Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Tajuk jurnal yang saya ambil untuk diulas adalah berkaitan dengan permasalahan
pembelajaran iaitu “Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar” yang dihasilkan oleh Prof. Madya Dr.
Abdul Rasid Jamian dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum bahawa
kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu yang paling asas
yang perlu ada pada murid-murid sekolah rendah. Kemahiran membaca dan menulis ini
dianggap penting untuk murid-murid dalam mencapai kejayaan yang cemerlang pada
masa hadapan.

Menurut Khathijah Rohani bt Mohd Yunus dan Zalizan Mohd Jelas (1993)
menyatakan bahawa ketinggalan kemahiran membaca akan mempengaruhi penguasaan
dan pencapaian dalam mata pelajaran lain. Selain kemahiran membaca, kemahiran
menulis juga tidak kurang pentinganya kerana menurut Zamri (2014) menyatakan aktiviti
menulis sangat berkait rapat dengan kemahiran bertutur dan membaca. Sesuatu yang
dituturkan dan dibaca tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk penulisan jika seseorang
itu tidak menguasai kemahiran menulis. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk
murid-murid menguasai dua kemahiran ini iaitu membaca dan menulis.

Selain sukar untuk mencapai kecemerlangan, kesan dari permasalah dalam


kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu terhadap murid-murid ini juga dapat
dilihat dari segi psikologi keadaan ini akan menyebabkan mereka berasa kecewa, bosan
dan tidak gemar membaca (Noran Fauziah Yaakub, 1992). Melalui kajian ini kita akan
melihat bagaimana pengkaji mengenal pasti permasalahan kemahiran membaca dan
kemahiran menulis Bahasa Melayu ini berlaku di kalangan murid-murid sekolah di luar
bandar dan persepsi murid terhadap pengajaran guru. Kajian ini juga untuk melihat
kaedah atau teori yang terdapat dalam kajian ini yang telah diaplikasikan oleh guru dalam
menangani permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu di kalangan
murid-murid di sekolah luar bandar.

1
2.0 LARAT BELAKANG KAJIAN

Kajian ini mempunyai reka bentuk yang berupa tinjauan deskriptif yang mana
menurut Creswell (2005) reka bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan
kuantitatif dan kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel
atau keseluruhan populasi. Berdasarkan kenyataan tersebut maka kajian ini mempunyai
reka bentuk tinjauan deskriptif yang mana pengkaji melakukan tinjauan untuk mengenal
pasti masalah kemahiran membaca dan menulis mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Data kajian akan dikumpul,
diproses serta dianalisis dengan menggunakan Statistik Berbantukan Komputer.

Kajian ini juga merupakan kajian kuantatif yang mana responden kajian yang
terlibat dalam kajian ini adalah seramai 160 orang murid yang terdiri daripada murid
sekolah rendah di luar bandar yang diambil dari 3 buah negeri iaitu Pahang seramai 49
orang murid, Negeri Sembilan seramai 50 orang murid dan Sarawak seramai 62 orang
murid. Pengkaji mengumpulkan data-data yang diperlukan berdasarkan edaran soal
selidik yang meliputi aspek latar belakang murid, masalah kemahiran membaca, masalah
kemahiran menulis dan persepsi murid terhadap pengajaran guru. Bantuan guru juga
diperlukan oleh pengkaji dalam proses perolehan data ini bagi membolehkan murid-
murid tersebut menjawab soal selidik yang telah disedaiakn oleh pengkaji.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Menurut pengkaji tujuan atau objektif kajian ini secara umumnya dijalankan
adalah untuk mengenal pasti berlakunya masalah pembelajaran berkaitan dengan
kemahiran membaca dan menulis di kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar.
Manakala objektif khusus kajian ini dijalankan oleh pengkaji adalah untuk mengenal
pasti masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar
bandar, mengenal pasti masalah menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu murid-
murid di sekolah luar bandar dan sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru
dalam pengajaran membaca dan menulis.

2
4.0 ULASAN KAJIAN

Melalui kajian ini terdapat dua perkara penting yang merupakan permasalah
pembelajaran yang telah ditekankan oleh pengkaji dari awal kajiannya lagi iaitu
permasalahan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid sekolah rendah di luar bandar,
permasalahan kemahiran menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah di luar bandar.
Melalui permasalahan tersebut pengkaji akan melihat pula persepsi murid terhadap
pengajaran guru terhadap kemahiran membaca dan kemahiran menulis tersebut. Oleh itu,
saya akan membuat ulasan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji mengenai
dua perkara tersebut iaitu kemahiran membaca dan menulis serta persepsi murid terhadap
guru.

4.1 Permasalahan Kemahiran Membaca

Pengkaji telah menyatakan bahawa hasil kajian yang telah dijalankan mendapati,
terdapat empat masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam kemahiran membaca
Bahasa Melayu murid-murid di sekolah luar bandar ini iaitu : murid-murid tidak
memahami isi kandungan teks, tidak memahami maksud ayat yang dibaca, tidak boleh
membaca pantas dan cepat berasa jemu dan penat.

Permasalahan kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid


di sekolah luar bandar paling tinggi dan kerap berlaku yang diperolehi dari hasil kajian
ini ialah kegagalan mereka untuk memahami isi kandungan teks yang menyebabkan
mereka gagal untuk kandungan maklumat yang dibaca. Seterusnya, pengkaji menyatakan
bahawa tidak memahami maksud ayat yang dibaca pula merupakan masalah kedua
tertinggi di hadapi oleh murid-murid sekolah di luar bandar yang menyebabkan mereka
dapat menyenaraikan idea-idea utama isi kandungan teks dengan baik.

Diikuti dengan ketidakupayaan murid untuk membaca dengan pantas disebabkan


oleh murid tidak menguasai kemahiran membaca secara mekanis iaitu bacaan pantas.
Murid akan mengambil masa yang lama untuk membaca disebabkan oleh permasalah
kemahiran membaca yang mereka hadapi dan ini akan menjadi punca murid berasa cepat
penat dan jemu semasa membaca.

3
4.2 Permasalahan Kemahiran Menulis

Selain permasalahan kemahiran membaca, pengkaji juga telah mengkaji


permasalahan berkaitan kemahiran menulis kerana membaca dan menulis merupakan
kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai serta saling berhubung antara satu sama
lain. Menurut Slamet (2008:57) menyatakan bahawa membaca dan menulis merupakan
dua aspek kemampuan berbahasa yang saling berkait dan tidak terpisahkan. Menurut
Noorazman Mahat (2009) murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas
peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada
juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak
menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab
soalan.

Melalui kajian ini pengkaji telah mengenal pasti lapan masalah utama yang mana
ia telah menyebabkan murid-murid sekolah di luar bandar menghadapi permasalahan
kemahiran menulis Bahasa Melayu iaitu murid tidak dapat membezakan huruf besar
dengan huruf kecil dalam penulisan yang menyebabkan merupakan masalah kemahiran
menulis yang paling tinggi diperolehi oleh melalui kajian ini. Seterusnya masalah kedua
tertinggi iaitu murid tidak dapat mengecam abjad yang berpunca murid tidak dapat
membezakan huruf besar dan huruf kecil. Masalah ketiga dan keempat yang diperolehi
dari kajian ini ialah murid tidak memahami maklumat yang ditulis serta murid tidak dapat
mengenal pasti tanda baca dengan betul.

Masalah yang kelima pengkaji mendapati murid tidak dapat menulis sesuatu
dengan penulisan dengan baik disebabkan kegagalan murid menguasai kemahiran
mekanikal menulis. Permasalah tidak dapat menulis dengan baik tersebut telah
menyebabkan timbulnya permasalahan murid tidak dapat memahami serta menghasilkan
penulisan karangan yang bermakna. Pengkaji juga mendapati kelemahan menguasai
kemahiran membaca telah menyebabkan murid perlu mengeja perkataan yang hendak
dizahirkan semasa menulis akibatnya murid terpaksa mengambil masa yang agak lama
untuk menulis sesuatu karangan. Implikasi dari permasalahan kemahiran menulis tersebut
telah menyebabkan murid akan berasa penat dan letih semasa menulis kerana masa yang
diambil untuk menulis itu agak lama dan panjang.

4
4.3 Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru.

4.3.1 Kemahiran Membaca

Melalui kajian ini pengkaji telah menyatakan bahawa permasalahan yang wujud
dalam kemahiran membaca dapat diperbaiki oleh guru dengan merancang aktiviti
pengajaran yang menarik dan kondusif. Suasana yang selesa serta dorongan dari guru
menjadikan murid lebih bermotivasi dan berminat untuk terus belajar. Pengkaji juga telah
menyatakan bahawa hasil dapatan dari kajian ini terdapat lima pandangan atau persepsi
murid terhadap pengajaran guru yang dapat meningkat kemahiran membaca murid yang
telah disusun mengikut yang paling tinggi iaitu latihan bacaan tambahan, kaedah latih
tubi, aktiviti pengajaran yang menarik, dorongan dari guru dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian.

4.3.2 Kemahiran Menulis

Melalui kajian ini permasalahan kemahiran menulis Bahasa Melayu yang


dihadapi oleh murid dapat diperbaiki melalui lima kaedah yang telah dikenalpasti
berdasarkan persepsi murid terhadap pengajaran guru. Lima kaedah tersebut telah
disusun mengikut yang paling tinggi persepsinya yang telah diberi oleh murid iaitu
pelbagaian aktiviti menulus yang dilakukan oleh guru, guru menyediakan latihan yang
dapat memperbaiki kemhiran menulis, guru menyebut perkataan agar mereka lebih
mudah menulis dan penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.

Secara ringkasnya, pengkaji menyatakan bahawa berlakunya masalah dalam


kemahiran membaca dan menulis ini berpunca dari kelemahan murid menguasai
kemahiran asas iaitu baca, tulis dan kira. Kelemahan tersebut menyebabkan murid kurang
berminta untuk terus belajar. Namun begitu, pengkajinmendapati faktor guru kreatif dan
iklim bilik darjah yang kondusif menyebabkan murid sentiasa bermotivasi dan
bersemangat untuk terus belajar sepanjang hayat.

5
5.0 KEKUATAN KAJIAN

Terdapat beberapa kekuatan yang dapat dilihat dalam kajian ini untuk menangani
permasalah kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah di luar bandar
yang telah dicadangkan oleh pengkaji walau pengkaji menjelaskan secara terperinci teori
yang diaplikasikannya. Antaranya ialah penekanan yang serius harus diberikan agar
prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk kemahiran membaca dan
menulis dapat ditingkatkan.

Pengajaran Bahasa Melayu juga perlu disampaikan melalui pendekatan yang


lebih menarik dengan menggunakan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dalam meningkatkan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu
kerana Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) ada menyatakan guru perlu bijak
memilih bahan bantu mengajar yang hendak digunakan. Ini kerana pemilihan bahan
bantu mengajar tersebut bersesuaian dengan tahap kebolehna perkembangan intelek
murid yang dapat meransang minat seterysnya memotivasikan murid untuk terus belajar.

Selain kepelbagaian bahan bantu mengajar, pengkaji juga menyatakan bahawa


kepelbagaian kaedah mengajar juga dapat membentuk murid supaya tidak cepat bosan
dan penat semasa proses pembelajaran berlaku. Menurut Shukri (2007) yang menyatakan
bahawa guru mesti mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar potensi murid dapat
diperkembangkan semaksimum mungkin. Menjadi tugas guru untuk mempelbagaikan
kaedah pengajaran supaya kemahiran membaca dan menulis dapat dikuasai oleh murid.

Pengkaji telah menyatakan bahawa usaha yang berterusan dari pihak pengurusan
sekolah dalam membantu murid-murid lembam agar dapat menguasai kemahiran
membaca dan menulis seperti mengadakan kelas pemulihan perlu diadakan. Pandangan
ini sejajar dengan kenyataaan bahawa sokongan pihak atasan seperti pentadbir sekolah,
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan KPM juga amat penting dalam memastikan program
pemulihan dapat berjalan lancar dan berkesan (Aleimmah, 2011; JPN Wilayah
Persekutuan, 2011). Para guru juga perlu diberi seminar serta kursus agar mereka
mendapat maklumat dan input yang jelas mengenai keperluan khas murid-murid lembam
untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis.

6
6.0 KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kajian tersebut didapati bahawa pengkaji tidak menyatakan teori-


teori yang bersesuaian untuk diaplikasikan keatas cadangan dan penambahbaikan yang
telah dinyatakan bagi menangani permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Terdapat beberapa teori
pembelajaran yang boleh diaplikasikan untuk menangani permasalahan kemahiran
membaca dan menulis ini antaranya ialah:

6.1 Teori Skinner.

Teori ini merupakan teori yang berkaitan dengan tingkahlaku yang mana ia boleh
dikaitkan dengan kaedah bacaan yang berulang. Teori ini diasaskan oleh B.F Skinner
(1904-1990) sangat sesuai digunakan untuk permasalahan kemahiran membaca kerana ia
menekankan kepada latihan yang berulang. Menurut Rohani, Nani dan Sharani (2007)
yang menjelaskan bahawa kanak-kanak belajar selepas mereka didedahkan secara
berulang-ulang kepada sesuatu ransangan. Membaca secara berulang-ulang sesuatu bahan
bacaan akan membantu pelajar mengecam perkataan di samping mentaksirkan perkataan
dan dapat mengelakkan bacaan terhenti ketika mereka membaca setelah melakukan
bacaan tersebut berulang-ulang.

Kelancaran merupakan tindakbalas yang diperolehi kesan daripada latihan yang


berulang-ulang membaca perkataan tersebut. Pengukuhan positif yang diberikan oleh
guru seperti dorongan dan pujian yang akan menyebabkan murid bersemangat untuk
terus membaca secara berulang-ulang dengan lebih baik kerana kesannya mereka dapat
mengecam serta mengingati perkataan tersebut. Konsep teori ini telah diaplikasikan
apabila perlakuan murid-murid yang membaca secara berulang akan menyebabkan
mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Kemahiran menulis pula guru boleh menyediakan aktiviti menulis perkataan atau
ayat secara berulang-ulang kepada murid-murid agar dapat melatih mereka untuk menulis
dengan baik. Disamping itu, murid-murid juga dapat mengatasi masalah-masalah
kemahiran menulis yang mereka alami seperti tidak dapat membezakan huruf besar
dengan huruf kecil, tidak dapat mengecam abjad dan sebagainya. Oleh itu, teori ini boleh

7
diaplikasikan oleh guru kepada murid-murid yang mempunyai permasalahan kemahiran
membaca dan menulis agar mereka dapat menguasai kedua-dua kemahiran tersebut
dengan lebih baik.

6.2 Teori Pavlov

Teori ini merupakan teori pelaziman klasik yang mana Ivan Petrovich Pavlov
dalam Sharani (2007) berpendapat bahawa semakin banyak latihan dilakukan, semakin
kukuh gerak balas kelaziman. Kaitan antara ransangan dengan gerak balas boleh
diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu
gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru
memberi pujian setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik, maka hasil kerja yang
baik itu akan diteruskan walaupun tiada pujian dari guru.

Namun menurut teori ini penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru
terhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin merosot. Maka konsep pemulihan
semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya
dengan memberi insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan aktiviti,
bahan bantu mengajar yang menarik untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar
murid-murid.

Berdasarkan teori Pavlov ini, guru perlu sentiasa memberi dorongan serta
ganjaran setiap kali murid mereka melakukan latih tubi membaca dan menulis dengan
baik agar dapat meransang minat murid serta menjadikan murid lebih bermotivasi untuk
terus belajar. Guru juga perlu kreatif dan inovatif dengan mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik agar murid-murid
ini sentiasa bersemangat untuk belajar dan memperbaiki kemahiran membaca dan
menulis seterusnya dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik.

8
7.0 KESIMPULAN

Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid


sekolah rendah di luar bandar ini perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak
kerana kerajaan telah mensasarkan sifar buta huruf menjelang 2020. Pelbagai
permalasahan yang wujud akibat dari murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran
membaca dan menulis dengan baik. Menurut Deller (1991) bahawa membaca adalah
kemahiran yang bernilai kepada semua murid sama ada murid itu normal atau istimewa.

Faktor kebolehan dan kreativiti guru merupakan faktor utama yang mendorong
serta meransang murid untuk bermotivasi untuk terus belajar. Guru perlu bijak dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan teori pembelajaran yang
sesuai agar potensi yang ada dalam diri murid tersebut dapat dikembangkan lagi.
Komitmen serta kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri setiap guru dalam usaha
untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Ringkasnya, guru perlu mempunyai sikap yang positif selain mempunyai


kemahiran dan dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik agar permasalahan
kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah di luar bandar ini dapat diatasi.
Sikap yang positif dan penguasaan Bahasa Melayu yang baik perlu seiring agar hasrat
kerajaan untuk sifar buta huruf menjelang 2020 akan terlaksana.

Selain itu, Slavin (1994) juga


telah mengemukakan dua
cara untuk meningkatkan
motivasi agar

9
murid terus berupaya
mengekalkan minatnya untuk
belajar. Pertama, guru perlu
menyediakan
2
pengajaran yang lebih
menarik dan menyeronokkan
dengan menyediakan
pelbagai bahan bantu
mengajar. Kedua, guru boleh
memberi pujian atau ganjaran
apabila murid telah berjaya
mencapai
objektif pembelajaran yang
diharapk
10
8.0 BIBLIOGRAFI

Adena Ayob & Khairudin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Aleimmah Mohd. Yusoff. (2011). Modul Program Intervensi Bahasa Melayu SMK Sg.
Rambai, Melaka (tidak diterbitkan).
Ishak Haron. 2005. Pengalaman mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd.
Syariefudin Abdullah et.al (pnyt.). Tanjong Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris. hlm 59-68.
Khadijah Rohani bt Mohd Yunus dan Zalizan bt Mohd Jelas (ed.), 1994. Tinjauan
prevelens keperluan pendidikan khas di kalangan kanak-kanak berumur 4 – 9
tahun dalam kementerian pendidikan (editor) Penggunaan dapatan penyelidikan
ke arah amalan pendidikan tanpa cacat: prosiding seminar penyelidikan
pendidikan 1993, 13-15 Disembar 1993. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
Ms 100-103.
Noran Fauziah Yaacob & Abdul Latif Idris, 1992. “Minat dan Pencapaian: Wujudnya
hubungan bacaan mekanis, Jurnal Pendidikan Guru”. Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Bilangan 8.
Robert Deller. 1991. A Curriculum Guilde for Teaching Young Mentally Handicapped
Children: Malaysian Care.

11
Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad. (2007). Panduan Kurikulum
Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Shukri Zain. (2007). Pengantar Pemikiran. Tanjong Malim: Quantum Books
Slamet. 2008. Dasar-dasar Keterampilan Berbahasa Indonesia. Surakarta: UNS Press.
Vygotsky L.S. 1978 Mind in Society: The Development of Higher Psychological
Processes. Cambridge : Harvard University Press.
Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P & P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung
Malim. Penerbit :Universiti Pendidikan Sultan Idris.

12

Anda mungkin juga menyukai