Anda di halaman 1dari 3

Panduan pemarkahan BM 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM


SUNGAI PETANI KEDAH
PANITIA BAHASA MELAYU
Panduan Menyemak Bahasa Melayu Kertas 1- SPM
(BM 1103/1)
NOTA:

Kertas 1 ini bertujuan menguji murid membina, mengumpul, memilih dan menyusun
atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk
Menguji murid melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan
bahasa yang jelas dan berkesan

Menguji murid dalam menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan
menggunakannya untuk pelbagai tujuan, menguasai penggunaan perenggan-perenggan
dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat dan keadaan yang sesuai.

Menguji keupayaan murid menulis dengan bahasa yang kemas, lancar dan jelas,
struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk
karangan
Bahagian B: karangan Berdasarkan Bahan Ransangan ( 100 markah )

NOTA:
KRITERIA

DESKRIPSI

Kegramatisan - Kata ( morfologi )- Ayat ( sintaksisis )

Tanda baca

Ejaan

Pemilihan kosa kata

Tema

3. IDEA

Isi utama

( Isi )

Pengembangan(huraian/bahasa/hujahan/contoh)

Kerelevanan
Wacana

Logik

Pemerengganan

Format
Keingahan bahasa

1. BAHASA
(Mekanis)
2. LARAS
( Dinamis )

4. PENGOLAHAN

5. GAYA BAHASA

Ungkapan

Peribahasa

Khamis, 15 Ogos 2013

SEDIKIT RENUNGAN BUAT PELAJAR SEPANJANG PROSES SAYA


MENYEMAK KERTAS 1 PRA PERCUBAAN SPM 2013
(KARANGAN)
Susah bagi saya untuk mendiamkan diri apabila pelajar masih melakukan
kesalahan semasa mengarang. Justeru, saya cuba untuk berbicara sedikit
berkaitan karangan yang dihasilkan oleh pelajar semasa Peperiksaan Pra
Percubaan SPM.
Sepanjang saya menyemak Kertas Bahasa Melayu 1 Pra Percubaan SPM saya
boleh membuat rumusan bahawa banyak kemahiran yang perlu diberi
penekanan untuk pelajar menghasilkan karangan "Cemerlang". Secara ikhlasnya,
saya amat teruja apabila pelajar dapat menghasilkan karangan cemerlang dan
sebaliknya, saya berasa amat sedih apabila menyemak karangan pelajar yang
masih ditahap kepujian bawah.
Kemungkinan pelajar masih ingat antara kriteria semakan yang sering saya fokus
semasa mengajar karangan, antaranya:i) Idea relevan dengan tugasan. Kriteria ini merujuk kepada ketepatan isi dan
format karangan sekiranya karangan yang dihasilkan oleh pelajar tersebut jenis
berformat.
ii) Pengolahan idea. Kriteria semakan ini pula merujuk kepada kemahiran pelajar
menghurai atau
mengembangkan isi karangan sama ada huraiannya matang atau sebaliknya.
Kebiasaannya, pelajar yang mahir dan matang semasa menghuraikan karangan
akan mengaplikasi kaedah mengembangkan karangan.
Antara kaedahnya, sama ada kaedah deduktif, induktif atau gabungan kaedah
deduktif-induktif, tetapi
saya lebih suka pelajar menggunakan kaedah deduktif . Selain itu, dalam
mengembangkan
isi
karangan
pelajar juga perlu memastikan unsur kohensif dan koheran iaitu kesepaduan
ayat
dari
segi
hubungan
antara ayat atau isi dalam sesebuah wacana dan melibatkan juga pemilihan
istilah,
penanda
wacana,
dan
penggunaan kata hubung yang tepat.
iii) Gaya bahasa. Sementara kriteria ini melibatkan kemahiran pelajar berbahasa,
sama
ada
membina
ayat
yang gramatis, frasa dan pemilihan istilah yang sesuai, selain kekayaan
perbendaharaan kata pelajar, serta
kehebatan pelajar menyelitkan frasa menarik dalam karangan.
iv) Ejaan dan tanda baca melibatkan kemahiran pelajar mengeja dan
menggunakan tanda baca.

v) Pemerengganan. Kriteria ini sebenar bukan sahaja berdasarkan kepada


perenggan pengenalan,
perenggan isi, dan perenggan penutup tetapi juga melibatkan keseimbangan
kepanjangan setiap
perenggan. Karangan yang baik sebenarnya perlu seimbang kepanjangan
perenggan isinya dan justeru
pelajar perlu mahir dalam mengembangnya dan untuk perenggan isi
penggunaan kaedah pengembangan
isi yang dibicara dalam aspek pengolahan dapat membantu pelajar
menyeimbang kepanjangan perenggan
berkenaan.
**Namun dalam karangan jenis "KOMSAS" iaitu merujuk cereka peribahasa amat
berbeza sama sekali kerana kaedah menulis karangan ini melibatkan kemahiran
komsas.
Nantikan sambungan ulasan saya ini. Jika ada masa saya akan memasukkan
karangan terbaik dan karangan yang kurang mantap sebagai renungan pelajar.
Adakalanya pelajar melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Antaranya kesalahan tersebut ialah ejaan, kesalahan tatabahasa, kesalahan
binaan ayat, kesalahan menulis frasa menarik terutama peribahasa yang tidak
tepat dan diubah sendiri oleh pelajar.
Selain itu, tulisan yang terlampau kecil dan bentuk tulisan seperti cakar ayam
banyak memberi impak semasa saya memeriksa karangan. Perlu diingatkan,
selepas peperiksaan nanti yang memeriksan bukan saya tetapi pemeriksa lain
dan kemungkinan ejaan atau ayat anda betul tetapi akibat sukar dibaca
kemungkinan pemeriksa akan menganggap masalah tulisan sebagai masalah
tatabahasa atau kesalahan binaan ayat. Anda mungkin akan menjadi mangsa
akibat kesalahan anda sendiri. Ingat, sudah terhantuk baru terngadah akan
merugikan diri anda sendiri.

Anda mungkin juga menyukai