Anda di halaman 1dari 31

Kata Ganda Lewah yang Dipandang Enteng oleh Pengguna Bahasa.

Pengguna bahasa tidak dapat dipisahkan daripada menggunakan kata ganda. Walau
bagaimanapun, banyak perkataan yang sudah mantap dengan maksud tunggal dan jamak yang
tidak perlu digandakan lagi. Oleh sebab itu, janganlah kita menggandakan kata nama yang
sudah membawa maksud tunggal dan jamak dalam ayat.
1.
...... remaja-remaja di Malaysia ...... (tidak gramatis)
...... remaja di Malaysia ...... (gramatis)
2.
...... penduduk-penduduk di negara ini...... (tidak gramatis)
...... penduduk di negara ini...... (gramatis)
3.
...... masyarakat-masyarakat di kawasan pedalaman ...... (tidak gramatis)
...... masyarakat di kawasan pedalaman ...... (gramatis)
4.
...... pelajar-pelajar di universiti ternama itu...... (tidak gramatis)
...... pelajar di universiti ternama itu...... (gramatis)
5.
...... murid-murid di sekolah yang besar itu ...... (tidak gramatis)
...... murid di sekolah yang besar itu ...... (gramatis)
6.
......ibu-ibu bapa dijemput masuk ...... (tidak gramatis)
......ibu bapa dijemput masuk...... (gramatis)
"Yang di-Pertuan" dan "Yang d-Pertua" serta "Yang Dipertua" yang disalah tulis:
Pengguna bahasa Melayu masih keliru mengeja frasa Yang Dipertua, Yang di-Pertua, Yang
Dipertuan dan Yang di-Pertuan. Kekeliruan ini mungkin disebabkan oleh ketidakselarasan
penggunaan frasa tersebut, terutamanya dalam media cetak seperti akhbar dan majalah.
Mulai tahun 2000, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Jawatankuasa Biro Pengaduan
Bahasa telah memutuskan untuk menyelaraskan ejaan bagi frasa tersebut. Tiga bentuk
penulisan yang betul telah diputuskan, iaitu Yang Dipertua, Yang di-Pertua dan Yang di-Pertuan
manaka ejaan Yang Dipertuan dianggap salah. Penggunaan ketiga-tiga frasa tersebut adalah
khusus untuk jawatan atau pangkat tertentu:
(i) Frasa Yang Dipertua digunakan khusus untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau
pertubuhan, contohnya:

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu


Yang Dipertua Dewan perniagaan Cina Malaysia
Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(ii) Bagi ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri, frasa yang digunakan
ialah frasa Yang di-Pertua, contohnya:
Yang di-Petua Dewan Negara
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Negeri
(iii) Frasa Yang di-Pertuan pula digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri,
contohnya:
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan)
Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak)
Catatan:
Penggunaan bentuk ejaan Yang di-Pertua dan Yang di-Pertuan ini adalah selaras dengan bentuk
yang digunakan secara rasmi oleh Jabatan Perdana Menteri dan bentuk ini juga telah digunakan
dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: Koleksi Pedoman Bahasa 2, muka surat 2, terbitan Bahagian Pengembangan Bahasa
Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
PERLANTIKAN ATAU PELANTIKAN
Untuk membezakan ejaan perlantikan dengan pelantikan perkara pertama yang perlu ditentukan
ialah imbuhan yang boleh digunakan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l seperti
lucut, letak, lancar, lanjut, dan lain-lain Permasalahan ini tidak akan timbul pada perkataan yang
bermula dengan huruf lain daripada l.
Awalan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang
mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contoh, petinju. Yang kedua, penanda makna
orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun
atau petani . Manakala awalan per- berfungsi sebagai penanda makna alat atau tempat.
Contohnya, perasap. Kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja. Contohnya, perburu,
iaitu orang yang berburu.
Oleh itu, ejaan yang betul untuk kata "lantik" dan "letak" ialah pelantikan/peletakan. Kata
"pelantikan" ialah orang yang dilantik, manakala kata "peletakan" ialah orang meletakkan
jawatan/gelaran dan sebagainya. Lihat contoh di bawah:
(a)
...... perletakan batu asas (salah)
...... peletakan batu asas (betul)
(b)
......perlantikan pengawas baharu (salah)
......pelantikan pengawas baharu (betul)

Jika perkataan tersebut boleh ditambah imbuhan meN--kan, perkataan tersebut dieja dengan
peN--an iaitu tanpa huruf r. Sebagai contoh, perkataan lucut, letak, lancar, lanjut, lepas,
laksana boleh ditambah apitan meN--kan (me--kan) menjadi; melucutkan, meletakkan,
melancarkan, melanjutkan, melepaskan, melaksanakan perkataan tersebut dieja sebagai;
pelucutan, peletakan, pelancaran, pelanjutan, pelepasan, pelaksanaan. Kata terbitan yang betul
ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka
terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar
seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika
menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan. Perkataan perlantikan tidak ada
dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.
Sebaliknya, jika sesuatu perkataan yang bermula dengan huruf l boleh menerima apitan beR, seperti berlumba, berlawan, berlaga, perkataan tersebut dieja dengan peR--an iaitu
dengan huruf r (per--an) menjadi; perlumbaan, perlawanan, perlagaan. Lihat contoh di bawah:
(c)
...... pelumbaan haram (salah)
...... perlumbaann haram (betul)
(d)
...... pelawanan bola sepak (salah)
...... perlawanan bola sepak (betul)
Kaedah ini tidak melibatkan perkataan yang bermula dengan huruf lain, selain huruf l seperti
gaduh, tambah, damai, tetap dieja sebagai pergaduhan, pertambahan, perdamaian, dan bukan
dieja pegaduhan, petambahan, pedekatan, pedamaian. Lihat contoh di bawah:
(e)
...... pegaduhan antara Ali dengan Ah Meng (salah)
...... pergaduhan antara Ali dengan Ah Meng (betul)
(f)
...... petambahan penduduk di Lembah Klang (salah)
...... pertambahan penduduk di Lembah Klang (betul)
(g)
...... pedekatan yang sesuai (salah)
...... pendekatan yang sesuai (betul)
(h)
...... pedamaian antara puak yang bermusuhan (salah)
...... perdamaian antara puak yang bermusuhan (betul)
...... kongres pedamaian sedunia (salah)
...... kongres pendamaian sedunia. (betul)
Sebagai kesimpulannya, keraguan tentang ejaan perkataan yang menggunakan pe--an atau
per--an dapat diatasi dengan menentukan imbuhan yang dapat digunakan dengan kata

dasarnya. Rujuklah Tatabahasa Dewan Edisi Baharu untuk mendapatkan panduan yang betul
agar kita dapat memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
BERGANTUNG PADA ATAU BERGANTUNG KEPADA?
Merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 275, kata sendi nama "pada" antaranya berfungsi
sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi
perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-284.
Dalam pengajaran bahasa Melayu, dari segi kata sendi nama, satu daripada penggunaan kata
sendi nama kepada adalah untuk menunjukkan maksud sasaran. Sementara itu, satu daripada
fungsi kata sendi nama pada adalah untuk menunjukkan maksud sandaran. Maka, kata sendi
nama yang sesuai dengan konteks ayat yang tersebut ialah:
1.
...... bergantung pada semangat ketabahan.... (gramatis)
...... bergantung kepada semangat ketabahan.... (tidak gramatis)
2.
...... memberikan penegasan pada bahagian itu dalam predikat (gramatis)
...... memberikan penegasan kepada bahagian itu dalam predikat (tidak gramatis)
3.
...... menumpukan perhatian pada bidang sintaksis...... (gramatis)
...... menumpukan perhatian kepada bidang sintaksis...... (tidak gramatis)
4.
...... memberikan pengkhususan pada bidang morfologi ...... (gramatis)
...... memberikan pengkhususan kepada bidang morfologi ...... (tidak gramatis)
5.
...... berpaut pada rotan..... (gramatis)
...... berpaut kepada rotan..... (tidak gramatis)
Akhirulkalam, jika tidak memahami penggunaan kata sendi yang tepat, rujuklah Tatabahasa
Dewan untuk mendapatkan kepastian. Yang pasti, keyakinan kita berbahasa akan bertambah
jika kita dapat menggunakan bahasa dengan betul dan gramatis.
PERBEZAAN ADAT, ADAB, DAN ADAP YANG SAMA BUNYI TAK SAMA MAKSUD
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, berikut ialah maksud adat, adab, dan adap:
Adat
1. peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun
2. cara yang sudah menjadi kebiasaan
Adab
1. tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus,

kesopanan
2. cara seseorang berkelakuan dalam situasi tertentu
Adap
1. kata majmuk nasi adap atau adap-adapan ialah pulut berwarna kuning yang biasanya
dihidangkan dalam upacara perkahwinan.
Lihat contoh ayat di bawah:
(a)
(i) Apabila mengunjungi rumah kawan berbangsa Melayu, Ah Meng menghormati adab makan
mereka. (tidak gramatis)
(ii) Apabila mengunjungi rumah kawan berbangsa Melayu, Ah Meng menghormati adat makan
mereka. (gramatis)
(b)
(i) Dalam majlis perkahwinan itu, pengantin lelaki menyuapkan nasi adat kepada pengantin
perempuan. (tidak gramatis)
(ii) Dalam majlis perkahwinan itu, pengantin lelaki menyuapkan nasi adap kepada pengantin
perempuan. (gramatis)
(c)
(i) Wanita yang memakai skirt pendek ke kuil itu dianggap tidak beradab. (gramatis)
(ii) Wanita yang memakai skirt pendek ke kuil itu dianggap tidak beradat. (tidak gramatis)
(d)
(i) Anak yang beradab tidak akan meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa.
(gramatis)
(ii) Anak yang beradat tidak akan meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa. (tidak
gramatis)
(e)
(i) Penduduk Kadazan Dusun itu mengenakan pakaian beradat ketika menghadiri upacara
keagamaan. (gramatis)
(ii) Penduduk Kadazan Dusun itu mengenakan pakaian beradab ketika menghadiri upacara
keagamaan. (tidak gramatis)
(f)
(i) Artis popular yang berhijab tetapi tidak beradat dari segi pakaian ditegur oleh pemimpin
agama. (tidak gramatis)
(ii) Artis popular yang berhijab tetapi tidak beradab dari segi pakaian ditegur oleh pemimpin
agama. (gramatis)
Kesimpulannya, adat merujuk kepada peraturan yang sudah lama diamalkan manakala adab
pula merujuk kepada amalan sopan atau baik yang sudah lama berakar umbi dalam kehidupan
kita.

Sewaktu berbahasa Melayu, kita mestilah beradab dalam penggunaan kata dan bersusila dalam
percakapan. Dengan berbuat begitu, konsep budi bahasa budaya kita terus menjadi lambang
kebanggaan rakyat Malaysia sebagai penduduk yang beradab walaupun memiliki adat resam
yang berbeza. Ingatlah bahawa adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. Janganlah lupa
akan adat lama pusaka usang kerana setiap perbuatan ada peraturannya. Oleh sebab itu, saya
yakin bahawa adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. Akhir kata, kita mestilah
mengamalkan prinsip hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
PERIHAL "DIBUAT DARIPADA" DAN "DIPERBUAT DARIPADA"
"Diperbuat" dan "dibuat" ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif "memperbuat" dan "membuat".
Kamus Dewan hanya memasukkan kata terbitan daripada kata kerja aktif sahaja.
Jika kita meneliti Kamus Dewan, "memperbuat" sama makna dengan "membuat", iaitu
membentuk, mencipta waima membikin sesuatu.
Sebaliknya, "membuat" pula mempunyai banyak makna, antaranya ialah "membikin, membentuk,
mencipta, mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan, menyebabkan,
mendatangkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan dan banyak lagi.
1.
Beg itu dibuat daripada kulit buaya. (betul)
Beg itu diperbuat daripada kulit buaya. (betul)
Dalam ayat-ayat di atas, kedua-dua frasa "dibuat daripada" dan "diperbuat daripada" betul. Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan lihat entri "buat", kata kerja "membuat" sama
maksudnya dengan memperbuat kerana bentuk pasifnya "dibuat" dan "diperbuat".
2.
Keputusan itu dibuat oleh Kak Zeti.
Keputusan itu diperbuat oleh Kak Zeti.
3.
Kian Ling membuat keputusan untuk berhijrah.
Kian Ling memperbuat keputusan untuk berhijrah.
Jika kita meneliti maksud dalam Kamus Dewan, keempat-empat ayat di atas gramatis atau tidak
gramatis?
Sila kemukakan pendapat anda.
PERIHAL IA DAN YA YANG SAMA TAPI TAK SERUPA
Ia dan Ya sering kita dengar dan tulis dalam ayat dan dialog serta acap kali kita lihat dalam sari
kata yang disiarkan melalui televisyen. Walau bagaimanapun, perkataan yang terbentuk
daripada satu suku kata ini kadangkala mengelirukan pengguna bahasa. Ya atau tidak?

Sebelum kita melihat penerbitan kata daripada ia dan ya. Eloklah kita perhatikan maksud ia
dan ya dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga.
Ia ialah kata yang diucapkan untuk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu serta
membawa maksud ya.
Sementara itu, beria-ia pula membawa maksud bersungguh-sungguh. Contohnya, Dia beria-ia
benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman.
Jika dibubuh imbuhan untuk membentuk kata kerja, ia akan menjadi mengiakan yang
membawa maksud mengatakan ia, membenarkan, dan menyungguhkan. Contohnya, Saya
mengiakan apa-apa yang dikatakannya.
Ya membawa maksud kata untuk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul.
Contohnya, Ya, saya ada dua orang anak. Contoh kedua ialah Yakah engkau ini yang bernama
Tuanku Malim Deman? Frasa Ya tak Ya juga membawa maksud memang benar dan betul.
Ya juga merupakan kata untuk menyatakan sanggup melakukan sesuatu atau baiklah.
Contohnya, Yalah, patik membawa Duli Yang Dipertuan lari.
Ya juga merupakan kata untuk menyahut panggilan orang dengan menjawab bahawa kita
mendengarnya. Contohnya, Ya pak cik.
Ya jika dibubuh imbuhan untuk menjadi kata kerja pula akan menjadi mengeyakan yang
membawa maksud mengatakan ya, membenarkan, dan menyungguhkan.
Sebenarnya, perkataan mengiakan lahir daripada kata dasar ia manakala mengeyakan lahir
daripada kata dasar ya membawa maksud yang sama membenarkan menyetujui, dan
mengakui sesuatu. Perkataan ya yang mempunyai satu suku kata apabila menerima imbuhan
meng- akan menjadi menge- mengeyakan. Oleh hal yang demikian kedua-dua perkataan
tersebut boleh digunakan walaupun maknanya ada sedikit perbezaan.
Apakah perbezaannya?
Jika dilihat dari sudut makna, kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Walau
bagaimanapun, jika dilihat dari sudut fungsi kata, kedua-dua kata ini terdapat sedikit perbezaan.
Kata mengiakan berfungsi sebagai perkara atau keterangan yang dipersetujui. Sementara itu,
mengeyakan pula, berfungsi apabila seseorang itu diminta menyatakan atau mengatakan
sesuatu perkara yang perlu dipersetujui.
Lihat ayat-ayah di bawah:
1.
Ayah mengiakan permintaan ibu. (salah)
Ayah mengeyakan permintaan ibu. (betul)
2.
Ayah mengeyakan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis. (betul)
Ayah mengiakan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis. (salah)

3.
Ibu mengiakan pertanyaan ayah. (salah)
Ibu mengeyakan pertanyaan ayah. (betul)
Adakah jawapan saya di atas betul?
Sekian informasi bahasa untuk tatapan kita pada hari ini.
PERBEZAAN ANTARA "AGEN" DENGAN "EJEN"
Banyak pengguna bahasa bertanya kepada saya, "Cikgu Tan, mengapakah "agensi insurans"
betul tetapi "agen insurans" salah?
Adakah ejen bekerja untuk agensi atau ejensi?
Mengapakah berlaku fenomena seperti ini?
Marilah kita lihat maksud "agen" dan "ejen" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
agen - sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dan sebagainya)
ejen - orang yang menjalankan perniagaan untuk orang lain atau wakil dalam urusan jual beli
atau dalam perdagangan atau wakil penjual
Lihat ayat-ayat di bawah:
1.
Ayah bekerja sebagai agen hartanah di sebuah agensi hartanah. (salah)
Ayah bekerja sebagai ejen hartanah di sebuah agensi hartanah. (betul)
2.
Flora dan fauna berfungsi sebagai ejen pendebungaan. (salah)
Flora dan fauna berfungsi sebagai agen pendebungaan. (betul)
3.
Wanita itu agen insurans yang rajin. (salah)
Wanita itu ejen insurans yang rajin. (betul)
4.
Asid ialah ejen kimia yang penting. (salah)
Asid ialah agen kimia yang penting. (betul)
Secara ringkas, lihat perbezaan ketara antara kedua-dua perkataan tersebut:
(i) ejen (manusia)
(ii) agen (bukan manusia)
Kesimpulannya, kedua-dua perkataan agen dan ejen merujuk perkataan Inggeris yang sama,
iaitu "agent".
"Agen" digunakan untuk bidang sains dan bidang-bidang lain yang bermaksud sesuatu yang
menyebabkan berlakunya tindak balas, proses dan sebagainya manakala "ejen" digunakan untuk
orang, syarikat dan sebagainya yang menjalankan perniagaan untuk orang lain.
Dalam hal ini menunjukkan kedua-dua perkataan itu digunakan mengikut konteks dan bidang
yang berbeza.
Saya berharap agar penerangan saya jelas dan mudah difahami.
Selamat belajar!

Oleh sebab musim cuti ialah musim perkahwinan, maka kita lihat perbezeaan antara kata dasar
"suami" dan "isteri" yang menerima imbuhan apitan "memper-i" dan "memper-kan"
Topik hari ini:
(a) Perbezaan antara "memperisteri" dan "memperisterikan"
(b) Perbezaan antara "mempersuami" dan "mempersuamikan"
(a)
"memperisteri" bermaksud menjadikan seseorang isteri. "memperisterikan" bermaksud
memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri.
(b)
"mempersuami" bermaksud menjadikan seseorang suami. "mempersuamikan" bermaksud
memberikan suami kepada seseorang atau menjadikan seseorang bersuami.
Contohnya:
1.
Encik Hamid memperisterikan seorang gadis kampung. (salah)
Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. (betul)
2.
Pak Tua memperisteri Ali dengan gadis dari seberang. (salah)
Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. (betul)
3.
Puteri bongsu mempersuamikan pahlawan yang gagah itu. (salah)
Puteri bongsu mempersuami pahlawan yang gagah itu. (betul)
4.
Ibu ingin mempersuami kakak dengan lelaki dari Melaka. (salah)
Ibu ingin mempersuamikan kakak dengan lelaki dari Melaka. (betul)
Kesimpulannya, apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung
dengan apitan ini tidak banyak, seperti: "memperingati", "memperkawani", "memperisteri" dan
"mempersuami".
Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper...i jika ada keperluan untuk menyatakan
makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam
bahasa Melayu. Hal ini wujud hasil daripada perkembangan sesuatu bahasa selagi bahasa itu
terus dituturkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Apitan memper-...-kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper-...-kan
dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan dalam
maksud kata kerja, manakala apitan memper-...-kan dengan kata nama membawa maksud
kausatif seperti mempercabangkan (menjadikan bercabang) dan memperhambakan (menjadikan
diri seperti hamba). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 208 dan
2011.

Selamat pengantin baharu!


Selamat belajar!
KATA TANYA "DI MANA", KATA GANTI NAMA TIDAK TENTU "DI MANA-MANA" YANG SERING
DISALAHGUNAKAN.
"Di mana" ialah kata tanya yang mantap dan hanya boleh ditulis dalam ayat tanya. Jika ingin
ditulis pada awal ayat, partikel "-kah" perlu digunakan.
Jika ingin ditulis pada akhir ayat, partikel "-kah" tidak perlu ditulis.
Banyak pengguna bahasa yang melakukan kesilapan seperti yang berikut:
1.
Di mana awak tinggal? (salah)
Awak tinggal di manakah? (salah)
Di manakah anda tinggal? (betul)
Anda tinggal di mana? (betul)
2.
Di mana guru itu mengajar? (salah)
Guru itu mengajar di manakah? (salah)
Di manakah guru itu mengajar? (betul)
Guru itu mengajar di mana? (betul)
"Di mana-mana" ialah kata ganti nama tidak tentu yang hanya boleh hadir dalam ayat yang
menjelaskan maksud tempat atau lokasi yang tidak tentu. Oleh sebab itu, "di mana" tidak sesuai
untuk menggantikan penggunaan tempat yang tidak tentu. Hal ini dikatakan demikian kerana "di
mana" untuk ayat tanya sahaja.
Sebenarnya, perkataan "di mana" dalam ayat penyata banyak ditemukan dan ditulis oleh
pengguna bahasa kerana mereka terpengaruh oleh bahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian,
frasa "di mana" dalam ayat penyata harus digugurkan kerana tidak mengganggu makna sebenar
ayat tersebut.
Contoh 1:
School is a place where we study.(bahasa Inggeris)
Sekolah ialah tempat di mana kita belajar. (salah)
Sekolah ialah tempat kita belajar. (betul)
Contoh 2:
Keep the trophy at whichever place that you think is suitable. (bahasa Inggeris)
Simpan piala itu di mana tempat yang kamu rasa sesuai. (salah)
Simpan piala itu di tempat yang kamu rasa sesuai. (betul)
Simpan piala itu di mana-mana tempat yang kamu rasa sesuai. (betul)

3.
Sekolah ialah tempat di mana kita belajar. (salah)
Sekolah ialah tempat kita belajar. (betul)
4.
Musim kering di mana hujan tidak turun untuk masa yang lama. (salah)
Musim kering ialah tempoh hujan tidak turun untuk masa yang lama. (betul)
5.
Kita dapat tinggal di mana sahaja asalkan keperluan asas mencukupi. (salah)
Kita dapat tinggal di mana-mana sahaja asalkan keperluan asas mencukupi. (betul)
Konklusinya,
di mana? = where?
di mana-mana = wherever
Harus ingat, "di mana" hanya wujud dalam ayat tanya sahaja.
Terima kasih,
jumpa lagi pada Isnin depan!
KATA TANYA "BILA" YANG MENGALAMI PROSES PENERBITAN KATA
Banyak pengguna bahasa yang beranggapan "bila" dan "apabila" mempunyai makna yang
sama. Sebenarnya, banyak perbezaan antara "bila" dengan "apabila".
Bila ialah kata tanya yang berkaitan dengan waktu.
Jika ingin ditulis pada awal ayat, partikel "-kah" perlu digunakan.
Jika ingin ditulis pada akhir ayat, partikel "-kah" tidak perlu ditulis.
Contohnya:
1.
Bila adik akan bertunang? (salah)
Adik akan bertunang bilakah? (salah)
Bilakah adik akan bertunang? (betul)
Adik akan bertunang bila? (betul)
Apabila ialah kata penghubung ayat yang bererti "pada ketika" atau "semasa".
Satu lagi perkataan yang boleh bertukar ganti dengan perkataan "apabila" ialah "apakala".
Contohnya:
2.
Ayah hanya berdiam diri bila kami menegurnya. (salah)
Ayah hanya berdiam diri apabila kami menegurnya. (betul)

3.
Atikah duduk di hujung dewan bila majlis bermula. (salah)
Atikah duduk di hujung dewan apabila majlis bermula. (betul)
Bila-bila pula membawa maksud "sebarang masa" atau "masa atau waktu yang tidak ditentukan".
Contohnya:
4.
Encik Meganathan akan masuk ke pejabat pada bila masa. (salah)
Encik Meganathan akan masuk ke pejabat pada bila-bila masa. (betul)
5.
Husni akan membentangkan kertas kerjanya pada bila masa pagi nanti. (salah)
Husni akan membentangkan kertas kerjanya pada bila-bila masa pagi nanti, (betul)
Kesimpulannya. "bila" dan bilakah" hanya boleh digunakan untuk menanyakan sesuatu.
Sementara itu, "bila-bila" menerangkan "sebarang masa" atau "whenever" dalam bahasa
Inggeris
a) kata bilangan menunujukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.
Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan.
Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan.
Contohnya masing-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan.
Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.
Kata bilangan pisahan "setiap" atau "tiap-tiap" tidak perlu diikuti penjodoh bilangan, isu
sebenarnya ialah sama ada kata nama yang hadir selepas kata setiap perlu didahului penjodoh
bilangan atau tidak.
Bagi menghasilkan ayat yang gramatis dan untuk menunjukkan bilangan kata nama perlu hadir
berpasangan dengan penjodoh bilangan.
Penjodoh bilangan lazimnya digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan
bilangan.
Contohnya, tiga buah kenderaan dan lima buah rumah.
Oleh sebab itu, kata bilangan tentu, himpunan, dan kata bilangan "beberapa".
Contohnya,

1.
beberapa pelajar (salah)
beberapa orang pelajar (betul)
2.
kelima-lima pelajar (salah)
kelima-lima orang pelajar (betul)
3.
lima guru (salah)
lima orang guru (betul)
4.
Setiap batang pen (salah)
setiap pen (betul)
5.
sesetengah buah buku (salah)
sesetengah buku (betul)
6.
setengah-setengah kumpulan pelajar (salah)
setengah-setengah pelajar (betul)
7.
tiap-tiap batang rokok (salah)
tiap-tiap rokok (betul)
8.
berjuta-juta murid (salah)
berjuta-juta orang murid (betul)
9.
beribu-ribu pendatang asing (salah)
beribu-ribu orang pendatang asing (betul)
10.
sejuta kereta (salah)
sejuta buah kereta (betul)
Selamat belajar!
Sekian, terima kasih.
JUSTERU ITU YANG DISALAH GUNA KERANA DIANGGAP OLEH ITU
"Justeru" membawa dua makna.
1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar.

Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?


2. Makna kedua ialah malahan, bahkan.
Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia".
Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" tidak boleh digunakan.
Contohnya dalam ayat:
"Saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Justeru, saya tidak menyokong cadangannya."
Penggunaan justeru dalam ayat di atas tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas.
Kesimpulannya, justeru itu tidak gramatis dan menyalahi maknanya dan kegunaannya dalam
ayat. Mulai hari ini, janganlah kita tulis Justeru itu, tulislah penanda wacana seperti yang
berikut:
1. Oleh sebab itu,
2. Oleh hal yang demikian,
3. Oleh itu,
PERBEZAAN ANTARA "MEMBAIKI", "MEMPERBAIKI" DENGAN "MEMPERBAIK"
Secara umumnya, banyak pengguna bahasa waima guru subjek Bahasa Melayu sendiri turut
menggunakan kata kerja membaiki, memperbaiki, dan memperbaik dengan cara yang salah. Hal
ini dikatakan demikian kerana kebanyakan mereka beranggapan bahawa perkataan "membaiki"
dan "memperbaiki" membawa maksud yang sama.
Sebenarnya, maksud ketiga-tiga perkataan itu ada perbezaan yang besar. Lihat makna
perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga seperti yang berikut:
membaiki = membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainya
memperbaiki = (sastera lama) berbuat baik kepada
memperbaik = menjadikan bertambah baik (bagus, rapi dan sebagainya)
Antara kesilapan pengguna bahasa dan pembetulannya:
1.
Ali membaiki kereta yang rosak. (betul)
Ali memperbaiki kereta yang rosak. (salah)
2.
Teoh memperbaik tulisannya yang cakar ayam. (betul)
Teoh membaiki tulisannya yang cakar ayam. (salah)
3.
Dashmita memperbaiki orang tuanya dengan mentaati mereka. (betul)
Dashmita memperbaik orang tuanya dengan mentaati mereka. (salah)

4.
Pihak kerajaan tempatan itu membaiki kerosakan jalan raya. (betul)
Pihak kerajaan tempatan itu memperbaiki kerosakan jalan raya. (salah)
5.
Ayah pandai membaiki kerosakan alat elektronik. (betul)
Ayah pandai memperbaiki kerosakan alat elektronik. (salah)
6.
Abang Zul memperbaik sistem audio keretanya di kesai aksesori. (betul)
Abang Zul memperbaiki sistem audio keretanya di kesai aksesori. (salah)
Sudah jelas dan mudah, bukan?
Saya berharap agar anda semua mendapat pencerahan tentang perbezaan antara membaiki,
memperbaiki, dan memperbaik.
Selamat belajar dan ingatlah bahawa betulkan yang salah, biasakan yang betul.
PENGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
Kata ganti nama diri singkat lazimnya disalah tulis oleh pengguna bahasa. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengguna bahasa beranggapan bahawa cara menulis kata ganti nama diri
biasa dan singkat adalah sama. Lihat beberapa cointoh kesilapan di bawah:
1. *Beg ini perlu kau bawa esok.
2. *Lantai ini mesti kau mop.
3. *Kertas itu mesti ku ambil daripadanya.
4. *Lukisan itu ada pada mu.
Kata ganti nama ku, mu, dan kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya; ku, mu, dan
nya ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya.
Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat
dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum.
Contohnya:
1.
Kau bacalah buku ini. (salah)
Kaubacalah buku ini. (betul)
2.
Cek itu sudah kau terima? (salah)
Cek itu sudah kauterima? (betul)
Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat
dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya.

Contohnya:
3.
Bintang di langit ku lihat bersamanya. (salah)
Bintang di langit kulihat bersamanya. (betul)
4.
Berita itu tidak habis-habis ku dengar. (salah)
Berita itu tidak habis-habis kudengar. (betul)
5.
Di situlah rumah ku. (salah)
Di situlah rumahku (betul)
6.
Ayah menemani ku belajar Matematik. (salah)
Ayah menemaniku belajar Matematik. (betul)
Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat
dengan kata yang mendahuluinya.
Contohnya:
7.
Surat ini sudah kuberi kepada mu (salah)
Surat ini sudah kuberi kepadamu. (betul)
8.
Adakah ini buku mu? (salah)
Adakah ini bukumu? (betul)
9.
Ibu dan ayah amat menyayangi mu. (salah)
Ibu dan ayah amat menyayangimu. (betul)
LATIH TUBI:
Betulkan kesalahan dalam ayat-ayat di bawah:
1. *Beg ini perlu kau bawa esok.
2. *Lantai ini mesti kau mop.
3. *Kertas itu mesti ku ambil daripadanya.
4. *Lukisan itu ada pada mu.
Selamat mencuba!
Sekian untuk hari ini.
Hari Selasa hari ketiga,
Bila malam makan capati;

Ilmu berguna bekal dewasa,


Taat kepada perintah Illahi.
Hari berganti bulan berlalu,
Hari Selasa datang dan pergi;
Ceria menanti bahagia menunggu,
Rajin belajar mencari rezeki.
PENGGUNAAN "DI ANTARA" DAN "ANTARA"
Banyak pengguna bahasa menyalahgunakan frasa di antara dengan antara. Oleh sebab itu,
saya ingin menerangkan perbezaan antara kedua-dua frasa ini.
Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa
sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.
Contohnya:
1.
Anak kecil itu duduk antara ibu dengan bapanya.(salah)
Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. (betul)
2.
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. (salah)
Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. (betul)
Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan
perbandingan.
Contohnya:
3.
Di antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. (salah)
Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. (betul)
4.
Di antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (salah)
Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (betul)
Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.
Contohnya:
5.
Antara lagu-lagu persembahannya ialah Janji Manismu dan Kau Mawarku. (salah)
Antara lagu persembahannya ialah Janji Manismu dan Kau Mawarku. (betul)
6.
Antara faktor-faktor murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. (salah)
Antara faktor murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. (betul)

Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan
separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang
tertentu.
Contohnya:
7.
Mereka berbincang di antara adik-beradik. (salah)
Mereka berbincang antara adik-beradik. (betul)
Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu
dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata
bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya.
Contohnya:
8.
Jarak di antara dua buah bangunan itu jauh. (salah)
Jarak antara dua buah bangunan itu jauh. (betul)
Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya.
Contohnya:
9.
Di antara mereka, banyak persamaannya. (salah)
Antara mereka, banyak persamaannya. (betul)
10.
Jangan ada dusta di antara ahli kita. (salah)
Jangan ada dusta antara ahli kita. (betul)
Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kata sendi nama antara dengan kata arah
di antara, sama ada dari segi golongan kata mahupun penggunaannya. Oleh itu, sebagai
pengguna bahasa yang peka kepada perbezaan tersebut, sewajarnyalah kita memastikan
penggunaan kata yang tepat antara kedua-dua perkataan.
Selamat belajar kepada semua!
Selamat menjawab soalan peperiksaan!
PENGIMBUHAN UNTUK "E-MEL" DAN "X-RAY"
Lihat perkataan e-mel dan x-ray yang telah diimbuhankan.
1.
meng-emelkan (salah)
menge-melkan (salah)
mengemelkan (salah)
meng-e-melkan (betul)
di-e-melkan (betul)

peng-e-melan (betul)
ter-e-mel (betul)
2.
meng-Xraykan (salah)
mengX-raykan (salah)
mengXraykan (salah)
meng-X-raykan (betul)
di-X-raykan (betul)
peng-X-rayan (betul)
ter-X-ray (betul)
Jika kita perhatikan perkataan e-mel yang diberikan imbuhan, dua tanda sempang pada ejaan
"meng-emel-kan" dan "meng-X-raykan" adalah bertujuan untuk membezakan atau
mengasingkan ejaan "emel" yang dieja "e-mel" dan ejaan "Xray" yang dieja "X-ray".
Tujuannya adalah untuk mengasingkan ejaan perkataan "e-mel" daripada imbuhan "meng-"
supaya sebutannya tidak menjadi me.nge.mel.kan. Sebutan yang betul ialah meng.e.mel.kan.
Walau bagaimanapun, mengikut peraturan dalam tatabahasa; adalah lebih gramatis apabila
menggunakan frasa, "mengirimkan e-mel" dan "mengimbaskan X-ray".
Dari segi estetika bahasa, "meng-e-melkan" dan "meng-X-raykan" tidak salah tetapi lebih
gramatis jika menggunakan "mengirimkan e-mel" dan "mengimbaskan X-ray".
PERBEZAAN ANTARA SEBAB, OLEH SEBAB, KERANA, dan OLEH KERANA
"Oleh" merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila
digunakan dalam frasa atau ayat, kata sendi itu haruslah diikuti oleh kata nama.
Contohnya:
1. Majlis Bicara Bahasa itu dirasmikan oleh Tun Ismail.
2. Pokok bunga mawar itu dirosakkan oleh budak-budak nakal itu.
3. Lukisan itu dilukis olehnya.
Sebenarnya, perkataan "sebab" dan "kerana" berbeza dari segi golongan katanya. Perkataan
"sebab" ialah kata nama, manakala perkataan "kerana" ialah kata hubung pancangan
keterangan.
Perkataan "sebab" boleh dijadikan kata hubung dengan syarat disertakan kata sendi nama
"oleh" untuk menjadi frasa sendi nama "oleh sebab" yang membawa maksud "kerana".
Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukannya "oleh kerana".
Lihat beberapa contoh yang berikut:
1.
Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam. (betul)

Ayah tidak hadir ke pejabat oleh kerana demam. (salah)


Ayah tidak hadir ke pejabat sebab demam. (salah)
Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam. (betul)
2.
Oleh sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (betul)
Oleh kerana tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (salah)
Kerana tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (betul)
Sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand. (salah)
3.
Oleh sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (betul)
Oleh kerana sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (salah)
Kerana sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (betul)
Sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala. (salah)
4.
Jonathan tidak mengikuti latihan bola sepak oleh sebab hujan.(betul)
Jonathan tidak mengikuti latihan bola sepak oleh kerana hujan.(salah)
Jonathan tidak mengikuti latihan bola sepak kerana hujan.(betul)
Jonathan tidak mengikuti latihan bola sepak sebab hujan.(salah)
5.
Pemain skuasy itu tewas oleh sebab kurang latihan.(betul)
Pemain skuasy itu tewas oleh kerana kurang latihan.(salah)
Pemain skuasy itu tewas kerana kurang latihan.(betul)
Pemain skuasy itu tewas sebab kurang latihan.(salah)
6.
Dia mendapat keputusan yang cemerlang oleh sebab ketekunannya.(betul)
Dia mendapat keputusan yang cemerlang oleh kerana ketekunannya.(salah)
Dia mendapat keputusan yang cemerlang kerana ketekunannya.(betul)
Dia mendapat keputusan yang cemerlang sebab ketekunannya.(salah)
Saya berharap agar pengguna bahasa tidak menggunakan "oleh kerana" dalam ayat, wacana,
waima bicara.
Selamat bertugas!
PERBEZAAN PERKATAAN "BANYAK" DAN "RAMAI"
Banyak pengguna bahasa yang mengalami kekeliruan tentang penggunaan perkataan banyak
dan ramai dalam ayat. Lihat penggunaan perkataan banyak dan ramai dalam ayat yang di
bawah ini.
1. Ramai orang di stadium yang menonton perlawanan itu.
2. Banyak orang di stadium yang menonton perlawanan itu.

Persoalan yang hendak dikemukakan di sini ialah ayat manakah yang betul dan tepat. Oleh
sebab kedua-dua perkataan ini kelihatan hampir sama, kedua-dua perkataan tersebut seakanakan dapat bertukar ganti tanpa mengubah maksud.
Namun demikian, kedua-dua perkataan itu membawa makna yang berbeza apabila menerima
apitan ke-....-an. Perkataan yang terbentuk, iaitu keramaian dan kebanyakan sungguh berbeza
makna dan penggunaannya dalam ayat.
Sebagai contohnya, frasa majlis keramaian tidak boleh digantikan dengan frasa majlis
kebanyakan.
Lihat ayat yang di bawah ini:
3(a). Penyanyi lagu asli itu sering diundang untuk membuat persembahan di majlis keramaian.
[Betul]
3(b). Penyanyi lagu asli itu sering diundang untuk membuat persembahan di majlis kebanyakan.
[Salah]
Dalam hal ini, frasa nama majlis keramaian menunjukkan suasana sama ada rasmi atau tidak
rasmi. Oleh itu, frasa nama majlis kebanyakan tidak tepat.
Frasa orang kebanyakan pula tidak boleh bertukar ganti dengan frasa `orang keramaian.
Lihat ayat contoh yang di bawah ini:
4(a). Putera raja negeri itu berkahwin dengan orang kebanyakan. [Betul]
4(b). Putera raja negeri itu berkahwin dengan orang keramaian. [Salah]
Selain itu, perkataan kebanyakan dan keramaian memperlihatkan perbezaan yang nyata
seperti yang terdapat dalam ayat yang di bawah ini:
5(a). Kebanyakan murid sekolah ini berasal dari kawasan pedalaman. [ Betul]
5(b). Keramaian murid sekolah ini berasal dari kawasan pedalaman. [Salah]
Ayat (3) hingga (5) di atas membuktikan bahawa maksud dan pengunaan perkataa ramai
dengan banyak berbeza. Sila lihat pantun dua kerat yang di bawah ini pula:
Banyak udang, banyak garam.
Banyak orang, banyak ragam.
Sila lihat pantun tersebut apabila menggunakan perkataan ramai:
Ramai udang, ramai garam.
Ramai orang, ramai ragam.
Hal ini juga menunjukkan bahawa perkataan banyak dan `ramai berbeza maksud dan
penggunaannya.

Hal ini membuktikan bahawa perkataanramai lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan
suasana. Jika suasana di stadium itu riuh rendah, perkataan atau frasa yang sesuai ialah ramai
orang.
Jika suasananya senyap sunyi (contohnya, semua orang di dalam stadium sedang bertafakur),
perkataan atau frasa yang sesuai digunakan ialah ramai orang juga.
Walaupun keadaannya sunyi, perkataan ramai juga digunakan. Penggunaan perkataan
banyak memerlukan kita ingin mengetahui jumlahnya.
Sebagai contohnya:
6. Banyak penyokong Kelantan yang akan menyaksikan perlawanan pada malam ini.
Namun demikian, Kamus Dewan Edisi Keempat pula tidak membezakan penggunaan perkataan
ramai dengan `banyak. Semua pengguna bahasa perlulah memahami bahawa Kamus Dewan
merakamkan apa-apa sahaja yang dituturkan oleh pengguna termasuk bahasa yang baku
dengan bahasa yang tidak baku. Maksud yang baku bagi perkataan banyak ialah jumlah yang
merujuk bilangan yang melebihi satu atau seorang. Jumlahnya dapat diketahui jika dibilang atau
dikira.
Ayat contoh:
7. Banyak murid yang ponteng sekolah pada hari ini.
8. Saya telah menyemak banyak buku latihan murid pada hari ini.
9. Murid itu membeli pelbagai barang kerana banyak duit.
10.Guru bahasa Melayu itu bimbang kerana masih banyak murid di kelasnya yang lemah dalam
penulisan karangan.
11. Kita mestilah banyak membaca buku atau majalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam diri.
Maksud yang baku bagi perkataan ramai pula ialah jumlah yang melebihi seorang berdasarkan
suasana. Jumlahnya pula tidak perlu diketahui.
Ayat contoh:
12. Ramai penonton yang memenuihi stadium ketika Selangor menentang pasukan Kelantan
pada malam tadi.
13. Pada pagi itu, ramai orang bersesak-sesak di stesen komuter itu untuk pergi ke tempat kerja.
14. Semasa perhimpunan itu, ramai orang yang bertempiaran lari apabila pihak polis
menyemburkan gas pemedih mata.
15. Dalam kejohanan olahraga sekolah itu, ramai ibu bapa yang hadir untuk menyaksikan anak
masing-masing mengambil bahagian.
16. Semasa pertunjukan akrobatik itu, ramai penonton yang hadir bersama-sama anak kecil
mereka.
Sila teliti ayat yang di bawah ini:
17(a). Keramaian murid yang ponteng sekolah pada hari ini daripada kelas tingkatan 5.[Salah]
17(b). Kebanyakan murid yang ponteng sekolah pada hari ini daripada kelas tingkatan 5.[Betul]

18(a). Ramai kasut diletakkan di halaman rumah.[Salah]


18(b). Banyak kasut diletakkan di halaman rumah.[Betul]
Apakah perbezaan antara frasa `ramai orang dengan orang ramai?
Frasa `ramai orang menunjukkan suasana, iaitu orang yang berada di sesuatu tempat kerana
sesuatu aktiviti, program atau kejadian.
Ayat contoh:
19.Ramai orang yang menyaksikan kemalangan ngeri itu.
Frasa nama orang ramai pula bermaksud masyarakat atau orang awam.
20. Perdana Menteri mempersilakan orang ramai untuk menghadiri majlis rumah terbuka
bersempena dengan sambutan Aidifitri.
Berkaitan dengan hal ini pula, banyak pelajar yang mengalami kekeliruan tentang ejaan
perkataan kebanyakan sama ada ditulis dengan satu `k(kebanyakan) atau dua `k
(kebanyakkan).
Oleh sebab perkataan kebanyakan kata nama, perkataan ini hendaklah ditulis dengan satu `k.
Bagi perkataan yang digolongkan sebagai kata kerja seperti membanyakkan, dua `k
diperlukan.
Persoalan lain yang timbul tentang isu ini ialah bolehkah kata bilangan tak tentu seperti banyak,
sedikit, ramai, sebilangan, dan sebagainya digunakan untuk orang ramai?
Jika anda telah memahami penggunaan perkataan `banyak dan `ramai, sila kenal pasti
penggunaan perkataan `banyak dan `ramai yang tepat di bawah ini:
21. Banyak kasut yang hilang di masjid pada setiap hari Jumaat.
22. Ramai bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan sekolah kita.
23. Ramai orang yang menyaksikan pertunjukan itu.
24. Orang banyak dinasihati supaya menjimatkan penggunaan air.
25. Majlis keramaian itu diadakan bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Menteri
Pelajaran.
26. Orang kebanyakan menjadi pilihan putera raja itu sebagai isteri.
Sila teliti ayat yang di bawah ini pula:
27. Tidak ramai orang yang hadir menyaksikan pertunjukan itu.(Berdasarkan majlis/aktiviti pada
masa tersebut)
28. Tidak banyak orang yang akan hadir menyaksikan pertunjukan itu.(Berdasarkan senarai
pengunjung)
29. Sedikit orang yang hadir menyaksikan pertunjukkan itu.(suasana)
30. Hanya sebilangan orang yang tidak makan makanan ini. (Bilangan yang kecil jumlahnya)

Secara tuntas, perkataan banyak dan ramai memperlihatkan pelbagai penggunaan sama ada
pembentukan frasa atau pengimbuhan seperti banyak orang, ramai orang, majlis keramaian dan
juga keramaian dan kebanyakan. Perkataan ramai hanya digunakan untuk merujuk manusia
dan menunjukkan suasana. Perkataan banyak pula digunakan untuk merujuk manusia dan
bukan manusia dari segi bilangan atau jumlah
PENGGGUNAAN "BOLEH" DAN "DAPAT".
Pada hari ini, saya akan menerangkan penggunaan perkataan "boleh" dan "dapat" yang sering
kali disalahgunakan oleh pengguna bahasa. Kata "boleh" lebih sesuai digunakan dalam
hubungan dengan keizinan atau kebenaran. Kata "dapat" pula lebih sesuai digunakan dalam
hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
1.
Saya tidak boleh ke luar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. (betul)
Saya tidak dapat ke luar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. (salah)
2.
Remaja bawah 18 tahun tidak boleh membeli rokok. (betul)
Remaja bawah 18 tahun tidak dapat membeli rokok. (salah)
3.
Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual. (betul)
Saya tidak dapat masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual. (salah)
4.
Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi. (betul)
Saya tidak boleh memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi. (salah)
5.
Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah dapat memandu kereta. (betul)
Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah boleh memandu kereta.
6.
Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi dia belum boleh memandu kereta di
jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurangkurangnya lapan belas tahun. (betul)
Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi dia belum dapat memandu kereta di
jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurangkurangnya lapan belas tahun. (salah)
7.
Walaupun sudah tua, namun Pak Samad dapat mendaki gunung Kinabalu itu. (betul)
Walaupun sudah tua, namun Pak Samad boleh mendaki gunung Kinabalu itu. (salah)
8.
Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak boleh menyertai pertandingan

bola sepak itu. (betul)


Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak dapat menyertai pertandingan
bola sepak itu. (salah)
Sekian untuk hari ini, terima kasih.
Selamat bertugas kepada guru!
Selamat menduduki peperiksaan kepada murid yang bakal mendudukinya hari ini.
Perbezaan "di dalam" dan "dalam".
Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" adalah seperti yang berikut:
"Di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang
dalamnya. Contohnya:
1. Ali duduk di dalam kereta.
2. Ibu berada di dalam rumah.
3. Para jemputan berada di dalam dewan.
"Dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. James gagal dalam peperiksaan.
2. Dr. Mustapha berjaya dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
3. Encik Ruthran berada dalam koma apabila anaknya sampai di hospital.
PERHATIAN:
(a)
..........di dalam kesedihan (salah)
..........dalam kesedihan (betul)
(b)
..........di dalam mimpi (salah)
..........dalam mimpi (betul)
(c)
..........dalam poket (salah)
..........di dalam poket (betul)
(d)
..........dalam bilik pengetua. (salah)
..........di dalam bilik pengetua. (betul)
(e)
..........dalam beg sekolah (salah)
..........di dalam beg sekolah (betul)

Adakah anda berasa lebih lega kerana dapat membezakan penggunaan "di dalam" dan
"dalam"?
Tahniah, anda faham, saya puas!
Salam ambang Hari Pekerja.
Selamat pagi semua rakan maya dan murid maya!
PERIMBANGAN KATA
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti satu kesalahan bahasa yang terdapat
dalam ayat tersebut:
(a) Kesihatan ayah merosot dari hari ke sehari.
(b) Kesihatan ayah merosot dari sehari ke hari.
Banyak calon peperiksaan waima pengguna bahasa lazimnya membuat kesilapan seperti ayat di
atas. Kesilapan tersebut dinamakan kesalahan perimbangan kata. Hal ini dikatakan demikian
kerana penggunaan frasa "dari hari ke sehari" tidak ada perimbangan kata. Berikut ialah jawapan
yang boleh diterima:
(a) Kesihatan ayah merosot dari hari ke hari.
atau
(b) Kesihatan ayah merosot dari sehari ke sehari.
Dalam ayat di atas, perimbangan kata berlaku kerana kedua-dua perkataan selepas kata sendi
nama adalah sama dan memiliki standardisasi tatabahasa bahasa Melayu.
Sebagai bonus, lihatlah beberapa contoh kesalahan dan pembetulannya:
1.
dari minggu ke seminggu (salah)
dari seminggu ke minggu (salah)
dari minggu ke minggu (betul)
dari seminggu ke seminggu (betul)
2.
dari sehari ke hari (salah)
dari hari ke sehari (salah)
dari hari ke hari (betul)
dari sehari ke sehari (betul)
3.
dari bulan ke sebulan (salah)
dari sebulan ke bulan (salah)
dari bulan ke bulan (betul)
dari sebulan ke sebulan (betul)

4.
dari seabad ke abad (salah)
dari abad ke seabad (salah)
dari abad ke abad (betul)
dari seabad ke seabad (betul)
5.
dari jam ke sejam (salah)
dari sejam ke jam (salah)
dari jam ke jam (betul)
dari sejam ke sejam (betul)
6.
dari tahun ke setahun (salah)
dari setahun ke tahun (salah)
dari tahun ke tahun (betul)
dari setahun ke setahun (betul)
Sebenarnya, banyak lagi senarai dapat saya tulis tetapi cukuplah sekadar memberikan beberapa
contoh kepada anda sebagai pengguna bahasa yang bijaksana dan terang hati.
Saya berharap agar kesilapan bahasa seperti yang dinyatakan di atas tidak akan berulang lagi
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Selamat belajar kepada semua!
Selamat pagi!
Semalam, kita belajar kata pemeri. Pada hari ini, kita belajar kata nafi pula.
Banyak pengguna bahasa yang menyalahgunakan kata nafi kerana terbiasa akan pertuturan
harian. Selepas mengetahui jenis-jenis kata nafi dan penggunaannya, janganlah kita
menyalahgunakannya lagi.
Penggunaan Kata Nafi "Bukan" dan "Tidak"
(a)Secara umum terdapat dua perkataan kata nafi dalam Bahasa Melayu iaitu "bukan" dan
"tidak"
(b) Kata nafi "bukan" digunakan dalam binaan Frasa Nama dan Frasa Sendi Nama.
Ayat Contoh:
1. Bangunan itu bukan pejabat kerajaan. (Frasa nama)
2. Orang tua itu bukan bapa saya. (Frasa nama)
3. Hadiah itu bukan untuk kami. (Frasa sendi nama)
4. Dia bukan orang kampung kami. (Frasa nama)
Kata nafi "tidak" pula digunakan dalam binaan Frasa Kerja dan Frasa Adjektif.

Ayat Contoh:
1. Bapa saya tidak tidur semalaman kerana menunggu kepulangan kakak. (Frasa kerja)
2. Kami tidak menjemputnya hadir dalam majlis itu. (Frasa kerja)
3. Pemergiannya ke kota tidak direstui oleh ibunya yang sudah tua. (Frasa kerja)
4. Dia merasakan bahawa pembahagian harta pusaka bapanya tidak adil. (Frasa adjektif)
Kesalahan umum yang kerap dilakukan dalam binaan kata nafi ialah penggunaannya pada frasa
yang tidak tepat. Dengan kata-kata lain disalahgunakan pada frasa yang tidak seharusnya
digunakan kata nafi berkenaan.
Kesalahan Contoh;
1. Buku ini tidak untuk pelajar tingkatan tiga. (salah)
1. Buku itu bukan untuk pelajar tingkatan tiga. (betul)
2. Orang tua itu tidak dari kampung kami. (salah)
2. Orang tua itu bukan dari kampung kami. (betul)
3. Wang yang diperolehnya tidak daripada rezeki yang halal. (salah)
3. Wang yang diperolehnya bukan daripada rezeki yang halal. (betul)
4. Dia marah kerana anaknya bukan mendengar nasihat yang diberikannya. (salah)
4. Dia marah kerana anaknya tidak mendengar nasihat yang diberikannya. (betul)
5. Tindakannya bukan wajar semasa menangani masalah itu. (salah)
5. Tindakannya tidak wajar semasa menangani masalah itu. (betul)
Unsur Kekecualian dalam Kata Nafi
Kata nafi "bukan" boleh digunakan pada frasa kerja dan frasa adjektif jika menunjukkan maksud
bertentangan, namun harus digunakan bersama kata hubung "tetapi".
Ayat Contoh:
1. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain-main sahaja.
2. Mereka bukan hendak memukul kamu tetapi hendak membantu kamu.
3. Kata-katanya bukan membawa kebaikan tetapi hanya membawa keburukan.
4. Dia bukan sahaja malas tetapi nakal juga.
Sekian untuk hari ini.
Selamat bertugas kepada rakan guru.
Selamat belajar kepada murid-murid.
Ialah" dan "Adalah"
Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala
"adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh penggunaan "ialah"
i.

Anak ialah anugerah Allah.


ii.
Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan.
Contoh penggunaan "adalah"
i.
Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta.
ii. Harga kotak itu adalah mahal kerana diperbuat daripada bahan berkualiti.
Kesalahan Umum
i.
Hobi saya ialah menanam pokok bunga. (Salah)
Hobi saya adalah menanam pokok bunga. (Salah)
Hobi saya menanam pokok bunga. (Betul)
ii
Lelaki itu adalah bapa saya. (Salah)
Lelaki itu ialah bapa saya. (Betul)
(untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.263)
Sekian, terima kasih.
Selamat bekerja dan selamat pagi semua!
Kata sendi "dari" dan "daripada".
Kata sendi "dari" mesti diikuti oleh
arah, tempat, dan masa (ATM).
Contoh:
1. Bas itu datang dari Shah Alam.
2. Dari selatan, bas itu bertolak ke utara.
3. Dari semalam ibu saya muram sahaja.
Kata sendi daripada mestilah diikuti oleh unsur keanggotaan, abstrak, banding, orang, dan
sumber (KABOS).
Contoh:
1. Kumpulan penyanyi itu terdiri daripada lima orang.
2. Daripada kesedihannya, kita dapati hatinya tidak tenteram.
3. Baju ini lebih mahal daripada seluar itu.
4. Surat ini datang daripada kakak yang belajar di London.
5. Kerusi ini diperbuat daripada kayu jati.
Selepas memahami penggunaan dari dan daripada, janganlah kita menyalahgunakannya lagi.
Betulkan yang salah,
Biasakan yang betul.

Selamat pagi,
Salam hari minggu.
Kata adjektif yang berimbuhan memper- bermaksud menjadi "lebih"
Contoh:
1.
memperluas (betul)
memperluaskan (salah)
2.
mempercantik (betul)
mempercantikkan (salah)
3.
memperindah (betul)
memperindahkan (salah)
4.
memperdalam (betul)
memperdalamkan (salah)
5.
mempercepat (betul)
mempercepatkan (salah)
Dengan mempelajari imbuhan yang betul, kita akan bijak menggunakannya dalam ayat yang
berbeza kerana imbuhan yang berbeza membawa maksud yang berlainan.
Sekian, terima kasih.
Selamat pagi
Banyak murid / pengguna bahasa yang menyalah tulis ejaan perkataan berikut. Jangan buat
salah lagi ya!
1.
berjimat cermat (betul)
berjimat-cermat (salah)
2.
kadangkala (betul)
kadang kala (salah)
kadang-kala (salah)
3.
mengganggu-gugat (betul)
mengganggu gugat (salah)

4.
menyalahgunakan (betul)
menyalah gunakan (salah)
disalahgunakan (betul)
disalah gunakan (salah)
5.
penguat kuasa (betul)
penguatkuasa (salah)
Sehari kita ketahui lima kata,
lama-lama jadi bijaksana.
Sehari selembar benang,
Lama-lama menjadi kain.
Sekian, terima kasih!
Selamat pagi kepada semua.

Anda mungkin juga menyukai