Anda di halaman 1dari 4

KURIKULUM - Bidang Teknik dan Vokasional

BIDANG TUGAS GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL


Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum dan pentadbiran
yang berkaitan dengan bidangnya.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan
pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya terutama
persatuan akademik.
Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik
dan sahsiah pelajar.
Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
Membantu Pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal-hal yang
berkaitan dengan bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan
sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru
pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya.
Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN
Kurikulum
Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran
Penggal / Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran
di bawah kawalannya.
Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara
dengan berkesan.
Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya
Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan ,
pemulihan, dan pengkayaan.
Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan
(kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pelajaran dan
Kementerian Pelajaran.
Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat
pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.
Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain
yang diarahkan oleh Pengetua.
Membantu menjalankan kursua , taklimat , penerangan dan
perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf.
Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai
pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada guru.
Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan
amalan amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
merentas kurikulum.

Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkahlangkah untuk mengatasinya.

Kokurikulum
Merancang , menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan
kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu
meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
Merancang , mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di
bawah bidangnya.

Pengurusan
Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata
pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan
untuk guru.
Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan
segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
Membantu merancang takwim sekolah .
Menyelia kerja kerja guru di bawah bidang kawalannya.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.
Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan
audit tahunan.
Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang
atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
Menentukan aspek aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan
berlaku di bilik darjah dan sekolah.
Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik
darjah dan menjaga keceriaannya.
Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan
program Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana
yang dirancang.
Tugas tugas lain
Berhubung dengan Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran
tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk
membantu sekolah dan guru.
Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang
berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan
bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.
Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat
mengenai semua pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan
berhasil .
Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan
sekolah.
Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan
sukan ,penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

BIDANG TUGAS GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum dan pentaadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
Bertanggungjawab kepada pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang
berkaitan dengan bidangnya.
Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan
bidangnya.
Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan
bidangnya.

Membantu pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya, sseperti
pemeriksaan sekolah oleh jemaah Nazir Persekutuan, latihan mengajar guru-guru pelatih maktab, universiti dan
seumpamanya.

Membantu Pengetua dalam pengurusan dan pengendalian stok, inventori dan harta benda sekolah.

SENARAI TUGAS GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL


Mengajar mata pelajaran mengikut opsyen.
Memimpin guru-guru menentu dan merancang Rancangan Pelajajaran Penggal, Mingguan, Harian dan bidangbidang lain yang berkaitan.

Mempengerusikan mesyuarat dan memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.

Menjalankan pemantauan dan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan.

Membantu serta membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-guru yang baru dan guru-guru
sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya.

Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan pemulihan dan pengayaan.

Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah,
pejabat pendidikan daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan sumber
pendidikan yang lain.

Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang diarahkan oleh
Pengetua.

Membantu Menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan
staf.

Menjalankan usaha mempertingkat dan memperluaskan amalan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu yang merentas kurikulum.

Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan kepada guru-guru.

Mengenalpasti punca masalah kelemahan pelajar dan masalah disiplin serta mencari langkah-langkah
mengatasinya.

Merancang., menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang membantu
meningkatkan kecemerlangan akademik berkaitan dengan bidang.

Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang berkaitan dengan bidang.

Membantu Pengetua menentu serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan
kawalan.

Membantu menyelaras hal-hal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-guru.

Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang
berkaitan dengan bidang.

Membantu merancang takwim sekolah.

Membantu Pengetua menyelaras Jadual Waktu guru-guru bidang.

Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalan.

Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.

Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.

Menjaga serta menyemak stok inventori ssegala peralatan, barang atau bahan yang berkaitan dengan bidang.

Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku dalam bilik darjah dan di sekolah.

Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah, bengkel dan keceriaan.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai