Anda di halaman 1dari 3

MASALAH MENULlS KARANGAN

DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT

S A W KAJIAN KES

Kertas Projek yang dikemukakan kepada Universiti Malaya sebagai memenuhi sebahagian
daripada keperluan Ijazah Sarjana Pendidikan.

Fakulti Pendidikan ilniversiti Malaya


2002

ABSTRAK

Kajian kes secara kualitatif ini cuba meninjau masalah dalam penulisan karangan di kalangan pelajar tingkatan empat semasa menulis karangan di dalam kelas. Sebuah sekolah di pinggir kota raya Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi penyelidikan. Dalam kajian ini dua orang pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai peserta kajian.

Kajian yang dijalankan ini cuba mencari jawapan kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menulis karangan di dalam kelas, iaitu pada peringkat pramenulis, semasa menulis clan selepas menulis karangan. Pengkaji telah

menggunakan teknik pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen untuk mengutip dan mengurnpul data-data. Kajian yang telah berlangsung selama enarn bulan ini telah memberi ruang kepada pengkaji untuk mengutip dan mengwnpul data yang dijalankan melalui pemerhatian dan temu bual. Keseluruhan data Qanalisis dengan menggunakan tekmk berbentuk kualitatif.

Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah penulisan karangan di kalangan pelajar tingkatan empat timbul dtsebabkan oleh cara dan gaya pengajaran guru di dalam kelas. Masalah menulis ini juga disebabkan oleh kdidakterlibatan pelajar itu sendiri &lam menghayati, menaruh minat dan memberi kesungguhan mereka untuk menguasai ilmu menulis karangan. Secara ringkas, cara dan gaya guru dalarn

mengajarkan karangan di dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu taiuk yang diaiarkan, demi memenuhi keperluan ... 111

peperiksaan. Hal ini ditunjukkan, misalnya, perihal guru yang mengejar masa untuk menghabiskan Sukatan Pelajaran dan mengikut kehendak clan perancangan Panitia Bahasa Melayu. Kesannya, hasil karangan yang diberi tumpuan, dan proses

mengarang diabaikan. Justeru, pengajaran gum kurang memberi pendedahan tentang kemahiran, t e h k dan strategi menulis karangan dalam kelas.

Dengan yang demikian, para pelajar iaitu peserta kajian kurang bersedia untuk menulis. Ini mungkin disebabkan kurangnya maklumat d m ilmu serta minat yang ada dalam diri mereka.

Justeru, bagi meningkatkan mutu penulisan karangan di kalangan pelajar, pengajaran guru perlu difokuskan kepada kehendak dan keperluan pelajar dalam menulis karangan.

Anda mungkin juga menyukai