Anda di halaman 1dari 18

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

________________________________________________________________________
HBEF 3603
PROFESSIONAL PRACTICE
JANUARI 2014
_______________________________________________________________________
Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan
Sediakan laporan mengenai inovasi P & P seperti format berikut:
1.

Refleksi P & P yang lalu

2.

Objektif kajian

3.

Kumpulan sasaran

4.

Pelaksanaan inovasi P&P

5.

Laporan perlaksanaan konsep inovasi yang dijalankan.

6.

Lampiran

NAMA PELAJAR

LU KUI SU

NO. MATRIKULASI

78072012814001

NO. KAD PENGENALAN

78072012814

NO. TELEFON

016-8461398

E-MEL

ann_lu@live.com.my

NAMA PENSYARAH

Encik Kok Boon Shiong

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM Kota Kinabalu, Sabah

1.0 ISI KANDUNGAN

1.0 ISI KANDUNGAN .............................................................................................................. 2

2.0 PENGHARGAAN ............................................................................................................... 3

3.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU ............................. 4

5.0 KUMPULAN SASARAN ................................................................................................... 9

6.0 PELAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ....................... 10

7.0 LAPORAN PELAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DILAKSANAKAN........... 13

8.0 LAMPIRAN ....................................................................................................................... 17

2.0 PENGHARGAAN

Pertamanya saya melafazkan sepenuh kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan
yang telah mengurniakan kekuatan dan keazaman yang tinggi dalam menyiapkan tugasan
bagi kursus HBEF 3603, Professional Practice bagi semester Januari 2014 ini.
Sesungguhnya tugasan bagi kursus HBEF 3603, Professional Practice bagi semester
Januari 2014 ini mendedahkan saya kepada banyak pengalaman dan kemahiran baru yang
bersifat ilmiah dan berkait secara langsung dengan tugas saya sebagai seorang pendidik.
Menerusi tugasan ini, saya didedahkan dengan beberapa elemen baru seperti amalan reflektif
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan kajian dan mengimplementasi
pendekatan kajian serta amalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada pandangan
saya, amalan reflektif dalam tugasan harian dapat membantu para pendidik membuat
penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menambah baik kekurangan sepanjang
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada masa yang sama, para pendidik dapat
mengenal pasti kelemahan diri dan para pelajar untuk diberikan perhatian dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Pelaksanaan inovasi pula dapat membantu para
pendidik membuat variasi pengajaran di samping meningkatkan motivasi para pelajar.
Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk merakamkan jutaan terima kasih
tidak terhingga kepada e-tutor dan pensayarah yang telah banyak berkongsi pandangan dan
idea serta melayan karenah kami sepanjang kursus ini berlangsung. Ucapan terima kasih juga
saya tujukan kepada rakan seperjuangan sekolah saya yang turut sama meluangkan masa dan
berkongsi idea dan buah fikiran dalam memastikan saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak OUM.
Akhirnya, saya juga mengharapkan para tenaga pengajar dapat memberikan wajaran
markah yang baik dan setimpal dengan hasilan ini. Selain itu, seandainya terdapat
kekurangan dan kelemahan dalam mana-mana bahagian tugasan ini, saya sekali lagi
mengharapkan pihak tenaga pengajar dapat mengemukakan resolusi dan cadangan
penambahbaikan yang membina demi memastikan saya dapat menghasilkan dapatan yang
lebih berkualiti dan memenuhi kehendak pihak pemeriksa pada masa akan datang.
Sekian.Terima kasih.
3

3.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Pada tanggal 13/02/2014 dan 10/04/2014 yang lalu, pada jam 11.10 hingga 11.40 pagi
(30 minit) bagi setiap satu sesi pengajaran mikro pengajaran telah dilaksanakan dan dirakam
dengan bantuan dari seorang rakan setugas saya yang juga guru di SJKC Anglo Chinese Kota
Kinabalu, Sabah. Rakaman ini mengambil masa lebih kurang 30 minit bagi setiap sesi dan
berasaskan kepada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirancang serta
disediakan sebelum ini. Dalam video ini seramai 20 orang pelajar yang telah dikenal pasti
tidak boleh mengenal aksara Cina telah dikumpulkan bagi mendapatkan maklumat tentang
keberkesanan pendekatan kontekstual dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Respondan pelajar seramai 30 orang ini dikenal pasti menerusi dapatan ujian
ujian lisan yang dilaksanakan sepanjang bulan Januari 2014. Berikut adalah huraian kekuatan
dan kekurangan dengan mengemukakan 4 komponen utama:

1. Guru
Sebelum pengajaran berlangsung, saya telah menyediakan segala keperluan bagi
pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah penyediaan Rancangan Persediaan Pengajaran
Harian (RPH), Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang terdiri daripada slaid powerpoint,
projektor overhead, layar skrin dan komputer riba, serta lembaran pelajar. Selain itu, bagi
tujuan penilaian, saya menyediakan 3 set borang penilaian yang terdiri daripada bola soal
selidik, senarai semak dan soalan temubual. Berikut adalah kekuatan dan kelemahan
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

1.1 Kekuatan guru

1.1.1 Inovasi pengajaran dan pembelajaran

Saya mengaplikasikan penggunaan elemen teknologi maklumat seperti slaid


powerpoint dan komponen teknologi maklumat lain seperti komputer riba dan projektor
overhead dalam pengajaran yang saya langsungkan. Matlamatnya adalah untuk mengenal
pasti asimilasi elemen pendekatan kontekstual mengikut model Hull (1987) seperti
Menghubungkait

(Relating),

Mengalami

(Experiencing),

Mengaplikasi

(Applying),

Bekerjasama (Cooperating), dan Memindahkan (Transfering) dapat membantu meningkatkan


minat para pelajar dalam mengenal dan menyebut aksara bahasa Cina.

1.1.2 Model pendekatan kontekstual


Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan saya mengasimilasikan
model pendekatan kontektual Hull (2007). Model ini menengahkan 5 komponen
Menghubungkait

(Relating),

Mengalami

(Experiencing),

Mengaplikasi

iaitu

(Applying),

Bekerjasama (Cooperating), dan Memindahkan (Transfering) dalam pengajaran dan


pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, para pelajar dapat memenuhi 5
elemen tersebut secara eksplisit. Sebagai contoh, para pelajar mampu bekerjasama sesama
mereka semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

1.2 Kelemahan guru

1.2.1 Tempoh masa tidak mencukupi

Memandangkan tempoh pengajaran selama 30 minit tidak mencukupi, terdapat


beberapa elemen utama dalam Persediaan Pengajaran Harian (RPH) tidak dapat
dilaksanakan. Ini termasuklah penerapan nilai murni dan penggabungjalinan. Selain itu,
aktiviti pembelajaran murid seperti aktiviti berkumpulan tidak dapat dilaksanakan kerana
tempoh masa yang singkat.

2. Murid
Seramai 20 orang pelajar terlibat dalam pengajaran mikro yang saya laksanakan. Para
pelajar ini terdiri dari kalangan para pelajar yang dikenalpasti tidak mempunyai boleh
mengenal dan menyebut aksara bahasa Cina. Pemilihan kumpulan pelajar ini dipilih menerusi
ujian lisan yang dilaksanakan pada bulan Januari 2014.

2.1 Kekuatan murid

2.1.1 Murid memberikan kerjasama sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran


Saya mendapati para pelajar memberikan kerjasama sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini dapat dilihat menerusi penglibatan mereka dalam setiap peringkat
pengajaran yang saya laksanakan. Para pelajar juga dapat memberikan maklum balas yang
5

positif terhadap arahan yang dikemukakan kepada mereka. Ini termasuklah mengemukakan
jawapan secara individu atau beramai-ramai apabila saya (guru) mengemukakan soalan
mahupun arahan.

2.1.2 Murid tidak melakukan aktiviti yang mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan, para pelajar tidak
memberikan sebarang reaksi yang boleh menjejaskan disiplin masing-masing. Ini
termasuklah tidak membuat bising, tidak berkeliaran atau mengganggu rakan sekelas. Jesteru
itu, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilangsungkan dengan lancar dan sistematik.

2.1.3 Murid dapat mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan pengetahuan sedia ada murid
Saya mendapati para pelajar dapat mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan
pengalaman sedia ada mereka. Ini bertitik tolak daripada pemilihan isi kandungan pelajaran
yang pernah dialami oleh para pelajar. Ini termasuklah penggunaan yang sememangnya dekat
dengan pengetahuan dan pengalaman sedia para pelajar. Contohnya penggunaan aksara
bahasa Cina yang telah mereka pelajari semasa belajar di Tahun satu.

2.2 Kelemahan murid

2.2.1 Terdapat para pelajar yang mudah hilang tumpuan


Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan, terdapat pelajar yang
mudah hilang tumpuan dan kurang memberikan perhatian. Ini didapati terdapat pelajar yang
tidak dan lambat mengemukakan jawapan atau melaksanakan arahan yang dikemukakan oleh
guru. Namun, secara keseluruhan saya berusaha untuk mendapatkan reaksi dan maklum balas
para pelajar dengan membantu para pelajar berkenaan untuk menjawab soalan yang saya
kemukakan serta mengulang semula soalan.

3. Isi kandungan pengajaran


Isi kandungan pengajaran saya memfokuskan kepada menyebut dan mengenal aksara
bahasa Cina. Oleh yang demikian, saya memfokuskan kepada mengenal aksara Cina yang
telah dipelajari oleh murid di Tahun satu dan mengaitkannya dengan beberapa aksara Cina
lain yang baru tetapi mempunyai bunyi dan bentuk yang hampir sama. Matlamatnya adalah
untuk memudahkan para pelajar mengaitkan isi kandungan pelajaran lama dengan isi
kandungan pelajaran baru.
6

3.1 Kekuatan isi kandungan pengajaran

3.1.1 Mudah difahami dan ringkas


Saya memilih aksara bahasa Cina yang sering disebut oleh para pelajar di rumah atau
dalam komunikasi harian. Selain itu, saya memilih aksara bahasa Cina yang ringkas dan
mudah dikenali. Dengan ini, para pelajar dapat menaakul aksara bahasa Cina yang baharu
untuk diterapkan dalam pembelajaran mereka selanjutnya pada masa akan datang.

3.1.2 Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid


Isi kandungan pengajaran yang memfokuskan kepada aksara bahasa Cina ini saya
kaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid seperti memilih objek-objek yang biasa dilihat
dan diperhatikan oleh para pelajar seperti bentuk bulatan, segiempat, oval dan sebagainya.
Jesteru itu, para pelajar akan lebih bermotivasi dengan isi kandungan pengajaran kerana
berkait rapat dengan sedia ada pelajar.

3.2 Kelemahan isi kandungan pengajaran


3.2.1 Terhad kepada bentuk aksara yang minimum
Dalam pengajaran ini, saya hanya memfokuskan kepada 8 hingga 10 aksara bahasa
Cina sahaja. Ini adalah kerana tempoh masa pengajaran yang singkat iaitu selama 30 minit
sahaja. Jesteru itu, penilaian secara individu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya
memandangkan tempoh masa pengajaran yang singkat. Saya hanya memfokuskan kepada
penilaian lisan secara beramai-ramai (kelas) dan berkumpulan.

4. Persekitaran
Saya memilih persekitaran kelas 2 UMS kerana suasana yang kondusif dan mampu
meningkatkan minat para pelajar. Selain itu, kelas ini juga mempunyai susun atur meja yang
sesuai dan terdapat kemudahan bekalan elektrik yang memadai bagi keperluan komputer riba
dan projektor overhead. Kelas yang digunakan ini juga mempunyai keluasan yang
bersesuaian bagi memuatkan seramai 20 orang pelajar. Dari aspek persekitaran masa, saya
mendapati para pelajar mampu mengikuti pengajaran kerana baru selesai sesi waktu rehat
rasmi sekolah. Berikut adalah kekuatan dan kelemahan daripada aspek persekitaran
pembelajaran.

4.1 Kekuatan persekitaran pembelajaran


7

4.1.1 Kemudahan prasarana pembelajaran yang mencukupi


Secara amnya, kelas yang saya gunakan dalam pengajaran ini mempunyai kemudahan
prasarana pembelajaran yang saya kehendaki. Ini termasuklah bilangan kerusi dan meja
pelajar yang mencukupi, adanya papar putih, sistem pengudaraan yang baik serta luas kelas
yang bersesuaian dan mampu menampung jumlah pelajar.

4.1.2 Tiada gangguan terhadap persekitaran pembelajaran


Sepanjang sesi pengajaran berlangsung, tidak terdapat sebarang gangguan pengajaran seperti
perhimpunan kecemasan, para pelajar keluar kelas atau berkeliaran semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran serta isu ketidakhadiran para pelajar.

4.2 Kelemahan persekitaran pembelajaran


4.2.1 Sistem pencahayaan yang tidak sesuai
Memandangkan saya menggunakan projektor overhead dan paparan slaid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, saya tidak memerlukan pencahayaan yang terang bagi
membolehkan para pelajar dapat melihat paparan slaid yang dipamerkan. Namun, disebabkan
saya tidak mematikan suis lampu, maka kelas berkenaan menjadi terlalu terang sehingga
menyebabkan ada pelajar yang mengadu visual mereka agak tidak jelas dan terganggu.

Kesimpulannya, berdasarkan kepada huraian di atas, saya mendapati sesi pengajaran


dan pembelajaran yang mengimplementasi teknologi maklumat dapat memenuhi keperluan
minat para pelajar, meningkatkan pengalaman pembelajaran para pelajar serta meningkatkan
taakulan dalam kalangan mereka. Selain itu, para pelajar dapat menyebut aksara bahasa Cina
yang dipelajari dengan nada yang sesuai. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu
diatasi bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dan matlamat kajian ini dicapai.
Ini termasuklah menyediakan menyediakan tempoh masa pengajaran yang lebih panjang bagi
memastikan guru dapat menilai pencapaian setiap pelajar. Selain itu, variasi dalam
pendekatan pengajaran juga harus diberikan perhatian bagi memastikan para pelajar sentiasa
bermotivasi dan menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Dalam pada itu, saya juga
mencadangkan agar kedudukan susun atur meja dan kerusi murid diubahsuai kepada bentuk
kumpulan bagi meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam kalangan mereka.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN


4.1 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk :
i.

Mengenalpasti keberkesanan PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer) dapat meningkatkan kefahaman para pelajar dalam mengenal dan menyebut
aksara bahasa Cina.
ii.

Mengenalpasti perbezaan keberkesanan PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer) dan kaedah konvensional.


iii.

Mengemukakan cadangan bagi meningkatkan keberkesanan PPBK (Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantukan Komputer) dalam sesi pengajaran pada masa hadapan .

5.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada para pelajar Tahun 2 SJKC Anglo
Chinese Penampang, Sabah iaitu seramai 30 orang. Subjek kajian ini dipilih daripada
kalangan mereka yang telah dikenal pasti tidak boleh mengenal dan menyebut aksara bahasa
Cina. Instrumen pengenalpastian adalah menerusi ujian lisan yang dilaksanakan oleh
penyelidik sepanjang bulan Januari 2014. Taburan pelajar yang terlibat dalam kajian ini
adalah seperti berikut :

Profil Respondan

Jumlah

Lelaki

Perempuan

2 UMS

30

2 UKM

30

2 USM

30

Jumlah

90

15

Daripada jadual di atas terdapat seramai 90 orang pelajar Tahun 2 di SJKC Angli Chinese
Penampang, Sabah. Didapati seramai 5 orang pelajar daripada kelas 2 UMS, 6 orang pelajar
daripada kelas 2 UKM dan 9 orang pelajar daripada kelas 2 USM terlibat dalam kajian ini.
Didapati juga, pelajar lelaki Tahun 2 lebih ramai tidak dapat mengenal dan menyebut aksara
bahasa Cina berbanding pelajar perempuan.

6.0 PELAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Subjek

Bahasa Cina

Kelas

2 UMS

Tarikh

13/02/2014Selasa

Bilangan Murid

20 orang

Masa

11:10 11:40 am

Umur

8 tahun

Tajuk

Keluarga saya

Pengalaman Sedia Ada Murid

Murid Pernah membaca pantun

Standard Kurikulum

1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu


aksara, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran:

Objektif

1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut nama aksara


dengan betul dan tepat.
Selepas pengajaran, murid dapat
1 membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2 menjawab soalan secara lisan.

Nilai

1. Berani mencuba
2. Tekun dan bersungguh-sungguh

KBKK

MenghubungaitkanMenerangkan

Intergrasi Pengajaran

Mendengar, lisan, membaca, dan menulis

Bahan :

Multimedialembaran kerja pelajar

10

Langkah/
Masa

Isi Pengajaran

Aktiviti Pengajaran

KBKK
/Nilai/BBM

Berdasarkan gambar

1 Melalui powerpoint, guru

i)Menghubungaitkan

Induksi

yang ditunjuk oleh guru,

menunjukkan gambar sebuah

ii)Multimedia

5 minit

ceritakan apa yang dapat

keluarga. Guru meminta murid

iii)Gambar

dilihat dan diperhatikan

menyebut individu di dalam

(Lampiran 1.

gambar tersebut tersebut.

Set

2 Guru meminta murid tutup mata


mereka masing-masing lalu
membimbing murid
mengembangkan imaginasi apakah
yang mereka dapat
menghubungkaitkan individu di
dalam gambar dengan keluarga
masing-masing.
3 Murid menjawab dengan bebas.
( ibu, bapa, anak lelaki, anak
perempuan, abang, kakak dan adik)
4 Guru memulakan pengjaran dan
pembelajaran dengan tajuk
Keluarga Saya
Langkah 1
10 minit

Guru membimbing

1 Guru meminta murid membuka

murid mengenal aksara

buku teks unit 13.

bahasa Cina

2 Sebelum memulakan pengajaran


dan pembelajaran,guru meminta
murid duduk dengan cara yang

i) Menerangkan

ii) Menumpukan
perhatian

betul.
3 Guru membimbing murid

iii) Aksara bahasa

menyebut aksara bahasa Cina

Cina

dengan sebutan dan intonasi yang


betul.
4 Murid membaca dengan sebutan
dan intonasi yang betul.

11

5 Guru memberi pembetulan dan


tunjuk ajar kepada kesalahan
murid.
Langkah 2
10 minit

Guru menjalankan sesi

1 Dengan melalui sesi soal-

i)Menghubungaitkan

soal-jawab untuk

jawab,guru membimbing murid

membantu murid

memahami bahan pelajaran.

memahami bentuk dan

2 Murid menjawab soalan guru

cara menyebut serta

secara lisan dengan

cirri-ciri aksara bahasa

menghubungaitkan dengan

iii) Aksara bahasa

Cina yang dipelajari.

perkembangan imaginasi yang

Cina

ii)Berani Mencuba

dijalankan sebentara tadi.


Penutup

Pengukuhan

1 Guru meminta murid mengulangi


isi kandungan pelajaran secara

5 minit

lisan.

Refleksi
Kekuatan pengajaran dan pembelajaran
Melalui kaedah pengajaran PPBK ini, murid dapat mengembangkan potensi imaginasi
mereka. Mereka dapat menceritakan apa yang mereka fikirkan melalui imaginasi mereka.
Walaupun ini ialah pengalaman pertama mereka dalam mengikuti kaedah pengajaran
berbentuk PPBK tetapi sambutan mereka memuaskan. Dengan melalui pembelajaran
berbentuk PPBK ini, dapat menarik perhatian dan minat murid-murid yang tidak mengenal
dan menyebut aksara bahasa Cina. Kumpulan pelajar yang tidak mengenal dan menyebut
aksara bahasa Cina ini didapati ini bukan sahaja bersungguh-sungguh semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran,bahkan dalam sesi soal-jawab, mereka juga berani mencuba untuk
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Kelemahan pengajaran dan pembelajaran serta tindakan susulan:
Disebabkan ini ialah kali pertama kumpulan pelajar ini mengikuti kaedah pengajaran
berbentuk PPBK, saya mendapati para pelajar menghadapai masalah dalam melaksanakan
tugasan membuat imaginasi tentang bentuk dan ciri-ciri aksara yang dipelajari. Bagi tujuan
tersebut, sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan PPBK akan dilaksanakan dengan lebih
kerap pada masa akan datang.
12

7.0 LAPORAN PELAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DILAKSANAKAN

7.1 Laporan keberkesanan dan kelemahan pendekatan kontekstual dalam meningkatkan minat
para pelajar terhadap bahan bacaan bahasa Cina.

7.1.1 Kekuatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK) dalam
membantu para pelajar mengenal dan menyebut aksara bahasa Cina.

a. Menggunakan instrumen teknologi maklumat berbentuk multimedia


Bagi memastikan keberkesanan implementasi Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Komputer (PPBK), saya menggunakan elemen multimedia dalam slaid
powerpoint yang saya gunakan. Tujuannya adalah untuk memastikan 5 elemen dalam model
pendekatan kontekstual Hull (1987) dapat dipenuhi. Kelima-lima elemen tersebut adalah
Menghubungkait

(Relating),

Mengalami

(Experiencing),

Mengaplikasi

(Applying),

Bekerjasama (Cooperating), dan Memindahkan (Transfering). Ini dilaksanakan dengan


menyepadukan kelima-lima elemen dalam pendekatan kontekstual dengan elemen
multimedia. Sebagai contoh bagi melihat elemen menghubungkait (Relating) dalam
pendekatan kontekstual, saya menggunakan elemen objek dan animasi sebagai membina
unsur perkaitan antara pengetahuan sedia ada murid terhadap isi kandungan pelajaran. Selain
itu, bagi membina unsur kerjasama (Cooperating) dalam kalangan pelajar pula, saya
menggunakan elemen audio dan visual untuk menggalakkan interaksi para pelajar terhadap
elemen teknologi maklumat.

b. Asimilasi pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada murid


Secara amnya, pengetahuan baru seperti mengenal dan menyebut aksara bahasa Cina
memerlukan kebijaksanaan para pendidik agar motivasi dan perhatian para pelajar dapat
dikekalkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Inilah yang saya lakukan, saya
menggunakan elemen-elemen yang dekat dan pernah dialami oleh para pelajar seperti
menggunakan objek yang pernah dilihat dan digunakan oleh para pelajar seperti bentuk oval,
segiempat dan sebagainya. Selain itu, bagi memastikan keberkesanan pendekatan kontekstual
yang digunakan, saya banyak menggalakkan interaksi dan komunikasi para pelajar agar para
pelajar berminat untuk membaca semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

13

7.1.2 Kelemahan pendekatan pengajaran kontekstual dalam meningkatkan minat para pelajar
terhadap bahan bacaan bahasa Cina.
a. kerjasama dalam kalangan pelajar akan sukar dibentuk dan memerlukan bimbingan guru
Salah satu elemen utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer
(PPBK) yang saya gunakan adalah elemen kerjasama. Elemen ini membolehkan para pelajar
berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Matlamatnya adalah untuk membina
sikap positif dengan membantu rakan-rakan yang lemah dan lambat penaakulannya. Namun,
disebabkan para pelajar yang terlibat adalah para pelajar Tahun 2, maka adalah sedikit sukar
untuk membina kerjasama dalam kalangan mereka kerana memerlukan tempoh masa yang
panjang dan komunikasi yang berterusan serta bimbingan guru bagi membentuk dan
menggalakkan komunikasi dalam kalangan mereka.

b. Guru lebih intensif dalam membimbing.


Dalam model Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK) yang saya
gunakan, saya lebih memainkan peranan sebagai pembimbing dan bukannya fasilitator
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Ini menyebabkan matlamat utama
sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Komputer (PPBK) tidak memenuhi matlamat yang sebenar. Dalam kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK), guru hanya berperanan sebagai pemudahcara
dan bukannya membimbing para pelajar dalam pembelajaran mereka. Implikasinya proses
pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dalam tempoh masa yang panjang kerana
perlu membimbing para pelajar secara individu.

c. Bilangan murid yang ramai


Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK)
memerlukan tempoh masa pengajaran yang panjang terutamanya apabila melibatkan
sejumlah kumpulan pelajar yang ramai. Inilah yang berlaku dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang saya langsungkan. Memandangkan para pelajar adalah dari kalangan
mereka yang masih tidak mengenal aksara bahasa Cina, maka saya memerlukan tempoh masa
yang panjang kerana perlu memastikan setiap pelajar mampu mengaplikasi kemahiran
mengenal dan menyebut yang saya terapkan. Jesteru itu, guru memerlukan beberapa siri sesi
pengajaran dan pembelajaran agar para pelajar mendapat maksimum daripada keadah
pengajaran ini. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, saya hanya
menggunakan teknik soal jawab secara beramai-ramai dan beberapa orang individu. Oleh itu,
14

keberkesanan pendekatan ini memerlukan tindakan susulan pada sesi pengajaran dan
pembelajaran akan datang.

7.2 Laporan

penilaian terhadap aktiviti yang dilakukan (sebelum dan selepas inovasi

pengajaran dan pembelajaran)


7.2.1 Sebelum inovasi pengajaran dan pembelajaran

a. Para pelajar tidak berminat untuk menyebut aksara bahasa Cina


Para pelajar tidak mempunyai minat untuk menyebut aksara bahasa Cina yang
diberikan kepada mereka. Malah, apabila saya (guru) mengemukakan petikan perkataan
yang berbentuk lembaran kerja, hanya sebilangan yang membacanya secara perlahan dan
teragak-agak.

b. Para pelajar gagal ujian lisan


Kumpulan pelajar yang dikenal pasti didapati gagal dalam ujian lisan seperti ujian
bacaan dan ujian soal jawab secara lisan. Ini adalah kerana mereka tidak menyukai bahan
bacaan yang diberikan kepada mereka.

c. Tiada kerjasama dalam kalangan pelajar


Para pelajar sukar berkomunikasi sesama mereka. Ini menyukarkan rakan pelajar
yang sedia lemah dan lambat penaakulaannya untuk membina kemahiran membaca yang
dikehendaki. Akhirnya mereka tidak berminat untuk membaca dan kerap mendiamkan diri
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

7.2.2 Selepas inovasi pengajaran dan pembelajaran

a. Para pelajar menunjukkan minat dan perhatian


Selepas implementasi Dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Komputer (PPBK), saya mendapati para pelajar lebih berminat untuk menanti kehadiran saya
masuk mengajar di kelas mereka. Ini mungkin disebabkan elemen multimedia dalam slaid
powerpoint yang saya gunakan dapat menarik perhatian mereka serta meninggalkan impak
positif terhadap pembelajaran harian mereka di sekolah. Malah, para pelajar gemar membaca
petikan teks bahasa Cina yang saya edarkan dengan nada suara yang kuat. Ini menunjukkan
mereka amat positif dan mempunyai minat yang sangat tinggi.
15

b. Bilangan pelajar yang gagal ujian lisan berkurangan


Setelah pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan Dalam kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK)dilaksanakan dalam beberapa siri, saya
mendapati para pelajar yang gagal dalam ujian lisan sebelum ini telah semakin berkurangan.
Ini mungkin disebabkan minat dan perhatian mereka telah meningkat dan menyebabkan
mereka lebih bersemangat dan tekun dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
bahasa Cina.

c.Kerjasama antara pelajar semakin erat dan intim


Pendekatan pengajaran kontekstual menggalakkan amalan kerjasama dalam kalangan
para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Matlamatnya, menerusi
komunikasi yang sihat dan berterusan ini akan membantu mereka saling membantu dalam
pembelajaran. Ini bermakna, selain guru, rakan sekelas akan memasikan mereka dapat
memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan.

Rumusannya, Dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer


(PPBK)membawa dimensi positif dalam kajian yang saya laksanakan. Meskipun, impak yang
saya kehendaki tidak memenuhi 100%, namun secara makronya, ia memberikan kesan positif
dalam diri para pelajar untuk berubah daripada tidak mengenal dan menyebut aksara bahasa
Cina dalam membaca bahan bacaan bahasa Cina.

16

8.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Sesi pengajaran 1-Para pelajar melihat contoh aksara bahasa Cina

Gambar 2 : Sesi pengajaran 1- Guru menerangkan isi kandungan pelajaran

Gambar 3: Sesi pengajaran1- Penglibatan aktif para pelajar dalam sesi pengajaran
17

Gambar 4: Sesi pengajaran 2 - Para pelajar menjawab soalan secara lisan

Gambar 5: Para pelajar menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru

Gambar 6: Para pelajar membaca bahan bacaan secara beramai-ramai dengan nada suara
yang kuat
18

Anda mungkin juga menyukai