Anda di halaman 1dari 21

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA

Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara iaitu menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Penguasaan kemahiran menulis adalah penting bagi murid-murid. Kemahiran menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. 1. Jenis Penulisan 1.1 Penulisan Mekanis Penulisan mekanis memberi tumpuan kepada aspek mekanikal atau kemahirankemahiran tertentu yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah penulisan. Untuk mendapatkan penguasaan dalam kemahiran-kemahiran asas, murid-murid akan diberikan latihan-latihan sehinggalah latihan-latihan itu membentuk satu perlakuan yang tekal. Sebagai guru, apek mekanikal yang berikut perlu dikuasai oleh murid-murid sebagai persediaan untuk mereka menulis. 1.2 Ejaan Murid-murid perlu didedahkan dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Beberapa saranan untuk mengajar ejaan; Kaedah fonetik: mengajarkan ejaan berpandukan bunyi fonem Kaedah huruf : mengajar ejaan dengan mengenalkan fonem Kaedah suku kata: mengajar ejaan berdasarkan bunyi suku kata Ejaan Tanda baca Kosa kata Penanda wacana

Hasil gabungan kaedah huruf dengan kaedah suku kata banyak digunakan di sekolah. Dalam latihan mengeja ini, murid-murid diberikan latihan secara berperingkat-peringkat bermuka dengan ejaan kata yang mengandungi dua suku kata kepada ejaan kata yang mengandungi beberapa suku kata. Selain itu, murid-murid wajar didedahkan dengan pola ejaan kata pinjaman.

Berdasarkan pembacaan lanjut, buat satu jadual banding beza tentang kekuatan dan kelemahan ketiga-tiga kaedah iaitu kaedah fonetik, kaedah huruf dan kaedah suku kata, Pilih kaedah yang anda fikirkan sesuai untuk dan laksanakan dalam pengajaran anda di bilik darjah.

1.3 Tanda baca Sebagai guru bahasa Melayu, anda harus sedar bahawa tanda baca memainkan peranan yang sama penting dengan aspek bahasa yang lain. Dalam sesuatu penulisan, kesalahan tanda baca akan menjejaskan prestasi karangan seseorang murid itu. Beberapa tanda baca yang asas perlu difahami dan dikuasai oleh murid-murid seperti: Tanda titik Tanda koma Huruf besar selepas titik

Latihan-latihan mudah boleh diberikan kepada murid-murid untuk memahirkan mereka dengan tanda baca. Anda boleh memberikan petikan mudah yang dihilangkan beberapa tanda baca. Melalui latihan tersebut, murid-murid diminta memasukkan tanda baca yang betul ke dalam petikan yang anda berikan tadi.

Contoh petikan: Betulkan petikan di bawah ini dengan memasukkan tanda baca yang betul. Ramli berazam akan menamatkan perlumbaan yang disertainya. Dia tidak memperdulikan rasa sakit di tumit kakinya yang kanan Di hadapan ramli terdapat dua orang pelari yang lain mereka berlari pantas dan semakin menghampiri garisan penamat walaupun semakin sakit ramli masih mahu mencuba. Jawapan: Ramli berazam akan menamatkan perlumbaan yang disertainya. Dia tidak memperdulikan rasa sakit di tumit kakinya yang kanan. Di hadapan Ramli terdapat dua orang pelari yang lain. Mereka berlari pantas dan semakin menghampiri garisan penamat. Walaupun semakin sakit, Ramli masih mahu mencuba.

1.3.1.1 Kosa kata Apa yang anda faham dengan kosa kata? Kalau anda berpendapat kosa kata itu sama dengan perbendaharaan kata, maka apa yang anda fikirkan itu betul. Kosa kata bersinonim dengan perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata bahasa Melayu berasal daripada pelbagai bahasa sumber. Ada sesetengah kata yang telah lama terpakai dalam masyarakat penutur bahasa Melayu sehingga dianggap sebagai kosa kata asli bahasa Melayu. Ada sebahagian daripada jumlah kosa kata yang banyak itu masih diklasifikasikan sebagai kosa kata pinjaman. Terdapat lebih kurang 270,000 patah perkataan di dalam Kamus Dewan yang membentuk himpunan kosa kata bahasa Melayu. Murid-murid harus dilengkapkan dengan himpunan kosa kata yang mencukupi untuk membantu mereka menulis karangan yang berkesan. Sebagai langkah awal, anda boleh memperkenalkan beberapa kosa kata untuk murid-murid gunakan dalam penulisan mereka. Dari semasa ke semasa, murid-murid haruslah digalakkan supaya mencatat kosa kata baru di dalam buku catatan mereka. Anda mengajar karangan kepada murid-murid tahun 5. Tajuk karangan yang hendak anda ajarkan itu ialah Lawatan ke Putrajaya. Cadangkan beberapa kosa kata yang sesuai untuk murid-murid anda gunakan dalam penulisan mereka.

1.3.1.2 Penanda Wacana Penanda wacana bermaksud perkataan-perkataan atau rangkai kata tertentu yang digunakan untuk melancarkan hubungan idea satu ayat dengan ayat yang lain atau satu perenggan dengan satu perenggan yang lain. Antara penanda wacana yang biasa digunakan dalam penulisan karangan adalah seperti berikut: Sungguhpun Walaupun Sehubungan dengan itu Justeru Dalam konteks itu Perkara tersebut

Untuk membiasakan murid-murid dengan penggunaan penanda wacana ini, anda perlu memberikan latihan-latihan yang sesuai seperti latihan menyambungnyambungkan idea dalam satu ayat dengan ayat yang lain atau latihan menghubungkan idea dalam satu perenggan dengan perenggan yang lain.

Teliti 20 penanda wacana yang terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan. Terangkan fungsi dan makna setiap penanda wacana yang anda temui itu. Pada fikiran anda, perlukah anda menerangkan fungsi dan makna penanda wacana kepada murid-murid anda? Kenapa? Pastilah sekarang anda telah memahami dan menguasai apa yang dikatakan sebagai penulisan mekanis. Namun begitu, perlu diulangi sekali lagi bahawa penulisan mekanis itu melibatkan penguasaan aspek mekanikal penulisan seperti ejaan, tanda baca, kosa kata dan penanda wacana. Keempat-empat ini membentuk keutuhan luaran sesebuah penulisan karangan. 1.3.2 Penulisan Mentalis Penulisan mentali melibatkan proses berfikir secara dalaman yang kemudiannya dilahirkan dalam bentuk penulisan karangan. Persoalan yang selalu timbul apabila hendak menulis karangan: Apa yang hendak ditulis Bagaimana hendak mengembangkan idea

1.4 Kemahiran-kemahiran Mengarang Proses mengarang melibatkan beberapa kemahiran yang antaranya mengenal pasti audiens, mengenal pasti tujuan sesuatu penulisan karangan, mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan, kohesi dan koherens, kemahiran pemerengganan, kemahiran kosa kata dan sistem bahasa serta gaya bahasa dan akhir sekali kemahiran aspek mekanis. 1.4.1 Mengenal pasti audiens Mengenal pasti audiens merupakan salah satu aspek karangan yang penting untuk memastikan corak pengolahan dan hasil karangan sesuai dibaca oleh sesuatu kelompok audiens tertentu. Faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam mengenal pasti audiens: latar belakang, sosio ekonomi ideologi politik

Dalam konteks sekolah rendah, faktor audiens ini tidak begitu ketara akan kepentingannya. Jarang sekali faktor audiens ini diperingatkan kepada muridmurid. Namun begitu, murid-murid harus diperingat agar tidak menulis sesuatu yang bersifat sensitif yang menyentuh perkara-perkara berikut:

1.4.2

agama bangsa kepercayaan

Mengenal pasti tujuan Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Teliti Sukatan Pelajaran Lama dan Sukatan Pelajaran Semakan mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kenal pasti kemahiran-kemahiran menulis yang terdapat di dalam kedua-dua sukatan yang berkenaan.

1.4.3

Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan

Isi Tajuk
Tujuan (kemahiran

Tajuk Ditentukan oleh guru Diambil daripada buku-buku yang digunakan di sekolah Berdasarkan tajuktajuk popular

Isi Struktur Karangan Pendahuluan Isi Penutup Pemerengganan Ayat topik Menghurai ayat topik Bahasa Ejaan Bentuk tulisan Ayat Laras Peribahasa Jenis Karangan Berformat Tidak berformat

Tujuan (Kemahiran) Kemahiran awal Kemahiran mengarang Kemahiran menilai Aplikasi dalam kehidupan seharihari

Latihan menghurai ayat: Kakak belajar bersungguh-sungguh. Kakak tidak pernah membuang masa. Selepas makan tengah hari, kakak akan membuat kerja rumah yang dibekalkan oleh guru. Selesai membuat kerja rumah, kakak akan mengulang kaji pelajaran. Sambil mengulang kaji, kakak akan membuat catatan.

Ayat topik dalam perenggan di atas ialah Kakak belajar bersungguhsungguh. Ayat 2, 3, 4 dan 5 adalah huraian tentang ayat topik. Keempatempat ayat hurai dalam contoh di atas menerangkan dengan lebih lanjut tentang kakak yang belajar bersungguh-sungguh.

Kembangkan ayat-ayat topik yang diberikan di bawah ini. 1. Kerajaan menggalakkan penerokaan dalam bidang angkasa lepas. 2. Ramai doktor diperlukan untuk berkhidmat di kawasan pedalaman dan luar bandar. 3. Sikap sesetengah pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan peraturan merupakan punca utama berlakunya kemalangan.

Lakukan latihan yang serupa kepada murid-murid anda di bilik darjah. Mulakan dengan ayat topik yang mudah. 1.4.4 Kohesi dan koherens

Peranan kaum wanita dalam pembangunan negara memang tidak dapat disangkal lagi. Dari sekecil-kecil jawatan sehinggalah membawa kepada jawatan tertinggi seperti menteri, penglibatan kaum wanita adalah menyeluruh. Dalam masa yang singkat negara telah membangun. Para pelabur berasa yakin akan kebolehan negara ini.

Apa pandangan anda terhadap petikan di atas dari aspek kelancaran? Adakah keseluruhan petikan di atas berfokus kepada satu tema yang sama? Adakah ayat-ayat yang hadir di dalam petikan di atas saling menguatkan idea yang hendak disampaikan? Kohesi membawa takrifan perkaitan Koherens membawa pengertian pertautan.

Perkaitan dan pertautan dalam penulisan karangan amat penting. Tanpa kohesi, karangan tidak akan berkembang dengan baik Tanpa koherens, idea yang dikemukakan tidak akan mantap

Ciri-ciri kohesi Ayat topik dihurai dengan baik Ada pengaliran idea dari satu ayat kepada ayat yang lain Ayat dimantapkan dengan penggunaan penanda wacana

Ciri-ciri koherens Tajuk dikembangkan di bawah satu gagasan idea yang sama Setiap perenggan menyokong atau berkaitan secara langsung dengan tajuk Penghuraian disertakan dengan contoh-contoh yang relevan.

Minta murid-murid anda menulis dua perenggan yang mudah berdasarkan tajuk yang diberikan. Perhatikan aspek kohesif dan koherens dalam karangan mereka. Huraikan apa yang anda perolehi daripada penelitian anda.

1.4.5

Kemahiran pemerengganan

Pendahuluan Gambaran secara keseluruhan tentang apa yang akan diperkatakan di dalam karangan

Perenggan 1 Menghuraikan isi pertama seperti yang tersirat di dalam perenggan pendahuluan.

Perenggan 2 Menghuraikan isi kedua seperti yang tersirat di dalam perenggan pendahuluan.

Perenggan 3 Menghuraikan isi ketiga seperti yang tersirat di dalam perenggan pendahuluan.

Penutup Gambaran secara keseluruhan tentang apa yang telah diperkatakan di dalam karangan.

Ciri-ciri pemerengganan yang baik: 8

Perenggan pendahuluan: o Ditulis dengan jelas menunjukkan secara keseluruhan tentang apa yang hendak ditulis. Pernyataan yang dikemukakan adalah dalam bentuk pernyataan umum. o Penggunaan ayat selapis atau ayat mudah adalah digalakkan. Perenggan isi: o Perenggan isi dihurai berdasarkan keterangan yang terdapat di dalam perenggan pendahuluan. o Perenggan isi dihurai dalam bentuk susunan: ayat topik, ayat hurai, dan contoh. o Perenggan isi dihurai dengan mengambil kira sepanjang masa akan tajuk karangan. o Galakkan murid-murid menulis 3 hingga 5 ayat bagi setiap perenggan. o Antara satu perenggan dengan perenggan yang lain hendaklah dihubungkan dengan penanda wacana. o Sekiranya mampu, masukkan contoh-contoh yang berkaitan. o Sekiranya mampu, masukkan unsur-unsur peribahasa dan pantun ke dalam perenggan isi. Perenggan penutup: o Perenggan penutup mestilah menggambarkan tentang apa yang telah ditulis di dalam keseluruhan perenggan. o Isi dalam perenggan penutup adalah sama dengan perenggan pendahuluan cuma diungkapkan dalam bentuk dan struktur ayat yang berlainan. o Perenggan penutup hanya ditulis dengan pernyataan umum dan tidak disertakan dengan contoh-contoh.

PENDAHULUAN = ISI = PENUTUP P=I=P

1.4.6

Kemahiran kosa kata - sistem bahasa dan gaya bahasa

Jenis karangan
berformat tidak berformat

Kosa kata
asli pinjaman

Sistem bahasa Karangan Karangan


ejaan morfologi sintaksis

Gaya bahasa
konotasi denotasi

Penggunaan kosa kata, sistem bahasa dan gaya bahasa bergantung kepada jenis karangan yang hendak ditulis. Kosa kata hendaklah sesuai dengan peringkat umur murid-murid. Tambahakan kosa kata dari semasa ke semasa. Pembelajaran kosa kata hendaklah disokong dengan penggunaan kamus. Sistem bahasa melibatkan aspek ejaan, morfologi dan sintaksis. Penggunaan laras bahasa yang sesuai juga perlu ditekankan dalam sistem bahasa.

10

Gaya bahasa bertumpu kepada penggunaan bahasa mengikut situasi. Gaya bahasa pada umumnya boleh dibahagi kepada dua iaitu gaya bahasa konotasi dan denotasi. Gaya bahasa konotasi gaya pengungkapan bahasa secara terus manakala gaya bahasa konotasi melibatkan gaya bahasa perbandingan seperti personifikasi, hiperbola, litotes, oksimoron dan seumpamanya. Gaya bahasa memberikan kesan psikologi kepada pembaca.

Baca sebuah sajak hasil karya Usman Awang. Ulas sajak yang berkenaan dari aspek penggunaan gaya bahasa. Bagaimanakah gaya bahasa dalam sajak yang dibaca itu memberikan kesan psikologi terhadap anda?

Tugasan: Baca buku Tatabahasa Dewan (1996) halaman 31. Berdasarkan pembacaan anda itu itu, penuhkan borang grakfik yang diberikan. Gaya bahasa mengikut pengertian Zaba Bahasa daerah Variasi atau ragam bahasa Penggunaan ragam bahasa khas. Maksud laras Contoh laras Kesimpulan daripada pembacaan

11

1.4.7

Kemahiran aspek mekanis

Tanda baca

Ejaan

Kosa kata

Karangan

Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda

Penanda wacana

Sudah hampir sebulan kerja-kerja membina jambatan itu dilakukan. Namun begitu, tidak banyak yang telah siap. Mereka semua menghadapi masalah. Kayu yang telah dipesan tidak dapat dibawa masuk kerana musim hujan. Musim hujan telah menjadikan permukaan tanah menjadi terlalu becak dan tidak selamat untuk lori-lori. Mereka tidak mempunyai daya. Tanpa jambatan bermakna mereka terpaksa menggunakan jalan jauh untuk membawa hasil pendapatan dan menghantar anak-anak ke sekolah. Teliti petikan di atas berdasarkan jenis kosa kata yang digunakan.

12

1.5 Perancangan aktiviti pengajaran mengarang Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. 1.5.1 Objektif mengarang

Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahirankemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk: 1.5.2 Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari

Peringkat pengajaran

Peringkat pengajaran mengarang melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. Pra mengarang o Berbincang untuk menentukan format o Berbincang untuk menentukan isi o Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain o Membuat peta minda atau carta alaira cerita o Menentukan watak o Menyaring bahan o Menulis draf Semasa mengarang o Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan o Menentukan format o Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana. o Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

13

Pasca mengarang o Menyemak karangan o Melakukan pembetulan o Membuat penambahan sekiranya perlu o Menghantar karangan

1.6 Pendekatan pengajaran kemahiran menulis Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengjaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu seperti: 1.6.1 Terkawal Berpandu Bebas Proses Komunikatif LEA (pengalaman bahasa)

Pendekatan terkawal

Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi. Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru. Contoh aktiviti: mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataanperkataan yang telah disediakan terlebih dahulu, menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap, menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur. Pendekatan berpandu Isi karangan telah diberikan oleh guru Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid-murid. Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid-murid. Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.

1.6.2

14

1.6.3 1.6.4

Pendekatan bebas Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik. Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Murid-murid mencari isi karangan sendiri Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan Guru boleh memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan. Penggunaan peribahasa digalakkan. Pendekatan proses Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid. Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Boleh dilakukan secara berkumpulan atau indivieu Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka. Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan. Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain. Murid-murid menyusun isi Dalam peringkat menyusun isi, murid-murid berbincang dengan guru. Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap. Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan pembetulan. Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai. Tumpuan guru adalah terhadap proses mengarang yang dilalui oleh murid-murid bermula daripada mengumpul bahan, menyaring bahan, menyusun bahan, mengolah bahan ke dalam bentuk pemerengganan yang sesuai, mengedit penulisan dan menghantar hasil penulisan kepada guru.

15

1.6.5

Pendekatan komunikatif

Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea. Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

1.6.6

Pendekatan LEA (Pengalaman Bahasa)

Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita selesai Guru membaca secara nyaring, murid mendengar Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi

16

Pendahuluan: Saya sentiasa menginginkan untuk melawat tempattempat peranginan yang terdapat di negara kita. Hasrat saya itu telah termakbul apabila saya dan keluarga berkesempatan pergi melawat ke beberapa tempat yang menarik. Penutup Saya tidak akan melupakan pengalaman menarik melawat di tempat-tempat peranginan bersama-sama keluarga. Selain daripada dapat menikmati keindahan tempattempat tersebut, saya juga dapat mempelajari sejarah di samping mengetahu kegiatan ekonomi yang mereka lakukan.

Isi 1

Isi2

Isi3

Tempat-tempat menarik yang dilawati. 1. 2. 3. Sejarah tempattempat yang dilawati. 1. 2. 3. Kegiatan ekonomi. 1. 2. 3.

Catatan:

Catatan:

Berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam jadual di atas, rancangkan satu strategi yang bersesuaian bagi anda mengajar karangan kepada murid-murid. Pilih satu 17

pendekatan yang anda rasakan berkesan dalam mencapai objektif penulisan yang telah anda tetapkan terlebih dahulu. 1.7 Membina bahan sumber pengajaran menulis Bahan sumber daripada internet Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahanbahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan. Bahan sumber digital Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka. Bahan audio dan audio visual Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan oleh murid-murid sebagai bahan rangsangan. Gambar-gambar Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera Filem Filem jalur atau filem slaid. Ciri-ciri bahan sumber yang baik Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaankelas guru semasa mengajar. Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT. Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik. Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri. Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-murid. Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa

1.7.1

18

Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya.

1.8 Menilai kemahiran menulis

Aspek yang dinilai: Isi Ejaan Bahasa Kosa kata Kelancaran Pengolahan isi Ketepatan dengan tajuk Format (sekiranya karangan berformat)

Bahasa Isi Kelancaaran

A Sangat baik Sangat baik Sangat baik

B Baik Baik Baik

C Sederhana Sederhana Sederhana

D Lemah Lemah Lemah

Penilaian dilakukan secara holistik atau global Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara keseluruhan Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan format

19

Berikan markah akhir. Teliti beberapa karangan yang telah ditulis oleh murid-murid anda.Berikan markah kepada karangan yang berkenaan berdasarkan skema pemarkahan yang telah anda bina terlebih dahulu. Gunakan skema permarkahan itu dan minta rakan anda memeriksa skrip karangan yang sama dan bandingkan kedua-dua markah penandaan. Adakah terdapat sebarang perbezaan? Adakah perbezaan markah itu besar? Pada pendapat anda, kenapakah berlaku pola jurang perbezaan sedemikian?

20

21

Anda mungkin juga menyukai