Anda di halaman 1dari 2

SSDM 2.

0 Sistem Sahsiah Diri Murid

SSDM merupakan singkatan kepada Sistem Sahsiah Diri Murid merupakan penambahbaikan
Sistem Salahlaku Disiplin Murid yang lama. Jika dahulu kita merekod masalah disiplin murid
semata-mata, kini dengan versi 2.0, Amalan Baik turut direkodkan di dalam sistem. Perubahan
sistem ini sangat penting, dalam usaha menjadikan Amalan Baik sebagai elemen dalam
pembentukan sahsiah diri pelajar untuk memacu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

Ciri-ciri penambahbaikan di dalam SSDM 2.0


 Guru boleh log masuk untuk membuat laporan salahlaku disiplin.
 Guru disiplin boleh log masuk untuk tujuan tindakan dan hukuman.
 Guru Besar atau Pengetua pula akan membuat pengesahan tindakan dan hukuman.
 Perekodan amalan baik dan sahsiah murid
 Surat amaran boleh dijana melalui sistem, ini bermakna ia lebih mudah hanya print sahaja.

Laman Web untuk Login SSDM 2.0 KPM


http://ssdm.moe.gov.my/

Terdapat 5 jenis guru yang boleh login ke dalam sistem ini, sama ada di Sekolah Rendah atau Sekolah
Menengah iaitu:
 Guru Biasa
 Ketua Guru Disiplin
 Guru Bimbingan dan Kaunseling
 Penolong Kanan HEM
 Guru Besar atau Pengetua

Proses Aliran Kerja Bagi Kes Salah Laku
1. Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem SSDM KPM, data murid sama di APDM
2. Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Disiplin akan menjalankan siasatan, jika sah dan wujud
kesalahan, hukuman akan dicadangkan.
3. Pengetua atau Guru Besar boleh menukar hukuman dan mengesahkan hukuman.
4. Setelah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar, Ketua Guru Disiplin/ GPK HEM boleh mengambil
tindakan hukuman.
5. Pembantu Pejabat akan menguruskan surat dan pengeposan kepada Ibu Bapa.
6. Manakala Guru Bimbingan dan Kaunseling kan menjalankan sesi kaunseling kepada murid-murid
yang terlibat.

roses Aliran Kerja Bagi Perkodan Amalan Baik

1. Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem.


2. Sistem akan memproses markah yang diperolehi murid, serta mengeluarkan status sahsiah
murid.

Dengan adanya sistem SSDM Versi 2.0 ini ia berperanan sebagai Pengkalan Data Tunggal sistem
Pengurusan Disiplin Murid, bukan hanya di peringkat sekolah tetapi juga di peringkat JPN dan KPM.

Data yang direkodkan di dalam sistem ini juga, akan dinilai dan dianalisis agar penambahbaikan sahsiah
diri murid dapat dipertingkatkan lagi dengan usaha sama di semua peringkat sama ada di sekolah atau di
jabatan.
Dengan menjadikan Amalan Baik sebagai elemen utama, ia diharap dapat menggalakkan lagi murid
untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, sekaligus dapat membendung masalah disiplin.

Bagaimana Pengukuran Sahsiah Murid dalam SSDM


Murid diberi pengukuran berdasarkan berikut:
1. Terpuji – Sangat baik dan menjadi contoh dan tauladan kepada murid lain
2. Amat Baik – Mempunyai disiplin dan sahsiah diri yang amat baik
3. Baik – Sahsiah diri yang baik
4. Perlukan Perhatian – Memerlukan perhatian dan pembentukan disiplin
5. Perlukan Perhatian Serius – Sangat memerlukan perhatian dan hendaklah diberikan bimbingan
dan kaunseling.
6.
Sistem SSDM Online ini sebenarnya dapat membantu mengawal tindakan dan hukuman selaras dengan
Surat Pekeliling Ikhtisas serta dapat mengelakkan ketidakpuasan dari masyarakat.

Guru-guru juga tidak perlu mengambil tindakan sendiri sekiranya menghadapi masalah disiplin murid.
Walaupun kita memahami sikap dan sahsiah murid yang teruk sehingga guru hilang sabar. Serahkan
sahaja kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM untuk uruskan tindakan lanjut.

Cabaran Guru
Disiplin murid di zaman teknologi tanpa semapadan kini agak membimbangkan sekiranya kita gagal
membendungknya. Pengaruh media sosial seperti Wecahat, Facebook, Instagram dan banyak lagi
membuatkan kita tidak menang tangan untuk menghadapinya.

Kerjasama daripada ibu bapa amatlah diharapkan agar dapat berganding bahu dalam memastikan
sahsiah diri murid dapat dijaga. Tidak guna ada sistem seperti SSDM KPM ini jika tiada sokongan
daripada pihak yang berwajib.

Anda mungkin juga menyukai