Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

KEM ILMU SAINS 2015


1.0 Pengenalan
Kem Ilmu Sains merupakan aktiviti tahunan Program Kemasains bersama sekolah
angkatnya. Ini kerana, aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan
daripada murid-murid sekolah yang menyertai kem ini. Pada tahun 2015, Program
Kemasains sekali lagi mengadakan Kem Ilmu Sains sebagai aktiviti tahunannya. Kem ini
disertai oleh kesemua sekolah yang terlibat dengan membawa anak angkat Kemasains
dari sekolah masing-masing untuk menyertai kem ini.
Fasilitator Kem pada tahun ini terdiri daripada guru Sains sekolah terlibat dan dibantu
oleh guru pelatih sains IPGKBL. Secara tidak langsung, Kem Ilmu Sains ini akan
mendidik guru-guru pelatih tersebut untuk menjadi pemimpin dan guru yang serba boleh
apabila melangkah ke alam perguruan kelak.
Pada tahun ini, kesemua tujuh buah sekolah angkat Kemasains akan menyertai Kem
Ilmu Sains yang dirancang untuk diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang, Kuching. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Bako, SK Sg. Maong Hilir, SK
Muara Tebas, SK Kpg. Senari, SK Mubibbah, SK Gersik dan SK Laksamana.
Dijangkakan seramai 170 orang murid yang merupakan anak angkat Program Kemasains
akan menyertai kem ini.
Pihak Kemasains berharap agar Kem yang akan diadakan ini berlangsung dengan
jayanya dan mencapai objektif yang dirancang. Pihak penganjur turut berharap agar
guru-guru pelatih institut dapat mengaplikasikan pengetahuan-pengetahuan Sains yang
sedia ada dan seterusnya menyumbang ke arah pemantapan ilmu murid-murid yang
terlibat dengan kerjasama guru-guru yang berpengalaman dari sekolah angkat
Kemasains. Seterusnya, pihak penganjur berharap agar terus mendapat sokongan
daripada pihak Yayasan Sarawak untuk mendokong segala aktiviti yang telah dirancang
bagi tahun 2015 ini.

2.0 Objektif
Objektif yang ingin dicapai melalui Kem Ilmu Sains ini adalah:
2.1 Memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sains di samping meningkatkan
kemahiran Sains
2.2 Mendedahkan murid dengan aktiviti lain selain aktiviti yang berkaitan dengan
pendidikan formal semata-mata.
2.3 Memotivasikan murid agar terus berdaya saing dan maju dalam menjunjung aspirasi
negara yang berhasrat untuk melahirkan pemimpin negara yang berkaliber dan
berkebolehan.
2.4 Membentuk insan yang harmoni, selaras dengan unsur-unsur Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek

3.0 Tempat
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.
Peserta Kem akan bermalam di asrama Kolej Kediaman Pelajar, IPGKBL.
4.0 Tarikh/tempoh
6-7 Mei 2015 (Rabu - Khamis).
5.0 Penasihat/Fasilitator Program
9 orang pensyarah Sains, guru Sains daripada 7 buah sekolah angkat Kemasains dan
guru pelatih Sains dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang akan turut
membantu mengendalikan kem.
Tiga orang Pembantu Makmal sebagai urusetia dari Jabatan Sains, Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang.
6.0 Peserta
6.1 Murid-murid tahun 6 daripada setiap sekolah seperti yang disenaraikan di bawah:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

SK Muara Tebas
SK Bako
SK Sg. Maong Hilir
SK Kpg. Senari
SK Muhibbah
SK Gersik
SK Laksamana

6.2 Jumlah peserta adalah seramai 174 orang murid sekolah rendah.
2

7.0 Sumber Kewangan


7.1 Perbelanjaan ditaja oleh Pihak Yayasan Sarawak
perbelanjaan dibayar oleh pihak Institut.

manakala sebahagian

7.2 Perbelanjaan di bawah Program Kemasains


Bil
A

B
C

Perkara

Perbelanjaan
( RM )

Publisiti / Pakaian
Tag nama (RM 1.50 x 180 keping)
Banner

270.00
150.00

Makanan/ Minuman
Mineral Water (RM 15 x 10 kotak)

150.00

Alat Tulis / Peralatan


Peralatan aktiviti (RM400 x 7 sekolah)
Hadiah
Kebersihan

2,800.00
500.00
20.00

Hadiah / Cenderahati
Cenderahati Untuk VIP

120.00

Pengangkutan

2,000.00

Penginapan
RM10 x 180 orang murid
RM10 x 14 orang guru

1,800.00
200.00

Perasmian Penutupan

1,000.00

JUMLAH

9,010.00

7.3 Anggaran Perbelanjaan yang ditaja oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang
Bil.

Perkara

Perbelanjaan
( RM )

Makanan
(Sarapan, Minum Pagi, MakanTengahari, Minum
Petang, Makan Malam, Minum Malam)
Makanan Guru Pelatih (RM 37.50 x 31 orang)

1,162.50

Makanan Murid (RM 22.5 x 180 orang)

4,050.00

Makanan Guru, Pensyarah, Urusetia


(RM 37 x 27 orang)

999.00

JUMLAH

6,211.50

8.0 Jawatankuasa Pelaksanaan Kem Motivasi Sains


Penaung:
Hj Awang Hambali Bin Hj Awang Hamdan

Pengarah IPG Kampus Batu Lintang

Pensyarah Penasihat:
Encik Murugan A/L Mini Ratamun
Encik Yahya bin Sedik
Encik Lee Gim Keit
Dr. Tan Ming Tang
Puan Lim Poh Moy
Encik Ooi Eng Hong
Encik Joshua Oniyeye Anak Graman
Encik Harry Anak Aton

Penyelaras Program Kemasains


Ketua Jabatan Sains
Pensyarah Sains
Pensyarah Sains
Pensyarah Sains
Pensyarah Sains
Pensyarah Sains
Pensyarah Sains

Guru Kemasains:
En. Zaidi Bin Toti
Pn.Dyg suhaila bt Awg Suhaila
En. Wan Abd. Rahwi
En. Musa Yusup
En. Awang Asfia Bin Awang Morshidi
En. Wahid Hj. Okali
Pn. Siti Zubaidah Binti Ben
En. Zainurin Bin Jalani
Pn. Wilhemina Anak Kana
Pn. Sandra Koh
Pn. Siti Sara Mat
Hjh. Fauziah Mardiana Hj Sepawi
Pn. Julia Baki
Pn. Dyg. Ruziah Bt. Awg Sallam

SK Muhibbah
SK Muhibbah
SK Bako
SK Bako
SK Gersik
SK Gersik
SK Kpg. Senari
SK Kpg. Senari
SK Laksamana
SK Laksamana
SK Muara Tebas
SK Muara Tebas
SK Sg. Maong Hilir
SK Sg. Maong Hilir

Urusetia:
Puan Siti Aisyah Binti Abdullah
Encik Abas bin Minggu
Puan Nur Maizatul Akma Binti Ishak

Urusetia Kemasains
Urusetia Kemasains
Urusetia Kemasains

9.0 Penutup
Kem Ilmu Sains ini merupakan aktiviti terbesar Program Kemasains yang melibatkan 170
orang murid sekolah rendah. Justeru, pihak penganjur berharap agar ia berjaya
menanamkan minat murid-murid terhadap mata Pelajaran Sains untuk mewujudkan
generasi Sains di masa hadapan.
Komitmen serta sumbangan dana yang berterusan daripada pihak Yayasan Sarawak
amatlah kita perlukan untuk membantu dalam memenuhi hasrat kerajaan Malaysia bagi
melahirkan masyarakat saintifik dan berwawasan pada masa hadapan. Melalui aktiviti
yang diadakan juga, pihak penganjur berharap agar dapat mendidik generasi yang
berpengalaman luas, terbuka untuk menerima ilmu baru serta berinisiatif di dalam
menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi.
Pihak penyelaras program berharap agar semua pihak akan terus memberikan
kerjasama padu dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang terutamanya pihak
pentadbiran sekolah-sekolah yang terlibat. Ini kerana, kejayaan program yang dirancang
sangatlah bergantung kepada komitmen pihak sekolah dan guru-guru terlibat. Merekalah
yang bakal menentukan dan memastikan sama ada aktiviti dijalankan memberi kesan
positif atau negatif terhadap murid-murid angkat program ini. Ini disebabkan selepas
berakhirnya aktiviti yang dijalankan, kebanyakan masa murid-murid ini dihabiskan di
sekolah masing-masing dan guru-guru merekalah yang bertindak memberikan input
tambahan kepada mereka.
Pihak Kemasains berharap agar program ini dapat menyumbang dalam mewujudkan
generasi yang berilmu dan mempunyai pelbagai kemahiran di masa hadapan. Dengan
itu, harapan kerajaan untuk membentuk masyarakat berilmu seiring Wawasan 2020 juga
akan dapat dicapai. Akhir kata, semoga Kem Ilmu Sains ini nanti akan dapat memberikan
pengalaman baru dan ilmu-ilmu alternatif kepada pihak yang dikhususkan iaitu muridmurid dan guru sains dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Disediakan oleh,

(MURUGAN A/L MINI RATAMUN)


Penyelaras Program Kemasains
IPG Kampus Batu Lintang
Disahkan oleh,

(YAHYA BIN SEDIK)


Ketua Jabatan Sains
IPG Kampus Batu Lintang

Diluluskan oleh,

(HJ AWANG HAMBALI BIN HJ AWANG HAMDAN)


Pengarah
IPG Kampus Batu Lintang

Lampiran:
Jadual Waktu Kem Motivasi Sains
Tarikh/
Masa

6.5.2015
(Rabu)

7.5.2015
(Khamis)

0600-0800

08000900

Senaman
pagi/
Permainan
Sains 2

Sarapan
pagi/
Urus diri

0800-0930

09301000

1000-1100

1100-1200

1200-1330

Pendaftaran/
/ Taklimat/
Pembahagian
kumpulan

Minum
pagi

Slot 1

Slot 2

(S.K Kpg
Senari)

Makan /
Urus diri

(SK Bako)

0900-1030

10301100

1100-1230

1230-1400

1400-1600

Minum
pagi

Slot 7

Makan /
Urus diri

Perasmian
penutupan
Kem lmu
Sains

Slot 6
(SK Sg Maong
Hilir

(S.K
Muara
Tebas)

Nota:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Slot 1 :
Slot 2 :
Slot 3 :
Slot 4 :
Slot 5 :
Slot 6 :
Slot 7 :

Observation(Memerhati)
Inference(Membuat Inferens)
Predicting(Meramal)
Classifying(Mengelas)
Variable(Mengawal pembolehubah)
Interpreting Data(Mentafsirkan maklumat)
Conclusion(Membuat kesimpulan)

1330-1430

14301530

Slot 3

Slot 4

(S.K
Laksamana)

(S.K
Gersik)

1600

Minum
petang/
Bersurai

15301630
Minum
petang/
Solat

16301730

1730-1930

Slot 5

Urus diri/
makan
malam

(S.K
Muhibbah)

1930-2230

Sesi
Motivasi/
Permainan
Sains 1

2230

Minum
malam/
Urus diri

Anda mungkin juga menyukai