Anda di halaman 1dari 3

7.

0 LAPORAN AKHIR TUGASAN

Saya telah menjalankan PBS selama lima hari iaitu 18 Mac 2019 hingga 22 Mac 2019
di sekolah SJK (C) Siong Boon.

Sekolah ini mempunyai sebanyak 1222 orang murid dan 63 orang guru. Terdapat 383
orang yang bukan berbangsa Cina belajar di sekolah ini walaupunnya merupakan sekolah
jenis kebangsaan Cina. Sekolah ini berada di dalam bandar dan berstatus Gred A. Sekolah
ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti interactive classroom, makmal sains,
perpustakaan, kantin dewan dan sebagainya.

Sekolah ini memberi gambaran yang baik kepada orang. Yang paling ketara, Sekolah
Siong Boon merupakan sekolah satu-satu Showcase K-BAT di daerah Bintulu di mana
sekolah mereka mengaplikasikan budaya K-BAT sepenuhnya dalam pengajaran setiap hari.
Selain itu, didapati dinding sekolah mereka terdapat pelbagai peta I-THINK dengan contoh-
contoh yang sedia ada. Tindakan ini bertujuan menyelit budaya K-BAT ini dalam kehidupan
murid selain melatih murid supaya berfikir secara aras tinggi. Begitu juga semasa sesi
pengajaran, guru-guru juga akan menjalankan penyoalan aras tinggi semasa dari semasa
berdasarkan kandungan pengajaran hari itu untuk membiasakan anak murid semasa
menjawab soalan peperiksaan selain meningkatkan kemahiran berfikir anak murid. Melalui
pengajaran yang berkualiti ini, setiap murid akan mempunyai pengetahun dan kemharian
berfikir sejajar dengan Faldafah Pendidikan Kebangsaan.

Melalui pemerhatian serta interaksi dengan guru besar, saya diberitahu bahawa
sekolah Siong Boon adalah sekolah pertama di daerah Bintulu yang menggunakan konsep
“Interactive E-Classroom” dan ia bukan hanya dilakasanakan dalam kelas yang dipilih, tetapi
terlibat semua kelas. Dengan adanya “Interactive White Board”, guru-guru dapat menuju ke
arah pengajaran Pembelajaran Abad 21 (PAK-21). Apatah lagi guru-guru berupaya menyelit
unsur-unsur TMK dalam pengajaran mereka dengan access internet di kelas masing-masing.
Kesannya, maklumat dan ilmu yang diperolehi oleh anak murid bukan sekadar bersifat
setempat sahaja, tetapi bersifat global. Dengan ini, secara tidak langsung dapat mencapai
anjakan yang ke-7 di dalam PPPM, iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.

Dari segi infrastruktur, sekolah SJK(C) Siong Boon mempunyai ruang tempat yang
agak besar. Dengan ruang-ruang yang besar ini, telah wujudnya kemudahan seperti
gelanggang bola keranjang, bola tampar, bola jaling dan juga badminton. Dengan ada ruang
dan juga kemudahan, murid-murid sekolah SJK(C) Siong Boon dapat latih menjalankan
aktiviti kokurikulum dan latihan sukan pada bila-bila masa. Lagipun, semua kemudahan ini
terdapatnya bumbung penutup hujan. Oleh hal yang demikian, aktiviti murid tidak akan
dijejaskan atas sebab cuaca. Dalam aspek ini, sekolah ini amat mengutamakan kemenjadian
murid di mana kemenjadian murid ditekankan dari semua aspek tidak kira dari segi
pencapaian akademik, sahsiah ataupun kokurikulum. Anak murid aktif dalam pertandingan
dan juga guru-guru juga sedaya upaya dalam mencungkil potensi murid-murid selain memberi
mereka bimbingan dan latihan seperti kaligrafi, choral speaking, badminton dan sebagainyan.
Berkenaan dengan ini, guru besar juga ingin berterima kasih kepada pihak ibu bapa kerana
kerelaan bantuan dan sokongan mereka, maka murid bebas memperkembangkan potensi diri.
Di sini, dapat menunjukkan bahawa sekolah ini berwawasan untuk melahirkan murid yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial supaya selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Selain daripada mendidik, guru di sekolah ini juga berusaha untuk menjalankan tugas
mereka. Guru akan menggunakan banyak strategi dan kaedah untuk membantu murid yang
lebih lemah. Guru akan mengeluarkan masa individu untuk memberi bimbingan kepada murid
yang mempunyai masalah pembelajaran melalui “Program Sinar Cahaya”. Semua ini adalah
antara usaha yang dilakukan oleh guru untuk membantu seseorang murid dalam
pembelajaran mereka selain meningkatkan pencapaian akademik murid dan juga sekolah.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga menggunakan alat bantu mengajar
yang menarik dan kreaktif untuk menarik perhatian murid supaya mereka tidak merasa bosan
semasa guru mengajar. Guru juga telah mengadakan aktiviti secara kumpulan dalam kelas.

Guru besar amat mengambil berat tentang disiplin murid. Selain melakasanakan
“Program Guru Penyayang”, beliau akan menunggu murid di pintu besar sekolah pada tepat
masa 7.10am setiap hari. Tujuan tindakan ini adalah untuk memastikan murid-murid tidak
lewat ke sekolah selain melatih budaya disiplin supaya nilai menepati masa diterapkan di jiwa
anak murid. Menurut Guru Besar, beliau juga akan mengambil kesempatan dalam menjalin
hubungan dengan ibu bapa murid-murid semasa mereka menghantar anak meraka ke dalam
sekolah. Lagipun, sekiranya ibu bapa mempunyai apa-apa pasal aduan dan ketidakpuasan,
masalah tersebut akan diselesaikan di luar pintu sekolah, tetapi tidak dibawa ke dalam pejabat
yang mungkin akan memburukkan suasana bertugas pejabat. Secara kesannya, disiplin
murid-murid SJK(C) Siong Boon dikirakan amat cemerlang.

Begitu juga, kemoralan murid amat diberi perhatian. Semasa berjumpa dengan guru,
murid amat bersopan santun dan sentiasa memberi salam kepada guru. Terdapat pengawas
yang bertugas di sekolah untuk memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah yang
ditetapkan. Murid juga menjaga kebersihan sekolah dengan tidak membuang sampah di
merata-rata tempat. Semasa perhimpunan dijalankan, murid akan beratur dengan baik.
Pihak sekolah mementingkan kebersihan sekolah. Terdapat beberapa orang tukang
bersih sentiasa bertugas untuk menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Setiap hari,
mereka akan bertugas untuk menjaga kebersihan sekolah dengan rajin. Mereka telah
memastikan kawasan sekolah yang bersih dan hal ini telah memberi imej dan gambaran yang
baik kepada orang lain. Dengan mempunyai kawasan sekolah yang bersih, murid dapat
mengelakkan diri daripada menjangkiti pelbagai penyakit seperti demam denggi, malaria dan
sebagainya. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam
suasana yang kondusif.

Kesimpulannya, budaya dan persekitaran sekolah amat sesuai bagi murid-murid untuk
belajar. Guru besar telah menjalankan tanggungjawab untuk memimpin sekolah dan
menghasilkan suasana sekolah yang dapat membantu murid untuk meningkatkan pencapaian
diri dalam akademik dan kokurikulum. Seterusnya, usaha guru yang sentiasa mengutamakan
kemenjadian murid serta membantu murid yang lemah dengan hasratnya pencapaian mereka
meningkat. Murid dalam sekolah ini sangat disiplin, bersopan santuan, rajin dan berkelakuan
baik. Di sini juga dapat kita perhati, pencapaian sesebuah sekolah bukan bergantung pada
sehala sahaja, tetapi adalah kerjasama dan interaksi daripada pelbagai pihak.

Anda mungkin juga menyukai