Anda di halaman 1dari 16

1

ASSIGNMENT
________________________________________________________________________

OUMH1303
ENGLISH FOR ORAL COMMUNICATION
MAY 2014 SEMESTER
________________________________________________________________________

A. WRI TTEN ASSI GNMENT
Assume that you are a founder of Brainy Montessori who will deliver a speech on Parenting
Tips during your open day. Your speech is focused to this area, What does it take to be a
good parent? In your speech, describe the characteristics of a good parent. Give specific
details to explain your views. Use your personal observations, experience, and knowledge.
Write your speech between 2500-3000 words. Each point should be elaborated with significant
examples.
B. ORAL PRESENTATI ON

1. You need to prepare 8 -10 MS PowerPoint slides based on the content of your paper
(written assignment) for a 10 minute talk (oral presentation).
2. Use phrases rather than whole sentences to write the text of your slides. Use
numbered/bulleted lists to organize and present main/supporting ideas on a given slide.
3. Make your slides visually interesting by using suitable colors for the background and
embedded symbols and pictures as appropriate.

NAMA PENSYARAH :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN :
2

01. I SI KANDUNGAN




















































3

02. PENGHARGAAN
Pertamanya saya melafazkan sepenuh kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan
yang telah mengurniakan kekuatan dan keazaman yang tinggi dalam menyiapkan tugasan
bagi kursus OUMH1303, English For Oral Communication bagi semester Mei 2014 ini.
Sesungguhnya tugasan bagi kursus OUMH1303, English For Oral Communication
bagi semester Mei 2014 ini mendedahkan saya kepada beberapa pengetahuan dan kemahiran
baru. Pertamanya adalah tentang isu bagaimana menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-
anak. Dewasa ini, ramai pasangan suami dan isteri berkahwin dan berkeluarga, namun
hakikatnya pendidikan dan kemahiran keibubapaan dalam kalangan mereka amat cetek dan
mendukacitakan. Akibatnya, institusi rumah tangga menjadi longgar dan akhirnya musnah.
Sementara itu, anak-anak pula terjebak dalam kancah jenayah dan wabak negatif. Jesteru itu,
tugasan pertama kursus OUMH1303, English For Oral Communication ini akan mengupas
bagaimana menjadi ibu bapa yang baik. Tugasan kedua OUMH1303, English For Oral
Communication pula adalah menyediakan slaid powerpoint yang membicarakan ciri-ciri ibu
bapa yang baik. Paparan slaid ini akan memuatkan isi kandungan secara ringkas dan penting
tentang ciri-ciri ibu bapa yang baik berdasarkan kepada dapatan huraian dalam tugasan
pertama ini.
Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk merakamkan jutaan terima kasih
tidak terhingga kepada e-tutor dan pensayarah yang telah banyak berkongsi pandangan dan
idea serta melayan karenah kami sepanjang kursus ini berlangsung. Sesungguhnya
pengorbanan dan jasa baik tenaga pengajar amat bererti bagi diri saya dan rakan pelajar lain.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan seperjuangan sekolah saya yang turut
sama meluangkan masa dan berkongsi idea dan buah fikiran dalam memastikan saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak OUM. Akhirnya,
saya juga mengharapkan para tenaga pengajar dapat memberikan wajaran markah yang baik
dan setimpal dengan hasilan ini. Selain itu, seandainya terdapat kekurangan dan kelemahan
dalam mana-mana bahagian tugasan ini, saya sekali lagi mengharapkan pihak tenaga pengajar
dapat mengemukakan resolusi dan cadangan penambahbaikan yang membina demi
memastikan saya dapat menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti dan memenuhi kehendak
pihak pemeriksa pada masa akan datang.
Sekian.Terima kasih.
4

03. WRI TTEN ASSI GNMENT
Assume that you are a founder of Brainy Montessori who will deliver a speech on
Parenting Tips during your open day. Your speech is focused to this area, What does it
take to be a good parent? I n your speech, describe the characteristics of a good parent.
Give specific details to explain your views. Use your personal observations, experience,
and knowledge.Write your speech between 2500-3000 words. Each point should be
elaborated with significant examples.
Panggilan ibu dan bapa tidak asing daripada pendengaran kita. Setiap individu yang
mempunyai anak akan dipanggil sebagai ibubapa kepada anak tersebut. Suami isteri yang
bakal melahirkan anak juga akan dipanggil ibubapa setelah lahirnya zuriat yang
dikandungnya itu. Perkataan ibubapa ini begitu sinonim di dalam sesebuah institusi keluarga.
Saat menjadi seorang ibubapa adalah sesuatu yang sangat bahagia bagi setiap pasangan suami
isteri. Justeru, sebagai seorang ibubapa perlulah tahu konsep-konsep ibubapa mengikut
kategori agar dapat lebih memahami dalam menjalankan peranan sebagai ibubapa. Definisi
ibubapa ini dapat ditakrifkan dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian, konsep ibubapa ini
melibatkan ibu bapa kandung, ibubapa angkat dan juga ibubapa tiri. Berdasarkan kamus
dewan edisi ketiga mendefinisikan ibubapa sebagai orang tua yakni emak dan ayah.

Secara umumnya, konsep ibubapa ini melibatkan tiga unsur iaitu ibu, ayah dan juga
anak. Unsur anak juga boleh melibatkan anak angkat, anak tiri dan juga anak kandung yang
mendorong kepada status ibubapa tersebut. Ini bermaksud indentiti anak-anak itu sama ada
anak kandung, anak tiri atau anak angkat akan menyebabkan hubungan yang terjalin antara
ibubapa dengan anak-anak tersebut adalah sebagai ibu bapa kandung, ibu bapa tiri atau ibu
bapa angkat. Oleh itu, unsur anak ini dapat membezakan hubungan ibubapa dengan anak
tersebut.

Berdasarkan sumber dari wikipedia, free encyclopedia menghuraikan konsep ibubapa
sebagai berikut :

A parent is a mother or father, one who sires or gives birth to/or nurtures and raises an
offspring. The different roles of parents vary throughout the tree of life, and are especially
complex in human culture.
5

Berdasarkan definisi ibubapa di atas jelas menyatakan bahawa ibubapa adalah ibu
atau ayah di mana merupakan individu yang memberikan kelahiran atau menjaga dan
menaikkan keturunan. Konsep ibubapa ini juga mempunyai pelbagai definisi. Kebanyakan
definisi ini mempunyai maksud yang seakan sama iaitu melibatkan ibu, ayah atau juga
dipanggil sebagai individu yang mewujudkan generasi baru. Antara definisi tersebut adalah:

a father or a mother, one who begets or one who gives birth to or nurtures and raises a
child, a relative who plays the role of guardian.
( http://dictionary.reference.com/browse/Parent )

a person who begets or brings forth offspring; especially: the natural parents of a child
born of their marriage.
( http://dictionary.reference.com/browse/Parent )

a person who legally adopts a child
( http://en.wikipedia.org/wiki/Parent)

a person who brings up and cares for another.
( http://en.wikipedia.org/wiki/Parent )


Apakah yang diperlukan untuk menjadi ibu bapa yang baik? Terdapat banyak
keperluan yang perlu diberikan perhatian oleh para ibu bapa untuk menjadi ibu bapa yang
baik. Antaranya adalah setiap ibu bapa perlu bersedia menjadi teladan kepada anak-anak.
Dalam era modenisasi dan kian mencabar ini, peranan ibu bapa dalam usaha membentuk
keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi role-model kepada anak-
anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan
isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain.
Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan
meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran,
maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan
perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-
6

anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal
ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah
tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-
kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi
jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak
berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

Keduanya, para ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan. Para ibu
bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami
tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan
keluarga mereka. Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti
kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat
agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat
ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel
yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu
tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk
melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

Elemen ketiga yang tidak kurang pentingnya adalah kesediaan yang tidak berbelah
bahagi dalam memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Pada era yang
penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari
nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup
masa kini yang semakin meningkat. Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus
ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal
ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang
memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka.
Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang
daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang
bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu
meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Selain itu, pada
masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak
swasta pula turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama
setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan
keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan
7

berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk
berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka.
Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil
kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
.
Elemen seterusnya, para ibu bapa perlu menyediakan didikan agama dan moral.
Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat
menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan,
pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di
kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab
serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang
berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur
sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga
daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah. Sebagai ibu
dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak
dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua
mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa,
sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan. Kesimbangan
antara pendidikan dunia dan akhirat sangat penting untuk meraih kejayaan serta kebahagiaan
hidup. Pendidikan agama penting untuk membentuk jati diri dan akhlak mulia di jiwa anak-
anak. Ramai ibubapa yang lalai dalam mendidik anak-anak ilmu agama dan menganggap ia
tidak penting sedangkan keimanan dalam diri anak-anak sangat penting agar mereka tidak
tersesat apabila dewasa nanti. Anak yang hebat di dalam bidang akademik dan agama adalah
insan yang cemerlang dan mulia.

Para ibu bapa juga perlu bersedia untuk mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan
anak-anak. Amalan ini seharusnya dijadikan rutin harian dalam usaha mengawasi perlakuan
dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung,
darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan
anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia
akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah
kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu
8

akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan
yang dikecapi.

Selain itu, para ibu bapa juga seharusnya saling menghormati antara satu sama lain.
Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan terutamanya
antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti
ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai orang
mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman dan
damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga,mereka
haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita dihormati oleh
masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang hina. Ahli keluarga haruslah
bahu-membahu antara satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah
dalam subjek Matematik,haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu
membantu ialah sikap yang baik dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan
orang yang rugi kerana mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan
datang,malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita
haruslah mengamalkan sikap "berat sama dipikul ringan sama dijinjing"dan "ke gunung sama
didaki,ke lurah sama dituruni".Tegasnya,setiap ahli keluarga bahagia di samping
membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga

Seterusnya, bagi menjadi ibu bapa yang baik juga perlu menjadi seorang pendengar
setia kepada anak-anak. Anak-anak juga seperti kita. Mereka juga mempunyai masalah
mereka yang sendiri, terutama perempuan. Tidak kira melibatkan pembelajaran, hubungan
sosial dan sebagainya. Untuk menjadi ibubapa yang baik, kita hendaklah sentiasa mendekati
mereka dan ambil tahu setiap permasalahan mereka. Kongsilah pengalaman dalam membina
satu perhubungan yang akrab berasaskan kasih sayang. Walaupun agak payah untuk
memulakannya, tetapi komunikasi antara ibubapa dan anak sangat penting. Anda harus
mengambil inisiatif untuk terus berkomunikasi. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual,
bukannya berbalah.

Sebenarnya ibubapa adalah insan yang paling rapat dengan anak-anak. Bagi mereka
ibubapa adalah mentor kepada mereka. Segala gerak-geri serta perbuatan yang anda lakukan
di depan anak-anak, terutama pada yang masih kesil pasti akan ditiru mereka.

9

Sebagai ibubapa, tunjukkan sikap yang positif di depan anak-anak. Elakkan bergaduh di
depan anak-anak kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada psikologi mereka. Elakkan
juga menunjukkan perkara buruk seperti merokok, mengabaikan ibadat dan sebagainya.
Berikan mereka kasih sayang, tunjuk akhlak yang baik dan ajarkan juga mereka nilai-nilai
positif agar anak-anak itu menjadi seorang manusia yang anda inginkan.

Dalam pada itu, antara ciri-ciri lain ibu bapa yang baik ialah bersikap adil dengan
semua anak .Bahkan semua ajaran agama melarang ibubapa membeza-bezakan kasih sayang
mereka terhadap anak-anak. Sebaliknya, ibubapa telah dipertanggungjawabkan untuk
mendidik, mengajar dan memberi sesuatu dengan adil kepada setiap anak. Setiap daripada
kita dilahirkan berbeza di antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan anak-anak. Ada yang
sempurna sifatnya, ada pula yang tidak, ada yang bijak pandai, mendengar kata. Tak kurang
juga yang nakal serta sukar untuk dikawal. Sungguhpun begitu, layanlah mereka dengan adil
saksama. Elakkan daripada bersikap suka membezakan kasih antara mereka kerana ia kesan
negatif yang mendalam di jiwa anak-anak. Mereka mungkin akan berasa iri hati, dengki,
rendah diri, benci serta dendam terhadap adik-adik beradik termasuk juga anda. Jadi, jangan
biar sampai anak-anak merasakan diri mereka tidak diperlukan dalam keluarga anda!

Dalam usaha menjadi ibu bapa yang baik juga memerlukan personaliti yang
seharusnya baik dan menjadi teladan kepada anak-anak. Antara personaliti yang diperlukan
bagi menjadi ibu bapa yang baik adalah :

1. Mempunyai matlamat yang jelas.
Ibu bapa yang baik mestilah mempunyai matlamat hidup berkeluarga yang jelas.
Matlamat yang menjamin keutuhan rumah tangga dan kesinambungan generasi yang
berkekalan dan berilmu. Jika sesuatu perkahwinan dilakukan kerana mengikut kebiasaan dan
adat semata-mata, ia kana menjadikan rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat
yang jelas akan menyebabkan ibu bapa membuat perancangan yang teratur untuk masa depan
anak-anak dan dapat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang.
Sebenarnya apa yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.

2. Tegas
10

Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan
lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati
kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

3. Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing
anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Pepatah Melayu juga pernah
menyebut :
"Bapa borek anak rintik". Kita tidak mahu menjadi seperti "Ketam yang mengajar anaknya
berjalan betul".

4. Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa
disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan
rasa kasih sayang di jiwa anak-anak

5. Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah
komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya
pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang
biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya
berada di tahap yang sederhana sahaja

6. Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam
pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak
mengenai bidang-bidang yang berkenaan

7. Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak
kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah
tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri,
kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.
Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".
11

8. Konsisten dalam melakukan sesuatu
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti
sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan
mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap
kedua-dua orang tuanya

9. Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan
suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan,
beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga

10. Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa
hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila
diperlukan

11. Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa.
Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani
kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik

12. Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka
harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia.
Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif

13. Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala
penyakit dalam rumah tangga.

14. Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat
menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus
dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan
12

15. Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan
akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada
anak-anak

16. Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam
segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan
meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan
benci

17. Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak
kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah
tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut

18. Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah
keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang
tinggi oleh masyarakat

19. Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya
melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu
bapa lebih berpengetahuan

20. Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta
untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih
sayang yang tidak berbelah bagi

21. Bermotivasi tinggi
13

Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-
masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan
dibaja setiap masa dan ketika

22. Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan
menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang
diidamkan

23. Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk
kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan
harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa

24. Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia
memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal.
Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan

25. Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa
mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam
rumah tangga

26. Kepantasan bertindak
Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-
perkara yang tidak diingini daripada berlaku

27. Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej
diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif
dalaman.

28. Mempunyai kemahiran berkomunikasi
14

Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli
keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang
disanjungi dan dihormati

29. Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga

30. Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang
lainnya.

Kesimpulannya ,ibubapa merupakan satu komponen asas dalam sesebuah keluarga.
Untuk bergelar ibubapa mestilah mempunyai anak. Seseorang anak ini, dapat menukar status
suami isteri itu kepada ibubapa dan sekaligus melengkapkan lagi institusi keluarga tersebut.
Oleh itu, sebagai ibubapa haruslah memahami dan menjalankan tanggungjawab dengan
dedikasinya. Ibubapa haruslah membuat persediaan awal bagi menghadapi cabaran semasa
yang kini semakin komplek sejajar dengan era globalisasi ini.


























15

04. ORAL PRESENTATI ON (10 Marks)

1. You need to prepare 8 -10 MS PowerPoint slides based on the content of your paper
(written assignment) for a 10 minute talk (oral presentation).
2. Use phrases rather than whole sentences to write the text of your slides. Use
numbered/bulleted lists to organize and present main/supporting ideas on a given slide.
3. Make your slides visually interesting by using suitable colors for the background
and embedded symbols and pictures as appropriate.









































16

05. BI BLI OGRAFI

1. Abar, B., Carter, K. L. & Winsler, A. 2009. The effects of maternal parenting style
and Adolescents. American Journal of Orthopsychiatry, 76 (4), 503511.
2. Ang, R.P. & Goh, D.H. 2006. Authoritarian Parenting Style in Asian Societies: A
Cluster-Analytic Investigation. Contemporary Family Therapy, 28(1), 131- 151.
3. Aziyah Binti Abu Bakar. 2008. Hubungan Pola Komunikasi Keluarga Dengan Gaya
Keibubapaan Dan Kejelekitan Dalam Keluarga. Selangor. Tesis Master (tidak terbit),
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
4. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon & Mohd Fadzli Abu Bakar. 2008.
Pendidikan Agama, Keseimbangan Kognitif dan Tingkah Laku Positif di Kalangan Pelajar
Darjah Khas Sekolah Agama. Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
5. Baldwin, D. R., Mclntyre, A. & Hardaway, E. 2007. Perceived parenting styles on
college students optimism. Journal of College Student, 41, 550-557.
6. Chan, T. W. & Koo, A. 2010. Parenting Style and Youth Outcomes in the UK.
European Sociological Review, 26 (5).
7. Dwairy, M., Achoui. M., Abouserie, R., Farah, A., Ghazali, I., Fayad, M. & Khan,
H.K. 2006. Parenting Styles In Arab Societies: A First Cross-Regional Research Study.
Journal of Cross Cultural Psychology, 37 (3), 1-18.
8. Hickman, G. & Crossland, G. 2005. The Predictive Nature of Humor, Authoritative
Parenting Style, and Academic Achievement on Indices of Initial Adjustment and
Commitment to College among College Freshmen. Akses atas talian, 24 Oktober 2011 di
http://baywoodmetapress.com/app/home/contribution.asp?
9. Ishak Mad Shah. 2004. Konsep Kendiri Dan Pencapaian Akademik Golongan
Remaja: Melihat Sejauhmana Gaya Kepimpinan Ibu Bapa Sebagai Moderator. Tesis tidak
terbit. Johor Bharu, UTM.
10. Leung, K., Lau, S. & Lam,W.L. 1998. Parenting styles and academic achievement
cross-cultural study. Merrill-Palmer Quarterly, 44 (2), 157-172.
11. Norlizah Che Hassan. 2008. Perkaitan cara gaya keibubapaan dengan konsep kendiri
dan tingkah laku delinkuan remaja. Tesis PhD (tidak terbit), University Malaya, Kuala
Lumpur.
12. Othman Bin Md. Johan & Normalina Binti Md Nazeri. 2010. Profil Gaya Didikan Ibu
Bapa Pelajar Cemerlang Berbanding Pelajar Lemah. Johor Bharu. UTM.

Anda mungkin juga menyukai