Anda di halaman 1dari 18

KOMPONEN-KOMPONEN

KEMAHIRAN MENULIS

• KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOSA


KATA
• GAYA PERSEMBAHAN
• ASPEK MEKANIS
KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOSA KATA

Penggunaan kosa kata diperlukan dalam kemahiran


menulis untuk menarik perhatian pembaca.
Penggunaan kosa kata yang meluas menggambarkan
penulis itu mempunyai pengetahuan yang banyak.
Kosa kata yang digunakan bergantung pada jenis
karangan serta peringkat umur murid murid.
Kosa kata terbahagi kepada dua iaitu:
- asli
- pinjaman.
Contoh:
 Kosa kata asli:
 Dasawarsa ini
 Zaman ini, mujtamak
 Masyarakat, atma
 Jiwa
 Kosa kata pinjaman:
 Globalisasi
 Teknologi
 Intelektual
GAYA PERSEMBAHAN

Dalam aspek persembahan, gaya persembahan perlu


dilakukan setelah selesai mengenal pasti tujuan dan
audiens.
Gaya persembahan yang perlu dititikberatkan ialah:

Pentafsiran
Bentuk ayat
rajah

Penggunaan
Bentuk
kepelbagaian
ungkapan
perkataan
ASPEK MEKANIS

Merupakan penggunaan tanda baca, ejaan yang


betul, penggunaan penanda wacana dan
penggunaan kosa kata dalam menghasilkan
karangan.
 Tanda baca
 Lambang-lambang yang digunakan sewaktu menulis
untuk memberikan penjelasan tambahan tentang makna
yang ingin disampaikan.
 Tanda baca yang selalu digunakan dalam penghasilan
sesebuah karangan seperti titik (.), koma (,), tanda soal
(?) dan tanda seru (!).
 Contoh:
 a. Pemuda itu menyangkal pendapat rakannya yang
tidak sependapat dengannya. (Penggunaan titik)
 b. Di manakah adik kamu? (Penggunaan tanda soal)
 c. Wah, cantiknya rumah itu! (penggunaan tanda seru)
 Ejaan
 Terdapat beberapa ejaan yang sering disalahgunakan
oleh pelajar dan kesalahan ejaan bagi perkataan itu
menjadi sebuah kelaziman.
 Contoh:
 Penanda wacana
 Merupakan rangkai ayat untuk menentukan perkaitan
atau kesinambungan antara satu idea dengan idea yang
lain dalam ayat atau perenggan.
 Juga digunakan untuk memantapkan keutuhan wacana
bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.
 Contoh penanda wacana:

Selain Lebih- Di
lebih samping
itu lagi itu

Bukan
Seterus Akhir
nya itu sekali
sahaja
KESILAPAN BIASA DALAM
PENULISAN
• IDEA
• KOSA KATA
• KEGRAMATISAN
• ASPEK MEKANIS
1. idea

Kesilapan menulis idea terjadi apabila pelajar tidak

memahami dan menguasai tajuk dan soalan yang


diberi.
Pelajar terus menulis tanpa mencari idea dan

merangka serta menyusun isi terlebih dahulu.


Menyebabkan penulisan tidak kemas, susunan idea

tidak berturutan, dan idea yang berulang.


Contoh kesilapan idea

Tajuk : Punca kedatangan pendatang asing

Antara faktor yang mendorong para majikan


tempatan lebih suka menggunakan tenaga buruh asing
ialah perbezaan gaji. Pekerjaan tempatan lazimnya akan
menuntut gaji yang tinggi berserta dengan pelbagai kemudahan
yang lain seperti doktor panel dan elaun. Hal itu, sudah pasti
akan membebankan para majikan terutama majikan yang
memperoleh margin keuntungan yang kecil. Oleh itu, bagi
mengurangkan kos, majikan tempatan akan beralih kepada
pekerja asing yang bersedia untuk bekerja walaupun dengan upah
yang rendah.
2. Kosa kata

Kesilapan penggunaan pekataan yang tidak selari


dengan konteks ayat.

Penggunaan istilah yang tidak tepat


Contoh kesalahan kosa kata

Contoh ayat Pembetulan

Ali mengendong motorsikal ke sekolah. Ali membonceng motorsikal ke sekolah.

Kamal menghadiahkan sebungkus Kamal menghadiahkan sejambak bunga

bunga kepada Titi. kepada Titi.


3. kegramatisan

Kesilapan penggunaan hukum D-M


 D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).
 Dalam peraturan itu, unsur yang diterangkan merupakan
unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama(D) dan unsur
penerang pula hadir pada kedudukan kedua(M).
Contohnya:
Selain itu, salah satu kesilapan kegramatisan ialah
kesalahan umum AYAT TERGANTUNG, iaitu:
 Ayat yang tidak ada subjeknya. Contohnya;
 Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi.
(tidak ada subjeknya)
 Negara-negara di seluruh dunia mengalami kemelesetan
ekonomi.
(subjeknya Negara-negara)

 Ayat yang tidak ada predikatnya. Contohnya;


 Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)
 Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)
4. Aspek mekanis

Kesalahan-kesalahan bahasa.
Contohnya, kesilapan peribahasa.
 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul x
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ✔

 Betapa berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang


memikulnya x
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ✔
Selain itu, kesilapan tanda tanya.
Binatang peliharaan awak bernama apa?
✔ Apakah nama binatang peliharaan awak?

Apa nama budak perempuan itu?


✔ Siapakah nama budak perempuan itu?

Kamu berasal dari manakah?


✔ Kamu berasal dari mana?
sekian
TERIMA
KASIH!!

Anda mungkin juga menyukai