Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

1 Assalamualaikum wkt dan salam Sejahtera, Salam Perpaduan Salam Satu Malaysia dan
Salam Raya

2 Kata alu-aluan : PK HEM –En Wong Kim Fah, PKKK –En Mohd Tahir Ismail, GKMP, Guru
dan Murid

3 Terima kasih kepada pengacara majlis, guru bertugas.

4 Bersama-samalah kita melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan nikmat dan


kurniaannya kepada kita pada hari ini. Kerana dengan nikmat dan kurniaannya itulah
membolehkan kita terus berada di sini...guru mengajar dan murid terus belajar. Hari-berganti
hari, minggu-beralih minggu dan kini kita berada pada minggu terakhir sesi persekolahan
2009.

5 Cuba anda fikir dan kenangkan sejenak apakah yang telah anda peroleh sepanjang 192
hari/ setahun anda ke sekolah. Kalau orang berniaga sudah tentu pada masa ini mereka akan
mengira berapa keuntungan atau rugi, ahli silat akan menguji adakah ilmu persilatan tok
gurunya menjadi atau tidak. Namun bagi anda sebagai seorang murid perkara yang perlu
dilihat ialah bagaimana pencapaian kamu dalam peperiksaan, sahsiah dan kokurikulum.
Semak apakah pencapaian anda dalam ketiga-tiga bidang tersebut telah mencapai sasaran
anda? Apakah sumbangan anda kepada sekolah.

6 Pelajar yang bijak dan mempunyai matlamat sudah tentu dapat menjawab persoalan
tersebut dengan mudah. Amat malang sekali kalu anda sendiri tak tahu apa-apa hasil yang
anda dapat bertambah malang pula kalau anda tahu anda hanya menjadi beban kepada
pihak sekolah.

7 Namun pastinya hari-hari yang lalu itu telah menjadi sejarah dan kenangan dan telah pun
berlalu, pada hari ini adalah satu kurnia untuk kita mengkaji balik pencapaian kita untuk
dijadikan iktibar dan pedoman buat bekal pada masa hadapan yang penuh dengan harapan.

8 Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah berjasa dan
memberi sumbangan bermakna kepada pihak sekolah dalam pelbagai bidang. Pencapaian
anda dalam peperiksaan dan pencapaian dalam kokurikulum pada tahun ini memperlihatkan
peningkatan. Tahniah juga kepada murid-murid yang telah memberi sumbangan kepada
pihak sekolah dari segi pematuhan terhadap disiplin dan peraturan sekolah. Petunjuknya
mudah, sekiranya anda tidak pernah menerima tindakan de merit, dan melakukan perkara-
perkara yang bercanggah dengan peraturan sekolah maka anda sebenarnya telah memberi
sumbangan kepada sekolah.

9 Kepada murid-murid yang pernah diambil tindakan disiplin, pernah digantung atau dibuang
sekolah anda masih berpeluang untuk menebus kesilapan itu dengan cara menjadikan hari
ini sebagai titik perubahan kepada diri anda. Kesilapan adalah perkara biasa dalam hidup dan
bukan bermakna kegagalan dalam hidup anda tetapi kegagalan yang sebenarnya ialah
apabila anda tidak mahu mengubah sikap dari kesilapan yang pernah dilakukan.

10 Bagi calon SPM kami tunjukkanlah imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda
dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh
kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif,
malas, tidak berdisiplin dan tidak mementingkan pelajaran mereka sepanjang tempoh
peperiksaan berlangsung.

11 En Hilman akan menyerahkan kepada saya senarai murid tingkatan 5 yang paling
bermasalah, dan saya akan berjumpa kumpulan murid ini dalam tempoh terdekat sebagai
satu alternatif terakhir menjelang peperiksaan. Sekiranya alternatif ini tidak anda patuhi
jangan salahkan sekolah sekiranya anda gagal untuk menjadi orang yang berguna kepada
masyarakat setelah anda tamat persekolahan nanti.
12 Sesuatu peristiwa kadangkalanya memberi keinsafan kepada kita. Oleh itu jadikanlah
kesilapan anda sebagai sesuatu yang memberi pengajaran kepada anda, kerana anda boleh
melakukannya... Sylvester Stallone yang terkenal dengan filem Rocky dan Rambo tidak
mempunyai nasib yang baik semasa zaman kanak-kanaknya. Ibunya daif dan dia dilahirkan
di tangga sekolahnya. Semasa lahir urat saraf pada mukanya tercedera menyebabkan
bahagian kanan mukanya menjadi lumpuh. Tetapi keazamannya untuk menjadi pelakon
terkenal telah mengubah kehidupannya walaupun pernah gagal dalam ujian.

13 Sekian terima kasih .

AZMAN BIN SAFII


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK KULAI BESAR

Anda mungkin juga menyukai