotori dalam ayat aktif.
Pilihan D salah kerana mengotorkan menyatakan masub bahawa ada pelaku
lain (manusia atau haiwan) yang menyebabkan halaman rumah itu menjadi
kotor. Keaadaan ini terpesong daripada maksud asal.
4
B
Pilihan ini tepat kerana kata menjalankan menyatakan maksud bahawa
pelaku melakukan pembedahan itu terhadap orang lain. Pilihan A salah
kerana kata jalankan seharusnya menggunakan awalan meN- untuk menjadi
kata menjalankan dalam ayat aktif. Pilihan C salah kerana kata jalani
seharusnya menggunakan kata menjalankan. Pilihan D salah kerana
menjalani seolah-olah menyatakan maksud bahawa pakar bedah itu sendiri
sedang melakukan pembedahan untuk diri sendiri. Keadaan ini terpesong
daripada maksud asal.
5
D
Pilihan ini tepat kerana menghadiahi anaknya menyatakan maksud bahawa
anaknya diberi hadiah. Pilihan A salah kerana hadiahkan seharusnya
menggunakan kata kerja menghadiahi. Pilihan B salah kerana kata
menghadiah seharusnya menggunakan kata kerja menghadiahi. Pilihan C
salah kerana menghadiahkan anaknya bermaksud anaknya diberikan kepada
orang lain sebagai hadiah.
6
C
Pilihan ini tepat kerana garisan dibubuh di bawah perkataan sukar. Pilihan A
salah kerana garisi seharusnya menggunakan kata menggarisi sebagai
penanda kapada ayat aktif. Pilihan B salah kerana kata gariskan seharusnya

39

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

menggunakan menggarisi.
Pilihan D salah kerana menggariskan perkataan sukar seolah-olah
bermaksud bahawa perkataan sukar maksud itu dijadikan alat untuk
dibuat garisan.
Pilihan ini tepat kerana membasahi pipinya bermaksud air mata itu sendiri
yang menyebabkan pipinya basah, bukan pelaku lain. Pilihan A salah kerana
basahi seharusnya menggunakan kata membasahi. Pilihan C salah kerana
basahkan seharusnya menggunakan kata membasahi. Pilihan D salah kerana
frasa membasahkan pipinya menyatakan maksud ada pelaku lain yang
menyebabkan pipinya basah. Keadaan ini terpesong daripada maksud asal
ayat tersabut.
Pilihan ini tepat kerana frasa memerahkan bibirnya menyatakan maksud
bahawa ada pelaku (Zarina) yang menjadikan bibirnya merah. Pilihan A
salah kerana kata merahi seharusnya menggunakan kata memerahkan.
Pilihan B salah kerana merahkan seharusnya menggunakan kata
memerahkan sebagai penanda ayat aktif. Pilihan D salah kerana frasa
memerahi bibirnya menyatakan maksud gincu sebagai pelaku.

KATA TUGAS
Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu
tugas sintaksis tertentu. Kata tugas tersebut dapat digolongkan kepada jenis-jenis yang berikut:
i.
Kata sendi nama
ii.
Kata hubung
iii.
Kata seru
iv.
Kata tanya
v.
Kata pengakl ayat
vi.
Kata bantu
vii.
Kata penguat
viii. Kata penegas
ix.
Kata nafi
x.
Kata pemeri
xi.
Kata pembenar
xii.
Kata arah
xiii. Kata bilangan
xiv.
Kata perintah
xv.
Kata penekan
xvi. Kata pembenda
KATA SENDI NAMA
Kata sendi nama ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan frasa nama untuk menghubungkan
frasa nama itu dengan kata lain dalam ayat. Contohnya ialah dari, daripada, di, ke, kepada, bagi, untuk,
demi, dengan, hingga, sampai, oleh, bagai, sejak, seperti, tentang, akan, terhadap, dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama mesti diikuti oleh frasa nama untuk membentuk frasa sendi
nama. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, maka frasa dan ayat yang terbentuk akan menjadi gramatis.
Perhatikan ayat-ayat yang berikut:
1.Demi untuk kejayaannya, Fadilah terpaksa bekerja keras.

40

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

2.Oleh kerana Imran tidak mendapat kredit dalam Bahsa Melayu, maka dia layak mendapat pangkat
pertama dalam peperiksaan SPM.
3.Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut. Ayat-ayat di atas tidak gramatis kerana
menyalahi peraturan tatabahasa seperti yang telah diterangkan tadi.
(a) Demi untuk dianggap tidak gramatis kerana kata-kata ini terdiri daripada deretan dua kata sendi
nama sebelum frasa nama kejayaannya. Dalam penggunaannya, salah satu hendaklah
digugurkan. Misalnya demi kejayaannya atau untuk kejayaannya bolehlah digunakan dalam
ayat tersebut.
(b) Oleh kerana, dianggap tidak gramatis kerana kata sendi oleh tidak diikuti frasa nama. Kata
kerana sebenarnya tergolong dalam kata hubung. Oleh itu, kata kerana sebaik-baiknya
digantikan dengan kata nama sebab untuk membentuk frasa sendi nama oleh sebab.
(c) Frasa seperti berikut tidak gramatis kerana kata sendi nama seperti tidak boleh diikuti oleh frasa
nama, tetapi sebaliknya diikuti oleh kata kerja berikut. Frasa ini hendaklah dibaiki dengan
menambahkan bentuk pronominal yang, menjadikannya seperti yang berikut. Yang dalam frasa
ini dapat dianggap sebagai partikel pembenda yang penyertaannya menyebabkan sesuatu kata,
frasa, atau klausa menjadi frasa nama.
Pemilihan kata sendi nama yang tepat dalam ayat amat penting. Di bawah ini diberikan beberapa
contoh kata sendi, penggunaannya, dan ayat-ayat contoh bagi setiap kata sendi tersebut.
Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
Dari
Digunakan untuk ATM:
A=Arah
Angin ini datang dari arah timur. (arah)
T=Tempat
Dia dari Kkuatan. (tempat)
M-Masa
Masa melawat pesakit di hospital itu adalah dari
pukul 4.00 petang hingga pukul 6.00 petang.
(masa)
Daripada
Digunakan untuk KABOS:
K=Keanggotaan
Amy merupakan salah seorang daripada anggota
A=Abstrak
kumpulan Search. (keanggotaan)
B=Bandingan
Kita boleh mendapat idea daripada pandangan itu.
O=Orang
(abstrak)
S=Sumber
Hazman lebih tinggi daripada abangnya.
(bandingan)
Dia menerima hadiah itu daripada pengetua.
(orang)
Meja ini dibuat daripada kayu meranti. (sumber)
Tugasan Praktikal 17 Kata Sendi Nama
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata yang paling sesuai.
1. Pasukan Bomba dan Penyelamat itu terdiri _______________ lima belas orang.
A dari
B daripada
C dalam
D oleh
2.Adiknya lebih pandai ___________ abangnya.
A seperti
B sebagai
C dari
D daripada
3.Kkereta api yang penuh sarat dengan penumpang itu ___________ utara.

41

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

A di
B daripada
C dari
D kepada
4.Kamus itu dibeli ______ kedai Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka.
A daripada
B untuk
C dari
D pada
5.Kata Datuk Penghulu Osman, _________ pengamatan saya, beliau merupakan seorang yang alim.
A dari
B dalam
C oleh
D daripada
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 17
Nombor
Jawapan
Huraian
Soalan
1
B
A salah kerana kata sendi nama dari digunakan untuk ATM.
B betul kerana kata sendi nama daripada digunakan untuk KABOS,iaitu
keanggotaan.
C salah kerana kata sendi nama dalam digunakan dalam pengertian
lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
D salah kerana kata sendi nama oleh digunakan dalam ayat pasif.
2
D
A salah kerana kata sendi nama seperti menunjukkan perbandingan yang
sama atau setara.
B salah kerana kata sendi nama sebagai menunjukkan perbandingan yang
sama atau setara.
C salah kerana kata sendi nama dari digunakan untuk ATM.
D betul kerana kata sendi nama daripada digunakan untuk KABOS, iaitu
orang.
3
C
A salah kerana kata sendi nama di merujuk kepada tempat yang
bermaksud tidak bergerak.
B salah kerana kata sendi nama daripada digunakan untuk KABOS.
C betul kerana kata sendi nama dari menunjukkan ATM, iaitu arah.
D salah kerana kata sendi nama kepada digunakan untuk menunjukkan
konsep sasaran.
4
A
A betul kerana kata sendi nama daripada menunjukkan KABOS, iaitu
organisasi, bukan tempat.
B salah kerana kata sendi nama untuk digunakan untuk menunjukkan
maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.
C salah kerana kata sendi nama dari digunakan untuk ATM, iaitu tempat
seperti sana, Johor, dan sebagainya.
D salah kerana kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama
atau frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dalam
ungkapan ada + pada, dan di hadapan kata nama yang menunjukkan
sandaran eperti bergantung pada.
5
D
A salah kerana kata sendi nama dari digunakan untuk ATM.
B salah kerana kata sendi nama dalam digunakan dalam pengertian

42

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.


C salah kerana kata sendi nama oleh digunakan dalam ayat pasif.
D betul kerana kata sendi nama daripada digunakan untuk KABOS, iaitu
benda abstrak.
**PERHATIAN
Kata sendi nama dari dan daripada kerap ditukar ganti penggunaannya. Untuk memudahkan kita
menggunakaannya dengan tepat ingatlah dari untuk ATM dan daripada untuk KABOS.
Kata Sendi Penggunaannya
Ayat Contoh
yang lain
Ke
Digunakan untuk tempat, 1.Puan Halimah ke pasar pagi tadi.
masa, dan benda maujud 2. Radio dan Te,evisyen Malaysia akan membuat
pengumuan tentang keadaan banjir itu dari semasa ke
semasa.
3.Budak nakal itu melemparkan batu ke tingkap rum,ah
Encik Sameon.
Kepada
Digunakan untuk orang
1.Semasa belajar di sekolah berasrama penuh, Tuti
sentiasa mengirim surat kepada ibunya.
2.Guru besar sedang memberikan ucapan kepada
murid-muridnya.
Di
Digunakan untuk tempat 1.Mereka tinggal di pangsapuri.
2.Dia meletakkan begnya di dalam laci itu.
Bagi, untuk, Digunakan
untuk 1.Dia memohon maaf bagi pihak adiknya.
demi
menentukan sesuatu yang 2. Bunga ini untuk anda.
dibezakan daripada yang 3.Kita perlu membuat keputusan ini demi kepentingan
lain
bersama.
Dengan
Digunakan
untuk 1. Nani ke sekolah dengan kakaknya.
menyatakan
makna 2.Wajah Siva hampir serupa dengan wajah bapanya.
bersama-sama,
3.Encik Hamdan ke Medan dengan kapal laut.
bandingan
setara, 4.Kini kebanyakan petani membajak sawah dengan
keterangan cara, dan jentera pembajak.
penggunaan
sesuatu
sebagai alat.
Dalam
Digunakan
untuk 1.Hubungan kerjasama antara kedua-dua buah negara
menyatakan
makna itu telah lama wujud, tetapi dalam bentuk yang tidak
tempat
yang
tidak rasmi.
mempunyai ruang atau 2.Kita perlu menyiapkan tugasan itu dalam masa dua
jarak
hari.
Hingga
/ Digunakan
untuk 1.Kursus itu akan diadakan mulai 15 Ogos hingga/
sampai
menyatakan had tertentu. sampai 20 Ogos ini.
2.Mesyuarat itu berlangsung dari pukul 2.00 hingga/
sampai pukul 5.00 petang.
Pada
Digunakan untuk masa, 1.Pada zaman dahulu urus niaga dijalankan melalui
manusia, binatang, benda sistem pertukaran barang.
abstrak,
dan
benda, 2.Buku cerita itu ada pada Osman.
konkrit
3.Rantai itu tergantung pada leher kucing itu.
4.Pada pendapat saya, drama Sirih Bertepuk Pinang
Menari itu merupakan suatu persembahan yang
istimewa.

43

NOTA TATA PMR

Oleh
Sebagai
Sejak
Seperti

Tentang
Akan/
kepada/
terhadap

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

5.Gambar anda hendaklah diletakkan pada borang


permohonan tersebut.
Digunakan selepas kata 1.Ikan itu dimakan oleh kucing.
kerja
pasif
yang 2.Pasu bunga itu terlanggar oleh keretanya.
berawalan di- dan terDigunakan
untuk 1.Puan Laila telah dilantik sebagai pengerusi persatuan
menyatakan
makna itu.
menjadikan selaku
Digunakan
untuk 1.Dia berminat dalam bidang nyanyian sejak sekolah
menyatakan
makna rendah lagi.
bermula dari
2.Sejak merdeka negara kita semakin maju.
Digunakan
untuk 1.Anak kecil itu bergerak ke sana-sini seperti lipas
menyatakan
makna kudung.
persamaan dengan yang 2.Dia pandai seperti abangnya.
lain
Digunakan
untuk 1.Mereka berbincang tentang isu itu.
menyatakan
makna
berkenaan dengan
Digunakan selepas kata 1.Dia sayang akan adiknya.
adjektif yang menyatakan 2.Kita hendaklah hormat akan / terhadap/ kepada
perasaan atau sikap
orang-orang tua.

Tugasan Praktikal 18
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata yang paling sesuai.
1.Kasih sayang _____________ keluarga penting untuk menjalinkan kebahagiaan.
A pada
B untuk
C dalam
D di dalam
2.Tanpa curahan kasih sayang __________ ibu bapa, suasana harmoni tidak akan wujud.
A dari
B daripada
C tentang
D antara
3.Kita hendaklah kasig _____________ keluarga kita.
A akan
B untuk
C demi
D dalam
4.Anak-anak yang diberi didikan sempurna akan menjadi remaja bermutu dab bakal menjadi pemimpin
_________ hari muka.
A di
B pada
C dalam
D akan
5.Sikap hormat ________ orang tua-tua merupakan salah satu faktor untuk mewujudkan suasana
harmoni dalam keluarga.
A pada
B untuk

44

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C oleh
D terhadap
6.Ibu bapa hendaklah mengamalkan budi pererti yang baik. Janganlah pula menjadi _______________
ketam mengajar anaknya berjalan betul.
A sebagai
B seperti
C sama
D seolah-olah
7.Anak-anak __________ kecil lagi sering meniru perbuatan ibu bapa mereka.
A sejak
B daripada
C dari
D sehingga
8.Ibu bapa haruslah lebih dahulu menunjukkan teladan yang baik ________ contoh kepada anak-anak.
A seperti
B sebagai
C seumpama
D serupa
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 18
Nombor Jawapan Huraian
Soalan
1
C
Kata sendi dalam paling sesuai dalam ayat tersebut berbanding dengan
kata sendi lain.
2
B
Kata sendi daripada paling sesuai digunakan kerana kata sendi daripada
dapat menunjukkan sumber kasih sayang seperti yang dimaksudkan
dalam ayat berkenaan.
3
A
Kata sendi akan paling sesuai digunakan sesudah kata adjektif suka. Oleh
itu, suka akan dapat menunjukkan makna suka kepada atau suka
terhadap sesuatu.
4
B
Kata sendi pada paling sesuai digunakan kerana dapat menunjukkan masa
dalam ayat berkenaan.
5
D
Kata sendi terhadap paling sesuai digunakan sesudah kata adjektif
hormat untuk menyatakan perasaan atau sikap.
6
B
Kata sendi seperti paling sesuai digunakan dalam ayat tersebut untuk
menunjukkan persamaan.
7
A
Kata sendi sejak paling sesuai digunakan dalam ayat berkenaan untuk
menyatakan makna bermula dari.
8
B
Kata sendi sebagai paling sesuai digunakan dalam ayat berkenaan untuk
menyatakan makna menjadi atau selaku.
**Perhatian
1.Kata kerana yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak boleh diletakkan sesudah kata sendi
oleh. Hal ini demikian kerana kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi. Oleh
itu, frasa oleh kerana seharusnya digantikan dengan oleh sebab.
2.Beberapa kata sendi nama dapat bertukar status dan berfungsi sebagai golongan kata yang berlainan.
Antaranya termasuklah kata dalam, sampai, dan sehingga. Misalnya :
a) Kata dalam dapat berfungsi sebagai kata arah seperti dalam contoh di bawah ini: Tikus itu
terjerat di dalam perangkap itu.

45

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

b) Kata sampai boleh menjadi kata kerja tak transitif seperti dalam contoh di bawah ini:
Dia sampai pada pukul 8.00 malam.
KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi
satu bentuik ayat yang berlapis. Ayat yang terbentuk dengan menggunakan kata hubung dikenali
sebagai ayat majmuk. Kata hubung terbahagi kepada kata hubung gabungan dan kata hubung
pancangan.
KATA HUBUNG GABUNGAN
Kata hubung gabungan ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan dua klausa (ayat kecil) atau
lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk sebagai hasil daripada gabungan ini disebut ayat
majmuk gabungan. Antara contoh kata hubung gabungan termasuklah atau, dan, lalu, serta, dan tetapi.
KATA HUBUNG PANCANGAN
Kata hubung pancangan ialah kata yang digunakan untuk menyambung klausa-klausa tak setara atau
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga
jenis:
a) kata hubung pancangan relatif
b) kata hubung pancangan komplemen
c) kata hubung pancangan keterangan
Jenis kata hubung, contoh, dan ayat-ayat contoh adalah seperti yang terdapat dalam jadual di bawah ini.
Jenis kata hubung
Contoh
Ayat Contoh
Kata hubung gabungan
Atau
1.Adnan atau Azlan boleh pergi dahulu.
Dan
2.Rosdi dan Rosli menjadi doktor pakar bedah.
3.Dia mengambil beg itu lalu beredar dari situ.
Lalu
4.Budak kecil itu ketakutan maka dia menagis.
5.Siti Norhaliza bernyanyi sambil menari.
Maka
6.Yasin menari serta bertepuk tangan.
7.Dia pandai bermain gitar tetapi tidak pandai
Sambil
bernyanyi.
Serta
tetapi
Kata hubung pancangan:
yang
1.Budak yang berlari itu ialah adik saya.
Kata hubung pancangan
2.Pasukan pancaragam yang sedang membuat
relatif.
persembahan itu ialah pasukan Sekolah Menengah
Kata
hubung
pancangan
Kebangsaan Kepong.
rekatif atau kata relatif yang
3.Ibu saya memberikan makanan kepada kucing yang
ialah kata yang berfungsi
lapar itu.
menghubungkan ayat utama
dengan satu ayat kecil yang
lain.
Kata hubung pancangan bahawa
1.Aku yakin bahawa dia akan menang dalam
komplemen
pertandingan badminton itu.
Kata hubung ini berfungsi
2.Datin Maimun menyatakan bahawa suaminya
menghubungkan satu ayat
DatoSaidin akan pulang pada malam ini.
kecil yang menjadi pelengkap
3.Pengetua melaporkan bahawa 12 orang pelajar
pada satu ayat utama.
mendapat semua A dalam semua mata pelajaran

46

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

untuk
Kata hubung pancangan
keterangan
Kata
hubung
pancangan
keterangan
berfungsi
menghubungkan klausayang
menjadi keterangan pada satu
klausa utama

agar
apabila
hingga
kerana
sejak
sementara

NO TEL: 016 8822114

dalam PMR pada tahun lalu.


4.Basri pulang ke kampungnya untuk menziarahi
neneknya.
5.Untuk menyatakan kemenangan pelari itu sebagai
nasib adalah tidak wajar.
1.Saya berharap agar saudara tidak ambil hati atas
teguran tersebut.
2.Dia begitu gembira apabila mendapat keputusan
yang cemerlang itu.
3.Kami tekun menulis hingga kami berjaya
menghasilkan buku panduan PMR.
4.Dia berjaya kerana rajin berusaha.
6.Sejak pengetua itu bertugas di sekolah ini, pretasi
sekolah semakin meningkatkan.
7.Sementara menunggu padi masak, kebanyakan
petani di kampung itu menjual sayur-sayuran di pasar.

Selain kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan, terdapat juga kata hubung berpasangan.
Contoh kata hubung berpasangan dan contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut.
Jenis kata hubung
Contoh
Ayat contoh
Kata
hubung baikmahupun
1.Baik lelaki mahupun perempuan diwajidkan
berpasangan
memakai pakaian yang menutup aurat.
Kata
hubung bukan sahaja 2.Membaca bukan sahaja penting untuk pelajar tetapi
berpasangan ialah kata tetapi juga
juga untuk orang dewasa.
hubung yang digunakan jangankanpun
3.Jangankan manusia, haiwan pun sayang akan
secara berpasang-pasang
anaknya.
untuk membentuk ayat semakin semakin 4.Jadilah seperti resmi padi semakin tunduk semakin
majmuk gabungan.
sedangkan apatah berisi.
lagi
5.Sedangkan Shalin tidak dapat mengalahkan Janet
sungguhpun
apatah lagi pemain yang baru itu.
namun
6.Sungguhpun dadah membahayakan kesihatan,
namun masih ramai anak muda kita yang
menyalahgunakannya.
Tugasan Praktikal 19 Kata Hubung
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1. Sama ada Azlan dan Azri hendaklah mengembalikan wang itu kepada Aminah. Tiada kesalahan.
2.Setelah menyerahkan buku itu kepada pustakawan itu, maka Ramona beredar dari situ. Tiada
kesalahan.
3.Azrai sangat gemuk, tetapi adiknya kurus kering. Tiada kesalahan.
4.Aku yakin yang Hafiz Hashim akan menang dalam pertandingan itu. Tiada kesalahan

47

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

5.Apabila guru sukan itu bertugas di sekolah ini, pretasi sukan sekolah ini semakin meningkat. Tiada
kesalahan.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 19
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
A
B dan C tiada kesalahan bahasa.
A salah kerana kata hubung yang sepatutnya ialah atau bagi menunjukkan
maksud pilihan.
2
D
A, B dan C tiada kesalahan bahasa.
3
D
A, B dan C tiada kesalahan bahasa.
4
A
B dan C tiada kesalahan bahasa.
A salah kerana kata hubung yang sepatutnya ialah bahawa kerana ayat
tersebut ialah ayat komplemen. Kata hubung yang hanya hadir dalam ayat
relatif.
5
A
B dan C tiada kesalahan bahasa.
A salah kerana kata hubung apabila sepatutnya digantikan dengan kata
hubung sejak yang menunjukkan masa sesuatu perbuatan atau tindakan.
Tugasan Praktikal 20 Kata hubung
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1.Pada malam ini saya mungkin tidur di rumah saudara dan di hotel.
A saya mungkin tidur di rumah saudara serta di hotel.
B saya mungkin tidur di rumah saudara atau di hotel.
C saya mungkin tidur di rumah saudara dengan di hotel.
D saya mungkin tidur di rumah saudara dan di hotel.
2.Para penonton tertawa bila pelawak itu menyanyikan lagu Apa Nak Jadi.
A apabila pelawak itu bernyanyi lagu
B apabila pelawak itu menyanyikan lagu
C bila pelawak bernyanyi lagu
D bila pelawak itu menyanyikan lagu.
3.Apabila kita ringan tulang, perut kita pun kenyang.
A Supaya kita ringan tulang
B Sungguhpun kita ringan tulang
C Jika kita ringan tulang
D Apabila kita ringan tulang
4.Azwan rajin belajar dan adiknya malas.
A tetapi adiknya malas.
B kecuali adiknya malas.
C serta adiknya malas.
D dan adiknya malas.
5.Aduannya itu entah betul entah tidak.
A jangan betul jangan tidak
B mungkin betul mungkin tidak

48

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C entah salah entah betul


D entah betul entah tidak.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 20
Nombor
Jawapan
Huraian
Soalan
1
B
Kata hubung dan dalam bahagian ayat yang bergaris itu seharusnya
diganti dengan kata hubung atau.
2
B
Kata bila dalam bahagian ayat yang bergaris itu merupakan kata tanya.
Oleh itu, kata bila seharusnya diganti dengan kata hubung apabila.
3
C
Kata hubung apabila dalam bahagian ayat yang bergaris itu seharusnya
diganti dengan kata hubung jika.
4
A
Kata hubung dan dalam bahagaian ayat yang bergaris itu seharusnya
diganti dengan kata hubung tetapi untuk menunjukkan makna yang
berlawanan.
5
D
Bahagian ayat yang bergaris itu betul. Oleh itu, tidak perlu dibaiki
lagi.
**PERHATIAN
1.Kata hubung yang tidak boleh digunakan pada tempat bahawa. Misalnya:
Encik Osman menyatakan yang anak saudaranya sangat rajin. (Tidak gramatis)
Encik Osman menyatakan bahawa anak saudaranya sangat rajin. (Gramatis)
2.Kata bila tidak boleh dianggap sama dengan kata hubung apabila kerana kata bila merupakan kata
tanya. Misalnya :
Ibu menangis bila mendengar berita itu. (Tidak baku)
Ibu menangis apabila mendengar berita itu. (Baku)
Kata Tugas yang lain
Kata tugas selain yang diterangkan di atas adalah seperti yang terdapat dalam jadual di bawah ini.
Jenis kata tugas
Contoh
Ayat contoh
Kata seru
Aduh
1.Aduh, bisanya sengat ikan sembilang ini!
Cis
2.Cis, berani engkau menghina adikku!
Wah
3.Wah, banyak betul engkau membeli barang ahri ini!
Aduhai
4.Aduhai, malang sungguh nasib pak kaduk, ayamnya menang
kampung tergadai!
Amboi
5.Amboi, cantiknya baju baru engkau!
Oh
6.Oh, malang sungguh nasibku pada hari ini,sudahlah lambat ke
pejabat, kereta aku pula meragam.
Eh
7.Eh, engkau pura-pura tidak tahu pula!
Syabas
8.Syabas Azrai, engkau telah berjaya dalam pertandingan mengarang
tersebut!
Wahai
9.Wahai rakan-rakanku, berbaktilah kepada negara!
Kata tanya
Berapa
1.Harga jam tangan itu berapa?
2.Berapakah harga jam tangan itu?
Bila
3.Mereka sampai di sini bila?
4.Bilakah mereka sampai di sini?
Bagaimana
5.Kesihatan ibu engkau sekarang begaimana?
6.Bagaimanakah kesihatan ibu engkau sekarang?

49

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI


Mengapa
Apa
Siapa
Mana

Kata perintah

Kata pembenar
Kata pangkal ayat

Jangan
Usah
Sila
Jemput
Minta
Tolong
harap
Benar
Betul
ya
Hatta
Maka
Syahadan
Adapun
Alkisah
Kalakian

Kata bantu:
a)kata bantu aspek

b)
kata
ragam

Sebermula
Sekali
peristiwa
Arakian
telah
sudah
pernah
sedang
masih
akan
belum

bantu hendak
mahu
harus
mesti
boleh
dapat

NO TEL: 016 8822114

7.Anaknya menangis mengapa?


8.Mengapakah anaknya menangis?
9.Nama kucing itu apa?
10.Apakah nama kucing itu?
11.Nama pengetua sekolah anda siapa?
12.Siapakah nama pengtua sekolah anda/
13.Adik bongsu kamu mana?
14.Manakah adik bongsu kamu?
1.Jangan merokok di dalam kawasan sekolah.
2.Usah biarkan dia menangis.
3.Sila ambil nota itu.
4.Jemput masuk.
5.Minta pelajar-pelajar bersabar.
6.Tolong temankan saya ke perpustakaan.
7.Harap jelaskan hutang awak esok.
1.Yya, itulah jawapannya.
2.Betul, tanyalah dia.
3.Ya, inilah rumahnya.
1.Hatta permaisuri pun melahirkan seorang putera yang gagah
perkasa.
2.Maka pahlawan itu pun masuk menghadap.
3.Syahadan baginda pun berangkat ke inderagiri.
4.Adapun keris itu deperbuat daripada besi kharsani.
5.Alkisah tersebutlah kisah seorang anak yatim piatu yang tinggal di
hujung kampung Ulu Melaka.
6.Kalakian berlakulah peperangan antara kledua-dua negara itu.
7.Sebermula gembala kambing itu pun menghadap raja.
8.Sekali peristiwa istana baru itu pun terbakar.
9.Arakian armada Portugis itu pun berlabuhlah di pelabuhan
Melaka.
1.Mereka telah pergi ke pusat sumber.
2.Anak-anak itu sudah makan apabila saya sampai.
3.Dia pernah memenangi peraduan itu.
4.Mereka sedang bersenam di padang.
5.Pasukan polis itu masih mencari banduan yang melarikan diri dari
Penjara Pudu baru-baru ini.
6.Persatuan Bahsa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Melur
akan mengadakan pertandingan bahas antara kelas pada hari Sabtu
ini.
7.Surat itu belum ditulis Isma.
1.Dia hendak pergi ke Pulau Pinang esok.
2.Adiknya tidak mahu makan nasi pada hari ini.
3.Kita harus memandu dengan cermat, terutamanya pada musim
perayaan.
4.Kita mesti belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan
yang cemerlang.
5.Kamu boleh tinggal di rumah ini selagi kamu suka.
6.Dia tidak dapat menyediakan kertas kerja itu pada minggu ini.

50

NOTA TATA PMR


Kata penguat
a) penguat
hadapan
b) penguat
belakang
c) penguat
bebas

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

terlalu
paling

1.Pokok kerinci itu terlalu tinggi.


2.Sukan Olimpik di Barcelona merupakan sukan yang paling
istimewa.
agak
3.Harga jam tangan itu agak mahal.
sekali
4.Persembahan drama Tok Perak baik sekali.
benar
5.Perjalanan bas ekspres itu cepat benar.
nian
6.Indah nian istana kayangan itu.
amat
7.Perangai kanak-kanak itu baik amat.
8.Perangai kanak-kanak itu amat baik.
sungguh
9.Masakan ibunya sungguh sedap.
10.Masakan ibunya sedap sungguh.
sangat
11.Laut itu sangat dalam.
12.Laut itu dalam sangat.
Kata penegas
-kah
1.Diakah yang menjadi johan pidato pada tahun ini?
-lah
2.Dialah yang menjadi johan pidato pada tahun ini.
-tah
3.Apatah daya kita untuk menasihatinya.
Kata nafi
bukan
1.Itu bukan bukunya.
2.Warnanya bukan merah tetapi ungu.
3.Bas Ekspres itu bukan dari ipoh.
tidak
4.Saya tidak pergi ke pejabat pada hari ini.
5.Jawapannya tidak betul.
6.Saya pasti dia tidak akan datang ke sini lagi.
Kata pemeri
Ialah
1.Pencipta Rumah 2020 ialah Encik Zulkifli dari Rawang, Selangor
Darul Ehsan.
adalah
2.Pemegang pingat gangsa dalam acara beregu badminton itu ialah
Razif dan Jailani Sidek dari Malysia.
3.Alan Budi Kesuma yang menjuarai pertandingan badminton
perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik ke-25 baru-baru ini adalah
dari negara Indonesia.
4.Arahan yang baru diterima itu adalah daripada kerajaan pusat.
5.Piala pusingan itu adalah untuk murid cemerlang.
Kata arah
atas
1.Radio itu di atas almari.
bawah
2.Kambing itu berteduh di bawah pokok jambu mawar.
antara
3.Pejabat pos itu letaknya di antara bangunan.
4.Pasar Seni dengan bangunan Daya Bumi.
tepi
5.Dia memancing di tepi tasik.
6.Mereka beredar ke tepi laut.
tengah
7.Pasukan pengakap itu menuju ke tengah padang.
dalam
8.Semua tetamu dijemput masuk ke dalam dewan.
samping
9.Dia sentiasa berada di samping ibunya.
selantan
10.Angin itu bertiup dari selatan ke utara.
Tugasan Praktikal 21
Pelbagai kata tugas yang lain
Lengkapkan ayat-ayat yang di bawah ini dengan memilih kata tugas yang paling sesuai.
1.Maka Hang Tuah pun menengking, ______________, Jebat sampai hati engkau melakukan
perbuatan yang terkutuk ini!
A Wah
B Cis
C Amboi

51

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D Wahai
2. ______, malangnya nasibku pada hari ini! kata Amri bersendirian.
A Aduhai
B Cis
C Celaka
D Amboi
3.Budak yang sedang merayau-rayau itu _____________?
A apa
B siapa
C berapa
D siapakah
4. __________________ tali pinggang kamu?
A Mana
B Manakah
C Di mana
D Di manakah
5. Anaknya _________ orang? tanya Mak Limah.
A berapa
B siapa
C berapakah
D beberapa
6._____________ anak angkat awak menangis malam tadi? tanya Encik Karim kepada Encik Razak.
A Mengapa
B Bagaimana
C Mengapakah
D Bagaimanakah
7.Pelajar yang menjadi johan dalam pertandingan menulis cerpen itu __________ daripada aliran
sastera.
A tidak
B bukan
C adalah tidak
D adalah bukan
8.Pada tahun ini sekolah kita akan mengadakan _________ projek.
A berbagai
B bermacam
C berpuluh
D pelbagai
9.Tambak Johor terletak di antara negeri Johor _____________ Singpura.
A dan
B serta
C dalam
D dengan
10.________ kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
A Adapun
B Syahadan
C Kalakian
D Sebermula
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 21

52

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Nombor

Jawapan

Huraian

Kata seru cis dapat menunjukkan perasaan marah atau benci.


A salah kerana kata seru wah tidak sesuai digunakan kerana kata seru
berkenaan tidak menunjukkan maksud benci.
C salah kerana kata seru amboi tidak menunjukkan rasa benci.
D salah kerana kata seru wahai tidak sesuai digunakan dalam ayat
berkenaan kerana tidak membawa maksud marah atau benci.
Kata seru aduhai dapat menunjukkan rasa keluhan dan kesal si
peluntur.
B salah kerana kata seru cis menunjukkan rasa marah dan benci.
C salah kerana kata seru celaka menunjukkan rasa marah dan benci.
D salah kerana kata seru amboi tidak dapat menunjukkan maksud
keluhan
Siapa merupakan ganti nama tanya yang sesuai digunakan untuk
menanyakan nama manusia.
A salah kerana kata tanya apa tidak boleh digunakan untuk bertanya
tentang manusia.
C salah karana kata berapa tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat
ini.
D salah kerana kata tanya siapakah tidak sesuai digunakan untuk ayat
tanya susunan biasa (S + P)
Kata tanya manakah sesuai digunakan dalam ayat tanya songsang ini
kerana predikatnya dipentingkan.
A salah kerana kata ganti nama tanya mana hanya sesuai digunakan
dalam ayat tanya susunan biasa (S+P).
C salah kerana kata sendi di tidak perlu digunakan dalam ayat ini.
D salah kerana alsannya sama seperti yang di atas.
Kata tanya berapa sesuai digunakan untuk menanyakan bilangan.
B salah kerana siapa tidak sesuai digunakan untuk menanyakan
bilangan anak.
C salah kerana partikel kah tidak sesuai digunakan pada kata tanya
siapa dalam ayat tanya susunan biasa.
D salah kerana kata beberapa tidak sesuai digunakan sebagai kata
tanya.
Kata tanya bagaimanakah sesuai digunakan kerana ayat ini merupakan
ayat susunan songsang, iaitu untuk memberikan penekanan terhadap
predikat yang dikedepankan.
A salah kerana kata tanya mengapa tidak menggunakan partikel-kah.
B salah kerana kata tanya bagaimana menanyakan cara anak itu
menangis dan kata tanya berkenaan tidak menggunakan partikel-kah
sebagai menekankan bahagian predikat yang dikedepankan.
D salah kerana kata tanya tersebut menanyakan cara anak itu
menangis.

53

NOTA TATA PMR


7

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Jawapan ini betul kerana menggunakan kata nafi bukan.


A salah kerana kata nafi tidak, tidak sesuai digunakan dalam konteks
ayat ini.
C salah kerana adalah tidak, tidak sesuai digunakan dalam konteks
ayat ini.
D salah kerana kata nafi bukan tidak perlu menggunakan kata pemeri
adalah.
Jawapan ini (pelbagai) merupakan kata bilangan yang paling sesuai.
A salah kerana kata bilangan seharusnya menggunakan berbagai-bagai
atau pelbagai.
B salah kerana kata bermacam seharusnya menggunakan kata
bermacam-macam atau pelbagai.
C salah kerana kata bilangan berpuluh seharusnya menggunakan kata
berpuluh-puluh atau pelbagai.
Kata dengan merupakan kata hubung yang paling sesuai digunakan
dalam ayat ini.
A salah kerana dan merupakan kata hubung untuk menunjukkan
perbandingan dalam ayat ini.
B salah kerana kata serta tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat
ini.
C salah kerana kata dalam dalam ayat ini tidak menunjukkan kata
hubung, tetapi menunjukkan tempat.
Kata pangkal ayat adapun paling sesuai digunakan dalam ayat teks
klasik tersebut. Kata pangkal ayat yang lain dalam B, C dan D tidak
sesuai digunakan kerana tidak dapat melengkapkan ayat berkenaan
dengan makna yang sesuai.

FRASA
FRASA NAMA
Frasa nama ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan yang boleh
berfungsi sama ada sebagai subjek ataupun predikat. Sekiranya frasa nama terdiri daripada sederetan
perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan berkenaan. Jenis pertama terdiri daripada
satu kata nama yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama, sementara perkataan kedua ataupun
perkataan lain merupakan penerang. Unsur inti merupakan penumpuan makna dan mewakili seluruh
frasa nama, manakala perkataan kedua dan seterusnya merupakan unsur penerang yang menerangkan
makna dalam kata inti berkenaan. Unsur kedua yang hadir selepas kata inti boleh terdiri daripada KATA
NAMA, KATA KERJA, ataupun KATA ADJEKTIF.
Misalnya :
Kata inti
Penerang inti
Frasa nama
1. Pelajar
sekolah itu
Pelajar sekolah itu
2. Orang
tua itu
Orang tua itu
3. Penduduk
kampung itu
Penduduk kampung ini
4. Permit
teksinya
Permit teksinya
5. Tayar
keretanya
Tayar keretanya
6. Guru
besar
Guru besar
7.Alat
tulis
Alat tulis
8. Pejabat
pos
Pejabat pos

54

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

9.Kertas
kerja
Kertas kerja
10.Pegawai
kerajaan
Pegawai kerajaaan
Bagi binaan frasa nama di atas, sekiranya menerima bentuk jamak, selain menerima kata nama
bilangan, hanya perkataan inti sahaja yang boleh digandakan. Sekiranya kedua-dua perkataan, iaitu inti
dan penerang digandakan, hal ini akan membentuk kesalahan pembentukan frasa. Sekiranya telah
merujuk kepada maksud jamak (contohnya; penduduk) maka perkataan itu tidak boleh digandakan.
Misalnya :
Penggunaan Kata inti
Penerang inti
Frasa nama
1. Pelajar-pelajar
sekolah itu
Pelajar-pelajar sekolah itu
2. Orang-orang
tua itu
Orang-orang tua itu
3. Penduduk (tidak boleh kampung itu
Penduduk kampung ini
digandakan)
4. Permit-permit
teksinya
Permit-permit teksinya
5. Tayar-tayar
keretanya
Tayar-tayar keretanya
6. Guru-guru
besar
Guru-guru besar
7.Alat-alat
tulis
Alat-alat tulis
8. Pejabat-pejabat
pos
Pejabat-pejabat pos
9.Kertas-kertas
kerja
Kertas-kertas kerja
10.Pegawai-pegawai
kerajaan
Pegawai-pegawai kerajaaan
Jenis kedua ialah binaan yang terdiri daripada dua unsur inti yang membentuk satu frasa. Misalnya:
Kata inti
Kata inti
Frasa nama
1.Suami
Isteri
Suami isteri
2.Ibu
Bapa
Ibu bapa
3.Lembu
Kambing
Lembu kambing
4.Ayam
Itik
Ayam itik
5.Adat
Resam
Adat resam
Oleh sebab nama kedua-dua kata inti di atas terdiri daripada kata inti kerana sifatnya yang sama taraf,
maka kata ini TIDAK BOLEH digandakan langsung bagi mendukung maksud jamak. Sebaliknya hanya
menerima kata bilangan bagi membentuk maksud jamak.
Misalnya :
Kata bilangan
Kata inti
Kata inti
Frasa nama
1.Para
Suami
Isteri
Para suami isteri
2.Semua
Ibu
Bapa
Semua ibu bapa
3.Semua
Lembu
Kambing
Semua lembu kambing
4.Semua
Ayam
Itik
Semua ayam itik
5.Kebanyakan
Adat
Resam
Kebanyakan adat resam
Demikianlah secara ringkas bagaimana frasa nama terbina dan membentuk satu konstituen ayat.
Di peringkat PMR, bahagian frasa nama yang sering dikemukakan dalam peperiksaan ialah Hukum DM. Bahagian ini kerap menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.
HUKUM D-M
Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan kionstituenkonstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peraturan tersebut menentukan perkara
yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama. Hukum D-M
tergolong dalam bahagian frasa nama.
Pada dasarnya (D) merujuk kepada Diterangkan, manakala (M) merujuk kepada
Menerangkan. Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkarayang mahu diterangkan harus dinyatakan
dahulu sebelum disusuli perkataan yang menerangkan. Misalnya, apabila kita mahu merujuk kepada
pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan pisang sebagai kata nama yang mahu diterangkan

55

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

berulah disusuli goreng sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka seharusnya
susunan frasanya menjadi pisang goreng bukannya goreng pisang kerana goreng pisang merujuk
kepada kata kerja goreng sebagai perkataan yang mahu diterangkan iaitu kata kerja dan pisang
sebagai kata yang menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut goreng pisang kita
seharusnya merujuk kepada frasa kerja ( perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.
Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M,unsur yang Diterangkan merupakan unsur
inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang Menerangkan merupakan unsur
penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua. Contohnya:
Unsur Diterangkan Unsur menerangkan Keterangan Frasa
(D)
(M)
Kelapa
muda
Buah kelapa yang masih muda
Orang
tua
Orang yang sudah tua
Guru
bahasa
Guru yang mengajarkan nahasa
Serbuk
cili
Serbuk yang dibuat daripada cili
Sos
tomatyo
Sos yang dibuat daripada tomato
Restoran
Dasuki
Restoran kepunyaan Dasuki
Kedai Tayar
Harris
Kedai tayar kepunyaan Harris
Keledek
goreng
Keledek yang telah digoreng
Kacang
rebus
Kacang yang sudah direbus
Rendang
daging
Rendang yang dibuat daripada
Susu
lembu
Susu yang diambil daripada lembu
lembu
susu
Lembu yang mengeluarkan susu
Kebanyakan kekeliruan yang timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya
dalam bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada struktur bahasa
Melayu.misalnya dalam bahasa Inggeris Restoran Yusof disebut sebagai Yusof Restaurant.
Hakikatnya dalam Bahsa Melayu kita memperkatakan Restoran yang dimiliki olehYusof, maka
sehatrusnya kita meletakkan unsur Restoran pada kedudukan yang pertama sebagai aspek yang
Diterangkan barulah diikuti oleh Yusof sebagai unsur yang menerangkan, iaitu yang memiliki
restoran berkenaan. Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai Restoran Yusof. Dari sedut makna,
jika disebut Yusof Restoran, maka sebenarnya kita merujuk kepada Yusof sebagai restoran.
Bukankah perkara ini ganjil kerana Yusof ialah manusia bukannya sebuah restoran.
Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi membentuk
makna yang berbeza, bergantung pada unsur yang disebut dahulu. Misalnya frasa nama susu lembu
merujuk kepada maksud susu yang diambil daripada lembu. Sebaliknya, lembu susu merujuk kepada
maksud lembu yang dipelihara untuk tujuan mendapatkan susunya. Maka dari segi ayat haruslah
disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan. Contoh :
1.Ahmad minum susu lembu pada setiap pagi.
2.Ahmad memelihara beberapa ekor lembu susu.
Ulasan
No.Frasa
Ayat 1

Frasa adjektif
Susu lembu

Ayat 2

Lembu susu

Keterangan Frasa
Apabila ayat 1 diubah kepada lembu susu maka dari segi maksud,
maknanya agak ganjil kerana tidak mungkin Ahmad minum susu
sedangkan hakikatnya ahmad minum susu.
Ayat 2 pula jika diubah kepada susu lembu juga menimbulkan
kekacauan maksud ayat kerana tidak mungkin Ahmad memelihara
susu, sedangkan maksud yang tepat ialah Ahmad memelihara
lembu.

Kekeliruan Hukum D-M

56

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Dalam pembentukan frasa nama yang berkaitan dengan Hukum D-M, terdapat beberapa kekeliruan
kerana kebiasaan penggunaan yang diterima pakai dalam pertuturan harian sebagai frasa yang betul.
Hal ini berpunca daripada pemahaman masyarakat(masyarakat memahami frasa tersebut) terhadap frasa
berkenaan, sedangkan hakikatnya dari segi hukum tatabahasa perkara ini menyalahi hukum
pembentukan frasa nama.
Antara frasa nama yang kerap menimbulkan kekeliruan ialah:
Bentuk yang salah
Bentuk yang betul
Lain-lain hal
Hal lain-lain
Lain-lain perkara
Perkara-perkara lain
Lain-lain masalah
Masalah-masalah lain
Lain-lain kata
Kata-kata lain
Warung goreng pisang
Warung pisang goreng
Adnin Kedai Runcit
Kadai Runcit Adnin
Tomato sos
Sos tomato
Pencuci serbuk
Serbuk pencuci
Tan Klinik Gigi
Klinik Gigi Tan
Petroleum gas
Gas petroleum
Kain sutara batik
Kain batik sutera
Tukang jahit Musa
Musa tukang jahit
**Semua bentuk di atas bertentangan dengan **Ingat!
pembentukan hukum D-M dari segi maksud Apabila membentuk frasa nama, pastikan
frasa
berkenaan
kerana
unsur
utama inti frasa MENDAHULUI keterangannya.
(Diterangkan) terletak di belakang unsur yang
menerangkan. Semua bentuk di atas merupakan
terjemahan terus mengikut struktur bahasa
Inggeris.
Tugasan Praktikal 22
Hhukum D-M
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Dia mengalami sakit perut kerana makan cili sos secara berlebihan.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
2.Semasa tinggal di asrama, kami selalu dihidangi goreng telur atau roti bakar
A
B
C
sebagai hidangan utama. Tiada kesalahan.
D
3.Lain-lain pelajar yang melanggar disiplin telah dikenakan hukuman kelas tahanan,
A
manakala Ahmad pula dikenakan hukuman rotan. Tiada kesalahan.
C
D
4.Bapa akan mendapatkan rawatan di Hidayat Poliklinik pada setiap bulan. Tiada
A
B
C
kesalahan.

57

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

5.Emak memasukkan telur kuning ke dalam adunan kek itu sebelum membakar kek
A
B
C
tersebut. Tiada kesalahan.
D
6.Dia menjalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan Pantai pada minggu lepas.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
7.Emak menggunakan cili serbuk untuk menambahkan keenakan masakannya. Tiada
A
B
C
kesalahan.
8.Abang saya menukar tayar di Silverstone Pusat Servis Tayar kerana tayar keretanya
A
B
telah haus. Tiada kesalahan.
D

9.Ahmad telah ditahan oleh tentera polis kerana melarikan diri daripada tugasnya
A
B
C
sebagai askar. Tiada kesalahan.
D
10.Negara-negara Tenggara Asia bekerjasama dalam pelbagai bidang melalui
A
B
pertubuhan ASEAN. Tiada kesalahan.
C
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 22
Nombor Jawapan Huraian
soala
n
1
C
A dan B tiada kesalahan.
C salah kerana frasa berkenaan seharusnya menerangkan sos yang
diperbuat daripada cili yang seharusnya membentuk frasa sos cili.
2
B
A dan C tiada kesalahan.
B salah kerana frasa berkenaan menerangkan telur yang digoreng, maka
seharusnya membentuk frasa telur goreng kerana goreng telur membentuk
frasa kerja yang berbentuk ayat perintah.
3
A
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana frasa berkenaan menerangkan pelajar sebagai inti frasa,
maka seharusnya membentuk pelajar-pelajar lain kerana yang mendukung
maksud jamak ialah pelajar.
4
B
A dan C tiada kesalahan.
B salah kerana frasa berkenaan menerangkan perihal Poliklinik kepunyaan
Hidayat,, maka seharusnya membentuk frasa Poliklinik Hidayat yang

58

NOTA TATA PMR

6
7

D
A

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

merujuk kepada maksud poliklinik kepunyaan Hidayat.


B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana ayat berkenaan merujuk kepada maksud bahagian kuning
pada telur yang dimasukkan oleh ibu. Sekiranya frasa telur kuning
digunakan maka ayat berkenaan akan merujuk kepada maksud ibu
memasukkan telur yang berwarna kuning ke dalam adunan kek. Hal ini
tidak mungkin kerana dalam proses pembuatan kek hanya bahagian
kuning pada telur yang digunakan, bukannya telur yang berwarna kuning,
maka seharusnya membentuk frasa kuning telur.
A ,B dan C tiada kesalahan.
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana frasa berkenaan merujuk kepada serbuk yang diperbuat
daripada cili. Tidak mungkin ada cili jenis serbuk kerana yang ada ialah
cili hijau, cili merah, cili padi, dan sebagainya yang merupakan jenis-jenis
cili. Maka seharusnya serbuk membentuk perkataan inti menjadi serbuk
cili.
A dan C tiada kesalahan.
B salah kerana frasa berkenaan merujuk kepada maksud pusat servis yang
mengendalikan tayar berjenama Silverstone. Sekiranya frasa dalam ayat
diterima sebagai betul maka maksud sebenarnya ialah Siverstone
merupakan sebuah pusat servis tayar, sedangkan maksud sebenar
siverstone ialah jenama tayar.
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana frasa berkenaan merujuk kepada maksud polis dalam
perkhidmatan tentera yang bertindak sebagai polis dalam lingkungan
tentara sahaja. Maka seharusnya membentuk polis tentera kerana inti frasa
ialah polis.
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana frasa berkenaan seharusnya merujuk kepada maksud
nagara Asia yang terletak di bahagian Tenggara menjadi frasa Asia
Tenggara. Frasa Tenggara Asia sebenarnya merupakan bentuk susunan
bahasa Inggeris.

FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif merupakan susunan perkataan yang boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun
beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat sebagai kata intinya yang menjadi bahagian utama
dalam susunan frasa adjektif. Frasa adjektif biasanya berfungsi sebagai predikat ataupun sebagai
keterangan dan penerang dalam predikat.
PEMBENTUKAN FRASA ADJEKTIF
Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjelaskan sifat sesuatu kata nama. Adjektif boleh
terbina daripada satu perkataan ataupun dua perkataan.
(a) Adjektif Satu Perkataan Kata Dasar
Adjektif satu perkataan kata dasar terdiri daripada perkataan tanpa imbuhan ataupun berimbuhan. Lihat
contoh di bawah ini:
(i) Adjektif tanpa imbuhan
- pucat

59

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

- pandai
- rajin
- degil
- bimbang
(ii) Adjektif berimbuhan
- sebaik = sama baik
- kekuning-kuningan = seakan-akan warna kuning
- terpandai = paling pandai
- kemelayu-melayuan = mirip atau seakan-akan orang Melayu
- serajin = sama rajin
(b) Adjektif Dua Perkataan
Adjektif dua perkataan terbina daripada cantuman dua perkataan sama ada;
(i) kata adjektif + kata adjektif
- letih lesu
- gagah berani
- kurus kering
- tua muda
- pahit manis
(ii) kata adjektif + kata nama
- rabun ayam
- panjang tangan
- kuning langsat
- merah jambu
- muda remaja
Adjektif juga berfungsi dalam tiga perkara, iaitu
(a) Sebagai penerang kata nama
Adjektif berfungsi sabagai penerang kepada kata nama dalam ayat sama ada dalam subjek ataupun
predikat.
Contohnya:
(i)
Rumah besar itu kepunyaan Ali.
(ii)
Buku yang mahal itu sudah hilang.
(b) Sebagai unsur pembentuk frasa adjektif yang bertugas sebagai predikat.
Adjektif berfungsi sebagai predikat dalam ayat.
Contohnya:
(i)
Budak itu sangat pandai.
(ii)
Baju itu terlalu labuh.
(c)Sebagai keterangan
Adjektif ini diletakkan selepas frasa kerja dan menjadi keterangan dalam ayat.
Contohnya:
(i)
Kereta itu dipandu dengan lajunya.
(ii)
Dia suka bercakap dengan kuatnya.
Penggunaan Kata Penguat dalam Frasa Adjektif
Pembentukan frasa adjektif boleh disertai dengan penggunaan kata penguat yang diletakkan sama ada
sebelum ataupun selepas kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat dalam frasa adjektif, iaitu
(a) Kata penguat hadapan
kata penguat ini diletakkan sebelum kata adjektif dan tidak boleh diletakkan selepas kata adjektif.
Contohnya:
- terlalu rajin

60

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

- paling pintar
- agak besar
(b) kata penguat belakang
Kata penguat ini diletakkan selepas kata adjektif.
Contohnya:
- jauh betul
- indah nian
- suka benar
- jahat sekali
(c) kata penguat bebas
Kata penguat ini boleh diletakkan sama ada sebelum ataupun selepas kata adjektif.
Contohnya:
- sungguh pintar
- pintar sungguh
- amat besar
- besar amat
**Namun dua kata penguat boleh digabungkan bersama dengan syarat digunakan beriringan sebelum
kata adjektif ataupun salah satu daripada penguat tersebut merupakan kata penguat bebas. (Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu, m/s 233 dan m/s 397)
Contohnya:
- amat nyaring betul
- sungguh kurang sopan
- sungguh indah nian
- amat sukar sekali
- sungguh besar sekali
- sungguh kuat sekali
- sangat baik benar
Kesalahan dalam Frasa Adjektif
Dalam pembentukan frasa adjektif, terdapat Enam jenis kesalahan yang kerap dikemukakan dalam
peperiksaan. Kesalahan-kesalahan ini tidak begitu nyata kerana dari segi maksud ayat masih betul,
namun ayat-ayat yang terbina mengandungi kesalahan dari segi hukum pembentukan frasa adjektif.
(a)Kesalahan penggunaan dua kata penguat hadapan dan kata penguat belakang bagi satu adjektif.
Frasa adjektif hanya boleh menerima kata penguat sama ada penguat hadapan, iaitu sebelum adjektif
ataupun kata penguat belakang, iaitu selepas adjektif. Penggunaan dua kata penguat hadapan dan
belakang akam membentuk kesalahan frasa walaupun maksud ayat masih jelas dan boleh difahami.
Contoh:
(i)
Makanan itu begitu enak sekali.
(ii)
Pesisir pantai Morib terlalu indah nian pada waktu senja.
(iii)
Pelajar itu paling pintar sekali di dalam kelasnya.
(iv)
Jepun merupakan negara yang begitu maju sungguh di dunia.
Ulasan
Dalam keempat-empat ayat di atas kata adjektif enak, indah, pintar dan maju menerima kata penguat
hadapan dan belakang dan membentuk kesalahan frasa adjektif. Hanya satu kata penguat yang perlu
digunakan sama ada hadapan atau belakang.
**Penggunaan dua kata penguat hanya boleh digunakan secara berturut-turut di hadapan kata adjektif,
iaitu penggunaan kata penguat bebas. Sila rujuk penggunaan kata penguat.
Ayat yang sepatutnya:
(i)
Makanan itu begitu enak.

61

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

(ii)
Pesisir pantai Morib indah nian pada waktu senja.
(iii)
Pelajar itu paling pintar di dalam kelasnya.
(iv)
Jepun merupakan negara yang begitu maju di dunia.
(b) Kesalahan penggunaan kata penguat pada kata adjektif berimbuhan ter-
Iimbuhan ter- pada kata adjektif sedah berfungsi sebagai kata penguat dengan menunjukkan maksud
paling. Oleh itu, kata adjektif tidak lagi memerlukan kata penguat.
Contoh:
(i)
Dia merupakan pelajar yang tergemuk sekali di kelasnya.
(ii)
Nazmizanlah pelari yang terpantas sekali di Malaysia.
(iii)
Ciptaannya merupakan yang tercanggih sekali dalam kalangan saintis.
(iv)
Keretanya yang termahal benar sudah hilang.
**Ddalam keempat-empat ayat, kata adjektif yang digunakan telah menerima imbuhan ter-, iaitu
tergemuk, terpantas, tercanggih, dan termahal. Kata penguat adjektif ataupun imbuhan ter- pada adjektif
perlu digugurkan salah satunya.
Ayat yang sepatutnya:
i (a) tergemuk di kelasnya.
(b) gemuk sekali di kelasnya.
ii (a) terpantas di Malaysia.
(b) pantas sekali di Malaysia.
iii (a) tercanggih dalam kalangan saintis.
(b) canggih sekali dalam kalangan saintis.
iv (a) termahal sudah hilang.
(b) mahal benar sudah hilang.
(c) Kesalahan peluasan frasa adjektif tanpa meletakkan kata sendi selepas kata adjektif
Setiap kata adjektif tidak nyata yang diperluas dengan keterangan frasa nama memerlukan kata sendi
untuk menghubungkan kata adjektif dengan keterangan kata nama.
Contoh :
(i)
Dia gemar kanak-kanak yang comel.
(ii)
Kami akan patuh nasihat ibu bapa.
(iii)
Amin tidak suka rakannya yang nakal itu.
(iv)
Saya terlalu sayang ibu saya yang sudah tua.
**Perhatian
Dalam keempat-empat kata adjektif yang digabungkan dengan keterangan kata nama dalam ayat-ayat di
atas tidak menggunakan kata sendi untuk menghubungkan kedua-dua kata adjektif dan keterangan.
Kata adjektif gemar, patuh, suka, dan sayang memerlukan kata sendi akan atau kepada untuk
digabungkan dengan keterangan.
Ayat yang sepatutnya:
(i)
Dia gemar akan kanak-kanak yang comel.
(ii)
Kami akan patuh kepada nasihat ibu bapa.
(iii)
Amin tidak suka akan rakannya yang nakal itu.
(iv)
Saya terlalu sayang akan ibu saya yang sudah tua.
(d) Kesalahan penggunaan kata adjektif berimbuhan ter- yang berfungsi sebagai predikat.
Dalam pembentukan frasa adjektif, salah satu fungsinya ialah sebagai predikat dalam ayat. Bagi frasa
adjektif yang berfungsi sebagai predikat, imbuhan ter- pada kata adjektif tidak boleh digunakan
sewenang-wenangnya. Pelajar-pelajar tentu sudah maklum pembentukan predikat dalam ayat. Oelh itu,
teliti penggunaan kata adjektif sebagai predikat dalam ayat untuk lebih jelas kesalahan ini.
Contohnya:
(i)
Pokok itu tertinggi di ladangnya.
(ii)
Pelajar itu terpintar di sekolah saya.
(iii)
Lukisannya tercantik dalam kalangan pelajar lain.

62

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

(iv)
Negara itu terkaya di dunia.
**Perhatian
Dalam keempat-empat ayat, kata adjektif berfungsi sebagai pradikat ataupun cerita dalam ayat. Fungsi
sebagai predikat dalam ayat menyebabkan kata adjektif tidak boleh menerima imbuahn ter- sebagai
penguat. Bagi fungsi lain imbuhan ter- pada adjektif boleh digunakan, namun tidak pada adjektif
yang berfungsi sebagai predikat. Sekiranya imbuhan ter- mahu digunakan, kata adjektif perlu diubah
fungsinya kepada keterangan dengan menggunakan kata hubung yang ataupun menggugurkan imbuhan
ter- dan mengantikannya dengan kata penguat.
Ayat yang sepatutnya:
i (a) Pokok itu yang tertinggi di ladangnya.
(b) Pokok itu paling tinggi di ladangnya.
ii (a) Pelajar itu yang terpintar di sekolah saya.
(b) Pelajar itu paling pintar di sekolah saya.
iii (a) Lukisannya yang tercantik dalam kalangan pelajar lain.
(b) Lukisannya amat cantik dalam kalangan pelajar lain.
iv (a) Negara itu yang terkaya di dunia.
(b) Negara itu kaya sekali di dunia.
(e) Kesalahan pembentukan imbuhan memper--kan pada kata adjektif.
Kata adjektif tidak boleh menerima memper--kan untuk menunjukkan maksud lebih daripada
keadaan asal. Kata adjektif seharusnya menerima imbuhan memper-ataupun imbuhan meNn--kan
untuk menunjukkan maksud berkenaan. Hal yang sama dapat dilihat dalam imbuhan diper--kan. Kata
adjektif tidak boleh menerima imbuhan diper--kan sebaliknya hanya menerima imbuhan diper-
ataupun di--kan.
Contoh kesalahan:
(i)
Para pekerja itu sedang memperbesarkan jalan menuju ke kampung kami.
(ii)
Kerajaan akan cuba memperluaskan penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi
perdagangan.
(iii)
Adik cuba mempertajamkan penselnya dengan menggunakan peraut.
(iv)
Dia mempercepatkan perjalannya kerana hari hampir hujan.
(v)
Perniagaannya perlu diperbesarkan untuk menambahkan pendapatannya.
Ayat yang sepatutnya:
i (a) ...memperbesar jalan
(b) ...membesarkan jalan
ii(a) ...memperluaspenyertaan
(b) ...memluaskan penyertaan
iii(a) ...mempertajam penselnya
(b) ...memtajamkan penselnya
iv(a) ...mempercepat perjalannya
(b) ...memcepatkan perjalannya
v (a) Perniagaannya perlu diperbesar...
(b) Perniagaannya perlu dibesarkan...
(f)Kesalahan penggandaan pada kata adjektif dalam ayat yang kata namanya sudah digandakan.
Ayat yang sudah menerima penggandaan pada kata naam tidak boleh menerima penggandaan pada kata
adjektif begitu juga sebaliknya.
Contoh:
(i)
Pokok-pokok kelapa di kebun ayah sudah tinggi-tinggi dan patut ditebang.
(ii)
Pak Mmat gembira kerana anak-anaknya semuanya pandai-pandai belaka.
(iii)
Rumah-rumah di kawasan itu cantik-cantik belaka dan tersusun dengan rapi.
(iv)
Barang-barang keperluan harian di kedai itu mahal-mahal harganya.
Ayat yang sepatutnya:

63

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

i (a) Pokok kelapa di kebun ayah sudah tinggi-tinggi dan patut ditebang.
i (b) Pokok-pokok kelapa di kebun ayah sudah tinggi dan patut ditebang.
ii(a) Pak Mmat gembira kerana anaknya semuanya pandai-pandai belaka.
ii(b) Pak Mmat gembira kerana anak-anaknya semuanya pandai belaka.
iii(a) Rumah di kawasan itu cantik-cantik belaka dan tersusun dengan rapi.
iii(b) Rumah-rumah di kawasan itu cantik belaka dan tersusun dengan rapi.
iv(a) Barang-barang keperluan harian di kedai itu mahal harganya.
iv(b) Barang keperluan harian di kedai itu mahal-mahal harganya.
Kemungkinan dalam penerangan ini ayat-ayat yang digunakan sebagai contoh merupakan ayat-ayat
yang ringkas dan pendek tidak sebagaimana ayat dalam peperiksaan yang sebenarnya. Namun yang
utama, penerangan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar beberapa kesalahan yang
terdapat dalam pembentukan frasa adjektif. Perkara yang penting ialah pelajar-pelajar perlu memahami
pembentukan adjektif. Jika ini dapat dikuasai oleh pelajar dengan mendalam, apa-apa juga bentuk ayat
yang dikemukakan akan dapat dikenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
Tugasan Praktikal 23
Frasa Adjektif
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Sukan tahunan sekolah itu dilangsungkan dengan suasana yang paling termeriah
A
B
C
sepanjang sejarah sekolah tersebut. Tiada kesalahan.
D
2.Kerajaan akan memperketatkan kawalan di perairan nagara ini untuk menyekat
A
B
kemasukan pendatang tanpa izin. Tiada kesalahan
C
D
3.Pisau itu dipertajamnya untuk digunakan bagi menyembelih ayam hutan yang telah
A
B
berjaya dijerat itu. Tiada kesalahan.
C
D
4.Faridah ialah pelajar yang terpandai sekali dalam kelas Tingkatan 3 Mawar. Tiada
A
B
C
kesalahan.

5.Pekerja-pekerja JKR itu sedang memperdalamkan parit di sepanjang jalan itu.


A
B
C
Tiada kesalahan.
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 23
Nombor
Jawapan
Huraian
soala
n
1
C
A dan B tiada kesalahan.

64

NOTA TATA PMR

3
4

D
B

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C salah kerana frasa adjektif paling termeriah merupakan kesalahan kerana


frasa ini menerima kata penguat hadapan kerana frasa ini menerima kata
penguat hadapan paling dan pada masa yang sama kata adjektif yang
membentuk frasa menerima imbuhan ter- (termeriah) yang merujuk kepada
maksud darjah penghabisan. Seharusnya frasa adjektif yang betul ialah paling
meriah ataupun termeriah sahaja.
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana perkataan memperketatkan tidak gramatis kerana terbit
daripada kata dasar ketat yang merupakan kata adjektif. Kata adjektif TIDAK
BOLEH menerima imbuhan apitan memper-...-kan sebaliknya hanya
menerima imbuhan awalan memper-... menjadi memperketat.
A, B dan C tiada kesalahan.
A dan C tiada kesalahan.
B salah kerana perkataan terpandai selengkapnya menggunakan perkataan
pandai sahaja. Hal ini demikian kerana kata menguat sekali telah ada
digunakan selepas perkataan terpandai.
A dan C tiada kesalahan.
B salah kerana perkataan memperdalamkan seharusnya menggunakan
perkataan memperdalam sahaja. Hal ini demikian kerana kata adjektif hanya
menerima amalan memper-... sahaja.

Tugasan Praktikal 24
Frasa Adjektif
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1. Para guru diseru gar memperluaskan pengetahuan mereka dalam menghadapi era pendidikan yang
kian mencabar.
A supaya memperluasi ilmu pengtahuan mereka
B agar memperluas pengetahuan mereka
C supaya meluas ilmu pengetahuan mereka
D agar memperluaskan pengetahuan mereka
2.Taman bunga itu diperintahkan dengan pelbagai pokok bunga oleh tukang kebun untuk menambahkan
keceriannya.
A diperindah dengan pelbagai pokok bung
B diperindahi dengan pelbagai pokok bunga
C diindah dengan pelbagai pokok bunga
D diperintahkan dengan pelbagai pokok bunga
3.Kanak-kanak yang belum sangat terpandai berjalan itu terjatuh sewaktu cuba menuruni tangga
rumahnya.
A sangat belum pandai berjalan-jalan
B belum tersangat pandai berjalan
C belum pandai sangat berjalan
D belum sangat terpandai berjalan
4.Pihak berkuasa bandar raya memperlebar tasik di Taman Tasik itu untuk menarik lebih ramai
pengunjung ke situ.
A memperlebarkan tasik di Taman Tasik itu
B memperlebarkan tasik di Taman Tasik itu
C memperlebarkan tasik di Taman Tasik itu

65

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D memperlebar tasik di Taman Tasik itu


5.Bangunan Menara Berkembar Ppetonas merupakan bangunan berkembar yang kedua tertinggi sekali
di dunia.
A yang kedua tertinggi di dunia.
B yang kedua paling tertinggi di dunia.
C yang kedua tertinggi sungguh di dunia.
D yang kedua tertinggi sekali di dunia.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 24
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
A, C, dan D salah kerana frasa memperluaskan terbit daripada kata dasar
luas yang merupakan kata adjektif. Kata adjektif tidak seharusnya
menerima imbuhan apitan memper-...-kan sebaliknya hanya menerima
awalam memper...menjadi memperluas. Dari segi sebutan mungkin lebih
enak jika disebut memperluaskan namun dari sudut tatabahsa hanya kata
nama dan kata kerja sahaja yang menerima apitan memper-...-kan.
2
A
B, C dan D salah kerana frasa diperindahan merupakan frasa kerja pasif
yang terbit daripada frasa kerja aktif memperindahkankan. Frasa
memperindahkan merupakan satu kesalahan kerana kata dasarnya indah
merupakan kata adjektif yang hendak menerima imbuhan memper-...
(memperindah). Maka, apabila dipasifkan seharusnya menjadi diperindah
sahaja.
3
C
A, B dan C salah kerana frasa belum sangat terpandai merupakan kesalahan
kerana menerima penguat sangat dan teR- yang membawa maksud darjah
penghabisan pada masa yang sama. Walaupun dibenarkan sekiranya salah
satu merupakan penguat bebas, namun dalam hal ini imbuhan teR- merujuk
kepada darjah penghabisan dan perlu digugurkan. Sekiranya digunakan
akan membentuk kesalahan kerana maksud paling pandai berjalan
merupakan kesalahan maksud frasa. Tidak mungkin ada kanak-kanak yang
paling pandai berjalan sebaliknya pandai sahaja dan boleh menerima
penguat sangat dengan syarat digabungkan dnegan kata bantu belum
menjadi belum sangat pandai berjalan.
4
D
A, B dan C salah kerana frasa memperlebar sahaja yang boleh digunakan
dalam bahagian ayat yang bergaris itu. Hal ini demikian kerana kata
adjektif lebar hanya perlu menggunakan awalan memper-...sahaja.
5
A
B, C dan D salah kerana aawalanteR... pada kata adjektif tidak perlu
menggunakan kata penguat sama ada sebelum atau selepasnya.
Tugasan Praktikal 25
Frasa adjektif
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang
paling sesuai.
1.I Buku-buku terbaik dalam pasaran biasanya ditulis oleh penulis yang sudah ternama dalam bidang
penulisan.
II Gadis Melayu memang sudah paling terkenal sekali dengan sifat sopan santunnya.
III Dia tidak suka akan sikap rakannya yang suka m,encampuri urasan orang lain.
IV Suara burung-burung di hutan itu yang berkicau pada setiap pagi merdu sekali.
A I dan II
B III dan IV
C I, II, dan III
D II, III dan IV
2.I Ibu bapanya begitu rajin mengerjakan sawah tetapi anaknya amat tidak berminat sama sekali.

66

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

II Bangunan-bangunan di kota itu sewanya agak mahal-mahal harganya walaupun ruangnya amat kecil
sekali.
III Mereka ketawa terbahak-bahak kerana keterlaluan geli hati melihat keleteh anak kecil itu.
IV Kawasan pantai itu agak sesuai juga untuk dijadikan kawasan pelancongan jika diusahakan dengan
baik.
A I sahaja
B I dan IV
C II, dan III
D II, III dan IV
3.I Dia begitu lemah longlai sekali setelah bekerja sehari suntuk di tapak pembinaan bangunan itu.
II Kami tidak menyangka bahawa usaha kami memperelok lukisan murai itu tidak digemari oleh tuan
pengetua.
III Barang yang berjenama vbiasanya dijual dengan harga yang tinggi-tinggi.
IV Kawalan harga terhadap barang-barang keperluan harian akan diperketat untuk menjaga
kepentingan pengguna.
A I dan III
B II dan IV
C I,III, dan IV
D II,III dan IV
4.I Deretan kedai-kedai di kampong itu pendek-pendek sahaja.
II Penduduk-penduduk di tepi pantai itu kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.
III Semua kanak-kanak di Bandar itu belajar di sekolah kebangsaan di Bandar yang berhampiran.
IV Jaraknya kampong ini dari Bandar Melimau ialah tiga km sahaja atau pun kira-kira lima minit
perjalanan dengan kereta.
A I dan II
B III dan IV
C I, II, dan III
D II,III dan IV
5.I Barang-barang yang dijual di kedaui itu murah-murah sahaja.
II Kereta yang dijual di kedai kereta terpakai itu elok-elok belaka.
III Pokok kelapa sawit di lading Pak Sanik itu tua-tua belaka.
IV Orang yang terkaya sekali di kampong itu ialah DatoHusaini Asraf
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II,III dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 25
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
Pilihan I salah kerana mengandungi kesalahan pembentukanm frasa
buku-buku terbaik dalam pasaran yuang seharusnya menerima kata
hubung yang begi membentuk frasa yang betul menjadi buku-buku
yang terbaik dalam pasaran kerana kata hubung yang menjadi
penyambung kata inti buku-buku dengan keterangan paling baik.
Pilihan II salah kerana mengandungi kesalahan mengandungi kesalahan
pembentukan frasa adjektif sudah paling terkenal sekali kerana dua
penguat hadapan dan belakang TIDAK BOLEH hadir pada masa yang
sama dalam satu adjektif. Seharusnya frasa yang betul iaiah paling
terkenal atau terkenal sekali. Kemungkinan ada yang kerana
mendukung maksud darjah penghabisan. Sebenarnya terkanal frasa
yang betul kerana sekiranya digugurkan teR- frasa menjadi paling
kenal. Adakah paling kenal membentuk frasa yang betul. Tentulah tidak
kerana perlu menerima ter- bagi membentuk maksud dikenali. III dan
IV tiada kesalahan.
2
B
Pilihan II salah kerana menerima penggandaan pada kedua-dua kata
nama (bangunan-bangunan) dan kata adjektif (mahal-mahal) sedangkan
kedua-dua nya merujuk kepada maksud yang sama. Seharusnya kata
ganda berkenaan digugurkan salah satunya menjadi bangunan-bangunan
di kota itu sewanya mahal ataupun bangunan di kota itu sewanya mahalmahal. Pilihan III mengandungi kesalahan p[ada frasa kerterlaluan

67

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

sepatutnya hanya menerima imbuahn teR(terlalu) bagi membentuk


maksud paling. Frasa yang betul seharusnya terlalu geli hati. Pilihan I
dan IV tiada kesalahan.
Pilihan I salah kerana mengandungi kesalahan pada frasa begitu lemah
longlai sekali kerana menerima penguat hadapan dan penguat belakang
pada frasa adjektif lemah-longlai pada masa yang sama. Sehatusnya
begitu lemah longlai ataupun lemah longlai sekali. Pilihan III salah
kerana harga yang tinggi-tinggi merujuk nanyak yang tinggi. Maka
seharusnya penggandaan pada kata adjektif tinggi digugurkan
menjadikan frasa berkenaan dijual dengan harga yang tinggi. Pilihan II
dan IV tiada kesalahan.
I salah kerana deretan telah menunjukkan makna jamak. Oleh itu kedaikedai tidak perlu digandakan. II salah kerana penduduk tidak perlu
digandakan kerana penduduk sudah membawa makna jamak.
I salah kerana barang-barang dan murah-murah, sabaliknya satu sahaja
yang perlu digandakan. II salah kerana frasa adjektif terkaya sekali tidak
gramatis.

FRASA KERJA
Frasa kerja ialah binaan frasa yang boleh terdiri sama ada daripada satu perkataan ataupun lebih dan
intinya merupakan kata kerja. Secara umum frasa kerja boleh terbina daripada dua jenis, iaitu:
1.Frasa kerja yang mengandungi objek ataupun penyambut bagi melengkapkan frasa berkenaan.
2.Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ataupun penyambut bagi melengkapkan
makna frasa berkenaan.
Perbandingan Pembentukan Frasa Kerja
1.Frasa Kerja Tanpa Objek
Subjek (Frasa Nama)
Frasa Kerja Tanpa Objek Sebagai Pelengkap
Makna
Salleh
sedang menangis.
Mereka
sedang berbual-bual.
Sekumpulan kanak-kanak
bermain-main di padang.
Petani itu
sedang berkebun.
Matahari
memancarkan dengan teriknya.
2.Frasa Kerja dengan Objek
Subjek (Frasa nama)
Frasa Kerja dengan Objek Sebagai Pelengkap Makna
Salleh
memukul ular itu.
Mereka
sedang menduduki peperiksaan.
Sekumpulan kanak-kanak
sedang menaiki bas sekolah.
Petani itu
menebang pokok getah.
Matahari
memancarkan cahayanya ke seluruh alam.
Perbincangan lanjut, sila teliti keterangan seterusnya.
Frasa kerja aktif terbahagi kepada dua jenis, iaitu;
(a) Frasa Kerja Transitif
(b) Frasa Kerja Tak Transitif
a)Frasa Kerja Transitif
Frasa kerja transitif merupakan frasa kerja yang mengandungi kata kerja transitif dan kata nama yang
berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif. Setiap kata kerja transitif memerlukan objek. Frasa
kerja transitif juga mesti menerima imbuhan meN-

68

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat Contoh:
(i)
Mereka selalu membincangkan perkara itu bersama-sama sebelum bertindak.
(ii)
Kami akan melaporkan perkara itu kepada pihak yang berkuaasa.
**PERHATIAN
Dalam kedua-dua ayat tersebut, kata kerja transitif ialah membincangkan dan melaporkan. Keduaduanya memerlukan objek, iaitu perkara itu. Tanpa objek, ayat tersebut membentuk kesalahan frasa
kerja.
(a)Frasa Kerja Transitif yang Boleh Menggugurkan Frasa Nama
Frasa kerja ini menerima imbuhan meN- dan boleh digugurkan penyambutnya yang terdiri daripada
frasa nama tanpa menjejaskan maksud ayat. Frasa kerja ini juga boleh menerima kata penguat
sebagaimana dalam frasa adjektif.
Contoh:
Subjek (Frasa nama)
Frasa kerja
Penyambut yang boleh
digugurkan
1.Peristiwa itu
amat menakutkan
(mereka)
2.Pertunjukan itu
begitu menghibarkan
(para penonton)
3.Pemeriksaan keselamatan tersebut
sangat menyulitkan
(para pelancong)
4.Kemalangan jalan raya itu
sungguh menyedihkan
(orang ramai)
5.Kejadian ribut taufan itu
begitu mencemaskan
(penduduk kampung)
(b)Frasa Kerja Tak transitif
Frasa kerja tak transitif merupakan kata kerja yang tidak mengandungi pelengkap ataupun objek. Tanpa
pelengkap ayat tersebut dapat membentuk ayat yang tepat maksudnya. Namun sekiranya ayat tersebut
diperluas dengan keterangan, kata kerja tersebut perlu menerima kata sendi untuk menghubungkan
kata kerja dengan keterangan. Frasa kerja intransitif menerima awalan meN-, beR-, teR- ataupun
bagi kata kerja yang terbit daripada kata adjektif tidak nyata tidak memerlukan imbuhan. Contohnya
lupa, suka, lalu.
Ayat Contoh:
(i)
Dia selalu termenung
(ii)
Dia selalu termenung di tempat kerjanya.
ULASAN
Dalam kedua-dua ayat tersebut kata kerja tak transitifnya ialah termenung. Tanpa pelengkap ayat
tersebut boleh berdiri sendiri. Apabila digabungkan dengan keterangan mengenangkan nasibnya yang
malang, kata kerja intransitif perlu menerima kata sendi di untuk menghubungkan dengan
keterangan tempat kerjanya.
KESALAHAN FRASA KERJA AKTIF
Dalam pembentukan kedua-dua frasa kerja aktif dan frasa kerja aktif tak transitif, terdapat beberapa
bentuk kesalahan yang selalu dilakukan dan kesalahannya tidak begitu ketara sehingga mengelirukan
para pelajar kerana maksud ayat yang dibina masih dapat difahami. Oleh itu, para pelajar perlu meneliti
dengan mendalam perkata ini.
(a) Kesalahan Pembentukan Frasa Kerja Transitif yang Meletakkan Kata Sendi ataupun
keterangan selepas Kata Kerja Transitif.
Seperti yang dibincangkan pada awal bahagian ini, frasa kerja transitif memerlukan objek yang terdiri
daripada kata nama dan tidak boleh diselitkan apa-apa perkataan antara kata kerja transitif dan ataupun
objek. Dalam PMR kadangkala dikemukakan soalan kesalahan ayat yang menggugurkan imbuhan
MeN-pada kata kerja transitif sehingga menjejaskan maksud ayat. Sila lihat contoh kesalahan dalam
ayat-ayat yang berikut:
Contoh:
(i)
Mereka selalu membincangkan tentang kejadian tersebut.
(ii)
Kerajaan akan menimbangkan akan hal itu dengan teliti.

69

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

(iii)
Dia mempunyai banyak pengalaman setelah lama merantau.
(iv)
Aminah memberitahu kepada ibunya perihal kelakuan buruk adiknya.
(v)
Kerajaan akan bantu golongan yang tidak berkemampuan di negara ini.
(vi)
Mereka akan hapuskan semua bukti yang dapat digunakan untuk mendakwa mereka.
ULASAN
Dalam keempat-empat ayat tersebut (ayat (i)-ayat (iv)) kesalahan yang terbentuk tidak begitu ketara.
Dalam ayat pertama perkataan membincangkan perlu diikuti oleh perkataan kejadian tersebut.
Dalam ayat kedua perkataan menimbangkan perlu diikuti oleh perkataan hal itu. Dalam ayat ketiga
perkataan mempunyai perlu diikuti oleh perkataan pengalaman. Dan dalam ayat keempat perkataan
memberitahu perlu diikuti oleh perkataan ibunya. Dalam ayat (v) dan (vi) kata bantu dan
hapuskan haruslah menggunakan awalan meN-.
Ayat yang sepatutnya:
(i)
Mereka selalu membincangkan kejadian tersebut.
(ii)
Kerajaan akan menimbangkan hal itu dengan teliti.
(iii)
Dia mempunyai pengalaman yang banyak setelah lama merantau.
(iv)
Aminah memberitahu kepada ibunya perihal kelakuan buruk adiknya.
(v)
Kerajaan akan membantu golongan yang tidak berkemampuan di negara ini.
(vi) Mereka akan menghapuskan semua bukti yang dapat digunakan untuk mendakwa mereka.
(b)Kesalahan Pembentukan Frasa Kkerja Transitif yang Menggugurkan awaln me- dan hanya
mengekalkan akhiran -kan.
Dalam frasa kerja transitif, awalan me- mesti digunakan kecuali dalam babarapa perkataan sahaja
seperti makan dan minum. Pengguguran awalan me- dan hanya meninggalkan akhiran -kan
akan membentuk kesalahan yang tidak begitu ketara. Pelajar-pelajar jangan keliru dengan perkara ini.
Contoh:
(i)
Kita perlu cintakan negara ini.
(ii)
Dia tidak gemarkan pelajaran sejarah.
(iii)
Bapa sangat sayangkan kucing itu.
**PERHATIAN
Sebenarnya dalam keempat-empat ayat tersebut, akhiran kan adalah mewakili kata bantu akan.
Ayat tersebut sepatutnya menggugurkan akhiran kan dan menggantikannya dengan apitan meN-i.
Ayat yang sepatutnya:
(i) Kita perlu mencintai negara ini.
atau
Kita perlu cinta akan negara ini.
(ii) Dia tidak menggemari pelajaran sejarah.
atau
Dia tidak gemar akan pelajaran sejarah.
(iii) Bapa sangat menyayangi kucing itu.
atau
Bapa sangat sayang akan kucing itu.
(c) Kesalahan Pembentukan Ffrasa Kerja Tak Transitif yang Diperluas Tanpa Meletakkan Frasa
Sendi antara Kata Kerja Tak transitif dengan keterangan.
Seperti yang dibincangkan pada awal bahagian ini, pembentukan frasa kerja tak transitif yang diperluas
dengan keterangan memerlukan kata sendi untuk menghubungkan frasa kerja tak transitif dengan
keterangan. Tanpa frasa sendi ayat yang dibina akan membentuk kesalahan frasa kerja tak transitif.
Selain itu, pengguguran imbuhan pada kata kerja intransitif juga akan membentuk kesalahan lazim yang
kerap dikemukakan dalam PMR. Cuba teliti kesalahan-kesalahan dalam ayat-ayat yang berikut:
Contoh:
(i)
Dia akan berjumpa doktor apabila sakit.

70

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

(ii)
Setiap pagi, Amin lalu lorong itu untuk ke sekolah.
(iii)
Kami selalu balik kampung pada hujung minggu.
(iv)
Mereka sudah tahu perkara itu.
(v)
Dia akan jumpa dengan bomoh apabila sakit.
**PERHATIAN
Kelima-lima ayat tersebut mengandungi kesalahan frasa kerja tak transitif yang tidak begitu ketara
kerana maksud ayat masih jelas. Namun seperti yang dikatakan setiap frasa kerja tal transitif yang
diperluas dengan keterangan perlumenerima kata sendi. Kata kerja tak transitif dalam ayat-ayat tersebut
ialah berjumpa, lalu, balik, tahu, dan jumpa. Selepas perkataan tersebut perlu diikuti oleh
kata sendi, iaitu dengan, di, ke, dan akan.
Ayat yang sepatutnya:
(i)
Dia akan berjumpa dengan doktor apabila sakit.
(ii)
Setiap pagi, Amin lalu di lorong itu untuk ke sekolah.
(iii)
Kami selalu balik ke kampung pada hujung minggu.
(iv)
Mereka sudah tahu akan perkara itu.
(v)
Dia akan berjumpa dengan bomoh apabila sakit.
(d) Kesalahan Pembentukan Frasa Kerja Tak Transitif Berapitan ber--kan yang Meletakkan Kata
Sendi Selepas Kata Kerja.
Dalam frasa kerja tak transitif yang berapitan ber-..-kan, kata kerja yang terbentuk memerlukan
pelengkap yang terdiri daripada kata nama. Hal ini disebabkan akhiran kan dalam apitan beR-kan terbit daripada kata sendi akan yang memerlukan pelengkap kepada kata kerja yang dibina.
Ketiadaan pelengkap atau kata sendi selepas apitan ber--kan akan membentuk kesalahan frasa kerja
tak transitif. Cuba teliti ayat-ayat yang diberikan di bawah ini yang mengandungi kesalahan seperti
yang dinyatakan.
Contoh:
(i)
Dia tidur beralaskan dengan tikar sahaja.
(ii)
Mereka berpandukan kepada kompas setelah tersesat.
(iii)
Pihak berkuasa bertindak berdasarkan kepada maklumat orang ramai.
(iv)
Razak beristerikan dengan seorang gadis desa.
**PERHATIAN
Keempat-empat ayat tersebut seolah-olah tidak mengandungi apa-apa kesalahan jika tidak teliti dengan
mendalam. Namaun menurut pembentukan frasa kerja tak transitif, ayat tersebut tidak tepat
pembentukannya kerana tidak menurut hukum pembentukan frasa kerja tak transitif yang sebenarnya.
Perkataan beralaskan, berpandukan, berdasarkan, beristerikan tidak seharusnya menerima kata
sendi selepasnya. Frasa tersebut memadai diikuti oleh perkataan pelengkapnya yang terdiri daripada
kata nama iaitu tikar, kompas, maklumat, dan seorang gadis desa. Sekiranya kata sendi masih
mahu digunakan juga dalam ayat-ayat tersebut, akhiran kan pada apitab beR--kan perlulah
digugurkan.
Ayat yang sepatutnya:
(i)
Dia tidur beralaskan tikar sahaja.
(ii)
Mereka berpandukan kompas setelah tersesat.
(iii) Pihak berkuasa bertindak berdasarkan maklumat orang ramai.
(iv)
Razak beristerikan seorang gadis desa.
Ataupun
(i)
Dia tidur beralas dengan tikar sahaja.
(ii)
Mereka berpandu kepada kmpas setelah tersesat.
(iii)
Pihak berkuasa bertindak berdasar kepada maklumat orang ramai.
(iv)
Razak beristeridengan seorang gadis desa.
Tugasan Praktikal 26

Frasa Kerja

71

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Kita perlu kerja dengan bersungguh-sungguh agar segala yang dicita-citakan akan
A
B
C
tercapai. Tiada kesalahan.
D
2.Yang Berhormat wakil rakyat kawasan itu akan sampaikan sumbangan dalam
A
B
majlis sambutan Hari Peladang di kawasan tersebut. Tiada kesalahan.
D

3.Pihak berkuasa akan menjelaskan tentang isu sebenar kejadian itu agar orang ramai
A
B
tidak keliru dengan masalah yang timbul. Tiada kesalahan.
C
D
4.Pesakit itu ingin berjumpa doktor secepat mungkin kerana bisa patukan ular di
A
B
C
kakinya semakin merebak. Tiada kesalahan.
D
5.Dengan berdasar pada bukti itu maka memang benarlah dia bersalah dalam kes
A
B
yang sedang dibicarakan itu. Tiada kesalahan.
D

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 26


Nombor
Jawapan Huraian
soalan
1
A
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana perkatan kerja merupakan frasa kerja tak transitif
(intransitif) perlu menerima imbuhan awalan ber- menjadi bekerja
bagi membentuk frasa kerja yang tepat. Hanya ayat perintah transitif
sahaja yang menggugurkan awalan pada perkataan kata kerja.
2
B
A dan C tiada kesalahan.
B salah kerana perkataan sampaikan merupakan bentuk frasa kerja
transitif yang seharusnya menerima apitan meN--kan menjadi
menyampaikan bagi membentuk frasa kerja transitif yang betul. Perkataan
sampaikan akan membentuk ayat perintah sedangkan ayat dalam soalan
berkenaan bukanlah ayat perintah.
3
A
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana ayat dalam soalan merupakan ayat frasa kerja transitif
yang secara lumrahnya menerima penyambut ataupun objek daripada kata
nama sedangkan perkataan tentang bukan frasa nama sebaliknya frasa
sendi nama yang hanya diletakkan selepas frasa kerja tak transitif
(intransitif). Kata sendi nama tentang hendaklah digugurkan terus
daripada ayat berkenaan.

72

NOTA TATA PMR


4

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B dan C tiada kesalahan.


A salah kerana kata kerja tak transitif berjumpa seharusnya diluruskan
dengan menggunakan kata sendi dengan
Tiada kesalahan

Tugasan Praktikal 27
Frasa Kerja
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
1.Mereka benar tidak sangka bahawa Azam sanggup berkhianat pertubuhan yang dianggotai mereka
sekian lama.
A benar-benar tidak menyangka bahawa Azam sanggup mengkhianati
B tidak sangka benar-banar yang Azam berkesanggupan mengkhianati
C tidak benar-benar mengyangka yang Azam mampu mengkhianat
D benar tidak sangka bahawa Azam sanggup berkhianat
2.Saban minggu dia akan balik kampung untuk jumpanya ibunya yang sudah uzur dan tinggal
berseorangan di rumah pusaka itu.
A balik ke kampung untuk berjumpa dengan ibunya
B balik kampung demi menemui dengan ibunya
C balik ke kampung demi berjumpa ibunya
D balik kampung uuntuk jumpa ibunya
3. Penduduk kampung di pedalaman itu sudah lama mengharap bekal elektrik dari pihak yang sering
berjanji dengan mereka.
A harap akan pembekalan elektrik daripada
B mengharapkan bekalan elektrik daripada
C berharap dengan bekalan elektrik dari
D mengharap bekal elektrik dari
4.Pasukan pengakap itu tersesat di dalam hutan itu kerana mereka tidak berpandukan tanda isyarat yang
diberikan.
A mereka tidak berpandu tanda isyarat
B mereka tidak berpandu dengan tanda isyarat
C mereka tidak berpandukan pada tanda isyarat
D mereka tidak berpandukan tanda isyarat
5.Dia menceburi diri dalam bidang hiasan dalaman sudah hampir sepuluh tahun.
A Dia mencebur diri dalam bidang hiasan dalaman
B Dia ceburkan diri dalam bidang hiasan dalaman
C Dia menceburkan diri dalam bidang hiasan dalaman
D Dia menceburi diri dalam bidang hiasan dalaman
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 27
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
A
B, C dan D salah. Terdapat dua kesalahan dalam bahagian bergaris, iaitu
sangka dan berkhianat yang seharusnya membentuk frasa kerja transitif
yang mengikut hukum tatabahasa perlu merima imbuhan meN- menjadi
menyangka dan mengkhianati. Hal ini demikian kerana perkataan
menyangka merupakan ayat komplemen yang perlu menerima kata hubung
bahawa menjadi menyangka bahawa, manakala perkataan berkhianat pula

73

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

menerima penyambut kata nama pertubuhan dan seharusnya menjadi


mengkhianat pertubuhan.
B, C dan D salah.
Bahagian bergaris mengandungi kesalahan pembentukan frasa kerja tak
transitif (intransitif). Perkataan balik merupakan kata kerja tak transitif
yang perlu menerima kata sendi nama ke menjadi balik ke kampung bagi
membentuk frasa yang betul. Manakala perkataan jumpa juga merupakan
kata kerja tak transitif kerana diikuti kata hubung dengan bagi
menyambungkannya dengan keterangan ibu, maka seharusnya frasa
berkenaan menjadi berjumpa dengan ibunya.
B, C dan D salah.
Bahagian bergaris mengandungi kesalahan pembentukan frasa kerja
transitif yang seharusnya menerima apitan meN--kan (mengharapkan)
karana perkataan mengharap merupakan kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut sedangkan dalam bahagian berkenaan frasa mengharap diikuti
oleh penyambut frasa nama bekalan eletrik. Satu lagi kesalahan ialah dari
segi penggunaan kata sendi nama dari yang hanya digunakan untuk Arah,
Tempat, dan Masa (ATM) sedangkan maksud ayat tidak merujuk manamana satu ATM sebaliknya merujuk pihak yang seharusnya menggunakan
kata sendi nama daripada.
A,B dan C salah. A salah kerana kata berpandu seharusnya disertai akhiran
kan. B salah kerana penggunaan kata sendi dengan. Seharusnya bahagian
ayat itu menggunakan kata sendi pada selepas kata berpandu. C salah
kerana selepas kata berpandukan tidak perlu menggunakan kata sendi pada.
A, B dan D salah. A salah kerana kata mencebur dalam bahagian ayat ini
tidak menggunakan akhiran kan. B salah kerana kata ceburkan tidak
menggunakan awalan meN-. D salah kerana kata menceburi seharusnya
menggunakan kata menceburkan.

Tugasan Praktikal 28
Frasa Kerja
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang sesuai.
1.I Kita tidak boleh menafi bahawa kerajaan telah banyak usaha memberikan kemudahan kepada
rakyat.
II Kami perlu bersaing dengan pasukan lain sebelum dapat mara ke perlawanan akhir pertandingan
bola sepak itu.
III Pelajar-pelajar mesti sedar akan keburukan terlibat dengan gejala memuja syitan.
IV Kita mesti sentiasa cari jalan untuk berjaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi.
A I dan II saja
B II dan III saja
C I, II, dan III saja
D II,III, dan IV saja
2.I Kami berasa bangga kerana sekolah kami telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan syarahan
peringkat kebangsaan.
II Mereka sering sahaja berbincang tentang pelajaran sehingga larut malam kerana peperiksaan
semakin hampir.
III Bersama-sama dua orang temannya, dia mengembara seluruh negara selama sebulan.
IV Penceramah itu berjaya menerangkan dengan jelas tentang perkara tanpa ragu-ragu.
A I dan II saja
B II dan III saja
C I, II, dan III saja
D II,III, dan IV saja
3.I Walaupun gajinya agak kecil, dia mampu membahagia akan keluarganya yang seramai lima orang.
II Nenek sentiasa berdoa agar kami sentiasa dalam keadaan sihat walaupun di mana-mana kami
berada.

74

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

III Peluang mencari kekayaan sentiasa terbuka dengan luas asalkan sahaja kita mahu berusaha.
IV Kumpulan teater itu akan memeprsembahkan kisah tragis itu berdasarkan cerita sebenar.
A I dan II saja
B II dan III saja
C I, II, dan III saja
D II,III, dan IV saja
4.I Pesakit itu menjalankan pembedahan buah pinggang pada hari ini.
II Mereka sedang membahaskan tentang peruntukan kewangan bagi belanjawan tahun depan.
III Tol di Jalan Kkuching telah ditutup dua tahun yang lalu dan kini jalan tersebut tidak lagi dikenakan
bayaran tol.
IV Masih banyak lagi rakyat layak mengundi tidak berdaftar untuk mengundi, kata Ppengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya.
A I dan II saja
B III dan IV saja
C I, II, dan III saja
D II,III, dan IV saja
5.I Usia penubuhan FELDA akan genap 50 tahun pada 6 Jjulai depan.
II Dalam usaha mempertingkat semangat setia kawan, anggota tentera juga perlu mengekalkan
disiplin.
III Masjid yang didirikan di negara ini bukan sahaja besar dari saiznya malah reka bentuknya juga
menarik.
IV Sistem sekolah agama di negeri tersebut banyak mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
A I dan II saja
B II dan III saja
C I, II, dan III saja
D I, III, dan IV saja
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 28
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
Pilihan I salah kerana mengandungi kesalahan pembentukan imbuhan pada
perkataan menafi yang seharusnya menerima akhiran kan menjadi
menafikan kerana bentuk ayat ini merupakan ayat komplemen (teliti kata
hubung bahawa) sebagai penyambung ayat induk dengan penyambut.
Perkataan usaha pula seharusnya menerima awalan ber- menjadi berusaha
dan menerima kata hubung untuk bagi menghubungkannya dengan frasa
kerja memberikan bagi membentuk frasa yang betul, iaitu berusaha untuk
memberikan kemudahan.
Pilihan IV salah kerana mengandungi kesalahan pengguguran awalan meN pada kata kerja cari yang seharusnya membentuk mencari bagi
membentuk mencari bagi membentuk frasa kerja transitif yang betul.
Kesalahan kedua ialah pengguguran unsur penggandaan pada perkataan apa
yang seharusnya membentuk apa-apa bagi membentuk kata ganti tak tentu
kerana perkataan apa merupakan kata tanya sedangkan ayat berkenaan
bukanlah ayat tanya. Pilihan II dan III tiada kesalahan.
2
A
Pilihan III salah kerana mengandungi kesalahan pembentukan frasa kerja
tak transitif yang seharusnya menerima kata hubung dengan bagi
membentuk frasa yang betul, iaitu bersama-sama dengan dua orang
temannya. Manakala kesalahan kedua ialah pengguguran kata sendi nama
ke selepas perkataan kata kerja tak transitif mengembara. Kata kerja tak
transitif seharusnya menerima kata sendi nama nama selepasnya jika
terdapat keterangan selepas frasa berkenaan (keterangan dalam frasa
berkenaan ialah seluruh negara). Pilihan IV salah kerana mengandungi
kesalahan pembentukan frasa kerja transitif yang meletakkan kata hubung
selepas kata kerja menerangkan. Seharusnya kata hubung dengan
digugurkan kerana selepas kata kerja transitif ialah penyambut frasa nama
perkara. Seharusnya frasa yang betul ialah menerangkan perkara itu dengan
jelas dan tanpa ragu-ragu.

75

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Pilihan I dan II tiada kesalahan.


Pilihan I salah kerana mengandungi kesalahan pembentukan frasa kerja
transitif membahagia yang seharusnya menerima imbuhan apitan meN-kan menjadi membahagiakan dan digugurkan kata sendi nama akan kerana
dalam frasa kerja transitif, selepas kata kerja ialah penyambut yang terdiri
daripada frasa nama (keluarganya). Frasa yang betul ialah membahagiakan
keluarganya. Pilihan II, III, dan IV tiada kesalahan.
Pilihan I salah kerana ayat itu seharusnya menggunakan kata menjalani.
Kata menjalankan bermaksud pesakit itu sebagai doktor membuat
pembedahan kepada orang lain. Pilihan II salah kerana menggunakan kata
sendi tantang selepas kata kerja transitif membahaskan.
Pilihan II salah kerana kata kerja transitif mempertingkat seharusnya
menggunakan apitan mempeR--kan

FRASA SENDI
PEMBENTUKAN FRASA SENDI
Frasa sendi merupakan satu binaan dalam binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama
dan satu frasa nama yang berfungsi sebagai objek kepada kata sendi nama berkenaaan. Kedudukan kata
sendi nama dalam frasa sendi adalah di hadapan frasa nama yang berfungsi sebagai objek. Dalam
perbincangan ini, bahagian uyang kerap menimbulkan masalah dalam pembentukan frasa sendi sahaja
yang dibincangkan secara terperinci. Bagi penggunaan kata sendi nama, sila rujuki bahagian KATA
SENDI dalam bahagian Golongan Kata.
PENGGUNAAN FRASA SENDI DALAM AYAT MAJMUK
(a) Kesalahan pengguguran frasa sendi dalam ayat majmuk
Kesalahan frasa sedni dalam ayat majmuk kerap dikemukakan dalam soalan membetulkan sebahagian
daripada ayat yang bergaris jika mengandungi kesalahan. Kerap kali dalam ayat majmuk, predikat
kedua yang terdiri daripada kata nama tidak menerima kata sendi kerana pelajar-pelajar dan
kebanyakan pengguna bahasa Melayu menganggap dan membuat andaian bahawa kata sendi pada
kedua-dua predikat. Hal inilah yang mengelirukan dan kerap menjerat pelajar dalam memilih jawapan
yang salah kerana kesalahanya tidak menampakkan perbezaan ataupun kelainan dari segi maksud ayat
dan tidak menjejaskan maksud ayat secara keseluruhan. Kata sendi nama pada unsur kedua TIDAK
BOLEH digugurkan sekiranya kata sendi nama yang membentuk frasa sendi nama dalam bentuk setara
ialah ke.
Contoh:
(i)
Abang saya akan pulang dari Singapura pada bulan ini atau bulan depan.
(ii)
Ahmad memandang budak itu ke atas dan bawah sebelum menyoalnya.
(iii)
Kami akan bertolak ke Muar dan Melaka pada malam esok.
(iv)
Dia selalu berjalan ke sana dan sini untuk mengisi masa lapangnya.
(v)
Kami tidak akan melawat ke Pulau Langkawi tetapi Pulau Pangkor.
Ayat yang sepatutnya:
(i)
akan pulang dari Singapura pada bulan ini atau pada bulan depan.
(ii)
budak itu ke atas dan ke bawah
(iii)
bertolak ke Muar dan ke Melaka
(iv)
berjalan ke sana dan ke sini
(v)
melawat ke Pulau Langkawi tetapi ke Pulau Pangkor.
**PERHATIAN
Semua ayat di atas merupakan ayat berlapis yang mengandungi dua predikat atau keterangan yang
terdiri daripada frasa sendi. Pengguguran salah satu kata sendi dalam frasa yang mebentuk predikat atau
keterangan akan menyalahi hukum pembentukan ayat dalam bahasa Melayu.

76

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

(b) Pengguguran bentuk se dalam frasa sendi dari dan ke


Bbinaan frasa sendi nama yang mengandungi frasa nama menerima bentuk se sekiranya frasa sendi
nama dari dan ke TIDAK BOLEH digugurkan salah satunya. Sekiranya bentuk se digunakan
pada unsur pertama, bentuk se juga perlu digunakan pada unsur yang kedua. Sekiranya pada unsur
pertama mengandungi bentuk se, maka unsur kedua juga perlu menerima bentuk se. ringkasnya
TIDAK BOLEH digugurkan bentuk se pada salah satu frasa nama secara berasingan.
Contoh:
(i)
Kerajaan sentaisa memantau aspek keselamatan pengguna jalan raya dari masa ke semasa.
(ii)
Warna cecair itu berubah dari detik ke sedetik apabila dicampurkan dengan cecair lain.
(iii)
Keupayaan pelari pecut itu merosot dari setahun ke tahun kerana faktor usianya yang kian
meningkat.
(iv)
Semenjak kejadian itu, dari hari ke sehari keadaan tubuhnya semakin kurus.
(v)
Pretasi pelajarannya meningkat dari sebulan ke bulan setelah mengikuti kelas bimbingan.
Ayat yang sepatutnya:
(i)
dari masa ke masa (ataupun) dari semasa ke semasa
(ii)
dari detik ke detik (ataupun) dari sedetik ke sedetik
(iii)
dari tahun ke tahun (ataupun) dari setahun ke setahun
(iv)
dari hari ke hari (ataupun) dari sehari ke sehari
(v)
dari bulan ke bulan (ataupun) dari sebulan ke sebulan
**PERHATIAN
Walaupun dari segi maksud ayat tidak berubah dengan pengguguran bentuk se pada salah satu unsur,
namun dari segi hukum tatabahasa perkara ini menyalahi pembentukan frasa sendi naam.
Penggunaan Kata Sendi dalam Kata Kerja Tak Transitif dan Kata Adjektif Bersifat Emotif
Kebanyakan pelajar keliru dengan penggunaan kata sendi yang kerap diabaikan atau ditinggalkan
selepas kata kerja tak transitif yang tidak mengandungi imbuhan seperti ( balik, datang, ingat, tahu, lalu,
pulang, lupa, sampai, kenal, pergi, dan sebagainya). Setiap kata kerja tak transitif perlu diikuti oleh kata
sendi jika diperluas dengan keterangan. Tanpa kata sendi selepas kata kerja, ayat tersebut membentuk
kesalahan frasa kerja. Hal yang sama berlaku pada kata adjektif yang bersifat emotif seperti (benci,
suka, sayang, suka, marah, percaya, kasih, cinta, takut, yakin, dan sebagainya). Sekiranya kata adjektif
ini diperluas dengan keterangan, ayat perlu menerima kata sendi selepas kata adjektif berkenaan. Teliti
contoh-contoh kesalahan yang berikut:
Contoh kesalahan
Pembetulan
Ingat perkata itu
Ingat akan perkata itu
Kenal ibunya
Kenal akan ibunya
Suka kuih itu
Suka akan kuih itu
Pergi sekolah
Pergi ke sekolah
Lupa namanya
Lupa akan namanya
Balik kampung
Balik ke kampung
Tahu rahsianya
Tahu akan rahsianya
Percaya kata-katanya
Percaya dengan kata-katanya
Cinta tanah airnya
Cinta akan tanah airnya
Takut gurunya
Takut dengan gurunya
Pelajar sekali lagi terkeliru dengan penggunaan dalam pertuturan seharian dengan menganggap bahawa
pertuturan yang digunakan sebagai betul. Hakikatnya bahawa para pelajar perlu mengetahui dan
mendalami hukum-hukum penggunaan kata sendi nama dengan betuk kerana bahasa persuratan dan
bahasa pertuturan adalah dua perkara yang berbeza.
Tugasan Praktikal 29

77

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Di waktu malam mereka sering bersembang kosang di bawah pokok besar di
A
B
simpang jalan itu. Tiada kesalahan.
C
D
2.Sebagai hasil dari pemerhatiannya selama ini, Amin berpendapat bahawa dia perlu
A
B
mengubah strategi pengajarannya. Tiada kesalahan.
C
D
3.Dia mengambil fail itu lalu dihempaskan kepada lantai kerana terlalu marah dengan
A
B
C
pegawai bawahannya. Tiada kesalahan.
D
4.Rombongan yang melawat ke sini tadi ialah mahasiswa dari Universiti Gajah Mada
A
B
C
Indonesia. Tiada kesalahan.
D
5.Daripada kecil lagi dia telah menunjukkan bakatnya dalam bidang nyanyian. Tiada
A
B
C
D
kesalahan.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 29
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
A
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana frasa di waktu merupakan bentuk yang salah kerana
kata sendi nama di digunakan pada kata nama yang merujuk kepada
maksud tempat, sedangkan waktu merujuk ,aksud masa yang
seharusnya menggunakan kata sendi naka pada membentuk frasa yang
betul iaitu pada waktu malam. Untuk keterangan lebih lanjut rujuk
bahagian Golongan Kata.
2
A
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana kata sendi nama dari hanya digunakan untuk merujuk
kepada maksud Arah, Tempat, dan Mmasa (ATM merujuki bahagian
Golongan Kata ) sedangkan dalam frasa berkenaan pemerhatian tidak
merujuk kepada mana-mana unsur ATM. Mana-mana unsur yang tidak
merujuk kepada ATM perlu menggunakan kata sendi nama daripada.
Dalam ayat berkenaan, frasa yang betul ialah daripada
pemerhatiannya.
3
B
A dan C tiada kesalahan.
B salah kerana dalam ayat berkenaan unsur lantai merupakan kata
nama merujuk kepada tempat maka kata sendi nama kepada tidak

78

NOTA TATA PMR

4
5

D
A

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

boleh digunakan kerana kepada digunakan untuk merujuk kepada


sasaran ataupun merujuk kepada manusia, haiwan, unsur mujarad,
pecahan ataupun perubahan keadaan (sila rujuki bahagian Golongan
Kata), sedangkan lantai merujuk kepada tempat yang seharusnya
menggunakan kata sendi nama ke menjadi dihempaskan ke lantai.
A, B dan C tiada kesalahan.
B dan C tiada kesalahan.
A salah kerana kata sendi yang tepat ialah dari atau sejak.

Tugasan Praktikal 30
Frasa Sendi Nama
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1.Mereka tidak pasti sama ada akan mengadakan lawatan sambil belajar ke negari Kelantan dan negeri
Pulau Pinang.
A lawatan sambil mempelajari ke negari Kelantan atau ke negeri Pulau Pinang.
B lawatan ke negari Kelantan dan sambil belajar ke negeri Pulau Pinang.
C lawatan sambil belajar ke negari Kelantan atau ke negeri Pulau Pinang.
D lawatan sambil belajar ke negari Kelantan dan negeri Pulau Pinang.
2.Pelajar-pelajar diseru agar mengubah sikap di dalam menghadapi dengan cabaran dunia pendidikan
yang semakin mencabar.
A berubah sikap dalam berhadapan cabaran
B mengubah sikap dalam menghadapi cabaran
C berubah sikap di dalam menghadapi cabaran
D mengubah sikap di dalam menghadapi dengan cabaran
3.Kita sering mendengar rungutan dari para pelancong tempatan yang tidak mendapat layanan seperti
layanan seperti pelancong asing.
A mendengar rungutan oleh para pelancong setempat
B mendengar rungutan daripada para pelancong tempatan
C terdengar akan suara merungut daripada pelancong tempatan
D mendengar rungutan dari para pelancong tempatan
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 30
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
C
A, B dan D salah.
Bahagian bergaris mengandungi kesalahan kerana menggugurkan kata
sendi nama ke pada unsur kedua kerana kkata sendi nama pada unsur yang
kedua TIDAK BOLEH digugurkan sekiranya kata sendi nama dalam
unsur setara itu ialah ke.
2
B
A, C dan D salah.
Frasa sendi di dalam seharusnya merujuk kepada maksud tempat,
sedangkan dalam frasa berkenaan menghadapi merupakan unsur kata
kerja yang tidak merujuk kepada maksud tempat, maka seharusnya
digunakan kata dalam menghadapi kerana di perlu merujuk maksud
tempat. Kesalahan kadua ialah unsur dengan dalam ayat berkenaan perlu

79

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

digugurkan kerana frasa yang terbentuk daripada kata menghadapi ialah


frasa kerja transitif yang memerlukan penyambut frasa nama (cabaran)
tanpa disisipkan sebarang kata hubung ataupunkata sendi nama.
A, C dan D salah.
Frasa nama para pelancong tidak tergolong dalam unsur Arah, Tempat dan
Masa (ATM), sebaliknya frasa itu merupakan unsur yang merujuk kepada
maksud manusia yang seharusnya menggunakan kata sendi nama
daripada. Ingat! Selain ATM, gunakanlah kata sendi nama daripada.

Tugasan Praktikal 31
Frasa Sendi Nama
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang sesuai.
1.I Dari masa ke semasa, dia cuba meningkatkan pencapaiannya dalam bidang perniagaan.
II Pendirian Ahmad tentang isu perbalahan keluarga mereka lebih tegas berbanding dengan pendirian
adiknya.
III Pencapaiannya dalam bidang pelajaran lebih baik dari abang-abangnya yang lain.
IV Pemuda itu mendapat penghargaan kerana telah menyerahkan wang yang ditemukannya kepada
pihak polis.
A I dan III B II dan IV C I, II, dan III D II,III, dan IV
2.I Kerajaan akan menjelaskan tentang perkara itu kepada rakyat sedikit masa lagi.
II Dia tidak berminat lagi di dalam bidang pelajaran kerana asyik bekerja di warung itu.
III Kami selalu balik ke kampung pada setiap hujung bulan untuk menziarahi datuk dan nenek.
IV Dia kerap bercerita tentang pengalamannya ketika di luar negari kepada anak-anak saudaranya
A I dan III B III dan IV C I, II, dan III
D II,III, dan IV
3.I Para penduduk kampung itu mendengar ucapan Menteri Besar penuh kesungguhan.
II Dia tidak sayang akan wang ringgit asalkan shaja segala keinginannya tercapai.
III Para peserta lumba basikal akan melalui di jalan yang berbukit-bukau sebelum sampai ke garisan
penamat.
IV Mendengar tawaran bapanya untuk bercuti di luar negari jika berjaya dalam peperiksaan, dia terus
berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
A II sahaja
B I dan III
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
4.I Majlis Kanser Nasional menjelaskan bahawa belacan tidak semestinya menyebabkan seseorang itu
menghidap kanser perut atau lidah.
II Pembukaan lebuh raya baru itu mempercepatkan perjalanan kenderaan dari Taman Tun Ismail ke
Kuala Lumpur.
III Semua laluan pejalan kaki di kawasan itu akan digantikan dengan jubin supaya lebih kemas, cantik,
dan menerik.
IV Pengusaha makanan tradisional di negara tersebut perlu meningkatkan lagi kualiti produk mereka.
A I dan II B I dan III
C I, II, dan IV D II,III, dan IV
5.I Sekolah itu bukan sahaja mendapat kelulusan 100 peratus dalam SPM, malahan menduduki tempat
pertama dalam senarai sekolah terbaik di Selangor.
II Untuk menguasai bahasa Inggeris, guru kami menggalakan kami membaca suratkhabar bahasa
Inggeris pada setiap hari.
III Kerajaan mungkin mengambil tindakan mengehad eksport kayu jika bekalannya tidak mencukupi
untuk perusahaan perobot tempatan.
IV Harga getah yang tinggi menyebabkan pekebun-pekebun kecil tidak berminat untuk menebang
pokok getah mereka bagi menyertai rancangan penanaman semula.
A I dan II B II dan III C I, II, dan IV
D II,III, dan IV

80

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 31


Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
Pilihan I salah kerana menggugurkan bentuk se pada salah satu unsur, jika
hendak digugurkan unsur se maka perlulah digugurkan pada kedua-dua
unsur ataupun digunakan pada kedua-dua unsur menjadi dari masa ke masa
atau semasa ke semasa.
Pilihan III salah kerana maksud atyat ialah perbandingan yang seharusnya
menggunakan kata sendi nama daripada. Kata sendi nama dari hanya
digunakan untuk ATM.
Pilihan II dan IV tiada kesalahan.
2
B
Pilihan I salah kerana meletakkan kata sendi nama tentang selepas frasa
kerja menjelaskan yang merupakan frasa kerja transitif yang tidak boleh
diikuti oleh kata sendi nama, sebaliknya diikuti frasa nama (perkara itu)
sebagai objek.
Pilihan II salah kerana perkataan bidang pelajaran tidak merujuk kepada
maksud tempat sedangkan unsur sendi nama di dalam seharusnya digunakan
untuk merujuk kepada maksud tempat. Maka di dalam frasa berkenaan
harus digugurkan dan hanya membentuk dalam bidang pelajaran.
Pilihan III dan IV tiada kesalahan.
3
A
Pilihan I salah kerana unsur penuh kesungguhan merupakan keterangan
yang perlu didahului oleh kata hubung dengan bagi menghubungkannya
dengan unsur menteri besar.
Pilihan III salah kerana perkataan melalui merupakan frasa kerja transitif
yang memerlukan penyambut frasa nama. Dalam hal ini, jalan merupakan
objek frasa nama tetapi telah didahului oleh kata sendi nama di yang
sepatutnya digugurkan dan membentuk frasa melalui jalan yang
Pilihan IV salah dalam proses pembentukan ayat keterangan, klausa tak
bebas dalam ayat berkenaan (mendengar tawaran bapanya untuk bercuti di
luar negari jika berjaya dalam peperiksaan,) kata hubung perlu digunakan.
Dalam hal ini klausa berkenaan seharusnya didahului oleh kata hubung
sama ada setelah ataupun apabila.
Pilihan II tiada kesalahan.
4
B
Pilihan II salah kerana kata mempercepatkan seharusnya tidak perlu
menggunakan akhiran-kan. Hal ini demikian kerana kata adjektif cepat
hanya memerlukan awalan memper- sahaja.
Pilihan IV salah kerana meningkatkan lagi kuantiti produk mereka
seharusnya meningkatkan kuantiti prouk mereka lagi.
5
C
Pilihan III salah kerana kata mengehad seharusnya menggunakan akhirankan.

AYAT

81

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang dibina dengan menggunakan sekumpulan kata yang tersusun
dalam dua bahagian, iaitu sudjek dan predikat. Subjek ialah sesuatu yang menjadi perkara; manakala
predikat pula ialah sesuatu yang menerangkan perkara itu.
Contoh:
1. Meja itu / bulat.
2.Universiti itu / di atas bukit.
3. Mereka / bersenam.
Dalam ayat (1) subjeknya ialah meja itu dan predikatnya ialah bulat. Maksudnya, meja itu menjadikan
perkara atau benda yang diperkatakan dan bulat ialah sifat yang menerangkan benda itu.
Dalam ayat (2), universiti itu ialah sudjek, iaitu benda yang diperkatakan dan di atas bukit ialah
predikat, iaitu menerangkan kedudukan benda itu. Seterusnya, dalam ayat (3) mereka merupakan sudjek
dan bersenam merupakan predikat. Mereka ialah orang yang diperkatakan, dan bersenam menjelaskan
perbuatan yang dilakukan oleh mereka.
Berdasarkan contoh-contoh di atas, ternyata bahawa subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti
ada dalam setiap ayat.
AYAT DASAR
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain. Dalam bahasa
Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
1. Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)
2. Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)
3. Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)
4. Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FSN)
POLA AYAT DASAR 1: FN + FN
Pola ayat dasar 1 berisi frasa nama ( FN) sebagai subjek dan frasa nama (FN) sebagai predikat.
Contohnya:
Subjek FN
Predikat FN
Itu
Istana Bukit Kayangan.
Ini
orang utan.
Beliau
doktor.
Encik Salim
guru Matematik.
Kereta itu
Proton Saga.
Dengan berdasarkan contoh-contoh I atas, dapatlah dirumauskan bahawa jika sudjek sesuatu ayat itu
frasa nama dan predikatnya pun frasa nama, maka ayat itu mempunyai pola FN + FN.
Frasa Nama
Semua kata nama yang dapat bertugas sebagai subjek atau prediakt dalam sesuatu ayat merupakan frasa
nama. Dalam ruangan subjek daripada rajah di atas, kata nama itu, ini, beliau, Eencik Salim, dan kereta
itu ialah frasa nama kerana dapat bertugas sebagai subjek. Dalam ruangan predikat, kata nama Istaba
Bukit Kayangan, orang utan, doktor, guru Matematik, dan Proton Saga ialah frasa nama juga kerana
dapat bertugas sebagai predikat.
Daripada contoh-contoh tadi, ternyatalah bahawa:
(a) Sepatah kata nama boleh menjadi frasa nama, misalnya kata itu dan ini.
(b) Lebih daripada sepatah kata juga boleh dijadikan frasa nama, misalnya Istana Bukit Kayangan dan
orang utan.
Perlu diambil perhatian bahawa jika kata itu dan ini letaknya sesudah kata nama, maka tugasnya adalah
sebagai penentu, bukan sebagai subjek. Oleh itu, kata itu dan ini yang bertugas sebagai penentu, tetap
sebagai kata nama, bukan frasa nama.

82

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

POLA AYAT Dasar 2: FN + FA


Pola ayat dasar 2 berisi frasa nama (FN)sebagai subjek dan frasa adjektif (FA) sebagai predikatnya.
Contohnya:
Subjek FN
Predikat FA
Kereta itu
besar.
Azmi
cerdik.
Pelajar itu
sangat cergas.
Putrajaya
indah sungguh.
Masjid Negari Shah Alam
amat cantik.
Dengan berdasarkan contoh-contoh di atas, dapatlah dirumuskan bahawa jika subjek sesuatu ayat itu
frasa nama dan presikatnya frasa adjektif, maka ayat itu berpola FN + FA.
Frasa adjektif
Semua kata yang memenuhi ruangan predikat dalam ayat-ayat di atas ialah ayat adjektif. Oleh sebab
dapat bertugas sebagi predikat, maka kata adjektif itu menjadi frasa adjektif walaupun hanya sepatah
kata.
POLA AYAT DASAR 3: FN + FK
Pola ayat dasar 3 berisi frasa nama (FN)sebagai subjek dan frasa kerja (FK) sebagai predikatnya.
Sebagaimana yang telah anda pelajati dalam bab yang terdahulu, frasa kerja terdiri daripada frasa kerja
tak transitif dan frasa kerja transitif.
Contoh pola ayat dasar FN + FK (tak transitif) adalah seperti yang berikut:
Subjek FN
Predikat FK (tak transitif)
1 Dia
tertawa.
2 Kanak-kanak itu
menangis
3 Mereka
sedang berehat.
4 Kumpulan penyanyi itu
menari.
5 Orang tua
tersenyum.
Contoh pola ayat dasar FN + FK (transitif) adalah seperti yang berikut:
Subjek FN
Predikat FK(Transitif)
6 Soleha
menulis surat.
7 Silva
menangkap bola.
8 Pembaca berita
melaporkan berita semasa.
9 Pekerja-pekerja itu
memperdalamkan parit.
10 Ahli panel
membincangkan sastera rakyat.
Ayat-ayat 1 hingga 5 berisi frasa kerja tak transitif, dan ayat-ayat 6 hingga 10 berisi frasa kerja transitif
sebagai predikat. Frasa kerja tak transitif tidak memerlukan objek, manakala frasa kerja transitif tidak
memerlukan objek, manakala frasa kerja transitif memerlukan objek untuk menyempeubakan ayat
berkenaan.
Frasa kerja transitif dalam ayat-ayat 6 hingga 10 di atas terdiri daripada kata kerja transitif dan frasa
nama sebagai objek. Objek merupakan frasa nama yang menyertai kata kerja transitif.
Bentuk frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek merupakan
bentuk terikat. Maksudnya ialah kata kerja transitif itu tidak boleh dipisahkan daripada frasa nama yang
menjadi objek dengan menyisipkan kata lain di antara kedua-duanya. Misalnya dalam ayat (8) di atas,
melaporkan berita semasa, tidak boleh ditulis melaporkan tentang berita semasa. Hal ini demikian
kerana kata sendi nama tentang tidak boleh disisipkan di antara kata melaporkan dengan berita semasa.
Dengan berdasarkan ayat-ayat contoh (1) hingga (10) di atas, dapatlah dirumuskan bahawa jika subjek
sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja, maka ayat itu berpola FN + FK.

83

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Frasa Kerja
Kata yang memenuhi ruangan predikat dalam ayat-ayat (1) hingga (5) di atas ialah kata kerja tak
transitif. Kata kerja tak transitif dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap tanpa objek. Oleh
itu, kata kerja tak transitif dapat menjadi frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat walaupun hanya
sepatah kata.
Frasa yang terdapat dalam ruangan predikat dalam ayat-ayat (6) hingga (10) di atas ialah frasa kerja
transitif. Frasa kerja itu terdiri daripada kata kerja transitif dan frasa nama sebagai objek.
POLA AYAT DASAR 4 : FN + FSN
Pola ayat dasar 4 berisi frasa nama (FN)sebagai subjek dan frasa sendi nama (FSN) sebagai
predikatnya.
Contohnya:
Subjek FN
Predikat FSN
Orang itu
dari Indonesia.
Pejabatnya
di Jalan Bangsar.
Dia
ke Langkawi.
Kemudahan ini
untuk orang ramai.
Buku itu
di atas meja.
Dengan berdasarkan contoh-contoh di atas, dapatlah dirumuskan bahawa jika subjek sesuatu ayat itu
frasa nama dan predikatnya frasa sendi nama, maka ayat itu berpola FN + FSN.
Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama merupakan gabuungan kata sendi dengan frasa nama.
Contohnya: dari Indonesia, di Jjalan Bangsar, ke Langkawi, untuk orang ramai, dan sebagainya.
AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Sibjek ialah
bahagian yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Misalnya,
dalam ayat (Jeneral itu sedang memberikan ucapan kepada pegawai-pegawainya.) Jeneral itu ialah
subjek kerana menjadi bahagian yayta yang diterangkan, manakala sedang memberikan ucapan kepada
pegawai-pegawainya pula merupakan predikat kerana menjadi bahagian ayat yang menerangkan
subjek tersebut. Yang berikut ialah beberapa ayat tunggal yang lain sebagai contoh.
Subjek
Predikat
Beliau
pensyarah Sains Kemasyarakatan.
Orang tua itu
pandai bercerita.
Datin Zaleha
sedang berucap.
Pemberita itu
sedang melaporkan isu semasa.
Persamaan dan perbezaan antara Ayat Dasar dengan Ayat Tunggal
Persamaan dan perbezaannya adalah seperti yang terdapat dalam Pengurusan Grafik di bawah ini:
Persamaan
AYAT DASAR dan AYAT TUNGGAL
Kedua-duanya mempeunyai satu konstituen subjek dan satu kenstituen predikat. Kedua-dua ayat
tersebut menjadi ayat dasar jika bahagian subjeknya diikuti oleh bahagian predikatnya seperti subjek
predikat.
Perbezaan
Dari segi
Ayat dasar
Ayat tunggal
Jenis ayat
Ayat Penyata sahaja.
Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat

84

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

Intonasi

Penekanan intonasinya sama.

Tanda baca

Tiada tanda baca khusus.

NO TEL: 016 8822114

Seruan.
Penekanan intonasinya mengikut sama ada
ujaran Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah,
atau Ayat Seruan.
Terdapat tanda baca (?) bagi Ayat Tanya dan
tanda seru (!) bagi Ayat Seruan.

AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SONGSANG


Ayat susunan biasa ialah ayat yang mempunyai susunan mengikut urutan subjek dan predikat. Namun
demikian, kadang-kadang sering terjadi susunan ayat yang berlawanan dengan pola biasa ini, iaitu
predikat mendahului subjek. Ayat yang mempunyai susunan Predikat + Subjek ini disebut ayat
songsang. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
Ayat Susunan Biasa
Ayat Songsang
Pelajar itu / bijak sungguh.
Bijak sungguh / pelajar itu.
Dia pengetua / saya.
Pengetua saya / dia.
Pegawai itu / masih belum sampai.
Masih belum sampai / pegawai.
Poskad itu / dari seberang laut agaknya.
Dari seberang laut agaknya / poskad itu.
Ayat songsang juga sering berlaku dalam ayat tanya. Lihatlah contoh-contoh yang berikut:
Ayat Tanya Susunan Biasa
Ayat Tanya Songsang
Nama budak lelaki itu siapa?
Siapakah nama budak lelaki itu?
Dia datang bila?
Bilakah dia datang?
Jumlahnya berapa?
Berapakah jumlahnya?
Doktor itu tinggak di mana?
Di manakah doktor itu tinggal?
Beliau datang ke sini bagaimana?
Bagaimanakah beliau datang ke sini?

Tugasan Praktikal 32
Ayat Dasar dan Ayat Tunggal
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Demikianlah Mahathir Lokman melaporkan dari Jakarta untuk TV 3.
B
Tiada kesalahan.
D
2.Penceramah itu mengemukakan hujahnya berdasarkan pada al-Quran dan Hadis.
B
Tiada kesalahan.
D
3.Rombongan pelajar itu dari Sekolah Tengku Abdul Rahman Ipoh, kata ketua
pengawas itu. Tiada kesalahan.
D
4.Perahu yang sedang dikayuh itu kecil-kecil belaka. Tiada kesalahan.
D

85

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

5.Penduduk di kampung itu saling hormat-menghormati sejak dahulu lagi.


B
Tiada kesalahan.
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 32
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
Kesalahan menggunakan kata kerja transitif tanpa objek. Seharusnya
sesudah kata kerja transitif terdapat objek seperti berita, isu-isu semasa, dan
sebagainya.
2
B
Kesalahan menggunakan kata sendi pada selepas kata kerja tak transitif
berdasarkan. Kata sendi pada tidak perlukan selepas kata kerja tak transitif
berapitan beR--kan. Akhiran kan dalam konteks ini menyatakan makan
yang sama dengan pada.
3
D
Tiada kesalahan.
4
D
Tiada kesalahan.
5
B
Kesalahan menggunakan kata hormat-menghormati. Seharusnya ayat ini
menggunakan kata menghormati sahaja kerana kata saling menyatakan
maksud yang sama dengan hormat-menghormati.

JENIS - JENIS AYAT


Dengan berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat-ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada
empat jenis, iaitu seperti yang berikut:
- Ayat Penyata
- Ayat Tanya
- Ayat Perintah
- Ayat Seruan
Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk membuat satu penyataan. Tujuannya ialah untuk
menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita
atau ayat keterangan.
Contoh ayat-ayat yang tersebut adalah seprti yang berikut:
1 A.Samad Said pemulis terkenal.
2 Anaknya bijak-bijak belaka.
3 Mazni mengajar pelajar Tingkatan Lima.
4 Beliau mengajarkan Matematik kepada pelajarnya.
5 Pengetua ke Australia.
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menenyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara
dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu;
- Ayat tanya tanpa kata tanya
- Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat Tanya tanpa Kata Tanya

86

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat tanya ini tidak menggunkan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mengapa, di mana, dan bagaimana.
Ayat tanya ini berbeza dengan ayat penyata kerana pada akhir ayat terdapat tanda tanya (?).
Contoh:
1 Puan Salmah datang?
2 Beliau pengarang buku ini?
3 Peperiksaan tadi senang?
4 Istana negara di atas bukit itu cantik?
5 Rombongan pelawat itu dari negara Perancis?
Ayat Tanpa dengan Partikel kah
Ayat tanya seperti boleh disertai partikel tanya kah yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus
atau judul ayat.
Ayat Tanya Tanpa Partikel -kah
Ayat Tanya dengan Partikel -kah
1 Puan Salmah datang?
Datangkah Puan Salmah?
2 Beliau pengarang buku ini?
Ppengarang bukukah beliau?
3 Peperiksaan tadi senang?
Senangkah peperiksaan tadi?
4 Istana negara di atas bukit itu cantik?
Cantikkah istana Negara di atas bukit itu?
5 Rombongan pelawat itu dari negara Perancis?
Dari negeri Peranciskah rombongan pelawat itu?
Ayat Tanya dengan Kata Tanya
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, mana, berapa,
mengapa, bagaimana, dan sebagainya.
Contoh:
1 Objek itu apa?
2 Penyanyi itu siapa?
3 Anak kecil awak mana?
4 Jumlah mereka yang kan datang berapa?
5 Mereka tidak datang mengapa?
6 Rombangan pelawat itu datang bagaimana ke sini?
Sperti dengan ayat tanoa kata tanya, ayat di atas boleh juga menggunakan partikel kah untuk
menunjukkan penekanan kepada proses pendepanan predikat.
Contoh:
1 Apakah objek itu?
2 Siapkah penyanyi itu?
3 Manakah anak kecil awak?
4 Berapakah jumlah mereka yang akan datang?
5 Mengapakah mereka tidak datang?
6 Bagaimanakah rombongan pelawat itu datang bagaimana ke sini?
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau meminta seseorang supaya berbuat
sesuatu atau melakukan sesuatu.
Contoh:
1 Anda pergi
atau pergilah anda.
2 Kamu bangun
atau bangunlah kamu.
3 Jangan pergi
atau janganlah pergi.
4 Usah termenung atau usahlah termenung.

87

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat perintah dikemukakan kepada orang kedua. Oleh itu, kata ganti diri kedua seperti anda, awak,
engkau, dan kamu sebagai subjek ayat 3 dan 4 telah dilenyapkan. Ayat-ayat 3 dan 4 itu sebenarnya
berasal daripada ayat-ayat yang berikut.
Anda jangan pergi atau janganlah anda pergi.
Anda usah termenung atau usahlah anda termenung.
AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang desertai kata seru serta diakhiri tanda seru (!) dalam bentuk tulisan.
Contoh kata seru, penggunaannya, dan ayat contoh adalah seperti yang berikut:
Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
Aduh
Digunakan untuk menyatakan perasaan 1 Aduh, cantiknya gadis itu!
harian atau sakit.
2 Aduh, sakitnya perut aku ini!
Aduhai
Digunakan untuk menyatakan perasaan 1 Aduhai, malang sungguh nasibku hari
sedih.
ini, seekor ikan pun tidak dapat.
Ah
Digunakan untuk menyatakan rasa tidak 1 Ah, aku tidak mahu pergi!
setuju atau menyatakan penolakan.
2 Ah, aku tidak setuju!
Amboi
Digunakan untuk menyatakan rasa 1 Amboi, mahalnya, buah ini!
harian dan kagum.
2 Amboi, pantasnya budak perempuan
itu berlari!
Cis
Digunakan untuk menyatakan perasaan 1 Cis, jangan engkau datang ke sini
marah, tidak suka, atau mengejek.
lagi!
2 Cis, aku benci akan sikap engka itu!
3 Cis, banyak pandai engkau!
Eh
Digunakan untuk menyatakan perasaan 1 Eh, sampai juga engkau ke sini!
harian atau terkejut.
2 Eh, sampai hati engkau marah akan
dia!
Hai
Digunakan untuk menyatakan perasaan 1 Hai, baru balik!
untuk menyapa seseorang.
2 Hai, seorang sahaja!
Nah
Digunakan untuk menyatakan perasaan 1 Nah, inilah masanya yang aku
harian, terkejut, dan sebagainya.
nanti-nanti!
2 Nah, rasakan pukulanku ini!
Oh
Digunakan untuk menyatakan perasaan 1 Oh, engkau rupanya!
harian, kecewa, dan terkejut.
2 Oh, baru aku teringat!
Wah
Digunakan untuk menyatakan perasaan 1 Wah, tingginya bangunan menara
kagum.
berkembar itu!
Wahai
Digunakan untuk menyatakan perasaan 1 Wahai, muslimin dan muslimat sekalian
ingin menarik perhatian.
ingatlah perintah Allah!
Tugasan Praktikal 33
Ayat-ayat di bawah ini mngkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditandai dengan A, B, atau C. Tandakan A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan. Tandakan D
jika tiada kesalahan dalam ayat yang berkenaan.
1 Di zaman dahulu kebanyakan rumah dibina di sepanjang sungai. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
2 Kebanyakan penduduk-penduduk di kampung itu bekerja sebagai nelayan.

88

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI


A

NO TEL: 016 8822114

Tiada kesalahan.
D
3 Pak Husin menceritakan tentang latar belakang dirinya kepada kami.Tiada
A
B
C
kesalahan.

4 Nama orang yang memberikan ceramah tadi siapakah? Tiada kesalahan.


A
B
C
D
5 Emak pergi pasar untuk membeli sayur dan ikan. Tiada Kesalahan.
A
B
C
D
6 Cis! Jebat, berani engkau menderhaka kepada sultan, kata Hang Tuah kepada
A
B
C
Hang Jebat. Tiada kesalahan.
D
7 Amboi, malangnya nasibku semua penghuni rumah yang aku kunjungi tidak ada di
A
B
C
rumah! Tiada Kesalahan.
D
8 Papan amaran itu menyatakan,Tolong jangan buang sampah di sini. Tiada
A
B
C
D
kesalahan.
9 Apakah nama adik kamu yang belajar di Tadika itu? Tanya nenek yang singgah di
A
B
C
situ. Tiada kesalahan.
D
10 Bunga-bunga yang dipamerkan di dalam dewan itu cantik-cantik belaka.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 33
Nombor Soalan
Jawapan
Huraian
1
A
Kesalahan menggunakan kata sendi. Kata sendi di seharusnya
digantikan dengan kata sendi pada.
2
A
Kesalahan menggunakan kata ganda penduduk-penduduk.
Hal ini demikian kerana kata nama yang diletakkan sesudah kata
bilangan yang membawa maksud jamak tidak perlu digandakan.
Kata penduduk menyatakan maksud jamak, iaitu lebih daripada
seorang.
3
B
Kesalahan menggunakan kata sendi tentang. Kata sendi tentang tidak
perlu digunakan sesudah kata transitif menceritakan.
4
C
Kesalahan menggunakan partikel kah. Partikel kah tidak boleh

89

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

10

NO TEL: 016 8822114

digunakan di akhir ayat tanya susunan biasa.


Kesalahan menggunakan kata pergi. Kata kerja tak transitif pergi
hanya boleh diluaskan dengan menggunakan kata sendi ke. Struktur
ayat itu salah.
Kesalahan menggunakan tanda seru. Tanda seru (!) seharusnya
diletakkan di akhir ayat seruan.
Kesalahan menggunakan kata seru amboi. Kata amboi menyatakan
maksud hairan atau kagum. Kata seru yang sesuai digunakan untuk
menunjukkan rasa kecewa atau sedih ialah aduhai.
Kesalahan menggunakan kata tolong dalam ayat perintah yang
menyatakan jangan atau usah.
Kesalahan menggunakan kata tanya apa. Seharusnya kata tanya yang
sesuai untuk menanyakan nama manusia ialah siapa.
Kesalahan menggunakan kata ganda cantil-cantil. Hal ini demikian
kerana kata bunga-bunga telah digandakan untuk menunjukkan
banyak. Oleh sebab kata bunga telah digandakan, maka kata cantikcantik tidak perlu digandakan.

PERHATIAN
1 Walau apa-apa bentuk ayat sekalipun yang dibina, kita hendaklah menentukan bahawa
ayat tersebut mempunyai subjek dan predikat untuk menjadikannya ayat yang lengkap
dan sempurna maknanya. Ayat yang tidak ada subjek atau predikat atau ayat yang
tidak sempurna maknanya disebut sebagai ayat tergantung. Walau bagaimanapun,
peraturan ini dikecualikan kepada ayat perintah kerana subjek atau pelakunya
digugurkan.
Contoh:
Kamu keluar keluar.
2 Tanda seru (!) hendaklah diletakkan di akhir ayat seruan, dan bukan selepas kata seru.
AYAT PASIF
Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang berisi kata
kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan.
Contohnya:
Ayat Aktif
Ayat Pasif
1 Dia mengejar kucing itu.
Kucing itu dikerja olehnya.
2 Rama menendang bola.
Bola ditendang oleh Rama.
3 Saya menulis surat itu.
Surat itu saya tulis.
4 Kami menyelesaikan kerja itu.
Kerja itu kami selesaikan.
5 Kami membaca peraturan itu.
Peraturan itu kami baca.
6 Kamu mengusahakan sawah ini.
Sawah ini kamu usahakan.
Secara amnya, ayat pasif dapat digolongkan kepada:
(a) ayat pasif diri ketiga,
(b) ayat pasif diri pertama, dan
(c) ayat pasif diri kedua.

90

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Selain ayat pasif seperti yang di atas, terdapat jga beberapa jenis ayat pasif lain yang akan kita
bincangkan selepas ini.
Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga lazimnya menggunakan kata ganti nama orang ketiga seperti dia, beliau, baginda,
dan mereka. Kadang-kadang terdapay kata nama diri atau gelaran seorang seperti Rosdi, Zamri,
Rosmah, Encik Zainal, Puan Zaharah, nenek mereka, ayahnya, ibunya, abangku, kakakmu, dan
sebagainya digunakan dalam ayat pasif diri ketiga.
Semua ayat pasif ketiga menggunakaan kata kerja pasif berawalan di- tetapi dengan beberapa variasi,
iaitu di- yang disertai imbuhan lain sehingga menjadi awalan rangkap dan apitan.
Awalan diAwalan rangkap dipeRApitan di--kan
Apitan di-i
Apitan diper--kan
Apitan diper--i
Imbuhan-imbuhan tersebut merupakan penanda kepada ayat pasif diri ketiga. Apabila kata kerja dalam
sesuatu ayat pasif itu berimbuhan di-, dipeR-, di--kan, di-i, dipeR--i, dan diikuti oleh frasa sendi
yang terbentuk daripada kata sendi oleh serta frasa nama sebagai objeknya, maka ayat itu dikenal
sebagai ayat pasif diri ketiga.
Penerangan lebih lanjut tentang hal tersebut adalah seperti yang berikut.
Bil Bentuk
Contoh
1
Awalan diDiberi, dibasuh, dibantu, disapu, ditolong, dijemput, dianggap,
diserang, dirawat, dianalisis
2
Awalan rangkap dipeRDipermudah, diperluas, diperkukuh, diperbesar, diperintah
3
Apitan di--kan
Dibersihkan, diselenggarakan, disediakan, dikumpulkan,
dikatakan, dibesarkan
4
Apitan di-i
Dinasihati, dikurniai, diminati, dihargai, disangjungi.
5
Apitan diper--kan
Dipertanggungjawabkan,
dipersoalkan,
diperalatkan,
diperdebatan, diperkatakan
6
Apitan diper--i
Dipersetujui, diperingati, diperbaharui, dipercayai
Contoh penggunaan kata pasif di atas adalah seperti yang berikut:
1 Kain basuh dibasuh oleh Kak Ani.
2 Kerja ini dapat dipermudah oleh keluarga kami.
3 Halaman rumah diselenggarakan oleh ayah.
4 Kami sering dinasihati oleh ayah.
5 Kebenaran ayah tidak dapat dipersoalkan oleh sesiapa pun.
6 Pendapat ayah dipersetujui oleh semua ahli keluarga.
Dalam ayat aktif, subjeknya menjadi pelaku dan objeknya menjadi penderita.
Contohnya:
Subjek
Predikat
Kata Kerja Transitif
Objek
1 Kak Ani
membasuh
Kain baju.
Dalam ayat 1 di atas, frasa nama Kak Ani bertugas sebagai subjek. Frasa nama kain baju bertugas
sebagai objek kepada kata kerja transitif membasuh. Dari segi maknanya, subjek Kak Ani menjadi
pelaku, dan objek kain baju menjadi penderita, iaitu dikenai kesan kata kerja transitif membasuh.
Oleh itu, apabila subjek dalam sesuatu ayat menjadi pelaku dan objeknya menjadi penderita, maka ayat
itu disebut ayat aktif transitif.

91

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Dalam ayat pasif pula, frasa nama dalam subjeknya menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja
pasif.
Contohnya:
Subjek
Predikat
2 Kain baju (penderita)
Dibasuh oleh Kak Ani
Dalam ayat 2 di atas, frasa nama kain baju bertugas sebagai subjek, manakala kata kerja pasif dibasuh
dan frasa sendi oleh Kak Ani menjadi predikat. Dari segi maknanya, subjek kain baju menjadi penderita
kerana dikenai kata kerja pasif dibasuh.
Ayat-ayat yang dicontohkan sebelum ini sebenarnya berasal daripada ayat aktif berimbuhanan meN-.
Ayat Kain baju dibasuh oleh kak Ani, sebenarnya berasal daripada ayat aktif Kak Ani membasuh kain
baju.
1.Kain baju dibasuh oleh Kak Ani.Kak Ani membasuh kain baju.
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga
Kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat-ayat 1 hingga 3 di bawah ini disertai frasa sendi dan dapat
bertugas sebagai predikat. Oleh sebab dapat bertugas sebagai predikat, maka kata kerja itu dapat
menjadi frasa kerja pasif diri ketiga.
Perhatikan ayat-ayat ini.
Subjek
Predikat
Kain baju
dibasuh oleh Kak Ani.
Kerja ini
dapat dipermudah oleh keluarga kami.
Halaman rumah
diselenggarakan oleh ayah.
Dengan berdasarkan ayat-ayat contoh yang dipamerkan itu, ternyatalah bahawa kata kerja pasif
dibasuh, dipermudah, dan diselenggarakan dapat bertugas sebagai predikat dan dengan itu dapat
menjadi frasa kerja pasif diri ketiga.
Sehubungan dengan itu, ayat pasif diri ketiga mestilah menggunakan awalan di- pada kata kerja yang
terdapat dalam predikat ayat tersebut. Oleh itu, ayat-ayat yang dipaparkan di bawah ini tidak gramatis.
*Kerja ini dapat keluarga kami permuadah.
*Halaman rumah ayah selenggarakan.
Bentuk ayat seperti yang dipamerkan di atas hanya sesuai digunakan untuk ayat pasif diri pertama atau
ayat pasif diri kedua sahaja. Ayat-ayat pasif jenis ini akan kita pelajari selepas ini.
Ayat Pasif Diri Pertama dan Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri pertama ialah ayat yang mempunyai kata kerja tanpa awalan meN- serta didahului oleh
kata ganti diri pertama seperti saya, beta, patik, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat pasif diri kedua ialah ayat yang mempunyai kata kerja tanpa awalan meN- serta didahului oleh
kata ganti diri kedua seperti kamu, awak, kalian, tuan, puan, saudara, saudari, dan sebagainya.
Tugasan Praktikal 34
Ayat Pasif
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1.Kawasan perkuburan di tempat itu mereka telah bersihkan.
A telah mereka bersihkan.
B telah dibersihkan oleh mereka.
C telah mereka membersihkan.
D mereka telah bersihkan.

92

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

2.Setiap kerja jururawat itu diperhati mereka dengan teliti.


A diperhatikan oleh mereka
B mereka memerhatikan
C mereka perhatikan
D diperhati mereka
3.Klinik kesihatan dibina oleh kerajaan di kawasan itu.
A Klinik kesihatan karajaan dibina
B Klinik kesihatan dibinakan oleh kerajaan
C Klinik kesihatan dibinakan kerajaan
D Klinik kesihatan dibina oleh kerajaan
4.Pesakit tersebut telah doktor nasihatkan supaya berhenti menghisap rokok.
A Pesakit tersebut telah dinasihatkan oleh doktor
B Pesakit yersebut telah doktor nasihati
C Pesakit tersenut telah dinasihati oleh doktor
D Pesakit tersebut telah doktor nasihatkan.
5.Insitusi Jantung Negara dilawat oleh rombongan itu pagi kemalrin.
A rombongan itu lawati
B dilawati oleh rombangan itu
C rombangan itu lawat
D dilawat oleh rombongan itu
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 34
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
A salah kerana ayat ini mengikut bentuk ayat pasif diri pertama.
C salah kerana ayat ini mengikut bentuk ayat pasif. Terdapat imbuhan meNpada kata bersihkan.
D salah ayat ini mengikut bentuk ayat pasif diri pertama.
2
A
B salah kerana ayat mereka memerhatikan mengikut pola ayat aktif.
C salah kerana ayat mereka perhatikan mengikut pola ayat pasif diri
pertama.
D salah kerana diperhati tidak ada akhiran kan.
3
D
Ayat tersebut tiada kesalahan.
4
C
A salah kerana kata dinasihatkan seharusnya dinasihati.
B salah kerana ayat ini mengikut pola ayat pasif diri pertama.
D salah kerana menggunakan kata kerja dinasihatkan. Seharusnya kata kerja
pasif yang sesuai ialah dinasihati.
5
D
Ayat itu tiada kesalahan.
**PERHATIAN
1.Kata sendi oleh dalam ayat pasif diri ketiga boleh ditiadakan. Perhatikan ayat-ayat pasif yang tidak
menggunakan kata sendi oleh yang dipaparkan.
1. Kami sering dinasihati oleh ayah.Kami sering dinasihati ayah.
2. Pendapat ayah dipersetujui semua ahli keluarga.Pendapat ayah dipersetujui oleh
semua ahli keluarga.

93

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

2.Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak
boleh digugurkan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
(a) (i) Bunga melur itu telah dipetik pagi tadi oleh Sarimah.
(ii) *Bunga melur itu telah dipetik pagi tadi Sarimah.
(b)(i) Baju Melayu itu digosok dengan cermatnya oleh Mak Piah.
(ii) *Baju Melayu itu digosok dengan cermatnya Mak Piah.
Ayat-ayat (a)(ii) dan (ii) tadi menjejaskan makna dan mengelirukan pembaca.
Tugasan Praktikal 35
Ayat Pasif
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Tin-tin minuman ringan itu dimasuki Abdul Muis ke dalam tong kitaran semula.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
2.Bilik itu aku kemaskan pada setiap hari. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
3.Van yang mereka naiki itu bertolak pada pukul 8.00 pagi. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
4.Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuatan telah dirasmikan pada 3 November 1995
A
B
oleh Sultan Pahang. Tiada Kesalahan.
C
D
5.Doktor itu perlu saya temukan untuk mendapatkan rawatan penyakit darah tinggi.
A
B
C
Tiada kesalahan
D
Jawapan dan Hhuraian untuk Tugasan Praktikal 35
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
Kesalahan menggunakan kata kerja pasif dimasuki. Kata kerja pasif yang
betul ialah dimasukkan.
2
D
Tiada kesalahan
3
B
Kesalahan menggunakan kata ganti diri ketiga mereka. Kata yang tepat
ialah kata ganti diri pertama kami atau kata ganti diri kedua kamu.
4
D
Tiada kesalahan.
5
B
Kesalahan menggunakan kata kerja pasif temukan. Kata pasif yang sesuai
ialah temui (untuk manusia)
Ayat Pasif dengan Bentuk Terikat
Sebelum ini, anda telah mempelajari ayat pasif berawalan di-, atau dikenal juga sebagai ayat pasif diri
ketiga. Dalam bahagian ini, kita bincangkan ayat pasif dengan bentuk terikat pula. Ayat jenis ini dikenal

94

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

juga sebagi ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. Kata kerja pasif diri pertama dan diri
kedua terbentuk dengan berdasarkan kata kerja pasif tanpa imbuhan di-.
Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk terikat?
Yang dimaksudkan dengan bentuk terikat ialah kata ganti diri pertama atau diri kedua yang
menjadi pelaku itu terikat pada kata kerja pasif. Oleh hal yang demikian, perkataan lain tidak boleh
disisipkan antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif. Inilah yang dikatakan Hukum Aneksi Persona
seperti yang dikemukakan oleh C.A. Mees (1969), pakar bahasa dari Belanda yang menyusun
Tatabahasa Kalimat di Indonesia.
Bentuk terikat ini digunakan dalam ayat pasif diri pertama dan diri kedua. Yang berikut terdapat
beberapa ayat pasif diri pertama dan diri kedua.
Contoh ayat pasif diri pertama
1.Satu penerangan ringkas akan saya sampaikan.
2.Penerangan ini akan saya berikan secara berperingkat-peringkat.
3.Oleh itu, teknik yang betul perlulah kita ikut.
Contoh ayat pasif diri kedua
1.Tujuan senaman ini perlulah anda ketahui.
2.Mungkin pernah anda lihat pertandingan angkat berat di televisyen.
3.Semua kegiatan ini hendaklah anda lakukan mengikut tertib.
Kata yang bercetak tebal dalam setiap ayat yang dipaparkan itu merupkan bentuk terikat. Oleh itu,
perkataan lain tiadk boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif.
Perhatikan kesalahan dari segi bentuk terikat yang terdapat dalam ayat-ayat yang dipaparkan ini.
(a)*Tempat itu saya belum lawati.
(b)*Masalah ini kami akan atasi.
(c) *Ukiran ini kamu perlu siapkan.
Ayat pasif yang dipaparkan ini salah belaka kerana bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja
pasif diri kedua merupakan bentuk terikat. Oleh sebab itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara
kata ganti diri dengan kata kerja pasif. Ayat-ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
(a) Tempat itu belum saya lawati.
(b) Masalah ini akan kami atasi.
(c) Uukiran ini perlu kamu siapkan.
Sekarang perhatikan ayat-ayat yang berikut:
Ayat Pasif Diri Pertama
1 Sebenarnya pelbagai pendapat telah saya dengar.
2 Berbagai-bagai cara telah saya lakukan.
3 Anak puan telah pun saya periksa.
4 Kes seperti ini sering saya temukan.
5 Perlukah pil-pil vitamin saya berikan kepadanya?
6 Vitamin ini saya cadangkan untuk lima hari.
7 Vitamin ini akan saya berikan kepada anak saya.
Ayat Pasif Diri Kedua
1 Masalah yang puan hadapi ini tidaklah begitu serius.
2 Apa yang penting perkembangan kanak-kanak perlulah puan fahami.
3 Walau bagaimanapun vitamin ini puan cubalah dahulu.
4 Ubat ini puan ambil di kaunter depan.
Ayat-ayat yang dipaparkan sebenarnya berasal daripada ayat aktif berimbuhan meN-. Perhatikan ayatayat yang dipaparkan.
Ayat Sampah ini kami sapu sebenarnya daripada ayat aktif Kami menyapu sampah ini.
Sampah ini kami sapu.Kami menyapu samapah ini.

95

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat Kelakuan itu saya perhatikan berasal daripada ayat aktif Saya memerhatikan kelakuannya itu.
Kelakuan itu saya perhatikan
Saya memerhatikan kelakuannya itu.
Ayat Ubat itu anda simpan? berasal daripada ayat Anda menyimpan ubat itu?
Ubat itu anda simpan? Anda menyimpan ubat itu?
Ayat Peraturan itu perlu engkau patuhi berasal daripada ayat Kamu perlu mematuhi peraturan itu.
Peraturan itu perlu engkau patuhi. Kamu perlu mematuhi peraturan itu.
Seterusnya proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua dapat ditunjuukkan begini:
Subjek
Kata Kerja Transitif
Objek
Saya
Kami
mengusahakan
ladang itu.
Kamu
Engkau
Ayat-ayat di dalam jadual di atas ialah ayat-ayat aktif belaka. Ayat-ayat tersebut dapat dibentuk menjadi
ayat-ayat pasif dengan memindahkan objeknya ke pangkal ayat dan awalan meN- pada kata kerja
transitif digugurkan. Ayat pasif yang terhasil adalah seperti yang berikut:
Subjek
Pelaku
Kata Kerja Pasif (Tanpa Awalan)
saya
Ladang itu
kami
usahakan.
kamu
engkau
Anda tahu bahawa kata saya sama maknanya dengan kata aku yang boleh disingkatkan menjadi lu.
Bentuk singkat bagi kata engkau pula ialah kau. Oleh itu frasa saya usahakan sama dengan keusahakan
dan frasa engkau usahakan sama dengan kauusahakan.
Frasa kerja dalam ayat paif seperti saya usahakan dan engkau usahakan dalam ayat-ayat di atas
menjadi satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan, sebagaimana juga kata pasif kuusahakan dan
kauusahakan tidak boleh dipisahkan.
Jika anda menggunakan kata bantu atau kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan di antara
pelaku dengan kata kerja pasif. Misalnya, anda tidak boleh menulis begini:
*Ladang itu saya tidak usahakan.
Atau
*Ladang itu saya telah usahakan.
Anda seharusnya menulis ayat-ayat itu seperti yang di bawah ini.
Ladang itu tidak saya usahakan.
Atau
Ladang itu telah saya usahakan.
Tugasan Praktikal 36
Ayat Pasif
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1.Pintu itu perlu engkau tutup rapat-rapat.
A engkau perlu tutup
B perlu tutup engkau
C perlu ditutup oleh engkau
D perlu engkau tutup
2.Akan saya menjawab soalan kamu nanti.
A akan saya jawab

96

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B saya akan menjawab


C akan dijawab oleh saya
D akan saya menjawab
3.Permintaan tuan hamba akan beta menunaikan.
A akan beta tunaikan.
B beta akan tunaikan
C akan ditunaikan beta
D akan beta menunaikan
4.Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera.
A masalah ini anda perlu selesaikan
B masalah ini perlu diselesaikan anda
C Masalah ini perlu anda selesaikan
D masalah ini anda perlu menyelesaikan
5.Meja-meja di dalam dewan itu kami susun.
A kami yang menysunnya.
B disusun oleh kami.
C kami susunkan
D kami susun
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 36
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
D
Tiada kesalahan ayat.
2
A
B salah kerana ayat ini menggunakan awalan meNn- pada kata kerja pasif
dalam ayat pasif diri pertama.
C salah kerana ayat akan dijawab oleh saya merupakan pola ayat pasif diri
ketiga.
D salah kerana ayat ini dibina mengikut pola ayat aktif.
3
A
B salah kerana ayat beta akan tunaikan seharusnya dalam bentuk terikat,
iaitu antara pelaku (beta) dan kata kerja pasif tidak boleh disisipkan dengan
kata bantu akan.
C salah kerana ayat akan ditunaikan oleh beta ditulis dalam bentuk ayat
pasif orang ketiga.
D salah kerana ayat ini menggunakan kata kerja aktif berawalan meN4
C
A salah kerana anda perlu selesaikan seharusnya perlu anda selesaikan.
Pelaku dan kata kerja pasif dalam ayat pasif diri pertama merupakan bentuk
terikat dan tidak boleh disisipkan dengan kata bantu perlu.
B salah kerana ayat ini ditulis mengikut pola kata pasif orang ketiga.
D salah kerana kata menyelesaikan ialah kata aktif dan bukan kata kerja
pasif.
5
D
Tiada kesalahan ayat.
Pelbagai Ayat pasif
(Ayat Pasif beR-, teR-, ke-..-an, dan kena)
Anda telah belajar tentang kata kerja pasif yang terbentuk dengan awalan di- dan diper- dengan
kelainan-kelainannya, iaitu di--kan, di--I,dipeR--kan, dipeR--i. Selain itu, ada kata kerja pasif

97

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

yang dapat diterbitkan dengan menggunakan imbuhan beR-,TeR-, ke--an, dan kata kena. Semua kata
kerja pasif itu mendukung makna yang sama dengan makna pasif berawalan di-.
Perhatikan ayat-ayat yang berikut:
1. Kawasannya kelihatan bersih dan aman.
2. Celvi kehairanan.
3. Ibu, barangkali Celvi.
4. Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan seperti masakan Melayu.
5. Celvi terkejut apabila melihat hidangan ulam pegaga dan sambal belacan tadi?
6. Saya tertarik oleh kepetahannya berbahasa Melayu.
7. Bbiasanya orang-orang luar seperti Celvi memang terpegun oleh cara hidup kami ini.
8. Pengaulan kami dengan orang Melayu terjalin erat.
9. Bilik tidur saya belum berkemas.
10. Kita kena puji hari ini.
11. Bilik itu kena kemaskan dulu.
12. Nanti kamu berdua kena gigit nyamuk pula.
Ayat-ayat tersebut dapat dikategorikan seperti yang berikut:
PELBAGAI AYAT PASIF
Contoh:
- Nanti kamu berdua kena gigit nyamuk.
- Bilik tidur saya belum berkemas lagi.
- Kawasannya kelihatan bersih dan aman.
- Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan seperti masakan Melayu.
Ayat Pasif Berawalan beRAyat pasif berawalan beR- dapat dibentuk dengan menambahkan awalan beR- pada kata asal yang
menjadi kata dasarnya. Misalnya, daripada kata asal jawab dapat dibentuk kata berjawab.
Makna awalan beR- pada kata pasif sama dengan makna awalan di-. Misalnya, berjawab sama
maknanya dengan dijawab. Kata kerja pasif yang berawalan beR- biasanya disertai kata keterangan
seperti belum, sudah, dan tidak. Misalnya, belum berasah, sudah bercukur, dan tidak berjawab.
Lihat ayat-ayat di bawah ini dengan teliti:
1.Kain langsir yang belum berjahit itu berwarna hijau muda.
2.Kain langsir itu sudah lama berlipat dan disimpan di dalam almari.
3.Kawasan rumah baru kami belum berpagar.
4.Tingkap bilik utama belum bercermin.
5.Bahagian dapur belum berdinding.
Ayat yang menggunakan imbuhan pasif beR- boleh ditukarkan kepada ayat pasif berawalan di-.
Contohnya seperti yang berikut:
Ayat Pasif Berawalan beRAyat Pasif Berawalan di1 Kain langsir yang belum berjahit itu Kain langsir yang belum dijahit itu
berwarna hijau muda.
berwarna hijau muda.
2 Kain langsir itu sudah lama berlipat dan Kain langsir itu sudah lama dilipat dan
disimpan di dalam almari.
disimpan di dalam almari.
3 Kawasan rumah baru kami belum berpagar. Kawasan rumah baru kami belum dipagar.
4 Tingkap bilik utama belum bercermin.
Tingkap bilik utama belum dipasang
cermin.
5 Bahagian dapur belum berdinding.
Bahagian dapur belum dipasang dinding.
Kata kerja pasif yang berawalan beR- lazimnya disertai kata bantu seperti belum dan sudah, dan kata
nafi tidak. Jadual yang berikut dapat menjelaskan persamaan antara imbuhan pasif beR- dengan awalan
di-.

98

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

Imbuhan Pasif beRbelum bertandatangan


belum berdraf
belum berasah
tidak bertumbuk
sudah berpunya

NO TEL: 016 8822114

Awalan dibelum ditandatangan


belum didraf
belum diasah
tidak ditumbuk
sudah dipunyai

Ayat Pasif Berawalan teRPerhatikan ayat-ayat yang berikut:


1.Makanan untuk tengah hari telah lama terhidang.
2.Mungkinkah keretanya terhalang oleh kesesakan lalu lintas?
3.Tidak terfikir olehku siapakah gerangannya.
4.Entah berapa lama panggilan itu tidak terjawab kerana sungguh lena tidurku itu.
5.Aku terkejut oleh suara itu.
6.Keadaaan pada masa itu masih terbuai-buai antara sedar dengan tidak.
7.Memang tidak terduga olehku.
Kata kerja pasif berawalan teR- dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan teR- pada kata asal yang
menjadi dasarnya. Misalnya, daripada kata hidang dapat dibentuk kata terhidang, daripada kata halang
dapat dibentuk kata terhalang, dan daripada kata fikir dapat dibentuk kata terfikir.
Ayat-ayat pasif berawalan teR- boleh ditukarkan kepada ayat pasif berawalan di-. Contohnya seperti
yang dipaparkan dalam yang jadual yang berikut:
Ayat Pasif Berawalan teRAyat Pasif Berawalan di1.Makanan untuk tengah hari telah lama terhidang. 1.Makanan untuk tengah hari telah lama
dihidang.
2.Mungkinkah keretanya terhalang oleh kesesakan
lalu lintas?
2.Mungkinkah
keretanya
dihalang
oleh
kesesakan lalu lintas?
3.Entah berapa lama panggilan itu tidak terjawab
kerana sungguh lena tidurku itu.
3.Entah berapa lama panggilan itu tidak dijawab
kerana sungguh lena tidurku itu.
4.Aku terkejut oleh suara itu.
4.Aku dikejut oleh suara itu.
5.Keadaaan pada masa itu masih terbuai-buai
antara sedar dengan tidak.
5.Keadaaan pada masa itu masih dibuai-buai
antara sedar dengan tidak.
Dengan berdasarkan ayat-ayat di atas ternyatalah bahawa imbuhan pasif teR- dapat ditukarkan kepada
awalan di-. Contoh-contoh lain adalah seperti yang berikut:
Imbuhan Pasif teRAwalan ditercapai oleh
dicapai oleh
terancam oleh
diancam oleh
tertekan oleh
ditekan oleh
sudah terbukti
sudah dibukti
tersepak oleh
disepak oleh
Makna Awalan teRAda berbagai-bagai makna awalan teR-pasif, iaitu seperti yang berikut:
1.Sudah diContohnya:
Terbukti = sudah dibuktikan

99

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Terhasil = sudah dihasilkan


Terhunus = sudah dihunus
2.Dapat diContohnya:
Terangkat = dapat diangkat
Tercapai = dapat dicapai
Terdaki = dapat didaki
3.Tidak sengaja diContohnya:
Terambil = tidak sengaja diambil
Terlanggar = tidak sengaja dilanggar
Tertembak = tidak sengaja ditembak
Sama bentuk tetapi berbeza maknanya
Makna sesuatu ayat akan menentukan sama ada kata kerja berawalan teR- itu aktif atau pasif. Jika
subjeknya menjadi pelaku, awalan teR- menjadi penanda ayat aktif. Jika subjek ayatnya menjadi
penderita, awalan teR- itu menjadi penanda ayat pasif.
Contohnya:
Subjek
Predikat
1 Zamri
terkenang akan ibunya.
2 Hilda Lim
terpandang akan orang itu.
3 Ravi
tersepak akan Ganesan.
Dalam ayat-ayat 1 hingga 3, Zamri, Hilda Lim, dan Ravi sebagai subjek ayat menjadi pelaku. Dengan
demikian, ayat ini ialah ayat aktif. Bandingkan ayat-ayat tadi dengan ayat-ayat ini pula.
Subjek
Predikat
4 Zamri
terkenang oleh ibunya.
5 Hilda Lim
terpandang oleh orang itu.
6 Ravi
tersepak oleh Ganesan.
Dalam ayat-ayat 4 hingga 6 pula, Zamri, Hilda Lim, dan Ravi sebagai subjek ayat menjadi penderita.
Oleh itu, ayat tersebut ialah ayat pasif.
Ayat Pasif teR- Berpelengkap
Ayat dengan kata kerja yang berawalan teR- dapat menyatakan sama ada makna aktif ataupun makna
pasif. Perhatikan ayat-ayat di bawah ini.
Subjek
Predikat
1 Rama
terpijak kaca.
2 Muthu
tertendang batu.
Kedua-dua ayat di atas bukan ayat pasif, tetapi ayat aktif.
Apabila frasa nama yang menjadi subjek sesuatu ayat itu manusia, maka kata nama yang menjadi
pelengkap kata kerja yang berawalan teR- tidak bolej kata nama manusia. Misalnya ayat (2) Muthu
tertendang batu diubah menjadi Muthu tertendang Raju, maka makna ayat itu boleh jadi Muthu tidak
sengaja ditendang Raju atau Muthu tidak sengaja menendang Raju.
Ayat (2) Muthu tertendang batu tidak keliru kerana batu tidak menendang.
Oleh itu supaya jelas makna aktif atau pasif pada awalan teR- itu, maka kata sendi akan atau oleh
diperlukan dalam ayat. Contohnya:
Ramlan terkenang akan adiknya. (aktif)
Ramlan terkenang oleh adiknya. (pasif)

100

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Tugasan Praktikal 37
Ayat Pasif
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata yang paling sesuai.
1.Zaini ________________ oleh orang itu.
A pandang
B terpandang
C berpandang
D memandang
2.Saroji ________ oleh adiknya.
A menampar
B bertampar
C tertampar
D tampar
3.Kaki Mei Ling _____________ oleh adiknya.
A pijak
B memijak
C terpijak
D berpijak
4.Kereta itu ________ juga olehnya.
A beli
B berbeli
C membeli
D terbeli
5.Tembok itu ___________ oleh lori.
A berlanggar
B melanggar
C berlanggaran
D terlanggar
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 37
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
A salah kerana kata pandang ialah kata pasif untuk diri pertama.
C salah kerana berpandang bukan kata pasif yang boleh disertai oleh.
D salah kerana kata memandang ialah kata kerja aktif yang tidak boleh
disertai oleh.
2
C
A salah kerana menampar bukan kata kerja pasif yang boleh disertai oleh.
B salah kerana bertampar bukan kata kerja pasif yang boleh disertai kata
oleh.
D salah kerana kata tampar perlu menggunakan awalan di- atau awalan teR3
C
A salah kerana kata pijak seharusnya menggunakan sama ada awalan di- atau
awalan teR-.
B salah kerana kata memijak merupakan kata kerja aktif yang tidak boleh
disertai kata oleh.
D salah kerana kata berpijak bukan kata pasif yang boleh disertai kata oleh.
4
D
A salah kerana kata beli tidak menggunakan sama ada awalan di- atau awalan
teR- untuk menjadi kata pasif.
B salah kerana kata pembeli bukan kata kerja pasif.
C salah kerana kata membeli bukan kata kerja pasif.
5
D
A salah kerana berlanggar bukan kata pasif yang boleh disertai kata oleh.

101

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B salah kerana kata melanggar bukan kata kerja pasif yang boleh disertai kata
oleh.
C salah kerana kata berlanggaran bukan kata kerja pasif yang boleh disertai
kata oleh.
Ayat Pasif Berapitan ke--an
Pperhatikan ayat-ayat yang berikut:
1.Aku kedinginan di dalam kamarku.
2.Dia kehujanan seorang diri.
3.Tidak kelihatan sesiapa pun di situ.
4.Suaraku mungkin tidak kedengaran olehnya kerana hujan.
5.Aku kerinduan di perantauan ini.
6.Kadang-kadang aku kesunyian di negara asing ini.
Kata kerja pasif berapitan ke--an mempunyai makna yang sama dengan kata kerja pasif berawalan
di-. Jadual yang berikut dapat menjelaskan makna ayat-ayat pasif ke--an.
Kata Kerja Pasif ke--an
Makna
(seperti yang terdapat dalam contoh)
Kedinginan
dikenai atau ditimpa rasa dingin
Kehujanan
ditimpa hujan
Kelihatan
dapat dilihat
Kedengaran
dapat didengar
Kerinduan
dikenai atau ditimpa rasa rindu
Kesunyian
dikenai atau ditimpa rasa sunyi
Makna apitan ke--an pada kata kerja pasif bergantung pada kelas kata yang menjadi dasarnya.
Misalnya, jika kata dasarnya kata nama, maka apitan ke--an menyatakan makna dalam keadaan
dikenai atau ditimpa akibat sesuatu yang tersebut pada kata dasar.
Perhatikan contoh makna kata yang berapitan ke--an di dalam jadual yang berikut:
Kata Dasar
Makna
Contoh
Kata Nama
Dalam keadaan dikenai Kehujanan = dikenai atau ditimpa akibat hujan
atau ditimpa akibat Ketulangan = dikenai akibat tulang ( di kerongkong)
sesuatu
Kata Adjektif Dikenai atau ditimpa Kekurangan = dikenai atau ditimpa keadaan kurang
akibat
berlakunya Kelaparan = dikenai atau ditimpa rasa lapar
kejadian.
Kata Kerja
Dikenai atau ditimpa Kecurian = dikenai atau ditimpa akibat curi
akibat
berlakunya Ketinggalan = dikenai atau ditimpa akibat tertinggal
kejadian.
di- atau dapat di-

Kedengaran = didengar atau dapat didengar


Ketahuan = dikenai atau dapat diketahui

Peranan Subjek dalam Ayat Pasif ke-an


Frasa nama yang terdapat dalam subjek bagi ayat pasif berapitan ke--an berperanan sebagai penderita
bukan sebagai pelaku.
Contoh:
Subjek
Predikat
1 Saya
kehairanan.
2 Kami
kesusahan.

102

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Subjek Saya dan Kami dalam ayat (1) dan (2) berperanan sebagai penderita, bukan pelaku. Makna
kehairanan ialah dikenai atau ditimpa rasa hairan. Makna kesusahan ialah ditimpa susah. Oleh sebab
kata kerjanya menyatakan makna pasif itulah maka ayat (1) dan (2) disebut ayat pasif.
Ayat Pasif ke--an Berpelengkap
Ayat pasif dengan kata kerja yang berapitan ke-an boleh diluaskan dengan tambahan kata nama
sebagai pelengkap.
Contoh:
Subjek
Predikat
1 Kami
kehabisan wang.
2 Orang itu
kekurangan tenaga.
Tugasan Praktikal 38
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata yang paling sesuai.
1.Kereta yang berhenti di tepi jalan itu ___________ minyak.
A habis
B terhabis
C menghabiskan
D kehabisan
2.Encik Hanafi __________ kereta api semasa hendak pergi ke utara.
A tertinggal
B meninggalkan
C sepeninggalan
D ketinggalan
3.Cara hidup keluarga itu agak ______________.
A barat
B baratan
C kebaratan
D probarat
4.Alas meja yang berwarna-warni itu _________ kuah.
A tumpah
B tertumpah
C bertumpahan
D ketumpahan
5.Rumah besar itu _____________ malam tadi.
A dicuri
B tercuri
C pencuri
D kecurian
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 38
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
D
A salah kerana habis ialah kata kerja pasif sepatutnya hadir dalam ayat pasif
diri pertama dan kedua.
B salah kerana terhabis bentuk kata kerja tak transitif yang tidak wujud dalam
bahasa Melayu.
C salah kerana menghabiskan ialah kata kerja transitif yang hadir dalam ayat

103

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

aktif transitif.
D betul kerana kehabisan ialah kata kerja pasif ke--an yang bermaksud
ditimpa sesuatu..
A salah kerana kata kerja tertinggal ialah kata kerja tak transitif.
B salah kerana meninggalkan ialah kata kerja transitif yang hadir dalam ayat
aktif transitif.
C salah kerana sepeninggalan ialah.
D betul kerana ketinggalan ialah kata kerja pasif ke--an yang bermaksud
ditimpa sesuatu.
A salah kerana barat ialah kata nama.
B salah kerana kata baratan tidak wujud dalam bahasa Melayu.
C betul kerana kebaratan ialah kata nama yang bermaksud mengikut cara
barat.
D salah kerana probarat ialah kata nama yang bermaksud menyokong barat
atau berpihak kepada barat.
A salah kerana tumpah ialah kata kerja tak transitif.
B salah kerana kata kerja tertumpah ialah kata kerja tak transitif.
C salah kerana bertumpahan ialah bentuk kata kerja tak transitif yang tidak
wujud dalam bahasa Melayu.
D betul kerana ketumpahan ialah kata kerja pasif ke--an yang bermaksud
ditimpa sesuatu.
A salah kerana dicuri ialah kata kerja pasif diri ketiga.
B salah kerana kata kerja tercuri ialah bentuk kata kerja tak transitif yang
tidak wajud dalam bahasa Melayu.
C salah kerana pencuri ialah kata nama yang bermaksud orang yang mencuri.
D betul kerana kecurian ialah kata kerja pasif ke--an yang bermaksud
ditimpa sesuatu perbuatan, iaitu perbuatan curi.

Ayat Pasif dengan kata bantu kena


Yang berikut ialah beberapa ayat contoh ayat pasif dengan kata bantu kena.
1. Pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya itu kena dakwa kerana telah melanggar
beberapa peraturan jalan raya yang serius.
2. Di samping itu, lesen memandunya kena cap di bawah peraturan keselamatan jalan raya.
3. Kedua-dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan itu kena tahan.
4. Pegawai polis trafik itu mengatakan bahawa dua orang kanak-kanak sekolah telah kena langgar
dan cedera.
Ayat pasif dengan kata bentu kena yang dipaparkan di atas boleh ditukarkan kepada bentuk ayat pasif
berawalan di- seperti yang berikut:
1. Pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya itu didakwa kerana telah melanggar
beberapa peraturan jalan raya yang serius.
2. Di samping itu, lesen memandunya dicap di bawah peraturan keselamatan jalan raya.
3. Kedua-dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan itu ditahan.
4. Pegawai polis trafik itu mengatakan bahawa dua orang kanak-kanak sekolah telah dilanggar dan
cedera.
Secara mudahnya marilah kita perhatikan bentuk persamaan antara kata kerja bantu kena dengan
imbuhan di- seperti yang terdapat dalam jadual di bawah ini.
Kata kerja pasif dengan kena
Imbuhan diKena dakwa
didakwa
Kena cap
dicap

104

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Kena tahan
ditahan
Kena langgar
dilanggar
Apabila kata kerja dalam sesuatu ayat itu tidak berawalan meN- dan didahului oleh kata kerja bantu
kena, maka ayat itu disebut ayat pasif bantuan. Contohnya:
Subjek
Predikat
1 Kereta itu
kena curi.
2 Ulam itu
kena rebus.
3 Mereka
kena tibu.
4 Siti Norhaliza
kena puji.
Subjek ayat-ayat (1) hingga (4) ini menjadi penderita dan oleh sebab itu ayat-ayat ini ayat-ayat pasif.
Makna ayat-ayat (1) hingga (4) itu sama dengan makna ayat-ayat yang kata kerjanya berawalan di-.
Misalnya:
-Ayat Kereta itu kena curi sama maknanya dengan ayat Kereta itu dicuri.
Kereta itu kena curi. Kereta itu dicuri.
-Ayat Ulam itu kena rebus sama maknanya dengan ayat Ulam itu direbus.
Ulam itu kena rebus. Ulam itu direbus
-Ayat Mereka kena tipu sama maknanya dengan ayat Mereka ditipu.
Mereka kena tipu. Mereka ditipu.
-Ayat Siti Norhaliza kena puji sama maknanya dengan ayat Siti Norhaliza dipuji.
Siti Norhaliza kena puji. Siti Norhaliza dipuji.
Kata kerja dicuri, direbus, ditipu, dan dipuji masing-masing menjadi frasa kerja pasif kerana dapat
berdiri sendiri untuk bertugas sebagai predikat. Oleh sebab itu, kata-kata kena curi, kena rebus, kena
tipu, dan kena puji itu pun frasa kerja pasif juga, iaitu frasa kerja pasif bantuan. Kesemua ayat ini
menggunakan kata bantu kena. Ayat-ayat tersebut mungkin terdiri daripada ayat pasif dan mungkin
bukan ayat pasif.
Ayat Pasif Songsang
Ayat pasif diri pertama, kedua, dan ketiga boleh dijadikan ayat pasif songsang dengan meletakkan
predikatnya di depan dan subjeknya di belakang. Contohnya:
Ayat Pasif
Predikat
Subjek
Diri pertama
Saya basuh
langsir itu
Akan kubasuh
Belum kami basuh
Sudah kita basuh
Telah saya basuh
Diri kedua
Kamu bersihkankah
permaidani itu?
Akan kamu bersihkankah
Sudah kaubersihkankah
Telah kamu bersihkankah
Diri ketiga
Diperdalam oleh Roslan
parit itu.
Akan diperdalam oleh Zulfikar
Belum diperdalam oleh mereka
Sudah diperdalam olehnya
Telah diperdalamnya
Ayat-ayat pasif songsang yang dicontohkan tadi sebanarnya berasal daripada ayat-ayat penyata pasif
biasa. Perhatikan ayat-ayat yang dipaparkan.
Ayat Pasif
subjek
Predikat
Diri pertama
Langsir itu
saya basuh.

105

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

akan kubasuh.
belum kami basuh.
sudah kita basuh.
telah saya basuh.
Diri kedua
Permaidani itu
kamu bersihkan?
akan kamu bersihkan?
sudah kaubersihkan?
telah kamu bersihkan?
Diri ketiga
Parit itu
diperdalam oleh pekerja-pekerja itu.
akan diperdalam oleh Zulfikar.
belum diperdalam oleh mereka.
sudah diperdalam olehnya.
telah diperdalamnya.
Ayat penyata pasif diri ketiga boleh juga dijadikan ayat tanya seperti yang berikut:
Predikat
Subjek
Diperdalam oleh Roslan
parit itu?
Akan diperdalam oleh Zulfikar
Belum diperdalam oleh mereka
Sudah diperdalam olehnya
Telah diperdalamnya
Bentuk ayat tanya pasif diri ketiga yang berasal daripada ayat penmyata pasif diri ketiga juga dijadikan
bentuk songsang terbahagi. Contohnya:
Predikat
Predikat
Subjek
Diperdalamkah
parit itu
oleh pekerja-pekerja itu?
Akan diperdalamkah
oleh Zulfikar?
Belum diperdalamkah
oleh mereka?
Sudah diperdalamkah
olehnya?
Dengan berdasarkan ayat-ayat contoh tersebut dapatlah difahami bahawa predikat ayat-ayat berkenaan
dibahagikan kepada dua bahaguian, iaitu sebahagiannya diletakkan di depan dan sebahagian lagi
diletakkan di belakang ayat.
Tugasan Praktikal 39
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa
anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
1I Bangunan itu kena runtuh.
II Saya kena marah pagi tadi.
III Pagi esok saya kena sapu.
IV Budak itu kena patuh anak ayam itu.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan IV
D II,III, dan IV
2 I Saya kena lelong motosikal itu.
II Pisau yang tumpul itu kena asah.
III Kononnya budak kecil itu kena rasuk.
IV Polis kena tangkap pencuri motosikal itu.
A II dan III
B I,II dan III
C I, II, dan IV
D II,III, dan IV
3 I Nenek itu terkenang akan cucunya.
II Budak kecil itu terkenang oleh ibunya.
III Zuraidah terkenang kekasihnya yang berada di luar negara.
IV Wan Senawi terkenang akan peristiwa pada zaman Jepun.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D I,III, dan IV

106

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Soalan 4 hingga Soalan 10


Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang sesuai.
4 I Akan dibaca oleh Azrulkah novel itu?
II Sudah ditulis olehnyakah berita itu?
III Buku itu akan diambil oleh engkaukah?
IV Akan ditempahkah gelanggang tenis itu oleh Cikgu Hamdan?
A I dan II
B II dan IV
C I, II, dan IV
D II,III, dan IV
5.I Belum kami ziarahi Encik Mahzani.
II Surat itu akan Zaidi serahkan petang ini.
III Perlu kamu serahkan tugasan itu hari ini.
IV Minit mesyuarat itu telah saya catat kelmarin.
A I dan III
B II dan III
C I, II, dan IV
D I,III, dan IV
6.I Sudah kauambil ubat itukah?
II Sudah dicatatkah maklumat itu oleh setiausaha?
III Belum mereka ambilkah sijil-sijil berhenti sekolah itu?
IV Akan diperiksakah kertas ujian itu oleh Cikgu Medir?
A I dan II
B II dan IV
C I, II, dan IV
D I,III, dan IV
7.I Akan kusertai pertandingan itu.
II Kemalangan itu kami dapat elakkan.
III Pemimpin harus kamu menghormati.
IV Buah-buahan di dusun itu pernah saya petik.
A I dan IV
B II dan III
C I, II, dan IV
D II,III, dan IV
8.I Orang itu engkau perlu temui esok.
II Bahasa Malaysia harus anda kuasai dengan baik.
III Bantuan kawan-kawan saya mungkin perlukan.
IV Keputusan yang baik dalam peperiksaan itu pasti kita peroleh.
A I dan II
B II dan IV
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
9.I Pemuda itu hendaklah engkau nasihati.
II Pagar rumahnya terlanggar akan lori balak.
III Universiti Multimedia akan kami kunjungi esok.
IV Hatinya terhibur apabila melihat telatah cucunya.
A I dan II
B II dan III
C I, III, dan IV
D II,III, dan IV
10.I Pintu rumah itu terbuka sejak pagi lagi.
II Puan Zaraidah terkenang oleh anaknya.
III Meja yang berat itu terangkat juga olehnya.
IV Janggut ayah belum tercukur sejak dia sakit.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 39
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
C
Semua ayat dalam c (I, II, dan IV ) kerana menggunakan kata kena yang
tepat. Kata bentu kena dalam konteks ini menyatakan maksud di- yang diikuti
oleh kata kerja pasif.
Ayat dalam pilihan III salah kerana kata kena dalam konteks ini tidak
menyatakan makna di- yang diikuti kata kerja pasif.
2
A
Semua ayat dalam A (II dan III) betul kerana menggunakan kata kena yang
tepat. Kata bantu kena dalam konteks ini menyatakan maksud di- yang diikuti
oleh kata kerja pasif.

107

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

10

Semua ayat dalam D (I,II dan IV) betul walaupun ada ayat yang tidak
membawa makna pasif.
Ayat dalam pilihan III salah kerana kata terkenang sebagai kata kerja tak
transitif seharusnya seharusnya diikuti oleh kata sendi akan untuk tujuan
peluasan ayat.
Semua ayat dalam C (I,II, dan IV) betul. Ayat dalam pilihan III salah kerana
ayat ini menggunakan pola ayat pasif diri ketiga. Ayat tersebut seharusnya
menggunakan pola aayat pasif kedua.
Semua ayat dalam D (I,III, dan IV) betul. Ayat dalam pilihan ii salah kerana
menggunakan pola ayat pasif diri kedua. Ayat ini seharusnya pola ayat diri
ketiga.
Ayat II dan IV dalam B betul.
Ayat I salah kerana menggunakan partikel kah di akhir ayat.
Ayat III salah kerana menggunakan pola ayat pasif diri kedua.
Ayat I dan IV dalam A betul.
Ayat II salah kerana pelaku dan kata kerja pasif elakkan dipisahkan oleh kata
bantu dapat. Seharusnya pelaku dan kata pasif elakkan tidak dipisahkan.
Bahagian ayat itu akan terbina seperti ini:kemalangan itu dapat kami
elakkan. Ayat III salah kerana menggunakan kata kerja aktif menghormati
dalam ayat pasif.
Ayat II dan IV dalam B betul.
Ayat I salah kerana pelaku dan kata kerja pasif temui dipisahkan oleh kata
bantu perlu. Seharusnya bahagian ayat itu perlu engkau temui tidak
dipisahkan.
Semua ayat dalam C (I,III, dan IV) betul.
Ayat II salah kerana menggunakan kata bantu akan selepas terlanggar.
Seharusnya ayat tersebut menggunakan kata oleh untuk menyatakan maksud
pasif.
Semua ayat dalam C (I,II dan III) betul. Ayat IV salah kerana menggunakan
kata tercukur. Seharusnya bahagian itu menggunakan bercukur yang boleh
menyatakan maksud pasif dicukur.

AYAT MAJMUK
Secara amnya terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan,
dan ayat majmuk campuran.
AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat majmuk gabungan atau ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripda dua atau lebih daripada dua
ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, serta,
tetapi, sambil, dan sebagainya.
Dalam menggabungkan ayat, beberapa cara bolah dilakukan. Antaranya termasuklah seperti yang
berikut:
-Penggabungan subjek dengan subjek.
-Penggabungan predikat dengan predikat.
Penggabungan Subjek dengan Subjek
Apabila subjek dua ayat tidak sama, tetapi predikatnya sama, maka dua ayat itu dapat digabungkan
dengan menggabungkan subjeknya sahaja. Contoh:

108

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

1.Rusli membeli poskad di Pasar Budaya.


2.Ah Soon membeli poskad di Pasar Budaya.
Dua ayat ini mempunyai predikat yang sama, iaitu membeli poskad di Pasar Budaya. Unsur yang
berlainan dalam ayat (1) dan (2) itu ialah Rusli dan Ah Soon yang menjadi subjek masing-masing. Oleh
itu subjek dengan subjek daripada dua ayat, iaitu ayat (1) dan (2) itu dapat digabungkan dengan kata
hubung dan untuk membentuk ayat seperti yang berikut:
1.Rusli dan Ah Soon membeli poskad di Pasar Bbudaya.
Secara mudahnya ayat gabungan di atas dapat diterangkan seperti yang terdapat dalam jadual di bawah
ini:
Ayat asal, iaitu ayat (1) dan ayat (2) di bawah ini ialah ayat tunggal.
Ayat Majmuk Gabungan 1
Rusli dan Ah Soon membeli poskad di Pasar Budaya.
Ayat Tunggal (1)
Rusli membeli poskad di Pasar Budaya.
Ayat Tunggal (2)
Ah Soon membeli poskad di Pasar Budaya.
Kata Hubung
dan
Penggabungan Predikat dengan Predikat
1.Ahli-ahli seni memperhatikan keindahan alam ini.
2.Ahli-ahli seni mencari ilham untuk ciptaannya.
Dua ayat ini mempunyai subjek yang sama, iaitu ahli-ahli seni. Unsur yang berlainan di dalam ayat (1)
dan ayat (2) itu ialah memperhatikan keindahan alam ini dan mencari ilham untuk ciptaannya yang
menjadi predikat masing-masing. Jadi, dengan kata hubung sambil, predikat dengan predikat daripada
dua ayat, iaitu ayat (1) dan (2) dapat digabungkan untuk membentuk ayat seperti yang berikut:
2.Ahli-ahli seni memperhatikan keindahan alam ini sambil mencari ilham untuk ciptaannya.
Ayat asalnya, iaitu ayat (1) dan ayat (2) di bawah ini ialah ayat tunggal. Secara mudahnya ayat
gabungan di atas dapat diterangkan seperti yang terdapat dalam jadual di bawah ini:
Ayat Majmuk Gabungan 1
Ahli-ahli seni memperhatikan keindahan alam ini sambil
mencari ilham untuk ciptaannya.
Ayat Tunggal (1)
Ahli-ahli seni memperhatikan keindahan alam ini.
Ayat Tunggal (2)
Ahli-ahli seni mencari ilham untuk ciptaannya.
Kata Hubung
sambil
Ayat-ayat contoh yang lain adalah seperti yang berikut:
1.Beliau akan pergi ke Jakarta esok atau lusa.
2.Pemimpin itu naik ke pentas lalu berucap.
3.Bayi itu ketakutan maka dia menangis.
4.Abdul Rahman menjadi doktor tetapi adiknya menjadi jurutera kapal terbang.
5.Pelakon terkenal itu menceritakan dan melakonkan watak itu.
Ayat Gabungan dengan Kata hubung Berpasangan
Ayat ini terbentuk dengan menggunakan kata hubung berpasangan seperti yang terdapat dalam jadual di
bawah ini:
Kata Hubung Berpasangan
Penggunaannya dalam Ayat
Sedangkan apatah lagi
Sedangkan ayah tidak dapat mengangkat almari itu apatah lagi ibu.
Baikmahupun
Baik lelaki mahupun wanita mempunyai keinginan yang sama.
Bukan sahajatetapi juga
Kitab itu berguna bukan sahaja bagi pelajar tetapi juga bagi ibu
bapa.
Jangankanpun
Jangankan anaknya ayahnya pun begitu.
Sungguhpunnamun
Sungguhpun dadah itu berbahaya namun banyak remaja yang
menyalahgunakannya.
AYAT MAJMUK PANCANGAN

109

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Dalam bahasa Melayu ada tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu seperti yang berikut:
- ayat relatif
- ayat komplemen
- ayat keterangan
Ayat Relatif
Ayat relatif ialah ayat yang dikenal dengan penggunaan kata yang seperti contoh-contoh yang berikut:
1.Ibu membeli baju yang berwarna biru.
2.Baju yang sedang dijahit itu baju ibu saya.
3.Dia membeli kamus yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pusaka.
4.Pengetua yang berbaju biru itu ialah pengetua kami.
5.Adik saya suka menonton filem yang melucukan.
6.Budak yang sedang membaca novel itu adik saya.
Dalam ayat ibu membeli yang berwarna biru, ayat induknya ialah Ibu membeli baju, sementara ayat
kecil relatif yang dipancangkan ke dalamnya ialah baju itu berwarna, yang kemudiannya menjadi yang
berwarna biru.
Secara mudahnya, ayat di atas dapat diterangkan seperti yang terdapat dalam jadual di bawah ini.
Ayat 1
Ibu membeli baju yang berwarna biru.
Ayat (1) ialah ayat majmuk pancangan relatif.
Ayat ini terbina daripada dua ayat seperti yang di bawah ini:
Ayat Induk:
Ibu membeli baju.
Ayat Kecil:
Baju itu berwarna biru.
Kata Hubung Relatif
yang
Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Ibu membeli baju yang berwarna biru.
AYAT MAJMUK KOMPLEMEN
Ayat ini terbina daripada ayat induk dan ayat komplemen yang menggunakan kata komplemen bahawa
atau untuk seperti yang di bawah ini.
1.Masyrakat kita telah menyedari bahawa Internet dapat dijadikan sumber pendidikan dalam kehidupan.
2.Untuk Zainudin melakukannya sangat sukar.
3.Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat.
4.Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram.
Secara mudah lihatlah penerangannya seperti yang terdapat dalam jadual di bawah ini:
Contoh: Ayat 1
Masyarkat kita telah menyedari bahawa Internet dapat dijadikan sumber pendidikan dalam kehidupan.
Ayat (1) ialah ayat majmuk pancangan komplemen.
Ayat ini terbina daripada ayat induk dan ayat komplemen seperti yang di bawah ini.
Ayat Induk:
Masyarkat kita telah menyedari (sesuatu)
Ayat Komplemen
Internet dapat dijadikan sumber pendidikan dalam kehidupan.
Kata Hubung Komplemen
bahawa
AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN
Ayat Mmajmuk Pancangan Kketerangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan
datu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keteranagan kepada predikat.
Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk pancangan keterangan mempunyai dua ciri, iaitu pertama, adanya ayat induk dengan satu
ayat kecil atau ;ebih yang tidak dapat berdiri sendiri, dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan
ayat induk dengan ayat-ayat kecil seperti ketika, kerana, semua, sewaktu, sekiranya, dan sebagainya.

110

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat-ayat kesil ini disebut ayat keteranan. Hubungan antara ayat induk dengan ayat keteranagn itu
adalah seperti yang berikut:
Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan
Contoh:
Ayat Induk
Kata hubung
Ayat keterangan
Jus pegaga menjadi pilihan lantaran
Jus pegaga dapat meningkatkan tenaga di dalam
penggemarnya
badan.
Kedudukan Ayat Keterangan ini tidak tetap, boleh hadir di belakang ataupun di hadapan ayat induk.
Jika ayat keterangan mendahului ayat induk, susunannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung + Ayat Keterangan + Ayat Induk
Contoh:
Kata hubung
Ayat Keterangan
Ayat Induk
Andai kata
Pegaga
dijadikan
sumber Pegaga dapat meningkatkan sistem imunisasi
makanan sampingan
badan terhadap penyakit.
Jenis-jenis Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk Pancangan Keterangan berfungsi untuk memberikan huraian lanjut kepada
kata kerja ayat induk. Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayatayat kecil jenis ini, bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan dan maksud yang
terkandung di dalamnya.
Jenis
1 Keterangan
sebab

2 Keterangan
akibat

3 Keterangan
syarat

4 Keterangan
waktu

Fungsi
Unsur yang
menerangkan
sebab
berlakunya
sesuatu
kejadian
atau
perbuatan.
Contohnya kata hubungnya
ialah kerana, lantaran, dan oleh
sebab.
Unsur yang
menerangkan
kesan atau hasil sesuatu
perbuatan.
Contoh
kata
hubungnya ialah hingga dan
sehingga.
Unsur yang
menerangkan
tuntutan yang mesti dipenuhi.
Contoh kata hubungnya ialah
sekiranya, andai kata, jikalau,
jika, dan kalau.

Unsur yang menerangkan masa


sesuatu
perbuatan
atau
kejadian. Contoh kata hunung
ialah sejak, semenjak, setelah,
sewaktu, sementera, tatkala,
dan ketika.

Contoh
1.Ddia kekenyangan lantaran makan terlalu
banyak.
2.Oleh sebab ayah menghidap sakit diabetis, ayah
terpaksa mengurangkan pengambilan gula.
3.Saya tidak berselera kerana hidangan pada hari
ini serupa seperti hari semalam.
1.Ahmad makan terlalu cepat hingga tercekik.
2.Adik minum air itu sehingga kembung
perutnya.
1.Sekiranya anda ke Terengganu, jangan lupa
belikan saya keropok lekor.
2.Andai kata makanan di gerai itu sedap, saya
akan mengunjungi semula.
3.Ibu akan turut serta kalau kakak sanggup
menyediakan makanan untuk adik.
4.Jikalau harganya mahal, jualan kuih-muih itu
akan terjejas.
5.Saya terpaksa berpuasa jika makanan halal
tidak dijual di pulau itu.
1.Aisyah terpaksa mengawal pemakanannya
setelah disahkan mengalami penyakit tiroid.
2. Semenjak mengalami masalah rendung, ibu
tidak makan makanan laut.
3.Tatkala kami menjamu selera, hujan turun
dengan lebatnya.

111

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

5 Keteranagn
pertentangan

Unsur yang menerangkan masa


sesuatu perbuatan atau kejadian
yang berlawan. Contoh kata
hubungnya ialah walaupun,
meskipun, kendatipun, biarpun,
walau bagaimanapun, namun,
sekalipun, dan sedangkan.

6 Keterangan
hadapan

Unsur yang
menerangkan
sesuatu perbuatan atau kejadian
yang dihajati. Contoh kata
hubungnya ialah agar, supaya,
dan kalau-kalau.

7 Keterangan
cara

Unsur yang menerangkan gaya


atau kaedah sesuatu perbuatan
atau kejadian berlaku. Contoh
kata hubungnya ialah dengan.
Unsur yang
menerangkan
maksud bagi sesuatu perbuatan
atau kejadian. contoh kata
hubungnya ialah untuk, demi,
dan bagi.

8 Keterangan
tujuan

9 Keterangan
Unsur yang
menerangkan
perbandingan kejadian
yang
menjadi
persamaan.
Contoh
kata
hubungnya
ialah
seperti,
macam, seolah-olah, seakanakan, ibarat, bagaikan, dan
baik.

NO TEL: 016 8822114

4.Ketika masih kecil dahulu, saya suka makan


bubur lambuk.
5.Sementera menanti hidangan disediakan, kami
menonton video.
6.Saya tidak mengunjungi restoran itu sejak tiga
bulan yang lalu.
7.Sewaktu berada di rumah nenek, kami
dihidangi lauk ikan keli.
1.Sungguhpun gulai itu sedap, saya tidak boleh
memakannya.
2.Walaupun makanan di gerai itu murah
harganya,
keadaan
kebersihannya
tidak
memuaskan.
3.Dia tidak mahu makan meskipun dia lapar.
4.Ayah suka akan buah-buahan tempatan biarpun
harganya mahal.
5.Kendatipun lauk itu pedas, saya tetap
menikmatinya.
6.Dia tetap mahu menjamah juadah itu, sekalipun
dia menghidap diabetis.
7.Ibu saya suka makan ikan masin sedangkan
doktor telah melarangnya.
8.Walau bagaimanapun sedap makanan itu, dia
tetap tidak berselera.
1.Kami sekeluarga sentiasa makan bersama-sama
agar keharmonian keluarga sentiasa baik.
2.Supaya peredaran darah baik, saya makan
herba.
3.Cubalah bertanya kepada orang itu, kalau-kalau
dia mengetahui tauke gerai makanan itu.
1.Dia menjolok buah mangga itu dengan
menggunakan galah.
2.Dengan menaiki kereta ayah, ibu pergi ke
Restoran Pak Ali.
1.Kanak-kanak digalakkan minum susu untuk
menguatkan gigi.
2.Demi mempopularkan makanan tradisional,
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
mengadakan pesta makanan tradisional di luar
negara.
3.Bagi mengatasi masalah keracunan makanan,
kebersihan gerai perlu dititikberatkan.
1.Dia merayau ke sana ke sini seolah-olah tidak
mempunyai tujuan.
2.Dia mengambil kesempatan atas kelemahan
orang itu bagaikan menangguk di air keruh.
3.Nasihat ibu kepada abang seperti mencurahkan
air ke daun keladi.

112

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Tugasan Praktikal 40
Ayat Mmajmuk
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1. __________ Llina dahaga, minumlah air mineral.
A Sementara
B Kerana
C Jika
D Lantaran
2.Kita singgah sebantar di kawasan rehat _________ makan tengah hari.
A supaya
B untuk
C dengan
D seperti
3.___________memeriahkan upacara itu, makanan ala kampung disediakan.
A Kerana
B Agar
C Untuk
D Kalau
4.Kita hendaklah mendidik anak sejak kecil _____ melentur buluh biarlah dari rebungnya.
A sehingga
B dengan
C sekiranya
D umpama
5.Adik sakit perut ______makan sambal terlalu banyak.
A dengan
B kerana
C jika
D walaupun
6.Ahmad minum air botol itu ________ kembung perutnya.
A jikalau
B kerana
C lantaran
D sehingga
7.Cuba bertanya kepada ibu, _____ ibu pandai memasak ikan sungai.
A jika
B sekiranya
C supaya
D kalau-kalau
8. ________________ saya lulis dalam peperiksaan SPM, saya akan membelanjai kalian sate ikan.
A Dengan
B Bagi
C Setelah
D Sekiranya
9._____________ menggunakan pisau plastik, Aisyah memotong kek hari jadinya.
A Untuk
B Lantaran
C Tatkala
D Dengan
10.Polis menyerbu kafeteria itu __________ mendapat maklumat tentang kegiatan penyalahgunaan
dadah daripada orang ramai.

113

NOTA TATA PMR


A
B
C
D

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

sebelum
sekiranya
setelah
walaupun

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 40


Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
C
Betul kerana jika menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi.
2
B
Betul kerana untuk menerangkan maksud bagi sesuatu tujuan.
3
C
Betul kerana untuk menerangkan maksud bagi sesuatu tujuan.
4
D
Betul kerana umpama menerangkan kejadian yang menjadi persamaan.
5
B
Betul kerana kerana menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau
perbuatan.
6
D
Betul kerana hingga menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan.
7
D
Betul kerana kalau-kalau menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang
dihajati.
8
D
Betul kerana sekiranya menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi.
9
D
Betul kerana dengan menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau
kejadian.
10
C
Betul kerana setelah menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian.
Tugasan Praktikal 41
Ayat Majmuk
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang sesuai.
1.I Kalau sekiranya perut anda selalu sakit, minumlah air halia.
II Kami terpasa meninggalkan majlis itu oleh sebab tiada makanan halal disediakan.
III Ah Chong berharap agar supaya hidangan itu disediakan lebih awal.
IV Dia mengalami sakit perut sebab banyak makan sambal.
A II sahaja
B I dan IV
C II, dan III
D I,III, dan IV
2.I Kami berharap kami dosediakan minuman jus oren.
II Semasa menyediakan makanan itu, jari tangannya terluka.
III Kanak-kanak perlu digalakkan makan sayur-sayuran sejak kecil.
IV Mereka sudah bersetuju untuk menunjukkan cara makanan itu diproses.
A I dan II
B II dan IV
C I, II, dan IV
D II,III, dan IV
3.I Ketika menyediakan makanan, aspek kebersihan perlu diberi perhatian.
II Andai kata sekiranya harga buah durian itu terlalu mahal, saya tidak akan membelinya.
III Buah anggur menjadi pilihan anaknya lantaran manis.
IV Bila terbau masakan itu, saya berasa lapar.
A I dan II
B I dan III
C II, dan III
D II, dan IV
4.I Sementara badannya kurus, kakak tetap mengamalkan diet.
II Masyarakat di Asia telah mempopularkan kehebatan daun pegaga hingga tersebar ke seluruh dunia.
III Adik mengambil makanan apabila menggunakan sudu.
IV Bagi penggemar makanan laut, mereka bolehlah mengunjungi deretan restoran di pantai itu.
A I dan II
B I dan III
C II, dan IV
D II,III, dan IV
5.I Beliau kecewa sebab wanita sekarang sudah jarang ke dapur.
II Aktiviti memasak akan menimbulkan kepuasan apabila kita dapat menghidu aroma hasil tangan
sendiri.
III Rakyat Malaysia sekarang tidak lokek berbelanja lebih supaya menikmati hidangan berkualiti.

114

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

IV Biarpun sudah menjadi rakyat Australia, Carol masih dapat memenuhi undangan program masakan
di Malaysia.
A I dan III
B I dan IV
C II, dan IV
D II,III, dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 41
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
A
Pilihan I salah kerana kata hubung kalau dan sekiranya yang mempunyai
maksud dan fungsi yang sama digunakan secara berturutan.
Pilihan II betul kerana frasa sendi oleh sebab bermaksud kerana, iaitu kata
hubung yang menunjukkan keterangan sebab.
Pilihan III salah kerana kata hubung agar dan supaya tidak boleh hadir
secara berturutan.
Pilihan IV salah kerana sebab bukan kata hubung tetapi kata nama.
2
D
Pilihan I salah kerana ayat tersebut sepatutnya mempunyai kata hubung
agar yang menunjukkan keterangan harapan.
Pilihan II betul kerana kata hubung semasa menunjukkan waktu sedang
berlaku.
Pilihan III betul kerana kata hubung sejak digunakan untuk menunjukkan
masa yang telah dimanfaatkan.
Pilihan IV betul kerana kata hubung untuk menunjukkan keterangan tujuan.
3
B
Pilihan I betul kerana kata hubung ketika menunjuukan keterangan masa.
Pilihan II salah kerana kata hubung andai kata dan sekiranya yang
mendukung makna dan fungsi yang sama tidak boleh hadir berturutan.
Pilihan III betul kerana kata hubung menunjukkan katerangan sebab.
Pilihan IV salah kerana bila ialah kata tanya lantaran. Kata hubung yang
sepatutnya ialah apabila yang menunjukkan keterangan masa.
4
C
Pilihan I salah kerana kata hubung yang tepat ialah walaupun kerasna
menunjukkan keterangan yang bertentangan.
Pilihan II betul kerana kata hubung hingga menunjukkan keterangan hasil
atau kesan sesuatu perbuatan.
Pilihan III salah kerana kata hubung yang tepat ialah dengan, iaitu kata
hubung yang menunjukkan keterangan cara.
Pilihan IV betul kerana kata hubung bagi menunjukkan keteranagn tujuaan.
5
C
Pilihan I salah kerana sebab bukan kata hubung. Yang betul ialah kata
hubung kerana yang menunjukkan keterangan tujuan.
Pilihan II betul kerana kata hubung apabila menunjukkan keterangan
waktu.
Pilihan III salah kerana kata hubung supaya menunjukkan keterangan
harapan. Kata hubung yang betul ialah untuk yang menunjukkan
keterangan tujuan.
Pilihan IV betul kerana kata hubung biarpun menunjukkan keterangan yang
bertentangan.
AYAT MAJMUK CAMPURAN
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri
daripda campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Ayat
tersebut lazimnya panjang. Lihat ayat-ayat contoh yang berikut:

115

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

1.Zulkifi masih membaca buku tetapi abang-abangnya yang telah letih sudah lama tidur.
2.Kereta yang rosak itu dibaiki dan dicat semula olehnya.
3.Dalam bidang pendidikan zaman penjajah, pengguna bahasa Melayu amat terbatas kerana bahasa
yang menjadi bahsa utama kita itu tidak pernah diberikan peluang berfungsi sebagai bahasa pengantar
bidang sains dan teknologi.
4.Anda tentu tahu bahawa emas ialah logam yang unik dan amat berharga.
Tugasan Praktikal 42
Ayat Mmajmuk Campuran
Soalan 1 hingga soalan 5
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1.Ibu mengemas dan membersihkan bilik tidur adik sejak tadi lagi.
A mengemaskan dan membersihkan bilik tidur
B mengemas dan membersih bilik tidur
C kemaskan dan bersihkan bilik tidur
D mengemas dan membersihkan bilik tidur
2.Dia mengurus dan mengendalikan syarikat itu dengan bantuan keluarganya.
A urus dan kendalikan syarikat itu
B menguruskan dan mengendali syarikat itu
C menguruskan dan mengendalikan syarikat itu
D mengurus dan mengendalikan syarikat itu
3.Dia menyatakan yang dia tidak dapat hadir kerana dia terpaksa menziarahi neneknya di kampung.
A Dia menyatakan dia tidak dapat hadir
B Dia nyatakan yang dia tidak dapat hadir
C Dia menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir
D Dia menyatakan yang dia tidak dapat hadir
4.Bahawa Malaysia tidak mengamalkan prinsip bebas beragama adalah tidak benar.
A Untuk Malaysia tidak mengamalkan prinsip bebas beragama
B Bagi Malaysia tidak mengamalkan prinsip bebas beragama
C Yang Malaysia tidak mengamalkan prinsip bebas beragama
D Bahawa Malaysia tidak mengamalkan prinsip bebas beragama
5.Rumah yang berwarna biru itu rumah Ppegawai Daerah Kota Setar.
A Rumah biru itu
B Rumah warna biru itu
C Rumah berwarna biru itu
D Rumah yang berwarna biru itu
Soalan 6 hingga Soalan 10
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang sesuai.
6.I Keluarga itu miskin tetapi bahagia.
II Bayi itu ketakutan maka dia menangis.
III Langit mendung sambil hujan pun turun.
IV Saya akan balik ke kampung sama ada esok dan lusa.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
7.I Ceritanya entah betul ebtah tidak.
II Baik lelaki dan mahupun perempuan memerlukan pekerjaan yang halal.
III Buku rujukan itu berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru.
IV Asraf bukan sahaja cemerlang dalam mata pelajaran Sains malahan juga dalam semua mata
pelajaran.

116

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

A I dan II
B II dan III
C I, III, dan IV
D II,III, dan IV
8.I Bila tiba waktunya dia akan pulang ke kampung.
II Sejak kematian isterinya dia kelihatan begitu sugul.
III Adik menangis apabila tiba-tiba guruh berdentum dengan kuatnya.
IV Bila cuti sekolah bermula, keluarga murid-murid membuat rancangan untuk mengunjungi tempattempat yang menarik.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
9.I Untuk dia lulus ujian memandu itu amatlah senang.
II Bahawa ekonomi negara sekarang sedang merosot adalah tidak tepat.
III Anak sulungnya berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.
IV Kenyataan itu bermaksud yang kerajaan sanggup memajukan kawasan kuar bandar.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
10.I Dia mengumpul dan menyimpan setem itu sejak sepuluh tahun yang lalu.
II Hajah Aminah membekal dan mengedarkan sos itu sudah lama di negara kita.
III Ning Baizara melambai-lambaikan dan menggoyang-goyangkan tangannya kepada penonton.
IV Para penonton menunjukkan dan menyatakan rasa puas hati mereka dengan pelbagai cara terhadap
persembahan itu.
A I dan II
B II dan III
C III, dan IV
D II,III, dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 42
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
A
B salah kerana kata kerja transitif mengemas dan membersih perlu
menggunakan akhiran-kan untuk menyatakan makna menjadikan kemas
dan bersih.
C salah kerana kemaskan dan bersihkan seharusnya menggunakan awalan
meN- untuk menunjukkan ayat aktif.
D salah kerana kata kerja transitif mengemas seharusnya menggunakan
akhiran kan juga. Akhiran kan pada kata kerja transitif yang pertama
yang digabungkan dengan kata kerja transitif berapitan meN--kan yang
kedua tidak digugurkan kecuali kata kerja tersebut memang tidak perlu
menggunakan akhiran-kan.
2
D
A salah kerana kata kerja transitif urus tidak menggunakan awalan meNdan kata kerja kendali seharusnya menggunakan apitan meN--kan.
B salah kerana dalam Kkamus Dewan kata kerja menguruskan
menyatakan makna menjadikan sesuatu itu kurus. Oleh itu, pengunaan
kata yang betul ialah mengurus (meng + urus). Kata mengendali
seharusnya menggunakan akhiran kan untuk menunjukkan menjadikan
sesuatu itu dikendalikan.
C salah kerana alasannya seperti di atas.
3
C
A salah kerana ayat ini tidak menggunakan kata komplemen bahawa.
B salah kerana kata nyatakan tidak menggunakan awalan meN- sebagai
penanda kata aktif transitif. Penggunaan kata yang juga salah.
D salah kerana kata yang tidak boleh mengambil tempat bahawa.
4
D
A salah kerana untuk tidak boleh mengambil tempat bahawa. Maknanya
juga berbeza.
B salah kerana bagi tidak boleh mengambil tempat bahawa. Maknanya
juga berbeza.
C salah kerana yang tidak boleh mengambil tempat bahawa. Maknyajuga

117

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

berbeza.
Ayat dalam A, B dan C salah dari segi makna kerana tidak ada penekanan
rumah yang mana. Oleh itu, kesemua ayat itu perlu ada yang.
Ayat B (III) salah kerana menggunakan kata hubung sambil. Kata hubung
yang sesuai ialah lalu.
Ayat C (I dan II) betul kerana menggunakan kata hubung yang tepat. Ayat
III salah kerana alasannya seperti yang di atas B (III)
Ayat D (IIIdan IV) salah. Ayat III sama seperti di atas. Ayat IV
seharusnya menggunakan kata hubung atau.
Ayat A (II) salah kerana menggunakan kata hubung dan mahupun.
Seharusnya tidak perlu menggunakan kata hubung dan.
Ayat B (II) sama seperti yang di atas.
Ayat D (II) sama seperti yang di atas.
Ayat A (I) salah kerana menggunakan kata tanya bila. Seharusnya ayat ini
menggunakan kata hubung apabila. Ayat C (I dan IV) salah. Ayat I sama
seperti yang di atas. Ayat IV salah menggunakan kata tanya bila.
Seharusnya ayat ini menggunakan kata hubung apabila. Ayat D (IV) salah
kerana menggunakan kata tanya bila. Seharusnya ayat ini menggunakana
kata hubung.
Ayat A (I dan II) betul. Ayat III betul juga tetapi tidak dipilih. Ayat B (II
dan III) betul. Ayat I betul juga tetapi tidak dipilih. Ayat D (IV) salah
kerana menggunakan kata relatif yang. Kata yang tidak boleh mengambil
tempat kata komplemen bahawa.
Ayat A (I dan II) salah. Ayat I salah kerana kata kerja transitif mengumpul
seharusnya menggunkan akhiran-kan. Ayat II salah kerana kata kerja
transitif membekal seharusnya menggunakan akhiran kan. Akhiran kan
tidak boleh berkongsi dengan akhiran kan kata kerja transitif yang
digabungkan (mengedarkan). Ayat B (II) sama seperti A (II) di atas. Ayat
D (II) sama seperti A (II) di atas.

Ayat Tergantung
Walau apa-apa bentuk ayat sekalipun yang dibina, kita hendaklah menentukan bahawa ayat tersebut
mempunyai subjek dan predikat untuk menjadikan ayat yang lengkap dan sempurna maknanya. Ayat
yang tidak ada subjek atau predikat atau ayat yang tidak sempurna maknanya disebut sebagai ayat
tergantung.
Ayat tergantung disebabkan oleh dua perkara, iaitu:
(a)ayat tanpa subjek
(b)ayat tanpa predikat
Ayat Tanpa Subjek
Kesalahan ini berlaku kerana subjeknya atau pelakunya tidak dinyatakan dalam bahagian subjek ayat.
Contoh kesalahan umum tentang ayat yang tidak ada subjeknya adalah seperti yang berikut:
Malam ini menanam jagung.
Ayat ini tidak ada subjeknya. Kita tidak dapat mengesan siapakan yang menanam jagung? Ternyata ayat
ini tidak ada subjek atau pelakunya. Hal ini bermakna ayat ini ialah ayat tergantung kerana tidak
semperna bentuk dan maknanya.
Cara untuk membaiki kesalahan ayat ini ialah dengan melatakkan subjek atau pelakunya seperti cantoh
yang berikut:
Malam ini kita menanam jagung.

118

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

(Subjeknya ialah kita. Malam sebenarnya ialah keterangan masa, bukan subjek atau pelaku.)
Begitu juga halnya dengan Malam esok menanam serai. Untuk membaiki kesalahannya anda
masukkan sahaja subjeknya, iaitu kita.Maka dengan ini terbentuklah ayat yang sempurna dari segi
bentuk dan maknanya, iaitu Mmalam esok kita menanam serai. (Subjeknya ialah kita)
Kadang-kadang dalam sastera peraturan seperti ini dikecualikan kerana subjek dalam pantun tersebut
sudah difahami. (kekeculian begini disebut poetic licence).
Contoh-contoh lain ayat tanpa subjek:
1.Di negara kita hidup aman dan damai.
2.Untuk mengatasi masalah itu memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak.
Ayat Tanpa Ppredikat
Kesalahan ini berlaku kerana predikat bahagian ayat tidak dinyatakan. Contoh-contoh kesalahan ayat
tanpa predikat adalah seperti yang berikut:
Ccontoh ayat tanpa predikat.
Dia yang menjadi ratu. (tidak ada predikatnya)
Bahagian predikat ayat ini tidak ada. Untuk membaiki ayat ini kita hendaklah mengubahsuaikan ayat
tersebut. Misalnya ayat ini boleh dibina dengan menembahkan partikel lah pada kata dia.
Contoh:
Dialah yang menjadi ratu. (predikatnya Dialah)
Beberapa contoh ayat tanpa predikat yang lain adalah seperti yang berikut:
1.Rusli yang mesti pergi.
2.Aziz Desa melaporkan diri Llangkawi.
3.Mereka yang mesti berenang.
4.Beliau yang menjadi penghulu.

Contoh-contoh ayat tergantung lain dan pembetulannya adalah seperti yang berikut:
Ayat tergantung
1 Mengikut Perdana Menteri menyatakan
bahawa negara kita akan menjadi negara
maju pada tahun 2020.

2
3
4
5
6

Pembetulannya
Mengikut Perdana Menteri negara kita akan
menjadi negara maju pada tahun 2020.
Atau
Perdana Menteri menyatakan bahawa negara
kita akan menjadi negara maju pada tahun
2020.
Di negara kita perindustrian yang amat Di negara kita perindustrian amat pesat.
pesat.
Di seluruh kawasan rendah telah dinaiki air. Seluruh kawasan rendah telah dinaiki air.
Dengan keterangan ini menjejaskan Keterangan ini menjejaskan kekeliruan yang
kekeliruan yang timbul.
timbul.
Kurik itu kundi.
Yang kurik itu kundi.
Mudah-mudah dengan kehadiran tuan dan Mudah-mudah dengan kehadiran tuan dan
puan akan menyerikan majlis perkahwinan puan akan berserilah majlis perkahwinan anak
anak kami.
kami.
Atau
Mudah-mudah kehadiran tuan dan puan akan
menyerikan majlis perkahwinan anak kami.

Tugasan Praktikal 43
Ayat Majmuk Campuran
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang sesuai.
1.I Untuk memulakan perniagaan yang besar memerlukan modal yang besar.

119

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

II Kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan sangat-sangatlah kami perlukan.


III Projek ini akan berjaya jika sokongan daripada semua lapisan masyarakat diperoleh.
IV Semoga dengan kehadiran tuan dan puan akan menyerikan majlis perkahwinan anak kami.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
2.I Kesan peperangan di Iraq baru-baru ini, rakyatnya menderita.
II KLIA Ekpres akan bertolak dari stesennya pada setiap 15 minit sekali.
III Turur menghadiri majlis itu ialah isteri Pperdana Mmenteri, Datin Seri Endon.
IV Banyak pelajar yang terlibat dalam kegiatan membuli pelajar yang lebih muda daripada mereka.
A I dan II
B II dan IV
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
3.I Banyak orang datang ke pameran buahbuahan itu.
II Calon yang berjaya dalam ujian bakat sahaja yang akan dipilih.
III Ketibaan Mmenteri Bbesar disambut dengan meriahnya oleh pemimpin-pemimpin tempatan.
IV Mengikut Perdana Menteri menyatakan Pilihanraya Umum pada kali ini akan diadakan tidak lama
lagi.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
4.I Tidak ada orang mahu berkawan dengannya.
II Setengah orang masih keliru tentang bahasa baku.
III Berbagai-bagai jenis makanan terhidang di atas meja itu.
IV Setiap warganegara Malaysia mesti memiliki kad pengenalan.
A I dan II
B III dan IV
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
5.I Dialah yang datang semalam.
II Tentang keterangan itu menjelaskan keraguan yang timbul.
III Setiap pelajar mesti menumpukan perhatian terhadap pelajarannya dulu.
IV Bagi setiap murid mesti belajar bersungguh-sungguh.
A I dan II
B I dan III
C I, II, dan III
D II,III, dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 43
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
A (I) salah kerana tiada subjek atau pelaku dalam ayat ini. Seharusnya
kata kita diletakkan sebelum kata kerja memerlukan sebagai subjek.
C (I) salah kerana alasannya seperti yang di atas.
D (IV) salah kerana tidak subjek. Seharusnya frasa semago dengan
digugurkan dan kekalkan kehadiran dan seterusnya (Subjeknya ialah
kehadiran)
2
B
A (I) salah kerana sebelum frasa kesan peperangan perlu ditambah
sebagai bagi melengkapkan frasa nama.
B (II dan IV) betul.
C (I) salah kerana alasannya seperti yang di atas. C (III) salah kerana
tidak ada subjek. Untuk menjadikan subjek, kata pembenda yang perlu
ditambahkan sebelum kata kerja tak transitif turut (Yang turut
menghadiri).
D (III) salah kerana alasannya sama seperti yang di atas.
3
B
A (I) salah kerana tidak ada subjek. Oleh itu untuk menjadikan subjek
kata pembenda yang perlu dimasukkan sebelum kata kerja datang.
(Yang datang)
C (I) salah alasannya sama seperti yang di atas.
D (IV) salah kerana kata menyatakan tidak perlu dalam ayat ini.
4
B
A (I dan II) salah. I salah kerana ayat ini tidak ada subjek. Untuk

120

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

mengadakan subjek kata pembenda yang perlu ditambahkan pada


sembelum kata bantu mahu. II salah kerana menggunakan kata setengah
bagi kata bilangan setengah-setengah.
C (I dan II) salah kerana alsannya sama seperti yang di atas.
D (II) kerana alasannya sama seperti yang di atas.
A (II) salah kerana ayat ini tidak ada subjek. Untuk mengadakan
subjeknya gugurkan kata sendi tentang.
C (II) salah kerana alasanya sama seperti yang di atas.
D (II dan IV) salah. II salah kerana alasannya sama seperti yang di atas.
IV salah kerana ayat ini tidak ada subjek. Untuk mengadakan subjeknya,
gugurkan kata bagi. Ayat itu akan terbentuk begini: Semua murid mesti
belajar bersungguh-sungguh. (subjeknya ialah Setiap murid)

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BERFORMAT PMR


PENGGUNAAN KATA
Pedoman Praktikal
Soalan tentang penguasaan bahasa dalam bahagian ini memerlukan penguasaan perbendaharaan kata
yang baik dan tepat bagi memastikan aspek perkataan yang dijadikan pilihan jawapan bersesuaian
dengan aspek maksud dalam ayat yang menjadi soalan.
Pelajar perlu memahami maksud ayat yang dijadikan asas soalan dan mendapatkan perkataan
yang paling sesuai dengan maksud ayat. Kebanyakan soalan mengemukakan pilihan jawapan yang
hampir sama maksudnya. Pelajar seharusnya bijak menyesuaikan maksud ayat dengan pilihan jawapan
berdasarkan makna perkataan dan maksud ayat. Bagi soalan-soalan tertentu, terdapat gambar atau
situasi yang berkaitan dengan soalan yang disediakan. Item untuk soalan seperti ini bertujuan untuk
menguji kebolehan pelajar dalam mengenal pasti perkataan yang tepat maknanya mengikut gambar atau
situasi yang dipaparkan. Oleh itu, pelajar hendaklah meneliti gambar atau situasi tersebut terlebih
dahulu dan kemudian pilihlah jawapan yang paling tepat.
Antara aspek yang akan dikemukakan dalam bahagian ini termasuklah pelajar dikehendaki
memilih jenis perkataan yang paling sesuai sama ada perkataan daripada jenis kata nama, kata kerja,
kata adjektif, atau kata tugas bagi mengisi tempat kosong. Lazimnya soalan ini terkandung dalam
Soalan 1 hingga Soalan 7. lihat soalan contoh di bawah ini:
1.Semasa perjumpaan itu, setiap pengusaha industri kecil dinasihati agar __________ pengeluaran.
A meningkat
B tingkatkan
C peningkatan
D meningkatkan
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
D
Dalam soalan tersebut, pelajar diuji tentang penggunaan kata yang paling
tepat dan sesuai berdasarkan kata akarnya tingkat. Dalam bahasa Melayu,
kata yang hadir sebelum kata nama ialah kata kerja transitif atau kata kerja
transitif (KKT) mesti diikuti oleh KN (KKTKN).
A salah kerana kata meningkat dalam A ialah kata kerja tak transitif
(KKTT).
B salah kerana kata tingkatkan dalam B ialah kata kerja pasif diri pertama
atau kedua.
C salah kerana kata peningkatan dalam pilihan C ialah kaat nama.
D betul kerana meningkatkan ialah kata kerja transitif (KKT)

121

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

2.Semua penduduk kampung bekerjasama ______ sungai untuk mengelakkan banjir.


A memperdalam
B mendalami
C dalamkan
D mendalam
Nombor Jawapan Huraian
soalan
2
A
Perkataan yang sesuai untuk menisi tempat kosong ialah kata kerja
transitif.hal ini disebabkan kata yang hadir selepas tempat kosong ialah kata
nama, iaitu perigi.
A betul kerana kata memperdalam ialah kata kerja transitif yang bermaksud
menjadikan sesuatu lebih dalam.
B salah kerana walaupun kata mendalami ialah kata kerja transitif, namun
makna yang dibawanya tidak bermaksud kena kepada objek tetapi pelaku
mendapat manfaat.
C salah kerana kata dalamkan ialah kata kerja pasif diri pertama atau kedua.
D salah kerana kata mendalam ialah kata kerja yang berfungsi sebagai kata
adjektif.
3.Dalila menjadi _________ kasih sayang antara Encik Ramlan dan isterinya.
A terikat
B seikat
C pengikat
D mengikat
Nombor Jawapan Huraian
soalan
3
C
Dalam bahasa Melayu, kata kerja tak transitif menjadi memerlukan
pelengkap yang terdiri daripada kata nama. Oleh itu, perkataan yang boleh
mengisi tempat kosong ialah perkataaan yang terdiri daripada kata nama.
A salah kerana terikat ialah kata kerja tak transitif.
B salah kerana seikat ialah kata adjektif.
C betul kerana pengikat ialah kata nama.
D salah kerana mengikat ialah kata kerja transitif.
4.Suasana keselamatan di sekolah itu _________ dengan sempurna setelah pengawal mula bertugas.
A berkawal
B terkawal
C mengawal
D kawalan
Nombor Jawapan Huraian
soalan
4
B
Berdasarkan soalan di atas, jawapan yang sesuai ialah perkataan yang terdiri
daripada kata kerja pasif atau kata kerja tak transitif.
A salah kerana berkawal ialah kata kerja tak transitif yang bermaksud
pelaku ada melakukan perbuatan kawal.
B betul kerana terkawal ialah kata kerja pasif yang bermaksud sedia.
C salah kerana mengawal ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek.
D salah kerana kawalan ialah kata nama.

122

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

5.Lukisan pemandangan itu ___________ pada dinding belakang bilik darjah.


A menggantungkan
B menggantung
C tergantung
D bergantung
Nombor Jawapan Huraian
soalan
5
C
Jawapan yang sesuai mestilah terdiri daripada kata kerja pasif atau kata
kerja tak transitif, iaitu sama ada tergantung atau bergantung.
A salah kerana menggantungkan ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti
oleh kata nama.
B salah kerana menggantung ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh
kata nama.
C betul kerana tergantung ialah kata kerja pasif yang membawa maksud
telah sedia.
D salah kerana bergantung ialah kata kerja tak transitif yang membawa
maksud subjek atau pelaku melakukan sesuatu.
Selain itu, pelajar dikehendaki memilih perkataan yang sesuai daripada jenid kata yang sama
tetapi mendukung makna yang berbeza. Soalan-soalan yang lain pula melibatkan perkataan yang
berimbuhan dan perkataan yang digandakan seperti kata ganda berulang, kata ganda separa, kata ganda
berirama, dan kata ganda berimbuhan. Contoh:
1.Kita tidak boleh _________ semua makanan dengan tangan kerana orang lain belum makan.
A menceduk
B mencekuh
C mencekup
D mencekut
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
A salah kerana mencedok bermaksud mengambil sesuatu dengan gayung
atau senduk.
B betul kerana mencekuh bermaksud memegang atau mengambil sesuatu
dengan tangan.
C salah kerana mencekup bermaksud menutupkan tapak tangan ke atas
sesuatu seperti ketika menangkap lalat. Maksud yang lain ialah mengambil
aytau menyuapkan makanan dengan hujung jari. Mencekup juga bermaksud
menangkap orang.
D salah kerana mencekut bermaksud mengambil atau memegang sesuatu
dengan hujung jari yang dipertemukan atau menjemput.
2.Penglihatan Anuar menjadi ___________ setelah dimasuki agas semasa dia menunggang basikal.
A berbalam-balam
B berpudar-pudar
C berkabur-kabur
D berkunang-kunang
Nombor Jawapan Huraian
soalan
2
D
A salah kerana maksud perkataan berbalam ialah tidak berapa terang dilihat
atau kabur.

123

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B salah kerana perkataan pudar bermaksud tidak berapa terang cahayanya,


suram, tidak cerah lagi, atau agak kabur.
C salah kerana perkataan kabur bermaksud tidak dapat melihat dengan
terang atau dengan jelas.
D betul kerana perkataan berkunang-kunang bermaksud tidak dapat melihat
dengan tepat kerana terlalu pening atau pandangan yang sebentar terang dan
sebentar suram atau dalam keadaan yang berpinar-pinar.
3.Pakaian yang dipakai oleh peminta sedekah itu kelihatan ________.
A kumal
B kumai
C kusam
D kersang
Nombor Jawapan Huraian
soalan
3
A
A betul kerana kumal bermaksud tidak licin, renyuk, dan kotor atau
berkerumuk.
B salah kerana kumai ialah ukiran yang timbul dan bergerigi pada perkakas
kayu.
C salah kerana kusam ialah sesuatu benda yang kelihatan tidak bercahaya
atau tidak berkilat seperti permata atau muka yang tidak berseri.
D salah kerana kersang ialah keadaan tanah yang kering dan tidak subur.
4.Semangat tekun dan ________ yang tinggi akan memastikan seseorang pelajar itu mampu mendapat
keputusan yang cemerlang.
A daya kreatif
B daya saing
C daya upaya
D daya maju
Nombor Jawapan Huraian
soalan
4
B
A salah kerana daya kreatif bermaksud kemampuan mencipta atau
menghasilkan sesuatu idea yang baru.
B betul kerana daya saing bermaksud kemampuan untuk bersaing dengan
orang lain.
C salah kerana daya upaya bermaksud kekuatan, kemampuan, atau
keupayaan.
D salah kerana daya maju bermaksud ada keupayaan untuk melangkah ke
hadapan.
5._____________ akan berjuang mempertahankan maruah dan daulat sultan, kata hulubalang kepada
laksama.
A Patik
B Hamba
C Tuanku
D Beta
Nombor Jawapan Huraian
soalan
5
B
A salah kerana ialah kata ganti nama diri pertama bagi rakyat biasa yang

124

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

digunakan untuk membahasakan diri bercakap dengan sultan.


B betul kerana hamba ialah kata ganti nama diri pertama rakyat biasa
apabila bertutur dengan rakyat biasa yang lain dalam masyarakat tradisional
Melayu.
C salah kerana tuanku ialah kata ganti nama kedua bagi sultan.
D salah kerana beta ialah kata ganti nama diri pertama bagi sultan.
Kelemahan ketara kebanyakan pelajar semasa menjawab soalan ini ialah tidak mengetahui
makna perkataan walaupun memahami maksud ayat. Sesetengah pelajar pula keliru dengan makna
perkataan dan tidak dapat membuar perkaitan dengan maksud ayat. Langkah paling mudah bagi
mengatasi masalah ini ialah anda hendaklah melakukan latihan yang lebih kerap merujuk kepada
Kamus Dewan semasa melakukan aktiviti membaca. Kemahiran ini tidak dapat diperoleh dengan
mudah dan pantas, sebaliknya memerlukan masa kerana soalan-soalan dalam bahagian ini melibatkan
aspek penguasaan perbendaharaan kata.
Tugasan Praktikal 44
Penggunaan Kata
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1.Buah epal yang disimpan di dalam peti sejuk itu sudah ___________ dan tidak enak dimakan lagi.
A layu
B lisut
C lusuh
D busuk
2.Kamaruddin semakin __________ apabila melihat keadaan air yang kian melimpah dari tebing sungai
di tepi rumahnya.
A berang
B cemas
C gusar
D sugul
3.Pak Jaafar _________ apabila melihat anak lelakinya pulang ketika hari telah lewat malam.
A berdehem
B bersungut
C bergumam
D berdesis
4._____________ sambutan hari terbuka sempena hari raya di rumahnya semakin ceria dengan
kehadiran semua teman rapatnya.
A Keriangan
B Keramaian
C Kemeriahan
D Kegemilangan
5.Haji Zaidi amat rajin ______ kereta yang baru dibelinya dengan menggunakan pengilat yang
berjenama mahal.
A mengelap
B mengesat
C menggilap
D menggesek
6.Rakyat Malaysia ____________ menyaksikan kehebatan Nazmizan memenangi acara pecut seratus
meter yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
A terkejut
B terpukau

125

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C tergamam
D tercenggang
7.Cara kepimpinan beliau yang kuku besi itu menyaksikan _____________ beliau dalam mesyuarat
khas yang diadakan.
A penggulingan
B penggantian
C pengguguran
D penggiliran
8.Cikgu Haris telah ________ pembayaran wang pendahuluan kereta Cikgu Adnin yang tidak sempat
mengeluarkan wangnya.
A mendahului
B berdahuluan
C pendahuluan
D mendahulukan
9.Semua hartanya yang ________ sejak muda telah dihabiskan oleh anaknya tidak lama selepas dia
meninggal dunia.
A terkumpul
B berkumpul
C dikumpulkan
D mengumpulkan
10.Kebanyakan permainan tradisional ________ oleh masyarakat luar bandar sebagai mengisi masa
lapang.
A dijalankan
B dimainkan
C dipraktikkan
D dilaksanakan
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 44
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
A salah kerana layu hanya sesuai bagi keadaan yang sudah tidak segar.
B betul kerana lisut bermaksud keadaan yang kendur ataupun kecut pada
bahagian kulit.
C salah kerana lusuh bermaksud keadaan pakaian yang sudah rosak atau
luntur kerana sudah terlalu lama terpakai.
D salah kerana busuk bermaksud bau yang tidak menyenangkan atau keadaan
sesuatu yang sudah rosak.
2
B
A salah kerana berang bermaksud terlalu ,arah.
B betul kerana cemas bermaksud berasa takut dan sangat risau.
C salah kerana gusar bermaksud bimbang atau runsing.
D salah kerana sugul bermaksud sedih.
3
A
A betul kerana berdehem bermaksud memberikan isyarat dengan menggunkan
suarua supaya orang yang melakukan kesalahan sedar tanpa menggangu
orang lain.
B salah kerana bersungut bermaksud merungut atau mengomel.
C salah kerana bergumam bermaksud perkataan yang terkulum di dalam
mulut.
D salah kerana berdesis bermaksud bunyi yang dikeluarkan seperti berdesusdesus tetapi lebih kecil. Berdesus-desus atau mendesus-desus ialah bunyi

126

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

seperti orang berbisik.


A salah kerana keriangan bermaksud keadaan yang riang.
B salah kerana keramaian bermaksud perayaan atau pesta.
C betul kerana kemeriahan ialah keadaan yang riang dan gembira serta yang
melambangkan kemeriahan dan kecerian dalam sesuatu majlis.
D salah kerana kegemilangan bermaksud keadaan yang gemilang.
A salah kerana mengelap bermaksud menyapu atau mengeringkan sesuatu
dengan kain lap.
B salah kerana mengesat bermaksud menyapu-yapu atau menggosok-gosok
sesuatu supaya kering.
C betul kerana menggilap bermaksud menjadikan sesuatu yang digosok
menjadi berkilat.
D salah kerana menggesek bermaksud menggeserkan sesuatu supaya
mengeluarkan bunyi seperti tali biola.
A salah kerana terkejut bermaksud terperanjat atau tersentak.
B betul kerana terpukau bermaksud terpesona atau terpikat akan kehebatan
seseorang dalam sesuatu persembahan.
C salah kerana tergamam bermaksud terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa.
D salah kerana tercengang bermaksud dalam kehairanan.
A betul kerana penggulingan bermaksud menggantikan sesuatu jawatan secara
dratik kerana kelamahan yang dilakukan, iaitu merujuk kepada
menggulingkan sesuatu jawatan dalam pertubuhan.
B salah kerana pengguguran bermaksud proses atau perbuatan menggugurkan
sesuatu.
C salah kerana penggantian bermaksud proses menggantikan seseorang
dengan orang lain.
D salah kerana penggiliran bermaksud menggilirkan sesuatu jawapan atau
jawatan yang dibuat secara bergilir-gilir.
A salah kerana mendahului bermaksud pelaku meletakkan diri di tempat
hadapan dalam sesuatu perkara.
B salah kerana berdahuluan bermaksud berlumba atau berkejar hendak
sampai dahulu.
C salah kerana pendahuluan bermaksud pemulaan.
D betul kerana mendahulukan bermaksud membayar untuk orang lain terlebih
dahulu sebelum mengutip bayaran kemudian.
A betul kerana terkumpul bermaksud sudah sedia terhimpun menjadi banyak
sejak sekian lama.
B salah kerana berkumpul bermaksud berdekatan rapat-rapat menjadi satu
atau sekelompok.
C salah kerana dikumpulkan bermaksud melakukan perbuatan kumpul. Dalam
konteks ini, perbuatan itu masih dilakukan.
D salah kerana mengumpulkan bermaksud menjadikan atau membuat sesuatu
supaya berkumpul.
A salah kerana dijalankan bermaksud dilaksanakan.
B betul kerana dimainkan bermaksud aktiviti yang dilakukan dengan benda
untuk bersuka-suka.
C salah kerana dipraktikkan bermaksud dilakukan atau dibuat.
D salah kerana dilaksanakan bermaksud dijalankan.

127

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Tugasan Praktikal 45
Penggunaan kata
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1.Dengan ini ______ bahawa Encik Abdul Ghalid bin Yunus telah memberikan sumbangan tyang besar
dalam penerbitan buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Lima.
A diakui
B diperakui
C diperakukan
D diperaku
2.Ppihak kerajaan berusaha dengan pelbagai cara untuk mengekalnan pertumbuhan ekonomi yang
_____________.
A mampan
B mempan
C menpan
D mapan
3.Kita sentiasa _____ supaya menghormati orang yang lebih tua.
A menasihatkan
B dinasihatkan
C dinasihati
D bernasihat
4.Kerajaan ____ bahawa penyakit SARS sangat bahaya.
A mengwar-warkan
B meruwar-ruwarkan
C menguar-uarkan
D merawa-rawakan
5.Banyak pekerja yang ___________ dari Seremban ke Kuala Lumpur setiap hari untuk bekerja.
A bolak-balik
B mundar-mandir
C berulang-ulang
D simpang-siur
6.Wakil-wakil kelab kebudayaan setiap kaum __________ tarian kebudayaan masing-masing.
A menunjukkan
B mempertunjukkan
C mempertunjuk
D ditunjukkan
7.Daging itu hendaklah ______ dengan rempah sebelum dipanggang.
A dibungkus
B dilumur
C digumul
D ditabur
8.Dalam perbincangan yang diadakan itu, mereka saling _________ fikiran untuk menyelesaikan
masalah kegawatan ekonomi.
A menukar-nukar
B bertukar-tukar
C bertukar
D menukar
9.Tindakan pihak berkenaan ________ had laju kenderaan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan
di jalan raya.
A mengehadkan
B menghadkan
C menghad

128

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D mengehad
10.Penjenayah itu lari ___ dalam hutan senduduk apbila dikejar oleh pihak polis.
A simpang-perenang
B tunggang-langgang
C lantang-pukang
D susup-sasap
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 45
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
C
A salah kerana diakui bermaksud dianggap sebagai sah atau sesungguhnya ada.
B salah kerana dioerakui dianggap bentuk yang lewah.
C betul kerana diperakukan bermaksud diberikan sokongan atau persetujuan.
D salah kerana diperaku merupakan bentuk yang tidak gramatis. Yang betulnya
ialah diperakukan.
2
D
A salah kerana mampan tidak wujud dalam bahasa Melayu.
B salah kerana mempan bermaksud dapat dilukai atau lut.
C salah kerana manpan tidak ada dalam istilah bahasa Melayu.
D betul kerana mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, kukuh, tidak
goyah.
3
C
A salah kerana menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat.
B salah kerana dinasihatkan bermaksud sesuatu diberikan sebagai nasihat.
C betul kerana dinasihati bermaksud seseorabng diberi nasihat.
D salah kerana bernasihat mempunyai nasihat.
4
C
A salah kerana kata dasar mengwar-warkan dieja salah.
B salah kerana kata dasar bagi perkataan meruwar-ruwarkan, iaitu ruwar-ruwar
tidak ada dalam kosa kata bahasa Mmelayu.
C betul kerana menguar-uarkan bermaksud membuat pengumuman dengan
meneriakkan kuat-kuat.
D salah kerana merawa-rawakan tidak ada dalam istilah bahasa Melayu.
5
A
A betul kerana bolak-balik bermaksud ulang-alik atau pulang pergi.
B salah kerana mundar-mandir bermaksud pergi balik, berulang-alik, hilir
mudik.
C salah kerana berulang-ulang bermaksud melakukan sesuatu berkali-kali.
D salah kerana simpang-siur bermaksud terlalu banyak simpang dan silangmenyilang.
6
B
A salah kerana menunjukkan bermaksud menggunakan sesuatu untuk
menunjuk.
B betul kerana mempertunjukkan bermaksud memperlihatkan atau
mempamerkan.
C salah kerana mempertunjuk bermaksud memberi ajaran, nasihat, atau tunjuk
ajar.
D salah kerana ditunjukkan bermaksud digunakan sesuatu untuk menunjuk.
7
B
A salah kerana dibungkus bermaksud dibalut dengan kertas dan lain-lain.
B betul kerana dilumur bermaksud disapukan minyak dan lain-lain,
melumangkan, memalitkan.
C salah kerana digumul tidak ada dalam bahasa Melayu.
D salah kerana ditabur bermaksud dihamburkan supaya berselerak.
8
C
A salah kerana menukar-nukar bermaksud perbuatan mengganti sesuatu dengan

129

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

yang lain.
B salah kerana bertukar-tukar bermaksud saling berganti atau saling mengambil
hak orang lain.
C betul kerana bertukar bermaksud memberi dan menerima gantinya.
D salah kerana menukar bnermaksud mengganti sesuatu denan yang lain.
A betul kerana mengehadkan bermaksud menentuklan hadnya.
B salah kerana menghadkan dieja salah kerana perkataan satu suku kata tidak
boleh menerima imbuhan meng.
C salah kerana menghad tidak menggunakan imbuhan yang betul.
D salah kerana mengehad tidak menggunakan imbuhan yang betul.
A salah kerana simpang-perenang bermaksud porak-peranda.
B salah kerana tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting.
C salah kerana lantang-pukang bermaksud berlari tidak tantu arahnya.
D betul kerana susup-sasap bermaksud menyorok ke sana ke mari atau masuk
ke dalam semak-samun.

Tugasan Praktikal 46
Penggunaan Kata
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1.___________ program bacaan sekolah-sekolah di Selangao sedang berjalan lancar.
A Pelancaran
B Kegiatan
C Pelaksanaan
D Perancangan
2.Perdana Menteri China itu terpaksa menggunakan khidmat ______ untuk berkomunikasi dengan
Perdana Menteri Malaysia.
A jurubahasa
B jurucakap
C juruhebah
D juruacara
3.Segala kutipan yang diperoleh dalam Pesta Makanan itu akan _____________ kepada tabung
kebajikan pelajar.
A disalirkan
B dicurahkan
C disebarkan
D disalurkan
4.Tok Penghulu ________ anak-anak buahnya tentang projek penternakan ikan tawar yang akan
dilaksanakan di kampung itu.
A memuafakati
B bermuafakat
C menyepakati
D bersepakat
5.Ayah sedang _________ dahan pokok rambutan yang rendang itu.
A memotong
B mengerat
C mencantas
D menebang
6.Bilik Abu berbau ____________ sebotol minyak kelapa tertumpah di situ minggu lepas.
A hancing

130

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B cengis
C tengik
D bengit
7.Kakak __________ perabot kayu jati yang tidak digunakan itu dengan sehelai tuala untuk
menghilangkan habuk.
A menyapu
B mengesat
C mengibas
D mengipas
8.Langkah pihak berkuasa membuat serbuan yang berterusan ___________ kegiatan cetak rompak di
negara ini.
A mengorbankan
B melumpuhkan
C menghapuskan
D menghilangkan
9.Jerebu tebal itu ______________ kawasan sekitar kerana ada kebakaran di hutan berdekatan.
A menutupi
B mengaburi
C melingkari
D menyelubungi
10.Amirah ______ perasaan tidak puas hati kerana dituduh meniru dalam peperiksaan, sedangkan dia
tidak melakukannya.
A menyampaikan
B menjelaskan
C meluahkan
D menyatakan
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 46
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
C
A salah kerana pelancaran bermaksud perihal memulakan sesuatu gerakan
atau rancangan.
B salah kerana kegiatan bermaksud perihal giat atau kecergasan.
C betul kerana pelaksaan bermaksud perihal melaksanakan, menjalankan,
mengusahakan sesuatu rancangan.
D salah kerana perancangan bermaksud perbuatan, tindakan, atau
merancangkan sesuatu.
2
A
A betul kerana jurubahasa bermaksud orang yang menterjemaah kata-kata
atau percakapan orang lain.
B salah kerana jurucakap bermaksud orang yang tugasnya memberi
keterangan rasmi kepada orang ramai.
C salah kerana juruhebah bermaksud orang yang kerjanya menyiarkan berita
atau menghebahkan rancangan di radio atau televisyen.
D salah kerana juruacara bermaksud orang yang memimpin sesuatu acara.
3
D
A salah kerana disalirkan bermaksud dikeluarkan air dari sesuatu kawasan.
B salah kerana dicurahkan bermaksud dituangkan atau disimbahkan air.
C salah kerana disebarkan bermaksud dihamburkan atau diserakkan.
D betul kerana disalurkan bermaksud disampikan melalui jalan atau cara
tertentu.

131

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

10

A betul kerana memuafakati bermaksud mengajak bercakap atau berunding.


B salah kerana bermuafakat bermaksud berunding untuk mencapai sesuatu
persetujuan.
C salah kerana menyepatti bermaksud menyetujui.
D salah kerana bersepakat bermaksud semuafakat, sepakat, atau setuju.
A salah kerana memotong bermaksud memenggal atau mengerat.
B salah kerana mengerat bermaksud memotong, memenggal atau
memancung.
C betul kerana mencantas bermaksud memangkas atau memancung hujung
dahan dan lain-lain.
D salah kerana menabang bermaksud memotong pokok kayu yang besar.
A salah kerana hansing bermaksud berbau busuk seperti air kencing.
B salah kerana cengis bermaksud bau busuk seperti hangit serta masam.
C betul kerana tengik bermaksud bau atau rasa yang tidak sedap seperti
minyak kelapa yang sudah lama disimpan.
D salah kerana bengit bermaksud sesak nafas.
A salah kerana menyapu bermaksud membersihkan lantai dengan sapu.
B salah kerana mengesat bermaksud menyapu-nyapu atau menggosok supaya
kering.
C beul kerana mengibas bermaksud menyabnat sesuatu dengan kain untuk
emghilangkan debu.
D salah kerana mengipas bermaksud menggerakkan sesuatu supaya
menghasilkan angin.
A salah kerana mengorbankan bermaksud mempersembahkan sebagai
korban.
B salah kerana melumpuhkan bermaksud menjadikan lumpuh atau
melemahkan.
C betul kerana menghapuskan bermaksud menghilangkan, meluputkan,
meniadakan, membanteras, dan membasmi.
D salah kerana menghilangkan bermaksud menyebabkan hilang,
melenyapkan.
A salah kerana menutupi bermaksud melindungi sesuatu atau merahsiakan.
B salah kerana mengaburi bermaksud menjadi kabur atau mengelirukan.
C salah kerana melingkari bermaksud mengelilingi atau melingkungi.
D betul kerana menyelubungi bermaksud menutupi sesuatu atau
menyelimuti.
A salah kerana menyampaikan bermaksud membawa dan menyerahkan,
mengirimkan, atau memberikan kepada.
B salah kerana menjelaskan bermaksud menerangkan, menghuraikan.
C betul kerana meluahkan bermaksud mengeluarkan ataui melahirkan.
D salah kerana menyatakan bermaksud menampakkan atau menunjukkan.

Tugasan Praktikal 47
Penggunaan Kata
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1.Mak Bedah ___________________ beras pulut yang akan digunakan untuk dibuat lemang.
A menampi
B menapis
C mendulang
D mengayak

132

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

2.Sungai yang ________ kawasan ini tercemar kerana terdapat banyak kilang di tebingnya.
A merentangi
B merentasi
C melintasi
D melalui
3.Pak Ali berasa gembira kerana dia telah memberi anak yatim itu tempat _____________ di rumahnya
untuk beberapa hari.
A berteduh
B bermalam
C berselindung
D bersembunyi
4.Daun-daun lalang di tepi bukit itu _________ ditiup angin.
A berkibar-kibar
B berlambai-lambai
C bergoyang-goyang
D berlenggok-lenggok
5.Jari tangan Faizul ____ kerana terlalu lama menggunakan sabit untuk menebas rumput di kebun
ayahnya.
A melecit
B melekit
C melecet
D meleret
6.Bee Yee mencapai tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang komputer kerana dia sentiasa ________
buku-buku dalam bidang tersebut.
A bergandingan
B bersamaan
C berdekatan
D berdampingan
7.Laut yang __________ luas menyediakan rezeki yang melimpah selagi kita berusaha untuk
menerokainya.
A terpapar
B terbuka
C terbentang
D tersusun
8.Air mata Puan Salina __________ setelah membaca berita bahawa anak tunggalnya menjadi tokoh
pelajar kerana mendapat kejatyaan cemerlang dalam peperiksaan.
A berlinangan
B bercurahan
C berhamburan
D berguguran
9.Akibat ___________ mendengar bunyi guruh yang kuat, adik menangis sambil memeluk emak.
A tersentak
B terpukau
C tergamam
D terperanjat
10.Paragawati yang menjayakan pertunjukan fesyen malam ini ____ dengan senyuman yang manis.
A cantik
B lembut
C murah
D segak

133

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 47


Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
A
A betul kerana menampi bermaksud membersihkan beras dengan nyiru yang
digerak-gerakkan.
B salah kerana menapis bermaksud menuras saringan, menyaring.
C salah kerana mendulang bermaksud melanda emas atau bijih dengan
dulang.
D salah kerana mengayak bermaksud menapis dengan ayakan atau menapis
dengan alat yang dipanggil ayak.
2
B
A salah kerana merentangi bermaksud menghalangi atau merintangi.
B betul kerana merentasi bermaksud melalui atau menempuh sesuatu
kawasan.
C salah kerana melintasi bermaksud melalui atau mengharungi.
D salah kerana melalui bermaksud mengikuti, melintasi, atau menempuhi.
3
A
A betul kerana berteduh bermaksud berlindung daripada panas matahari dan
hujan, atau bernaung.
B salah kerana bermalam bermaksud tidur atau menginap.
C salah kerana berselindung bermaksud tidak terang-terangan, secara diamdiam.
D salah kerana bersembunyi bermaksud tidak mengatakan dengan
sebenarnya.
4
C
A salah kerana berkibar-kibar bermaksud bergerak melambai-lambai kerana
ditiup angin.
B salah kerana berlambai-lambai bermaksud bergerak-gerak turun naik.
C betul kerana bergoyang-goyang bermaksud bergerak-gerak atau berayunayun.
D salah kerana berlenggok-lenggok bermaksud bergoyang-goyang atau
berliuk-liuk.
5
C
A salah kerana melecit bermaksud terkeluar dengan pantas.
B salah kerana melekit bermaksud melekat sedikit.
C betul kerana melecet bermaksud luka yang berair atau melepuh.
D salah kerana meleret bermaksud panjang atau labuh.
6
D
A salah kerana bergandingan bermaksud bekerjasama dan tolong-menolong.
B salah kerana bersamaan bermaksud bertepatan atau berbetulan.
C salah kerana berdekatan bermaksud berhampiran.
D betul kerana berdampingan bermaksud berada sekat atau di sisi, berdekatan
atau berapat-rapat.
7
C
A salah kerana terpapar bermaksud terbentang atau tergambar.
B salah kerana terbuka bermaksud tidak tertutup, terdedah.
C betul kerana terbentang bermaksud terhampar atau terbuka.
D salah kerana tersusun bermaksud sudah disusun baik-baik atau dengan
teratur.
8
A
A betul kerana berlinangan bermaksud jatuh menitik atau menitis.
B salah kerana bercurahan bermaksud keluar dengan banyak.
C salah kerana berhaburan bermaksud berterjunan, berlompatan ke bawah.
D salah kerana berguguran bermaksud gugur dengan banyaknya.
9
D
A salah kerana tersentak bermaksud tersedar dengan tiba-tiba.

134

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

10

B salah kerana terpukau bermaksud terpedaya atau tertipu.


C salah kerana tergamam bermaksud terkejut dan tidak dapat berbuat apaapa.
D betul kerana terperanjat bermaksud keget atau terkejut.
A ssalah kerana cantik bermaksud sangat menarik apabila dipandang.
B salah kerana lembut bermaksud menarik, tidak kaku atau garang.
C betul kerana murah bermaksud tidak susah, tidak payah, mudah, dan suka
memberi.
D salah kerana segak bermaksud bergaya, kacak, atau tampan.

NO TEL: 016 8822114

Tugasan Praktikal 48
Penggunaan kata
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1.Saranan pengetua dalam perjumpaan dengan ibu bapa semalam _____ demi meningkatkan
pencapaian pelajar dalam bidang akademik.
A jelas
B nyata
C tegas
D pasti
2.Pengadil meminta pegaewai-pegawai sukan menegangkan jaring badminton yang telah ________ itu
sebelum pertandingan dijalankan.
A bengkok
B lentur
C lendut
D kendur
3.Kadar pertumbuhan ekonomi _ telah mencapai empat peratus sebelum kerajaan mengistiharkan
negara ini bebas daripada kemelesetan.
A sekurang-kurangnya
B sebaik-baiknya
C selemah-lemahnya
D setinggi-tingginya
4.Ubi kayu itu hendaklah direbus sehingga ___ supaya enak dimakan.
A lembut
B empuk
C benyek
D lembik
5.Ahli-ahli pasukan beruniform harus berdisplin dan ______ akan arahan pemimpin.
A patuh
B rela
C akur
D setia
6.Setelah semua keterangan diberi oleh saksi pendakwa, peguam bela bersedia untukl melakukan
_____________ terhadap saksi itu.
A soal balas
B soal siasat
C soal jawab
D soal selidik
7.Semangat tekun dan ____ yang tinggi akan memastikan seseorang pelajar itu mampu mendapati
keputusan yang cemerlang.
A daya kreatif

135

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B daya saing
C daya upaya
D daya maju
8.Janganlah _ berasa kecewa dengan kekalahan pasukan kita kerana peluang masih ada untuk
memasuki peringkat separuh akhir, nasihat jurulatih pasukan bola jaring itu kepada pemainpemainnya.
A anda
B kalian
C awak
D mereka
9.___________ akan berjuang mempertahankan maruah dan daulat sultan, kata hulubalang kepada
laksama.
A patik
B hamba
C tuanku
D beta
10.Jurusolek itu mengenakan gincu ______________ bibir peragawati itu dengan teliti sebelum
pertunjukan bermula.
A di
B dengan
C pada
D kepada
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 48
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
C
A salah kerana jelas bermaksud terang, atau tidak kabur.
B salah kerana nyata bermaksud jelas dan terang.
C betul kerana tegas bermaksud jelas serta terang, tidak ragu-ragu, tentu,
tepat.
D salah kerana pasti bermaksud tidak salah lagi, tidak boleh tidak.
2
D
A salah kerana bengkok bermaksud berkelok, lengkung, dan tidak lurus.
B salah kerana lentur bermaksud bengkok atau kelok.
C salah kerana lendut bermaksud membengkok ke bawah.
D betul kerana kendur bermaksud tidak tegang, tidak regang.
3
A
A betul kerana sekurang-kurangnya bermaksud paling kurang, yang
sedikit, serendah-sendahnya.
B salah kerana sebaik-baiknya bermaksud yang paling baik dan patut
dilakukan, seelok-eloknya.
C salah kerana selemah-lemahnya bermaksud paling tinggi.
4
B
A salah kerana lembur bermaksud tidak keras atau lembik.
B betul kerana empuk bermaksud lembut dan senang dikunyah.
C salah kerana benyek bermaksud lembik dan berair.
D salah kerana lembik bermaksud terlalu lembut atau lemah.
5
A
A betul kerana patuh bermaksud menurut perintah dan peraturan, taat,
tidak membantahi.
B salah klerana rela bermaksud berkenaan bersedia dengan hati yang
ikhlas.
C salah kerana akur bermaksud setujju atau terima.

136

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D salah kerana setia bermaksud berpegang teguh pada janji.


A betul kerana soal balas bermaksud menyoal seseorang yang memberi
keterangan untuk sesuatu pihak untuk memastikan kesahihan keterangan
yang diberikan.
B salah kerabna soal siasat bermaksud menyoal seseorang dalam usaha
menyiasat sesuatu.
C salah kerana soal jawab bermaksud tanya jawab atau wawancara.
D salah kerana soal selidik bermaksud sejumlah soalan yang
dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk mengumpul
maklumat.
A salah kerana daya kreatif bermaksud keupayaan untuk mencipta.
B betul kerana daya saing bermaksud keupayaan untuk menyaingi orang
lain.
C salah kerana daya upaya bermaksud kekuatan, kemampuan, ikhtiar.
D salah kerana daya maju bermaksud berkemampuan untuk maju atau
berkembang.
A salah kerana anda bermaksud kata ganti orang kedua yang tidak
membezakan taraf, tingkat, dan umur.
B betul kerana kalian bermaksud sekalian atau kamu semua.
C salah kerana awak bermaksud kata ganti diri kedua, engkau atau kamu.
D salah kerana mereka bermaksud kata ganti diri ketiga untuk jumlah
yang ramai.
A salah kerana patik digunakan untuk bercakap dengan raja atau sultan.
B betul kerana hamba bermaksud kata ganti diri pertama dan digunakan
untuk bercakap dengan orang yang dihormati.
C salah kerana tuanku ialah kata sapaan untuk raja atau sultan.
D salah kerana beta ialah kata ganti diri pertama bagi raja atau sultan.
A salah kerana kata sendi di ialah kata sendi nama yang ditunjukkan
tempat.
B salah kerana kata sendi nama dengan digunakan untuk maksud bersama
atau disertai.
C salah kerana kata sendi nama pada menunjukkan tempat bagi perbuatan
sesuatu kata kerja.
D salah kerana kata sendi nama kepada digunakan untuk menyatakan
sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan dan unsur mujarad.

MENGESAN KESALAHAN DALAM AYAT


Bentuk soalan ini terkandung dalam Soalan 8 hingga 14. Antara aspek kesalahan yang paling kerap
dikemukakan termasuklah:
a) kata ganti nama diri
b) kata sendi dan kata hubung
c) kata kerja transitif dan tak transitif
d) kata adjektif
e) kata ganti (kata ganti nama tak tentu, kata ganti penunjuk, kata ganti tempat)
f) Penggunaan kata bilangan
g) Penggunaan penjodoh bilangan
h) Penggunaan kata yang tidak tepat
i) Kesalahan penggunaan imbuhan

137

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Pelajar perlu menguasai aspek tersebut dengan mendalam dan mengetahui aspek yang sepatutnya bagi
memastikan setiap jawapan yang dipilih merupakan jawapan yang paling tepat dengan kehendak
soalan. Terdapat juga sesetengah soalan yang tidak mengandungi apa-apa kesalahan.
Tugasan Praktikal 49
Mengesan Kesalahan dalam Ayat
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Dia meninggalkan kampung untuk mengadu nasib di kota bagi memperoleh
A
B
pekerjaan berbekalkan dengan kelulusan sijil sekolah rendah. Tiada kesalahan.
C
D
2.Oleh kerana telah lama berkecimpung dalam bidang kejurulatihan, dia dengan
A
B
C
mudah berjaya menjadi jurulatih pasukan bola sepak negeri Selangor. Tiada
D
kesalahan.
3.Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang paling tinggi sekali dicatatkan
A
semasa musim perayaan pada tahun ini. Tiada kesalahan.
C
D

4.Mayat bayi tidak berkepala yang dijumpai oleh orang kampung itu telah diserahkan
A
B
ke pihak hospital daerah. Tiada kesalahan.
C
D
5.Ibu sedang memasak rendang ayam daging untuk dihidangkan kepada tetamu yang
A
B
datang berziarah ke rumah semasa Hari Raya Aidil Fitri. Tiada kesalahan.
C
D
6.Perasaan gementar semasa berhadapan dengan Tuan Pengetua yang garang itu cuba
A
B
kami selindungkan dengan tersenyum. Tiada kesalahan.
C
D
7.Daripada setahun ke setahun, Pak Kassim menanti kepulangan anaknya yang
A
B
sehingga kini tidak pulang walaupun semasa hari raya. Tiada kesalahan.
C
D
8.Kami kerap jalan kaki ke sekolah kerana kedudukan sekolah yang berhampiran
A
B
dengan taman perumahan kami. Tiada kesalahan.
C
D

138

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

9.Disebabkan sayangkan negara ini, pasukan keselamatan sanggup berkorban


A
B
mempertahankan kedaulatan negara walaupun terpaksa meninggalkan keluarga berbulan-bulan
lamanya. Tiada kesalahan.
C
D
10.Amir merengek-rengek kerana menuntut janji ibunya yang mahu membelikannya
A
B
C
kereta kawalan jauh. Tiada kesalahan.
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 49
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
C
Kata yang berapitan beR--kan seperti berbekalkan hendaklah diikuti oleh
kata nama, bukan kata sendi. A dan B tiada kesalahan.
2
A
Frasa oleh kerana salah kerana kata sendi oleh hendaklah diikuti oleh kata
nama, iaitu sebab untuk membentuk frasa oleh sebab. Kerana ialah kata
hubung pancangan yang hadir dalam ayat majmuk pancangan keterangan
sebab. B dan C tiada kesalahan.
3
A
Frasa adjektif paling tinggi sekali salah kerana kata penguat depan paling
tidak bolah digabungkan dengan kata penguat belakang sekali kerana keduadua kata penguat tersebut membawa maksud darjah penghabisan. B dan C
tiada kesalahan.
4
C
Penggunaan kata sendi nama ke seharusnya digantikan dengan kepada kerana
ditujukan kepada pihak tertentu bukannya benda mati. A dan B tiada
kesalahan.
5
A
Frasa rendang ayam daging seharusnya ditulis rendang daging ayam
mengikut Hukum D-M. Berdasarkan hukum D-M, daging ayam berbeza
dengan ayam daging. Sepatutnya, ibu memasak rendang daging ayam
kerana yang dimasak ialah daging ayam bukannya ayam daging. Ayam
daging ialah ayam yang diternak untuk mendapatkan dagingnya. B dan C
tiada kesalahan.
6
D
Tiada mengandungi apa-apa kesalahan dalam ayat berkenaan.
7
A
Bahagian bergaris mengandungi kesalahan pembentukan kata sendi nama
berpasangan daripada yang seharusnya digantikan dengan kata sendi dari
kerana ayat merujuk kepada masa supaya membentuk darike..atau
daripadakepada B dan C tiada kesalahan.
8
A
Jalan ialah kata nama, sedangkan bahagian bergaris sepatutnya terdiri
daripada kata kerja tak transitif berjalan. B dan C tiada kesalahan.
9
A
Bentuk sayangkan selalunya kata kerja pasif. Namun, sayang ialah kata
adjektif yang membawa maksud emotif yang perlu diikuti kata sendi akan
untuk membentuk frasa adjektif sayang akan atau menerima imbuhan
apitan meN-..-kan untuk membentuk kata kerja transitif.
10
D
Tidak mengandungi apa-apa kesalahan dalam ayat berkenaan.
Tugasan Praktikal 50

Mengesan Kesalahan dalam Ayat

139

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Saya tidak tahu yang dia telah memenangi pertandingan syarahan itu.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
2.Puan Aminah menghidangkan tatamu makanan yang lazat-lazat. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
3.Ibu memasakkan ayah bubur kacang yang dibawa balik dari Melaka.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
4.Ali yang kacak itu dikirimkan surat oleh Aminah. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
5.Saya baca buku itu sambil menikmati udara petang. Tiada kesalahan.
A
BC
D
6.Ahli panel dilarang mempersoalkan tentang hal-hal agama dalam forum tersebut.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
7.Tidak terangkat oleh saya akan bakul yang berisi durian itu. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
8.Kami bercadang hendak pergi menuntun wayang pada malam minggu nanti.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
9.Setengah pelajar hanya mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir menjelang
A
B
peperiksaan tanpa sedar akan keburukannya. Tiada kesalahan.
C
D
10.Penjenayah itu dijatuhi hukuman penjara dan sebat mandatori setelah beliau
A
didapati bersalah menculik seorang ahli perniangan. Tiada kesalahan.
C
D

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 50


Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
A
A salah kerana kata hubung yang sepatutnya ialah bahawa. Hal ini demikian

140

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

kerana ayat tersebut ialah ayat majmuk pancangan komplemen. B dan C tiada
sebarang kesalahan.
A salah kerana menghidangkan tetamu, bermaksud objek, iaitu tatamu
dijadikan bahan hidangan, iaitu objek bergerak. Maksud yang sebenarnya
ialah makanan dihidangkan kepada tetamu, bukan tetamu dihidangkan. Jadi,
frasa kerja yang betul ialah menghidangi tetamu, iaitu objek tidak bergerak.
B dan C tiada sebarang kesalahan.
A, B, dan C tiada sebarang kesalahan.
A betul kerana frasa memasakkan ayah bermaksud memasak sesuatu untuk
ayah, iaitu memasak bubur kacang untuk ayah.
B salah kerana ungkapan Ali dikirimkan bermaksud subjek bergerak, iaitu Ali
mengalami perbuatan kirim, iaitu Ali kena kirim. Ungkapan yang betul ialah
Ali dikirimi, iaitu subjek tidak bergerak. A dan C tiada sebarang kesalahan.
A, B dan C tiada sebarang kesalahan. A betul kerana frasa kerja saya baca
ialah frasa kerja pasif diri pertama. Ayat itu betul kerana ayat tersebut ialah
ayat pasif songsang yang berasal daripada ayat Buku itu saya baca sambil
menikmati udara petang.
C salah kerana frasa kerja mempersoalkan tantang hal-hal agama tidak
gramatis, iaitu tidak menepati rumus frasa kerja transitif. Yang betul ialah
mempersoalkan hal-hal agama. Rumus frasa kerja transitif menetapkan
bahawa kata kerja transitif mestilah diikuti oleh kata nama. A dan B tiada
sebarang kesalahan.
C salah kerana dalam ayat itu, kata sendi akan tidak diperlukan. Ayat tersebut
ialah ayat songsang. Ayat asalnya ialah Bakul yang berisi durian itu tidak
terangkat oleh saya. Selain itu, frasa kerja pasif terangkat oleh saya gramatis
kerana ayat itu ialah ayat pasif ter-. Dalam bahasa Melayu, frasa kerja pasif
diangkat oleh saya tidak gramatis.
B salah kerana menuntun bermaksud memimpin. Perkatawan yang betul
dalam ayat itu ialah menonton, iaitu menyaksikan atau melihat. A dan C tiada
sebarang kesalahan.
A salah kerana setengah ialah kata bilangan pecahan. Yang betul ialah
sesetengah atau setengah-setengah, kata bilangan pisahan. B dan C tiada
sebarang kesalahan.
B salah kerana beliau digunakan sebagai kata ganti nama ketiga bagi orang
yang dihormati seperti ibu bapa, guru, pegawai kerajaan, dan sebagainya.
Kata ganti yang sesuai ialah dia. A dan C tiada sebarang kesalahan.

Tugasan Praktikal 51
Mengesan Kesalahan dalam Ayat
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Guru kelas bimbingan itu mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajarnya
A
di waktu petang selama satu jam setengah. Tiada kesalahan.
B
C
D
2.Kakanda mengucapkan tahniah kepada adik Fauzi yang berjaya melanjutkan
A
B
pelajaran ke luar negara. Tiada kesalahan.

141

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C
D
3.Ada di antara ahli sukan yang hadir dalam majlis yang tidak saya kenali.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
4.Walaupun dia kaya dan pandai, dia tetap merendahkan diri dan menghormati orang
A
B
C
yang lebih tua. Tiada kesalahan.
D
5.Pegawai itu terpaksa meletakkan jawatannya kerana terbabit dengan kegiatan
A
B
rasuah. Tiada kesalahan.
D
6.Shahili membelikannya sekeping poster pemain bola sepak yang terkemuka sekali
A
di dunia sempena hari jadinya. Tiada kesalahan.
C
D
7.Percayalah kata-kata yang diluahkan oleh wanita yang menjadi mangsa peras ugut
A
B
itu. Tiada kesalahan.
D

8.Beliau telah dinaikkan pangkat kerana telah berjaya menguruskan syarikat tersebut
A
B
dengan cemerlang. Tiada kesalahan.
C
D
9.Allan Harris cuba mempertajamkan serangan pasukan bola sepak Malaysia dengan
A
menggunakan empat orang penyerang pada satu-satu masa. Tiada kesalahan.
B
C
D
10.Habib memulangkan buku rujukan yang dipinjamnya sejak minggu lalu kepada
A
B
kawannya semula. Tiada kesalahan.
C
D
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 51
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
B salah kerana kata sendi di tidak boleh digunakan untuk masa. Kata sendi
yang betul ialah pada, iaitu pada waktu petang. A dan C tiada sebarang
kesalahan.
2
B
B salah kerana pasangan bagi perkataan kekanda ialah adinda.
A dan C tiada sebarang kesalahan.

142

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

10

A salah kerana frasa sendi di antara sepatutnya menunjukkan ruang.


Namun, ayat tersebut tidak bermaksud ruang. Jadi, yang betul ialah kata
sendi antara. B dan C tiada kesalahan.
B salah kerana merendahkan diri bermaksud membongkokkan badan atau
merendahkan ketinggian badan. Jawapan yang betul ialah merendah diri,
iaitu tidak membanggakan diri. A dan C tiada sebarang kesalahan.
A, B dan C tiada kesalahan.
D betul kerana melatakkan jawatan ialah bahasa kiasan yang bermaksud
melepaskan atau meninggalkan perkhidmatan atau berhenti daripada
memegang sesuatu jawatan.
A, B dan C tiada sebarang kesalahan.
A betul kerana membelikannya bermaksud membeli sesuatu barang
untuknya (dia).
B betul kerana terkemuka bukan perkataan yang berawalan ter- yang
bermaksud paling. Perkataan terkemuka boleh digantikan dengan perkataan
masyhur atau popular.
A salah kerana dalam bahasa Melayu tidak ada frasa kerja mempercaya
kata-kata. Yang betul ialah percayai kata-kata kerana frasa ini berasal
daripada frasa kerja mempercayai kata-kata. B dan C tiada kesalahan.
B salah kerana frasa kerja menguruskan bermaksud menjadikan sesuatu itu
kurus seperti menguruskan badan bermaksud menjadikan badan kurus.
Frasa kerja yang betul ialah mengurus, iaitu mentadbir syarikat.
A dan C tiada sebarang kesalahan.
A salah kerana kata kerja mempertajamkan seharusnya tidak mempunyai
akhiran-kan. Hal ini demikian kerana kata dasar apitan tersebut terdiri
daripada kata adjektif. Dalam bahasa Melayu, awalan memper- yang
diimbuhkan kepada kata adjektif tidak memerlukan akhiran kan seperti
memperbesar, memperluas, dan sebagainya.
A, B dan C tiada sebarang kesalahan.

Tugasan Praktikal 52
Mengesan Kesalahan dalam Ayat
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Dia menuliskan neneknya sepucuk surat ketika saya ke rumahnya pada petang
A
B
C
semalam. Tiada kesalahan.
D
2.Kami tidak mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam sukan bola sepak.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
3.Walau pun dia rajin belajar dan selalu menyertai seminar, dia masih belum sangat
A
B
pandai. Tiada kesalahan.
D

143

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

4.Banjir besar yang melanda kawasan itu semalam telah menenggelamkan rumahA
B
rumah penduduk di taman perumahan tersebut. Tiada kesalahan.
C
D
5.Mereka sering mempersenda niat murni kami untuk menolong orang yang kurang
A
B
bernasib baik. Tiada kesalahan.
C
D
6.Masyarakat bandar memagari rumah mereka dengan pagar besi atau konkrit.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
7.Azri dikirimkan sepucuk surat oleh Haslina. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
8.Rumah itu kelihatan senyap-sunyi apabila berbekalan ektrik terputus.
A
B
Tiada kesalahan.
D

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 52


Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
D
A, B dan C tiada sebarang kesalahan. A betul kerana menuliskan nenek
sepucuk suart bermaksud menulis.
2
D
A,B,dan c tiada sebarang kesalahan. B betul kerana kata kerja
memberangsangkan yang berfungsi sebagai kata adjektif tidak memerlukan
kehadiran objek atau kata nama.
3
A
A salah kerana perkataan walaupun dieja secra jarak. Sepatutnya,perkataan
itu dieja secara rapat.B tiada sebarang kesalahan.
C betul kerana ungkapan belum sangat pandai tiada sebarang kesalahan.Hal
ini demikian kerana belum pandai dengan belum sangat pandai berbeza dari
segi makna.Seseorang itu mungkin sudah pandai,tetapi dia belumlah sangat
pandai.
4
B
B salah kerana frasa kerja menenggalamkan rumah-rumah bermakana rumah
bergerak.Hal yang sebenarnya ialah air atau banjir yang bergerak.Oleh
itu,frasa kerja yang betul ialah menenggelami rumah-rumah.
A dan C tiada sebarang kesalahan
5
A
A salah kerana kata kerja mempersenda mestilah mempunyai akhiran kan.
Hal ini demikian kerana perkataan senda bukan kata adjektif.
B dan C tiada sebarang kesalahan
6
B
B salah kerana perkataan memagari tidak tepat.Yang tepat ialah
memagar,iaitu memagar rumah.Ungkapan masyarakat memagari rumah
bermaksud manusia yang menjadi pagar.
A dan C tiada sebarang kesalahan

144

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

A salah kerana ungkapan Azri dikirimkan bermaksud Azri mengalami


perbuatan kirim atau dia menjadi bahan yamg dikirimkan.Ungkapan yang
betul ialah Ari dikirimi.
B dan C tiada sebarang kesalahan.
B salah kerana perkataan senyap-sunyi tidak tepat.Yang betulnya ialah gelapgulita.
A dan C tiada sebarang kesalahan

Tugasan Praktikal 53
Mengesan Kesalahan dalam Ayat
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat-ayat berkenaan.
1.Ayah membeli sepasang kasut dan sepasang kemeja untuk menyambut Hari Raya.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
2.Ramai orang dinasihati supaya menjaga kebersihan kawasan rumah untuk
A
B
mengelakkan penyakit berjangkit. Tiada kesalahan.
D

3.Mereka berbincang mengenai masalah perniagaan. Tiada kesalahan.


A
B
C
D
4.Perjanjian di antara kedua-dua buah negara itu telah ditandatangani.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D
5.Kakak sedang melukiskan gambar pemandangan untuk adik. Tiada kesalahan.
A
B
C

6.Kami memperoleh maklumat yang hangat diperkatakan itu dari internet.


A
B
C
Tiada kesalahan.
D
7.Di antara Kampung Aman dan Kampung Tenteram terdapat sebatang sungai yang
A
B
C
sungguh jernih airnya. Tiada kesalahan.
D
8.Mereka akan didenda jika sekiranya tidak menyiapkan kerja kursus yang telah
A
B
C
diberikan. Tiada kesalahan.
D
9.Di dewan itu sedang berlangsung majlis perjumpaan ahli-ahli Persatuan Murid Tua,

145

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

A
Sekolah Seri Indah. Tiada kesalahan.
D

NO TEL: 016 8822114

10.Pengemis itu menyelubungi diri dengan kain selimut yang sudah berkumal.
A
B
Tiada kesalahan.
D

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 53


Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
B salah kerana baju kemeja tidak seperti kasut yang berpasang-pasang.
Jawapan yang betul ialah sehelai baju kemeja.
A dan C tiada sebarang kesalahan.
2
A
A salah kerana ramai orang bermaksud suasana orang yang ramai.
Sebaliknya, orang ramai ialah masyarakat atau semua orang. Jadi, maksud
ayat ini ialah semua orang dinasihati.
B dan C tiada sebarang kesalahan.
3
D
A,B dan C tiada sebarang kesalahan.
C betul kerana kata kerja mengenai dalam ayat ini berfungsi sebagai kata
kerja mengenai dalam ayat ini berfungsi sebagai kata sendi yang bermaksud
tentang.
4
A
B salah kerana kata sendi di tidak diperlikan dalam ayat tersebut. Hal ini
demikian kerana kata kerja tak transitif ber--kan hendaklah diikuti oleh
kata nama, bukan kata sendi.
A dan C tiada sebarang kesalahan.
5
A
A salah kerana frasa kerja melukiskan gambar tidak tepat. Yang betulnya
ialah melukis gambar. Perkataan melukiskan dapat digunakan dalam frasa
kerja melukiskan adik yang bermaksud melukis sesuatu untuk adik.
B dan C tiada sebarang kesalahan.
6
C
C salah kerana dari sepatutnya ialah kata sendi daripada. Hal ini demikian
kerana kata sendi dari digunakan untuk ATM, manakala kata sendi daripada
digunakan untuk KABOS. Frasa sendi daripada internet, menunjukkan S,
iaitu sumber.
7
B
B salah kerana kata hubung dan tidak sesuai digunakan dalam frasa tersebut.
Hal ini demikian kerana frasa sendi gabungan antara berpasangan dengan
kata sendi dengan, dan frasa sendi di antara juga berpasangan dengan kata
sendi dengan. (di antaradengan / ..antara..dengan.)
8
B
B salah kerana kata hubung pancangan keterangan syarat, iaitu jika dan
sekiranya tidak boleh hadir secara berturutan. Hal ini demikian kerana makna
kedua-dua kata hubung itu sama.
A dan C tiada sebarang kesalahan bahasa.
9
C
C salah kerana kata nama yang bersifat abtrak tidak memerlukan penjodoh
bilangan.
A dan B tiada sebarang kesalahan.
10
D
A, B dan C tiada sebarang kesalahan.

146

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

MEMBETELKAN STRUKTUR AYAT


Bentuk soalan ini terkandung dalam soalan (18) hingga soalan (21) (empat soalan). Selain aspek
kesalahan kata, aspek kesalahan frasa juga terkandung dalam soalan bentuk ini. Antara aspek kesalahan
kata yang paling kerap dikemukakan termasuklah kata ganti nama diri, kata sendi dan kata hubung, kata
kerja transitif dan tak transitif, kata adjektif, kata ganti nama, kata ganti nama tak tentu, kata ganti
penunjuk, kata ganti tempat, kata bilangan, penjodoh bilangan, kata yang tidak tepat, dan pengunaan
imbuhan.
Selain itu, antara kesalahan dari segi frasa yang kerap dikemukakan termasuklah:
a) frasa nama (kata nama jamak, kata nama majmuk, rangkai kata setara dan hukum D-M)
b) frasa kerja pasif kata ganti diri pertama / kedua dan kata ganti diri ketiga
c) frasa kerja transitif dan tak transitif
d) frasa adjektif
e) frasa sendi
Pelajar perlu menguasai aspek berkenaan dengan mendalam dan mengetahui aspek yang sepatutnya
bagi memastikan setiap jawapan yang dipilih merupakan jawapan yang paling tepat dengan kehendak
soalan. Terdapat juga sesetengah soalan yang tidak mengandungi apa-apa kesalahan.
Tugasan Praktikal 54
Membetulkan Struktur Ayat
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1.Pihak berkuasa biasanya mengambil sesuatu tindakan berdasarkan kepada maklumat yang orang
ramai beri kepada mereka.
A berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh orang ramai
B berdasarkan maklumat yang diberikan orang ramai
C berdasarkan dengan maklumat yang diberi oleh orang ramai
D berdasarkan kepada maklumat yang orang ramai beri
2.Selain daripada alat sukan-alat sukan, di kedai itu terdapat juga barangan cenderamata.
A Selain daripada alat-alat sukan
B Selain dari alat sukan-alat sukan
C Selain alat-alat sukan
D Selain daripada alat sukan-alat sukan
3.Pihak penganjur memaklumkan bahawa pertandingan itu akan ditunda kepada minggu depan kerana
kekurangan peserta.
A pertandingan itu akan ditunda ke minggu depan
B bahawa pertandingan itu ditundakan ke minggu depan
C pertandingan itu akan menundakannya ke minggu depan
D bahawa pertandingan itu akan ditunda kepada minggu depan
4.Ibu balik ke kampung dengan kakak untuk menghadiri kenduri perkahwinan Pak Busu kerana ayah
tidak mendapat cuti.
A Ibu balik dengan kakak ke kampung untuk
B Ibu dan kakak balik ke kampung untuk
C Ibu dengan kakak balik kampung untuk
D Ibu balik ke kampung dengan kakak untuk
5.Balai raya itu telah kerajaan membangunkan untuk kemudahan penduduk mengadakan perjumpaan.
A kerajaan membangunkan kemudahan untuk
B kerajaan bangunkan untuk kemudahan
C dibangunkan kerajaan untuk kemudahan

147

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D kerajaan membangunkan untuk kemudahan


6.Peraturan-peraturan sekolah yang mesti para pelajar patuhi digubal dengan tujuan untuk
mendisiplinkan mereka.
A yang pelajar-pelajar mesti mematuhi
B yang para pelajar mesti patuhinya
C yang mesti dipatuhi oleh para pelajar
D yang mesti para pelajar patuhi
7.Mereka bukan pergi ke Pulau Langkawi tetapi Pulau Pangkor kerana perbelanjaannya yang lebih
murah.
A pergi ke Pulau Langkawi tetapi pergi Pulau Pangkor
B pergi ke Pulau Langkawi tetapi ke Pulau Pangkor
C pergi ke Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor
D pergi ke Pulau Langkawi tetapi Pulau Pangkor
8.Kemajuan pembangunan di negara ini kian berkembang daripada tahun ke setahun.
A diperkembangkan dari setahun ke setahun
B mengembang dari setahun ke setahun
C berkembang dari setahun ke setahun
D berkembang daripada tahun ke setahun
9.Wang yang ada dengan saya itu akan diserahkan oleh saya kepada bendahari yang baru dilantik.
A yang terdapat dengan saya itu akan saya serahkan
B yang terdapat pada saya itu saya akan serahkan
C yang ada pada saya itu akan saya serahkan
D yang ada dengan saya itu akan diserahkan oleh saya
10.Kebanyakan penduduk di kawasan bandar kerap bertindak demi untuk kepentingan diri sendiri.
A bertindak untuk kepentingan diri sendiri.
B bertindak demi mementingkan diri sendiri.
C bertindak demi untuk kepentingannya sendiri.
D bertindak demi untuk kepentingan diri sendiri.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 54
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
A salah kerana kata kerja tak transitif yang berapitan ber--kan tidak diikuti
oleh kata nama.
B betul kerana kata kerja tak transitif yang berapitan ber--kan diikuti oleh
kata nama. Selain itu, frasa diberikan orang ramai menepati rumus frasa kerja
pasif untuk kata ganti nama diri ketiga.
C salah kerana kata kerja tak transitif yang berapitan ber--kan tidak diikuti
oleh kata nama.
D salah kerana kata kerja tak transitif yang berapitan ber--kan tidak diikuti
oleh kata nama dan frasa kerja pasif orang ramai beri tidak menepati rumus
frasa kerja pasif untuk kata ganti nama diri ketiga.
2
C
A salah kerana kata sendi nama selain dan daripada hadir secara berturutan.
Selain itu, penggandaan kata majmuk alat sukan tidak menurut cara yang
betul. Yang sepatutnya ialah alat-alat sukan.
B salah kerana kata sendi nama selain dan dari hadir secara berturutan.
C betul kerana penggunaan kata sendi nama selain dan penggandaan kata
majmuk alat-alat sukan dalam frasa tersebut tepat.
D salah kerana kata sendi nama selain dan daripada hadir secara berturutan.

148

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Selain itu, penggandaan kata majmuk alat sukan tidak menurut cara yang
betul. Yang sepatutnya ialah alat-alat sukan.
A betul kerana penggunaan kata sendi nama ke tepat, iaitu menunjukkan
masa.
B salah kerana penggunaan kata ekrja pasif ditundakan tidak tepat. Yang
sepatutnya iaklah ditunda.
C salah kerana penggunaan kata kerja transitif menundakan tidak tepat. Yang
sepatutnya ialah ditunda.
D salah kerana penggunaan kata sendi nama kepada tidak tepat. Yang
sepatutnya ialah ke, iaitu menunjukkan masa.
A salah kerana kata kerja tak transitif balik tidak diikuti oleh kata sendi nama
ke.
B betul kerana kata kerja tak transitif balik diikuti oleh kata sendi nama ke.
C salah kerana kata kerja tak transitif balik tidak diikuti oleh kata sendi nama
ke.
D salah kerana kata kerja tak transitif balik tidak diikuti oleh kata sendi nama
ke.
A salah kerana frasa telah kerajaan membangunkan tidak menepati rumus
frasa kerja pasif diri ketiga, iaitu dibangunkan kerajaan atau dibangunkan
oleh kerajaan.
B salah kerana frasa telah kerajaan bangunkan tidak menepati rumus frasa
kerja pasif diri ketiga, iaitu dibangunkan kerajaan atau dibangunkan oleh
kerajaan.
C betul kerana frasa telah dibangunkan kerajaan menepati rumus frasa kerja
pasif diri ketiga.
D salah kerana frasa telah kerajaan membangunkan tidak menepati rumus
frasa kerja pasif diri ketiga, iaitu dibangunkan kerajaan atau dibangunkan
oleh kerajaan.
A salah kerana frasa pelajar-pelajar mesti mematuhi tidak menepati rumus
frasa kerja pasif diri ketiga. Yang betulnya uialh mesti dipatuhi oleh pelajarpelajar.
B salah kerana frasa yang pelajar mesti patuhinya tidak menepati rumus frasa
kerja pasif diri ketiga. Yang betulnya ialah yang mesti dipatuhi oleh para
pelajar.
C betul kerana frasa yang mesti dipatuhi oleh para pelajar menepati rumus
frasa kerja pasif diri ketiga.
D salah kerana frasa yang mesti para pelajar patuhi tidak menepati rumus
frasa kerja pasif diri ketiga.
A salah kerana frasa sendi nama gabungan pergi Pulau Langkawi tetapi Pulau
Pangkor tidak digunakan dengan betul. Dalam frasa tersebut, kata sendi nama
mestilah hadir dalam kedua-dua frasa untuk membentuk frasa sendi nama
gabungan, iaitu pergi ke Pulau Langkawi tetapi ke Pulau Pangkor.
B betul kerana frasa sendi nama gabungan digunakan dengan tepat, iaitu
pergi ke Pulau Langkawi tetapi ke Pulau Pangkor.
C salah kerana frasa sendi nama pergi ke Pulau Langkawi dan Pangkor tidak
digunakan dengan betul. Dalam frasa tersebut, kata sendi nama mestilah
hadir dalam kedua-dua frasa untuk membentukfrasa sendi nama gsbungan,
iaitu pergi ke Pulau Langkawi tetapi Pulau Pangkor tidak digunakan dengan
betul. Dalam frasa tersebut, kata sendi nama mestilah hadir dalam kedua-dua

149

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

frasa untuk membentuk frasa sendi nama gabungan, iaitu pergi ke Pulau
Langkawi tetapi ke Pulau pangkor.
A salah kerana kata kerja pasif diperkembangkan tidak tepat digunakan. Yang
sepatutnya ialah kata kerja tak transitif berkembang.
B salah kerana kata kerja tak transitif mengembang tidak tepat digunakan.
Yang sepatutnya ialah kata kerja tak transitif berkembang.
C betul kerana kata kerja transitif berkembang dan frasa sendi nama
berpasangan darike tepat digunakan.
D salah kerana frasa sendi nama berpasangan daripadake dan frasa
tahun ke setahuntidak tepat. Yang betulnya ialah darike,dan
perulangan kata tahun, iaitutahuntahun atausetahunsetahun seperti
dari setahun ke setahunataudari tahun ke tahun
A salah kerana frasa terdapat dengan saya tidak tepat. Yang betulnya ialah
ada pada saya.
B salah kerana frasa terdapat dengan saya tidak tepat. Yang betul ialah ada
pada saya. Selain itu, frasa kerja pasif saya akan serahkan tidak menepati
rumus frasa kerja pasif diri pertama atau tidak menepati Hukum Aneksi
Persona. Yang betulnya ialah akan saya serahkan.
C betul kerana frasa ada pada saya dan frasa kerja pasif akan saya serahkan
menepati rumus frasa kerja pasif diri pertama serta menepati Hukum Aneksi
Persona.
D salah kerana frasa ang ada dengan saya tidak tepat. Yang betulnya ialah
yang ada pada saya. Selain itu, frasa kerja pasif saya akan serahkan tidak
menepati rumus frasa kerja pasif diri pertama atau tidak menepati Hukum
Aneksi Persona. Yang betulnya ialah akan saya serahkan.
A betul kerana penggunaan kata sendi nama untuk dan kata nama
kepentingan tepat digunakan dalam ayat.
B salah kerana perkataan mementingkan tidak tepat. Yang sepatutnya ialah
kepentingan.
C salah kerana penggunaan kata-nya tidak tepat. Hal ini demikian kerana
kebanyakan penduduk merujuk kepada kata ganti nama ketiga jamak, iaitu
mereka. Nya ialah kata ganti nama ketiga tunggal yang digunakan
menggantikan kata ganti nama dia.
D salah kerana kata sendi nama demi dan untuk digunakan secara berturutan.

Tugasan Praktikal 55
Mmembetulkan Struktur Ayat
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1.Peserta karate itu terpaksa melompat ke kiri dan ke kanan untuk mengelirukan pihak lawan.
A ke kiri kanan
B kiri dan ke kanan
C ke kiri dan kanan
D ke kiri dan ke kanan
2.Semua soalan yang dikemukakan oleh peguam itu saya telah jawab dengan mengemukakan buktibukti yang kukuh.
A telah saya menjawab

150

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B saya telah menjawab


C telah saya jawab
D saya telah jawab
3.Pada pagi itu, ibu membekalkan adik goreng pisang sebagai makanan pada waktu rehat nanti.
A membekalkan adik pisang goreng
B membekali adik pisang goreng
C membekali adik goreng pisang
D membekalkan adik goreng pisang
4.Lebih membimbangkan ialah pihak musuh cuba menggunakan isu menggunakan isu-isu perkauman
untuk menghancurkan negara kita.
A lebih membimbangkan adalah
B yang lebih membimbangkan ialah
C yang lebih membimbangkan adalah
D lebih membimbangkan ialah
5.Kami tidak akan balik kampung jika sekiranya hujan lebat yang turun sejak seminggu lalu itu tidak
berhenti.
A balik ke kampung jika sekiranya
B balik ke kampung sekiranya
C balik kampung jika
D balik kampung jika sekiranya
6.Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan pelajar yang menyambung pelajaran di luar
negara dari masa ke semasa.
A dari masa ke masa
B daripada semasa ke semasa
C dari semasa ke masa
D dari masa ke semasa
7.Pendapat yang dikemukan oleh peserta itu kebanyakannya berdasarkan kepada bukti yang sahih.
A didasarkan kepada
B berdasar pada
C berdasar kepada
D berdasarkan kepada
8.Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu akan membuat keputusan sama ada akan mengadakan
lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan ke Putrajaya.
A lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur atau Putrajaya.
B lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur atau ke Putrajaya.
C lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya.
D lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan ke Putrajaya.
9.Kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat kebakaran malam tadi ditafsirkan berjumlah berpuluh
ribu ringgit Malaysia.
A ditafsir berjumlah puluhan ribu ringgit Malaysia.
B ditafsir berjumlah berpuluh-puluh ribu ringgit Malaysia.
C ditafsir berjumlah berpuluh ribu ringgit Malaysia.
D ditafsirkan berjumlah berpuluh ribu ringgit Malaysia.
10.Sehubungan itu, kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang seperti yang dihasratkan oleh semua pihak.
A sehubungan dengan itu
B sehubungan perkara itu
C sehubungan daripada itu
D sehubungan itu

151

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 55


Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
D
A, B dan C salah kerana dalam frasa sendi majmuk gabungan, kata sendi nama
mestilah hadir dalam kedua-dua komponen.
2
C
A salah kerana kata kerja menjawab diikuti oleh kata sendi nama dengan.
B salah kerana kata kerja menjawab diikuti oleh kata sendi nama dengan.
C betul kerana frasa kerja pasif diri pertama tersebut menepati rumus frasa
kerja pasif diri pertama dan juga menepati Hukum Aneksi persona.
D salah kerana frasa kerja pasif diri pertama tidak menepati Hukum Aneksi
Persona, iaitu ruang di antara kata ganti nama diri pertama saya dengan kata
kerja pasif jawab, tidak boleh diisi oleh sebarang perkataan.
3
B
A salah kerana membekalkan adik bermaksud adik dijadikan bahan sebagai
bekal. Yang betulnya ialah membekali adik yang bermaksud ada menerima
sesuatu sebagai bekal.
B betul kerana membekali adik bermaksud adik menerima sesuatu sebagai
bekal.
C salah kerana goreng pisang bermaksud perbuatan goreng oleh pelaku.
Menurut hukum D-M, yang betulnya ialah pisang goreng yang bermaksud
pisang yang telah digoreng.
D salah kerana membekalkan adik bermaksud adik dijadikan bahan sebagai
bekal. Selain itu, goreng pisang sepatutnya ditulis mengikut Hukum D-M, iaitu
pisang goreng.
4
B
A salah kerana subjek ayat terdiri daripada frasa kerja. Selain itu, penggunaan
kata pemeri adalah tidak tepat.
B betul kerana subjek ayat terdiri daripada frasa nama dan penggunaan kata
pemeri ialah digunakan dengan tepat dalam ayat yang berpola FN + FN.
C salah kerana penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat itu tidak tepat. Kata
pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola FN + FA dan FN + FS.
D salah kerana sudjek terdiri daripada frasa kerja.
5
B
A salah kerana kata hubung jika dan sekiranya membawa maksud yang sama.
Jadi, pilih satu daripadanya.
B betul kerana kata kerja tak transitif balik mestilah diikuti oleh kata sendi
nama ke.
C salah kerana kata kerja tak transitif balik mestilah diikuti oleh kata sendi
nama ke.
D salah kerana kata kerja tak transitif balik mestilah diikuti oleh kata sendi
nama ke dan kata hubung jika dan sekiranya membawa maksud yang sama.
Jadi, pilih satu daripadanya.
6
A
A betul kerana pembetukan frasa sendi nama berpasangan menepati peraturan.
B salah kerana kata sendi nama daripada digunakan dengan salah. Kata sendi
nama yang ebtul ialah dari kerana menunjukkan ATM.
C salah kerana dalam frasa sendi nama berpasangan, perkataan semasa atau
masa diulang kembali seperti darisemasake semasaataudari masa ke
masa
D salah kerana dalam frasa sendi nama berpasangan, perkataan semasa atau
masa diulang kembali seperti darisemasake semasaataudari masa ke
masa
7
B
A salah kerana penggunaan perkataan didasarkan sepatutnya digantikan

152

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

dengan perkataan berdasar dan kata sendi nama kepada sepatutnya digantikan
dengan kata sendi nama pada.
B betul kerana perkataan berdasar diikuti oleh kata sendi nama pada yang
bermaksud sandaran.
C salah kerana kata sendi nama kepada bermaksud sasaran.
D salah kerana kata kerja tak transitif yang berapitan ber--kan mestilah
dikuti oleh kata nama.
A salah kerana frasa gabungan mestilah mengekalkan kesua-dua kata sendi
nama ke yang menunjukkan tempat.
B betul kerana frasa gabungan mengekalkan kedua-dua kata sendi nama ke
yang emnunjukkan tempat.
C kerana frasa gabungan mestilah mengekalkan kedua-dua kata sendi nama ke
yang menunjukkan tempat. Selain itu, kata hubung dan tidak menunjukkan
maksud pilihan.
D salah kerana kata hubung yang sepatutnya digunakan ialah kata hubung atau
yang menunjukkan maksud pilihan.
A salah kerana ditafsir bermaksud dihuraikan.
B betul kerana ditafsir bermaksud dikira atau dinilaikan.
C salah kerana berpuluh sepatutnya ditulis sebagai berpuluh-puluh.
D salah ekrana penggunaan perkataan ditafsirkan dan perkataan berpuluh.
A betul kerana sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu.
B salah kerana penanda wacana sehubungan perkara itu mesti mengandungi
kata sendi nama dengan yang menunjukkan perbandingan atau perkaitan.
C salah kerana kata sendi nama daripada tidak menunjukkan maksud
perbandingan atau perkaitan.
D salah kerana penanda wacana sehubungan perkara itu mesti mengandungi
kata sendi nama dengan, iaitu Sehubungan dengan itu,

Tugasan Praktikal 56
Membetulkan Struktur Ayat
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1.Pihak polis telah berjaya menemui kereta yang digunakan oleh perompak itu ketika merompak bank
tersebut.
A menemui kereta yang perompak itu gunakan
B menemukan kereta yang digunakan oleh perompak itu
C mempertemukan kereta yang digunakan perompak itu
D menemui kereta yang digunakan oleh perompak itu
2.Kita hendaklah berusaha untuk memaju dan meningkatkan pengetahuan kita tentang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT).
A bagi memaju dan meningkatkan
B bagi memajukan dan peningkatan
C untuk memajukan dan meningkatkan
D untuk memaju dan meningkatkan
3.Pemain itu belum sangat pandai walaupun telah lama dilatih.
A belum sangat pandai itu pemain
B pemain itu belum pandai

153

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C pemain itu sangat belum pandai


D Pemain itu belum sangat pandai
4.Kebanyakan pelajar-pelajar sekolah suka menyertai kegiatan kokurikulum.
A banyak pelajar sekolah
B kebanyakan pelajar sekolah
C banyak pelajar-pelajar sekolah
D kebanyakan pelajar-pelajar sekolah
5.Akan saya ketengahkan perkara ini supaya tindakan dapat diambil oleh pihak pejabat daerah.
A perkara ini akan saya
B akan saya mengetengahkan perkara ini
C saya akan ketengahkan perkara ini
D akan saya ketengahkan perkara ini
6.Dia mengucapkan terima kasih di atas pertolongan orang tua itu.
A terima kasih untuk pertolongan
B terima kasih dengan pertolongan
C terima kasih atas pertolongan
D terima kasih di atas pertolongan
7.Rumah itu diduduki oleh kami selama dua setengah than.
A kami duduki selama dua setengah tahun
B kami duduk selama dua tahun setengah
C kami duduki salama dua tahun setengah
D diduduki oelh kami selama dua setengah tahun
8.Dengan berpandukan pada cahaya bulan, kami mencari jalan keluar dari hutan itu.
A dengan berpandu cahaya bulan
B dengan berpandu pada cahaya bulan
C dengan berpandukan kepada cahaya bulan
D dengan berpandukan pada cahaya bulan.
9.Lautan yang luas itu telah mereka rentasi dengan penuh dugaan untuk sampai ke pulau tersebut.
A telah merentasi mereka
B mereka telah rentasi
C telah direntasi oleh mereka
D telah mereka rentasi
10.Buku yang dipinjam daripada Omar itu, saya akan pulangkan esok.
A saya akan memulangkan
B akan dipulangkan oleh saya
C akan saya pulangkan
D saya akan pulangkan
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 56
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
A salah kerana perkataan menemui sepatutnya digantikan dengan menemukan
yang bermaksud berjumpa dengan benda atau barang yang dicari. Perkataan
menemui bermaksud bertemu dengan dengan orang. Selain itu, frasa kerja
pasif perompak itu gunakan tidak tepat. Frasa yang betul ialah digunakan oleh
perompak itu.
B betul kerana menemukan bermaksud berjumopa dengan benda atau barang
yang dicari.
C salah ekrana mempertemukan bermaksud menyababkan dua pihak bertemu.

154

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D salah kerana menemui bermaksud bertemu dengan seseorang.


A salah kerana dalam frasa kerja majmuk, akhiran dalam kedua-dua perkataan
yang sepatutnya ada, iaitu tidak boleh digugurkan. Oleh itu, perkataan memaju
sepatutnya ditulis sebagai memajukan.
B salah kerana dalam frsa kerja majmuk gabungan, kedua-dua frasa mestilh
terdiri daripada frasa kerja, iaitu memajukan dan meningkatkan.
C betul kerana kedua-dua kata kerja mengandungi akhiran kan.
D salah kerana frasa kerja majmuk, akhiran dalam kedua-dua perkataan yang
sepatutnya ada, tidak boleh digugurkan. Oleh itu, perkataan memaju
sepatutnya ditulis sebagai memajukan.
A salah kerana struktur frasa tersebut tidak mengikut struktur bahasa Melayu.
Struktur yang betul ialah belum sangat pandai itu.
B salah kerana walaupun betul tetapi dari segi makna tidak sama, iaitu belum
pandai tidak sama dengan maksud belum sangat pandai. (maksudnya sedah
pandai tetapi belum sangat pandai)
C salah kerana struktur frasa tersebut tidak mengikut struktur bahasa Melayu
yang betul. Struktur yang betul ialah pemain itu belum sangat pandai.
D betul kerana belum sangat pandai bermaksud baru sampai tahad pandai
sahaja.
A salah kerana banyak ialah kata adjektig. Oleh itu, frasa banyak pelajar
sekolah perlu diikuti oleh kata hubung yang bagi melengkapkan ayat
songsang.
B betul kerana kebanyakan pelajar sekolah membentuk subjek yang terdirio
daripada frasa nama.
C salah kerana banyak pelajar-pelajar sekolah menunjukkan kelewahan
bahasa. Selain itu, struktur frasa ini perlu ada kata hubung yang.
D salah kerana kebanyakan pelajar-pelajar sekolah mempunyai kesalahan frasa
nama jamak, iaitu kelewahan bahasa.
A salah kerana struktur ayat tersebut tidak mengikut rumus frasa kerja pasif
diri pertama dengan betul.
B salah kerana struktur ayat tersebut tidak mengikut rumusfrasa kerja pasif diri
pertama dengan betul.
C salah kerana struktur ayat pasif pertama ini tidak menepati Hukum Aneksi
Persona kerana terdapat perkataan lain, iaitu kata bantu disisipkan di dalam
ruang yang terletak di antara kata ganti diri pertama, saya, dengan kata kerja
pasif, ketengahkan.
D betul kerana frasa kerja pasif diri pertama menepati rumus frasa kerja pasif
pertama menepati rumus frasa kerja pasif dan Hukum Aneksi persona.
A salah kerana kata sendi yang betul ialah atas, bukn untuk.
B salah kerana kata sendi nama dengan bermaksud bersama atau cara.
C betul kerana kata atas digunakan dengan tepat yang bermaksud kerana.
D salah kerana frasa sendi nama di atas bermaksud tempat di bahagian atas
seperti di atas rumah, di atas pokok, dan sebagainya.
A salah kerana frasa nama bilangan selama dua setengah tahun tidak tepat.
Yang betulnya ialah selama dua tahun setengah.
B salah kerana kata kerja duduk sepatutnya ditulis sebagai duduki.
C betul kerana kami duduki dan frasa nama bilangan dua tahun setengah
digunakan dengan tepat.
D salah kerana frasa diduduki oleh kami tidak menepati rumus fras kerja pasif

155

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

diri pertama dan fras nama bilangan selama dua setengah tahun tidak tepat.
Yang betulnya ialah kami duduki selama dua tahun setengah.
A salah kerana kata kerja tak transitif berpandu mestilah disertai kata sendi
pada untuk menjadi berpandu pada.
B betul kerana kata kerja tak transitif berpandu mestilah disertai kata sendi
pada.
C salah kerana kata kerja tak transitif beR--kan, iaitu berpandukan diikuti
oleh kata sendi kepada. Sepatutnya, kata kerja tersebut diikuti kata nama, iaitu
berpandukan cahaya bulan.
D salah kerana kata kerja tak transitif beR--kan, iaitu berpandukan diikuti
oleh kata sendi pada. Sepatutnya, kata kerja tersebut diikuti kata nama, iaitu
berpandukan cahaya bulan.
A salah kerana frasa telah merentasi mereka tidak mengikuti rumus frasa kerja
pasif ketiga yang betul. Frasa yang betul ialah telah direntasi oleh mereka.
B salah kerana frasa mereka telah rentasi tidak mengikuti rumus frasa kerja
pasif ketiga yang betul. Frasa yang betul ialah telah direntasi oleh mereka.
C betul kerana frasa telah direntasi oleh mereka menepati rumus frasa pasif
kerja diri ketiga.
D salah kerana frasa telah mereka rentasi tidak mengikut rumus frasa kerja
pasif diri ketiga yang betul. Frasa yang betul ialah telah direntasi oleh mereka.
A salah kerana frasa saya akan memulangkan tidak mengikut rumus frasa kerja
pasif diri pertama yang betul. Frasa yang betul ialah akan saya pulangkan.
B salah kerana frasa akan dipulangkan oleh saya tidak mengikut rumus frasa
kerja pasif diri pertama yang betul. Frasa yang betul ialah akan saya
pulangkan.
C betul kerana frasa akan saya pulangkan menepati rumus fras kerja pasif diri
pertama dan menepati Hukum Ankesi Persona.
D salah kerana frasa saya akan pulangkan tidak mengikuti rumus frasa kerja
pasif diri pertama dan tidak menepati Hukum Aneksi Persona kerana kata
bantu akan disisipkan di ruang antara kata ganti nama diri pertama dengan
kata kerja pasif pulangkan. Frasa yang betul ialah akan saya pulangkan.

Tugasan Praktikal 57
Membetulkan Struktur Ayat
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin menpunyai
kesalahan dalam penggunnaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa
bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,
atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
1. Sila senaraikan nama-nama peserta untuk perbengkelan ini di dalam borang yang disediakan, kata
Encik Aziz.
A menenaraikan nama-nama
B senaraikan nama
C menyenaraikan nama
D senaraikan nama-nama
2. Kain yang cantik dan halus ini diperbuatkan dari benang sutera yang bermutu tinggi.
A diperbuat daripada benang sutera
B dibuat dari benang sutera
C dibuat daripada benang sutera
D diperbuatkan dari benang sutera
3.Setelah lama tinggal di bandar, saya rindu akan suasana kampung yang tenang dan damai.

156

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

A saya rindukan suasana


B saya akan rindu suasana
C saya merindukan akan suasana
D saya rindu akan suasana
4.Pingat Kebesaran ini saya hadiahkan kepada Dato Azhar atas jasa yang telah disumbangkan oleh
beliau, titah Sultan Hazim.
A baginda anugarahkan untuk
B bata anugarahkan kepada
C beliau hadiahkan untuk
D saya hadiahkan kepada
5.Dalam lain-lain perkataan, kita mestilah saling menolong dan saling bekerjasama.
A Dengan perkataan lain
B Dengan lain kata
C Dalan lain-lain kata
D Dalam lain-lain perkataan
6.Dia telah dianugarahkan pingat kebesaran daripada sultan sempena hari keputeraan baginda.
A dia telah dianugerahkan pingat kebesaran oleh
B beliau telah dianugerahi pingat kebesaran oleh
C beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran oleh
D dia telah dianugerahkan pingat kebesaran daripada
7.Jiran saya itu memperbesarkan rumahnya yang baru dibeli pada awal tahun ini.
A membesarkan lagi rumahnya
B membesar lagi rumahnya
C memperbesar rumahnya
D memperbesarkan rumahnya
8.Pihak sekolah akan mengadakan karnival jualan sempena Hhari Kantin dengan mempelawa kepada
siapa yang minat.
A mempelawa siapa yang berminat
B mempelawa kepada sesiapa yang berminat
C mempelawa siapa-siapa yang berminat
D mempelawa kepada siapa yang minat
9.Kerajaan telah menyatakan bahawa penduduk kawasan luar bandar akan diberikan lebih banyak
kemudahan pada masa depan.
A bahawa penduduk di kawasan luar bandar akan diberi kemudahan yang lebih banyak
B bahawa penduduk di kawasan luar bandar akan diberikan lebih banyak kemudahan
C penduduk-penduduk luar bandar diberi kemudahan-kemudahan yang banyak
D bahawa penduduk kawasan luar bandar akan diberikan lebih banyak kemudahan
10.Walaupun sudah berkurun lama tersimpan dalam lautan itu, barang-barang purba tersebut masih
berkeadaan elok.
A berkurun lamanya tersimpan di dalam lautan itu
B berkurun-kurun lamanya tersimpan di kedalaman lautan itu
C berkurun-kurun lamanya tersimpan di dalam lautan itu
D berkurun lama tersimpan dalam lautan itu
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 57
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
A salah kerana ayat perintah pasif tidak memerlukan kata kerja transitif
menyenaraikan atau perkataan yang berawalan me-.

157

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B betul kerana ayat perintah pasif tidak memerlukan perkataan yang


berawalan me-.
C salah kerana ayat perintah pasif tidak memerlukan kata kerja transitif
menyenaraikan atau perkataan yang berawalan me-.
D salah kerana perkataan nama tidak perlu digandakan kerana perkataan
senaraikan sudah membawa maksud jamak.
A salah kerana diperbuat bermaksud menyebabkan sesuatu dapat dibuat atau
sesuatu dibuat dengan usaha atau dipermainkan.
B salah kerana kata sendi dari digunakan untuk ATM. Yang betul ialah kata
sendi nama daripada, iaitu digunakan untuk KABOS.
C betul kerana dibuat bermaksud dibikin atau sesuatu benda dijadikan.
D salah kerana perkataan diperbuatkan dan penggunaan kata sendi nama dari
tidak tepat.
A salah kerana perkataan rindukan sepatutnya ditulis sebagai rindu akan.
B salah kerana ungkapan saya akan rindu sepatutnya ditulis sabagai saya
rindu akan suasana.
C salah kerana ungkapan saya merindu akan suasana sepatutnya ditulis
sebagai saya rindu akan suasana.
D betul kerana saya rindu akan suasana ditulis dengan tepat untuk
menunjukkan maksud emotif.
A salah kerana baginda ialah kata ganti nama diri ketiga bagi sultan. Kata
ganti nama yang sepatutnya ialah kata ganti nama diri pertama, iaitu beta.
B betul kerana kata ganti nama beta digunakan dengan tepat.
C salah kerana kata ganti nama ketiga beliau digunakan untuk merujuk
kepada orang biasa ketiga yang dihormati.
D salah kerana kata ganti nama diri pertama saya digunakan oleh orang biasa
untuk merujuk kepada diri sendiri.
A betul kerana ungkapan perkataan lain menepati Hukum D-M.
B salah kerana ungkapan lain kata tidak menepati HukumD-M.
C salah kerana ungkapan lain-lain kata tidak menepati Hukum D-M.
D salah kerana ungkapan laian-laian perkataan tidak menepati Hukum D-M.
A salah kerana kata ganti dia sepatutnya beliau, dan kata kerja pasif
dianugarahkan sepatutnya dianugerahi.
B betul kerana tiada sebarang kesalahan.
C salah kerana kata kerja pasif dianugerahkan sepatutnya dianugerahi.
D salah kerana kata ganti nama dia, kata kerja pasif dianugerahkan dan kata
sendi nama daripada tidak tepat.
A salah kerana kata kerja transitif membesarkan tidak boleh diikuti oelh kata
keterangan lagi. Kata yang sepatutnya selepas kata itu ialah kata nama, iaitu
rumahnya.
B salah kerana kata membesar ialah kata kerja tak transitif yang tidak
memerlukan objek.
C betul kerana perkataan yang berawalan memper- yang mempunyai kata
dasarnya kata adjektif, tidak memerlukan akhiran kan.
D salah kerana perkataan yang berawalan memper- yang kata dasarnya kata
adjektif, tidak memerlukan akhiran kan.
A salah kerana perkataan memelawa sepatutnya mempelawa, siapa
sepatutnya sesiapa atau siapa-siapa dan minat sepatutnya berminat.
B salah kerana kata kerja mempelawa sepatutnya diikuti oleh kata nama,

158

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

bukan kata sendi.


C betul kerana tiada sebarang kesalahn.
D salah kerana kata kerja mempelawa sepatutnya diikuti oleh kata nama, kata
tanya siapa sepatutnya digantikan dengan kata ganti umum siapa-siapa, dan
minat sepatutnya berminat.
A betul kerana tiada sebarang kesalahan bahasa.
B salah kerana penggunaan perkataan diberikan tidak tepat. Yang betulnya
ialah diberi.
C salah kerana penduduk dan kemudahan digandakan secara serentak.
Sepatutnya, salah satu daripada perkataan tersebut sahaja yang perlu
digandakan untuk menunjukkan maksud jamak.
D salah kerana penggunaan perkataan diberikan tidak tepat. Yang betulnya
ialah diberi.
A salah kerana penggunaan perkataan berkurun tidak tepat. Yang sepatutnya
ialah berkurun-kurun.
B salah kerana penggunaan perkataan kedalaman dalam frasa sendi nama di
kedalaman tidak tepat. Yang betulnya ialah di dalam
C betul kerana tiada sebarang kesalahan. Dalam ayat itu, kata sendi nama di
harus digunakan pada kata dalam bagi merujuk kepada tempat (laut).
D salah kerana penggunaan perkataan berkurun tidak tepat. Yang sepatutnya
ialah berkurun-kurun. Dalam ayat itu, kata sendi nama di harus digunakan
pada kata dalam bagi merujuk kepada tempat (laut).

PERIBAHASA
Bentuk soalan ini terkandung dalam soalan 28 hingga soalan 30 PMR. Soalan ini dapat dianggap
sebagai bonus kepada para pelajar kerana mudah dikuasai. Tidak seharusnya pelajar mengalami
masalah dalam soalan bentuk ini berbanding dengan bentuk soalan yang lain. Terdapat dua bentuk yang
ketara dalam soalan peribahasa, iaitu menentukan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat ataupun
menentukan peribahasa yang sama ataupun berbeza dengan peribahasa yang dikemukakan sebagai
soalan.
Bagi menguasai soalan ini, pelajar perlu mahir dengan aspek peribahasa dan maksudnya. Pelajar
tidak perlu menguasai maksud perkataan demi perkataan, memadailah pelajar memahimi maksud yang
mahu disampaikan berdasarkan peribahasa yang dikemukakan. Selain itu, pelajar perlu mahir
menguasai maksud ayat dan mencari kesesuaiannya dengan pilihan peribahasa yang dikemukakan.
Ingat! Peribahasa yang dikemukakan mengandungi maksud yang seakan-akan sama. Pelajar seharusnya
mengaitkannya dengan situasit ayat.
PENGGUNAAN PERIBAHASA
Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu. Peribahasa terdiri daripada beberapa jenis seperti simpulan bahasa,
perbandingan, perumpamaan, pepatah, bidalan, dan kata-kata hikmat.
Perumpaan merupakan salah satu jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain.
Biasanya, maksud perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya. Pada
umumnya, perumpamaan menggunakan kata-kata bandingan bagai, ibarat, laksana, seperti, dan
umpama untuk mengiaskan sesuatu secara perbandingan.

159

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

SIMPULAN BAHASA
Ada angin berubah perangai akibat jiwa terganggu.
Ayat contoh : Anak-anak Pak Malik tidak berani mengganggu Pak Malik kerana mereka mengetahui
bahawa bapa mereka ada angin.
Ada hati ingin memiliki sesuatu
Ayat contoh : Walaupun gajinya rendah, Norman ada hati untuk membeli sebuah rumah yang besar.
Air muka maruah
Ayat contoh : Sikap Lamin yang suka menjatuhkan air muka orang lain sangat-sangat dikesali.
Ajak-ajak ayam ajakan sekadar ingin mengambil hati
Ayat contoh: Seelan menolak ajakan John untuk makan kerana dia mengetahui bahawa John hanya
ajak-ajak ayam.
Ambil angin bersiar-siar
Ayat contoh: Pada hujung minggu yang lalu encik Manian membawa keluarganya untuk ambil angin di
Morib.
Anak bapa orang yang menjadi harapan.
Ayat contoh: Hanya Zakaria yang menjadi anak bapa dalam keluarga kerana dia anak tunggal.
Anak angkat anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.
Ayat contoh: Encik Azlan mengambil keputusan untuk memelihara anak angkat kerana isterinya tidak
dapat melahirkan anak buahnya.
Anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau keluarga.
Ayat contoh: Penghulu Husin disayangi oleh orang kampung kerana sentiasa menjaga kebajikan anak
buahnya.
Anak emas orang yang sangat disayangi oleh ibu bapa atau majikan.
Ayat contoh: Ramlah merupakan anak emas dalam keluarga Encik Razi kerana dia sangat pandai
mengambil hati ibu bapanya.
Angkat kaki lari untuk meninggalkan sesuatu tempat
Ayat contoh: Setelah suasana pergaduhan antara dua kumpulan pelajar itu semakin tegang, Ali angkat
kaki kerana tidak mahu terlibat.
Atas angin negara-negara Barat
Ayat contoh: Pelajar-pelajar yang dihantar untuk belajar di negari-negeri atas angin biasanya
menunjukkan pretasi akademik yang cermelang.
Atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Ayat contoh: dia lebih suka berada atas pagar kerana ingin menjaga hati kedua-dua pihak yang
bertelingkah.
Banyak lemak- terlalu dimanjakan

160

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat contoh: Sikap Idris memanjakan Anis menjadikan anaknya itu semakin banyak lemak dan tidak
mahu berusaha sendiri.
Banyak mulut orang yang suka bercakap banyak
Ayat contoh: Perangai Halimah yang banyak mulut membuatkan rakan-rakan suka padanya.
Batu api orang yang menjadi penghasut
Ayat contoh: Pergaduhan itu terjadi akibat Loga yang menjadi batu api dan menghasut kedua-dua belah
pihak.
Batu loncatan sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
Ayat contoh: Dia bekerja sebagai kerani akaun di syarikat itu sebagai batu lancatan baginya
memperoleh jawatan sebagai akautan apabila ada kekosongan nanti.
Bau-bau bacang hubungan persaudaraan yang jauh.
Ayat contoh : Dia tidak mesra dengan Alif walaupun mereka bersaudara kerana hubungan mereka
hanya bau-bau bacang sahaja.
Bawah angin negara-negara di sebelah timur seperti di Asia
Ayat contoh: Penduduk-penduduk di negeri bawah angin memiliki badaya dan adat resam yang diwarisi
sejak turun-temurun.
Bekas tangan hasil kerja tangan seseorang.
Ayat contoh: Ukiran yang cantik itu ialah bekas tangan Hafil yang memang berbakat dalam bidang
tersebut.
Berat mulut orang yang pendiam
Ayat contoh: Normah memang berat mulut kerana sepatah ditanya, sepatah juga yang dijawab.
Berat tangan bersifat malas.
Ayat contoh: Hidupnya susah kerana sejak dahulu dia berat tangan dan hanya duduk termenung sahaja.
Beri muka terlalu memanjakan
Ayat contoh: Jangan beri muka kepada anak-anak kerana mereka akan bermasalah apabila besar, kata
penceramah itu kepada hadirin.
Besar hati berasa bangga; gembira; girang
Ayat contoh: Muthu berasa amat besar hati menerima kehadiran wakil rakyat ke rumahnya yang buruk
itu.
Besar kepala- degil dan tidak mematuhi arahan
Ayat contoh : Oleh sebab dia terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya, dia menjadi besar kepala dan susah
untuk dinasihati.

PERUMPAMAAN
Bagai ayam disambar helang hilang dengan tiba-tiba.
Ayat contoh: Pemergian Halim ke bandar bagai ayam disambar helang kerana dengan tiba-tiba sahaja
dia tiada lagi di kampung.

161

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Bagai bulan dipagar bintang wajah seorang gadis yang sangat cantik
Ayat contoh: Wajah Aini bagai bulan dipagar bintang dan menjadi kegilaan pemuda-pemuda
kampungnya.
Bagai isi dengan kuku hubungan persahabatan yang sanagt akrab.
Ayat contoh: Persahabatan Faizal dengan Hisyam bagai isi dengan kuku sehingga ramai yang
menganggap mereka adik-beradik.
Bagai kacang lupakan kulit- orang yang tidak tahu mengenang budi.
Ayat contoh: Sikap Lokman bagai kacang lupakan kulit kerana menyisihkan keluarga Pak Dolah yang
pernah ditumpanginya setelah mendapat pekerjaan di bandar.
Bagai kumbang putus tali segera menghilang setelah terlepas daripada masalah.
Ayat contoh: omar melarikan diri untuk menyelamatkan diri daripada penculik itu bagai kumbang putus
tali setelah berjaya melepaskan diri.
Bagai menatang minyak yang penuh memelihara anak dengan penuh kemanjaan dan kasih sayang.
Ayat contoh: Oleh sebab Azura anak tunggal, ibu dan bapanya menjaganya bagai menatang minyak
yang penuh.
Bagai pinang dibelah dua - pengantin yang sama padan
Ayat contoh: pengantin lelaki yang kacak dan pengantin perempuan yang jelita menyebabkan mereka
bagai pinang dibelah dua ketika bersanding.
Seperti abu di atas tunggul - kedudukan yang tidak stabil
Ayat contoh: kedudukan Malik dalam syarikat itu seperti abu di atas tunggul kerana akan dibuang bilabila masa sejak syarikat itu mengalami kerugian.
Seperti api di dalam sekam - perkara yang berlaku dalam diam
Ayat contoh: pekerja-pekerja dan pihak pengurusan syarikat sentiasa bekerjasama seperti aur dengan
tebing demi meningkatkan produktiviti.
Seperti Belanda minta tanah orang tamak yang mendapatkan sesuatu dengan cara menipu.
Ayat contoh: Sikap pemaju projek itu seperti Belanda minta tanah kerana memperngaruhi penduduk
yang tinggal berhampiran supaya menjual tanah mereka.
Seperti langit dengan bumi suasana perbezaan yang sangat ketara
Ayat contoh : pencapaian pelajar dari kampung itu seperti langit dengan bumi jika dibandingkan dengan
pelajar di bandar kerana kekurangan kemudahan untuk belajar dengan sempurna.
Seperti cicak makan kapur menanggung malu kerana kesalahan sendiri.
Ayat contoh: Keadaan Raju seperti cicak makan kapur kerana terjatuh ke dalam parit semasa menayang
basikal baharunya.
Seperti cincin dengan permata pasangan pengantin yang sepadan
Ayat contoh: Majlis persandingan itu sangat meriah kerana pasangan pengantin seperti cincin dengan
permata.
Seperti embun di hujung rumput perasaan cinta yang mudah berubah

162

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat contoh: Tindakan Munir meninggalkan kekasihnya Suraya setelah bertemu dengan Fatin tidak
ubah seperti embun di hujung rumput.
Seperti gergaji dua mata mendapatkan keuntungan daripada dua belah pihak
Ayat contoh: Sikap Hock Lee yang menjadi orang tengah dalam proses penjualan tanah itu seperti
gergaji dua mata kerana dia mendapat upah daripada penjual dan pembelinya.
Seperti harimau menunjukkan belangnya menunjukkan kehebatan setelah lama berdiam diri
Ayat contoh: Setelah lama bekerja di syarikat itu, Amir seperti harimau menunjuukan belangnya apabila
berjaya menyelesaikan masalah kemelesetan kewangan kerana dia memang memiliki kepakaran dama
bidang ekonomi.
Seperti hujan jatuh ke pasir nasihat yang tidak dipedulikan
Ayat contoh: Nasihat Pak Abu kepada anaknya seperti hujan jatuh ke pasir kerana langsung tidak
dipedulikan.
Seperti kaca jatuh je batu harapan atau hasrat yang musnah
Ayat contoh: Harapannya untuk meminang Fauziah seperti kaca jatuh ke batu apabila mengetahui gadis
itu menerima pinangan sepupunya.
Seperti kera mendapat bunga orang yang sering merosakkan pemberian orang lain kerana tidak tahu
menghargainya.
Ayat contoh: Perangai remaja-remaja kampung yang merosakkan kemudahan awam itu seperti kerana
mendapat bunga kerana kemudahan itu tidak dihargai.
Seperti orang buta kehilangan tongkat orang miskin yang hilang tempat bergantung
Ayat contoh: Mak Lijah yang miskin itu seperti orang buta kehilangan tongkat setelah suaminya
meninggalkan dunia dalam kemalangan jalan raya.
Seperti pahat dengan pemukul orang malas yang hanya bekerja apabila disuruh.
Ayat contoh: Encik Logo memecat pekerjanya yang seperti yang seperti pahat dengan pemukul itu
kerana melakukan kerja apabila disuruh.
Seperti pungguk rindu akan bulan berangan-angan untuk mendapatkan sesuatu yang mustahil.
Ayat contoh: Perbuatan Maniam merindui Minachi seperti pengguk rindu akan bulan kerana Minachi
telah berkahwin dengan seorang pelakon.
Sepertu rumput di tepi jalan seseorang yang hidup merempat dan tidak dipedulikan.
Ayat contoh: kehidupan peminta sedekah itu seperti rumput di tepi jalan kerana tiada sesiapa yang
mengambil berat terhadapnya.
Seperti rusa masuk ke kampung terperanjat mengalami suasana yang baharu.
Ayat contoh: Oleh sebab tidak pernah datang ke kampung, keadaan Saiful seprti rusa masuk kampung
apabila menjejakkan kakinya di bandar tersebut.
Seperti ular kena palu keadaan jalan, lorong, atau sungai yang bengkang-bangkok
Ayat contoh: Keadaan jalan ke Kuala Pilah seperti ular kena palu dan membahayakan pemandu.

163

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Bidalan
Bidalan merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar. Biasanya,
bidalan merupakan ungkapan yang pendek yang telah dilekat di mulut orang.
A
Ada gula ada semut- Tempat yang menjadi tumpuan kerana ada sesuatu yang menarik
Ayat contoh: Ramai pekerja datang untuk bekerja di kawasan perindustrian itu kerana ada gula ada
semut.
Ada udang di sebalik batu- Melakukan sesuatu tetapi ada tujuan lain di sebaliknya.
Ayat contoh: Tindakan Umar memberikan hadiah kepada Saleha ada udang di sebalik batu.
Air ditetak tidak akan putus- Hubungan persaudaraan tidak akan putus walaupun berlaku perpecahan.
Ayat contoh: Razi dan abangnya yang bergaduh sejak dua tahun yang lalu telah berbaik semula kerana
air ditetak tidak akan putus.
Air tenang jangan disangka tiada buaya- Orang yang pendiam tidak boleh dianggap sebagai baik
perangainya.
Ayat contoh: Ibu melarang adik berkawan dengan Nasir yang pendiam kerana air tenang jangan
disangka tiada buaya kerana dia telah ditangkap ketika mencuri di pasar raya.
Alah bisa tegal biasa- Pekerjaan yang sudah dianggap senang kerana selalu melakukannya.
Ayat contoh: Pak Hamid sudah biasa melakukan kerja-kerja mencuci bangunan tinggi sejak sepuluh
tahun yang lalu dan baginya alah bisa tegal biasa.
Alah membeli menang memakai- Barang yang mahal harganya dapat digunakan lebih lama.
Aayt contoh: Kamal mengamalkan tabiat alah membelli menang memakai dan sering membeli pakaian
yan mahal-mahal.
Alang-alang mandi biarlah basah- Sesuatu perkara itu hendaklah diselesaikan jika dimulakan.
Ayat contoh: Hamid tetap meneruskan usahanya menyiapkan bangunan itu kerana baginya alang-alang
mandi biarlah basah.
B
Belakang parang diasah lagikan tajam- Orang yang kurang berkebolehan akan maju jika terus berusaha.
Ayat contoh: Walaupun prestasi Abu lemah, tetapi dia berjaya dalam peperiksaan setelah dia berusaha
kerana belakang parang diasah lagikan tajam.
Belum duduk sudah berlunjur- Sifat mengada-ngada dan melakukan sesuatu tanpa mengikut peraturan.
Ayat contoh: Perbuatan Rahul meminta bayaran sebelum melakukan kerja dimarah oleh rakannya
kerana belum duduk sudah berlunjur.
Bernih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau- Orang yang baik latar belakangnya sentiasa
beruntung biarlah di mana-mana sekalipun dia pergi.
Ayat contoh: Ramli dilantik menjadi ketua kampung walaupun dia baru sahaja tinggal di situ kerana
benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau.
Biar titik jangan tumpah- Kerugian kecil lebih baik daripada kerugian besar.
Ayat contoh: Ah Leong sanggup membayar ganti rugi kepada pembeli yang membuat aduan itu
daripada kedainya tidak didatangi pelanggan kerana baginya biar titik jangan tumpah.
Bumi mana tidak ditimpa hujan- Tiada sesiapapun yang tidak pernah melakukan kesalahan.
Ayat contoh: Sebagai manusia biasa, kita tidak harus menghukum seorang kerana bumi mana tidak
ditimpa hujan.
G
Genggam bara api biar sampai jadi arang- Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendatangkan hasil.
Ayat contoh: Kamil terus berusaha untuk menghabiskan lariannya dalam perlumbaan itu walaupun
berasa penat kerana dia berpendapat genggam bara api biar sampai jadi arang.

164

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

I
Indah khabar daripada rupa- Berita yang melebihi perkara yang sebenar.
Ayat contoh: Suasana di pulau itu indah khabar daripada rupa kerana tidak secantik yang digambarkan.
J
Jauhari juga yang mengenal manikam- Orang yang pakar sahaja dapat mengenal pasti mutu sesuatu
barang.
Ayat contoh: Seorang pakar dari Kanada telah dibawa untuk menilai barang-barang yang ditemukan
dalam kapal yang karam di Selat Melaka sejak dua ratus tahun yang lalu kerana hanya jauhari juga yang
mengenal manikam.
M
Makin murah makin menawar- Seseorang yang meminta secara berlebih-lebihan setelah diberi
kemudahan atau peluang.
Ayat contoh: Sikap Mary yang makin murah makin menawar itu menyebabkan bapanya menarik balik
niat untuk membelikan hadiah untuknya.
Malas bergarit perut perit- Sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan.
Ayat contoh: Pendatang-pendatang asing itu terpaksa bekerja keras kerana bagi mereka malas bergarit
perut perit.
Malas mendayung perahu hanyut- Sikap terlalu berserah kepada takdir akan menyebabkan kehidupan
tidak mempunyai haluan dan menghadapi kesusahan.
Ayat contoh: Pak Malim berusaha dengan gigih untuk menyara kehidupan keluarganya yang besar itu
kerana baginya malas mendayung perahu hanyut.
Melentur aur biar dari rebung Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak dia kecil lagi.
Ayat contoh: Encik Hasnni begitu tegas mendidik anak-anaknya supaya bersopan sejak kecil kerana
melentur aur biar dari rebung.
Melepaskan batuk di tangga- Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.
Ayat contoh: Segala pekerjaan yang dilakukannya tidak berhasil kerana sikapnya seperti melepaskan
batuk di tangga sahaja.
Menanam tebu di bibir mulut- Seseorang yang berbicara dengan manis tetapi untuk berpura-pura
sahaja.
Ayat contoh: Mak Minah hanya menanam tebu di bibir mulut kerana telah terbukti hatinya tidak jujur.
Mencurahkan garam ke laut- Melakukan sesuatu perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
Ayat contoh: Perbuatannya memberi nasihat kepada remaja-remaja yang melepak di simpang jalan itu
hanya mencurahkan garam ke laut kerana langsung tidak dipedulikan.
N
Nasi sudah menjadi bubur- Satu keadaan atau kerosakan yang tidak boleh dibaiki.
Ayat contoh: Suasana rumah tangga Rosli dan Kamariah sudah tidak dapat diselamatkan lagi kerana
nasi sudah menjadi bubur setelah mereka membuat keputusan untuk berpisah.
R
Rosak badan kerana mulut- Mendapat masalah akibat terlanjur kata.
Ayat contoh: Sikap Maimunah yang suka mengumpat tidak ubah seperti rosak badan kerana mulut
setelah dia dipukul oleh orang yang pernah diumpatnya.
S
Sambil menyelam minum air- Melakukan dua aktiviti dalam satu masa.

165

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat contoh: Amin sempat mengambil peluang melancong semasa menghadiri mesyuarat di Langkawi
kerana dia ingin sambil menyelam minum air.
Sarang tebuan jangan dijolok- Perkara-perkara yang mendatangkan masalah wajar dihindari.
Ayat contoh: Rahim tidak mahu mengganggu Mahmud yang sedang marah kerana dia sedar bahawa
sarang tebuan jangan dijolok.
Sediakan payung sebelum hujan- Menyediakan perlindungan sebelum mendapat kesusahan.
Ayat contoh: Encik Murthi menympan wang di bank dianggap sediakan payung sbelum hujan kerana
wang itu boleh digunakan pada masa kecemasan.
Segan bertanya sesat jalan- Sikap tidak mahu mendapatkan nasihat akan mendatangkan masalah.
Ayat contoh: Semasa melakukan pekerjaan sebagai akauntan, Swee Lee sering meminta nasihat rakanrakan sepejabatnya kerana dia tahu jika segan bertanys sesat jalan.
Sudah jatuh ditimpa tangga- Ditimpa beberapa bencana sekali gus.
Ayat contoh: Nasib Masitah tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah mengalami
kemalangan jalan raya keretanya pula sudah dicuri orang.
Sudah terhantuk baru terngadah- Mengambil sikap barhati-hati setelah mendapat masalah.
Ayat contoh: Setelah dia terlibat dalam kemalangan jalan raya, dia sering berwaspada semasa memandu
kerana baginya sudah terhantuk baru terngadah.
T
Tepuk tangan sebelah tak berbunyi- Sesuatu perkara tidak akan berlaku tanpa penglibatan dua belah
pihak.
Ayat contoh: Peristiwa Jamil mengajak Julia ke bandar tidak boleh dipersalahkan kerana tepuk tangan
sebelah tak berbunyi memandangkan Julia juga bersetuju untuk mengikut Jamil.
U
Ukur baju di badan sendiri- Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan sendiri.
Ayat contoh: Osman sentiasa bersikap sederhana untuk berbelanja ibarat ukur baju di badan sendiri
kerana pendapatannya agak terhad.
PEPATAH
Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap. Biasanya, terdapat pengulangan kata di
dalamnya untuk penegasan atau unsur-unsur pengjaran yang hendak disampaikan.
A
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras semua urusan dalam kehidupan akan berjalan
lancar sekirannya ada sumber kewangan.
Ayat contoh : Persembahan kebudayaan yang berjalan dengan lancar setelah dibiayai sepenuhnya oleh
pihak kementerian itu tidak diubah seperti ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Ayam terlepas, tangan bau tahi sesuatu yang dihayati tidak berjaya dimiliki sebalik mendapat malu.
Ayat contoh : Kegagalannya memiliki harta pusaka arwah bapanya gagal dan dia dicemuh kerana
dianggap terlalu tamat ibaratnya ayam terlepas, tangan bau tahi.
B
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya perangai anak biasanya mengikuti orang yang mengasuhnya.
Ayat contoh : Perangai Kumar saling tumpat perangai ayatnya kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya.
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam manusia yang berlainan memiliki tabiat
yang berlainan.

166

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat contoh : Oleh sebab pekerjaannya memerlukan dia berhadapan dengan orang ramai, Salmi
terpaksa bersabar kerana banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian sanggup bersusah-payah demi kesenangan pada
masa hadapan.
Ayat contoh: Rahmat bekerja bertungkus-lumus untuk bekalan hari muka kerana baginya berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian.
Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kesusahan yang ditanggung oleh seseorang
adalah lebih berat daripada yang dilihat oleh orang lain.
Ayat contoh : Penderitaan Ghani yang menghidapi penyakit kanser itu lebih daripada yang dirasai oleh
orang lain kerana berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar memastikan tiada orang yang
mendengar apabila sesuatu rahsia diceritakan.
Ayat contoh : Daud memastikan tiada orang yang berada berdekataan sebelum bercerita tentang rahsia
kejadian jenayah tersebut kerana bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.
Biar putih tulang, jangan putih mata sanggup mati daripada kesewa tidak mendapat sesuatu.
Ayat contoh: Anggota pasukan keselamatan berjuang dengan penuh semangat untuk mempertahankan
tanah air kerana bagi mereka biar putih jangan putih mata.
Buat baik-baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali melakukan kebaikan biarlah berpatutan,
sebaliknya kejahatan hendaklah dihindari.
Ayat contoh: Imran berhati-hati sebelum melakukan sesuatu kerana dia teringat akan nasihat datuknya
agar buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
C
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga perselisihan faham antara saudara-mara dan adikberadik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
Ayat contoh : Hamidah dan Halimah telah berbaik semula setelah setahun tidak bertegur-sapa kerana
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum semula.
D
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada
orang diam tetapi tidak berilmu.
Ayat contoh: Dalam diam-diam Latif memperbesar perniagaannya tidak ubah seperti diam-diam ubi
berisi, diam-diam besi berkarat.
Di mahu ada kemahuan, di situ ada jalan seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk
mencapainya.
Ayat contoh : Dia berjaya juga mencapai cita-citanya untuk menjadi pensyarah setelah berusaha sekian
lama kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Kita hendaklah mematuhi adat dan istiadat di manamana kita berada.
Ayat contoh : Robert menjalani kehidupannya di kampung itu mengikut adat resam orang Melayu
kerana baginya di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
E
Enggang sama enggang, pipit sama pipit memilih orang yang setaraf untuk dibuat kawan.
Ayat contoh; Pengurus syarikat yang kaya itu hanya berkawan dengan orang setaraf dengannya kerana
enggang sama enggang, pipit sama pipit.
G
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah dua kuasa besar yang bertelingkah
mendatangkan masalah kepada negara-negara kecil.

167

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat contoh : Peperangan antara dua negara besar itu menyebabkan negeri kecil yang terletak di
tengah-tengah menghadapi masalah kerana gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
H
Harapkan pagar, pagar makan padi orang yang diberi amanah untuk menjaga sesuatu sebaliknya dia
sendiri yang merosakkan perkara yang dijaganya.
Ayat contoh : Tindakan pengasuh itu memukul kanak-kanak yang diasuhnya tidak ubah seperti
harapkan pagar, pagar makan padi kerana dia sepatutnya menjaga kanak-kanak itu dengan baik.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama- budi dan jasa seseorang akan
dikenang walaupun setelah orang itu tiada lagi.
Ayat contoh : Jasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan daripada pihak Inggeris
masih disanjung oleh masyrakat kerana harimau meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh kerana
ada kemahuan, tetapi jika tiada kemahuan seseorang itu akan mengelak daripada melakukannya.
Ayat contoh : Dia sangat berminat dalam bidang seni suara sehingga sanggup mengeluarkan wang
untuk mengahdiri kelas nyanyian kerana baginya hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
I
Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis sentiasa berwaspada sebelum sesuatu
kesusahan melanda.
Ayat contoh: Setiap tindakan yang bakal diambil olehnya difikirkan dengan mendalam supaya tidak
mendatangkan masalah kerana ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis.
J
Jauh bau bunga, dekat bau tahi sanak saudara yang jauh sentiasa dikenang dan dirindui tetapi apabila
berdekatan, perselisihan faham berlaku.
Ayat contoh : Ketika adiknya berada di luar negara, Adila sangat merinduinya tetapi apabila pulang
mereka sering bertengkar kerana jauh bau bunga, dekat bau tahi.
Jerat tak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat orang yang suka menipu akan mendapat
akibatnya suatu hari nanti.
Ayat contoh: Akhirnya perbuatannya menipu penduduk kampung terbongkar setelah melakukannya
buat kali yang kedua kerana jerat tak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat.
K
Kalah jadi arang, menang jadi abu- peperangan akan mendatangkan kerugian sama ada sesuatu pihak
itu kalah atau menang.
Ayat contoh : Peperangan antara Amerika Syarikat dengan Iraq ibarat menang jadi arang, kalah jadi abu
kerana kedua-dua belah pihak mengalami kerugian yang besar.
Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan sesuatu yang baik hendaklah dijadikan
iktibar dan sesuatu buruk hendaklah dihindari.
Ayat contoh: Roslan bergaul dengan semua orang tetapi sentiasa beringat-ingat kalau baik jadikan
teladan, kalau jahat jadikan sempadan.
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa kehebatan dan kepandaian seseorang itu
tidak semestinya terletak pada usia atau saiznya.
Ayat contoh : Walaupun saiz badan Leman kecil, usianya sudah lama puluh tahun dan memiliki lima
orang anak kerana kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan terlalu gembira menerima sesuatu pemberian.
Ayat contoh : Keputusan kerajaan memberi sebidang tanah kepada penduduk kampung sangat dihargai
seolah-olah kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

168

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya setiap janji yang telah dibuat mesti ditunaikan.
Ayat contoh : Wakil rakyat itu mesti sentiasa menunaikan janji-janjinya semasa pilihan raya kerana
menyedari bahawa kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan menangguhkan kerja tidak akan
mendatangkan hasil, manakala sesuatu kerja yang dilakukan sedikit-sedikit itu akan selesai juga
akhirnya.
Ayat contoh: Walaupun kesihatannya terganggu, dia tetap bekerja menyiapkan rumahnya sedikit demi
sedikit kerana kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan.
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh seseorang yang dapat menyesuaikan diri dan memberi sumbungan
di mana-mana sahaja.
Ayat contoh: Sejak dia tamat belajar di universiti. Dia ke tengah boleh, ke tepi boleh dan selalu dirujuk
oleh orang kampung.
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak kesalahan kecil orang lain
diperbesar, tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari.
Ayat contoh: Pak Khir sering memarahi anak jiran yang berkumpul di simpang jalan, tetapi tidak
menegur anaknya yang sering menganggu anak-anak gadis kampung seolah-olah kuman di seberang
laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
L
Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya setiap manusia mempunyai keinginan dan perangai
yang berbeza.
Ayat contoh: Setiap rumah di kampung itu memiliki reka bentuk yang berbeza kerana lain dulang lain
kakinya, lain orang lain hatinya.
Lembu punya susu, sapi punya nama mendapat nama atau pujian hasil titik peluh orang lain.
Ayat contoh : Rizal bertungkus-lumus menghiasi kelasnya tetapi Suresh yang dipuji oleh gurunya
seolah-olah lembu punya susu, sapi punya nama.
Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya mendapat masalah setelah terlepas daripada
masalah yang lain.
Ayat contoh: Umpama lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya kerana setelah berjaya
melarikan diri daripada penjenayah itu, Kai Foo ditangkap pula oleh sekumpulan samseng jalanan.
M
Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak menyesuaikan diri
dengan suasana tempat dan keadaan.
Ayat contoh: Walaupun berada di luar negara, Hadi tidak menghadapi masalah kerana dia mengamalkan
masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.
Masuk teliga kanan, keluar telinga kiri tidak mendengar nasihat.
Ayat contoh : Dia terjebak ke kancah penagihan dadah kerana nasihat ibunya selama ini masuk telinga
kanan, keluar telinga kiri.
Mendengar guruh di langit, ait tempayan dicurahkan mendapat kerugian akibat terlalu mengharap
sesuatu keuntungan yang belum pasti.
Ayat contoh: Tindakan Pak Uteh membuang semua pakaian lamanya setalah mendengar khabar
penduduk kampung akan diberi bantuan pakaian sama seperti mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan.
O
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa sentiasa menjaga tutur kata serta berterima
kasih kepada pihak yang membantu kita.
Ayat contoh : Laila sentiasa bersopan santun dan berterima kasih kepada penduduk-penduduk kampung
yang menyambut kedatangannya kerana baginya orang berbudi kita berbahasa, orang lain kita merasa.

169

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah orang yang dituduh akibat kesalahan yang
dilakukan oleh orang lain.
Ayat contoh : Razif ditahan oleh pihak polis kerana kesalahan yang dilakukan oleh saudara kembarnya
seolah-olah orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah.
R
Rambut sama hitam, hati lain-lain persoalan dan isi hati manusia berbeza antara satu sama lain.
Ayat contoh : Banyak usul dalam mesyuarat itu mendapat bantahan kerana tidak dipersetujui oleh ahli
jawatankuasa memandangkan rambut sama hitam, hati lain-lain.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul sikap kerjasama dalam melakukan kerja sama ada kerja itu
berat atau sebaliknya.
Ayat contoh : Penduduk kampung itu menyedari bahawa ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
sehingga sentiasa mengamalkan sikap kerjasama dalam semua perkara tidak kira kecil ataupun besar.
Rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati perangai seseorang sukar diubah sebaliknya akan diamalkan
sehingga mati.
Ayat contoh : Tabiat buruknya yang sangat kedekut masih kekal hingga ke akhir hayat kerana rupa
dapat diubah, tabiat dibawa mati.
S
Sehari selambar benang, lama-lama menjadi kain melakukan kerja secara beransur-ansur akhirnya
akan berhasil.
Ayat contoh : Walaupun mengambil masa yang lama, akhirnya Noman berjaya menyiapkan novelnya
yang tebal itu kerana amalannya sehari selambar benang, lama-lama menjadi kain.
Sekali air bah, sekali pasir berubah pertukaran pemerintah akan menyebabkan bentuk pemerintahan
turut bertukar.
Ayat contoh: Pemerintahan negara itu berubah sebaik sahaja pemimpin yang baharu mengambil alah
kuasa kerana sekali air bah, sekali pasir berubah.
Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu Setelah melakukan kesilapan sekali, seseorang akan beringatingat agar kesilapan itu tidak berulang.
Ayat contoh : Abdullah berhati-hati membeli barangan jualan langsung itu kerana dia pernah ditipu
suatu masa dahulu seolah-olah sekali jalan kena, dua kali jalan beringat.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya

Tugasan Praktikal 58
Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan di bawah ini.
1.Peribahasa-peribahasa yang berikut mempunyai maksud yang sama ataupun hampir sama, kecuali
A alang-alang mandi biar basah
B genggam bara api biar sampai jadi arang
C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
D alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
2.Perceraian dalam kalangan ibu bapa yang tidak dapat hidup dalam keadaan harmoni akan
menyababkan anak-anak mereka menjadi mangsa. Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa
a orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya.
B gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

170

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C lembu punya susu, sapi punya nama.


D menang jadi arang, kalah jadi abu.
3.Peribahasa-peribahasa berikut mempunyai maksud yang hampir sama, kecuali
a buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
B hutang emas dapat dibayar, hutang budi bibawa mati.
C hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
D harimau mati meninggalkan balang, manusia mati meninggalkan nama.
4.Walaupun penyertaannya hanya untuk bersuka-suka, pemuda itu selalu sahaja memenangi setiap
peraduan yang disertainya. Keadaan ini dikatakan sebagai
A orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
B yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.
C di mana ada semut kalau tidak di dalam gula.
D untung sabut timbul, untung batu tenggelam
5.Makanan tradisional orang Melayu sentiasa menjadi juadah pilihan semasa hari raya sejak zamanberzaman lamanya. Keadaan ini dapat dikatakan
A tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
B tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata
C di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
D bernih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau.
6.Pertelingkahan antara kedua-dua adik-beradik itu tidak akan berlaku seandainya salah seorang
daripada mereka bersikap mengalah. Perkara tersebut dikatakan sebagai
A ikut hati mati, ikut rasa binasa
B seperti harimau menunjukkan belangnya.
C bertepuk sebalah tangan takkan berbunyi
D alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
7.Kita perlu menuntut ilmu semasa usia masih muda agar tidak mengalami kesusahan hidup pada usia
tua kelak. Peribahasa yang paling sesuai dengan kenyataan di atas ialah
A sudah terantuk baru tengadah
B nasi sudah menjadi bubur
C ukur baju di badan sendiri
D sediakan payung sebelum hujan
8.Tindakan pengarah syarikat itu kelihatan berbudi bahasa mengelapkan wang syarikat yang
diamanahkan kepadanya akhirnya diketahui juga oleh pihak yang berkuasa setelah menerima laporan
daripada kakitangannya. Perkara ini bertepatan dengan peribahasa
A bangkai gajah manakan dapat ditutup dengan nyiru
B air yang tenang jangan disangka tiada buaya
C diam-diam ubi berisi diam besi berkarat
D bumi mana yang tidak ditimpa hujan
9.Dia menceburkan diri dalam bidang perniangaan yang banyak mempunyai risiko kerana mempunyai
berkeyakinan tinggi dengan keupayaan yang dimilikintya dalam bidang tersebut. Pernyataan di atas
bertepatan dengan peribahasa
A tepuk dada tanya selera
B ukur baju di badan sendiri
C jauhari juga yang mengenal manikam
D genggam bara api biar sampai jadi arang
10.Peribahasa yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran mempunyai maksud yang sama
ataupun hampir sama dengan
A harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
B tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam

171

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D ayam terlepas, tangan berbau tahi.


Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 58
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
C
A salah kerana alang-alang mandi biar basah bermaksud melakukan sesuatu
kerja hingga selesai.
B salah kerana genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud melakukan
kerja hingga selesai.
C betul kerana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang bermaksud
orang miskin yang sangat sedikit pendapatannya.
D salah kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
bermaksud melakukan sesuatu hingga selesai.
2
B
A salah kerana orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya
bermaksud orang lain yang melakukan kesalahan orang lain yang dituduh.
B betul kerana gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
bermaksud dua kuasa besar berperang negaeri yang kecil mendapat kesusahan.
C salah kerana lembu punya susu, sapi punya nama bermaksud orang lain
yang berkerja, orang lain yang mendapat nama atau pujian.
D salah kerana menang jadi arang, kalah jadi abu bermaksud menang atau
kalah dalam sesuatu perlawanan sama-sama mendapat keruggian.
3
A
A betul kerana buar baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali bermaksud
berhati-hati membuat kebaikan dan kejaharan tidak boleh dicuba.
B salah kerana hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
bermaksud budi dibawa mati bermaksud budi akan kekal diingati sehingga
mati.
C salah kerana hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
bermaksud walaupun seseorang itu sedah tiada, budinya akan dikeng.
D salah kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama bermaksud seseorang yang baik budinya akan disebutsebut namanya walaupun setelah meninggal dunia.
4
B
A salah kerana orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
bermaksud budi dan pemberian orang lain patut dihargai.
B betul kerana yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
bermaksud mendapat rezeki secara mudah.
C salah kerana di mana ada semut kalau tidak di dalam gula bermaksud
sesuatu tempat yang ada daya tarikan akan menjadi tumpuan ramai.
D salah kerana untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud terlalu
berserah kepada nasib dalam melakukan sesuatu.
5
A
A betul kerana tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas bermaksud terus
kekal diamlkan dalam sesuatu masyarakat.
B salah kerana tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata bermaksud
sesuatu perkara itu tidak diperkatakan jika tidak ada kenenarannya.
C salah kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung bermaksud kita
hendaklah menyesuaikan diri dan menghormati adat istiadat walaupun di
mana-mana kita berada.
D salah kerana benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau bermaksud
orang yang baik akan disanjung walaupun di mana dia pergi.
6
C
A salah kerana ikut hati mati, ikur rasa binasa bermaksud jika terlalu mengikut

172

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

perasaan, seseorang itu akan menghadapi masalah.


B salah kerana seperti harimau menunjukkan belangnya bermaksud seseorang
yang menunjukkan kehebatannya.
C betul kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi bermaksud sesuatu
perlakuan yang melibatkan dua pihak pihak tidak akan terjadi tanpa
penglibatan kedua-duanya.
D salah kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
bermaksud melakukzn kerja biarlah selesai.
A salah kerana sudah terantuk baru tengadah bermaksud berhati-hati setelah
melakukan kesilapan.
B salah kerana nasi sudah menjadi bubur bermaksud kerosakan yang tidak
boleh dibaiki lagi.
C salah kerana ukur baju di badan sendiri bermaksud melakukan sesuatu
mengikut kemapuan sendiri.
D betul kerana sediakan payung sebelum hujan bermaksud membuat
persediaan awal sebelum dilanda kesusahan.
A salah kerana bangkai gajah manakan dapat ditutup dengan nyiru bermaksud
kesalahan yang besar tidak boleh disembunyikan.
B betul kerana air yang tenang jangan disangka tiada buaya bermaksud orang
pendiam jangan disangka baik.
C salah kerana diam-diam ubi berisi diam besi berkarat bermaksud orang bijak
yang diam akan mendapat kebaikan, tetapi diam tanpa kepandaian tidak
bermanfaat.
D salah kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan bermaksud tidak ada
orang yang tidak pernah melakukan kesilapan.
A salah kerana tepuk dada tanya selere bermaksud tanyalah diri atau berfikir
sebelum tanyalah diri atau berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan.
B betul kerana ukur baju di badan sendiri bermaksud melakukan sesuatu
mengikut kemapuan sendiri.
C salah kerana jauhari juga yang mengenal manikam bermaksud hanya orang
pakar mengetahui nilai sesuatu perkara dalam bidangnya.
D salah kerana genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud
melakukan sesuatu biarlah selesai.
A betul kerana harapkan guruh di langit, air di tempayan dicarahkan
bermaksud mendengar khabar akan mendapat sesuatu, yang dimiliki terus
diabaikan.
B salah kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bermaksud
sesuatu yang diperkatakan oprang itu memang ada kebenarannya.
C salah kerana untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud terlalu
berserah kepada nasib sama ada mendapat kebaikan atau keburukan.
D salah kerana ayam terlepas, tangan berbau tahi bermaksud meruah tercemar
setelah gagal mendapat sesuatu yang diidamkan.

Tugasan Praktikal 59
Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan di bawah ini.
1.Sikap ______________ Halim disebabkan ibu bapanya terlalu menyebelahinya jika dia dimarahi oleg
guru disiplin.
A beri muka

173

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B besar kepala
C anak bapa
D besar hati
2.Sejak kecil, Lalitha memang seorang budak yang _____________ dan hanya akan bercakap apabila
ditanya.
A berat tangan
B berat hati
C berat mulut
D berat badan
3.Baca pernyataan yang berikut:
Pak Ali sering bertanya tentang masalah anak-anaknya. Dia memastikan anak-anaknya mendapat
makanan yang cukup. Sikap Pak Ali itu boleh digambarkan sebagai seorang yang
A ambil hati
B ambil berat
C ambil peluang
D ada hati
4.Perangai Suzi yang suka berfoya-foya setiap masa itu telah menjadi __________ seluruh kampung.
A buah mulut
B banyak mulut
C mulut tempayan
D bunga dedap
5.Dia sudah __________ untuk meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pengalaman hidup
di kota besar.
A besar hati
B ada hati
C ambil hati
D bulat hati
6.Setelah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, Mira akhirnya berjaya dalam kehidupan berkat
keazaman dan ketabahannya. Pernyataan di atas tepat dengan peribahasa
A genggam bara api biar sampai jadi arang
B sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
C alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
D belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
7.Rizal dan adiknya telah berpeluk-pelukan dan saling bermaafan setelah sekian lama mereka tidak
bertegur-sapa akibat perselisihan faham. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan hubungan
mereka ialah
A cubit paha kiri, paha kanan pun terasa
B carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
C jauh bau bunga, dekat bau tahi.
D sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
8. Ketua kampung selalu menyalahkan remaja itu yang berbasikal ke sana ke mari di depan rumahnya,
tetapi anaknya yang menunggang motosikal tanpa lesen tidak diendahkannya. Hal ini diibaratkan
A mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
B air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
C kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
D gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut pula yang nampak.
9. Oleh sebab dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan disiplin, Amir tidah berasa bimbang apabila
dimunta berjumpa dengan guru disiplin kerana baginya
A ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.
B ikut hati mati, ikut rasa binasa.

174

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C berani kerana benar, takut kerana salah.


D berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
10. Penduduk kampung yang dilanda banjir itu amat gembira apabila mendengar berita bahawa pihak
kerajaan akan menghulurkan bantuan kepada mereka. Perasaan mereka sama seperti
A kera mendapat bunga.
B pungguk rindu akan bulan.
C kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
D orang mengantuk disorongkan bantal.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 59
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
A salah kerana beri muka bermaksud terlalu memanjakan.
B betul kerana besar kepala bermaksud sikap degil atau tidak mendengar
nasihat.
C salah kerana anak bapa bermaksud anak harapan bapa.
D salah kerana besar hati bermaksud berasa gembira.
2
C
A salah kerana berat tangan bermaksud malas bekerja.
B salah kerana berat hati bermaksud tidak tergamak.
C betul kerana berat mulut bermaksud pendiam.
D salah kerana berat badan bukan simpulan bahasa.
3
B
A salah kerana ambil hati bermaksud menarik perhatian atau tersinggung.
B betul kerana ambil berat bermaksud memberi perhatian.
C salah kerana ambil peluang mengambil kesempatan.
D salah kerana ada hati bermaksud ada keinginan.
4
A
A betul kerana buah mulut bermaksud menjdi bahan percakapan orang.
B salah kerana banyak mulut bermaksud suka bercakap.
C salah kerana mulut tempayan bermaksud orang yang tidak pandai
menyimpan rahsia.
D salah kerana bunga dedap bermaksud perempuan cantik yang tidak berbudi
bahasa.
5
D
A salah kerana besar hati bermaksud gembira atau bangga.
B salah kerana ada hati bermaksud ada keinginan.
C salah kerana ambil hati bermaksud menarik perhatian atau tersinggung.
D betul kerana bulat hati bermaksud sudah tetap fikiran atau keputusan
muktamad.
6
A
A betul kerana genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud
melakukan sesuatu biarlah sampai mendapat kejayaan.
B salah kerana sehari selembar benang lama-lama menjadi kain bermaksud
bekerja secara beransur-ansur akan berhasil juga akhirnya.
C salah kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
bermaksud memulakan sesuatu kerja hendak dibuat sehingga selesai.
D salah kerana belakang parang kalau diasah lagikan tajam bermaksud orang
yang tidak pandai akan menjadi pandai jika diajar secara berterusan.
7
B
A salah kerana cubit paha kiri, paha kanan pun terasa bermaksud penderitaan
saudara sendiri akan dirasai juga.
B betul kerana carik-carik bulu ayam, lama-lama tercantum juga bermaksud
adik-beradik yang berselisih faham akan berbaik juga akhirnya.
C salah kerana jauh bau bunga, dekat bau tahi bermaksud saudara yang

175

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

tinggal berdekatan akan dirindui, apabila tingal berdekatan akan bermusuhan


pula.
D salah kerana sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan bermaksud
apabila menyedari kesilapan, hendak insaf.
A salah kerana mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
bermaksud mengharapkan sesuatu yang belum pasti didapati dan mebuang
segala yang dimliki.
B salah kerana air yang tenang jangan disangka tiada buaya bermaksud orang
pendiam jangan disangka baik.
C salah kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang bermaksud jika
tidak ada sebab tentu sesuatu perkara tidak diperkatakan orang.
D betul kerana gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut pula
yang nampak bermaksud terlalu membesarkan kesalahan orang tetapi
kesalahan sendiri tidak disedari.
A salah kerana ke tengah boleh, ke tepi pun boleh bermaksud orang bijak
yang boleh menyesuaikan diri dengan semua keadaan.
B salah kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa bermaksud seseorang yang
terlalu mengilut perasaan dan hawa nafsu akan beroleh masalah.
C betul kerana berani keran benar, takut kerana salah bermaksud orang tidak
bersalah tidak perlu bimbang, sebaliknya orang yang bersalah sentiasa
dihantui perasaan takut.
D salah kerana berdiri sama tinggi, duduk sama rendah menunjukkan
persamaan taraf atau sikap bijak menyesuaikan diri.
A salah kerana kera mendapat bunga bermaksud orang yang tidak tahu
menghargai pemberian.
B salah kerana pungguk rindu akan bulan bermaksud terlalu mengharap
sesuatu yang mustahil terjadi.
C betul kerana kecil tapak tangan, nyiru diitadahkan bermaksud menerima
pemberian orang dengan penuh rasa kegembiraan kerana terlalu memerlukan
kerana terdesak.
D salah kerana orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud mendapat
sesuatu yang sangat diharapkan.

Tugasan Praktikal 60 Peribahasa


Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan di bawah ini.
1. Walaupun orang kampung berasa simpati terhadap Mak Minah, mereka tidak dapat mengubati
perasaan sedihnya akibat kematian suaminya. Hal ini kerana bagi Mak Minah
A seperti enau dalan belukar melepaskan pucuk masing-masing.
B seperti aur dengan tebing.
C berat mata mamandang, berat lagi bahu memikul.
D alah bisa tegal biasa.
2. Datuk Mansur berkata kejayaannya dalam bidang perniagaan adalah disebabkan dia berusaha dengan
gigih dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri. Perbuatan ini diibarat
A berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
B kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
C ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni.
D diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
3. Semua peribahasa yang berikut mempunyai makna yang hampir sama, kecuali
A sediakan payung sebelum hujan.

176

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis.


C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
D mendengar gurah di langit, air di tempayan dicurahkan.
4. Azmil berjaya setelah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan berkat keazaman dan ketabahannya.
Pernyataan di atas tepat dengan peribahasa
A alang-alng menyeluk perkasam biara sampai ke pangkal lengan.
B belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
C genggam bara api biar sampai jadi arang.
D sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.
5. Setelah sekian lama memohon, akhirnya penduduk kampung disediakan kemudahan telefon awam di
tempat mereka. Namun begitu kemudahan telefon itu tidak dapat digunakan lagi kerana rosak akibat
perbuatan penduduk kampung itu sendiri. Keadaan ini diibaratkan
A mencurahkan air di daun keladi.
B lempar batu bersembunyi tangan.
C kera mendapat bunga.
D tikus membaiki labu.
6. Kilang yang banyak didirikan di bandar menyebabkan anak-anak muda datang untuk mencari
pekerjaan kerana di kampung mereka tidak ada peluang seperti itu. Hal ini diibaratkan
A di mana ada gula di situ ada semut.
B di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
C rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
D hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
7. Suzi amat gembira ditawarkan untuk menjadi guru setelah sekian lama dia berhajat untuk menjawat
jawatan itu. Keadaan ini diibaratkan
A kera mendapat bunga.
B pungguk rindu akan bulan.
C kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
D orang mengantuk disorongkan bantal.
8.Pemberita: Saya ingin bertanya, apakah rahsia kejayaan cemerlang saudara dalam peperiksaan barubaru ini?
Johan: Sebelum ini saya pernah gagal dalam beberapa ujian tetapi saya terus mencuba untuk
memperbaiki pencapaian saya. Saya menganggap kegagalan itu sebagai dorongan untuk saya berusaha
dengan lebih tekun.
Dialog di atas sesuai dengan peribahasa
A sudah terhantuk baru terngadah.
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
C sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
D baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.
9. Semua ahli keluarga Pak Halim yang besar itu sentiasa mementing kerjasama dan sifat muafakat
dalam segala hal. Keadaan ini diibaratkan
A bagai aur dengan tebing.
B ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
C bagai dakwat dengan kertas.
D yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
10. Sifat semula jadi Encik Lim yang
_________ menyebabkan dia diormati oleh rakan-rakan
sejawatnya dan orang bawahannya.
A berani kerana benar, takut kerana salah.
B berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
C ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.
D ikut hati mati, ikut rasa binasa.

177

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 60


Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
C
A salah kerana seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing bermaksud mementingkan diri sendiri.
B salah kerana seperti aur dengan tebing bermaksud dua pihak yang
saling membantu.
C betul kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
bermaksud orang yang mengalami kesusahan lebih terasa daripada orang
yang melihatnya,
D salah kerana alah bisa tegal biasa bermaksud mudah melakukan kerjakerja yang sukar kerana sudah biasa.
2
B
A salah kerana berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
bermaksud melakukan kerja sambilan sebelum mendapat pekerjaan yang
tetap.
B betul kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
bermaksud jika tidak berusaha, kejayaan pasti tidak dicapai.
C salah kerana ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni bermaksud
bersama-sama menghadapi susah dan senang.
D salah kerana diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat bermaksud
orang bijak yang diam lebih baik daripada orang yang diam tetapi tidak
berpengetahuan.
3
D
A salah kerana sediakan payung sebelum hujan bermaksud membuat
persediaan sebelum masalah menimpa.
B salah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
bermaksud mengambil sikap hati-hati sebelum melakukan sesuatu.
D betul kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
bermaksud mendengar sesuatu keuntungan yang tidak pasti, barang yang
dimiliki diabaikan atau dibuang.
4
C
A salah kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
jalan bermaksud melakukan sesuatu sehingga berasa puas hati.
B salah kerana belakang parang kalau diasah lagikan tajam bermaksud
orang yang tidak pandai akan beroleh kejayaan jika jemu-jemu berusaha.
C betul kerana genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud
melakukan sesuatu yang mencabar biarlah sampai berjaya.
D salah kerana sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
bermaksud kerja secara beransur-ansur lama-lama akan mendatangkan
hasil juga.
5
C
A salah kerana mencurahkan air di daun keladi bermaksud memberi
nasihat kepada orang yang degil.
B salah kerana lempar batu bersembunyi tangan bermaksud seseorang
yang melakukan kesalahan tetapi tidak mengaku.
C betul kerana kera mendapat bunga bermaksud orang yang tidak tahu
menghargai pemberian.
D salah kerana tikus membaiki labu bermaksud orang yang diamanahkan
membaiki sesuatu tetapi melakukan kerosakan.
6
A
A betul kerana di mana ada gula di situ ada semut bermaksud tempat
yang ada daya tarikan akan menjadi tumpuan.

178

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B salah kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan bermaksud jika
ada cita-cita, tentu seseorang itu ahan berusaha mencapainya.
C salah kerana rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari bermaksud
sentiasa menerima pemberian dan menolak permusuhan.
D salah kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih bermaksud
jika hendak akan sesuatu, berbagai cara dilakukan dan jika tidak mahu
berbagai helah pula dicari.
A salah kerana kera mendapat bunga bermaksud tidak tahu menghargai
pemberian.
B salah kerana pungguk rindu akan bulan bermaksud berhajat untuk
mendapatkan sesuatu yang mustahil.
C salah kerana kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan bermaksud perasaan
gembira kerana diberi sesuatu.
D betul kerana orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud
mendapat sesuatu yang memang dihajati.
A salah kerana sudah terhantuk baru terngadah bermaksud berhati-hati
seetelah melakukan kesilapan.
B betul kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih bermaksud
jika hendak akan sesuatu, berbagai cara dilakukan dan jika tidak mahu
berbagai helah pula dicari.
C salah kerana seharai selembar benang, lama-lama menjadi kain
bermaksud kerja beransur-ansur akhirnya akan berhasil juga.
D salah kerana baik berjagung-jagung sementara menanti padi masak
bermaksud melakukan pekerjaan sambilan sementara menanti pekerjaan
tetap.
A salah kerana bagai aur dengan tebing bermaksud dua pihak yang saling
membantu.
B salah kerana ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya
bermaksud salah seorang dalam kumpulan mendapat kesusahan, semua
ahlinya turut mendapat masalah.
C salah kerana bagai dakwat dengan kertas bermaksud pasangan yang
saling melengkapi.
D betul kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
bermaksud sikap kerjasama yang mementingkan kesamarataan dalam
melakukan pekerjaan.
A salah keran berani kerana benar, takut kerana salah bermaksud
seseorang itu tidak perlu takut jika dirinya benar, tetapi orang yang
bersalah selalu berasa bimbang.
B betul kerana berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bermaksud
memiliki taraf yang sama dengan orang lain.
C salah kerana ke tengah boleh, ke tepi pun boleh bermaksud orang yang
pandai menyesuaikan diri.
D salah kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa bermaksud sikap terlalu
mengikut perasaan akan mendatangkan kesusahan.

Tugasan Praktikal 61 Peribahasa


Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan di bawah ini.
1. Wak Din selalu menyalahkan pemuda-pemuda kampung apabila berlaku kecurian, tetapi sebenarnya
anaknya sendiri yang selalu mencuri di kampung itu. Hal ini diibaratkan

179

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

A air yang tenang jangan disangka tiada buaya.


B kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
C gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut pula nampak.
D mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
2. Profesor Ali tidak keberatan membantu pelajar-pelajarnya menyelesaikan masalah pembelajaran
walaupun dia berpangkat besar di universiti itu. Keadaan ini diibaratkan
A bagai isi dengan kuku.
B ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
C kalau hendak melentur bluh biarlah dari rebungnya.
D bagi kacang melupakan kulit.
3. Misbun Sidek menegaskan kunci utama kejayaannya ialah berkat usaha dan kegigihannya yang
berterusan sejak dia kecil lagi. Usaha ini ibarat
A gengam bara api biar sampai jadi arang.
B diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
D berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
4. Setelah perselisihan faham itu, Kamal menghilangkan diri dan tidak lagi pulang-pulang atau
menghubungi keluarganya. Keadaan ini diibaratkan
A berkerat rotan berpatah arang.
B air dicincang tidak akan putus.
C antan pecah, lesung hilang.
D jauh panggang dari api.
5. Akhirnya hubungan mereka adik-beradik pulih semula setelah pergaduhan besar yang berlaku antara
mereka tiga tahun lalu akibat perebutan harta pusaka dapat diselesaikan dengan baik. Hal ini
diibaratkan
A carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.
B anjing dengan kucing.
C bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D pinggan tak retak, nasi tak dingin.
6. Kita khuatir bahawa sastera Malaysia terus tertinggal jauh di belakng. Oleh itu, marilah kita lakukan
sesuatu demi memartabatkan sastera Malysia, kata Usman Awang. Ungkapan di atas dapat disamakan
dengan peribahasa yang berbunyi
A orang mengantuk disorongkan bantal.
B orang sudah tiba di seberang, kita baru hendak mencapai pendayung.
C orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
D ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah mempunyai makna yang sama dengan
peribahasa di bawah ini, kecuali
A ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
B bagai aur dengan tebing.
C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
D kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tiada bertahan.
8. Walaupun kurang bersedia untuk menyertai pertandingan itu, dia tetap mengambil bahagian.
Keadaan ini dikatakan sebagai
A orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
B yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.
C di mana ada gula, di situ ada semut.
D untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
9. Yang manakah antara peribahas berikut mempunyai persamaan maksud dengan peribahasa. Masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

180

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

A Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.


B Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak berkata.
C Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang pada janjinya.
D Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragamnya.
10. Razak berasa amat kesal dengan kelalaiannya semasa memandu kereta sehingga menyebabkan
adiknya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Pernyataan di atas sesuai dengan perribahasa
A bumi mana tidak ditimpa hujan.
B sudah jatuh ditimpa tangga.
C bagai tikus membaiki labu.
D nasi sudah menjadi bubur.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 61
Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
C
A salah kerana air yang tenang jangan disangka tiada buaya bermaksud
orang pendiam tidak boleh dianggap baik.
B salah kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang bermaksud
jika tidak ada sesuatu yang berlaku pasti tidak diperkatakan.
C betul kerana gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut
pula yang nampak bermaksud kesalahan sendiri tidak dihebohkan
walaupun besar tetapi kesalahan orang yang kecil diperkatakan.
D salah kerana mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
bermaksud mendengar keuntungan yang belum pasti, yang dimiliki
diabaikan atau dibuang.
2
B
A salah kerana bagai isi dengan kuku bermaksud hubungan yang akrab.
B betul kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya bermaksud
sikap merendah diri tidak akan mengurangkan kehebatan seseorang.
C salah kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya
bermaksud mendidik anak biarlah sejak kecil.
D salah kerana bagai kacang melupakan kulit bermaksud sikap lupa
daratan atau tidak mengenang budi.
3
A
A betul kerana genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud
melakukan sesuatu yang mencabar biarlah sampai berjaya.
B salah keran diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat bermaksud
orang bijak yang berdiam diri semakin berpengetahuan, orang yang
tidak bijak semakin tidak bijak jadinya.
C salah kerana ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni bermaksud
susah dan senang dihadapi bersama-sama.
D salah kerana berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
bermaksud melakukan kerja sambilan sebelum mendapat pekerjaan
tetap.
4
A
A betul kerana berkerat rotan berpatah arang bermaksud memutuskan
hubungan.
B salah kerana air dicincang tidak akan putus bermaksud hubungan
kekeluargaan tidak akan putus walaupun ada berlaku perselisihan.
C salah kerana antan pecah, lesung hilang bermaksud mendapat
kecelakaan secara berturut-turut.
D salah kerana jauh panggang dari api bermaksud perkara yang mustahil

181

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

akan berlaku.
A betul kerana carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga
bermaksud adik-beradik yang bergaduh akan berbaik juga akhirnya.
B salah kerana anjing dengan kucing bermaksud sering bergaduh
apabila bertemu.
C salah kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya bermaksud
seseorang yang mengikuti didikan atau perangai orang yang
mendidiknya.
D salah kerana pinggan tak retak, nasi tak dingin bermaksud jika orang
tidak berminat, kita pun tidak menyukainya.
A salah kerana orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud
mendapat sesuatu yang sangat-sangat dihajati.
B betul kerana orang sudah tiba di seberang, kita baru hendak mencapai
pendayung bermaksud ketinggalan dalam melakukan sesuatu.
C salah kerana orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
bermaksud pemberian atau jasa orang hendaklah dihargai.
D salah kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis bermaksud
membuat persediaan sebelum mengalami kesusahan.
A salah kerana ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni bermaksud
susah dan senang dihadapi bersama-sama.
B salah kerana bagai aur dengan tebing bermaksud dua pihak yang
saling bantu-membantu.
C salah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud
melakukan kerja secara adil dan saksama walaupun berat atau ringan.
D betul kerana kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tiada
bertahan bermaksud bertangguh tidak mendatangkan hasil sebaliknya
jika melakukan kerja secara beransur-ansur lama-lama akan selesai juga.
A salah kerana orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
bermaksud pemberian atau jasa orang hendaklah dihargai.
B salah kerana yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
bermaksud mendapat rezeki secara mudah.
C salah kerana di mana ada gula, di situ ada semut bermaksud tempat
yang ada daya tarikan akan menjadi tumpuan ramai.
D betul kerana untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud
berserah kepada nasib sama ada baik atau buruk.
A betul kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung bermaksud
mengikut adat resam dan budaya tempat yang didiami.
B salah kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak berkata
bermaksud sesuatu yang diperkatakan orang itu memang ada
kebenaranya.
C salah kerana jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang
pada janjinya bermaksud janji yang dibuat hendaklah ditunaikan.
D salah kerana banyak uadang banyak garam, banyak orang banyak
ragam bermaksud semakin ramai manusia, semakin pelbagai perangai
dan tabiatnya.
A salah kerana bumi mana tidak ditimpa hujan bermaksud tidak ada
manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.
B salah kerana sudah jatuh ditimpa tangga bermaksud mendapat
kesusahan secara berturutan.

182

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C salah kerana bagai tikus membaiki labu bermaksud orang yang


diharapkan membawa kebaikan sebaliknya melakukan kerosakan.
D betul kerana nasi sudah menjadi bubur bermaksud kesilapan yang
tidak boleh diperbetul lagi.
Tugasan Praktikal 62 Peribahasa
1. Orang-orang kampung tidak dapat berbuat apa-apa terhadap perbuatan jahat yang dilakukan oleh
budak itu kerana ibunya sendiri
A angkat kaki
B angkat muka
C pejam mata
D gelap mata
2. Petani-petani itu ________ setiap hari untuk mencari rezeki.
A makan suap
B bermandi peluh
C bermandi darah
D makan angin
3. Pemuda yang menjadi ________ pihak pengganas itu telah ditangkap oleh polis.
A tali barut
B buah mulut
C anak angkat
D mata air
4. Pembahas-pembahas itu _________ untuk mempertahankan hujah-hujah yang berkaitan dengan tajuk
Kemajuan Lebih Penting daripada Alam Sekitar.
A bertali arus
B bersengkang mata
C bulat hati
D bertikam lidah
5. Harga yang tercatat pada baju itu ialah _________ kerana tidak boleh ditawar-tawar lagi.
A harga pokok
B harga mati
C harga runtuh
D harga runcit
6. Kedatangan Menteri Besar ke kampung itu telah diterima oleh penduduk dengan perasaan
A patah hati
B iri hati
C kecil hati
D besar hati
7. Zaki terpaksa memutuskan hubungannya dengan anak gadis Datuk Mansur kerana dia berasa dirinya
tidak sesuai dengan keadaan keluarga orang kaya itu dan menganggap
A gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
B enggang sama enggang, pipit sama pipit.
C burung terbang dipipisan lada.
D harap akan pagar, pagar makan padi.
8. Setelah kematian ayahnya, kedudukan Azib dalam syarikat itu _________ kerana akan dipecat oleh
pihak pengurusan baharu bila-bila masa sahaja.
A seperti api dalam sekam
B seperti cicak makan kapur
C seperti abu di atas tunggul

183

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D seperti rumput di tepi jalan


9. Oleh sebab Pak Halim dan isterinya tidak mempunyai anak, mereka menjaga anak angkat mereka itu
_________ dan memenuhi segala permintaannya.
A bagai isi dengan kuku
B bagai aur dengan tebing
C bagi bulan dipagar bintang.
D bagai menatang minyak yang betul.
10. Perangai Leman yang terlalu memuja dan ingin berkahwin dengan penyanyi wanita kesayangannya
itu tidak ubah __________ kerana dia tidak mungkin dapat memenuhi impiannya.
A seperti kaca terhempas ke batu
B seperti pungguk rindu akan bulan
C seperti cincin dengan permata
D seperti bumi dengan langit
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 62
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
C
A salah kerana angkat kaki bermaksud pergi meninggalkan sesuatu
tempat.
B salah kerana angkat muda maksudnya berani berhadapan.
C betul kerana pejam mata bermaksud berpura-pura tidak nampak akan
kesalahan.
D salah kerana gelap mata bermaksud hilang pertimbangan.
2
B
A salah kerana makan suap bermaksud menerima rasuah.
B betul kerana bermandi peluh bermaksud bekerja dengan bersungguhsungguh.
C salah kerana bermandi darah bermaksud mengalami kecederaan yang
teruk.
D salah kerana makan angin bermaksud bersiar-siar atau melancong.
3
A
A betul kerana tali barut bermaksud orang yang menyamar untuk
mengintip bagi pihak musuh.
B salah kerana buah mulut bermaksud menjadi perbualan orang.
C salah kerana anak angkat bermaksud anak orang dijadikan anak
sendiri.
D salah kerana mata air bermaksud kekasih.
4
D
A salah kerana bertali arus bermaksud keadaan yang tidak putus-putus.
B salah kerana bersengkang mata bermaksud berjaga malam untuk
menyelesaikan sesuatu tugas.
C salah kerana bulat hati bermaksud sudah membuat keputusan yang
tetap.
D betul kerana bertikam lidah bermaksud berlawan cakap untuk
membuktikan kebenaran.
5
B
A salah kerana harga pokok bermaksud harga asal sesuatu barang.
B betul kerana harga mati bermaksud harga yang tidak boleh ditawartawar lagi.
C salah kerana harga runtuh bermaksud sesuatu barang yang dijual
dengan harga terlalu murah.
D salah kerana harga runcit bermaksud harga yang ditetapkan oleh
penjual di kedai.

184

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

10

A salah kerana patah hati bermaksud terlalu kecewa.


B salah kerana iri hati bermaksud dengki.
C salah kerana kecil hati bermaksud terkilan atau merajuk.
D betul kerana besar hati bermaksud berasa bangga dan bersyukur.
A salah kerana gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengahtengah bermaksud dua kuasa besar berperang, kuasa yang kecil di antara
kedua-duanya akan mendapat masalah.
B betul kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit bermaksud
terlalu mengharap akan sesuatu yang belum pasti didapati.
D salah kerana harap akan pagar, pagar makan padi bermaksud orang
yang diharapkan yang melakukan kerosakan.
A salah kerana seperti api dalam sekam bermaksud perasaan dendam
yang terus wujud dalam diam.
B salah kerana seperti cicak makan kapur bermaksud orang yang
mendapat aib akibat perbuatan sendiri.
C betul kerana seperti abu di atas tunggul bermaksud kedudukan yang
tidak stabil dan boleh dipecat bila-bila masa.
D salah kerana seperti rumput di tepi jalan bermaksud orang yang hidup
merempat.
A salah kerana bagai isi dengan kuku bermaksud hubungan yang terlalu
akrab.
B salah kerana bagai aura dengan tebing bermaksud dua pihak yang
saling bantu-membantu.
C salah kerana bagai bulan dipagari bintang bermaksud perempuan yang
sangat cantik.
D betul kerana bagai menatang minyak yang penuh bermaksud menjadi
seseorang dengan sepenuh kasih sayang.
A salah kerana seperti kaca terhempas ke batu bermaksud harapan yang
musnah.
B betul kerana seperti pungguk rindu akan bulan bermaksud mengharap
akan sesuatu yang mustahil diperoleh.
C salah kerana seperti cincin dengan permata bermaksud pasangan yang
sama cantik dan sama sepadan.
D salah kerana seperti bumi dengan langit bermaksud perbezaan yang
sangat besar.

MEMLIH AYAT YANG SAMA MAKSUD


Soalan ini agak mudah dikuasai seandainya pelajar mempunyai pemahaman yang baik dalam aspek
pembentukan maksud ayat. Pelajar diingatkan bahawa soalan ini terkandung dalm soalan (22) hingga
soalan (24) (tiga soalan). Selain aspek maksud ayat, pelajar perlu juga mempunyai kemahiran dalam
penguasaan makna perkataan yang sama ataupun hampir sama makna. Bentuk-bentuk ayat aktif
transitif yang boleh dipasifkan juga perlu dikuasai kerana ayat aktif transitif membawakan maksud yang
sama. Misalnya ayat Kerajaan akan melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun ini mempunyai maksud yang sama dengan ayat pasif
Mulai tahun ini, program pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.
Bagi maksud mendapatkan ayat yang sama ataupun hampir sama dengan ayat yang
dikemukakan dalam soalan, pelajar harus membuat pembahagian maksud frasa ataupun bahagian-

185

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

bahagian dalam ayat kepada beberapa bahagian dan pastikan setiap bahagian ataupun frasa berkenaan
terkandung dan sama maksudnya dalam pilihan jawapan yang diberikan. Teliti contoh di bawah ini.
Soalan:
Semangat kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum pada hari ini perlu
dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi bagi melahirkan masyarakat yang harmoni.
Pembahagian Ayat:
1 [Semangat kerjasama dan bersatu padu di kalangan pelajar] [yang berbilang kaum] [pada hari ini]
[perlu dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi] [bagi melahirkan masyarakat yang harmoni.]
Ayat di atas terdiri daripada lima (5) perkara yang perlu diberikan perhatian kepada pelajar dan pastikan
kelima-lima perkara berkenaan terkandung dalam pilihan jawapan. Misalnya;
2 [Masyarakat yang harmoni dapat diwujudkan] [dengan menyemaikan semangat kerjasama dan
bersatu padu dalam kalangan pelajar] [yang berlainan kaum] [pada masa kini] [sejak mereka di alam
sekolah rendah lagi.]
Walaupun struktur ayat dalam ayat (2) telah berubah, namun maksud yang disampaikan masih
sama. Struktur ayat (1) merupakan ayat aktif manakala struktur ayat (2) pula ialah struktur ayat pasif.
Kedudukan frasa juga telah diubah-ubah namun maksud utamanya masih sama.
Maksud ayat yang berikut pula tidak sama dengan maksud ayat yang dikemukakan dalam soalan
walaupun kelihatan mengandungi maksud yang sama. Teliti ayat berkenaan.
Contoh ayat yang tidak sama maksud
1 Pada masa kini, semangat bekerjasama dan perpaduan amat perlu bagi membentuk masyarakat yang
harmoni dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum semasa berada di sekolah rendah.
2 Pelajar yang berbilang kaum di sekolah rendah yang wujud pada hari ini akan dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni sekiranya mereka bekerjasama dan bersatu padu dalam segala hal.
3 Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pada hari ini mampu mewujudkan
keharmonian dalam kalangan pelajar sekolah rendah yang berbilang kaum.
Ketiga-tiga ayat di atas seolah-olah mempunyai maksud yang sama dengan ayat soalan, namun telah
berlaku pengubahsuaian maksud ayat akibat perubahan, pengurangan, dan penambahan maksud dalam
ayat berkenaan.
Aspek penting yang perlu diketahui oleh pelajar semasa memilih ayat yang sama maksud ialah
terdapat sesetengah pilihan jawapan yang diubah, dikurangkan, ataupun ditambahkan maksudnya dalam
pilihan jawapan berkenaan. Maka pelajar-pelajar haruslah bijak meneliti ataupun mengesan maksud
yang diubah, dikurangkan, ataupun ditambahkan dalam pilihan jawapan berkenaan.
Teliti soalan berkenaan dan dapatkan maksud ayat yang sama ataupun hampir sama dengan
maksud ayat yang dikemukakan dalam soalan.
Tugasan Praktikal 63 Memilih Ayat yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
1 Pembangunan yang berterusan di kawasan luar bandar akan dapat meningkatkan taraf kehidupan
penduduk di kawasan berkenaan secara beransur-ansur.
A Secara berdikit-dikit pembangunan yang tertumpu di kawasan luar bandar mampu memajukan
kawasan berkenaan secara berterusan.
B Tanpa pembangunan yang berterusan, penduduk di kawasan luar bandar tidak dapat menikmati taraf
hidup yang lebih baik daripada keadaan yang ada.

186

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C Peningkatan taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar dapat dipertingkat sedikit demi sedikit dengan
adanya pembangunan yang berkekalan.
D Taraf hidup rakyat akan dapat dipertingkat melalui pembangunan yang dijalankan di kawasan luar
bandar.
2 Kerajaan telah mengeluarkan amaran kepada para penduduk di kawasan Pantai Timur tentang bahaya
banjir besar yang akan melanda semasa musim tengkujuh pada akhir bulan depan.
A Pada akhir bulan hadapan, banjir besar dijangka akan melanda kawasan Pantai Timur sehingga
membahayakan penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan.
B Peringatan telah dikeluarkan oleh kerajaan bahawa banjir besar ketika musim hujan pada bulan
depan yang membahayakan penduduk akan melanda kawasan Pantai Timur.
C Pada bulam depan kerajaan akan mengeluarkan amaran kepada penduduk yang tinggal di kawasan
musim tengkujuh di Pantai Timur bahawa banjir besar akan melanda kawasan tersebut.
D Musim hujan pada bulan depan yang melanda kawasan Pantai Timur akan membahayakan penduduk
yang tidak menghiraukan amaran yang telah dikeluarkan oleh kerajaan tentang perkara itu.
3 Cikgu Adnin meminta para pelajarnya agar membawa alat-alat lukisan yang cukup semasa menyertai
pertandingan melukis itu.
A Sila bawa peralatan melukis yang sepatutnya ketika kamu menyertai pertandingan melukis
nanti,kata Cikgu Adnin kepada pelajar-pelajarnya.
B Bawa alat-alat melukis yang kamu ada sebelum pergi ke pertandingan melukis nanti, perintah
Cikgu Adnin kepada para pelajarnya.
C Jangan lupa menyertai paertandingan melukis itu jika kamu mempunyai alat-alat melukis yang
cukup, pinta Cikgu Adnin kepada pelajar-pelajarnya.
D Pertandingan melukis itu perlu disertai oleh pelajar yang mempunyai peralatan melukis yang
cukup, kata Cikgu Adnin kepada pelajar-pelajarnya.
4 Dari semasa ke semasa orang ramai digalakkan menanam pokok termasuk pokok bunga di kawasan
perumahan mereka untuk menghijaukan suasana.
A Pokok-pokok bunga yang menghijau dari semasa ke semasa dapat menggalakkan orang ramai
menanam pokok di kawasan perumahan mereka.
B Kawasan perumahan penduduk akan menjadi ceria dan indah sekiranya mereka menanam pokok
tanpa mengira masa.
C Suasana kehijauan dapat diwujudkan sekiranya orang ramai mengambil inisiatif menanam pokokpokok bunga di kawasan perumahan mereka secara berterusan.
D Penduduk kawasan perumahan perlu digalakkan menanam pokok bunga yang berwarna hijau dari
semasa ke semasa.
5 Mangsa-mangsa kebakaran di kawasan perumahan setinggan itu akan dipindahkan ke petempatan
baru secepat mungkin.
A Perumahan setinggan itu telah mengalami kebakaran kerana penduduknya mahu berpindah ke
kawasan baru dengan segera.
B Kebakaran di kawasan setinggan itu telah menyebabkan para penduduknya dipindahkan ke kawasan
petempatan yang baru.
C Petempatan baru itu diwujudkan untuk menempatkan penduduk di kawasan setinggan yang
mengalami kebakaran baru-baru ini.
D Penduduk di kawasan setinggan yang menjadi mangsa kebakaran itu akan ditempatkan di suatu
petempatan baru pada kadar segera.

187

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

6 Banyak projek perindustrian di negara ini terpaksa ditangguhkan oleh kebanyakan syarikat kerana
masalah kegawatan ekonomi.
A Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan penangguhan beberapa aktiviti perindustrian di negara
kita.
B Sebahagian syatikat perindustrian di negara ini terpaksa menunda projek-projek mereka disebabkan
masalah kemelesetan ekonomi.
C Banyak syarikat perindustrian telah dipaksa melengahkan projek mereka kerana masalah ekonomi
yang melanda negara.
D Projek-projek yang ada di negara ini perlu ditangguhkan seketika sebagai kesan daripada masalah
ekonomi yang dialami syarikat perindustrian.
7 Masalah jenayah dalam kalangan remaja akan dapat diatasi dengan menggunakan pendekatan kaedah
kerjasama polis dan masyarakat.
A Kerjasama pihak polis dan orang ramai dapat membanteras masalah jenayah yang dilakukan oleh
kebanyakan remaja.
B Golongan remaja yang melakukan jenayah perlu mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dan
orang ramai untuk mengatasi masalah mereka.
C Para remaja yang terlibat dalam jenayah perlu diberikan kerjasama oleh pihak polis dan orang ramai
bagi melindungi tabiat buruk mereka.
D Tanpa kerjasama daripada masyarakat dan pihak polis, agak sukar mereka mengatasi masalah
jenayah juvana.
8 Masyarakat Melayu di negara ini mempunyai pelbagai amalan tradisi yang berkaitan dengan bidang
perubatan dan kesihatan.
A Amalan dan panduan kesihatan kepunyaan orang Melayu turut dimiliki oleh pelbagai lapisan
masyarakat di negara ini.
B Perubatan dan kaedah penjagaan kesihatan orang Melayu telah dimiliki sejak mereka bergaul dengan
masyarakat di negara ini.
C Orang-orang Melayu di negara ini dikatakan memiliki bermacam-macam kaedah tentang cara
menghasilkan ubatan tradisional dan penjagaan kesihatan.
D Pelbagai petua kesihatan dan panduan penjagaan kesihatan di negara ini dikatakan kepunyaan
masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.
9 Perkembangan teknologi komunikasi yang serba canggih pada masa kini mempu membawa kita ke
serata dunia tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak ataupun berjalan jauh.
A Perbelanjaan yang banyak tidak diperlukan untuk membolehkan kita bergerak jauh ke mana-mana
dengan adanya kemajuan dalam bidang perhubungan yang semakin canggih.
B Melalui perkembangan teknologi perhubungan yang semakin maju pada zaman ini, kita dapat
menjelajah ke mana-mana sahaja di dunia ini tanpa perlu berbelanja besar ataupun bergerak jauh.
C Kecanggihan teknologi perhubungan tidak memerlukan kita mengeluarkan perbelanjaan yang cukup
banyak kerana kita tidak perlu bergerak ke mana-mana pun dalam dunia ini.
D Tanpa perkembangan teknologi komuikasi yang canggih kita tidak mampu pergi ke mana-mana di
bumi ini tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar.
10 Taman rekreasi merupakan tempat yang paling sesuai bagi seseorang mencari ketenangan dan
beristirahat.
A Untuk mendapatkan ketenangan fikiran sambil berehat, seseorang perlu mencari taman rekreasi.
B Tempat yang sangat sesuai untuk sesiapa sahaja menenangkan fikiran dan menyegarkan badan ialah
taman rekreasi.
C Taman rekreasi sesuai bagi orang yang suka berpeleseran dan suka akan suasana sunyi.

188

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D Ketenangan dan kesunyian taman rekreasi membolehkan keta berehat dengan tenang.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 63
Nombor Jawapan Huraian
Soalan
1
C
A salah kerana ayat berkenaan tidak menyatakan taraf hidup penduduk.
B salah kerana ayat berkenaan menyatakan maksud tanpa pembangunan
sedangkan ayat soalan merujuk pembanguman yang berterusan.
C betul. Maksud sedikit demi sedikit sama dengan secara beransur-ansur.
Pembangunan yang berkekalan sama maksuk dengan pembangunan yang
berterusan.
D salah kerana ayat berkenaan tidak menyatakan maksud pembangunan
yang berterusan.
2
B
A salah kerana menggugurkan frasa amaran oleh pihak kerajaan.
B betul. Ayat dalam soalan merupakan ayat aktif transitif (Kerajaan
mengeluarkan amaran), manakala ayat ini merupakan ayat pasif (Peringatan
dikeluarkan oleh kerajaan) Amaran dan peringatan merupakan maksud
yang sama.
C salah kerana maksud ayat diubah kepada kerajaan akan mengeluarkan
amaran pada bulan depan sedangkan maksud ayat ialah kerajaan telah
mengeluarkan amaran.
D salah kerana maksud ayat telah diubah kepada bahaya kepada penduduk
yang tidak menghiraukan amaran kerajaan.
3
A
A betul. Peralatan melukis yang sepatutnya sama maksud dengan alat-alat
lukisan yang cukup.
B salah kerana alat melukis yang kamu ada tidak sama dengan maksud alat
lukisan yang cukup.
C salah kerana Cikgu Adnin meminta pelajar membawa alat lukisan yang
cukup bukannya menyertai pertandingan jika mempunyai alat lukisan yang
cukup.
D salah kerana maksud ayat diubah kepada pelajar yang mempunyai alatan
melukis yang cukup perlu menyertai pertandingan sedangkan maksud ayat
membawa alat lukisan yang cukup semasa menyertai pertandingan.
4
C
A salah kerana maksud ayat diubah kepada pokok bunga yang menghijau
sedangkan maksud ayat menghijaukan suasana.
B salah kerana maksud ayat diubah kepada menanam pokok tanpa mengira
masa sedangkan maksud ayat digalakkan menanam pokok dari semasa ke
semasa.
C betul. Maksud secara berterusan sama dengan dari semasa ke semasa,
D salah kerana maksud ayat diubah kepada pokok bunga yang menghijau
sedangkan maksud asal menghijaukan suasana.
5
D
A salah kerana maksud ayat diubah kepada kevakaran kerana penduduj
mahu berpindah ke kawasan baru sedangkan maksud asal dipindahkan e
kawasan baru kerana berlaku kebakaran.
B salah kerana menggugurkan frasa secepat mungkin.
C salah kerana maksud ayat diubah kewujudan kawasan petempatan baru
dan menambahkan frasa kebakaran yang berlaku baru-baru ini.
D betul. Maksud pada kadar segera sama dengan maksud secepat mungkin.
6
B
A salah kerana menggugurkan penangguhan kerja oleh kebanyakan syarikat.

189

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

B betul. Maksud sebahagian syarikat perindustrian sama dengan maksud


kebanyakan syarikat dan terpaksa ditangguhkan.
C salah kerana maksud frasa diubah kepada dipaksa menangguhkan projek
sedangkan maksud ayat terpaksa.
D salah kerana maksud ayata diubah kepada masalah ( kemelesetan )
ekonomi yang dialami oleh syarikat perindustrian sedangkan maksud asal
kemelesetan ekonomi secara menyeluruh dan syarikat menangguhkan
projek.
A betul Maksud dapat membanteras masalah jenayah yang dilakukan oleh
kebanyakan remaja sama maksud dengan masalah jenayah di kalangan
remaja akan dapat diatasi.
B salah kerana maksud telah diubah kepada kerjasama antara remaja dengan
pihak polis dan orang ramai sedangkan maksud asal ialah kerjasama polis
dan orang ramai membanteras masalah jenayah remaja.
C salah kerana maksud ayat telah diubah dan hampir sama dengan maksud
pilihan B.
D salah kerana maksud asalnya diubah kepada tampa kerjasama sedangkan
maksud asal ialah kerjasama antara polis dan orang ramai.
A salah kerana maksud asalnya diubah kepada amalan dan panduan yang
dimiliki oleh bangsa lain sedangkan ayat soalan ialah amalan dan panduan
yang dimiliki bangsa Melayu.
B salah kerana maksud asal diubah kepada amalan yang dimiliki sejak
bergaul dengan masyarakat di negara ini. Frasa ini merupakan tambahan
maksud yang tidak terkandung dalam ayat soalan.
C betul. Frasa bermacam-macam kaedah tentang cara menghasilkan ubatan
tradisional sama dengan pelbagai amalan tradisi yang berkaitan dengan
bidang perubatan dan kesihatan.
D salah kerana ayat berkenaan merujuk semua petua kesihatan dan panduan
penjagaan kesihatan di negara ini sedangkan ayat soalan merujuk amalan
kesihatan orang Melayu sahaja.
A salah kerana maksud ayat diubah kepada bergerak ke mana-mana
sedangkan maksud asal tidak perlu berjalan jauh.
B betul. Maksud frasa menjelajah ke mana-mana sahaja di dunia ini sama
maksud dengan frasa membawa kita ke serata dunia.
C salah kerana maksud ayat merujuk tidak langsung bergerak ke manamana sedangkan maksud asal tidak bergerak jauh untuk menjelajah ke
mana-mana.
D salah kerana maksud diubah kepada tanpa perkembangan teknologi
komunikasi sedangkan maksud asal ialah dengan adanya perkembangan
teknologi komunikasi.
A salah kerana maksud diubah kepada kita perlu mencari taman rekreasi
sedangkan maksuk asal ialah mencari ketenangan dengan pergi ke taman
rekreasi.
B betul. Frasa menenangkan fikiran dan menyegarkan badan sama maksid
dengan mencari ketenangan dan beristirahat.
C salah kerana maksud diubah kepada berpeleseran di taman rekreasi
sedangkan maksud asal ialah mencari ketenangan di taman rekreasi.
D salah kerana maksud diubah kepada ketenangan dan kesunyian di taman
rekreasi sedangkan maksud asal ialah ketenangan fikiran.

190

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Tugasan Praktikal 64 Memilih Ayat Yang Sama Maksud


1 Makanan segera banyak mempunyai garam yang tidak sesuai dimakan, terutama oleh kamak-kanak.
A Kanak-kanak tidak dibenarkan makan makanan segera kerana makanan tersebut banyak berisi garam.
B Pelbagai jenis garam yang terdapat dalam makanan segera tidak sesuai untuk kanak-kanak.
C Makanan segera tidak sesuai dimakan sama ada oleh kanak-kanak atau oleh orang-orang dewasa
kerana makanan tesebut mempunyai kandungan garam yang ringgi.
D Orang dewasa dan kanak-kanak tidak sesuai makan makanan segera kerana terdapat sejenis garam
yang berbahaya di dalam makanan tersebut.
2 Beberapa orang pelajar kelihatan berpeluk-pelukan kegembiraan kerana lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan berkenaan.
A Peperiksaan tersebut menyebabkan beberapa orang pelajar berpeluk-pelukan kerana gembira dengan
kejayaan mereka.
B Mereka telah berpeluk-pelukan selepas berjaya menduduki peperiksaan tersebut dengan cemerlang.
C Beberapa orang pelajar telah memeluk pelajar yang mencapai kejayaan dalam peperiksaan itu.
D Oleh sebab lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki, beberapa orang pelajar
kelihatan berpelukan sesama mereka dengan gembira.
3 Pembangunan yang tidak dirancang akan menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar.
A Kemusnakan alam sekitar menyebabkan pembangunan tidak dapat dirancang dengan sempurna.
B Rancangan membangunkan sesuatu kawasan perlu mengambil kira kemusnahan alam sekitar.
C Perancangan yang tidak teliti dalam pembangunan akan mengakibatkan alam sekitar mengalami
kemusnahan.
D Bencana alam boleh berlaku jika sesuatu kajian tidak dijalankan untuk membangunkan kawasan
tersebut.
4 Sindiket penjualan VCD haram pada hari ini ternyata samakin berkurangan sekiranya dibandingkan
beberapa tahun lepas.
A Mulai hari ini sindiket penjualan VCD secara haram kian berkurangan berbanding dengan tahuntahun yang lepas.
B Beberapa tahun yang lalu sindiket penjualan VCD haram dikatakan agak berkurangan jika
dibandingkan pada hari ini.
C Kekurangan sindiket penjualan VCD secara haram pada hari ini dikatakan akibar kekurangan bekalan
sejak beberapa tahun lalu.
D Sekiranya dibuat perbandingan dengan sindiket penjualan VCD haram beberapa tahun lalu,
penjualannya pada hari ini dikatakan kian berkurangan dengan ketara.
5 Penglibatan bumiputera dalam bidang peruncitan masih jauh ketinggalan walaupun pelbagai uasaha
telah dilakukan oleh kerajaan untuk menarik mereka ke sektor ini.
A Bidang peruncitan dalam kalangan bumiputera masih jauh terkebelakang sungguhpun kerajaan
melakukan berbagai-bagai langkah untuk menarik mereka menceburi bidang ini.
B Para peniaga runcit dalam kalangan bumiputera agak jauh ditinggalkan oleh peniaga lain sungguhpun
kerajaan telah melakukan pelbagai ikhtiar untuk melibatkan mereka dalam bidang ini.
C Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk melibatkan bumiputera dalam sektor peruncitan
untuk membolehkan mereka bersaing dalam sektor ini dengan lebih berkesan.
D Keadaan peniaga runcit yang jauh ketinggalan dengan sektor lain menyebabkan kerajaan terpaksa
mengambil pelbagai langkah bagi melibatkan mereka dengan lebih banyak.

191

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

6 Tidak semua orang bernasib baik diberi kemewahan untuk menikmati hidup dalam keadaan sempurna
kerana ada juga mereka yang berkurangan dalam serba serbi termasuk peluang untuk melanjutkan
pelajaran hingga peringkat universiti.
A Bukan semua orang mempunyai kemewahan termasuk peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti walaupun mereka dapat merasai kehidupan yang sempurna.
B Orang yang hidup dalam serba kekurangan kurang berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat
pengajian tinggi kerana bukan semua manusia memiliki nasib yang baik dikurniai kemewahan dan
hidup dalam kesempurnaan.
C Kemewahan hidup yang dinikmati oleh kebanyakan orang merupakan nasib baik yang diperoleh
sehingga mereka dapat melanjutkan pelajaran ke universiti berbanding dengan orang yang kurang
bernasib baik.
D Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat universiti merupakan nasib baik yang dinikmati
oleh mereka yang dapat hidup dalam kemewahan dan memiliki kesempurnaan hidup.
7 Dengan menjadikan kitar semula sebagai amalan, kita dapat membantu kerajaan memproses sampah
menjadi bahan yang digunakan kembali oleh sektor industri.
A Bahan buangan yang diproses semula menjadi bahan yang dapat digunakan kembali dalam sektor
industri dapat dilakukan sekiranya membantu kerajaan menjadikan kitar semula sebagai amalan
seharian.
B Rakyat perlu membantu kerajaan dengan menjadikan kitar semula sebagai amalan bagi membolehkan
sektor industri menggunakan sampah yang telah dibuang.
C Kita dapat membantu negara memprosees sampah untuk dijadikan bahan yang dapat digunakan
dalam sektor perindustrian sekiranya program kitar semula diperkenalkan oleh kerajaan.
D Sektor industri disarankan menggunakan sampah sebagai bahan kitar semula untuk membantu
kerajaan menjayakan program ini secara lebih berkesan.
8.Penubuhan Suruhajaya Diraja bagi meningkatkan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap
dapat memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap pasukan keselamatan negara.
A Orang ramai akan bertambah yakin terhadap imej polis yang dapat ditingkatkan dengan adanya
Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan bagi meneliti kecekapan Polis Diraja Malaysia.
B Pemulihan imej dan keyakinan orang ramai terhadap penubuhan Surahanjaya Diraja pasukan
keselamatan negara dapat dilakukan melalui peningkatan tahap kecekapan pasukan polis Diraja
Malaysia.
C Peningkatan kecekapan pasukan Polis Diraja Malaysia melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja akan
dapat mengembalikan kredibiliti pasukan keselamatan negara dan memberikan keyakinan kepada orang
ramai terhadap mereka.
D Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan dengan tujuan untuk mendapatkan keyakinan orang ramai
diharap dapat memuluhkan kecekapan dan imej pasukan Polis Diraja Malaysia.
9.Kes kemalangan yang membabitkan gas walaupun tidak banyak menunjukkan perubahan pada setiap
tahun perlu diberikan perhatian sebelum musibah itu menjadi ancaman kepada keselamatan orang
ramai.
A Penggunaan gas yang menyebabkan kemalangan dan menjadi ancaman kepada keselamatan orang
ramai kurang menampakkan perubahan kerana perkara ini tidak diambil berat.
B Saban tahun tidak banyak perubahan yang dicatatkan terhadap kes yang membabitkan penggunaan
gas walaupun perkara ini menimbulkan kesan berbahaya kepada orang ramai dari segi keselamatan.
C Tidak banyak perubahan yang ditunjukkan pada setiap tahun terhadap kes yang membabitkan
penggunaan gas berbahaya kepada orang ramai kerana musibah ini bukanlah ancaman yang berbahaya
kepada keselamatan orang ramai.

192

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

D Sebelum kes kemalangan yang membabitkan penggunaan gas menjadi ancaman kepada orang ramai
dari segi keselamatan, perkara ini perlu diberikan perhatian kerana kurangnya perubahan yang
ditunjukkan pada setiap tahun.
10.Peranan kaunseling dilihat kepada aspek pemulihan saja, malah perlu dilihat sebagai satu
pendekatan yang merangkumi pelbagai aspek pencegahan dan pendidikan.
A Kaunseling perlu berperanan sebagai suatu kaedah yang meliputi berbagai-bagai aspek pencegahan
dan pendidikan tanpa memberikan tumpuan khursus terhadap aspek pemulihan sahaja.
B Kauseling seharusnya memainkan peranan memulihkan pelajar yang terlibat dalam masalah sebagai
suatu usaha pencegahan dan pendidikan sejak peringkat awal lagi.
C Pendekatan kaedah kaunseling yang tidak terhad dalam aspek pemulihan dan pencegahan amat
penting sebagai satu pendekatan dalam bidang pendidikan.
D Pendidikan kauseling amat perlu dilihat sebagai suatu kaedah pemulihan dan pencegahan dalam
pelbagai aspek pendidikan pada masa kini.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 64
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
C
A salah kerana tidak dibenarkan tidak sama maksudnya dengan tidak sesuai.
S salah kerana maksud banyak mempunyai garam tidak sama dengan pelbagai
jenis garam dan orang-orang dewasa juga tidak dinyatakan.
C betul kerana garam yang tinggi bermaksud banyak garam, terutama oleh
kanak-kanak bermaksud termasuk orang dewasa dan kanak-kanak tetapi
jumlah kanak-kanak lebih banyak.
D salah kerana maknanya terkeluar, iaitu terdapat sejenis garam yang
berbahaya.
2
D
A salah kerana maksud diubah kepada berpeluk-peluk kegembiraan kerana
peperiksaan sedangkan maksud asal ialah berpelukan kerana lulus dalam
peperiksaan.
B salah kerana maksud lulus dalam peperiksaan digugurkan dan digantikan
dengan frasa berjaya menduduki peperiksaan.
C salah kerana sepatutnya berpelukan sesama mereka kerana lulus dalam
peperiksaan bukannya memeluk pelajar yang lulus dalam peperiksaan.
D betul kerana frasa lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki
sama maksud dengan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.
3
C
A salah kerana maksud diubah kepada kemusnahan yang menyebabkan
pembangunan tidak dapat dirancang sedangkan maksud asal ialah
pembangunan yang tidak terancang menyebabkan kemusnahan alam sekitar.
B salah kerana frasa pembangunan yang tidak dirancang digantikan dengan
frasa rancangan membangunkan sesuatu kawasan.
C betul. Frasa perancangan yang tidak teliti sama maksud dengan
pembangunan yang tidak dirancang. Frasa mengakibatkan alam sekitar
mengalami kemusnahan sama dengan maksud frasa menyebabkan
kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar
D salah kerana maksud diubah kepada tidak menjalankan kajian untuk
membangunkan kawasan sedangkan maksud asal ialah merancang
pembangunan.
4
D
A salah kerana maksud ayat telah diselewengkan kepada mulai hari ini yang
bermaksud bermula dari hari ini sedangkan dalam maksud asal ialah pada hari

193

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

ini.
B salah kerana maksud ayat diubah kepada sindiket penjualan VCD yang
kurang beberapa tahun lepas sedangkan maksud asal merujuk sindiket
penjualan pada hari ini yang kurang.
C salah kerana maksud asal berubah langsung dan tidak kena-mengena dengan
maksud asal. Maksud ayat diubah kepada sindiket yang kurang akibat
kekurangan bekalan.
D betul. Frasa kian berkurangan dengan ketara sama maksud dengan ternyata
semakin berkurangan.
A betul. Frasa masih jauh terkebelakang sama maksud dengan frasa masih
jauh ketinggalan. Frasa berbagai-bagai langkah sama dengan maksud pelbagai
usaha.
B salah kerana ayat ini memasukkan fakta tambahan, iaitu jauh ditinggalkan
oleh peniaga lain.
C salah kerana maksud ayat ditambah dengan frasa bersaing dengan lebih
berkesan dan menggugurkan maksud jauh ketinggalan.
D salah kerana maksud ayat diubah kepada jauh ketinggalan dalam sektor lain
bukannya jauh ketinggalan dalam sektor yang sama iaitu sektor peruncitan.
A salah kerana frasa mereka yang hidup dalam serba kekurangan digugurkan
daripada ayat.
B betul. Frasa melanjutkan pelajaran hingga peringkat universiti sama maksud
dengan frasa meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi.
C salah kerana maksud frasa berubah daripada tidak semua orang bernasib
baik kepada kemewahan hidup merupakan nasib baik seseorang.
D salah kerana frasa orang yang kekurangan dalam serba serbi digugurkan
daripada ayat.
A betul. Frasa bahan buangan sama maksud dengan sampah.
B salah kerana maksud ayat diubah kepada perindustrian yang menggunakan
sampah bukannya yang diproses menjadi bahan yang dapat digunakan
kembali.
C salah kerana maksud ayat merujuk proses kitar semula belum diwujudkan
(sekiranya program kitar semula diperkenalkan oleh kerajaan) sedangkan
maksud asal ialah menjadikan program kitar semula sebagai amalan yang
merujuk maksud program ini telah wujud.
D salah kerana menggugurkan frasa kita membantu kerajaan sebaliknya
dikatakan sektor industri yang membantu kerajaan.
A salah kerana ditambahkan fakta suruhanjaya yang ditubuhkan untuk meneliti
kecekapan pasukan polis bukannya meningkatkan kecekapan pasukan polis.
B salah kerana maksud ayat diubah kepada keyakinan orang ramai terhadap
penubuhan Suruhanjaya Diraja sedangkan dalam maksud asal keyakinan orang
ramai terhadap pasukan keselamatan negara.
C betul. Frasa mengembalikan kredibiliti sama maksud dengan memulihkan
imej.
D salah kerana maksud ayat diubah kepada suruhjaya ditubuhkan untuk
mendapatkan keyakinan orang ramai sedangkan dalam maksud asal
penubuhan suruhjaya untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap
pasukan kesematan.
A salah kerana maksud ayat diubah kepada penggunaan gas yang
menyebabkan kemalangan sedangkan dalam maksud asal kes kemalangan

194

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

yang membabitkan penggunaan gas. Maksud perlu diberikan perhatian juga


diubah kepada perkara ini tidak diberikan perhatian.
B salah kerana frasa perlu diberikan perhatian dalam ayat soalan digugurkan
daripada ayat ini.
C salah kerana maksud ayat diubah kepada kemalangan yang membabitkan
gas bukanlah ancaman kepada orang ramai, perkara ini perlu diberikan
perhatian.
D betul. Maksud ayat masih sama, hanya struktur dan kedudukan ayat yang
diubah.
A betul. Frasa suatu yang meliputi berbagai-bagai aspek pencegahan dan
pendidikan sama dengan maksud satu pendekatan yang merangkumi pelbagai
aspek pencegahan dan pendidikan.
B salah kerana frasa sejak peringkat awal lagi dan frasa pelajar yang terlibat
dalam masalah ditambahkan dalam ayat berkenaan sedangkan maksud tersebut
tidak terkandung dalam soalan.
C salah kerana maksud berubah daripada pendekatan dalam aspek pencegahan
dan pendidikan kepada maksud kaunseling menjadi suatu pendekatan dalam
pendidikan.
D salah kerana maksud ayat ini sama dengan pilihan C.

Tugasan Praktikal 65
Memilih Ayat Yang sama maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
1.Kejayaan pihak berkuasa menahan lima warga asing yang cuba menyeludup barangan tiruan ke
negara ini menjadi satu lagi isyarat bahawa kawalan di pintu masuk ke negara kita perlu diperketatkan.
A Pemeriksaan terhadap warga asing yang masuk ke negara ini perlu ditingkatkan berikutan kegiantan
penyeludupan barangan palsu yang berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa yang menahan mereka.
B Penahanan warga asing yang cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui pintu masuk ke
Malaysia merupakan punca pengetatan kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa.
C Kejayaan pihak mematahkan cubaan menyeludup barangan tiruan ke negara ini melalui pintu masuk
ke Malaysia merupakan amaran kepada kerjaan agar mengetatkan kawalan di pintu masuk ke negara
ini.
D Kawalan keselamat di pintu masuk ke negara ini mesti diperkemas untuk menghalang kemasukan
warga asing yang ingin menyeludup barangan tiruan ke negara ini.
2.Tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan bukanlah tanggungjawab kerajaan
atau pihak tertentu sahaja, malah setiap daripada kita tidak terkecuali daripada tugas dan
tanggungjawab ini.
A Semua rakyat Malaysia mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menjaga serta mengekalkan
muhibah tanpa membebankan kerajaan dan pihak berkenaan.
B Setiap rakyat Malaysia tidak seharusnya mengharapkan kerajaan dan pihak berkenaan sahaja yang
berperanan menjaga dan mengekalkan semangat muhibah yang turut menjadi tugas dan tanggungjawab
rakyat.
C Perpaduan dalam kalangan rakyat tidak semestinya dibebankan di bahu kerajaan sahaja kerana
rakyat turut bertanggungjawab memikul tugas dan tanggungjawab ini demi mengekalkan perpaduan di
negara kita.
D Walaupun kerajaan dan pihak berkenaan sudah melaksanakan tugas dan tanggungjawab memelihara
dan mengekalkan perpaduan, rakyat perlu terus bekerjasama bagi memastikan perkara ini berkekalan.

195

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

3.Pelaksaan Program Khidmat Negara dapat memberikan peluang kepada para remaja memiliki jati diri
yang kental bagi menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang.
A Jati diri yang kental dalam diri remaja amat perlu bagi berhadapan dengan cabaran ketika mengikuti
Program Khidmat Negara.
B Peluang mengikuti Program Khidmat Negara terbuka bagi remaja yang memiliki jati dan sanggup
menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang.
C Para remaja berpeluang memperoleh jati diri yang kukuh untuk berhadapan dengan dugaan dalam
berbagai-bagai bidang melalui pelaksaan Program Khidmat Negara.
D Program Khidmat Negara yang dilaksanakan membolehkan golongan remaja berdepan dengan
pelbagai cabaran yang akan ditempuhi dalam pelbagai bidang.
4.Keupayaan Malaysia dalam bidang teknologi maklumat turut diakui oleh pelbagai pihak yang terbabit
secara langsung dalam bidang tersebut.
A Penglibatan pihak tertentu yang mahir dalam bidang teknologi maklumat di negara ini telah diakui
oleh kerajaan Malaysia.
B Kepakaran pihak yang terbabit dalam bidang teknologi maklumat di negara ini diperakukan oleh
kerajan yang memang menceburi bidang ini secara langsung.
C Penglibatan secara langsung oleh Malaysia dalam bidang teknologi maklumat memang diakui oleh
pelbagai pihak yang mahu terlibat sama dalam bidang ini.
D Pelbagai pihak yang berkecimpung secara langsung dalam bidang teknologi maklumat telah
mengakui kepakaran Malaysia dalam bidang tersebut.
5.Pelancaran model baru kereta buatan tempatan dengan harga yang berpatutan telah memberikan
pilihan kepada pengguna untuk memiliki kenderaan penumpang.
A Para pembeli kenderaan penumpang mendapat peluang membeli kenderaan dengan harga murah
melalui pelancaran model baru kereta buatan tempatan.
B Para pembeli kenderaan dapat membuat pilihan untuk membeli kenderaan penumpang apbila model
baru kereta buatan tempatan dilancarkan dan dijual dengan harga yang berpatutan.
C Kereta buatan tempatan yang dilancarkan baru-baru ini membolehkan para pengguna membeli
kenderaan tersebut dengan harga yang berpatutan.
D Para pengguna boleh memilih untuk membeli ataupun tidak kereta buatan tempatan yang harganya
berpatutan dengan kemampuan pengguna membelu kenderaan penumpang.
6.Pengenalan mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dapat meningkatkan
penguasaan bahasa tersebut dalam kalangan generasi akan datang.
A kemahiran menggunakan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat pada masa depan dapat dipertingkat
melalui pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa tersebut.
B Mata pelajaran Matematik dan Sains dikatakan mampu meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris
dalam kalangan golongan muda pada masa depan.
C Generasi muda pada masa depan mampu menguasai mata pelajaran Matematik dan Sains dengan
lebih baik sekiranya mereka mahir berbahasa Inggeris.
D Penggunaan bahasa Inggeris mampu meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains
dalam kalangan generasi akan datang.
7. Marilah kita berganding bahu demi memajukan negara ini tanpa mengira bangsa ataupun keturunan
kita, kata Perdana Menteri dalam ucapannya sempena Hari Kebangsaan.
A Sempena sambutan kemerdekaan, Perdana Menteri menyeru rakyat yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan keturunan bekerjasama dan bersatu padu untuk meningkatkan kemajuan negara.
B Perdana Menteri mahu supaya rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan bersama-sama
memajukan negara ini sempena perayaan Hari Kebangsaan yang disambut bersama-sama.

196

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

C Perdana Menteri mengajak semua rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
keturunan bersama-sama beliau merayakan sambutan Hari Kebangsaan.
D Semasa berucap sempena sambutan Hari Kebangsaan, Perdana Menteri menyeru rakyat menikmati
negara ini tanpa mengambil kira bangsa ataupun keturunan mereka.
8.Para penternak ayam di seluruh negara diseru agar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap
penularan wabak selsema burung yang muda melanda negara jiran.
A Langkah berhati-hati mengawal penyakit selsema burung yang berlaku di negara jiran perlu diambil
bagi mengawalnya daripada merebak ke negara ini.
B Wabak selsema burung yang mula menyerang para penternak ayam di negara jiran perlu dikawal
dengan melaksanakan usaha pencegahan yang menyeluruh.
C Gesaan agar para penternak ayam mengawal jangkitan wabak selsema burung perlu dilakukan
dengan berhati-hati supaya wabak ini tidak menular ke seluruh negara.
D jangkitan wabak selsema burung yang berlaku di negara jiran menyebabkan penternak-penternak di
seluruh negara digesa melaksanakan langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak ini.
9.Semua guru perlu sentiasa peka terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan sejajar dengan
perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat.
A Apilikasi pengajaran dengan menggunakan komputer dalam dunia pendidikan yang selari dengan
kepesatan perkembangan teknologi maklumat perlu disedari oleh para guru.
B Kepesatan perkembangan teknologi maklumat yang menggunakan komputer perlu diikuti oleh para
guru yang mengajar pendidikan komputer di sekolah-sekolah.
C Guru-guru yang terlibat dalam dunia pendidikan tidak seharusnya leka dengan penggunaan komputer
supaya dapat sentiasa mengikut perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat.
D Kepekaan terhadap perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat amat penting agar guru-guru
dapat menggunakan komputer dalam usaha memartabatkan pendidikan komputer.
10.Menteri Pengangkutan memberikan amaran kepada para pemandu kenderaan berat supaya mematuhi
peraturan jalan raya sekiranya tidak mahu lesen mereka digantung.
A Peraturan jalan raya yang tidak dipatuhi oleh para pemandu boleh menyebabkan lesen memandu
kenderaan berat mereka digantung, nasihat Menteri Pengangkutan.
B Marilah kita semua mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan supaya lesen memandu
kenderaan kita tidak digantung terutamanya bagi pemandu kenderaan berat, seru Menteri
Pengangkutan.
C Sekiranya para pemandu kenderaan khususnya kenderaan berat tidak menurut undang-undang jalan
raya sedia ada, kerajaan akan menggantung lesen mereka, kata Menteri Pengangkutan.
D Diharap peraturan jalan raya yang ada dapat dipatuhi oleh [ara pemandu kenderaan berat bagi
mengelakkan kesen mereka dibatalkan, demikian kata Menteri Pengangkutan.
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 65
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
A
A betul. Maksud ayat masih sama. Ayat soalan merupakan ayat aktif transitif
manakala ayat ini merupakan ayat pasif.
B salah kerana maksud ayat diubah kepada penahanan warga asing yang
menjadi sebab kawalan di pintu masuk diperketat. Maksud asal ialah penahanan
warga asing menjadi isyarat supaya kawalan diperketat.
C salah kerana frasa penahanan warga asing digugurkan dalam ayat jawapan ini.
D salah kerana maksud penahanan warga asing digugurkan sebaliknya

197

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

digantikan dengan frasa menghalang kemasukan warga asing yang mahu


menyeludup.
A salah kerana frasa tanggungjawab kerajaan dan pihak tertentu digugurkan
daripada ayat ini.
B betul. Frasa menjaga dan mengekalkan semangat muhibah sama maksud
dengan memelihara dan mengekalkan perpaduan.
C salah kerana maksud frasa tanggungjawab pihak berkenaan digugurkan
daripada ayat ini.
D salah kerana maksud diubah seolah-olah rakyat tidak perlu melakukan sesuatu
bagi memelihara dan mengekalkan perpaduan sebaliknya hanya bekerjasama
memastikan perpaduan sebaliknya hanya bekerjasama memastikan perpaduan
berkekalan tanpa memeliharanya.
A salah kerana maksud ayat diubah menjadi cabaran dalam Program Khidmat
Negara yang sepatutnya bermaksud menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang
melalui Program Khidmat Negara.
B salah kerana maksud asal telah diubah kepada remaja yang memiliki jati diri
boleh mengikuti Program Khidmat Negara.
C betul. Frasa memperoleh jati diri yang kukuh sama dengan maksud frasa
memiliki jati diri yang kental. Frasa berhadapan dengan cabaran dalam
berbagai-bagai bidang sama maksud dengan frasa menghadapi cabaran dalam
pelbagai bidang.
D salah kerana frasa yang bermaksud memiliki jati diri yang kental dugugurkan
dalam ayat ini.
A salah keran yang memiliki keupayaan ataupun kepakaran ialah Malaysia
bukannya pihak lain yang terlibat secara langsung.
B salah kerana yang mengakui ialah pihak lain bukannya kerajaan Malaysia.
C salah kerana maksud ayat diubah kepada mahu terlibat secara langsung
sedangkan maksud asal ialah pihak yang memang terlibat secara langsung.
D betul. Perkataan berkecimpung secara langsung sama maksud dengan terlibat
secara langsung.
A salah kerana maksud harga murah tidak sama dengan harga yang berpatutan.
B betul. Frasa berpeluang membeli kenderaan penumpang sama maksud dengan
memiliki kenderaan penumpang.
C salah kerana frasa memberikan pilihan gugurkan daripada ayat berkenaan.
D salah kerana frasa pelancaran model baru kereta tempatan digugurkan
daripada ayat berkenaan.
A betul. Frasa kemahiran menggunakan bahasa Inggeris sama maksud dengan
penguasaan bahasa Inggeris.
B salah kerana maksud pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
digugurkan daripada ayat berkenaan.
C salah kerana maksud penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains digugurkan sebaliknya digantikan dengan frasa mampu
menguasai Matematik dan Sains sekiranya menggunakan bahasa Inggeris.
D salah kerana maksud diubah kepada peningkatan pencapaian mata pelajaran
Matematik dan Sains sedangkan maksud asal ialah peningkatan pencapaian
bahasa Inggeris sekiranya mata pelajaran Matematik dan Sins diajar dalam
bahasa inggeris.
A betul. Perkataan menyeru sesuai dengam maksud cakap ajuk yang dituturkan
dalam ayat soalan. Bekerjasama dan sebasatu padu sama maksud dengan frasa

198

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

berganding bahu.
B salah kerana maksud ayat telah diubah kepada memajukan negara tanpa
mengira bangsa dan keturunan dan diucapkan semasa Hari Kebangsaan.
C salah kerana maksud asal telah diubah kepada mengajak sama-sama
menyambut Hari Kebangsaan dan menggugurkan maksud memajukan negara.
D salah kerana maksud menikmati kemajuan negara yang bermaksud negara
sudah maju tidak sama dengan maksud memajukan negara.
A salah kerana geseran ataupun seruan kepada penternak yang merujuk
penternak tempatan digugurkan daripada ayat berkenaan.
B salah kerana frasa wabak yang menyerang para penternak ayam tidak
terkandung dalam ayat soalan.
C salah kerana maksud ayat geseran perlu dilakukan dengan berhati-hati
sedangkan maksud asal ialah gesaan agar mengambil langkah berjaga-jaga.
Frasa wabak yang menular di negara jiran juga digugurkan dalam ayat
berkenaan.
D betul kerana perkataan digesa sama maksud dengan diseru. Maksud ayat sama
dengan ayat soalan, hanya struktur sahaja diubah.
A betul. Frasa selari sama maksud dengan sejajar. Frasa perlu disedari oleh para
guru sama maksud dengan semua guru perlu peka.
B salah kerana maksud telah diubah kepada perkembangan teknologi maklumat
yang mengunakan komputer sedangkan maksud asal ialah penggunaan komputer
dalam pendidikan yang sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat.
C salah kerana maksud diubah kepada dapat mengikuti perkembangan teknologi
maklumat sedangkan maksud asal ialah menggunakan komputer dalam
pendidikan agar sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat.
D salah kerana maksud guru-guru perlu sentiasa peka digugurkan daripada ayat
sebaliknya digantikan dengan kepekaan maklumat. Frasa memartabatkan
pendidikan komputer pula merupakan tambahan maksud dalam ayat berkenaan.
A salah kerana maksud ayat tidak merujuk kesalahan jalan raya yang dilakukan
oleh pemandu kenderaan berat sebaliknya secara umum.
B salah kerana ayat berkenaan berupa seruan sedangkan ayat soalan ialah ayat
larangan dan seruan pula ditujukan kepada semua pemandu sedangkan ayat
soalan merujuk pemandu kenderaan berat.
C betul. Frasa tidak menurut undang-undang sama maksud dengan tidak
mematuhi peraturan.
D salah kerana maksud frasa lesen mereka dibatalkan tidak sama maksud
dengan frasa lesen mereka digantung kerana maksud lesen mereka digantung
bukanlah bermakna lesen tersebut dimansuhkan.

PENGGUNAAN KATA DALAM AYAT


Bentuk soalan ini terkandung dalam soalan (15) hingga soalan (17) (tiga soalan) di peringkat PMR.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan semasa menjawab soalan ini. Soalan ini
memerlukan pelajar menguasai aspek makna sesuatu perkataan dan penggunaannya dalam ayat.
Perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berkenaan seharusnya sesuai dengan ayat berkenaan
bukan sahaja dari segi aspek maksud ayat bahkan juga sesuai dari segi imbuhannya. Hal ini demikian
kerana sesetengah ayat menggunakan perkataan yang betul dari segi maknanya tetapi salah dari segi
imbuhannya. Teliti contoh ayat di bawah ini:
Contoh ayat:

199

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

I Perbincangan itu akhirnya membawa kedamaian kepada dua orang sahabat yang sedang bermusuhan
itu.
II Kami bersedia untuk kedamaian perselisihan faham kamu berdua.
III Kerja kerasnya selama ini akhirnya membawa kedamaian harta benda kepadanya.
IV Dia sering ke pinggir tasik itu untuk mencari kedamaian jiwa yang sedang bergelora dengan
pelbagai masalah.
ULASAN
Ayat I tepat dari segi makna perkataan dalam ayat berkenaan yang bermaksud keadaan damai, iaitu
tiada sebarang pergaduhan.
Ayat II mengandungi kesalahan dari segi penggunaan imbuhan, sepatutnya digunakan imbuhan
mendamaikan bagi maksud ayat berkenaan.
Ayat III mengandungi kesalahan dari segi makna perkataan dengan maksud ayat, sepatutnya digunakan
perkataan kemewahan kerana ayat nerkenaan menunjukkan maksud memiliki harta benda yang banyak.
Ayat IV betul dari segi makna perkastaan dengan maksud ayat, iaitu ketenangan ataupun tenteram pada
jiwa.
Dari segi penggunaan perkataan, bentuk soalan ini menggunakan pelbagai golongan kata,iaitu;
- kata dasar (tidak menggunakan sebarang imbuhan) daripada golongan kata nama, kata kerja
ataupun kata adjektif.
- Perkataan berimbuhan sama ada imbuhan kata nama ataupun imbuhan kata kerja
- Semua jenis penggandaan
Untuk menguasai soalan seperti ini, pelajar perlu menguasai aspek makna perkataan dan aspek maksud
ayat. Pelajar perlu bijak mengesan maksud ayat dan kesesuaiannya dengan makna perkataan yang
dijadikan asa dalam pembinaan soalan ini. Pelajar perlu meneliti setiap soalan dan cuba merujuki
kamus bagi mendapatkan makna perkataan berkenaan.
Dalam bahasa Melayu ada sejumlah kata yang mempunyai banyak makna. Panduan menggunakan kata
banyak makna adalah seperti yang berikut:
Kata dan Maknanya
Ayat Contoh
Akal
1.fikiran
1. Janganlah sia-siakan akal yang dianugerahkan Tuhan.
2.ikhtiar
2. Abu Nawas sedang mencari akal untuk menyelesaikan masalah
itu.
Alamat
1.tanda
1.Ayam berkokok alamat hari nak siang.
2.maklumat tentang tempat 2.Alamat rumahnya ialah 4351, Taman Ehsan, Kepong, 51200 Kuala
tinggal seseorang
Lumpur.
Balik
1.pulang
1.Setiap hari Jumaat dia balik ke kampungnya di Parit, Perak.
2.belakang
2.Barang kemas itu disembunyikan di balik almari baju.
3.semula,kembali
3.Dia sedang menyalin balik nota tersebut supaya lebih kemas.
Barang
1.benda
1.Barang yang tertinggal itu ialah berus gigi.
2.lebih kurang
2. Ambilkan ibu garam barang sejemput, kata Mak Limah kepada
anaknya.
Bekas
1.kesan
1.Bekas tapak kaki pencuri itu masih terdapat di lantai dapur itu.
2.pernah menjadi
2.Haji Osman ialah bekas penghulu di kampung ini.
3.tempat mengisi sesuatu
3.Tong besar itu akan digunakan sebagai bekas air untuk membasuh
pinggan-mangkuk.

200

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

Bulat-bulat
1.mempunyai bentuk bulat
2.dengan begitu sahaja
Cerah
1.terang
2.agak putih
3.baik, bahagia
Cetek
1.jangkat
2.kurang pengtahuan
Dalam
1.ruang sesuatu tempat
2.tidak cetek
3.luas
4.mengalami
5.selama
Diam
1.senyap
2.tinggal
Dingin
1.sejuk
2.tidak meriah
3.kecil-kecil
Faedah
1.guna, manfaat
2.bunga, laba
Halaman
1.muka surat
2.perkarangan rumah
Halus
1.tidak kasar, kecil-kecil
2.lembut, licin
3.baik, bersopan
Hampa
1.kecewa
Hangat
1.panas
2.meriah

NO TEL: 016 8822114

1.Benda yang bulat-bulat di atas bumbung itu ialah tayar basikal.


2.Rayuannya itu ditolak bulat-bulat tanpa membuat penyiasatan
terlebih dahulu.
1.Jabatan Kaji Cuaca melaporkan bahawa cuaca pada hari ini cerah.
2.Anak perempuannya berkulit cerah.
3.Setelah anak sulungnya menjawat jawatan tinggi kehidupan Mak
Minah semakin carah.
1.Air tasik itu amat cetek pada musim kemarau.
2.Jika kamu cetek dalam pengetahuan agama janganlah kamu
handak memandai-mandai mengeluarkan fatwa.
1.Dia sering berada di dalam bilik bacaan.
2.Sungai itu bertambah dalam semasa musim hujan.
3.Ustaz Tarmizi mempunyai pengetahuan yang dalam tentang
bidang tauhid.
4.Kini rakyat Iraq dalam keadaan susah sebagai akibat Perang Teluk
yang lalu.
5.Dia menyiapkan projek itu dalam masa dua bulan sahaja.
1.Semua makmum hendaklah ketika khatib membaca khutbah.
2.Ibunya diam di Kampung Pandan.
1.Hawa pada malam itu agak dingin.
2.Sambutan para penonton terhadap pertunjukan itu amat dingin.
3.Perang dingin telah berlaku di antara kedua-dua buah parti politik
di negara itu.
1.Bersenam banyak faedahnya.
2.Kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank itu terhadap
pinjaman biasa ialah 7.5%.
1.Untuk mengetahui perkara itu dengan lebih lanjut anda handaklah
merujuk pada halaman 252.
2.Puan Zabedah sedang menyapu sampah di halaman rumahnya.
1.Bawang putih itu hendaklah dicincang sehingga halus.
2.Kain sutera dari negara Jepun itu sungguh halus.
3.Bahasa yang digunakannya amat halus.
1.Para penonton begitu hampa apabila mengetahui bahawa penyanyi
pujaan mereka tidak hadir pada malam itu.
2.Padi yang hampa itu diasingkan dengan menggunakan kuasa
angin.
1.Nasi yang masih hangat itu memang sedap dimakan.
2.Persembahan drama kali ini mendapat sambutan hangat daripada
penonton.

201

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

3.Berita itu masih hangat.


4.Kejadian itu sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Haus
1.dahaga
1.Oleh sebab terlalu haus, dia terpaksa meminum air di dalam tong
2.berkurangan besarnya atau itu.
tebalnya kerana tergosok
2.Tapak kasutnya telah haus.
3.ingin akan sesuatu
3.Budak itu haus akan kasih sayang ibunya yang telah lama
meninggalkannya.
Jalan
1.tempat untuk kenderaan 1.Jalan menuju ke Bukit Fraser bengkang-bengkok.
lalu-lalang
2. Kita terpaksa mencari jalan cara handak memerangkap pencuri
2.ikhtiar
itu, kata Datuk Penghulu Kepayang kepada anak-anak buahnya.
Jati
1.sejenis pokok
1.Pokok jati itu telah tumbang pagi tadi.
2.asli, tulen
2.Wah Mohamad Saman itu anak jati negeri Kedah.
Jatuh
1.gugur
1.Buah mangga yang masak ranum di atas pokok itu baru jatuh pagi
2.merosot
tadi.
3.bersamaan dengan
2.Harga rumah semakin jatuh kini.
4.menjadi
3.Hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat tahun ini.
5.kalah
4.Dia jatuh sakit dengan tiba-tiba.
5.Pada tahun 1511Melaka jatuh ke tangan Portugis.
Kaki
1.bahagian anggota yang 1.Kakinya terkena duri.
digunakan untuk berjalan
2.Kaki almari antik itu diukir mengikut bentuk bunga raya.
2.bahagian
perabot
yang 3.Lebar papan itu ialah satu kaki.
menyangga sesuatu
3.ukuran panjang
Lagi
1.Sejak kecil lagi dia berminat untuk berniaga.
1.masih
2.Encik Ramli membeli sebuah rumah lagi.
2.tambahan keadaan yang 3.Pemuda itu kuat lagi berani.
sedia ada
4.Nyanyikan lagu itu sekali lagi.
3. dan,serta
4.berulang
Lalu
1.berjalan atau melintasi
1.Posman itu baru saja lalu.
2.sudah berlaku lepas
2.Usah dikenang peristiwa yang lalu.
3.selepas itu
3.Hamid memberi salam lalu berjabat tangan dengan orang itu.
4.berdaya, berselera
4.Sejak akhir-akhir ini dia tidak lalu makan.
Lanjut
1.lebih mendalam
1.Jangan khuatir, saya akan menerangkan perkara ini dengan lebih
2.tinggi
lanjut lagi.
2.Dia masih ingin belajar walaupun usianya telah lanjut.
Lapang
1.Luas
1.Jika anda hendak main layang-layang carilah kawasan yang
2.tidak sibuk, terluang
lapang.
3.lega
2.Pada masa yang lapang dia membantu ibunya berniaga di pasar.
3.Dadanya lapang apabila melihat anjing garang itu beredar dari situ.
Masak

202

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

1.sudah tua dan boleh


dimakan
2.tidak mentah lagi, sudah
empuk dan dapat dimakan
3.sudah berpengalaman, sudah
tahu dan faham benar
Mata
1.alat
pancaindera
yang
digunakan untuk melihat
2.bahagian yang tajam pada
sesuatu alat pemotong
3.markah yang diperoleh
dalam sesuatu pertandingan
atau ujian
Menganjurkan
1.mengemukakan,
mengesyorkan,
mencadangkan
2.mengadakan
3.menghulurkan
atau
memajukan ke depan
Menjelaskan
1.menerangkan
dan
menghuraikan sesuatu perkara
dengan lebih lanjut
2.menyelesaikan hutang
Menjemput
1.mengambil
2.mencubit
dengan
menggunakan hujung jari
3.mengundang
Melewati
1.menempuh
2.menepati had
3.melampaui batas
4.melangkahi

Menyokong
1.menyangga sesuatu supaya
jangan rebah
2.menyatakan persetujuan
3.memberikan perangsang

NO TEL: 016 8822114

1.Walaupun masih hijau, buah mangga itu sebanarnya telah masak.


2.Nasi yang ditanak oleh ibu sudah masak.
3.Cikgu Rosni sudah masak dengan perangai muris-muridnya.

1.Matanya berair semasa menghiris bawang.


2.Dia mengasah mata pisaunya dengan batu pengasah.
3.Pasukan Kedah dan Pulau Pinang mendapat mata yang sama
banyak.

1.Presiden Persatuan Pekerja itu menganjurkan supaya satu


mesyuarat tergempar diadakan untuk mengatasi masalah tersebut.
2.Persatuan Penulis Nasional akan menganjurkan peraduan menulis
novel peringkat kebangsaan tidak lama lagi.
3.Narimah menganjurkan kedua-dua belah tangannya ke atas meja di
hadapan untuk melegakan otot-otonya.
1.Doktor pakar itu menjelaskan penyakit yang dihidapi pesakit itu
kepada suaminya.
2.Encik Subhi menjelaskan semua hutang yang belum dibayar
sebelum beliau pergi menunaikan haji di Makkah.
1.Tiap-tiap hujung minggu akhir bulan Encik Hanafi menjemput
anaknya dari asrama sekolahnyauntuk bercuti di rumah.
2.Walaupun dia tidak lalu makan tetapi dia terpaksa menjemput
hujung kuih itu untuk menjaga hati anaknya.
3.Encik Salleh dan isterinya menjemput setiap keluarga yang tinggal
di kampung itu untuk majlis pekahwinan anaknya itu.
1.Mereka berjalan cepat sehingga melewati orang-orang tua yang
lalu-lalang di lorong itu.
2.Anda bolehlah berjalan-jalan di kawasan ini tetapi janganlah
sampai melewati garisan kuning itu.
3.Bergaul antara lelaki dengan perempuan biarlah jangan melewati
tatasusila orang Melayu kita.
4.Anda bolehlah melewati soalan-soalan yang susah dalam ujian
tersebut, asalkan jangan membuang masa begitu sahaja.
1.Pak Sanik menyokong pelantar rumahnya dengan beberapa batang
buluh.
2.Kesemua ahli yang datang menyokong pendapat yang diberikan
oleh Encik Samad.
3.Kebanyakan yang menyokong pasukan bola sepak Kedah terdiri
daripada orang Utara belaka.

Menyimpul

203

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

1.mengikat hingga menjadi


sumpul
2.memberikan
pendapat
secara ringkas
Memberkas
1.mengikat
menjadi
satu
ikatan
2.menangkap atau menahan

NO TEL: 016 8822114

1.Dia menyimpul tali itu sehingga sukar untuk dibuka.


2.Tuan pengerusi akhirnya menyimpul kesemua pendapat dalam
mesyuarat.
1.Mak Cik Zainab memberkas ranting-ranting kayu itu supaya
senang dijunjung.
2.Pihak polis telah berjaya memberkas beberapa orang pemuda yang
disyaki mencuri wang di kedai itu.

Membicarakan
1.membincangkan
sesuatu 1.Ahli jawatankuasa kampung itu sedang membicarakan
perkara
kepentingan Unit Rukun Tetangga ditubuhkan di kawasan kampung
2.mengadili sesuatu kes di itu.
mahkamah
2.Hakim sedang membicarakan kes rasuah itu di Mahkamah Tinggi
Persekutuan.
Olah
1.Apa olahnya supaya kita cepat kaya?
1.cara membuat sesuatu, akal 2.Orangnya sudah tua tetapi banyak olahnya.
2. perbuatan, perangai
Parah
1.Seseorang daripada mangsa kemalangan jalan raya itu telah
1.terlalu teruk
mendapat luka parah.
2.susah atau sukar benar 2.Keadaan ekonomi di negara tersebut parah benar.
keadaannya.
Paras
1.wajah
1.Paras Rohana saling tak tumpah seperti paras ibunya.
2.had yang menunjukkan 2.Banjir yang sedang berlaku itu telah sampai ke paras bahaya.
dalam atau tingginya sesuatu
takat
Pasang
1.dua orang atau dua benda
1.Encik Sulaiman membeli dua pasang subang berlian untuk
2.menjadi
lebih
tinggi isterinya.
parasnya
2.Hari ini air laut pasang pada pukul tujuh pagi.
3.mengenakan
api
pada 3. Jangan pasang pelita pada waktu siang pagi, kata Mak Cik
sesuatu bernyala
Hasnah kepada anaknya.
Rapat
1.hampir-hampir bertemu di 1.Jarak di antara sebuah rumah dengan sebuah rumah yang lain di
antara satu sama lain
kawasan rumah setinggan itu amat rapat.
2.tidak renggang
2.Peti besi itu ditutup rapat.
Sedang
1.ketika, masih melakukan 1.Roslan sedang bersembahyang ketika orang itu datang.
sesuatu
2.Masjid di kampung itu sedang besarnya.
2.sederhana keadaannya
Serong
1.tidak lurus
1.Garisan yang dibuatnya serong ke kanan.
2.tidak jujur,curang
2.Dia berniat serong terhadap pemuda itu.
Sikat
1.alat yang digunakan untuk 1.Orang zaman dahulu menggunakan sikat yang dibuat daripada
mengemas rambut
tanduk.
2.tangkai atau gugusan pisang 2.Dia membeli dua sikat pisang emas.
sebagai sebahagian daripada

204

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

tandan
Tahan
1.tidak mudah rosak
2.sanggup menderita
3.cukup
Tawar
1.tidak ada rasanya
2.tidak mujarab
3.minta supaya dikurangkan
harga sesuatu

NO TEL: 016 8822114

1.Kerusi rotan ini, kalau dijaga dengan baik, akan tahan sehingga
anak cucu kita.
2.Siapakah yang tahan melihat buminya dijajah?
3.Bekalan air itu tahan sehingga pagi esok sahaja.
1.Walaupun kelihatan merah, air itu tawar rasanya.
2.Semua jampinya tawar belaka.
3.Saya berharap janganlah anda tawar harga barang itu lagi, kerana
itulah harga yang paling rendah yang dapat saya berikan.

Tugasan Praktikal 66
Penggunaan Kata dalam Ayat
Pilih ayat-ayat menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda
telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
1.I Pemain-pemain bola sepak Itali kebuntuan untuk menjaringkan gol kerana kekebalan penjaga gol
pasukan Jerman.
II Dalam sesetangah keadaan, seseorang pengarang akan mengalami kebuntuan idea apabila
berhadapan dengan sesuatu masalah.
III Penduduk kampung itu bergelap semalam-malaman kerana kebuntuan bekalan elektrik.
IV Sebagai akibat kebuntuan wang untuk meneruskan pelajarannya, dia terpaksa menangguhkan
pengajiannya.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
2.I Pihak polis sudah menemukan senjata yang digunakan dalam pembunuhan tersebut.
II Ahmad akan menemukan gurunya untuk mendapatkan penjelasan tentang masalah dalam
pembelajarannya.
III Syarikat televisyen itu telah berjaya menemukan adik-beradik tersebut yang telah terpisah sejak
berpuluh-puluh tahun lamanya.
IV Kami kerap menemukan kesulitan apabila berurusan dengan pegawai kewangan kami yang cerewet
itu.
A I sahaja
B I dan III
C II, III dan IV
D I, III dan IV
3.I Setelah penat bekerja, mereka tempoh seketika untuk makan tengah hari.
II Jika ada tempoh, saya akan menziarahi saudara untuk berbual-bual tentang perkara itu.
III Telur-telur ayam yang dieram itu akan menetas dalam tempoh dua puluh hari.
IV Dia telah diberi tempoh tiga tahun untuk menyelesaikan semua hutangnya kepada pihak bank.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
4.I Tali persahabatan mereka tetap teguh walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah.
II Hang Tuah tetap teguh setia kepada Sultan Melaka walaupun difitnah beberapa kali.
III Pokok kelapa yang condong itu belum tumbang kerana akarnya masih teguh mencengkam tanah.
IV Hukuman yang teguh mestilah terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin.
A I sahaja
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
5.I Secara tiba-tiba seladang liar itu tersembul daripada kawasan semak di pinggir jalan.
II Disebabkan terlalu marah matanya tersimbul keluar sehingga menakutkan kami semua.
III Kami tidak menyangka di sebalik kebaikannya selama ini tersembul perbuatannya yang kurang
baik.

205

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

IV Dia ketawa berdekah-dekah sehingga tersembul nasi daripada mulutnya yang belum sempat
dikunyah.
A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
6.I Pintu dan tingkap rumahnya dibiarkan ternganga supaya angin masuk.
II Mulut buaya itu ternganga ketika berjemur di tebing sungai.
III Pelajar-pelajar di kelas itu ternganga sewaktu mendengar Cikgu Ahmad bercerita.
IV Semua buku di atas meja itu ternganga apabila ditiup angin kencang yang masuk melalui tingkap.
A II sahaja
B I dan II
C I, II dan III
D II, III dan IV
7.I Kasih sayangnya kepada anak-anaknya sudah dewasa.
II Kejelitaan wanita itu kian luntur apabila umrnya semakin meningkat tua.
III Keazamannya untuk melanjutkan pelajaran tidak luntur biarpun dia menghadapi masalah kewangan.
IV Kebolehan Roslin dalam permainan badminton semakin luntur kerana kecederaan yang dialaminya.
A I, II dan III B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
8.I Air sungai itu berkecamuk pabila beberapa orang budak terjun ke dalam sungai tersebut.
II Fikirannya berkecamuk dengan pelbagai perkara semenjak beberapa hari yang lalu.
III Dia dilahitkan ketika Perang Dunia Kedua sedang berkecamuk di seluruh rantau Asia Tenggara.
IV Barang-barang di dalam kedai itu berkecamuk setelah dimasuki beberapa orang pencuri.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
9.I Lori yang sarat dengan barang-barang itu kelihatan tercungap-cungap ketika melalui jalan yang
berbukit.
II Malik tercungap-cungap berlari keluar dari semak-samun itu akibat dikejar kerbau.
III Kami tercungap-cungap ketika mengharungi asap tebal dalam kebakaran yang memusnahkan
belukar tersebut.
IV Pemuda itu kelihatan tercungap-cungap ketika ditahan polis kerana tidak memakai topi kaledar.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
10.I Tamparan ombak yang tidak henti-hanti memukul pantai begitu mengasyikkan kami.
II Wanita itu masih ingat akan tamparan suaminya yang menyebabkan mereka bercerai.
III Bola hasil tamparan pemain itu mencecah jaring untuk gol pendahuluan pasukannya.
IV Kritikan daripada orang bawahan merupakan satu tamparan hebat terhadap kewibawaannya.
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D I, II dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 66
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
A
Pilihan I betul kerana kebuntuan bermaksud perihal keadaan buntu iaitu
terhalang, tersekat, tidak dapat berfikir ataupun mencari jalan ataupun mati
(jalan).
Pilihan II betul kerana kebuntuan bermaksud perihal keadaan buntu, iaitu
terhalang, tersekat, tidak dapat berfikir ataupun mencari jalan ataupun mati
(jalan).
Pilihan III salah kerana penggunaan perkataan kebuntuan tidak tepat. Ayat itu
sepatutnya menggunakan perkataan terputus atau keputusan.
Pihan IV salah kerana penggunaan perkataan tidak tepat. Ayat itu sepatutnya
menggunakan perkataan kesempitan ataupun kekurangan.

206

NOTA TATA PMR


2

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Pilihan I betul kerana menemukan bermaksud berjumpa dengan barang yang


dicari.
Pilihan II salah kerana penggunaan perkataan menemukan tidak tepat. Yang
betulnya ialah menemui yang bermaksud berjumpa dengan seseorang.
Pilihan III salah kerana penggunaan perkataan menemukan tidak tepat. Yang
tepatnya ialah mempertemukan yang bermaksud menyebabkan dua pihak
bertemu.
Pilihan IV salah kerana penggunaan perkataan menemukan tidak tepat. Yang
betulnya ialah menghadapi.
Pilihan I salah kerana penggunaan kata tempoh dalam ayat tidak tepat. Yang
sepatutnya ialah singgah, iaitu berhenti sebentar.
Pilihan II betul kerana perkataan tempah yang bermaksud masa tepat
digunakan dalam ayat.
Pilihan III betul kerana perkataan tempah yang bermaksud masa tepat
digunakan dalam ayat.
Pilihan IV betul kerana perkataan tempah yang bermaksud masa tepat
digunakan dalam ayat.
Pilihan I betul kerana perkataan teguh yang bermaksud utuh atau erat tepat
digunakan dalam ayat.
Pilihan II betul kerana perkataan teguh yang bermaksud utuh atau erat tepat
digunakan dalam ayat.
Pilihan III betul kerana perkataan teguh yang bermaksud utuh atau erat tepat
digunakan dalam ayat.
Pilihan IV salah kerana perkataan teguh tidak tepat digunakan dalam ayat itu.
Perkataan yang sepatutnya ialah tegas.
Pilihan I betul kerana perkataan tersembul yang bermaksud muncul dengan
tiba-tiba tepat digunakan dalam ayat.
Pilihan II betul kerana perkataan tersembul yang bermaksud muncul dengan
tiba-tiba tepat digunakan dalam ayat.
Pilihan III salah kerana perkataan tersembul dalam ayat itu tidak tepat
digunakan dalam ayat. Yang betul ialah terserlah yang bermaksud
memperlihatkan.
Pilihan IV salah kerana perkataan tersembul tidak tepat digunakan dalam ayat.
Yang betul ialah tersembur.
Pilihan I betul kerana perkataan ternganga yang bermaksud terbuka luas tepat
digunakan.
Pilihan II betul kerana perkataan ternganga yang bermaksud terbuka luas tepat
digunakan.
Pilihan III betul kerana perkataan ternganga yang bermaksud terbuka luas
tepat digunakan.
Pilihan IV salah kerana perkataan ternganga yang digunakan dalam ayat itu
tidak tepat. Yang tepat ialah terbuka.
Pilihan I betul kerana perkataan luntur yang bermaksud hilang atau berkurang
atau berubah tepat digunakan dalam ayat.
Pilihan II betul kerana perkataan luntur yang bemaksud berubah tepat
digunakan dalam ayat.
Pilihan III betul kerana perkataan luntur yang bermaksud hilang atau
berkurang atau berubah tepat digunakan dalam ayat.
Pilihan IV betul kerana perkataan luntur yang bermaksud hilang atau

207

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

berkurang atau berubah tepat digunakan dalam ayat.


Pilihan I salah kerana penggunaan perkataan berkecamuk yang bermaksud
keadaan fikiran yang kusut tidak tepat digunakan dalam ayat itu. Yang tepat
ialah berkocak.
Pilihan II betul kerana penggunaan perkataan berkecamuk yang bermaksud
keadaan fikiran yang kusut tepat digunakan dalam ayat itu.
Pilihan III betul kerana penggunaan perkataan berkecamuk yang bermaksud
merebak atau keadaan yang menjadi-jadi atau hebat tepat digunakan dalam
ayat itu.
Pilihan IV salah kerana penggunaan perkataan berkecamuk tidak tepat
digunakan dalam ayat itu. Yang tepat ialah bersepah atau berselerak.
Pilihan I salah kerana penggunaan perkataan tercungap-cungap yang
bermaksud pergerakan nafas yang cepat tidak tepat dalam ayat itu. Yang betul
ialah bergerak perlahan.
Pilihan II betul kerana penggunaan perkataan tercungap-cungap yang
bermaksud pergerakan nafas yang kencang tepat digunakan dalam ayat itu.
Pilihan III betul kerana penggunaan perkataan tercungap-cungap yang
bermaksud pergerakan nafas yang kencang tepat digunakan dalam ayat itu.
Pilihan IV salah kerana penggunaan perkataan tercungap-cungao yang
bermaksud pergerakan nafas yang cepat tidak tepat dalam ayat itu. Yang betul
ialah pucat yang bermaksud berubah air muka.
Pilihan I betul kerana penggunaan perkataan tamparan yang bermakusd
kiasan, iaitu pukulan yang berkaitan dengan ombak.
Pilihan II betul kerana penggunaan perkataan tamparan yang bermaksud
pukulan dengan tapak tangan ke muka tepat digunakan dalam ayat.
Pilihan III salah kerana penggunaan perkataan tamparan tidak tepat digunakan
dalam ayat. Yang tepat ialah tendangan atau sepakan.
Pilihan IV betul kerana penggunaan perkataan tamparan yang bermaksud
peristiwa atau kritikan yang tidak menyenangkan hati tepat digunakan dalam
ayat.

Tugasan Praktikal 67
Penggunaan Kata dalam Ayat
Pilih ayat-ayat menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda
telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
1.I Bekas tapak kaki pencuri itu terdapat pada lantai rumah itu.
II Pak Hamid bekas tentera British.
III Encik Helmi membersihkan kawasan bukit itu untuk dijadikan bekas tapak rumah.
IV Tong besar itu akan digunakan sebagai bekas air pada hari kenduri nanti.
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
2.I Televisyen Malaysia melaporkan bahawa cuaca pada hari ini cerah.
II Hatinya sungguh cerah kerana setiap ujian akhir tahun dia mendapat nombor satu.
III Anak angkatnya itu berkulit cerah.
IV Masa depan keluarga Pak Mat akan cerah apabila kesemua anaknya yang belajar di universiti tamat
pengajian mereka.
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
3.I Cikgu Abdul meminta kami membaca buku itu pada halaman 150 hingga 151.
II Untuk mengetahui makna kata prihatin lihatlah halaman makna dalam jadual kosa kata itu.

208

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

III Di dalam rumahnya terdapat sebuah bilik untuk halaman membaca.


IV Halaman rumahnya dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga.
A I, dan II
B I dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
4.I Buah cempedak yang diperam itu telah masak.
II Aminah sangat masak dengan perangai anak-anaknya.
III Kanak-kanak itu main masak di pondok itu.
IV Dia sedang masak ulam.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
5.I Adik tidak betah tinggal dengan mentuanya kerana ibu mentuanya suka berleter dan memarahinya.
II Sesudah setahun Cikgu Azni mengajar di kampung itu, barulah dia betah dengan persekitaran di
situ.
III Sebagai anak, kita tidak boleh betah terhadap perintah ibu bapa.
IV Walaupun lukanya sudah betah, tetapi parut hitam masih jelas kelihatan di dahinya.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I,II, III dan IV
6.I Bayaran sewa yang semakin memuncak telah memaksa penghuni flat itu mencari tempat kediaman
lain.
II Rumput-rumput di rumah itu memuncak tinggi kerana sudah berminggu-minggu tidak ditebas.
III Kemarahan anggota polis itu memuncak apabila seorang pesalah trafik mencabarnya untuk
bertumbuk.
IV Busut semut di hadapan rumah saya itu memuncak tinggi setelah bertahun-tahun tidak diganggu
oleh sesiapa.
A I dan II
B I, II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
7.I Bibirnya lekang kerana kepanasan akibat terlalu banyak makan pil.
II Rambutan lekang itu dibeli oleh ibu di pasar malam.
III Walaupun sibuk, dia tidak lekang memegang buku.
IV Lagu-lagu P.Ramlee masih segar kerana tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
A I sahaja
B II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
8.I Perkara itu telah dibincangkan di dalam mesyuarat yang lalu.
II Kita harus fasih bertutur di dalam bahasa kebangsaan.
III Saya terpaksa menyimpan buku itu di dalam beg saya.
IV Di dalam hal ini kita semua setuju.
A III sahaja
B I dan III
C II dan IV
D I, II, dan III
9.I Rancangan hendak memindahkan ibu negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya merupakan idea
Perdana Menteri.
II Walaupun rancangan untuk membina Menara Berkembar Petronas merupakan projek yang menelan
kos yang tinggi, namun kebaikannya kepada negara terlalu banyak.
III Orang bunian dapat merupakan diri sebagai wanita yang cantik.
IV Pulau kecil itu merupakan seorang wanita yang sedang berbaring.
A II sahaja
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
10.I
II
III
IV

Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu.


Setiausaha akan mencatatkan saya semua pendapat yang dikemukakan.
Pasukan itu telah mencatatkan kemenangan sulung dalam pertandingan itu.
Tuan rumah itu mencatatkan nama-nama orang yang berderma.

209

NOTA TATA PMR


A I dan III

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

B III dan IV

C I, II dan IV

NO TEL: 016 8822114

D I, II, III dan IV

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 67


Nombor
Jawapan
Huraian
soalan
1
B
I betul kerana bekas bermaksud tanda-tanda yang ditinggalkan.
II betul kerana bekas bermaksud dahulunya atau pernah menjadi.
III salah kerana bekas dalam ayat itu tidak sesuai digunakan kerana tidak
membawa maksud yang dikehendaki. Kata yang sesuai ialah kawasan.
IV betul kerana bekas bermaksud tempat menyimpan atau menaruh
sesuatu.
2
C
I betul kerana cerah bermaksud terang, iaitu berkaitan dengan langit.
II salah kerana cerah dalam ayat itu tidak sesuai digunakan kerana tidak
membawa maksud yang dikehendaki. Kata yang sesuai ialah terang.
III betul kerana cerah bermaksud agak putik atau tidak hitam, iaitu yang
berkenaan dengan kulit.
IV betul kerana cerah bermaksud kiasan, iaitu baik, bahagia atau elok.
3
B
I betul kerana halaman bermaksud muka buku, majalah atau suratkhabar.
II salah kerana halaman dalam itu tidak sesuai digunakan kerana tidak
membawa maksud yang dikehendaki. Kata halaman dalam ayat itu
seharusnya ditulis ruang.
III salah kerana halaman dalam itu tidak sesuai digunakan kerana tidak
membawa maksud yang dikehendaki. Kata halaman dalam ayat itu
seharusnya ditulis ruangan.
IV betul kerana halaman bermaksud pekarangan rumah atau kawasan
lapang di hadapan rumah.
4
A
I betul kerana masak dalam ayat bermaksud sudah tua dan boleh
dimakan.
II betul kerana masak bermaksud kiasan, iaitu sudah tahu atau faham
benar tentang kelakuan seseorang.
III salah kerana masak dalam ayat itu seharusnya ditulis masak-masak.
IV salah kerana masak dalam ayat itu seharusnya digantikan dengan
perkataan merebus.
5
C
I betul kerana betah bermaksud tidak tahan atau sudah menderita.
II betul kerana betah bermaksud sudah sesuai tinggal di tempat baharu.
III salah kerana betah tidak tepat. Yang betul ialah ingkar.
IV betul kerana betah bermaksud sembuh.
6
B
I betul kerana memuncak bermaksud meningkat ke paras yang tinggi.
II betul kerana memuncak bermaksud membumbung tinggi-tinggi.
III betul kerana memuncak bermaksud menjadi sangat tegang.
IV salah kerana perkataan memuncak tidak tepat. Yang betulnya ialah
membukit atau menggunung tinggi.
7
D
I betul kerana lekang bermaksud merekah atau pecah kerana kepanasan.
II betul kerana lekang bermaksud mudah tanggal.
III betul kerana lekang bermaksud sentiasa atau tidak henti-henti.
IV betul kerana lekang bermaksud tidak berubah atau kekal sampai bilabila.
8
D
I salah kerana frasa nama di dalam menunjuukaan ruang. Yang betulnya

210

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

ialah dalam mesyuarat.


II salah kerana frasa nama di dalam menunjukkan ruang. Yang betulnya
ialah dalam bahasa kebangsaan.
III betul kerana frasa di dalam menunjukkan ruang, iaitu di dalam beg.
IV salah kerana frasa di dalam menunjukkan ruang. Yang betulnya ialah
dalam hal ini.
I betul kerana merupakan bermaksud menjadi.
II betul kerana merupakan bermaksud menjadi.
III betul kerana merupakan bermaksud menjelmakan.
IV salah kerana perkataan merupakan dalam ayat itu tidak tepat.
Perkataan yang tepat ialah merupai yang bermaksud menyerupai.
I betul kerana mencatatkan bermaksud menuliskan atau merakamkan
sesuatu buku.
II betul kerana mencatatkan bermaksud menulis sesuatu untuk orang lain.
III betul kerana mencatatkan bermaksud memperoleh.
IV betul kerana mencatatkan bermaksud merakamkan.

Tugasan Praktikal 68
Penggunaan Kata dalam Ayat
Pilih ayat atau ayat-ayat menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan
bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
1.I Wanita itu melimpahkan air mata apabila mengetahui anaknya terbabit dalam kegitan penagihan
najis dadah.
II Beliau melimpahkan kasih sayang yang tidak terhingga kepada anak tunggalnya itu.
III Menteri Ppelajaran sentiasa melimpahkan perhatian kepada perkembangan pemakaian Bahasa
Kebangsaan.
IV Tuhan yang melimpahkan rahmat kepada umat-Nya yang sentiasa berusaha dan sabar.
A I dan III
B II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
2.I Penduduk di kampung itu berasa kesal kerana tidak ada klinik atau hospital di daerah itu.
II Katanya, ia tidak kesal tentang apa yang berlaku terhadap dirinya kerana itu adalah suatu takdir.
III Ia mengisahkan dengan kesal tentang perceraiannya dengan isterinya.
IV Apabila ia melihat perbuatannya yang kasar itu, ia berasa kekal.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
3.I Di dalam bilik tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yang hidup, lampu kecil yang suram
cahayanya.
II Kalau beberapa harinya tidak dicuci, kereta itu kelihatan suram.
III Di ambang pintu, terdiri Jenab dengan pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya
suram, matanya suram.
IV Sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka suram, besok entahkan hujan entah tidak.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
4.I Hari itu redup dan muram, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi.
II Suatu hari suamiku pulang dengan muka yang muram.
III Hidup akan menjadi muram dan masam kalau keadaan tidak berubah.
IV Keadaan ekonomi antarabangsa yang muram mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun
seperti Malaysia.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

211

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

5.I Walaupun hari sudah mulai kelam, mereka masih belum mahu pulang.
II Pada ketika itu, pasangan remaja itu berada dalam cahaya lampu yang kelam.
III Surat itu susah handak dibacanya kerana matanya kelam.
IV Kita hendaklah menyelidik perkara itu dengan adil dan saksama kerana peribahasa Melayu
mengatakan kelam disigi, lekung ditinjau.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
6.I Semua bintang itu kusam dan kumal.
II Perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yang kusam itu jadi berseri-seri pula.
III Pelajar yang diserang penyakit SARS itu kelihatan pucat kusam.
IV Di dalam pondok itu, kelihatan pengemis tua sedang bersandar menghadap lampu kecil yang kusam
cahayanya.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
7.I Ibu tidak dapat meluluskan benang ke lubangan jarum kerana penglihatannya kabur.
II Kerajaan telah meluluskan undang-undang itu beberapa tahun yang lalu.
III Dia telah berjaya meluluskan undang-undang itu beberapa tahun yang lalu.
IV Saddam Hussin gagal meluluskan diri daripada kepungan tentera Amerika.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
8.I Persembahan Siti Nurhaliza itu dahsyat sungguh hingga menyebabkan ribuan penonton terpesona.
II Kejadian tanah runtuh di Filipina yang sungguh dahsyat itu telah mengorbankan dua puluh ribu
orang penduduk.
III Keadaan mayat akibat kemalangan ngeri itu dahsyat sekali.
IV Pertempuran yang berlaku antara penduduk tempatan dengan askar Amerika di Afghanistan itu
sangat dahsyat.
A I dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
9.I Orang Bugis dipercayai telah memulakan petempatan awal di Johor.
II Petempatan orang Asli di Sarawak itu kebanyakannya di sepanjang tebing Sungai Rajang.
III Pendatang-pendatang asing telah meluaskan petempatan mereka di kawasan setinggan di ibu kota.
IV Petempatan sesuatu kaum di kawasan tertentu merupakan helah penjajah untuk memecah-belahkan
perpaduan rakyat negara kita.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
10.I Kejadian ribut kencang yang berlaku malam tadi telah mengakibatkan rumah-rumah penduduk di
kawasan itu mengalami kerosakan yang teruk.
II Kemajuan yang pesat di Putrajaya mengakibatkan bertambahnya kemasukan pelabur asing.
III Pendedahan kegiatan rasuah yang semakin berleluasa itu telah mengakibatkan kepercayaan rakyat
tergadap agensi tersebut semakin menurun.
IV Kegagalannya mencapai keputusan yang baik mata pelajaran Bahasa Melayu telah mengakibatkan
kepercayaan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 68
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
D
I betul kerana melimpahkan bermaksud mengeluarkan.
II betul kerana melimpahkan bermaksud memberikan atau mencurahkan.
III betul kerana melimpahkan bermaksud memberikan.

212

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

IV betul kerana melimpahkan bermaksud mengurniakan banyak-banyak.


I betul kerana kesal bermaksud berasa kecewa atau tidak senang hati tentang
sesuatu perkara kepada sesuatu pihak.
II betul kerana kesal bermaksud kecewa.
III betul kerana kesal bermaksud perasaan kecewa atau tidak senang hati.
IV salah kerana penggunaan perkataan kesal tidak tepat. Yang betul ialah
sesal, iaitu perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yang tidak
baik atau berasa insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan.
I betul kerana suram bermaksud cahaya yang tidak berapa terang atau agak
gelap, kurang cahaya, atau cuaca yang redup.
II betul kerana suram bermaksud tidak berkilauan atau bercahaya.
III betul kerana suram bermaksud muka atau wajah yang tidak tidak berseriseri kerana bersedih.
IV betul kerana suram bermaksud keadaan yang kurang seronok atau susah
hati.
I betul kerana muram bermaksud cahaya yang tidak berapa terang.
II betul kerana muram bermaksud air muka yang tidak berseri atau tidak
gembira.
III betul kerana muram bermaksud hidup yang tidak bahagia atau menderita.
IV betul kerana bermaksud keadaan yang tidak baik.
I betul kerana kelam bermaksud cahaya yang tidak berapa terang atau
suasana yang agak gelap.
II betul kerana kelam bermaksud cahaya yang agak gelap.
III betul kerana bermaksud tulisan yang tidak berapa terang atau tidak jelas
kelihatan atau sukar dibaca.
IV betul kerana kelam disigi,lekung ditinjau bermaksud bermaksud sesuatu
yang kurang jelas hendaklah diselidiki dengan saksama.
I betul kerana kusam bermaksud tidak bercahaya.
II betul kerana kusam bermaksud wajah yangtidak berseri-seri atau muram.
III betul kerana kusam bermaksud pucat lesi atau sangat pucat.
IV betul kerana kusam bermaksud cahaya yang kelam.
I betul kerana meluluskan bermaksud memasukkan.
II betul kerana meluluskan bermaksud memperkenankan atau menyetujui.
III betul kerana meluluskan bermaksud menyebabkan atau menjadikan diri
lulus dalam peperiksaan.
IV betul kerana meluluskan diri bermaksud melepaskan diri.
I betul kerana dahsyat dalam ayat itu bermaksud hebat.
II betul kerana dahsyat bermaksud menakutkan atau mengerikan.
III betul kerana menakutkan atau mengerikan.
IV betul kerana dahsyat bermaksud hebat atau sangat kuat.
I betul kerana petempatan bermaksud tempat tinggal.
II betul kerana petempatan bermaksud tempat tingal.]
III salah kerana perkataan yang tepat ialah penempatan yang bermaksud
perihal menempatkan diri di sesuatu tempat.
IV salah kerana perkataan yang tepat ialah penempatan yang bermaksud
usaha untuk menempatkan sesuatu kaum di sesuatu tempat.
I betul mengakibatkan bermaksud menyebabkan.
II betul kerana mengakibatkan bermaksud menyebabkan sesuatu peristiwa
berlaku.

213

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

III betul kerana mengakibatkan bermaksud mendatangkan kesan.


IV betul kerana mengakibatkan bermaksud mendatangkan kesan atau
menyebabkan.
Tugasan Praktikal 69
Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat atau ayat-ayat menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan
bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
1.I Baik-baik sahaja dia sampai di garisan penamat dia pun jatuh.
II Duduklah baik-baik di sini, kata ayah kepada Haslina.
III Keluarganya itu baik-baik belaka.
IV Dia baik-baik enjin kereta yang rosak itu.
A I dan II
B II dan III
C II, II dan III
D I, II dan IV
2.I Doktor pakar itu menjelaskan penyakit yang dihidapi pesakit itu kepada bapanya.
II Encik Tajudian menjelaskan semua hutang yang belum dibayar sebelum beliau pergi menunaikan
haji di Makkah.
III Cikgu Kamal menjelaskan dengan bersungguh-sungguh tajuk tersebut kepada kumpulan itu.
IV Polis menjelaskan yang jalan itu tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat kerana jambatan di sungai
itu tidak kukuh.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
3.I Pak Tardi menyokong beranda rumahnya dengan beberapa batang kayu bakau.
II Kesemua ahli yang datang menyokong pendapat yang diberikan oleh Tuan Pengerusi.
III Kebanyakan yang menyokong pasukan bola sepak Kedah terdiri daripada orang Utara belaka.
IV Banyak kaki judi yang menyokong pemain pasukan bola sepak Malaysia sehingga pasukan kita
tewas dengan teruknya.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
4.I Tiap-tiap hujung minggu akhir bulan Encik Hamzah menjemput anaknya dari asrama sekolahnya
untuk bercuti di rumah.
II Puan Robiatul menjemput paha anak perempuannya sebagai amaran supaya tidak mengusik adiknya
lagi.
III Encik Tarmizi dan isterinya menjemput setiap keluarga yang tinggal di kampung itu untuk majlis
perkahwinan anaknya itu.
IV Walaupun dia tidak berselera untuk makan tetapi dia terpaksa menjemput hujung kuih untuk
menjaga hati anaknya.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV
5.I Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya.
II Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan orang-orang kampung.
III Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
IV Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya.
A I dan II
B III dan IV
C I, III dan III
D I, II, III dan IV
6.I
II
III
IV

Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kesejahteraan rakyat.


Kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah kepada pelajar.
Kerani itu memberi saya dua helai borang.
Seluar adik sering terlondeh kerana tali getahnya sudah memberi.

214

NOTA TATA PMR


A I dan II

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI


B II dan III

C I, III dan IV

NO TEL: 016 8822114


D I, II, III dan IV

7.I Mereka berbincang mengenai masalah negara.


II Bola yang disepaknya mengenai palang gol.
III Aduan tuan mengenai kelewatan bayaran itu sedang diberi perhatian.
IV Kata-kata caciannya itu mengenai dirinya sendiri.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
8.I Ketua pejabat itu sentiasa curiga terghadap kejujuran anak buahnya.
II Penghulu itu mengambil barat terhadap kebajikan orang-orang kampung.
III Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
IV Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya.
A I dan II
B III dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 69
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
I salah kerana baik-baik dalam ayat itu seharusnya diganti dengan kata sebaikbaik.
II betul kerana baik-baik dalam ayat bermaksud pesanan yang meminta
seseorang itu berjaga-jaga ketika melakukan sesuatu.
III Betul kerana baik-baik bermaksud sangat baik atau semua ahli keluarganya
baik.
IV salah kerana baik-baik dalam ayat itu seharusnya diganti dengan kata
membaiki.
2
A
I betul kerana menjelaskan bermaksud menerangkan sesuatu dengan lebih
lanjut atau sehingga jelas.
II betul kerana menjelaskan bermaksud menyelesaikan atau menghabiskan
atau membereskan.
III salah kerana kata menjelaskan dalam ayat itu seharusnya diikuti oleh objek
tajuk.
IV salah kerana kata menjelaskan dalam ayat itu seharusnya diiukti oleh kata
hubung komplemen bahawa.
3
C
I betul kerana menyokong bermaksud menyangga atau menopang sesuatu
supaya jangan rebah atau roboh.
II betul kerana menyokong bermaksud menyatakan persetujuan.
III betul kerana menyokong bermaksud orang yang memberi perangsang
dengan atau tanpa bantuan kebendaan.
IV salah kerana perkataan yang tepat dalam ayat itu ialah menyogok atau
memberikan rasuah.
4
D
I betul kerana menjemput bermaksud pergi mengambil.
II salah kerana perkataan dalam ayat itu seharusnya mencubit.
III betul kerana menjemput bermaksud mengajak atau menyilakan orang
datang atau mengundang.
IV betul kerana menjemput bermaksud mencekut makanan dengan hujung jari.
5
B
I salah kerana kata sendi yang tepat ialah tentang. Kata sendi terhadap
digunakan sebelum kata nama yang bersifat konkrit.
II salah kerana kata sendi yang tepat ialah tentang. Kata sendi terhadap
digunakan sebalum kata nama yang bersifat konkrit.

215

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

III betul kerana kata sendi terhadap digunakan sebelum kata nama yang
bersifat konkrit.
IV betul kerana terhadap digunakan sebelum kata nama yang bersifat konkrit.
I salah kerana perkataan memberi hendaklah diikuti oleh objek yang bernyawa
seperti memberi kucing,memberi adik, dan sebagainya.
II salah kerana perkataan memberi hendaklah diikuti oleh objek yang
bernyawa seperti memberi kucing,memberi adik, dan sebagainya.Yang betul
ialah memberikan.
III betul kerana perkataan memberi hendaklah diikuti oleh objek yang
bernyawa.
IV betul kerana perkataan memberi bermaksud kenyal atau menganjal.
I betul kerana kata kerja mengenai berfungsi sebagai kata sendi, iaitu tentang,
II betul kerana mengenai bermaksud kena oada,
III betul kerana kata kerja mengenai berfungsi sebagai kata sendi, iaitu
tentang.
IV betul kerana mengenai bermaksud kena pada.
I betul kerana barang bermaksud benda.
II betul kerana barang bermaksud lebih kurang.
III betul kerana barang bermaksud benda.
IV betul kerana barang bermaksud apa-apa sahaja.

Tugasan Praktikal 71 Penggunaan Kata dalam Ayat


Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang
paling sesuai.
1.I Berbagai ramalan dibuat terhadap kedudukan jurulatih pasukan bola sepak itu yang gagal
memenangi sebarang pertandingan pada tahun ini.
II Dia menyandarkan tubuhnya pada perdu pondok itu kerana keletihan.
III Memikirkan masalah kewangannya, dia nekad membuat pinjaman bank walaupun hutangnya sudah
banyak.
IV Daripada segi ekonomi, industri melancong mendatangkan hasil yang lumayan.
A II sahaja
B I dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
2.I Dia menghalau semua lembu-lembunya ke dalam kandang kerana hari sudah senja.
II Surat-surat itu kami sudah terima pada minggu lepas lagi.
III Adakah mereka akan datang lagi ke sini pada minggu depan?
IV Berita keganasan harimau yang membaham beberapa orang petani pada minggu lepas menjadi
utama beberapa naskhah akhbar.
A II sahaja
B I dan II
C II dan III
DIII dan IV
3.I Beberapa aduan palsu yang diterima oleh pihak bomba akibat perbuatan mereka yang kurang
bertanggungjawab.
II Nota pelajar yang meniru itu te;ah diserahkan kepada ketua pengawas peperiksaan.
III Murid itu suka bertanyakan gurunya apabila menemukan masalah dalam pelajaran.
IV Tanah pusaka itu terbiar begitu sahaja setelah warisnya berpindah ke kota.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
4.I Dia akan sentiasa beri perhatian kepada semua anaknya tanpa perasaan pilih kasih.
II Majikan tidak dapat menafikan betapa besarnya sumbangan pekerja kepada mereka.

216

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

III Kami akan sayang sungguh nenek yang sudah tua oleh sebab kebaikannya kepada kami.
IV Kawasan yang diperuntukkan bantuan akan terima mereka punya bantuan tidak lama lagi.
A II sahaja
B I dan II
C I, II dan III
D II, III dan IV
5.I Semua kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak itu mendapat penjagaan yang sempurna daripada
para pengasuhnya.
II Orang tua itu terketar-ketar ketakutan apabila ditahan oleh polis yang mengadakan sekatan jalan
raya.
III Pelajar di kawasan luar bandar sering mengalami kesuntukan buku rujukan kerana ketiadaan kedai
buku.
IV Mereka memasang jambatan itu dengan bantuan yang diperolehi dari pejabat daerah.
A I sahaja
B I dan II
C II dan IV
D II, III dan IV
6.I Kami saling berkejar-kejaran semasa dalam berada dalam perjalanan ke tempat peranginan itu.
II Sebelum berakhir ucapannya, beliau mengingatkan para pelajar agar menghormati dan menjaga hati
guru mereka.
III Mereka melonjak-lonjak kegembiraan apabila pasukan kesayangan mereka menjaringkan gol dalam
masa tambahan.
IV Kami mendengar amanat yang disampaikan tuan pengetua dengan penuh khusyuk.
A I dan II
B III dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
7.I Kita perlu menghadapi sebarang kesulitan dengan cekal kerana ianya dapat mematangkan kita.
II Dia sering menjadi tumpuan orang ramai setiap kali menyampaikan hujah-hujahnya walaupun
hanya di kedai kopi.
III Orang tua itu tidak berupaya bergerak lagi akibat terlalu uzur dan sering sakit-sakit sejak akhir-akhir
ini.
IV Sesudah menjalankan pelbagai kajian tentang punca kemerosotan pendapatan syarikat yang
diterujuinya sejak sekian lama.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
8.I Pemuda itu tidak berasa malu untuk mengambil peperiksaan PMR walaupun usianya sudah
menjangkau dua puluh lima tahun.
II Pakaian yang terendam sejak semalam di dalam baldi itu telah dicuci emak pada pagi tadi.
III Badannya yang gemuk itu kelihatan kecut setelah menghidap penyakit misteri.
IV Bapa menjelaskan bahawa kami terpaksa berpindah ke kampung setelah kilang tempat bapa bekerja
ditutup.
A I sahaja
B I dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
9.I Selain daripada matahari, sesetengah negara maju di Eropah menggunakan kuasa angin yang
menggerakkan kincir angin untuk mendapatkan bekalan elektrik.
II Ada antara mereka yang masih menganggur walaupun mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia.
III Suaranya yang merdu itu mempesonakan semua penonton yang memenuhi ruang Dewan Merdeka
pada malam tadi.
IV Siapa nama guru yang baru datang itu? Hamisah bertanya kepada Encik Roslan.
A I sahaja
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
10.I Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu termasuklah pentingnya perpaduan dan kerjasama
untukl mengekalkan kemerdekaan.
II Hasratnya kini hanyalah untuk melengkapi dirinya dengan pengetahuan dan pengalaman tentang
selok-belok kejuruterbangan sebanyak yang mungkin.

217

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

III Dia terima jawatan itu kerana gaji yang ditawarkan begitu lumayan.
IV Semua projek yang akan kerajaan laksanakan semata-mata untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
di kawasan itu.
A I sahaja
B I dan II
C III dan IV
D I, II dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 71
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
A
Ayat I mengandungi kesalahan pembentukan kata nama bilangan berbagai.
Yang betul ialah berbagai-bagai atau pelbagai.
Ayat II tiada sebarang kesalahan bahasa.
Ayat III salah kerana tidak mempunyai kata hubung setelah atau apabila
sebelum klausa tak bebasmemikirkan masalah kewangannya.
Ayat IV salah kerana terdapat dua kesalahan, iaitu kesalahan penggunaan
kata dari dan perkataaan melancong. Kata sendi nama yang sepatutnya
digunakan ialah dari kerana menunjukkan ATM (arah, tempat, masa).
Seterusnya, imbuahan meN tidak boleh digunakan kerana melancong
merupakan kata kerja sedangkan perkataan tersebut seharusnya
menerangkan industri, iaitu pelancongan.
2
D
Ayat I salah kerana mengandungi kesalahan penggunaan kata nama bilangan
yang digandakan kata namanya, iaitu semua lembu-lembu. Yang betul ialah
semua lembu atau lembu-lembu kerana semua telah mendukung maksud
jamak, maka kata nama lembu tidak seharusnya digandakan.
Ayat II salah kerana mengandungi kesalahan pembentukan struktur ayat
pasif pelaku diri pertama yang tidak menepati Hukum Aneksi Persona.
Kedudukan di antara kata ganti nama diri pertama kami dengan kata kerja
pasif terima tidak boleh disisipkan kata bantu sudah. Frasa kerja pasif yang
betul dalam ayat itu ialah sudah kami terima.
Ayat III dan IV tiada kesalahan.
3
D
Ayat I salah kerana ayat tersebut tidak mempunyai predikat dan
dikategorikan sebagai ayat tergantung. Frasa yang diterima oleh pihak
bomba akibat perbuatan mereka yang kurang bertanggungjawab merupakan
keteangan bagi subjek sahaja.
Ayat II dan IV tiada sebarang kesalahan.
Ayat III kelihatan mengandungi kesalahan pada perkataan menemukan.
Banyak pelajar menyatakan bahawa tersebut salah dan perlu digantikan
dengan menemui. Sebenarnya, perkataan menemukan bermaksud berjumpa
atau mendapt apa-apa yang dicari.
4
A
Ayat I salah kerana beri sepatutnya menerima imbuhan meN-, iaitu
memberikan.
Ayat II tiada sebarang kesalahan.
Ayat III salah kerana kata bantu akan diletakkan selepas kata penguat bebas
sungguh, seharusnya menjadi sayang sungguh akan nenek.
Ayat IV salah kerana menggunakan struktur bahasa pasar.
5
B
Ayat I dan II tiada sebarang kesalahan.
Ayat III salah kerana perkataan kesuntukan yang bermaksud kehabisan
ataupun kesempitan sesuatu tidak tepat digunakan dalam ayat. Perkataan
yang tepat ialah kekurangan.
Ayat IV salah kerana penggunaan perkataan memasang, diperolehi dan kata

218

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

sendi nama dari tidak tepat. Perkataan memasang harus digantikan dengan
membina, manakala perkataan diperolehi tidak seharusnya digunakan kerana
perkataan oelh sifatnya tidak boleh menerima akhiran I seharusnya diperoleh
dan kata sendi nama dari seharusnya digantikan dengan daripada kerana
maksud ayat menunjukkan asal sesuatu (bantuan daripada pejabat daerah)
Ayat I salah kerana perkataan penggandaan yang menunjukkan berbalasbalas tidak seharusnya menerima kata saling, sekiranya menerima kata
saling kata kerja berkenaan tidak perlu digandakan.
Ayat II salah kerana perkataan berakhir, sepatutnya diganti dengan perkataan
yang berapitan meN--I, iaitu mengakhiri bagi membentuk kata kerja
transitif.
Ayat III dan IV tiada sebarang kesalahan.
Ayat I salah kerana penggunaan kata ganti nama ianya. Kata ianya
merupakan gabungan kata ganti nama ia dan nya. Perkataan ini tidak boleh
digabungkan dan perlu digantikan dengan kata hal ini ataupun digugurkan
terus.
Ayat II dan III tiada sebarang kesalahan.
Ayat IV salah kerana ayat tersebut tidak mempunyai subjek dan predikat.
Ayat ini dikenali sebagai ayat tergantung. Ayat tersebut hanya mempunyai
keterangan.
Ayat I,II, dan IV tiada sebarang kesalahan.
Ayat III mengandungi kesalahan penggunaan kata adjektif kecut, sepatutnya
perkataan berkenaan digantikan dengan perkataan susut yang bermaksud
semakin kurus.
Ayat I salah kerana kata sendi nama selain dan daripada tidak boleh hadir
secara berturutan. Gunakan kata sendi selain saja.
Ayat II dan III tiada sebarang kesalahan.
Ayat IV salah kerana kata tanya siapa mesti mempunyai pertikel kah kerana
ayat tersebut telah disongsangkan.
Ayat I dan II adalah betul.
III salah kerana ungkapan dia terima tidak betul. Yang betul ialah dia
menerima
IV salah kerana frasa akan kerajaan laksanakan tidak menepati rumus frasa
kerja pasif ketiga. Frasa yang betul ialah akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Tugasan Praktikal 72
Memilih Ayat yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.
1.I Pada setiap petang, Tok Mat akan duduk diserambi sambil menghisap paipnya.
II Beriadah sebaik-baiknya dijadikan aktiviti pada hujung minggu.
III Sektor pertanian merupakan kegiatan penting bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan
tempatan.
IV Polis membuat serbuan di atas penjaja yang menjual VCD haram di sepanjang laluan itu.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
2.I Anak kambing yang hilang itu akhirnya ditemui terjatuh di dalam sumur di belakang rumah
tuannya.
II Kadang kala kita tidak dapat menyangka natijah daripada ujian yang menimpa kita.

219

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

III Penduduk kampung terpaksa mengharungi air bah yang semakin tinggi selepas hujan turun dengan
tidak berhenti-henti.
IV Harta pesaka tinggalan datuknya telah habis tergadai kerana dijadikan sebagai taruhan.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3.I Pihak Kementerian Pelajaran akan membuat kajian tentang perlaksanaan hukuman rotan di sekolah.
II Pokok di hadapan rumahnya menjadi miring selepas dilanda hujan ribut.
III Shawani di senangi oelh rakan-rakannya kerana dia sentiasa bersikap ramah.
IV Encik Sanusi mengajar Matematik Tambahan kepada pelajar tingkatan empat.
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV
4.I Apabila mendengar siren ambulans, para ambulan menepikan kenderaan masing-masing.
II Encik Manoharan meletakkan jawatannya kerana memperoleh tawaran yang lebil lumayan.
III Peserta-peserta seminar itu kagum akan kemahiran kanak-kanak itu dalam bidang matematik.
IV Pengembangan politik yang berlaku di Iraq sekarang ini menjadi tumpuan dunia.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
5.I Buku itu bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa, tetapi juga untuk golongan pelajar.
II Sejak kejadian itu, Hajar Hhusna hanya terpingit dan tidak mahu berjumpa kawan-kawannya.
III Tendangan Theiry Henddry benar-benar tepat mengenai sasaran hinmgga membawa kemenangan
kepada pasukan Arsenal.
IV Dusun tempat dia tinggal tidak ada langsung kemudahan telefon.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
6.I Encik Hashim memberikan anaknya sekeping wang kertas bernilai RM10.00.
II Tajuk novel itu ialah Tragedi Di Bulan Oktober.
III Taatlah akan perintah ibu bapa, kata guru kepada pelajarnya.
IV Gadis itu yang berambut panjang pelajar terbaik PMR sekolah kami.
A III sahaja
B I dan II
C I, II dan IV
D II, III dan IV
7.I Hal ini kerana masalah masalah itu beluim dapat diselesaikan.
II Pemain bola sepakj yang terkemuka sekali di dunia ialah Pele.
III Begitu juga dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar.
IV Adalah mustahil untuk melarang orang ramai daripada membuang sampah.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
8.I Menteri Belia dan Sukan menyatakan bahawa usaha ini haruslah dimulakan pada peringkat awal.
II Untuk menerbangkan layang-layang ini tidaklah mudah seperti yang dijangkakan.
III Ucapan tahniah datang mencurah-curah sebaik sahaja dia mengalahkan peserta tuan rumah dalam
pertandingan akhir tersebut.
IV Kerajaan membekalkan komputer ke sekolah-sekolah dengan tujuan untuk mempastikan pelajar
didedahkan dengan pengetahuan komputer yang seluas-luasnya.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
9.I Azrul amat tertarik sekali oleh kejelitaan wajah gadis itu.
II Yang perlu diingat ialah bahawa nada turun naiknya suara disesuaikan dengan unit-unit frasa.
III Perbuatan membeli barangan melebihi kemampuan, termasuk melalui kad kredit, menyebabkan
orang ramai terjebak dengan ceti haram.
IV Selain dapat memenuhi masa lapang, permainan tradisional dapat menjalin hubungan antara
individu dalam masyarakat.

220

NOTA TATA PMR


A I dan III

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI


B II dan IV

C I, II dan III

NO TEL: 016 8822114


D II, III dan IV

10.I Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur
keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
II Pakaian itu masih tergantung masih belum bergosok.
III Telah kami baca buku yang tebal itu kelmarin, kata pelajar Kelas 3B kepada guru Bahasa Melayu
mereka.
IV Pelumba-pelumba itu saling potong-memotong antara satu dengan yang lain apabila sampai di
selekoh yang terakhir.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 72
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
C
Ayat I salah kerana frasa sendi nama diserambi seharusnya dieja secara jarak
di serambi.
Ayat II betul dan III tiada sebarang kesalahan.
Ayat IV salah kerana frasa sendi di atas bermaksud tempat atau bahagian di
sebelah atas seperti di atas pokok, di atas bukit, dan sebagainya. Kata yang
sepatutnya digunakan ialah kata sendi terhadap.
2
D
Ayat I salah kerana kata kerja yang betul ialah ditemukan. Perkataan ditemui
bermaksud bertemu dengan seseorang. Perkataan ditemukan bermaksud benda
yang dicari dijumpai.
Ayat II salah kerana perkataan kadang kala mesti dieja secara rapat, iaitu
kadangkala.
Ayat III betul dan IV tiada sebarang kesalahan.
3
B
Ayat I salah kerana perkataan perlaksanaan mengandungi kesalahan ejaan.
Ejaan yang betul ialah pelaksanaan. Hal ini demikian kerana pelaksanaan
bermaksud perihal melaksanakan sesuatu, bukan perihal berlaksanakan
sesuatu.
Ayat II dan III tiada sebarang kesalahan.
Ayat IV salah kerana perkataan mengajar dalam ayat itu mestilah diikuti oleh
objek yang bernyawa dan perkataan mengajarkan mesti diikuti oleh objek
yang tidak bernyawa.
4
C
Ayat I, II, dan III tiada sebarang kesalahan.
Ayat IV salah kerana pengkembangan tidak menepati maksud ayat. Yang
betulnya ialah perkembangan.
5
B
Ayat I betul dan III tiada sebarang kesalahan.
Ayat II salah kerana frasa kerja tak transitif berjumpa kawan-kawannya tidak
gramaits. Frasa kerja tersebut sepatutnya ialah berjumpa dengan kawankawannya.
Ayat IV salah kerana ungkapan dusun tempat dia tinggal tidak gramatis.
Ungkapan yang gramatis ialah dusun tempat tinggalnya
6
A
Ayat I salah kerana frasa kerja memberikan mestilah diikuti oleh objek yang
bergerak atau objek yang tidak bernyawa seperti memberikan wang. Frasa
kerja yang betul ialah memberi anaknya.
Ayat II salah kerana kata sendi yang terdapat dalam sesuatu tajuk mestilah
ditulis dengan huruf kecil, iaitu Tregedi di Bulan Oktober.
Ayat III tiada sebarang kesalahan.

221

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

IV salah kerana kata ganti nama tunjuk itu mestilah terletak di hujung frasa
subjek kerana kata ganti nama tunjuk itu berfungsi sebagai penentu subjek.
Frasa yang betul ialah Gadis yang berambut panjang itu
7
D
Ayat I salah kerana ayat tersebut ialah ayat tergantung. Ayat yang betul ialah
Hal ini demikian kerana
Ayat II betul kerana terkemuka bekanlah bermaksud paling kemuka. Perkataan
terkemuka boleh digantikan dengan perkataan masyhur atau populat.
Ayat III salah kerana ayat tersebut ialag ayat tergantung. Ayat yang betul ialah
Begitu juga halnya dengan
Ayat IV betul kerana ayat tersebut ialah ayat komplemen.
8
A
Ayat I dan II tiada sebarang kesalahan.
Ayat III salah kerana ungkapan yang betul ialah sebaik-baik sahaja.
Ayat IV salah kerana mengikut hukum PTKS,apabila perkataan yang bermula
dengan huruf P, T,K dan S diimbuhkan dengan awalan me(N), maka huruf
tersebut akan hilang atau berubah. Contoh: me(N) + pasti + kan
memastikan
9
C
Ayat I betul kerana ter- dalam perkataan tertarik bukan awalan ter- yang
bermaksud paling.
Ayat II betul kerana kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola FN
+ FN.
Ayat III tiada sebarang kesalahan.
Ayat IV salah kerana perkataan yang tepat ialah menjalinkan.
10
A
Ayat I dan III tiada kesalahan.
Ayat II salah kerana ayat tersebut tidak menepati pembentukan ayat majmuk
pancangan relatif yang betul. Selain itu, kata ganti nama penunjuk mesti hadir
di hujung subjek kerana kata ganti tersebut berfungsi sebagai penanda subjek,
iaitu Pakaian yang masih tergantung itu
IV salah kerana saling potong-memotong bermaksud saling saling memotong.
Dalam bahasa, hal ini dikatakan kelewahan bahasa atau penggunaan bahasa
yang membazir. Yang betul ialah potong-memotong atau saling memotong.
Tugasan Praktikal 73
Memilih Ayat Yang Betul
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang
paling sesuai.
1.I Persiapan untuk merai kelahiran anaknya dibuat secara sederhana sehaja.
II Dia menganggap apa yang didengarinya daripada mulut orang itu benar belaka.
III Pohon aur di sepanjang jalan itu ditebang untuk memperlebar jalan raya.
IV Oleh sebab Normala mendambakan kehidupan yang mewah, dia menerima pinangan daripada pihak
istana.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
2.I Walaupun anaknya dihina oleh orang kampung, Pak Ismail mempercayai bahawa anaknya itu gadis
yang nirmala.
II Hujan yang turun dengan lenbat menyebabkan cerun yang curam itu runtuh.
III Amerika Syarikat berjaya melebarkan hegemoninya di Iraq kerana disokong oelh kuasa-kuasa besar
yang lain.
IV Kek yang kakak masak petang tadi sedap rasanya.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

222

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

3.I Sikap Ah Seong yang sering memperabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga menjadi
cemuhan jiran.
II Oleh sebab lapar, Amir makan dengan celungapnya.
III Kerajaan akam membayar tunggakan kepada sesiap sehaja yang ditimpa bencana banjir lumpur
yang berlaku semalam.
IV Penduduk-penduduk kampung itu mendapat sumber bekalan air daripada sungai yang berhampiran.
A II sahaja
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
4.I Penulis mapan diundang untuk memberi peserta kursus ityu ceramah tentang peluang-peluang
kerjaya.
II Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjanjikan perkhidmatan dan maklumat tanpa
batas.
III Bangsa Perancis terkenal dengan sikap mereka yang bengga akan bahasa mereka.
IV Pihak pemimpin pusat telah bertemu dan berusaha untuk mengisahkan puak yang bertelingkah.
A I dan III
B II dan IV
C II, III dan IV
D I,II, III dan IV
5.I Bakul yang berisi durian itu tidak terangakat oelh saya.
II Penyanyi yang teramat cantik itu memenangi gelaran vokal terbaik.
III Dalam tempoh lma tahun ini. Abangh jarang balik ke kampung.
IV Adli bertanya Jesper tentang tempat yang hendak ditujuinya.
A I dan II
B I dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
6.I Kamal memanjat tangga loteng dengan berhati-hati untuk memunggah katak-kotak lama.
II Engkau jangan berlengah-lengah untuk menyiapkan kerja sekolah, nasihat ayah.
III Walaupun dia dilahirkan di Pahang, namun dia telah bermastautin di Selangor.
IV Beliau sudah lama berkhidmat sebagai atas kebudayaan Malaysia di Perancis.
A I,II dan III B I,III dan IV C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
7.I Perhatian dan tumpuan diberi oleh penonton kepada persembahan yang akan diadakan sebentar
sahaja lagi.
II Dalam menjejak langkah ke era globalisasi, akan kita hadapi pelbagai dugaan dan cabaran.
III Dia tetap teguh dengan pendiriannya bahawa harapannya tetap ada.
IV Untuk menamatkan pengajian di peringkat kedoktoran itu mengambil masa yang begitu lama.
A I sahaja
B I dan II
C II dan III
D III dan IV
8.I Dia bercadang untuk memperbesarkan perniagaannya.
II Lebih membimbangkan ialah mereka menjadikan kanak-kanak sebagai meangsa.
III Yang mengeepalai perarakan itu ialah pasukan pancaragam sekolah saya.
IV Jika sekiranya dia tidak mengakui kesalahannya, kami akan membuat laporan polis.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
9.I Adalah sukar untuk kita mengatasi masalah itu.
II Tugas kami ialah membimbing dan mendidik pelajar supaya menjadi manusia yang berguna pada
masa depan.
III Pertandingan akhir Akademi Fantasia itu menemukan peserta yang hebat-hebat belaka untuk
merebut gelaran juara.
IV Pembangunan yang tidak terancang dan pembalakan haram adalah antara alasan yang sering
disuarakan bila berlaku sesuatu bencana.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

223

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

10.I Kegiatan pembalakan haram bukan sahaja menganggu sistem ekologi, malah menjejas dan
melonggarkabn struktur tanah sehingga menyebabkan tanah runtuh apabila hujan lebat.
II Perasaannya mudah tersentuh jika orang bertanya tentang keluarganya.
III Beliau menyfatkan tragedi banjir lumpur yang mengorbankan lima nyawa itu ialah antara yang
paling dasyat pernah berlaku di negara ini.
IV Longkang di belakang rumahnya tersumbat hingga menyebabkan bau bangar.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 73
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
B
Ayat I salah kerana merai sepatutnya meraikan.
Ayat II salah kerana kata tanya apa sepatutnya digantikan dengan kata
ganti umum, iaitu apa-apa.
Ayat III dan IV tiada sebarang kesalahan.
2
A
Ayat I dan III tiada sebarang kesalahan.
Ayat II salah kerana perkataan lebat mestilah disertai kata nya, iaitu
lebatnya.
Ayat IV salah kerana frasa kerja pasif kakak masak sepatutnya dimasak
oleh kakak.
3
A
I salah kerana memperabaikan sepatutnya digantikan dengan perkataan
mengabaikan.
II tiada sebarang kesalahan.
III salah kerana perkataan tunggakan sepatutnya digantikan dengan
perkataan pampasan.
IV salah kerana perkataan penduduk tidak pelu digandakan kerana sudah
bermaksud jamak.
4
D
Ayat I,II, III dan IV tiada sebarang kesalahan.
5
A
Ayat I betul kerana dalam bahasa Melayu, frasa kerja pasif diangkat oleh
saya gramatis, tetapi frasa kerja pasif diangkat oleh saya tidak gramatis.
Ayat II betul kerana frasa adjektif teramat cantik belum menunjukkan
darjah penghabisan.
Ayat III salah krtana jarang bermaksud tidak rapat, manakala jarangjarang bermaksud tidak selalu atau kadang-kadang. Yang betul ialah
jarang-jarang.
Ayat IV salah kerana kata kerja tak transitif bertanya mestilah diikuti oleh
kata sendi kepada, iaitu bertanya kepada.
6
D
Ayat I,II, III dan IV tiada sebarang kesalahan.
7
C
Ayat I salah kerana kata kerja pasif diberi sepatutnya digantikan dengan
kata kerja pasif diberikan.
Ayat II dan III tiada kesalahan.
Ayat IV salah kerana ayat tersebut tidak mempunyai subjek. Ayat yang
betul ialah Untuk menamatkan pengajian di peringkat kedoktoran itu, dia
mengambil masa yang begitu lama.
8
A
Ayat I salah kerana perkataan memperbesarkan tidak gramatis. Yang betul
ialah memperbesar.
Ayat II salah kerana ayat tersebut ialah ayat tergantung. Ayat yang lengkap
ialah Yang lebih membimbangkan ialah .
Ayat III tiada sebarang kesalahan.

224

NOTA TATA PMR

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat IV salah kerana kata hubung keterangan syarat, iaitu jika dan
sekiranya hadir secara berturutan.
Ayat I betul kerana ayat tersebut ialah ayat majmuk pancangan
komplemen.
Ayat II betul kerana penggunaan kata pemeri ialah digunakan dalam ayat
yang berpola FN+FN. Ingatlah bahawa kata kerja membimbing dan
mendidik dalam ayat itu berfungsi sebagai frasa nama.
Ayat III salah keran kesalahan penggunaan perkataan menemukan.
Perkataan yang betul ialah mempertemukan, iaitu menyebabkan dua pihak
bertemu.
Ayat IV salah kerana penggunaan perkataaan bila. Perkataan yang betul
ialah apabila. Bila ialah kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya.
Ayat I salah kerana perkataan menjejas, sepatutnya menerima imbuhan
kan menjadi menjejaskan. Selain itu, dalam frasa kerja gabungan, akhiran
kan dalam kedua-dua kata kerja perlu dikekalkan.
Ayat II dan IV tiada sebarang kesalahan.
Ayat III salah kerana kata pemeri yang digunakan dalam ayat tersebut
ialah, kata pemeri yang sepatutnya, adalah.

Tugasan Praktikal 74
Memilih Ayat yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.
1.I Laman web yang menawarkan kandungan pembelajaran interaktif itu membolehkan pelajar
mengulangkaji pelbagai mata pelajaran dengan mudah.
II Pihak kominis melakukan pelbagai cara untuk memperngaruhi orang kampung dengan adicitanya.
III Syarikat ini adalah yang pertama mewujudkan program seumpama ini di negara kita bagi
mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar.
IV Lambat atau bangat, engkau akan menjadi ayah juga, nasihat Pak Zainudin kepada anaknya.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II, dan IV
2.I Teknologi satelit di pusat itu membolehkan kandungan data, suara, dan video disalur dengan lebih
pantas dan murah melalui internet.
II Kerajaan sehingga hari ini belum mengeluarkan lesen untuk mengendali perkhidmatan
telekomunikasi generasi ketiga (3G) yang menggunakan teknologi multimedia.
III Sinar mentari pagi yang cerlang menyelinap masuk menerusi lubang-lubang kecil atap rumbia
rumahnya.
IV Dalam menyampaikan pesanan, berlakulah komunikasi antara penyampai dengan penerima
maklumat.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
3.I Syarikat itu dipilih daripada enam syarikat yang menawarkan diri berdasarkan kepada kemampuan
kewangan untuk mengendalikan perkhidmatan itu.
II Kita perlu mengelakkan diri daripada bersikap aga, agar tidak kehilangan kawan.
III Sebagai bangsa yang bertamadun, soal moral seharusnya tidak dikesansampingkan.
IV Program tersebut akan menjadikan landasan penting dalam usaha pembentukan Malaysia sebagai
pusat pendidikan serantau yang terulung.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
4.I Mereka yang dipilih untuk menyertai program itu akan dibekali sebuah komputer.

225

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

II Obesiti boleh mendedahkan kesihatan seseorang kepada pelbagai penyakit merbahaya.


III Oleh kerana arus yang terlalu deras, Pak Hamzah mendayung perahunya dengan sepenuh tenaganya
supaya perahunya tidak hanyut.
IV Yang membezakan manusia dengan haiwan ialah manusia mempunyai pemikiran.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5.I Jayabalan memang mahir bermain gendang kerana sejak kecil lagi dia telah diajar oleh bapanya.
II Persatuan Pengguna adalah sebuah badan bukan kerajaan yang membantu orang ramai berhubung
dengan kepenggunaan.
III Puteri Mayang Mengurai berpesan dengan Datuk Bendahara bahawa beta mahukan daging kijang.
IV Selepas pembunuh sebenar diberkas, barulah kebenaran dari kejadian tersebut diketahui umum.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
6.I Membuat kebajikan kepada orang yang memerlukan pertolongan amat dituntut oleg agama.
II Kos perubatan yang dikenakan oleh kelinik tersebut terhadap orang ramai kadangkala tidak
berpatutan.
III Debu-debu bertebangan apabila kuda hitam itu dipacu oleh anak raja itu dengan tangkasnya.
IV Perdagangan elektronik menggunakan telefon selular dijangka lebih menarik apabila pihak syarikat
telekomunikasi secara agrasif mempertingkat penggunaan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
7.I Kajian mengenai elektrik telah bermula sebelum abad ke 19.
II Pertandingan itu diadakan dari pukul 10.00pagi sampai pukul 4.00 petang.
III Encik Ramli menghadiri sebentuk cincin kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan
mereka.
IV Dialah satu-satunya anak kelahiran kampung itu yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
8.I Syarikat itu akan memasarkan secara agresif perkhidmatan tersebut bagi menarik lebih banyak
pengguna.
II Ghazali sedang asyik menulis novelnya dengan berilhamkan alam fata morgana.
III Kata-katanya itu mengandungi maksud tersirat yang sukar untuk dimengertikan.
IV Ekonomi dunia dijangka pulih pada pertengahan tahun ini tetapi sebahagian besar daripada rakyat
kita masih lagi berhati-hati ketika berbelanja.
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV
9.I Ibunya selalu berpesan agar dia berawas-awas apabila memandu kereta.
II Sejak menglami peristiwa yang ganjil itu, Azlina sering menyendiri dan termenung.
III Pencemaran udara berpunca daripada asap-asap yang dikeluarkan oleh kilang perusahaan dan
kenderaan bermotor.
IV Malaysia memerlu lebih ramai pembangun perisian yang berbakat bagi memastikan negara dapat
bersaing dengan negara maju.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
10.I Lee bercita-cita ingin menjadi ahli saintis nuklear dan ingin memantapkan kariernya dalam
industri komputer.
II Disiplin merupakan peraturan yang diciptakan oleh manusia untuk kepantingan dan keselesaan
manusia itu sendiri.
III Kementerian Kesihatan mengdar risalah tentang wabak SARS kepada orang awam.
IV Beraneka jenis perabot-perabot dijual dalam jualan gudang itu.

226

NOTA TATA PMR


A II sahaja

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI


B I dan II

C I, III dan IV

NO TEL: 016 8822114


D II, III dan IV

Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 74


Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
D
Ayat I salah kerana ejaan mengulang kaji sepatutnya dijarakkan.
Ayat II dan IV tiada sebarang kesalahan.
III salah kerana kata pemeri yang tepat ialah kata pemeri ialah. Hal ini
demikian kerana yang sebenarnya bukan kata hubung, tetapi frasa nama.
2
D
Ayat I salah kerana perkataan disalurkan sepatutnya disalurkan./
Ayat II salah kerana perkataan mengendali sepatutnya mengendalikan.
Ayat III dan IV tiada sebarang kesalahan.
3
C
Ayat I salah kerana kata kerja tak transitif berdasarkan diikuti oleh kata sendi.
Ayat II dan III tiada sebarang kesalahan.
IV salah kerana perkataan menjadikan sepatutnya menjadi.
4
B
Ayat I betul kerana subjek ayat terdiri daripada benda yang bernyawa seperti
Ali dikirimi, dia dinasihati, ibu dihadiahi,, dan sebagainya. Ungkapan itu
salah jika Mereka dibekalkan, Ali dikirimkan, dia dinasihatkan, ibu
dihadiahkan, dan sebagainya.
Ayat II salah kerana perkataan yang betul ialah berbahaya. Ingatlah bahawa
dalam bahasa Melayu tidak ada perkataan yang berawalan mer-.
Ayat III salah kerana frasa oleh kerana. Frasa tersebut salah kerana kata sendi
oelh mestilah disertai oleh kata nama. Dalam frasa itu, kerana ialah keta
hubung, bukan kata nama. Jadi, yang betul ialah sebab, iaitu oleh sebab.
Ayat IV tiada sebarang kesalahan.
5
B
Ayat I dan III tiada sebarang kesalahan.
II salah keran kata pemeri yang sepatutnya ialah kata pemeri ialah.
Ayat IV salah kerana kata sendi nama yang sepatutnya ialah kata sendi nama
daripada. Kata sendi nama daripada menunjukkan KABOS.
6
B
Ayat I dan III tiada sebarang kesalahan.
Ayat II salah kerana ejaan kelinik yang betul ialah klinik.
Ayat IV salah kerana kata mempertingkat sepatutnya ditulis sebagai
mempertingkatkan. Hal ini demikian kerana kata tingkat dalam perkataan itu
bukan kata adjektif.
7
C
Ayat I salah kerana ejaan yang betul ialah ke-19.
Ayat II dan IV tiada sebarang kesalahan.
Ayat III salah kerana menghadiahi sebentuk cincin tidak tepat. Yang betul ialah
menghadiahkan sebentuk cincin cagi menunjukkan objek yang bergerak.
8
D
Ayat I salah kerana frasa kerja memasarkan secara agresif tidak menepati
rumus frasa kerja transitif. Yang betul ialah memasarkan perkhidmatan secara
agresif.
Ayat II, III, dan IV tiada sebarang kesalahan.
9
A
Ayat I dan II tiada sebarang kesalahan.
Ayat III salah keran perkataan asap yang tidak boleh dibilang tidak seharusnya
digandakan.
Ayat IV salah keran perkataan memerlu sepatutnya ada akhiran-kan, iaitu
memerlukan.
10
A
Ayat I salah kerana ahli saintis tidak betul. Yang betul ialah ahli sains atau
saintis sahaja.

227

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

II tiada sebarang kesalahan.


III salah kerana perkataan yang betul ialah mengdarkan.
IV salah kerana beraneka sudah menunjukkan maksud jamak. Frasa yang betul
ialah beraneka jenis perabot.
Tugasan Praktikal 75
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.
1.I Ini kerana bahan mentah yang dicampur dengan bahan tambahan itu lebih cepat sebati.
II Buah rambutan yang dibelinya di pasar malam itu telah magang.
III Yang penting ialah produk yang digunakan oleh anak sama sekali tidak mengandungi bahan kimia.
IV Jurutera muda itu diberi kepercayaan oleh majikannya untuk menyediakan prototaip kereta yang
baharu.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
2.I Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
perkhidmatan menggunting rambut,katanya dengan ramah.
II Atas permintaan yang meningkat dari tahun ke setahun, Norsiah terpaksa memperbesar kedainya
dan menambah bilangan pembantu untuk melayan pelanggannya yang semakin bertambah.
III Kumpulan itu memperjuangkan nahdah demi mewujudkan kesaksamaan taraf hidup dalam
masyarakat.
IV Shahidan sangat kreatif dan berdaya cipta dalam bidang landskap.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
3.I Bila kita menyebut seni reka dalaman, akan terpancarlah di dalam minda kita pelbagai bentuk
hiasan yang menarik.
II Sikapnya yang suka mengumpat kawan-kawannya menyebabkan dia dijauhi oleh rakan sepejabat.
III Mak andam turut menghiasi pelamin dengan bung-bung yang beraneka warna.
IV Pokok kaktus amat bergantung pada kekuatan cahaya yang diterimanya.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I, III dan IV
4.I Beliau juga menasihatkan pelajar supaya memilih khursus yang tepat agar tidak tersalah pilih
kursus yang tidak mempunyai nilai komersil di pasaran.
II Perjanjian yang dimeterai pada tahun 1959 itu tidak menghalang sebarang tuntutan hak negara
berkepentingan ke atas benua Antartika.
III Beliau mendakwa bahawa perkara itu tidak berlaku seperti mana yang dilaporkan.
IV Sikap tidak mahu bekerja keras dan tidak bermotivasi akan melahiorkan pekerja yang jumud
pencapaiannya.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV
5.I Cek replika yang bermilai RM10000 itu disampaikan oleh pengerusi syarikat kepada pemenang
Kuiz SMS Ucapan Selamat Hari Raya.
II Kejadian itu adalah kedua berlaku terhadapnya sejak menjadi ahli jawatankuasa lembaga disiplin
sekolah berkenaan lima tahun lalu.
III Dia menganggap apa-apa yang didengarinya daripada mulut Siti adalah benar belaka.
IV Dengan perasaan cuak, dia membuka pintu rumah yang diketuk bertalu-talu ketika dinihari.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV

228

NOTA TATA PMR

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

6.I Ucapannya terlalu banyak kiasan hingga penonton tidak tahu inti pati yang mahu disampaikannya.
II Azwa langsung tidak meladeni tegahan ayahnya supaya tidak keluar rumah.
III Dia berjaya melahirkan idea dengan lancar dalam tulisannya.
IV Walau pun dia tidak banyak bercakap, tetapi wajah dan air mukanya sentiasa ceria.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV
7.I Masalah kita ialah kerana pelajaran agama tidak sampai kepada peringkat penghayatan.
II Perasaan kasih terhadap anaknya tidak pernah susut, walaupun anaknya menderhakainya.
III Penjaga gawang pasukan bola sepak Arsenal terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
IV Dia bukan sahaja penulis yang prolifik, tetapi sering memenangi hadiah sastera dalam sayembara
sastera tanah air.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
8.I Sungguhpun dia tunawicara, dia pandai berdikari bagi menampung perbelajaan hidupnya.
II Pemuda yang memakai gamis bitu itulah yang berkirim salam kepada awak semalam, kata Nisa
seraya tersenyum nakal.
III Sharudin menjelaskan segala persoalan yang selama ini menjadi tanda soal keluarganya.
IV Faktor tanaman petani tidak berupaya mengeluarkan hasil yang banyak termasuk berbuah lebat
adalah disebabkan pertumbuhan daunnya yang tidak sihat sehingga merencatkan proses fotosintesis.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
9.I Majlis akan disambung selepas tetamu merantau dan solat Zuhur.
II Oleh sebab terlalu asyik, dia tidak sedar bahawa dia telah membaca novel itu dari pagi hingga ke
petang.
III Polis sedang menjalankan operasi secara besar-besaran untuk menangkap penagih dadah yang tegar.
IV Internet menjadi wadah yang penting untuk kita mendapat maklumat semasa.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
10.I Zulaiha tidak betah lagi tinggal di rumah mertuanya kerana sering dihina dan dimarahi.
II Baju kurung yang dipakai oleh wanita itu agak telus hingga menampakkan susuk tubuhnya.
III Usaha untuk melestarikan alam semula jadi penting bagi mengelakkan bencana alam daripada
berlaku.
IV Penulis itu memberikan fakta yang salah dan menyimpang daripada fakta yang sebenatnya.
A I dan II
B II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
Jawapan dan Huraian untuk Tugasan Praktikal 75
Nombor Jawapan Huraian
soalan
1
C
Ayat I salah kerana ayat tersebut tergantung. Ayat yang betul ialah Ini
demikian kerana atau Hal ini demikian kerana
Ayat II dan IV tiada sebarang kesalahan.
Ayat III salah kerana frasa digunakan oleh anda tidak menepati rumus ayat
pasif diri pertama. Frasa yang betul ialah anda gunakan.
2
D
Ayat I salah kerana ejaan kakitangan dijarakkan. Sebenarnya, perkataan
kakitangan termassuk dalam 15 perkataan kata nama majmuk yang mesti dieja
dan ditulis secara rapat.
Ayat II salah keran frasa sendi nama berpasangan tidak gramatis. Frasa yang
gramatis ialah dari tahun ke tahun atau dari setahun ke setahun.
Ayat III dan IV tiada sebarang kesalahan.

229

NOTA TATA PMR


3

10

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU CHAI

NO TEL: 016 8822114

Ayat I salah kerana penggunaan kata bila dalam ayat penyata. Dalam ayat itu,
sepatutnya kata hubung apabila digunakan. Kata bila digunakan dalam ayat
tanya.
Ayat II dan IV tiada sebarang kesalahan.
III salah kerana ayat tersebut bermaksud mak andam manjadi alat bahan.
Maksud ayat yang sebenar ialah Mak Andam melakukan perbuatan hias. Oleh
itu, perkataan yang tepat ialah menghiaskan.
IV betul.
I salah kerana frasa menasihatkan pelajar tidak tepat. Frasa kerja yang betul
ialah menasihati pelajar atar menasihatkan perkara itu kepada pelajar.
II betul.
III salah kerana ungkapan seperti mana tidak gramatis. Ungkapan yang
gramatis ialah seperti
IV betul.
I betul
II salah kerana penggunaan kata pemeri yang tidak tepat. Kata pemeri yang
tepat ialah kata pemeri ialah. Hal ini demikian kerana yang bukan kata
hubung, tetapi frasa nama.
III betul.
IV betul.
I betul
II betul
III betul
IV salah kerana ejaan walaupun sepatutnya dirapatkan.
I salah kerana selepas kata pemeri ialah mestilah diikuti oleh kata nama atau
frasa nama, bukan kata hubung. Jadi, buanglah perkataan kerana.
II betul
III betul
IV betul
I betul
II betul
III salah kerana kata majmuk yang tepat untuk mendukung maksud ayat ialah
tanda tanya.
IV salah kerana kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
I betul
II salah kerana kata sendi nama hingga dan ke digunakan secara berturutan
dalam ayat. Yang betul ialah dari pagi hungga petang.
III betul
IV salah kerana penggunaan perkataan mendapat. Yang betul ialah
mendapatkan.
I betul
II betul
III betul
IV betul

230

Anda mungkin juga menyukai