Anda di halaman 1dari 13

1.

Pengenalan

Secara umumnya, keluarga didefinisikan sebagai satu generasi yang menyediakan pelbagai
kemudahan kepada generasi baru dengan keperluan makanan, perlindungan, kesihatan,
pakaian, sosial dan rekreasi bagi menjadikan mereka manusia yang mampu untuk berdikari.
Keluarga ini berbentuk keluarga nuklear. Keluarga nuklear bermaksud keluarga yang
dianggotai oleh sepasang suami isteri dan anak-anak yang belum berkahwin. Saiz keluarga ini
sederhana sahaja kerana memiliki 6 orang ahli keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan
4 orang anak mereka.
Bagi menyara anak-anak yang sedang membesar disamping kehidupan pada masa kini
yang memerlukan kos yang tinggi, maka kedua-dua suami dan isteri keluarga ini bekerja.
Purata pendapatan keluarga ini ialah sebanyak RM7000.
Suami isteri ini memiliki zurat seramai 4 orang iaitu 3 perempaun dan seorang lelaki.
Kesemua anak mereka masih lagi belajar. Seorang di peringkat Universiti dan yang lain
diperingkat sekolah menengah dan rendah.
Keluarga ini memiliki sebuah rumah teres yang terletak di tengah-tengah pusat bandar
di Perak dan mendiami rumah tersebut bersama anak-anak.

2.0

Hasil dapatan
2.1

Pendidikan anak di rumah

Berdasarkan pemerhatian, anak-anak di dalam keluarga ini diberikan beberapa jenis


pendidikan di rumah selain memberi pendidikan yang utama dengan menghantar anak-anak
mereka ke sekolah. Antara pendidikan di rumah itu termasuklah agama, akademik serta nilai,
budaya dan adat.

Sebagai keluarga yang beragama Islam, sememangnya wajib memberikan pendidikan


agama tambahan tanpa mengharapkan kontens yang dipelajari disekolah. Walaupun ibu bapa
keluarga ini sangat sibuk dengan pekerjaan sehinggakan ada masa mereka tidak sempat untuk
melihat wajah anak-anak mereka setelah balik kerana sudah lewat malam itu tidak bermakna
mereka mengabaikan anak-anak mereka. Mereka sentiasa menitik beratkan kebajikan anakanak walau sesibuk mana pun mereka. Anak-anak ini dihantar menghadiri kelas mengaji AlQuran bersama Ustazah yang tinggal berdekatan dengan kawasan rumah keluarga tersebut
bagi memudahkan anak-anak untuk pergi sendiri pada sebelah petang selepas waktu sekolah.

Selain itu, memandangkan terdapat seorang anak di dalam keluarga ini akan
mengambil peperiksaan besar pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia, anak itu dihantar
ke kelas tambahan pada waktu malam. Dia telah dihantar ke pusat tuisyen oleh ibu bapa
keluarga ini sejak dari tingkatan 4 lagi bagi memastikan anak mereka bersedia ketika
menduduki peperiksaan besar kelak.

Selain itu, didapati keluarga ini juga turut menerapkan nilai-nilai murni yang baik
kepada anak-anak. Antara suami dan isteri, kebiasaanya isteri akan mengambil peranan untuk
mengajar anak-anak mereka mengenai cara beradab, adat melayu dan nilai-nilai yang baik.
isteri akan sentiasa mengingatkan anak-anaknya setiap perkara tersebut. Pendidikan ini sudah

lama diberikan kepada setiap anaknya sejak kecil lagi. Sebagai contoh, jika salah seorang
anaknya menyampuk perbualan ibu bapa tersebut maka isteri akan menengur anak tersebut
dan menyatakan salah akan perbuatan anak tersebut. Kemudian menerangkan mengapa
perbuatan tersebut salah dan mengingatkan supaya tidak mengulanginya lagi. Selain itu, isteri
juga akan mengajar anak-anak mereka untuk melakukan kerja-kerja dirumah. Sebagai contoh,
isteri akan membahagikan kerja-kerja untuk setiap anaknya melakukan kerja dengan adil.
Suami pula berperanan untuk memastikan anak-anak mereka menjalankan tugas tersebut.

Oleh kerana sibuk dengan pekerjaan masing-masing ibu bapa keluarga ini terpaksa
menyerahkan tanggungjawab di luar sekolah seperti ini kepada orang lain dan juga mereka
beranggapan bahawa menghantar anak-anak mereka seperti ke kelas mengaji dengan orang
yang lagi arif adalah lebih bagus kerana anak-anak mereka berhak untuk mendapatkan yang
terbaik. Hal ini kerana setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka berjaya di dunia dan di
akhirat. Setiap yang dilakukan oleh mereka pada hari ini pasti akan memberikan hasil yang
terbaik kepada anak-anak mereka kelak dan bukan untuk kepentingan mereka.

2.2

Hubungan antara ibu dan bapa

Pasangan suami isteri ini merupakan pasangan komuter. Pasangan komuter ini merujuk
kepada lelaki dan wanita dalam perkahwinan dwi-kerjaya yang ingin kekal dalam
perkahwinan, tetapi secara sukarela memilih untuk meneruskan kerjaya yang mereka rasa

komitmen yang kuat. Keluarga komuter juga dikenali sebagai keluarga hujung minggu.
Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dan mengekalkan dua kediaman dalam lokasi
geografi yang berbeza, kebiasaanya kerana kerjaya. Pasangan komuter ini hanya dapat
bersama dan berjumpa pada waktu cuti sahaja.

Pasangan suami isteri keluarga ini memiliki hubungan sebegini kerana faktor
ekonomi. Pasangan suami isteri ini terpaksa tinggal berjauhan disebabkan jarak tempat kerja
yang berbeza. Suami keluarga ini bekerja di Johor Bharu manakala isteri bersama anak-anak
tinggal di Perak. Kedua-dua pasangan ini bekerja kerana hendak menampung kos sara hidup
dan simpanan untuk jaminan masa depan keluarga. Pasangan ini sudah tinggal berjauhan
sejak tahun 2006 dan ini bermakna sudah hampir 9 tahun dan hanya berjumpa hanya pada
waktu cuti sebulan sekali.

Hubungan komuter ini sebenarnya menjejaskan hubungan mesra antara suami isteri
ini. Hal ini dapat dilihat apabila perselisihan faham berlaku kadang kala kerana masalah
kewangan. Walaupun purata pendapatan mereka kelihatan banyak tetapi mereka terpaksa
menanggung kos yang tinggi terutama bagi menampung kos minyak, tol dan
penyelenggaraan kerta kerana kerap berulang alik antara dua destinasi iaitu dari Johor ke
Perak yang memakan kos yang agak tinggi. Selain itu, kerana mereka tinggal berasingan,
mereka terpaksa melakukan pembahagian kos sara hidup termasuklah kos sewaan rumah
berasingan, perbelanjaan dapur dan utiliti yang lain.

Perselisihan mereka kadang-kadang dapat dilihat oleh anak-anak walaupun mereka


cuba menyembunyikan. Hal ini kerana mereka akan kelihatan dingin daripada biasa. Ada

kalanya anak-anak akan terkena tempiasnya kerana jika suami isteri tersebut bergaduh, anakanak akan turut dimarahi tanpa sebab. Hal ini meninggalkan kesan kepada anak-anak.

Walaubagaimanapun, pasangan suami isteri ini cuba membaiki hubungan mereka


dengan keluar berdua tanpa anak-anak jika suami pulang ke rumah pada waktu cuti untuk
membeli barang dapur atau makan berdua diluar. Selain itu, jika mereka berjauhan mereka
akan sentiasa berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan menelefon. Kebiasaanya mereka
akan bertelefon pada waktu malam untuk bertanya khabar sebelum tidur dan bermesej pada
waktu lapang.

Hubungan komuter ini sebenarnya ada kelebihannnya. Antara kelebihannya ialah bila
suami isteri ini berjauhan, perasaan sayang antara satu sama lain menjadi lebih kukuh dan
juga mampu mengajar mereka untuk lebih menghargai antara satu sama lain setiap detik
terutama apabila berkumpul bersama. Disamping itu, pasangan suami isteri ini belajar
berdikari untuk tidak bergantung antara satu sama lain terutamanya bagi isteri untuk tidak
berharap kepada suaminya semata-mata.

Anak-anak sedikit tidak selesa jika ibu bapa mereka berselisihan faham kerana
mereka juga turut terkena tempias apabila mereka akan dimarah tanpa sebab dan mereka juga
mendapat layanan dingin daripada ibu bapa mereka. Selain itu, anak-anak sedikit janggal
dengan kehadiran bapa mereka kerana sudah terbiasa tinggal dirumah tanpa kehadiran bapa
mereka. Namun begitu, anak-anak masih melayan bapa mereka dengan mesra.
2.3

Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Keluarga ini menggunakan gaya keibubapaan autoritatif. Autoritatif ini merupakan gabungan
antara gaya autoritarian dan permisf. Dalam kata lain, gaya autoritatif ini ibu bapa berkuasa
sepenuhnya tetapi masih ada sifat keterbukaan dalam. Hal ini menyebabkan anak-anak rapat
dengan ibu bapa secara tidak langsung atas sikap keterbukaan ibu bapa tersebut. Contoh yang
dapat dilihat dalam keluarga ini ialah bapa akan sentiasa memberi penjelasan mengapa setiap
kali beliau memarahi anak-anaknya.

Selain itu, ibu bapa melayan anak-anak mereka seperti kawan. Cara ini membantu
supaya mereka rapat dengan anak-anak dan anak-anak berkongsi masalah atau rahsia peribadi
dengan ibu bapa dengan terbuka. Hal ini dapat mengelak anak-anak untuk mecari rakan
sebaya untuk bercerita masalah sehingga terjebak dengan perkara yang tidak sihat diluar.
Perkara ini perlu diambil tahu kerana jarak ibu bapa yang jauh serta kekangan masa kerana
bekerja menyebabkan mereka sukar untuk mengawal anak-anak mereka diluar pandangan
mereka.

Dalam zaman yang semakin maju ini, segala benda dihujung jari. segala aplikasi yang
telah dicipta banyak membantu keluarga yang berjauhan untuk berhubung keluarga dan
membuat seolah-olah mereka yang jauh itu dekat dengan pengguna aplikasi tersebut melalui
telefon pintar. Begitu juga dengan keluarga ini, mereka menggunakan aplikasi seperti
WhatsApp, Facebook, dan Wechat untuk berhubung. Sebagai contoh, keluarga ini
menggunakan WhatApps untuk bersembang secara kumpulan di alam maya. Hal ini
memudahkan mereka untuk berbincang anak beranak tanpa perlu tunggu bapa yang kerja

jauh ataupun anak yang sedang belajar di Universiti. Kebiasaanya, keluarga ini menggunakan
aplikasi kumpulan tersebut untuk membincangkan mengenai perancangan untuk bercuti
bersama, bertanya khabar mereka yang jauh dan pelbagai hal yang berkaitan keluarga
mereka. Sebagai contoh, bapa akan bertanya perkembangan dan aktiviti anak-anak dirumah
seperti bertanya sama ada mereka sudah pergi ke kelas mengaji atau tidak. Selain bermesej
secara berkumpulan keluarga ini juga menggunakan aplikasi Wechat untuk membuat
panggilan video. Cara ini dapat membuat anak-anak melepaskan rindu kepada ibu dan ayah
mereka tanpa perlu pulang ke rumah sebaliknya berjumpa di alam maya sahaja.

Oleh kerana ibu bapa keluarga ini merupakan hubungan komuter, maka anak-anak
jarang untuk berjumpa dan beriteraksi dengan bapa mereka hanya melalui aplikasi di dalam
telefon canggih sahaja. Namun begitu, secanggih mana aplikasi yang tersedia ada tidak dapat
menggantikan kehadiran ibu bapa itu sendiri. Anak-anak juga tidak berpeluang untuk merasai
saat mesra seperti keluarga lain yang mana ibu bapanya sentiasa ada bersama setiap masa.
Keadaan ini sebenarnya boleh menjejaskan emosi anak-anak terutamanya berlaku masalah
dari segi kesihatan dan ganguan mental anak-anak sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu
mendahulukan anak-anak bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah yang tidak
diingini.
2.4

Hubungan antara adik beradik

Hubungan antara adik beradik dalam keluarga ini rapat. Hal ini kerana mereka saling
bergantung antara satu sama lain kerana kesibukan ibu bapa berkerja. Kakak yang sulung
akan menjadi tempat meluahkan masalah kepada adik-adiknya, jika adik-adiknya mengalami
masalah. Selain itu, sifat kakak yang terbuka menyebabkan adik-adik yang lain berani
bercerita kepadanya tanpa rasa takut rahsia tersebut akan terbongkar kepada ibu dan bapa

mereka. Oleh kerana anak sulung keluarga ini sudah tinggal jauh dari keluarga tetapi dia akan
menelefon adik-adiknya sekurang-kurangnya seminggu sekali. Keakraban mereka boleh
dapat dilihat apabila mereka empat beradik bersama dan bergurau senda antara satu sama
lain.

Namun begitu, adik beradik ini tetap ada perselisihan faham. Kebiasaanya
perselisihan faham mereka tidak lama. Pertengkaran mereka kebiasaanya tercetus akibat
salah faham dan cemburu dengan adik-beradik yang lain. Walaubagaimana pun, mereka
sentiasa akan menjaga adik-beradik mereka daripada orang luar tidak kira apa keadaan sekali.
Sebagi contoh, anak ketiga di dalam keluarga ini dibuli oleh rakan sekolahnya di sekolah.
Apabila kedua-dua kakak di atasnya mengetahui masalah ini, mereka pergi bersemuka
dengan budak yang membuli adik mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selain itu, mereka sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain berkaitan minat
mereka. Sebagai contoh, adik bongsu mereka meminati sukan bola sepak, walaupun dia
seorang sahaja lelaki di dalam adik beradik keluarga ini namun tidak menjadi halangan untuk
kakak-kakaknya menemani dia menonton perlawanan bola sepak di siaran televisyen atau
secara lansung di stadium.
Selain itu, mereka akan pergi memberi sokongan kepada adik mereka yang
mempunyai perlawanan bola sepak jika kelapangan. Hubungan seperti ini telah membuktikan
bahawa air yang dicincang tidak akan putus. Begitu juga dengan hubungan adik beradik
keluarga ini bergaduh macam mana sekali pun, mereka sentiasa menyayangi antara satu sama
lain.

2.5

Penyelesaian konflik dalam keluarga

Konflik yang pernah berlaku di dalam keluarga ini antaranya ialah pergaduhan antara anakanak yang berlaku akibat perselisihan faham antara anak yang sulung dengan anak yang
kedua. Pertengkaran ini berlarutan sehingga mereka tidak bertegur sesama sendiri untuk masa
yang lama.

Pergaduhan ini telah menyebabkan bapa sebagai ketua keluarga mengambil tindakan
untuk memanggil kedua-dua orang anaknya untuk bersemuka. Dia meminta supaya keduadua anak perempuanya untuk menyatakan rasa yang tidak puas hati yang terbuku di dalam
hati masing-masing. Setelah itu, bapa menanyakan sama ada mereka sudah membenci antara
satu sama lain.

Selain itu, bapa menyatakan perasaan kecewanya terhadap tingkah laku kedua-dua
anaknya. Hal ini kerana mereka yang paling tua sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada
adik-adik yang masih kecil. Kebiasaanya bapa akan meminta mereka meminta maaf dan
bersalaman serta berpelukan antara mereka bagi memastikan masalah antara adik beradik
tersebut selesai.
Masalah seperti ini kebiasaanya di dominan oleh bapa kerana dia bijak bermain
dengan kata-kata untuk menasihati anak-anaknya supaya sentiasa bertapa pentingnya
menjaga hubungan sesama mereka adik beradik dan kekeluargaan. Namun begitu, setiap ahli
keluarga sentiasa tahu mengambil peranan masing-masing jika terdapat konflik dalam
kalangan ahli keluarga mereka yang lain.

2.6

Masa berkualiti bersama keluarga

Masa berkualiti bersama keluarga kebiasaanya berlaku apabila kesemua ahli berkumpul
bersama-sama pada hari cuti dan ahli keluarga yang jauh pulang ke rumah. Kebiasaanya
waktu keluarga ini dapat berkumpul adalah ketika cuti panjang dan cuti perayaan.

Kebiasaanya keluarga ini memiliki masa berkualiti bersama keluarga pada hari Ahad.
Pada hari tersebut ibu, bapa jika dia pulang ke rumah bersama anak-anak mempunyai rutin
dimana pada waktu pagi mereka akan bersiap-siap untuk pergi ke pasar bersama-sama untuk
membeli barang yang akan dimasak untuk makan tengahari nanti. Selepas selesai membeli
barang di pasar mereka akan bersarapan bersama-sama sebelum pulang ke rumah. Pada
waktu makan tengahari pula, mereka akan makan bersama-sama dimeja makan dan
bersembang mengenai aktiviti harian mereka sepanjang minggu tersebut dan juga perkara
yang boleh menimbulkan suasana yang ceria ketika makan. Kebiasaanya mereka akan
bersembang berkaitan cerita sewaktu mereka kecil atau pun ketika ibu dan bapa masih muda.

Selain itu, keluarga ini akan keluar bersama-sama untuk pergi membeli belah barang
dapur bersama-sama dan keluar makan di luar bersama. Selain aktiviti tersebut, keluarga ini
juga kerap mengambil kesempatan ketika cuti untuk pergi berkelah bersama-sama di sungai
atau pantai yang berdekatan. Setiap ahli keluarga tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti
aktiviti tersebut melainkan mereka betul-betul ada perkara mustahak yang menyebabkan
mereka tidak dapat menyertainya.

3.0

Penutup

Antara perkara yang menarik perhatian mengenai keluarga ini ialah hubungan keluarga
komuter yang terdapat pada keluarga ini. Melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap
keluarga ini, sebenarnya bukan suami dan isteri itu sahaja yang berkorban untuk tinggal jauh
dari keluarganya namun, anak-anak itu sendiri terpaksa berkorban kerana keberadaan bapa
ang jauh dan kesibukan ibu di tempat kerja. Hal ini didapati bahawa anak-anak di dalam
keluarga ini banyak berdikari sendiri tanpa mengharapkan ibu dan bapa disisi kerana mereka
terlalu sibuk dengan perkerjaan.

Walaupun ibu dan bapa masih mengambil berat hal anak-anaknya dengan berinteraksi
melalui aplikasi canggih daripada telefon pintar tetapi sebenarnya anak-anak ini terbiar tanpa
pengawasan ibu dan bapa pelbagai masalah bakal timbul jika anak-anak ini berterusan.
Cadangan untuk keluarga ini ialah ibu dan bapa perlu meluangkan masa yang lebih banyak
kepada anak-anak mereka dengan secara berdepan.

Hal ini kerana ibu bapa merupakan agen sosialis mereka yang paling dekat. Sebagai
ejen sosialisasi yang paling utama Ibu dan bapa berperanan dalam membentuk peribadi dan
kelakuan anak-anak dan seterusnya mencorak masa depan anak-anak tersebut. Ibu bapa perlu
menunjukkan peranan yang sebenarnya kepada anak-anak mereka tanpa mengharapkan anakanak itu mengerti sendiri yang mana salah dan yang betul kerana dikhuatiri bagi anak mereka
yang sedang meningkat usia ini tersalah bergaul tanpa disedari. Walaupun ibu dan bapa
bekerja demi kesenangan keluarga mereka juga tetapi ibu bapa perlu tahu membahagikan
masa dengan seimbang kerana walaupun segala hal kebajikan anak-anak lengkap tetapi
pelbagai perkara yang negatif boleh terjadi kepada anak-anak.

LAMPIRAN 1
CATATAN PEMERHATIAN
Pendidikan anak dirumah

Kelas tuisyen
Kelas mengaji
Ibu banyak mengambil tanggungjawab
mendidik asas nilai budaya dan adat

Hubungan suami isteri

Pasangan komuter
Mesra
berdikari

Hubungan ibu bapa dan anak

Rapat
Ibu
bapa
menggunakan
gaya
keibubapaan autoritatif.
Menggunakan aplikasi canggih dalam
telefon pintar untuk berhubung

Hubungan adik beradik

Hubungan adik beradik rapat


Bergantung antara satu sama lain.

Penyelesaian konflik

Bapa dominan menyelesaikan masalah

Masa berkualiti bersama keluarga

Waktu cuti perayaan dan cuti hujung


minggu
Pergi berkelah, pasar bersama, keluar
makan bersama, bersiar-siar

Lain-lain

Keluarga nuklear

Anda mungkin juga menyukai