Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan kontekstual dalam
meningkatkan minat para pelajar Tahun 1 2013 SJKC Lahad Datu, Sabah dalam membaca
petikan teks bahasa Cina. Pengumpulan maklumat dilaksanakan dengan menggunakan
kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual dengan murid-murid serta refleksi pengajaran
guru. Seramai 2 orang guru mentor dan 32 orang pelajar Tahun 2 SJKC Lahad Datu, Sabah
terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Cina
menghadapi isu pengajaran bahasa Cina dalam kalangan pelajar Tahun 1 yang bukan
berbangsa Cina antaranya ialah masalah ketidaksesuaian pendekatan, kaedah dan teknik
yang sesuai digunakan, masalah bahan bantu mengajar yang tidak pelbagai dan penggunaan
bahan bantu mengajar yang sama kerap digunakan. Manakala daripada persepsi para pelajar
pula, dapatan menunjukkan bahawa para pelajar juga mempunyai masalah dalam
pembelajaran bahasa Cina iaitu kurangnya minat mereka sendiri terhadap pembelajaran
Bahasa Cina Kesimpulannya, guru-guru bahasa Cina perlu mengikuti kursus motivasi dalam
perkhidmatan supaya mereka lebih perkasa dengan pendekatan, kaedah dan teknik terkini.
Dalam mengatasi masalah minat para pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Cina,
dicadangkan agar pihak sekolah menganjurkan aktiviti-aktiviti bahasa Cina yang menepati
minat murid dan di samping itu dapat mencungkil bakat serta kebolehan mereka.

Anda mungkin juga menyukai