Anda di halaman 1dari 2

SJK (T) LADANG HOLYROOD, 34100 SELAMA, PERAK.

LAPORAN PROGRAM PANTAS SIFIR


TAHUN 2018
Nama Program : Program Pantas Sifir
Anjuran : Panitia Matematik, SJK(T) Ladang Holyrood
Objektif :
1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.
2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam kehidupan.
3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan berbudi pekerti mulia.
5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

Tarikh / Tempoh : Julai hingga September 2018


Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 3 & 5 (3 Orang Murid)
Sinopsis Program :
Program ini telah dijalankan selama tiga bulan iaitu pada bulan Julai hingga September selepas
waktu persekolahan mengikut kesesuaian murid. Dalam program ini setiap murid harus mendapatkan
tandatangan dan ‘sticker’ dari guru atau ibubapa selepas menghafal dan melafazkan sesuatu sifir tanpa
sebarang rujukan. Berikut adalah tahap penguasaan murid dalam sifir:
a. R.Barani - Hanya dapat menghafal sifir 1, sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 10 dan
Sifir 11
b. R.Kartikeyan - Hanya dapat menghafal sifir 1, sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6, dan
sifir 10
c. V.Tharshini - Dapat menghafal sifir 1 hingga sifir 12 dengan baik.
Penilaian Program : Guru matapelajaran menilai aktiviti yang dijalankan oleh murid.
Isu / Kekangan : Murid tidak begitu semangat untuk menghafal sifir.
Cadangan : Program ini harus diteruskan dengan teknik yang lebih menarik supaya semua
Penambahbaikan murid dapat menguasai sifir dengan baik.
Rumusan : Secara keseluruhannya, perjalanan program ini berjalan lancar dengan
kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………… ……………………………
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU) (JOSEPINE A/P RAIPEN)
Ketua Panitia Matematik Guru Besar
SJK (T) Ladang Holyrood SJK (T) Ladang Holyrood
Lampiran

Rajah 3 : Murid menonton tayangan kartun nilai murni dan membuat kuiz moral (FrogVLE)

Anda mungkin juga menyukai