Anda di halaman 1dari 4

Ucapan Pengetua untuk Perhimpunan Pertama persekolahan 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Yang dihormati Pn. Hjh Noraini bte Mohd Noor (GPK1), Pn. Hjh Redziah bte Sariang (GPK HEM), Pn Hjh Halijah bte Othman (GPK Kokurikulum), Guru-guru kanan bidang kaunselor, guru-guru, seterusnya anak-anak pelajar dikasihi sekalian Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan terima kasih kerana memilih sekolah ini sebagai destinasi baru untuk menyambung pengajian di peringkat sekolah menengah. Bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang lalu, pihak sekolah tidak keberatan untuk melepaskan anda memilih sekolah-sekolah yang lebih berprestij dan masyhur kerana sememangnya anda layak mendapat tempat belajar di situ. Jika gagal, jangan kecewa kerana di sini pun anda boleh mencipta kejayaan seperti mana pelajar-pelajar yang terdahulu. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 3 yang berjaya menduduki peperiksaan PMR pada bulan Oktober yang lalu dengan jayanya. Tahniah yang tidak kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang khususnya yang mendapat keputusan cemerlang. Beri tepukan gemuruh kepada pelajar-pelajar yang mendapat 8A. Begitu juga tidak ketinggalan kepada mereka yang mendapat 7A dan 6A. Tahniah juga kepada para guru yang sama-sama bertungkus lumus sehingga membuahkan hasil yang diharapkan Tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak pelajar sekalian, Untuk berjaya dan untuk cemerlang , kita tidak boleh setakat bercakap dan bermimpi. Ia perlu disertai dan diterjemahkan melalui gerak kerja dan tindakan-tindakan kita. Untuk cemerlang juga tidak boleh dibebankan kepada pelajar atau guru sahaja. Kita sekolah, guru, murid, ibu bapa dan masyarakat perlu bersama secara kolaboratif memastikan anakanak kita terus cemerlang. Anak-anak pelajar perlu menyiapkan diri untuk sentiasa bersedia belajar, guru-guru di sekolah sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik dan ibu bapa hendaklah memberikan sokongan dan dokongan sepenuhnya untuk memudahkan anak-anak kita belajar dengan sempurna dengan memastikan anak-anak hadir ke sekolah bukan sahaja untuk P&P tetapi juga aktiviti kokurikulum. Para guru dan anak-anak pelajar yang dihormati sekalian, Sekolah ini akan berusaha untuk memastikan perkhidmatan pendidikan dapat diberikan kepada pelajar-pelajar kita adalah terbaik. Sekolah ini mempunyai kemudahan yang cukup untuk pelajar-pelajar kita belajar bilik darjah, makmal, bengkel, kantin, dewan, padang permainan, asrama, perpustakaan, guru yang cukup, surau, kemudahan bantuan oleh kerajaan seperti SPBT, biasiswa bagi yang layak, dan lain-lain. Bagaimanapun saya

mengalu-alukan komitmen semua pihak untuk membantu sekolah ini mencapai tahap prestasi yang lebih unggul melalui peranan-peranan yang boleh kita mainkan. Pendidikan adalah meliputi segala-galanya, malah keindahan taman, keceriaan sekolah, dan apa sahaja adalah elemen pendidikan. Di sini saya ingin berkongsi beberapa buah kisah untuk dijadikan tauladan oleh kita semua. Katak berlumba Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil,...yang berlumba-lumba Tujuannya adalah untuk mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... Perlumbaan pun dimulakan... Secara jujur: Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata: "Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak." atau: "Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!! Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... ... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi.. Penonton terus bersorak "Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!" Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah... ...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak mahu menyerah kalah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak! SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!! Nasihat bijak dari cerita ini adalah: 1. Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... ...karena mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. 2. Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada. Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu! Kerana itu: Selalulah tetap.... POSITIVE! Dan yang terpenting: Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu! Selalulah berfikir: I can do this! Kisah dua pula adalah mengenai: Perangkap tikus Seekor tikus mengintip di balik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya, saat membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya? Tapi, dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan; "Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati, ada perangkap tikus di dalam rumah!" Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil mengais-ngais tanah,mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku Pak Tikus. Aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tidak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku sakit kepalalah mendengarkan pekikkan mu itu." Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing. Katanya, "Ada perangkap tikus di dalam rumah, sebuah perangkap tikus di rumah!" "Wah, aku menyesal dengar perkhabaran ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati, "Tetapi tak ada sesuatu pun yang boleh ku lakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa-doaku!" kata si kambing dengan nada yang sinis. Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. "Oh? sebuah perangkap tikus? Jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa, berleleran air liur.

Jadi tikus itu kembalilah ke rumah, dengan kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. Ia merasa sungguh-sungguh sendiri. Malam tiba, dan terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsa. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak boleh melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke rumah sakit. Si isteri kembali ke rumah dengan tubuh menggigil, demam. Dan, sudah menjadi kebiasaan, setiap orang sakit demam, ubat pertama adalah memberikan sup ayam segar yang hangat. Petani itu pun mengasah pisaunya, dan pergi ke kandang, mencari ayam untuk bahan supnya. Tapi, bisa itu sungguh jahat, si isteri masih belum sembuh. Banyak jiran dan tetangganya yang datang mengunjunginya, dan tamu pun tidak putus-putus ke rumahnya.Ia pun harus menyiapkan makanan, dan terpaksa, kambing di kandang dia dijadikan gulai. Tapi, itu tak cukup untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Si isteri mati, dan beratus-ratus orang datang untuk mengurus pemakaman, juga selamatan. Tak ada cara lain, lembu di kandang pun dijadikan habuan, untuk ratusan pelawat. Kawan, apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tidak ada kaitannya dengan kamu, ingatlah bahwa apabila ada "perangkap tikus" di dalam rumah, seluruh "ladang pertanian" ikut menanggung risikonya. Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya. Maka jika suatu hari datang kepada anda seseorang yang dalam kesulitan dan meminta tolong, jangan sekali-kali mengira itu bukan urusan anda.. fikirkan sekali lagi Mudah-mudahan apa yang disebut di atas akan menjadi panduan dan amalan kepada kita semua terutama para pelajar. Dikesempatan ini saya mengambil kesempatan memperkenalkan 2 orang guru baru yang melapor diri untuk menjadi warga sekolah kita: 1. Pn Sabariah bte Omar . pindah masuk dari Johor Bhru Opsyen _____________ 2. Pn. _____________________dari Perak Opsyen Fizik Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Anda mungkin juga menyukai