Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKHIR TAHUN KEBERSIHAN PAK-21

UNIT HAL EHWAL MURID


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CUEPACS 2019

1. PENDAHULUAN

Unit Kebersihan dan Keceriaan Pembelajaran Abad ke-21 Sekolah Kebangsaan

Taman Cuepacs tahun 2019, di bawah unit 3K iaitu salah satu Unit Hal Ehwal Murid.

Unit Kebersihan dan Keceriaan diberi tanggungjawab untuk memastikan program-

program berkaitan berjalan dengan lancar disamping memastikan murid-murid

berdisiplin dalam menjaga kebersihan serta mengekalkan keceriaan sekolah.

2. JADUAL AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

Aktiviti dan program yang dijalankan setiap hujung bulan pada hari setiap hari Isnin

waktu perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Program dijalankan mengikut perancangan

strategik.

JADUAL/TARIKH PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN

BIL AKTIVITI/TARIKH/TEMPAT PENYERTAAN


1. Nama: Program Kebersihan dan Keceriaan PAK-21 Semua murid
2. Tarikh : Januari sehingga November
3. Hari : Isnin
4. Masa : 7.30-8.00 pagi
5. Tempat : Kelas dan Kawasan Sekolah
4. OBJEKTIF

Membangkitkan semangat dan motivasi murid dalam PAK 21 dengan memastikan

suasana pembelajaran yang kondusif.

5. KEWANGAN

-
6. .BUTIRAN AKTIVITI

I. Perhimpunan rasmi
II. Nyanyian lagu negaraku, lagu Selangor dan Lagu sekolah.
III. Pengurusan kelas( kebersihan kelas dan keceriaan kelas)
IV. Taklimat PAK 21 oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
V. Anugerah kebersihan dan keceriaan kelas PAK 21 diberi kepada kelas yang menepati ciri-
ciri kelas PAK 21.
6.1 Kekuatan Aktiviti

 Antara kekuatan yang wujud dalam program ini adalah semua murid begitu bersemangat
dan memberikan sepenuh perhatian dalam menjaga kebersihan dan menceriakan kelas masing-
masing. Selain itu, tempoh masa yang diberikan kepada murid-murid untuk membersih dan
menceriakan kelas sangat mencukupi dan ia bersesuaian dengan keadaan persekitaran mereka.
Guru-guru sekolah juga memberikan kerjasama sepenuhnya. Ia dapat dilihat apabila mereka
selalu mengingatkan murid-murid untuk membersihkan kelas pada mula pengajaran dan semasa
pengajaran dilaksanakan serta selepas kelas tamat pada akhir sesi persekolahan.

6.2 Kelemahan Aktiviti

 Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang masih wujud dalam pertandingan ini iaitu
kebanyakan murid hanya membersihkan kelas mereka untuk memenangi pertandingan ini
sahaja. Sikap cintakan kebersihan pula tidak dapat dipupuk dalam diri pelajar kerana mereka
tidak mengetahui kesan buruk sekiranya tidak menjaga kebersihan.

6.3 Cadangan

I. Program kebersihan dan keceriaan PAK-21 ini dijalankan bertujuan sebagai satu inisiatif

bagi memupuk sikap suka kepada kebersihan dalam diri setiap murid di Sekolah Kebangsaan

Taman Cuepacs. Ia juga dapat mendidik secara tidak langsung murid-murid sekolah ini untuk

menjaga kebersihan bukan sahaja di sekolah malah ia berterusan apabila mereka berada di

luar sekolah.
II. Tambahan pula, program ini akan menjadikan kelas sebagai medium pemberian ilmu

kepada murid-murid dengan lebih berkesan. Ini kerana kelas yang bersih dan ceria

dapat memberikan keselesaan kepada murid-murid untuk belajar sekaligus menjadikan

kelas sebagai tempat yang kondusif dalam menuntut ilmu pengetahuan.

7. IMPAK

 Kesimpulannya, penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam membentuk sikap


cintakan kebersihan adalah dengan melaksanakan pameran dan ceramah mengenai kebersihan
Selain itu, semua guru dan semua pihak yang berkenaan mestilah selalu menasihati murid-murid
untuk menjaga kebersihan supaya dapat menghindari penyakit yang tidak diingini.
Kesimpulannya, pertandingan ini telah berjaya dijalankan dengan lancar dan ia akan diteruskan
pada setiap minggu supaya murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kebersihan dan keceriaan
tanpa perlu berhenti pada separuh jalan sahaja.

8. ULASAN KESELURUHAN

Pada keseluruhannya sebanyak 90% program yang dirancangkan dalam pelan strategik telah

berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah. Ini adalah atas komitmen dan kerjasama guru

dan murid.

8.1. Ulasan bagi aktiviti yang dijalankan.

Berjaya dan berjalan lancar.

8.2 Ulasan aktiviti yang tidak dapat dijalankan

Akan diteruskan pada tahun hadapan (2020).

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ _______________________
(FATIN NADIAH BINTI SHAFARUDDIN) (PN. HASIDA BINTI ALI)
Setiausaha Kebersihan dan Keceriaan, GPK Hal Ehwal Murid
SK Taman Cuepacs SK Taman Cuepacs
LAMPIRAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS
PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK 21)

Anda mungkin juga menyukai