Anda di halaman 1dari 11

SYOK MENGARANG DENGAN KAEDAH TIK PENDAHULUAN, PIHCK IDEA DAN RCHM KESIMPULAN Zainurin bin Karim Sekolah

Menengah Sains Pokok Sena, 06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman. e-mail: kzainurin @yahoo.com.my

Abstrak: Minat menulis dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh perlu disemai kerana mereka bakal menjadi golongan cendekiawan yang berupaya mengembangkan khazanah ilmu. Jika golongan ini tidak minat menulis, sudah tentu ilmu yang dimiliki tidak dapat didokumentasikan dan disebarkan kepada khalayak secara meluas. Menurut Juriah Long dan rakan-rakan, menulis ialah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat yang tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca. Hal ini selari dengan matlamat pendidikan bahasa peringkat sekolah, iaitu gerak kerja dalam bidang penulisan yang dirancang dan dijalankan di dalam bilik darjah untuk membolehkan murid melahirkan fikiran dan perasaan. Aktiviti ini juga boleh membina minat pelajar dalam mengumpul, memilih dan menyusun maklumat. Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar mengetahui fokus dalam penulisan karangan. Minat untuk menulis akan berputik apabila pelajar mengetahui perkara yang perlu ditulis pada perenggan-perenggan tertentu seperti pada perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan. Saya dapati minat menulis dalam kalangan sesetengah pelajar SM Sains Pokok sena agak kurang berdasarkan hasil karangan yang terlalu pendek, bahasa kurang menarik dan pemerengganan yang tidak seimbang. Oleh itu, saya menfokuskan kajian ini tentang teknik menulis pengenalan, teknik mengembangkan idea karangan, dan teknik menulis kesimpulan karangan. Saya telah memilih 10 orang pelajar di tingkatan lima Kaizen yang menghadapi masalah dalam penulisan karangan. Mereka telah didedahkan dengan teknik ini, akhirnya karangan yang dihasilkan bertambah panjang, pemerengganan menjadi seimbang dan memenuhi kreteria pemarkahan, seterusnya meningkatkan pencapaian markah karangan. BIODATA PENULIS Zainurin bin Karim ialah Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG48 di Sekolah Menengah Sains Pokok sena yang berpengalaman selama 19 tahun mengajarkan Bahasa Melayu di Sekolah Berasrama Penuh. Bermulanya kerjaya sebagai guru pada tahun 1992, di SM Sains selangor, kemudian pada tahun 1999 telah bertukar ke SM Sains Pokok Sena sehingga sekarang. Antara pengalaman yang terpahat sepanjang berkhidmat sebagai guru adalah menjadi penilai CD buku teks Bahasa Melayu tingkatan tiga, ahli jawatankuasa pembina dan penilai papan cerita dan perisian pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Bestari, ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu Daerah Kota setar, panel penulis dan editor buku yang diterbitkan khas oleh JPN Kedah sempena pelancaran sambutan hari guru peringkat negeri dan fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

1. PENGENALAN Penulisan karangan terbahagi kepada dua iaitu karangan bahan rangsangan dan karangan respons terbuka diuji dalam kertas satu Bahasa Melayu SPM. Para pelajar beranggapan bahawa penulisan karangan terutamanya karangan respons terbuka merupakan sesuatu yang mencabar kerana bukan sahaja menguji daripada aspek bahasa tetapi juga daripada segi idea dan pengetahuan am para pelajar. Mengikut Samsu Yaacob, karangan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/pemeriksa. Segala idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea itu kepada pemeriksa menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai. Perkara ini disokong oleh Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof dan Raja Mohd. Fauzi Raja Musa yang menyatakan bahawa penguasaan kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan tugas yang mencabar bagi pelajar-pelajar yang bermasalah penulisan. Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia. Lazimnya pelajar yang bermasalah dalam kemahiran ini memperlihatkan berbagai-bagai masalah seperti kesalahan ejaan, kekurangan organisasi untuk idea, perbendaharaan kata dan tatabahasa serta menulis cerita yang ringkas dan kurang lengkap. Berdasarkan pendapat tersebut terbukti bahawa penulisan karangan tidak boleh diambil mudah oleh guru-guru dan para pelajar. Berdasarkan pemerhatian latihan dan kertas jawapan peperiksaan dalaman didapati punca utama pelajar-pelajar gagal mendapat gred A kerana karangan yang dihasilkan tidak memenuhi kriteria pemarkahan untuk bahagian pengenalan, idea dan kesimpulan. Oleh itu, satu kaedah penulisan berfokus telah diperkenalkan untuk meningkatkan minat dan kualiti penulisan karangan dalam kalangan para pelajar yang tidak mencapai gred A dalam bahasa Melayu. Sebenarnya, bakat menulis dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sememangnya ada tetapi tidak terserlah. Hal ini kerana mereka menulis karangan berdasarkan maklumat yang diketahui tanpa mengambil kira kehendak soalan yang memerlukan mereka menyusun maklumat secara teratur di bahagian pengenalan, idea dan kesimpulan. Selain itu, mereka ketandusan idea untuk mengembangkan bahagian idea karangan. Akhirnya, karangan yang dihasilkan agak pendek dan kadang kala tidak memenuhi kehendak soalan serta bahagian perenggan pengenalan, idea dan kesimpulan tidak memenuhi kriteria pemarkahan. Berdasarkan permasalahan ini, satu kaedah penulisan berfokus diperkenalkan kepada para pelajar yang bermasalah dalam menulis karangan. Para pelajar diperkenalkan dengan formula TIK pendahuluan, PIHCK idea dan RCHM kesimpulan. TIK pendahuluan bermaksud dalam bahagian pengenalan karangan para pelajar perlu menyatakan tema, isu dan kehendak soalan. PIHCK idea pula memerlukan pelajar menulis maklumat tentang penyataan isi, huraian, contoh, dan kesan pada bahagian idea karangan. Manakala RCHM kesimpulan pula memerlukan pelajar menulis maklumat tentang rumusan idea, cadangan, harapan dan masa depan pada bahagian kesimpulan karangan. Dengan adanya formula ini, para pelajar lebih fokus dan ada panduan khusus semasa menulis karangan. Setelah tiga bulan kaedah ini diperkenalkan, didapati hasil penulisan karangan sepuluh orang pelajar yang dipilih telah menampakkan perkembangan yang positif apabila karangan yang dihasilkan melebihi 400 perkataan, pemerengganan menjadi seimbang dan karangan menepati kehendak soalan. Kaedah ini kemudiannya telah diperkenalkan kepada semua pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Harapan saya agar semua pelajar Sekolah Menengah Sains pokok Sena akan lebih berminat untuk menulis karangan dan hasil 2

penulisan mereka lebih berkualiti pada masa akan datang serta pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu akan lebih cemerlang.

2. Perbincangan 2.1 Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran Sebahagian besar pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Sains pokok Sena kurang membaca bahan bacaan luas seperti majalah dan surat khabar. Selain itu, kebanyakan pelajar menganggap Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang senang kerana telah mendapat gred A dalan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Oleh itu, mereka lebih memberikan tumpuan kepada mata pelajaran elektif yang dianggap mata pelajaran baru dan susah bagi kebanyakan pelajar. 2.2 Fokus Kajian Pelajar-pelajar tingkatan lima yang menjadi sasara kajian didapati dapat menulis karangan mengikut format karangan yang dikehendaki. Para pelajar juga mampu mengutarakan idea-idea karangan berdasarkan peta minda yang dihasilkan. Perkara yang menjadi kebimbangan saya ialah para pelajar gagal menghuraikan idea yang diberikan, dan pegolahan idea kurang menarik serta kurang berkesan. Satu program telah dirancang bagi membimbing dan membantu pelajar untuk menulis karangan yang berkualiti daripada segi huraian dan bahasa serta mampu meraih markah yang tinggi dalam setiap kali peperiksaan.

2.3 Objektif Kajian Objektif Am: i) Semua pelajar akan lulus dengan cemerlang (A+ dan A) mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM tahun 2011.

Objektif Khusus: i) ii) iii) Pelajar dapat menulis karangan yang matang daripada segi idea dan bahasa. Pelajar dapat menghuraikan idea-idea karangan yang lebih berkesan dengan menggunakan penanda wacana dan ayat-ayat huraian yang sesuai dengan tugasan. Pelajar dapat menulis karangan yang seimbang daripada segi pemerengganan dan mengikut kriteria penskoran.

2.4 Prosedur Kajian 2.4.1 Tinjauan Awal

Saya mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5 Kaizen bermula sesi persekolahan tahun 2011. Saya dapati pelajar mampu memberikan idea berdasarkan tugasan tetapi kurang mampu untuk mengembangkan idea dengan ayat-ayat huraian yang menarik perhatian pembaca. Perkara yang menjadi isu di sini ialah pelajar gagal mempersembahkan karangan yang cukup matang dan ideanya cukup berkembang. Tinjauan terhadap isu ini telah dibuat melalui dua cara, iaitu; 2.4.1.1 Temu bual dengan pelajar Saya telah bertanya responden tentang punca-punca yang menyebabkan karangan mereka pendek, kurang matang dan idea tidak berkembang. Responden memaklumkan bahawa mereka mampu memberikan idea tentang tugasan tetapi mereka menghadapi masalah untuk mengolah idea supaya menjadi matang dan menarik. 2.4.1.2 Memeriksa Karangan Respoden Saya telah memberikan tugasan kepada pelajar untuk menulis karangan mengikut perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan berdasarkan soalan yang dikemukakan. Setelah memeriksa dan menganalisis karangan yang ditulis oleh responden, terbukti bahawa mereka mampu mengutarakan idea-idea penting berdasarkan peta minda yang dihasilkan, tetapi mereka tidak dapat mengembangkan idea mengikut tugasan dan tidak mampu menyatakan contoh-contoh yang relevan dengan kehendak soalan. 2.5 Analisis Tinjauan Masalah Pelajar Markah Kertas 1 Bahasa Malaysia (Peperiksaan Akhir Tahun 2010) P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 85/130 90/130 85/130 89/130 87/130 82/130 85/130 87/130 91/130 92/130

Daripada keputusan peperiksaan tersebut, saya dapat mengenal pasti punca 10 orang pelajar ini tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam kertas 1 iaitu kertas penulisan karangan kerana mereka tidak mampu menulis perenggan pengenalan dan kesimpulan yang menepati kehendak soalan serta tidak berupaya mengupas atau mengembangkan idea karangan. Oleh itu, satu kaedah penulisan yang berkesan perlu didedahkan kepada para pelajar berkenaan. 2.6 Cadangan Tindakan Aktiviti 1: Makmal Penanda Wacana dan Frasa menarik Pelajar diberikan senarai perkataan dan frasa menarik yang telah dibukukan untuk dihafal dan mereka diminta menulis perkataan dan frasa-frasa menarik yang baru di dalam buku catatan. Setiap hari pada waktu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu seorang pelajar diminta memberikan lima kata dan frasa menarik untuk dikongsi bersama-sama. pelajar diberikan senarai penanda wacana untuk memulakan sesuatu ayat dan pelajar diminta mengingatinya. Setiap kali waktu pembelajaran dan pengajaran penulisan karangan, pelajar diminta menggunakan penanda wacana, kata, dan frasa menarik yang telah diberikan.

Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, pelajar telah berupaya menghafal dan mengingati penanda wacana, kata, dan frasa menarik yang telah diberikan dan diperoleh sendiri. Mereka mula menunjukkan minat menulis karangan kerana pengetahuan mereka tentang penggunaan penanda wacana, kata, dan frasa menarik bertambah. Mereka tidak menyangka bahawa mereka mampu menulis sebuah karangan yang berkualiti dan sedap dibaca. Refleksi Aktiviti ini telah berjaya mengubah persepsi pelajar bahawa aktiviti penulisan merupakan aktiviti yang menyeronokkan sekiranya mereka mempunyai ilmu tentang penulisan dan mereka mempunyai pengetahuan luas tentang penanda wacana. Hasil penulisan akan bertambah menarik sekiranya mereka mampu menulis dengan menggunakan kata dan faras menarik dan tepat penggunaanya Aktiviti 2: TIK PENGENALAN Pelajar telah diminta untuk mengesan tema, isu dan kehendak soalan berdasarkan soalan yang diberikan. Mereka diminta mencatatkan di dalam jadual yang disediakan. Pelajar diminta menulis satu perenggan pengenalan berdasarkan maklumat yang dicatatkan di dalam jadual tersebut.

Contoh catatan dan perenggan pengenalan yang dihasilkan oleh pelajar.

Soalan: Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pencapaian tersebut. Tema (T) Isu (I) Kehendak soalan (K) Sukan Pencapaian Bagaimana (Usaha) Aktiviti sukan dapat mengharumkan nama negara (A1) Contoh sukan di negara kita (A2) Beberapa jenis sukan yang berjaya (A3) Jenis sukan yang merosot (A4) Perkara ini tidak harus dibiarkan (A5) Harus mengambil langkah untuk meningkatkannya (A6)

Contoh Perenggan Pendahuluan Sukan merupakan suatu aktiviti yang sihat dan dapat mengharumkan nama sesebuah negara di persada antarabangsa. Antara sukan yang popular di negara ini ialah permainan bola sepak, bola jaring dan sepak takraw. Beberapa jenis sukan di negara kita telah menunjukkan prestasi yang membanggakan rakyat Malaysia seperti badminton dan boling. Namun demikian, pencapaian beberapa jenis sukan yang lain seperti bola sepak dan hoki masih merosot. Fenomena ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh menjadi duri dalam daging kepada prestasi sukan negara secara keseluruhannya. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu diambil agar mutu sukan di negara ini dapat ditingkatkan. Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, pelajar telah berupaya mengenal pasti tema, isu dan kehendak soalan dengan menganalisis soalan yang diberikan. Mereka mula berasa bahawa bahagian pengenalan senang ditulis dengan menggunakan kaedah ini dan mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan karangan yang menepati kehendak soalan. Refleksi Aktiviti ini telah berjaya membimbing pelajar untuk menulis perenggan pengenalan yang menarik dan menepati kehendak soalan. Mereka mula seronok untuk menulis bahagian pengenalan karangan kerana sudah mengetahui perkara-perkara yang perlu ada pada bahagian pengenalan karangan. Aktiviti 3: PIHCK ISI Pelajar telah diminta untuk mengesan idea yang perlu ditulis dalam sesebuah karangan berdasarkan kehendak soalan. Pelajar diminta mencatatkan penyataan isi, huraian, contoh dan kesan di dalam jadual yang disediakan berbantukan majalah atau bahan daripada laman sesawang. Pelajar diminta menulis perenggan idea berdasarkan maklumat yang dicatatkan di dalam jadual tersebut.

Contoh catatan dan perenggan idea yang dihasilkan oleh pelajar. Soalan: Langkah mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Langkah (Idea 1): Kasih sayang ibu bapa. Penyataan Idea (PI) Huraian (H)Mengapa ? Bagaimana? Contoh (C) Apa? Siapa? Di mana? Bila? Kesan (K) Anak-anak yang mendapat kasih sayang ibu bapa tidak akan terlibat dalam masalah ini (A6) peranan ibu bapa (A1) Kebanyakan anak runtuh akhlak kerana ketandusan kasih sayang (A2) Harus meluangkan masa yang lebih berkualiti bersama dengan anak-anak (A3) Mendidik anak-anak dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil lagi (A4) (melentur buluh biarlah dari rebung) prihatin akan perubahan anak-anak, mendengar dan menyelesaikan masalah mereka (A5)

Contoh Perenggan Idea. Salah satu langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja adalah peranan ibu bapa dalam mendidik dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan remaja yang terlibat itu terdiri daripada mereka yang ketandusan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa.. Oleh itu, ibu bapa perlulah meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama anak-anak. Di samping itu, ibu bapa perlulah menerapkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak sejak dari kecil lagi persis peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa wajar lebih prihatin terhadap perubahan diri anak-anak. Sekiranya anak-anak menghadapi masalah, merekalah yang menjadi pendengar setia dan menjadi kaunselor untuk menyelesaikan masalah anak-anak dengan cara yang baik. Malah, ibu bapa perlu mengelakkan kekasaran dan herdikan semasa mendidik anak-anak. Sekiranya ibu bapa memainkan peranan sedemikian sudah tentu masalah kebejatan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi. Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, pelajar telah berupaya mengenal pasti cara membina ayat huraian isi, contoh dan kesan. Mereka mula berasa bahawa bahagian perenggan idea mudah untuk dikembangkan dengan kaedah yang diperkenalkan ini. Refleksi Aktiviti ini telah berjaya membantu pelajar untuk menulis perenggan idea yang matang dan berkembang. Mereka semakin seronok untuk menulis perenggan idea karangan. Aktiviti 4: RCHM KESIMPULAN Pelajar telah diminta untuk mengenal pasti rumusan isi, cadangan, harapan dan masa depan berdasarkan tema dan idea-idea yang telah diberikan. Pelajar diminta mencatatkan rumusan isi, cadangan, harapan dan masa depan di dalam jadual yang disediakan. Pelajar diminta menulis perenggan kesimpulan berdasarkan maklumat yang dicatatkan di dalam jadual tersebut.

Contoh catatan dan perenggan kesimpulan yang dihasilkan oleh pelajar. Soalan: Pencapaian beberapa jenis sukan di Negara kita perlu ditingkatkan. Tulis sebuah tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pencapaian tersebut. Rumusan Isi (R) Cadangan (C) - kerjasama Harapan (H) Masa Depan (M) Semua usaha wajar dilaksanakan (A1) Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan mutu sukan negara meningkat (A2) (Bagai aur dengan terbing) Diharapkan atlet negara mendapat kejayaan cemerlang dalam setiap pertandingan (A3) Mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa (A4) rencana

Contoh Perenggan Kesimpulan Intihanya, semua usaha yang telah dibincangkan wajar dilaksanakan demi mempertingkat pencapaian dalam pelbagai bidang sukan. Malah, semua pihak yang terlibat perlu mengatur langkah sederap untuk bersama-sama seperti aur dengan tebing untuk memastikan peningkatan mutu sukan negara dapat direalisasikan. Oleh hal yang demikian, diharapkan atlet negara akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap pertandingan yang disertai. Dengan ini, nama negara akan terus harum khususnya di peringkat antarabangsa.

Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, pelajar telah berupaya membuat rumusan idea karangan, memberikan cadangan, harapan dan masa depan bagi memenuhi kehendak kesimpulan karangan. Mereka mula memahami aspek yang perlu ditulis dalam bahagian kesimpulan. Refleksi Aktiviti ini telah berjaya membuka minda pelajar untuk menulis perenggan kesimpulan yang matang. Pelajar semakin seronok untuk menulis kesimpulan karangan kerana tahu aspek-aspek yang perlu ada pada bahagian kesimpulan karangan. 2.7 Cadangan Kajian Seterusnya. Alhamdulillah, kajian tindakan yang telah saya lakukan ini telah memberikan impak yang positif kepada minat menulis karangan dalam kalangan para pelajar. Pelajar semakin seronok belajar menulis karangan dan hasil karangan mereka semakin bertambah baik. Insya-Allah saya akan meneruskan kajian tindakan ini dengan memberi fokus terhadap komponen sastera.

3. RUMUSAN Saya amat bersyukur kerana kaedah yang telah saya perkenalkan ini telah berjaya meningkatkan minat menulis karangan dalam kalangan pelajar-pelajar yang pasif dalam aktiviti penulisan. Hal ini kerana para pelajar mengetahui maklumat yang perlu ada semasa menulis perenggan pengenalan, perenggan idea dan perenggan kesimpulan. Jika sebelum ini ada karangan yang dihasilkan tidak sampai 350 perkataan, tetapi selepas kaedah ini dilaksanakan hasil penulisan pelajar yang kurang minat menulis telah melepasi angka ini dan karangan juga lebih berkualiti daripada segi huraian dan bahasa.

RUJUKAN Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof dan Raja Mohd. Fauzi Raja Musa. (2001). Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan 27 (2001) 3 - 263 Juriah Long dan rakan-rakan. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya. Fajar Bakti. Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia. Samsu Yaacob. (1995). Bahasa Melayu SPM: Kertas Satu. Kajang. Masa Enterprise

CONTOH JADUAL 9

TIK Pendahuluan Tajuk: Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pencapaian tersebut. Tema (T) A1)

A2)

Isu (I)

A3)

A4) peribahasa Kehendak soalan (K) A5)

A6)

PIHCK Idea Tajuk: Langkah mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Langkah (Idea 1): Kasih sayang ibu bapa Penyataan Idea (PI) Huraian (H) Mengapa? Bagaimana? A3 A1) A2)

Peribahasa Contoh (C) Apa? A4)

10

Siapa? Di mana? Kesan (K)

A5)

A6)

RCHM Kesimpulan Tajuk: Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pencapaian tersebut. Rumusan Isi (R) A1)

Cadangan (C) - kerjasama Harapan (H)

A2) Peribahasa A3)

Masa Depan (M)

A4)

11

Anda mungkin juga menyukai