Anda di halaman 1dari 30

ISI KANDUNGAN

Bil
Perkara
.
1.0
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
2.0
2.1
2.2
3.0
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
4.0

1.0

Pendahuluan
Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah Kajian
Objektif Kajian
Skop dan Batasan Kajian
Kepentingan Kajian
Definisi Istilah
Tinjauan Kajian Berkaitan
Kajian Berkaitan
Kajian Lepas
Metodologi Kajian
Pengenalan
Reka Bentuk Kajian
Subjek Kajian
Tempat Kajian
Prosedur Pengumpulan Data
Prosedur Penganalisisan Data
Kesimpulan
Penutup
Rujukan
Lampiran

Muka Surat
2
2-3
3-4
4
5
5-7
7-11
11
11-19
19-21
21-22
22
22-23
23
23
24-25
25
26
26
27
28-31

PENDAHULUAN
Di bahagian pendahuluan ini, pengkaji akan membincangkan enam perkara
iaitu latar belakang kajian, pernyataan masalah kajian, objektif kajian, skop
dan batasan kajian, kepentingan kajian dan kepentingan kajian.

1.1

Latar Belakang Kajian


Penggunaan penanda wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu
merupakan sesuatu yang sangat penting bagi melahirkan sesebuah hasil yang

berkualiti. Setiap pelajar yang berada di sekolah rendah mahupun menengah


seharusnya tahu akan fungsi dan seterusnya mahir menggunakan penanda
wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan seseorang pelajar
menguasai penanda wacana akan menyebabkan mereka gagal dalam
melahirkan atau menghasilkan sesebuah penulisan yang kritis dan puitis.
Penanda wacana bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh pelajar,
malah ianya perlu dipelajari dan dikuasai. Latihan yang berterusan sama ada
bertulis mahupun pembacaan perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar sejak di
bangku sekolah rendah lagi agar mereka dapat menguasai sepenuhnya
sehinggalah mereka dapat mengaplikasinya sehingga ke tahap menara gading
dan ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Daripada pernyataan di atas, nyata sekali betapa pentingnya peranan


penanda wacana dalam sesuatu penulisan atau wacana, khususnya dalam
karangan pelajar. Dengan penggunaan penanda-penanda wacana yang sesuai
dan tepat, akan memperkukuhkan sesebuah perenggan, dan dengan
sendirinya karangan yang ditulis itu turut menjadi utuh dan berkesan. Jadi,
nyatalah penggunaan penanda wacana yang betul penting dalam karangan
pelajar.

1.2

Pernyataan Masalah Kajian


Ketika menjawab peperiksaan, ramai pelajar yang tidak mendapat markah
yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu kerana pembentukan ayat yang
lemah. Salah satu penyebab pelajar mendapat markah yang tidak baik dalam

penulisan

Bahasa

Melayu

ialah

pembinaan

ayat

yang

tidak

berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra.
Kegagalan

dalam

penggunaan

penanda

wacana

yang

betul

akan

menyebabkan keseluruhan penulisan tidak mempunyai kesatuan dan


perpautan yang lengkap.

Selain itu, masalah kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran


menulis dengan baik ialah apabilah mereka sering membuat penulisan yang
bercelaru. Salah satu ciri penting bagi wacana adalah adanya unsur susun
atur. Dengan kata lain, sesuatu wacana itu boleh boleh disusun atur mengikut
waktu, tempat, keutamaan, sebab, akibat dan sebagainya.

Isu yang dinyatakan itu telah menyebabkan pengkaji tertarik untuk


mengkaji tentang penggunaan penanda wacana yang betul dalam penulisan
Bahasa Melayu.

1.3

Objektif Kajian
Kajian berkenaan penggunaan penanda wacana yang betul penulisan Bahasa
Melayu boleh dikatakan baru di negara kita, namun begitu kajian tentang
wacana itu telah lama dijalankan. Penanda wacana memang kerap digunakan
oleh pelajar di sekolah, terutamanya dalam penulisan. Namun begitu,
penekanan kepada penggunaan penanda wacana dalam penulisan Bahasa

Melayu kurang diberi perhatian terutamanya oleh guru-guru bahasa. Oleh itu,
kajian ini dijalankan dengan menggunakan tiga objektif kajian iaitu:
i.

Menyenaraikan penanda wacana yang betul dalam penulisan Bahasa

ii.

Melayu menurut pandangan responden.


Mengenal pasti cadangan meningkatkan kemahiran penggunaan

iii.

penanda wacana yang betul dalam penulisan Bahasa Melayu.


Membincangkan penggunaan penanda wacana yang betul dalam
penulisan Bahasa Melayu.

1.4

Skop Dan Batasan Kajian


Kajian ini hanya akan menumpukan kepada penggunaan penanda wacana
yang betul dalam penulisan Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan
pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik. Kajian ini
juga tidak melibatkan pelajar-pelajar lain di Sekolah Menengah Kebangsaan
Katholik.

1.5

Kepentingan Kajian
Kajian ini dianggap penting kerana daripada puluhan kajian tentang wacana,
tidak banyak kajian yang menyentuh tentang penggunaan penanda wacana
yang betul dalam penulisan Bahasa Melayu oleh pelajar.

Kajian ini penting untuk pelajar-pelajar mempelajari kegunaan


penanda wacana yang betul dalam penulisan Bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana, apabila pelajar dapat menguasai penggunaan penanda
wacana yang betul, pelajar akan dapat membuat penulisan Bahasa Melayu
yang baik dan maksud penulisan tersebut akan mempunyai makna yang
berkesinambungan.

Kajian ini juga penting kerana penggunaan penanda wacana dalam


penulisan Bahasa Melayu akan membantu pelajar dalam meningkatkan
penguasaan bahasa mereka. Ia juga dapat membantu pelajar dalam
melahirkan idea mereka melalui penulisan yang dihasilkan. Selain itu, guru
dan pelajar juga dapat bersedia menghadapi kemungkinan yang akan timbul
pada masa akan datang, malahan pelajar akan dapat memperbaiki diri
sebelum melangkah dengan lebih jauh.

Seterusnya, kajian ini juga penting kepada pihak guru, di mana ia


dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dengan teliti dan menjelaskan
segala aspek tentang penggunaan penanda wacana ini kepada pelajar dan
peranan penanda wacana ini dalam mengukuhkan sesuatu wacana atau
penulisan mereka.

Akhir sekali, kajian ini penting kerana ia dapat menggambarkan


penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya kepada
pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki satu peperiksaan penting.
Kajian ini akan menunjukkan tahap penguasaan sebenar pelajar terhadap
penggunaan penanda wacana khususnya dalam penulisan karangan. Mereka
juga dapat memperbaiki segala kesalahan yang pernah dilakukan agar
kesalahan itu tidak akan berulang lagi terutamanya semasa mereka
menempuh peperiksaan penting iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.

Selain itu, Redan Ginoh (1994) menyokong bahawa penggunaan


penanda wacana sebagai alat kepaduan dengan menyatakan bahawa pertalian
yang licin antara perenggan dengan perenggan, antara isi utama dengan
huraiannya, atau antara huraian dengan contoh harus diwujudkan, dan dengan
menggunakan ungkapan tertentu yang disebut penanda wacana. Penggunaan
penanda wacana yang bersesuaian menjadikan penyampaian maklumat atau
isi karangan lebih kemas dan lebih terjalin. Malah tidak mendadak sifatnya.
Akibatnya, perenggan menjadi lebih kemas dan menarik. Perenggan yang
kemas dan menarik tentu juga lebih utuh, dan secara keseluruhan karangan
turut menarik.

1.6

Definisi Istilah
1.6.1

Penggunaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 489), penggunaan


bermaksud perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu.
Contohnya seperti penggunaan kata itu tidak sesuai dengan ayat ini.
Menurut Kamus Pelajar (2008 : 264), perkataan penggunaan
bermaksud perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu.
Menurut Rohaizan Abdul Rahman (2001), Ahmad Mahmood Musanif
pula mentakrifkan penggunaan sebagai kata nama yang membawa
maksud perbuatan menggunakan sesuatu (1996 : 164).

1.6.2

Wacana
Menurut Rohaizan Abdul Rahman (2001), Asmah Haji Omar (1980)
menyatakan wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat,
kerana terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog,
siri buku dan sebagainya. Di dalamnya melibatkan hubunganhubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.

Menurut Rohaizan Abdul Rahman (2001), Tarigan (1987)


menyatakan wacana adalah kesatuan bahasa terlengkap dan tertinggi
di atas kalimat atau klausa dengan koherensi atau khesi tinffi yang
berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata
disampaikan secara lisan atau bertulis.

Menurut Rohaizan Abdul Rahman (2001), Mohd. Saidin


Ahmad (1994 : 124) mentakrifkan wacana sebagai konsep yang
meliputi semua aspek komunikasi yang melibatkan bukan sahaja
mesej atau teks tetapi juga pengucapan, penerimaan serta situasi
konteks. Wacana tidak sekadar merujuk kepada komunikasi bertulis
antara penulis dengan pembaca, tetapi turut meliputi komunikasi lisan
antara penutur dengan pendengar serta konteksnya.

1.6.3

Penanda Wacana
Menurut Rohaizan Abdul Rahman (2001), Awang Sariyan (1991)
menyatakan bahawa penanda wacana bermaksud kata atau frasa yang
menghubungkan atau merungkaikan satu ayat dengan ayat yang lain,
atau satu perenggan dengan perengan yang lain.
Menurut Rohaizan Abdul Rahman (2001), Raden Ginoh (1994
: 23) mentakrifkan penanda wacana sebagai ungkapan tertentu yang
mewujudkan pertalian antara satu isi dengan isi yang lain. Satu
perenggan dengan perenggan yang lain dan antara isi utama dengan
huraiannya atau huraian dengan contohnya.

Menurut Rohaizan Abdul Rahman (2001), Raminah Hj.


Sabran pula mentakrifkan penanda wacana sebagai perkataanperkataan yang berfungsi mempertautkan atau menghubungkan

sesuatu ayat dengan ayat yang berikutnya atau suatu perenggan


dengan lainnya.

Menurut Rohaizan Abdul Rahman (2001), Roselan Baki (1994


: 124) menyatakan bahawa penanda wacana boleh digunakan dalam
dua situasi iaitu, untuk menghubungkan dua ayat (lalu membentuk
satu ayat), dan antara perenggan. Penggunaan penanda wacana dalam
ayat membentuk perkaitan antara ayat dengan ayat, atau sebelumnya.
Keadaan ini membentuk aliran huraian yang logik serta sistematik.

Dengan kata lain, penanda wacana ialah perkataan-perkataan


yang berfungsi mempertautkan atau menghubungkan sesuatu ayat
dengan ayat yang berikutnya atau suatu perenggan dengan perenggan
lainnya. Penanda wacana juga bermaksud kata atau frasa yang
menghubungkan atau merangkaikan satu ayat dengan ayat yang lain,
atau perenggan dengan perenggan yang lain. Penanda wacana juga
ialah kata hubung yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat
atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat majmuk.

1.6.4

Penulisan

10

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 1729), penulisan


membawa maksud perihal atau kegiatan dan sebagainya menulis
(mengarang dll), hasil daripada menulis (mengarang dll). Manakala
menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008 : 877), penulisan ialah
perbuatan (hal dan sebagainya) menulis atau mengarang. Menurut
Kamus Zaba (2001 : 1197 ) pula, penulisan bermaksud berkaitan
dengan kegiatan menulis.

Penulisan adalah aktiviti mengalih bentuk pemikiran ke dalam


bentuk tulisan nyata. Ia memerlukan kecerdasan otak dan kecekapan
penguasaan bahasa, pengetahuan dan pengalaman seseorang.

1.6.5

Pelajar
Menurut Kamus Pelajar (2008 : 535), pelajar ialah orang atau anak
yang sedang belajar atau berguru. Manakala menurut Kamus Zaba
(2001 : 785), pelajar membawa maksud peringkat permulaan
seseorang dalam sesuatu tarikat dan telah diperakukan oleh gurunya.

2.0

TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN


Tinjauan kajian berkaitan ini akan memfokuskan kepada kajian berkaitan dan
kajian lepas.

11

2.1

Kajian Berkaitan
Dalam sesebuah hasil penulisan, penggunaan penanda wacana atau dikenali
sebagai perangkai ayat dapat memastikan kewujudan keseimbangan dan
pertautan antara satu idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam
sesuatu penulisan secara berkesan akan memantapkan hasil penulisan tersebut
selain dapat membuat perkaitan dengan ayat dengan ayat, mahupun
perenggan dengan perenggan. Sehubungan itu, penanda wacana dalam
sesebuah penulisan amat penting bagi mewujudkan pertautan dan kesepaduan
bentuk dan makna sesebuah penulisan itu. Penggunaan penanda wacana yang
berupa kata atau frasa perangkai ayat menurut Awang Sariyan (1991),
membolehkan ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan
maklumat yang dikemukakan menjadi lancar dan tidak melompat-lompat.
Sebaliknya, jika penulis atau pelajar tidak menggunakan penanda wacana,
maka huraian dan perenggan yang hendak disampaikan menjadi terputusputus.

Penanda wacana dapat dikategorikan seperti berikut:


Bil
.
1.

Fungsi

Contoh

Tambahan

dan, serta, tambahan lagi, tambahan pula,

2.

Urutan

selanjutnya, seterusnya, di samping


pertama, kedua, seterusnya, selepas

3.

Pernyataan semula

kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya


iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang

itu,

12

4.

Contoh

diterangkan
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,

5.

Rumusan

umpama, bagai, bak kata, sebagai


rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan,

6.

Tempat

akhir kata, sebagai penyimpul kata


berhampiran dengan, bersebelahan

7.

Waktu

bertentangan dengan
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada

8.

Sebab dan kesan

mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya


oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,

9.

Bandingan

dengan itu
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama

Pertentangan

juga dengan
tetapi,
sebaliknya,

10.

bagaimanapun,
11.

Pengesahan

namun

sungguhpun,
begitu,

dengan,

walau

bertentangan

dengan
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
pastilah, sememangnya

Penanda wacana dalam Bahasa Melayu juga terdiri daripada lima penanda
iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Penanda leksikal
Penanda rujukan
Penanda penghubung
Penanda penggantian
Penanda elipsis atau pengguguran

Penanda leksikal
Penanda leksikal ialah sejenis gaya pengulangan yang bersifat pertautan atau
kohesi antara perkataan atau frasa terdahulu dengan yang terkemudian

13

melalui pengulangan perkataan yang sama atau pengulangan perkataan yang


sama makna. Yang berikut ialah beberapa contoh yang melibatkan penanda
leksikal:
1. Menggunakan kata yang sama. Contohnya:
Semalam dia menangis. Hari ini dia menangis lagi. Nampaknya dia
memang gemar menangis.
2. Menggunakan sinonim. Contohnya:
Suatu ketika dulu lelaki itu amat dikaguminya. Tetapi kini, lelaki itu
dianggap sebagai ayah.
3. Menggunakan hiponim. Contohnya:
Terdapat pelbagai jenis buah yang dijual di gerai itu. Antaranya
termasuklah rambutan, mangga, langsat, dan betik.
4. Menggunakan antonim. Contohnya:
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
5. Menggunakan kolokasi. Contohnya:
Kawasan hutan diteroka untuk pembangunan. Kini gajah dan harimau
kehilangan habitat semula jadi.
6. Memanfaatkan unsur bersambut. Contohnya:
Penceramah mengemukakan soalan. Peserta memberi jawapan.

Penanda rujukan
Penanda rujukan melibatkan kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk
perkataan dan frasa lain dalam sesuatu wacana. Dalam Bahasa Melayu, kata
ganti nama rujukan terdiri daripada dua jenis, iaitu:
1. Kata ganti nama diri:
i.
Orang pertama:
saya, aku, beta, patik, kami dan kita.
ii. Orang kedua:
anda, engkau, awak, dan kamu.
iii.
Orang ketiga
dia, ia, beliau, mereka, dan nya.
2. Kata ganti nama tunjuk:
ini, itu, sini, sana, dan situ.

14

Antara contoh penggunaan penanda rujukan dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Noraishah Noraihan, Nur Aini Syairah, Muhamad Hazim Syahir dan
adiknya Muhamad Haziq Shahirin berlepas ke Bernam Jaya, Hulu
Selangor pada pukul 2.30 petang. Mereka menaiki kereta Proton Waja.
2. Puan Mariam berniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Beliau
berniaga di situ sejak suaminya meninggal lapan tahun lalu.
3. Emak dan saya ke pejabat pos. Kami ke sana dengan motosikal.

Penanda penghubung
Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan
sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda
penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis, iaitu:
1. Penghubung musabab
Penanda wacana yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh
penanda musabab ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh hal demikian,
dengan itu dan maka itu. Contoh dalam ayat adalah seperti yang berikut:
i.
Wanita merupakan separuh daripada penduduk Malaysia dan 37
peratus daripadanya ialah tenaga kerja di negara ini. Oleh hal
demikian, kaum wanita merupakan sumber ekonomi penting yang
boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan
ii.

negara.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Abdul Aziz Zainal
berkata pihaknya kini mengehadkan pengambilan anggota wanita

15

kerana jumlah mereka telah melebihi kuota sebanyak enam


iii.

peratus daripada jumlah pengambilan setahun.


Persatuan Pandu Puteri Malaysia memberi penekanan terhadap
kesihatan remaja oleh sebab mereka merupakan asset masyarakat

dan negara.
2. Penghubung tempoh
Penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya
sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah pertama, seterusnya,
kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, dan akhirnya. Contoh
penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
i.
Dalam janji temu pada Jumaat lalu, murid itu diminta berjumpa
dengan guru disiplin, kemudian dia disuruh menandatangangi
ii.

surat akur janji, akhirnya dia dibawa ke bilik pengetua sekolah.


Apabila loceng dibunyi, maka para peserta olahraga itu pun

iii.

mengambil petak masing-masing.


Pertama dia miskin, kedua dia anak yatim piatu dan ketiga dia

pada masa ini tiada tempat tinggal kerana rumahnya terbakar.


3. Penghubung tambahan
Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan
maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan
sebelumnya. Antara penanda wacana jenis ini ialah dan, lalu, malahan,
tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, seterusnya, selepas
itu, dan selanjutnya. Contoh penghubung tambahan yang digunakan
dalam ayat adalah seperti yang berikut:
i.
Sejak itu, kisah kewujudan Bigfoot di negeri ini mula mendapat
perhatian akhbar-akhbar tempatan dan luar negara, malahan
ii.

menjadi salah satu topik paling tinggi pencariannya di internet.


Bagi mereka yang gemar akan aktiviti lasak, berkayak mungkin
pilihan terbaik buat mereka jika ada masa lapang. Tambahan
pula, tasik yang ada di Universiti Malaya memang sesuai untuk

16

menjadi tempat mereka berkumpul dan melakukan aktiviti riadah


seperti berkayak.
4. Penghubung tentangan
Penghubung yang menunjukkan wujudnya pertentangan maklumat antara
suatu yang baharu diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana
yang sama. Antara penanda wacana jenis ini ialah tetapi, sebaliknya,
namun begitu dan walau bagaimanapun. Contoh penggunaannya dalam
ayat adalah seperti yang berikut:
i.
Kehebatan MPPJ sukar ditandingi oleh Selangor biarpun skuad
Merah Kuning lega hasil kemenangan besar 4-0 ke atas MPSJ
ii.

tetapi tidak mampu menyuntik semangat kebangkitan itu.


Ayam tambatan MPPJ, Juan Manuel Arostegui yang kembali
daripada kecederaan mencipta dua gol pada minit ke-65 dan 84
sebaliknya Selangor sekadar merapatkan jurang menerusi
jaringan Nazzab Hidzan pada minit ke-86.

Penanda penggantian
Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan
atau frasa lain dalam wacana yang sama. Penanda wacana jenis ini terdiri
daripada frasa nama, frasa kerja atau klausa. Contoh penanda penggantian
dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Pemilikan pil ekstasi ialah satu kesalahan besar di beberapa buah negara
di Asia Tenggara. Indonesia, misalnya sudah merangka strategi untuk
membanteras jenayah ini. (frasa nama)
2. Kumpulan militant Nigeria mendakwa mereka meletupkan sebuah bot
tentera dan satu saluran paip minyak hari ini. Tindakan mereka itu

17

memperhebat kempen sabotaj di Nigeria, pengeksport minyak kelapan


terbesar di dunia yang telah pun mengurangkan pengeluaran sebanyak 20
peratus. (frasa kerja)
3. Pemerintah Amerika dan sekutunya berpendapat negara Iran sedang
membina stesen jana kuasa nuclear untuk tujuan ketenteraan.
Bahawa mereka beranggapan demikian sudah dijangka. (klausa)

Penanda elipsis atau pengguguran


Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah disebut
yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. Pengguguran ini dilakukan kerana
pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan
konteks wacana. Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu
sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. Contohnya:
1. Wanita hamil sering dinasihatkan agar aktif bergerak supaya mudah
melahirkan anak. Demikian juga kak saya ... (sering dinasihatkan
agar aktif bergerak supaya mudah melahirkan anak)
2. Wanita yang berkerjaya ingin kelihatan cantik dan menawan.
Begitu jua dengan wanita lain ... (ingin kelihatan cantik dan
menawan)

2.2

Kajian Lepas
Berdasarkan tesis daripada Rohaizan Binti Abdul Rahman (2001) bertajuk
Analisis Penggunaan Penanda Wacana Dalam Karangan Pelajar Tingkatan
Dua, pengkaji mendapati bahawa penggunaan penanda-penanda wacana yang

18

terdiri daripada empat jenis, iaitu, tambahan, sebaliknya, sebab dan ketika
kurang memuaskan.

Pengkaji mendapati bahawa jenis penanda wacana yang menunjukkan


maksud tambahan paling banyak digunakan berbanding dengan penanda
wacana yang bermaksud ketika yang paling sedikit digunakan. Penanda
wacana yang dominan digunakan ialah dan, sementara penanda-penanda
wacana yang lain kurang digunakan malahan ada yang tidak digunakan
langsung.

Penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya juga kerap


digunakan, namun seperti juga dengan penanda wacana yang bermaksud
tambahan ia masih digunakan dalam kuantiti yang masih tidak memuaskan.
Ada juga penanda wacana yang dominan dalam jenis ini iaitu tetapi, jika,
walaupun dan lain-lain lagi. Banyak penanda-penanda wacana yang
menunjukkan maksud sebaliknya ini tidak digunakan langsung.

Bagi penanda wacana yang menunjukkan maksud sebab pula, ia


merupakan yang ketiga tertinggi. Namun penggunaannya juga amat kurang.
Penanda wacana yang dominan dalam jenis ini ialah kerana. Ada juga
penanda wacana yang lain digunakan seperti untuk, supaya dan banyak
lagi.

19

Penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika paling sedikit


digunakan. Antara penanda wacana yang digunakan ialah semasa, sejak,
semenjak, akhirnya dan lain-lain. Namun banyak lagi penanda-penanda
yang tidak digunakan bagi penanda wacana yang menunjukkan maksud
ketika ini.

Daripada dapatan kajian tesis tersebut juga, pengkaji mendapati


perbezaan jantina juga mempengaruhi penggunaan penanda-penanda wacana
yang digunakan oleh pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar perempuan
lebih banyak menggunakan penanda wacana berbanding pelajar lelaki dan
dalam kesalahan penggunaan penanda wacana pula, pelajar perempuan lebih
sedikit berbanding dengan pelajar lelaki dalam kesalahan penanda wacana
yang dilakukan.

Selain itu, tidak terdapat perbezaan ketara yang ditunjukkan antara


pelajar yang mengikuti kelas tusyen atau kelas bimbingan Bahasa Melayu
dengan pelajar-pelajar lain yang tidak mengikuti kelas tersebut. Oleh itu,
pengkaji merumuskan bahawa pada peringkat umur itu, pelajar dalam
lingkungan 14 tahun dan ke bawah, kelas tusyen tidak memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi kemahiran mereka menggunakan penanda
wacana yang betul dalam penulisan mereka.

20

Sebaliknya, terdapat faktor-faktor lain yang lebih mempengaruhi


kemahiran penggunaan penanda wacana pelajar dalam penulisan seperti
faktor sekolah, faktor guru Bahasa Melayu, faktor ibu bapa dan faktor pelajar
itu sendiri.

3.0

METODOLOGI KAJIAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud,
ilmu tentang metode atau sistem yang merangkumi kaedah-kaedah dan
prinsip-prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan. Oleh itu, dapatlah
dikatakan bahawa metodologi ialah ilmu tentang cara untuk mengkaji dan
menyelidik sesuatu kajian, ianya adalah suatu usaha yang sistematik dan
objektif dengan maksud untuk memperolehi atau mengumpul data-data yang
tepat dan berkesan.

3.1

Pengenalan
Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai penggunaan penanda wacana
yang betul dalam penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan
lima di sebuah sekolah menengah di Tanjong Malim. Berdasarkan tujuan
kajian di atas, menurut Rohaizan (2001), bab ini akan membincangkan
mengenai reka bentuk kajian iaitu pelan tindakan yang memperlihatkan
secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006),
subjek kajian, tempat kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur
penganalisisan data.

21

3.2

Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara
terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga
berfungsi sebagai panduan dalam membantu pengkaji dalam proses
memungut,

menganalisis

dan

membuat

pentafsiran

hasil

daripada

penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model


bagi membolehkan pengkaji membuat inferens berkenaan pemboleh ubah
yang dikaji.

Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian yang berbentuk kuantitatif.


Kuantitatif ialah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat
kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran dan
memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel
bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif. Pengkaji
menggunakan soal selidik sebagai alat pengukuran kajian ini.

3.3

Subjek Kajian
Populasi bagi kajian ini adalah pelajar di Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Katholik. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar
tingkatan lima sahaja. Sampel kajian ini terdiri daripada 250 pelajar termasuk
pelajar lelaki dan perempuan.

22

3.4

Tempat Kajian
Pengkaji melakukan kajian ini di sebuah sekolah menengah di Tanjong
Malim, Perak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jenis Katholik. Sekolah
ini berdekatan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris menyebabkan
pengkaji memilih sekolah ini sebagai tempat kajian untuk menyenangkan
pengkaji.

3.5

Prosedur Pengumpulan Data


3.5.1

Teknik Pengumpulan Data


Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai alat pengukuran
kajian ini. Soal selidik ialah teknik pengumpulan data yang dilakukan
dengan cara memberi satu set soalan atau pernyataan bertulis kepada
responden untuk dijawab.

3.5.2

Instrumen Data
Satu instrumen kajian digunakan dalam kajian ini. Instrumen tersebut
merupakan satu set borang soal selidik yang mengandungi soalansoalan untuk dijawab oleh para pelajar. Soal selidik ini digunakan
untuk menilai kefahaman pelajar tentang penggunaan penanda wacana
yang betul dalam penulisan Bahasa Melayu. Dalam kajian ini,

23

pengkaji menggunakan skala Likert dalam membuat borang soal


selidik. Skala Likert merupakan satu set gerak balas terhadap sikap
tersebut diberikan di dalam bentuk skala ordinal (Mohd Majid, 2005).

Skala ini mempunyai lima mata iaitu:


Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

SS
S
TP
TS
STS

5
4
3
2
1

Borang soal selidik terbahagi empat bahagian iaitu:


Bahagian A Demografi
Bahagian B Penanda wacana yang betul dalam penulisan Bahasa
Melayu
Bahagian C Cadangan

meningkatkan

kemahiran

penggunaan

penanda wacana yang betul dalam penulisan Bahasa


Melayu
Bahagian D Kepentingan penggunaan penanda wacana yang betul
dalam penulisan Bahasa Melayu

3.6

Prosedur Penganalisisan Data


Kajian ini menggunakan instrumen yang berbentuk kuantitatif iaitu dengan
mengedarkan satu set borang soal selidik kepada responden. Responden akan
menjawab semua soalan yang terdapat dalam borang soal selidik. Setelah
borang soal selidik ini dijawab oleh responden, borang soal selidik ini akan
diberi kod R1 hingga R250. Satu jadual analisis dibina untuk merekodkan

24

jawapan yang ditanda oleh responden. Setelah pengkaji merekod semua


jawapan yang ditanda oleh responden dalam jadual analisis, pengkaji akan
mengira kekerapan, membina Jadual dan membina lakaran grafik. Lakaran
grafik itu terdiri daripada graf dan carta pai. Seterusnya, pengkaji akan
mengulas dan menulis huraian berdasarkan Jadual dan lakaran grafik yang
telah dibina tersebut. Akhir sekali, perbincangan dan rumusan mengenai
kajian ini akan dilakukan.

3.7

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, metodologi kajian meliputi empat aspek iaitu reka
bentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian, prosedur pengumpulan data dan
prosedur penganalisisan data. Kaedah kajian yang dipilih bagi menjawab
persoalan kajian ini ialah kaedah kajian secara kuantitatif melalui borang soal
selidik.

4.0

PENUTUP
Sebagai penutup, dapatlah dikatakan bahawa kajian ini memberikan
gambaran kepada kita tentang tahap penggunaan penanda wacana dalam
penulisan Bahasa Melayu pelajar tingkatan lima. Pelajar memang berusaha
untuk menggunakan penanda-penanda wacana dalam semua bentuk penulisan
mereka, tetapi tanpa bimbingan yang betul tentang cara penggunaannya, kita
dapati penanda wacana tidak dapat digunakan dengan betul.

25

Pengkaji

berharap

dengan

kajian

ini,

dapat

meningkatkan

keberkesanan penggunaan penanda wacana dalam penulisan pelajar.

RUJUKAN
Adenan Ayob. (2009). Bahasa kebangsaan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hassan Basri. (2007). Komsas dan tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Icon Region
Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, & Faiziah Shamsudin. (2012). Bahasa Melayu
komunikatif.

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohammad Fadzeli Jaafar. (2012). Penanda wacana dalam teks Melayu lama
berunsur sejarah. Jurnal Bahasa. 234-254.
Rohaizan Abdul Rahman. (2001). Analisis penggunaan penanda wacana dalam
karangan pelajar tingkatan dua (Disertasi Degree yang tidak diterbitkan).
Universiti Pendidikan Sultan Idris: Perak.

26

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

PENGGUNAAN PENANDA WACANA YANG BETUL DALAM PENULISAN


BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR TINGAKATAN LIMA
Arahan:DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENIS KATHOLIK

Kajian ini untuk memenuhi keperluan kursus BMW 3032: Wacana Akademik Bahasa Melayu.

1. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian:


BAHAGIAN A: DEMOGRAFI
BAHAGIAN B: PENANDA WACANA YANG BETUL DALAM PENULISAN BAHASA
MELAYU
BAHAGIAN C: CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN
PENANDA WACANA YANG BETUL DALAM PENULISAN
BAHASA MELAYU
BAHAGIAN D: KEPENTINGAN PENGGUNAAN PENANDA WACANA YANG
BETUL DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU
2. Sila jawab semua soalan.
3. Jawapan anda adalah rahsia.

27

Nama Pengkaji:
No. Matrik

No. Telefon

ARAHAN: Tanda ( ) di petak yang telah disediakan dan anda diminta menjawab
dengan jujur.

SKALA:
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

SS
S
TP
TS
STS

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI
Lelaki

A1: Jantina

Perempuan

Melayu
Cina
India
Lain-lain

A2: Bangsa

5
4
3
2
1

28

BAHAGIAN B: PENANDA WACANA YANG BETUL DALAM PENULISAN


BAHASA MELAYU

Bil.

Item Soalan

SS
5

B1.

Penanda wacana dengan kata lain digunakan untuk

B2.

menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza


Penanda wacana jelaslah bahawa digunakan

B3.

menghuraikan contoh
Penanda wacana hal ini dikatakan demikian kerana

B4.

digunakan untuk huraian isi karangan


Penanda wacana secara keseluruhan digunakan untuk

B5.

memulakan perenggan penutup


Penanda wacana tambahan pula digunakan untuk menulis

B6.

dua huraian dalam satu ayat


Penanda wacana antaranya

B7.

menggariskan isi-isi penting


Penanda wacana fenomena ini dikatakan digunakan untuk

B8.

memulakan atau memasukkan ungkapan menarik


Penanda wacana dengan keadaan sedemikian digunakan

B9.

untuk menutup isi


Penanda wacana sejak dahulu lagi digunakan untuk

B10.

memulakan karangan
Penanda wacana tindakan tersebut perlu dilakukan supaya

ialah

digunakan

digunakan untuk menghuraikan isi karangan

untuk

untuk

S
4

Skala
TP TS
3
2

STS
1

29

BAHAGIAN C: CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN


PENANDA WACANA DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU
Bil
.

Item Soalan

C1.
C2.

Sentiasa merujuk kamus untuk mengetahui erti perkataan


Mengetahui fungsi-fungsi penanda wacana yang sesuai

C3.

digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu


Diberi latihan menyusun ayat berdasarkan urutan serta

C4.
C5.

meletakkan penanda wacana yang sesuai


Banyak membaca bahan-bahan tambahan
Sentiasa bertanya kepada guru apabila tidak mengetahui

C6.
C7.

sesuatu makna penanda wacana


Membuat banyak latihan tatabahasa
Melalui bentuk lisan

SS
5

S
4

Skala
TP TS
3
2

BAHAGIAN D: KEPENTINGAN PENGGUNAAN PENANDA WACANA YANG


BETUL DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU
D1 : Pada pendapat anda, apakah kepentingan penggunaan penanda wacana yang
betul dalam penulisan Bahasa Melayu?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
________________________________________

STS
1

30

SOAL SELIDIK TAMAT


TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN.

Anda mungkin juga menyukai