Anda di halaman 1dari 1

seyogianya, seharusnya, semestinya, sepatutnya

Soalan:
1.Adakah "Lain daripada itu" sama maksud dengan "Selain itu"?
2.Bolehkah saya memulakan ayat dengan penanda wacana "Dasawarsa ini?
3. Penggunaan "seharusnya", "seyogianya", dan "semestinya", dan sepatutnya" sama
tak? Sila huraikan, cikgu.
Daripada:
Saya berdarmawisata(60.49.119.30)
Jawapan:
1.Memang benar bahawa "Lain daripada itu" sama maksud dengan "Selain itu".
2.Dasawarsa ini bukan penanda wacana. Dasawarna ini ialah bahagian keterangan dalam
ayat. Dalam penulisan karangan, ungkapan seperti dalam abad ini, pada masa ini,
dasawarsa ini, akhir-akhir ini, belakangan ini, dan sebagainya sering digunakan oleh
penulis sebagai keterangan dalam ayat.
3.Seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, atau semestinya. Oleh itu, perkataan
seharusnya mempunyai maksud yang tidak sama dengan perkataan semestinya dan
sepatutnya. Ayat contoh: Jika kamu ke Mekah pada tahun depan, seyogianya isteri
kamu turut serta.
Posted by agy7500 at 7:30 AM 0 comments
Monday, June 2, 2008

Anda mungkin juga menyukai