Anda di halaman 1dari 3

PLANNING AND DESIGNING YOUR ACTION RESEARCH

TASKS EXPLANATION/STEPS
1. IDENTIFYING FOCUS/IS- Tahap penguasaan golongan kata dalam kalangan murid
SUE/PROBLEM darjah 5 semakin membimbangkan. Daripada
pemerhatian berdasarkan pengalaman lepas sebagai
guru murid kurang berminat untuk mempelajari
tatabahasa. Rujukan kajian lepas pula menunjukkan
murid sekolah didapati tidak memahami aspek
tatabahasa terutama golongan kata seperti kata nama,
kata kerja, kata sifat, kata hubung, dan kata ganti nama.
2. CONSTRUCTING RE- -Adakah murid darjah 5 dapat mengkelaskan golongan
SEARCH PROBLEMS/ kata dengan betul?
QUESTIONS -Bagaimanakah flipcard dan Board 'Kembara Kata' digu-
nakan untuk membantu murid mengkelaskan golongan
kata?
-Adakah penyediaan flipcard dan Board 'Kembara Kata'
dapat membantu murid meningkatkan kefahaman
dalam aspek tatabahasa (penggolongan kata)?
3. IDENTIFYING TARGET -Guru mengajar Bahasa Melayu darjah 5 (1 guru)
GROUP -Murid darjah 5 (30-35 murid)
4. WRITING LITERATURE Artikel “Analisis Kesilapan Kata Tugas dalam Karangan
REVIEW Bahasa Melayu Murid Tahun Enam” ini ditulis oleh Siti
Rahayu dan Sharil Nizam melalui kajian mereka yang
mendapati bahawa masih lagi ramai murid tahun enam
yang melakukan kesilapan golongan kata tugas dalam
karangan mereka. Dalam menjayakan kajian ini, penulis
telah menggunakan kaedah analisis dokumen sebagai
metodologi kajian. Penulis menggunakan 50 sampel
karangan Bahasa Melayu yang diambil secara rawak di
lima buah sekolah dan menganalisis 10 karangan untuk
setiap satu sekolah. Dalam kaedah analisis dokumen,
penulis mendapati terdapat sekurang-kurangnya 78 ke-
salahan golongan kata tugas yang kerap berlaku dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu. Berdasarkan dap-
atan kajian yang diperolehi, terdapat 18 daripada 78 ke-
salahan yang sering dilakukan dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu adalah kesalahan penggunaan kata
sendi ‘di’. Dapatan kajian yang diperolehi oleh penulis
dapat disimpulkan bahawa masih ramai murid yang
tidak faham akan penggunaan kata sendi ‘di’ dalam
penulisan karangan mereka. Kesalahan penggunaan
kata tugas dalam sesuatu penulisan sangat penting bagi
memastikan maksud yang ingin disampaikan jelas dan
dapat difahami oleh pembaca.

Artikel “Tahap Penguasaan Penggunaan Kata Kerja


Dalam Kalangan Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Be-
rasrama Penuh” telah ditulis oleh Annuar Khisham Isa,
Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Sharil Nizam Sha’ri. Ka-
jian penulis bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis
tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalan-
gan murid tingkatan empat sekolah menengah beras-
rama penuh dengan melibatkan 100 orang murid.
Penulis menggunakan kaedah kajian kuantitatif iaitu
dengan mengedarkan borang ujian tatabahasa yang
mengandungi 32 soalan kata kerja secara rawak kepada
murid. Penulis juga menggunakan bantuan perisisan
SPSS untuk menganalisis hasil ujian tersebut. Hasil dari-
pada analisis kaijan, penulis mendapati tahap pen-
guasaan murid dalam penggunaan kata kerja terbahagi
kepada tahap tinggi dan tahap sederhana dimana 92
murid mencapai tahap tinggi dengan markah 70% ke
atas manakala 8 murid lagi mencapai tahap sederhana
dengan markah 50% hingga 69%. Berdasarkan kajian ini,
ia menunjukkan tahap penguasaan murid dalam peng-
gunaan kata kerja berada ditahap yang tinggi dan baik.
FRH/2023

Anda mungkin juga menyukai