Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN TAHUNAN (BULAN JAN-JUN 2012) UNIT KECERIAAN (HEM) PROGRAM INTEGRASI KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH

KEBANGSAAN KAMPUNG MUHIBBAH 31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK

LAPORAN TAHUNAN (BULAN JAN JUN 2012)

1. PIKKBP menyediakan papan info pendidikan khas yang menyediakan maklumat mengenai program dan senarai nama murid Pendidikan Khas berserta dengan biodata murid. 2. Unit keceriaan program terlibat dalam menyediakan maklumat dan menceriakan papan info dari masa ke semasa. 3. Program pemantapan 3K (gotong-royong) Pendidikan Khas turut

dijalankan bertujuan untuk menceriakan kawasan persekitaran Pendidikan Khas. 4. Bagi keceriaan persekitaran bangunan Pendidikan Khas, unit keceriaan bekerjasama bersama Pembantu Pengurusan Murid menyediakan mural di tandas dan bilik rekreasi Pendidikan Khas. 5. Unit keceriaan juga turut menceriakan bahagian luar kelas Pendidikan Khas seperti menghias awning dan wakaf pendidikan khas dengan maklumat-maklumat semasa. 6. Unit keceriaan juga turut bertanggungjawab untuk memastikan keadaan persekitaran, tandas, kelas-kelas dan juga bilik urus diri dalam keadaan ceria. 7. Dalam usaha menceriakan persekitaran, unit keceriaan Pendidikan Khas telah mengecat pondok bacaan dan dihiasi dengan maklumat berbentuk bahan bantu mengajar. 8. Bilik Rekreasi turut diceriakan dengan maklumat-maklumat pembelajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dan murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Berikut ada beberapa cadangan penambahbaikan yang dicadangkan bagi menceriakan lagi kawasan bangunan Pendidikan Khas :1. Melukis mural di blok-blok bangunan Pendidikan Khas yang masih belum diceriakan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..................................... (Haliza Bt Mohamed Ajlan @ Hurairi) Setiausaha Unit keceriaan SK Kg Muhibbah

........................................... (Mohd Roslan Bin Zainuddin) Setiausaha HEM Pend.Khas SK Kg Muhibbah

Disahkan oleh,

........................................... (Zahara Bt Harun) Penolong Kanan Pend. Khas SK Kg Muhibbah 31100 Sg Siput (U), Perak

Anda mungkin juga menyukai