Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM YAKIN LULUS DAN SKOR A MATEMATIK

TAMBAHAN TAMBAHAN SPM 2019

1.0 PENDAHULUAN

Pencapaian prestasi Matematik tambahan Tambahan dalam peperiksaan dalaman dan


awam didapati masih rendah di peringkat sekolah dan di peringkat negeri Sarawak. Untuk
meningkatkan kualiti dan kuantiti, Panitia Matematik tambahan Tambahan memperkenalkan
Program Yakin Lulus dan Skor A kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi semua kelas
setiap tingkatan.Seperti yang diketahui mempelajari matematik tambahan memerlukan
disiplin yang tinggi. Untuk menguasai matematik tambahan, pelajar perlu banyak membuat
latihan. Semakin banyak latihan yang dibuat, semakin cekap pelajar dapat menguasai sesuatu
topik. Oleh kerana itu ,program ini diperkenalkan bagi membantu pelajar lemah menjadi
pelajar cemerlang supaya setiap pelajar dapat berkongsi belajar bagi meningkatkan peratus
lulus dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan dalaman dan awam.Selain itu, program
Yakin lulus dan skor A matematik tambahan SPM juga diperkuatkan lagi dengan adanya
program KAWAN AJAR KAWAN,SIAPA MENGAJAR DIA MAKIN PANDAI
MATEMATIK TAMBAHAN (KAK)
.
2.0 MATLAMAT

Meningkatkan kualiti dan kuantiti peratus lulus mata pelajaran Matematik tambahan dalam
peperiksaan dalaman dan awam.
(Sila rujuk perancangan Taktikal Panitia Matematik tambahan)

3.0 OBJEKTIF

Bagi membantu pelajar yang sederhana dan lemah pencapaiannya dalam Matematik
tambahan untuk:

i. Mendapat keputusan gred cemerlang A.


ii. Meningkatkan motivasi pelajar sederhana dan lemah supaya dapat bersaing dengan
prestasi pelajar cemerlang.
iii. Mencapai target cemerlang (> 5% ) di peringkat SPM.
iv. mencapai target lulus (> 60% ) SPM.

4.0 SASARAN

kelas 5A dan kelas 4A

5.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Tarikh : Februari 2019 hingga Peperiksaan SPM 2019

Masa :Dilaksanakan waktu persekolahan semasa pengajaran dan pembelajaran matematik


tambahan dan di luar waktu persekolahan.

6.0 TEMPAT

Kelas masing-masing dan di luar kelas

7.0 PENGANJUR

Panitia Matematik tambahan, SMK Sri Sadong,Simunjan

8.0 SUMBER PENDAPATAN & ANGGARAN PERBELANJAAN

PCG Matematik tambahan

9.0 INPUT

 Latih-tubi dengan mengamalkan Kaedah Belajar Berkumpulan.


 latihan berfokus (berdasarkan set lulus dan set skor A)
 berdasarkan Program KAWAN AJAR KAWAN,SIAPA MENGAJAR DIA MAKIN
PANDAI MATEMATIK TAMBAHAN (KAK).
10.0 JAWATANKUASA

Penasihat: Ketua Bidang Teknik dan Vokasional


Penyelaras:Ketua Panitia Matematik tambahan
Pelaksana:Guru matematik tambahan

11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

- berdasarkan jadual PDP guru , jadual kelas bimbingan petang dan kelas malam.

12.0 PENILAIAN PROGRAM

· Ujian peringkat sekolah dan Peperiksaan Awam


· Lain-lain

13.0 PENUTUP

Dengan sokongan padu serta pelbagai kepakaran dan pengalaman guru-guru Matematik
tambahan, program ini diharap dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti mata pelajaran
Matematik tambahan dalam peperiksaan dalaman dan awam setiap tahun.Menerusi program
ini, Panitia Matematik tambahan dapat melahirkan seramai mungkin pelajar yang cemerlang
dalam mata pelajaran Matematik tambahan. Semoga program ini juga berjaya mencapai
matlamat serta objektif visi dan misi sekolah.

Disediakan oleh ,
…………………………………………
(SHAUN ANAK AMBROSE)
Guru Matematik Tambahan

Anda mungkin juga menyukai