Anda di halaman 1dari 20

Halaman

1.0

Pendahuluan
1.1 Latar Belakang Kajian

3.0

1.3 Objektif Kajian

1.4 Skop Kajian Dan Batasan Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

4
4-5

Tinjauan Kajian Berkaitan

2.1 Kajian Berkaitan

2.2 Kajian Lepas

Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Subjek Kajian

8-9

3.4 Tempat Kajian

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

10

3.5.1 Teknik Pengumpulan Data


3.5.2 Instrumen Kajian
3.6 Prosedur Penganalisisan Data
3.7 Kesimpulan
4.0

1-2

1.2 Pernyataan Kajian

1.6 Definisi Istilah


2.0

10
10-12
12-13
13

Penutup

14-15

Rujukan

16-17

Lampiran

18-21

1.0

Pendahuluan
Bahagian ini akan membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan
masalah yang memnyebabkan pengkaji terdorong untuk mengkaji. Bahagian
ini juga akan menyatakan beberapa objektif yang telah ditetapkan untuk
kajian ini. Selain itu, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian serta
definisi istilah kajian juga akan dibincangkan di dalam bahagian ini.
1.1

Latar Belakang Kajian


Membaca merupaan satu amalan yang sangat digalakkan kepada
pelajar terutama sekali menggunakan bahan bacaan berbahasa
Inggeris. Banyak faedah yang dapat diperoleh dengan membaca,
sebagai contoh pelajar yang banyak membaca memiliki pengetahuan
yang luas berbanding pelajar yang kurang membaca. Hal ini seiring
dengan kempen membaca negara iaitu bangsa membaca bangsa
berjaya.
Selain itu, mereka yang mahir berbahasa Inggeris dari segi membaca.
Menulis dan bertutur memiliki pekerjaan yang lebih baik daripada
mereka yang tidak. Oleh itu, seseorang itu memiliki kemahiran
berbahasa Inggeris menjadi asset kepada dirinya.
Namun begitu, pelajar pada hari ini dilihat jarang menggunakan bahan
bacaan berbahasa Inggeris kerana rata-ratanya merasakan bahawa
bahasa Inggeris ini sukar untuk dipelajari dan difahami. Perkara ini
berlaku kerana mereka melihatnya dari sudut negatif.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di dunia. Bahasa Inggeris


juga merupakan bahasa ilmu kerana ia merupakan jambatan kepada
semua ilmu (Harison Mohd Sidek, 2010). Kemahiran berbahasa
bermula dari membaca. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagi
memastikan penguasaan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
meningkat, pelajar perlu membaca sekurang-kurangnya tiga buah
buku dalam setahun. Hal ini mampu memberikan peluang kepada
pelajar tersebut untuk meneroka ilmu kerana majoriti buku ilmiah
berbahasa Inggeris.

1.2

Pernyataan Kajian
Bahan bacaan berbahasa Inggeris didapati mendapat kurang perhatian
daripada dalam kalangan orang ramai terutama sekali dalam kalangan
pelajar. Fenomena ini apat dilihat dengan ketara sekali apabila melihat
bahan bacaan yang dipinjam di perpustakaan sekolah majoritinya
berbahasa melayu dan bahan bacaan berbahasa Inggeris dapat dikira
dengan jari bilangannya.
Selain itu, jarang dan sukar untuk melihat pelajar membaca mahupun
memegang sebarang bahan bacaan berbahasa Inggeris di kalayak
ramai.
Hal diatas telah mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian ini.

1.3

Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif bagi menjalankan kajian ini. Antaranya
ialah:
i.

Menyenaraikan jenis penggunaan bahan bacaan berbahasa


Inggeris dalam kalangan reponden.

ii.

Mengenal pasti punca penggunaan bahan bacaan berbahasa


Inggeris dalam kalangan responden.

iii.

Membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat dalam


penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris dalam kalangan
responden.

1.4

Skop Dan Batasan Kajian


Terdapat beberapa skop dan batasan yang telah disenaraikan oleh
pengkaji bagi memudahkan kajian ini dijalankan dan mengelakkan
kekeliruan dan kecelaruan. Antaranya ialah:
i.

Kajian ini dijalakan tertumpu kepada pelajar tingkatan lima di


sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Manjung sahaja manakala pelajar dan sekolah yang lain
tidak diambil kira.

ii.

Pengkaji telah mempericikan mengenai jenis bahan bacaan


berbahasa Inggeris yang bercetak sahaja. Oleh itu, bahan

bacaan berbahasa Inggeris yang tidak bercetak tidak akan


dikaji.

1.5

Kepentingan Kajian
Kekurangan membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar sangat membimbangkan. Hal ini kerana pelajar perlu
memperbanyakkan penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memberikan gambaran mengenai
kepentingan penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris kepada
para pelajar.
Selain itu, kajian ini dijalankan bagi membantu pihak sekolah untuk
mengenal pasti punca penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris
dalam pada masa yang sama memberikan cadangan kepada pihak
sekolah untuk melakukan penambah baikan untuk menarik perhatian
para pelajar terutama pelajar tingkatan lima untuk menjadikan bahan
bacaan berbahasa Inggeris pilihan pelajar.
Bagi pihak kementerian pelajaran pula, usaha perlu dijalankan supaya
penggunaan bahan bacaan berbahasa Inggeris dalam kalangan elajar
diterapkan dalam usaha memastikan generasi pemimpin negara yang
akan datang celik pengetahuan.

1.6

Definisi Istilah
Bahagian ini membincangkan definisi istilah yang diguna pakai
sepanjang perbincangan kajian ini. Antara definisi istilah yang diguna
pakai ialah perkataan penggunaan, bahan bacaan, dan berbahasa
Inggeris.
i.

Penggunaan menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2008)


bermaksud pemakaian, pemanfaatan. (hlm.279) Manakala
menurut Kamus Melayu Global (1997) pula perihal
menggunakan sesuatu atau pemakaian (hlm.411). Oleh itu,
istilah penggunaan boleh ditakrifkan sebagai mengguna pakai
sesuatu.

ii.

Istilah bagi bahan menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan


(2008), membawa maksud maklumat iaitu data, fakta, idea,
nota isi atau perkara (hlm.60). Manakala menurut Kamus
Besar Bahasa Melayu Utusan pula, bahan bermaksud benda
atau alat untuk belajar (hlm.126). Oleh itu istilah yang dapat
dirumuskan dari perkataan bahan ialah alat belajar yang
mengandungi maklumat.
Istilah bagi bacaan pula menurut Kamus Bahasa Malaysia
bahan yang dibaca, apa yang dibaca (hlm.28). Menurut
Kamus Melayu Global pula bahan untuk dibaca hlm.89) .
Sebagai kesimpulan, definisi untuk istilah penggunaan bahan
bacaan boleh ditakfirkan kepada menggunakan sesuatu alat
belajar yang mengandungi maklumat untuk dibaca.

iii.

Istilah bagi perkataan berbahasa menurut Kamus Melayu


Global

ialah

mempunyai

bahasa,

memakai

atau

menggunakan (hlm.93). Seterusnya, Tesaurus Bahasa Melayu


Dewan mendefinisikan sebagai bertutur, bercakap, berkatakata, berbicara, berucap, berfirman, bersabda dan bertitah
(hlm.62). Perkataan bahasa Inggeris pula ditakrifkan oleh
Kamus Melayu Global ialah bahasa sebagaimana yang
dituturkan oleh orang Inggeris (hlm.476). Oleh itu, berbahasa
Inggeris membawa maksud menggunakan bahasa yang
dipertuturkan oleh orang Inggeris di barat.

2.0

Tinjauan Kajian Berkaitan


2.1

Kajian Berkaitan

2.2

Kajian Lepas
Mohd Fauzi Abdul Aziz, 2002. Hasil dapatan kajian beliau didapati
bahawa pelajar kurang berkeyakinan untuk menggunakan bahan
bacaan berbahasa Inggeris sebagai sumber dan bahan rujukan. Hal ini
kerana mereka tidak yakin bahawa pengetahuan mereka dalam
berbahasa Inggeris mampu membantu mereka dalam menggunakan
bahan bacaan berbahasa Inggeris. Beliau menjalankan kajian
berbentuk soal selidik dan pengumpulan data dari pustaka di
Universiti Pendidikan Sultan Idris berkaitan dengan tahap penggunaan

bahan bacaan dalam bahasa Inggeris sebagai rujukan dalam kalangan


pelajar program sains sukan tahun satu di Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Selain itu, Adibah Abdul Latif dan Azizah Binti Abu Hanifah (2006).
Kajian ini didapati bahawa penguasaan pelajar secara purata hanya
memiliki tahap sederhana dari ketiga-tiga aspek iaitu dari membaca,
menulis dan bercakap. Hal ini menyebabkan pelajar kurang
memahami pengajaran yang disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh
pensyarah dengan baik.
Dari kedua-dua kajian lepas ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar di
Malaysia ini rata-ratanya mengalami masalah berbahasa Inggeris. Di
zaman yang semakin maju ini, tahap penguasaan para pelajar masih di
aras serdahana.
3.0

Metodologi Kajian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi bermaksud ilmu tentang
metode atau system yang merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip
yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan. Oleh itu, metodologi membawa
maksud kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian dengan efektif dan
berkesan.

3.1

Pengenalan

Bahagian ini membincangkan beerkaitan reka bentuk yang dipilih


oleh pengkaji bagi menjalankan kajian ini dan tempat kajian serta
subjek kajian yang telah menjadi pilihan kepada pengkaji.
Selain itu, pengkaji akan membincangkan mengenai prosedur
pengumpulan data dan prosedur penganalisisan yang akan dijalakan.

3.2

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan menggunakan bentuk kuantitatif. Kuantitatif
merupakan sesuatu yang boleh diukur, difahami dan boleh dibuat
generasi. Hal ini menyebabkan pengkaji memilih reka bentuk
kuantitatif

kerana

ia

memudahkan

pengukuran

berdasarkan

pengumpulan data yang akan dijalakan.

3.3

Subjek Kajian
Menurut Mohd Majid (2005), populasi didefinisikan sebagai satu set
ciri-ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas
sekumpulan individu atau objek. Dalam kajian ini populasi pelajar
tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung adalah
seramai 350 orang. Pengkaji akan mengambil semua pelajar tingkatan
5 di sekolah itu sebagai responden. Oleh itu, responden pengkaji
untuk kajian ini adalah seramai 350 orang. Menurut S. Margono
(1997), semakin besar sampel yang diambil, akan semakin tinggi taraf
representativeness sampelnya. Hal ini menyebabkan pengkaji akan
menggunakan semua pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah sebagai
responden kajian ini.

3.4

Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Manjung. Sekolah ini terletak di tengah-tengah Bandar Seri Manjung,
Perak. Kawasan ini dipilih adalah kerana statusnya sebagai sekolah
bandar. Oleh itu, pengkaji ingin melihat sama ada status sekolah
bandar memainkan peranan penggunaan bahan bacaan berbahasa
Inggeris berbanding sekolah kampung.
Sekolah ini berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji. Perkara ini
memudahkan pengkaji untuk melakukan kajian sewaktu pulang
bercuti ke rumah.
Selain itu, sekolah tersebut merupakan sekolah lama pengkaji. Oleh
itu, ia memudahkan pengkaji mendapatkan kerjasama dari pihak
sekolah untuk mengutip data daripada pelajar-pelajar tingkatan lima
di sekolah tersebut.

3.5

Prosedur Pengumpulan Data


Bahagian ini akan membincangkan teknik pengumpulan data
dijalankan dan instrument kajian yang dipilih oleh pengkaji untuk
digunakan dalam kajian ini.
3.5.1

Teknik Pengumpulan Data


Teknik pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji ialah
soal selidik. Soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan
yang diberi. Ketidak hadiran secara langsung mendorong

10

responden untuk memberikan jawapan yang lebih tepat dan


benar. (Mohd. Majid ,2005). Keselesaan responden untuk
menjawab

tanpa

pengetahuan

pengkaji

menyebabkan

responden berani memberikan jawapan yang jujur berbanding


responden yang ditemu bual. Oleh itu, teknik soal selidik ini
lebih praktikal digunakan terutama sekali apabila responden
yang ingin dikaji memiliki populasi yang besar.
Soal selidik ini merupakan soal selidik tertutup. Soal selidik
jenis ini memberikan kemudahan kepada responden dan tidak
mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada
soal selidik yang akan dijalakan oleh pengkaji. Setiap soalan
yang ditanyakan hanya memerlukan responden untuk menanda
perasaan responden sahaja tanpa perlu memerlukan kemahiran
memikir untuk melahirkan idea.
3.5.2

Instrumen Kajian
Kajian yang berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrument
borang soal selidik. Menurut Mohd. Majid (2005) soal selidik
merupakan alat ukuran yang digunakan di dalam penyelidikan
pendidikan. Soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan
maklumat berkenaan faktor-faktor, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan banyak lagi.
Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah
dibina sendiri oleh pengkaji. Borang soal selidik ini dikonstruk
berdasarkan objektif yang telah dikonstruk. Hal ini supaya

11

setiap hasil dapatan menjawab setiap persoalan dan objektif


kajian.
Borang soal selidik ini memiliki skala linkert. Setiap item
mesti ditanda oleh responden berdasarkan skala linkert yang
diberikan. Skala linkert merupakan satu set gerak balas
terhadap sikap tersebut diberikan di dalam bentuk skala
ordinal. (Mohd. Majid, 2005). Skala linkert di dalam borang
soal selidik yang digunakan ini mengandungi 5 mata. Skala
linkert bermula dari skala 1 yang mewakili sangat tidak setuju,
skala 2 pula mewakili kenyataan tidak setuju dan skala 3
mewakili

kenyataan

tidak

pasti.

Seterusnya,

skala

menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan kenyataan


item tersebut dan skala 5 menunjukkan bahawa responden
sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Responden
diminta untuk memilih salah satu daripada 5 skala ini untuk
mewakili perasaan responden berkaitan item yang disediakan.
skala linkert ini dapat dilihat pada jadual 1 di bawah.

Sangat
Tidak Setuju
STS
1
J

Tidak
Setuju
TS
2

Tidak Pasti

Setuju

TP
3

S
4

Sangat
Setuju
SS
5

adual 1: Skala linkert

Borang soalan ini mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian A,


bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Jadual 2 dibawah

12

menunjukkan bahagian yang terdapat pada borang selidik


pengkaji.
Bahagian A

Demografi

Bahagian B

Jenis Bahan Bacaan Berbahasa Inggeris

Bahagian C

Punca

Penggunaan

Bahan

Bacaan

Berbahasa Inggeris
Bahagian D

Langkah-Langkah Meningkatkan Minat


Penggunaan
Jadual 2: Bahagian borang soal selidik

Bahagian

merupakan

soalan

berkaitan

demografi.

Demografi merupakan soalan berkaitan butir diri responden.


Bahagian yang selebihnya mengandungi item soalan berkaitan
objektif kajian. Setiap bahagian tersebut masing-masing
mengandungi antara 6 hingga 7 item soalan.
3.6

Prosedur Penganalisisan Data


Kajian ini akan menjalankan prosedur penganalisisan data. Kajian
yang menggunakan reka bentuk kuantitatif ini akan menggunakan
analisis deskriptif. Deskriptif adalah mencari kekerapan dan
peratusan. Dapatan akan dipaparkan di dalam bentuk grafik seperti
graf, carta pai dan banyak lagi.
Borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden akan diberikan
kod R1 hingga bilangan R terakhir. Mengikut bilangan responden
yang telah ditetapkan oleh pengkaji, maka kajian ini akan mempunyai
borang soal selidik yang diberikan kod R1 sehingga kod R350.

13

Seterusnya, satu jadual analisis akan dibina untuk merekod jawapan


yang telah ditanda oleh responden. Kesemua data yang telah
direkodkan akan dikira untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan.
Setelah itu, jadual akan dibina dan lakaran grafik akan dibina.
Lakaran grafik akan dibina bagi memudahkan pengkaji untuk
menghuraikan dapatan daripada analisis tersebut.
Akhir sekali, perbincangan dan rumusan akan dilakukan bagi
melengkapkan laporan kajian ini.
3.7

Kesimpulan
Metodologi kajian ini telah mengutarakan kaedah yang akan
dijalankan oleh pengkaji bagi memastikan setisp objektif yang telah
dirangka terjawab. Setiap prosedur perlu diambil kira bagi
memastikan kajian ini akan berjalan dengan lancar dan pembaca
laporan ini memahami setiap perjalanan kajian ini dengan jelas.

4.0

Penutup
kajian ini dijalankan bagi mengetahui penggunaan bahan bacaan berbahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Manjung. Kajian ini mengandungi pernyataan masalah
dimana, pengkaji ingin mengetahui apakah bahan bacaan berbahasa Inggeris
yang menjadi pilihan responden. Bagi menjayakan kajian ini tiga objektif

14

telah dibina. Antaranya ialah menyenaraikan jenis bahan bacaan berbahasa


Inggeris dalam kalangan responden, mengenal pasti punca penggunaan bahan
bacaan berbahasa Inggeris dalam kalangan responden dan membincangkan
langkah-langkah untuk meningkatkan minat penggunaan bahan bacaan
berbahasa Inggeris dalam kalangan responden.
Pengkaji juga telah mengecilkan skop kajian dengan menghadkan hanya
pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah sahaja dan bahan bacaan yang dikaji
pula hanya bahan yang bercetak sahaja.
Kajian ini memberi kepentingan kepada pelajar, pihak sekolah dan pihak
kementerian pelajaran. Hal ini merujuk kepada semua pihak yang terlibat
perlu menyedari masalah ini dan mengambil tindakan bagi memastikan
masalah ini tidak meninggalkan kesan kepada negara kelak.\
Menurut kajian lepas Mohd. Fauzi (2002), pelajar mengalami masalah
keyakinan diri untuk menggunakan bahan bacaan berbahasa Inggeris sebagai
rujukan dan kajian ilmiah. Manakala, Adibah Abdul Hanif dan Azizah Abu
Latif pula dalam kajian lepas mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa
Inggeris masih ditahap sederhana. Hal ini menyebabkan pelajar sukar untuk
memahami maklumat yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan reka bentuk kuantitatif. Kaedah ini
menggunakan borang soal selidik sebagai instrument. Borang soal selidik
tersebut merupakan jenis borang soal selidik tertutup. Data yang dikutip
dianalisis dan diproses untuk mencari kekerapan dan peratusan. Seterusnya,
data tersebut akan diolah kepada bentuk lakaran grafik beserta huraian
berdasarkan hasil dapatan.

15

Rujukan
Adibah Abd Latif dan Azizah Abu Hanifah. (2006). Penguasaan dan penggunaan
bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG Kemahiran Hidup Universiti
Teknologi Malaysia. (tesis yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi
Malaysia: Skudai.
Baca 3 buku bahasa Inggeris setahun. (2014 September 30). Berita harian, hlm 22.
Hasan Hamzah. (1997). Kamus Melayu Global (pp. 83-476).
Harison Mohd Sidek. (2010). Bahasa kedua. Negeri Sembilan: Universiti Sains
Islam
Malaysia.
Ilmu terhad jika tidak dalami bahasa Inggeris Dr. M. (2008, November 26).
Utusan Malaysia, hlm. 11-12. Diperoleh daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=utusan_
malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm&arc=hive
Izyan Liyana. (2008, November 2008). Kepentingan bahasa Inggeris. Kosmos, hlm
26-27. Diperoleh daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib
.asp?y=2008&dt= 1111&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_01.htm
Mohd. Fuazi. (2002). Tahap penggunaan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris di
kalangan pelajar-pelajar Program Sains Sukan (ambilan Mei 2002)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, sewaktu membuat rujukan dan
menyediakan tugasan. (Jenis tesis yang tidak diterbitkan). Universiti
Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim.
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan (7th ed.). Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norrasyidah Arshad. (2013, Julai 17). Perkasa bahasa Inggeris beri kesan ketara.
Berita Harian Diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/
berita/nasional/perkasa-bahasa-inggeris-1.6093
S. Margono. (1997). Metodologi penelitian pendidikan. Jakarta. PT Rineka Cipta.
Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Bahasa Melayu Utusan (pp. 105-562).
Selangor: utusan publication & distributors sdn. bhd.

16

Lampiran 1

BORANG SOAL SELIDIK

PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA INGGERIS


DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MANJUNG
Kajian ini untuk memenuhi keperluan kursus BMW 3032: Wacana Akademik Bahasa
Melayu.
Arahan:
1. Borang Soal selidik ini mengandungi empat bahagian:
Bahagian A: DEMOGRAFI
Bahagian B: JENIS PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA
INGGERIS.
Bahagian C: PUNCA PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA
INGGERIS
Bahagian D: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MINAT
PENGGUNAAN
BAHAN BACAAN BERBAHASA INGGERIS
2. Sila jawab semua soalan.
3. Jawapan anda adalah rahsia

Nama Pengkaji:
No. Matrik:
No. Tel:

17

Arahan: Tandakan (_/) pada pilihan jawapan yang berkaitan mengikut skala berikut.

Sangat Tidak
Setuju
STS
1

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

TS
2

TP
3

S
4

SS
5

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI

A1.

Jantina:

Lelaki
Perempuan

A2.

Kelas:

5SAINS1
5SAINS2
5SAINS3
5ST
5VT1
5VT2
5K1
5K2
5K3
5MPV

18

BAHAGIAN B: JENIS PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA


INGGERIS
Bil
B1.
B2.
B3.
B4.
B5.
B6.
B7.

Item

STS
1

Skala
TS TP
2
3

S
4

SS
5

S
4

SS
5

Saya membaca komik berbahasa Inggeris


Buku kegemaran saya berbahasa Inggeris
Saya pernah meminjam buku novel berbahasa Inggeris
di Perpustakaan
Saya menggunakan buku rujukan berbahasa Inggeris
Saya membaca surat khabar berbahasa Inggeris
Saya membaca buku motivasi berbahasa Inggeris
Majalah berbahasa Inggeris antara majalah yang pernah
saya baca

BAHAGIAN C: PUNCA PENGGUNAAN BAHAN BACAAN BERBAHASA


INGGERIS
Bil
C1.
C2.

C3.

C4.

C5.
C6.
C7.

Item
Saya meminati bahan bacaan berbahasa Inggeris.
Saya menggunakan bahan bacaan berbahasa Inggeris
untuk membaiki kemahiran bertutur dalam Bahasa
Inggeris.
Saya menggunakan bahan bacaan berbahasa Inggeris
untuk membaiki kemahiran membaca dalam Bahasa
Inggeris.
Saya menggunakan bahan bacaan berbahasa Inggeris
untuk membantu saya menulis karangan yang baik
dalam Bahasa Inggeris.
Saya dapati bahawa bahan bacaan berbahasa Inggeris
sangat menarik.
Saya sudah terbiasa dengan bahan bacaan berbahasa
Inggeris sejak kecil.
Ibu bapa saya selalu membelikan bahan bacaan
berbahasa Inggeris di rumah.

STS
1

Skala
TS TP
2
3

19

BAHAGIAN D: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MINAT


Bil

Item

STS
1

1.

Saya perlu ada kesedaran diri mengenai kepentingan


membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris.
2. Ibu bapa saya perlu memberikan galakan kepada saya
untuk membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris.
3. Rakan rakan saya tidak sepatutnya mengejek saya
apabila saya membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris.
4. Pihak sekolah perlu memperbanyakkan bilangan bahan
bacaan berbahasa Inggeris di perpustakaan sekolah.
5. Pihak sekolah perlu pelbagaikan jenis bahan bacaan
berbahasa Inggeris di perpustakaan sekolah.
6. Saya sepatutnya mempengaruhi rakan-rakan saya untuk
lebih banyak menggunakan bahan bacaan berbahasa
Inggeris.
PENGGUNAAN
BAHAN BACAAN BERBAHASA INGGERIS

SOAL SELIDIK TAMAT

TERIMA KASIH

TS
2

Skala
TP
3

S
4

SS
5

Anda mungkin juga menyukai