Anda di halaman 1dari 13

TEKS UCAPAN

Y. BHG. DATIN. HJH. HASNAH BTE MD SEM


PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KULAIJAYA
Sempena
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT DAERAH KULAI 2013
Pada
19 OKTOBER 2013(SABTU)
Di
SMK BANDAR TENGGARA, KULAIJAYA

KULAI, JOHOR.
Bismillahi Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera
dan Salam 1 Malaysia, Salam Gemilang dan Salam 1 Impian.
Yang saya hormati Saudara Pengerusi Majlis.
Yang Berusaha
En Harith Puah Bin Abdullah
Pengerusi Kajian Tindakan Sekolah Rendah
Yang Dihormati
Tn. Hj Armas Bin Derusman
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara
2

Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya,


Jurulatih-Jurulatih Utama Kajian Tindakan ,
Para Pembentang,
Pengetua-pengetua,
Guru-Guru Besar,
Guru-Guru serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian.

Hadirin-Hadirat Sekalian
Alhamdullilah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah

kurnianya

dapat

kita

bersama-sama

berada

di

majlis

pembentangan kajian tindakan peringkat Daerah Kulaijaya pada pagi ini.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan sekalung
tahniah kepada jawatankuasa pengelola seminar kajian tindakan ini
kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya .
4

Pada tahun ini kami di pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)


amat berharap lebih banyak kajian yang bermutu akan dibentangkan
dan

dapat

diangkat

ke

peringkat

yang

lebih

tinggi.

Diharap,

pembentangan kertas kerja seminar kali ini lebih menumpukan kepada


aspek kreativiti dan inovasi .Ini amat bertepatan dengan hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan amalan kreativiti
dan inovasi dalam kalangan warga pendidik. Ia juga merupakan
komponen penting dalam proses pembaharuan dan transformasi yang
5

sedang berlaku terhadap sistem pendidikan kita. Justeru, guru perlu


kreatif dan inovatif serta bersedia melaksanakan perubahan untuk
mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
menyeronokkan.

Para hadirin yang dihormati


Bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu Penyelidikan
Pemacu Pembangunan Pendidikan, menggambarkan kepada kita
tentang kejituan hasrat kerajaan dan kementerian dalam agenda
6

mentransformasikan pendidikan ke arah satu bentuk wadah yang lebih


baik dalam pembangunan modal insan yang lebih cemerlang bukan
sahaja dari segi pendidikan semata-mata, tetapi juga untuk melahirkan
insan yang bersahsiah tinggi. Justeru, penyelidikan yang dihasilkan oleh
para pendidik akan memberikan lebih manfaat bukan sahaja kepada
golongan pendidik tetapi pada masa yang sama dapat memberi impak
yang besar terhadap proses pembelajaran murid khususnya.
Dalam usaha Kementerian Pelajaran mentransformasikan sistem
pendidikan negara, guru-guru juga perlu bersedia dengan anjakan serta
7

perubahan yang mampu menyokong usaha ini. Para guru dilihat sebagai
enjin kepada sistem pendidikan negara. Keberhasilan sesuatu program
atau

kejayaan

sesuatu

rancangan

itu

mesti

berpandukan

dan

berpaksikan kepada guru-guru. Inspirasi kementerian tidak akan


tercapai sekiranya enjin (guru) tidak selari dengan arus pendidikan
semasa. Oleh yang demikian, penyelidikan adalah satu perkara atau
alat yang perlu dititikberatkan oleh setiap warga pendidik agar konsep
pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa dalam keadaan yang segar.

Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang kini


lebih didominasi kemahiran dan sumber berteknologi ICT perlu
dipandang serius oleh pendidik. Suasana pendidikan yang kian
mencabar memerlukan pendidik menyerap setiap tekanan dan cabaran
tersebut. Situasi pengajaran dan pembelajaran juga semakin berbeza
dan memerlukan para pendidik menyelidik satu kaedah baru atau
penambahbaikan kaedah yang sedia ada agar petunjuk prestasi (KPI)
terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dapat diperbaiki dari

semasa ke semasa. Oleh itu, pembangunan pendidikan akan menjadi


lebih berfokus dan bermatlamat.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Penyelidikan yang telah dilaksanakan di semua sekolah melalui 1 guru 1
kajian tindakan, telah dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk
menjadikan kajian ilmiah yang berfokus kepada pengajaran dan
pembelajaran yang sedia ada. Ianya juga menjadi satu platform untuk
guru-guru menghasilkan hasil kajian secara sistematik dan holistik. Hasil
10

daripada pembentangan penyelidikan ini juga diharap dapat digunakan


oleh guru-guru untuk mengenalpasti

kelemahan pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, penyelidikan ini juga dapat digunakan untuk


meningkatkan prestasi kerja, berkongsi pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman dengan rakan sejawat.
Melalui kajian dan penyelidikan ini, ianya turut menggalakkan guru-guru
membudayakannya proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menghasilkan pelbagai inovasi di sekolah ke arah meningkatkan kualiti
akademik, kokurikulum serta kemenjadian murid . Dengan adanya
11

sokongan dan dokongan yang berterusan oleh kepimpinan dan seluruh


warga pendidik di Kulaijaya pada penyelidikan kali ini, diharap
pembangunan pendidikan murid serta pelajar kita akan terus cemerlang
dan maju.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan
jutaan terima kasih kepada pembentang-pembentang kertas kerja yang
mempunyai

kepakaran

dan

kemahiran

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran. Sudah tentu nilai keilmuan yang disampaikan dalam


majlis seumpama ini akan memberi manfaat yang besar dan kesan yang
12

positif kepada warga pendidik. Akhir sekali, saya ingin merakamkan


ucapan syabas dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
pelaksana dan guru serta semua pihak yang terlibat dalam mengelola
dan menjayakan seminar pembentangan kajian tindakan pada tahun ini.
Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya merasmikan
Seminar Kajian Tindakan peringkat Daerah Kulaijaya 2013 ini.
Sekian,

saya

sudahi

dengan

Wabillahitaufik

Wasaalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

13

Walhidayah

Anda mungkin juga menyukai